Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO: CA-A72NCC-1438-9/2014 ANTARA PRESTIGE GOLF SDN. BHD …PLAINTIF
CA-A72NCC-1438-9/2014
Magistrates Court of Malaysia21 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO: CA-A72NCC-1438-9/2014 ANTARA PRESTIGE GOLF SDN. BHD …PLAINTIF
2
BAHARUM BIN ABDULLAH …DEFENDAN-DEFENDAN [ ALASAN PENGHAKIMAN ] 2 FAKTA KES [ 1 ] Plaintif, sebuah syarikat sdn. bhd telah memfailkan Writ dan Pernyataan tuntutan masing-masing bertarikh 17-09-2014 terhadap Defendan Pertama dan Kedua, rakan kongsi dalam perniagaan yang dikenali sebagai FB Golf. [ 2 ] Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan wang berjumlah RM55, 951.00 setakat 26-04-2012 bagi barang-barang yang telah dijual dan dihantarserah oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan atas permintaan Defendan-Defendan beserta faedah setakat invois bertarikh 31-07-2014. [ 3 ] Pada 21-11-2014, satu Penghakiman Ingkar Kehadiran dimasukkan ke atas kedua-dua Defendan. [ 4 ] Seterusnya pada 13-03-2017, Defendan Pertama memasukkan Notis Permohonan (kandungan 14) memohon kepada Mahkamah ini untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang direkodkan terhadap Defendan Pertama pada 21-11-2014. Pihak-pihak telah berbalas affidavit dan hujahan. [ 5 ] Mahkamah seterusnya pada tarikh 08-06-2017 telah membenarkan permohonan Defendan Pertama di dalam kandungan 14 dengan kos dan mengarahkan untuk Defendan Pertama memfailkan pembelaannya. 3 [ 6 ] Pada tarikh 31-07-2017, Defendan Pertama sekali lagi telah memasukkan Notis Permohonan (kandungan 24) iaitu permohonan Defendan Pertama untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan. Ini kerana Writ dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif adalah mengaibkan, meremahkan atau menyusahkan, dan ia adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [ 7 ] Pada tarikh 10-10-2017, Mahkamah telah membenarkan permohonan Defendan Pertama dalam Notis Permohonan (kandungan 24) dengan kos. Kesannya, Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dibatalkan dengan kos. Plaintif telah tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini dan memfailkan rayuan. ALASAN PENGHAKIMAN Punca kuasa. [ 1 ] Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan prinsip asas di dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 : “Prinsip-prinsip atas mana mahkamah bertindak apabila menggunakan kuasanya di bawah mana-mana satu perenggan A 18 k 19 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 1980 adalah jelas. Proses terus di bawah kaedah ini patut digunakan di dalam kes-kes yang terang dan nyata sahaja dan prosedur terus ini hanya boleh 4 digunakan apabila jelas bahawa sesuatu tuntutan atau jawapan adalah pada wajahnya ‘obviously unsustainable’. Alasan [ 2 ] Defendan Pertama di dalam affidavit sokongan kepada kandungan 24 (para 4 dirujuk) mendeposkan dua isu penting di dalam permohonanya iaitu:
1
Defendan Pertama sudah tidak lagi menjadi rakan kongsi kepada Defendan Kedua di dalam perniagaan FB Golf sejak November 2005.
2
Perniagaan di bawah nama dan gaya FB Golf telah ditamatkan pendaftarannya dan tidak lagi beroperasi secara rasmi pada 01-03-2006 sedangkan tuntutan Plaintif adalah sejak 06-10- 2010 sehingga setakat 31-07-2014.
3
Perniagaan FB Golf telah diambil alih oleh FB Golf Marketing. [ 3 ] Plaintif di dalam affidavit Jawapan kepada kandungan 24 telah menegaskan bahawa Defendan Pertama masih lagi rakan kongsi kepada Defendan Kedua dan Defenda-Defendan tidak pernah memaklumkan kepada Plaintif bahawa Defendan Pertama telah berhenti menjadi rakan kongsi sejak November 2005. 5 [ 4 ] Tambahan pula, Mahkamah telah membenarkan kandungan 14 (permohonan Defendan Pertama untuk ketepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran), maka kes ini patut dibicarakan kerana asas permohonan kandungan 14 dibenarkan adalah kerana terdapatnya isu-isu untuk dibicarakan. [ 5 ] Mahkamah merujuk kepada Eksibit “A” dalam affidavit sokongan kepada notis permohonan Defendan kandungan 24. Eksibit “A” merupakan sesalinan surat oleh Defendan Kedua kepada Tetuan Rutharakumaran & Co, iaitu peguamcara yang mewakili Plaintif. Surat daripada Defendan Kedua menjelaskan bahawa Defendan Pertama telah keluar daripada perniagaan FB Golf sejak November 2005. [ 6 ] Surat yang dilampirkan sebagai eksibit “A” disediakan oleh Defendan Kedua tetapi affidavit tetap dideposkan oleh Defendan Pertama iaitu pihak yang membuat permohonan ini. Peguamcara Defendan menghujahkan bahawa tiada sebaranga afidavit difailkan oleh Defendan Kedua. [ 7 ] Pada hemat Mahkamah, tiada keperluan untuk Defendan kedua memfailkan afidavit bersumpah bagi pihak Defendan Pertama kerana permohonan ini dibuat oleh Defendan Pertama dan sewajarnya affidavit bersumpah difailakan oleh Defendan Pertama sahaja. Apa yang penting, Eksibit “A” tidak dipertikai oleh pihak Plaintif dan Plaintif kekal senyap mengenai eksibit “A” ini dalam affidavit Jawapannya. 6 [ 8 ] Maka, dengan adanya eksibit “A” ini telah menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah keluar daripada peniagaan FB Golf sejak November 2005 sedangkan tuntutan Plaintif adalah untuk jumlah hutang sejak 2010, yang mana Defendan Pertama bukan rakan kongsi kepada perniagaan FB Golf. [ 9 ] Jelas menunjukkan bahawa tuntutan Plaintif ini mengaibkan, remeh dan menyusahkan kerana Defendan Pertama bukan rakan kongsi kepada FB Golf ketika tuntutan ini terkaru menjadikan Writ dan Pernyataan Tuntutan ini sewajarnya dibatalkan (Yeng Hing Enterprise v Liow Su Fa [1979] 2 MLJ 240). [ 10 ] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada eksibit “B” dalam affidavit sokongan kepada Notis Permohonan Defendan kandungan 24. Eksibit “B” merupakan salinan maklumat perniagaan, maklumat pemilikan perniagaan terkini serta pengesahan penamatan pendaftaran suatu perniagaan di bawah nama dan gaya FB Golf. [ 11 ] Melalui eksibit “B” jelas menunjukkan bahawa perniagaan FB Golf telah ditamatkan perniagaannya pada 01-03-2006. [ 12 ] Maka, pada hemat Mahkamah, tuntutan Plaintif yang dibuat bermula tahun 2010 sehingga 2012 adalah di luar tempoh perniagaan FB Golf dijalankan. Atau dalam erti kata lain, perniagaan FB Golf telahpun 7 ditamatkan perniagaanya sewaktu urusan penghantaran serah barangan dibuat oleh Plaintif. [ 13 ] Pada hemat Mahkamah juga, ini adalah satu tuntutan yang mengaibkan, meremehkan dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Jikalaupun tanpa adanya eksibit “A”, dengan kewujudan eksibit “B” jelas menerangkan maksudnya yang tersendiri iaitu tuntutan Plaintif adalah dalam tempoh perniagaan FB Golf tidak wujud lagi. [ 14 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguamcara Plaintif berkaitan undang-undang Perniagaan Perkongsian tetapi adalah menjadi undang-undang matan bahawa beban pembuktian sentiasa terletak di bahu Plaintif. Berdasarkan s.101, 102, 103 Akta Keterangan 1950, Plaintif seharusnya telah membuat semakan sebelum satu tindakan boleh dimulakan terhadap Defendan Pertama agar pihak yang disaman bukanlah pihak yang salah. [ 15 ] Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif tidak pernah dimaklumkan, sebelum tindakan ini dimulakan, bahawa Defendan Pertama telah keluar daripada perniagaan FB Golf. Tetapi, Defendan Pertama menggunakan inisiatif untuk tidak berdiam diri sebaliknya menghantar surat sebagaimana eksibit “A” untuk makluman pihak Plaintif. 8 [ 16 ] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada eksibit “C” dalam affidavit sokongan kepada Notis Pemohonan kandungan 24. Eksibit “C” merupakan salinan maklumat perniagaan dan pemilik pendaftaran perniagaan di bawah nama dan gaya FB Golf Marketing. [ 17 ] Melalui eksibit ini menunjukkan bahawa perniagaan FB Golf Marketing telah didaftarkan atas nama Defendan Kedua sahaja. [ 18 ] Maka, adalah jelas dan nyata bahawa berdasarkan kepada eksibit “A-C” telah menunjukkan bahawa Defendan Pertama bukan lagi rakan kongsi dalam perniagaan FB Golf sejak November 2005, FB Golf telah ditamatkan perniagaannya sejak 01-03-2006 dan kini Defendan Kedua sahaja telah menjalankan perniagaan di bawah nama dan gaya FB Golf Marketing. [ 19 ] Jikalaupun Mahkamah pada asalnya memutuskan bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran harus diketepikan kerana terdapat isu untuk dibicarakan. Namun ia tidak menghalang Mahkamah untuk menentukan ‘isu yang patut dibicarakan’ itu diselesaikan dengan cara berbalas affidavit kerana ianya adalah isu yang mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta suatu penyalahgunaan proses Mahakmah di bawah A.18 KKM 2012. [ 20 ] Pada hemat Mahkamah juga, berdasarkan kepada affidavit-afidavit yang telah difailkan, ini adalah satu kes yang secara terang dan jelas pada 9 wajahnya ‘obviously unsustainable’ (Abu Baker bin Haji Yusuf v Mohd Hamzah bin Hanapiah & Anor [1978] 2 MLJ 78). KESIMPULAN [ 21 ] Berdasarkan kepada peruntuan undang-undang dan alasan yang dinyatakan, maka atas imbangan kebarangkalian Mahkaman memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan Pertama dalam kandungan 24 bagi item dengan kos dibenarkan sebanyak RM2, 000.00. Disediakan oleh: Nurunaim binti Abdullah. Majistret, Mahkamah Majistret Kuantan. Tarikh: 26 Februari 2018 Pihak –pihak: En. Rutharakumaran Partheis. Tetuan Rutharakumaran & Co, Kuala Lumpur. … bagi pihak Plaintif. En. Ahmad Hazwan bin Hamdan. Tetuan Sharif Ridzuan & Co, Kuantan. …bagi pihak Defendan Pertama
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.