Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA NO. KES: AG-87-179-10/ 2024 PENDAKWARAYA LAWAN PSS ENTERPRISE (IP0220543-H) ALASAN PENGHAKIMAN [A] Pengenalan
AG-87-179-10/2024
Magistrates Court of Malaysia22 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ini berpandangan bahawa prinsip undang-undang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dalam menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pesalah. Prinsip yang dinyatakan oleh Brown CJ dalam Abdul Karim v. Regina [1954] CLJU 3; [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86, telah dirujuk: S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be”
“diterjemahkan melalui hukuman yang bersesuaian. [22] Selain itu, kekerapan kesalahan seumpama di Kuala Kangsar menjadi faktor pertimbangan saya. Saya merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864, Mahkamah Rayuan telah menyenaraikan “rampancy” sebagai salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA NO. KES: AG-87-179-10/ 2024 PENDAKWARAYA LAWAN PSS ENTERPRISE (IP0220543-H) ALASAN PENGHAKIMAN [A] Pengenalan
1
Orang Kena Saman dalam kes ini, PSS Enterprise (selepas ini dirujuk sebagai “OKS”) telah dituduh pada 27 November 2024 di bawah 1 pertuduhan sub perenggan 57(1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Walaupun pihak pendakwaan telah memaklumkan bahawa OKS telah menerima saman, tiada wakil daripada pihak OKS hadir pada tarikh tersebut. Oleh yang demikian, waran tangkap telah dikeluarkan.
2
Ketika sebutan waran tangkap pada 22 Januari 2025, Encik Duldeep Singh (No. K/P: 770204086901) telah hadir serta mengemukakan sepucuk surat bagi mewakili OKS. Selepas pertuduhan dibacakan, OKS telah mengaku bersalah. Prosiding bagi kes ini S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diakhiri apabila saya menerima pengakuan salah OKS, mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000. [B] Pertuduhan [3] Pertuduhan ke atas OKS bagi kes ini adalah seperti di bawah: Bahawa kamu pada 22.09.2019 lebih kurang jam 12.30 am bertempat di KM 43, Jalan Ipoh-Taiping di dalam Daerah Kuala Kangsar di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai Pengendali Berlesen Kenderaan barangan bernombor pendaftaran RAB 6258 yang telah dilesenkan di bawah Lesen Pengendali SPAD IP0220543-H, No Rujukan Permit:2A0181934-6/15 telah didapati membenarkan Saharuddin bin Zainal Abidin (KPT:- 760223-08-5147) memandu kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan membawa muatan “Kapur” sebanyak 36,090 kg melebihi muatan sebanyak 12,090 kg (50.4%) dari Berat Dengan Muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam lesen atau permit sebanyak 24,000 kg. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen 57(1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. Hukuman: Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Denda tidak kurang daripada RM 1,000.00 tetapi tidak melebihi RM 500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. [C] Fakta kes [4] Fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan dan diakui oleh OKS tanpa sebarang syarat adalah seperti berikut: S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pada tarikh 22/09/2019, pasukan operasi Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar yang diketuai oleh PP KP22 Abdul Rashid bin Abdul Rahman bersama 2 orang anggotanya telah membuat tugas rondaan harian di sekitar Jalan Ipoh-Taiping dalam daerah Kuala Kangsar. Pada hari yang sama, jam lebih kurang 12.30 am di KM 43, Jalan Ipoh-Taiping, PP KP19 Ahmad Fitri bin Md Zin telah menahan sebuah kenderaan perdagangan Lori Rigid – Tipper Dumper no pendaftaran RAB 6258 yang disyaki membawa lebih muatan. Setelah selesai pemeriksaan dijalankan oleh PP KP22 Abdul Rashid bin Abdul Rahman, beliau telah mengarahkan pemandu kenderaan RAB 6258 iaitu Saharuddin bin Zainal Abidin (KP: 760223-08-5147) pergi ke Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar pada 22/09/2019 sebelum atau pada jam 12.45 am untuk menimbang berat dengan mengemukakan Notis Penentuan Berat Kenderaan di bawah Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) kepada pemandu. Pemandu bersama kenderaan RAB 6258 telah hadir timbang di Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar pada hari yang sama jam 12.48 am. PP KP19 Muhammad Fazli bin Abdul Malek telah menimbang kenderaan RAB 6258 bersama muatan “Kapur” pada 22/09/2019 jam 12.48 am mengikut prosedur timbang yang ditetapkan (Kaedah-kaedah Kenderaan (Timbang) 1990). Selepas Sijil/Tiket Timbang Berat No. 2024 si ditandatangani, PP KP19 Muhammad Fazli bin Abdul Malek telah mengemukakan salinan Sijil/Tiket Timbang Berat No. 2024 kepada pemandu lori tersebut. Hasil penimbangan kenderaan RAB 6258 didapati membawa muatan beban gandar sebanyak 36090 kg dan lebihan berat sebanyak 12090 kg (50.4%) melebihi had yang ditetapkan oleh lesen pengendali iaitu hanya 24,000 kg (Rujukan Permit: 2A0181934-6/15). Kenderaan RAB 6258 telah dilepaskan setelah keterangan diambil oleh pegawai JPJ. S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Oleh yang demikian, pengendali No. Rujukan SPAD IP0220543-H serta No. Rujukan Permit – 2A0181934-6/15 iaitu Prem Singh A/L Silakan Singh (KP: 721218-08-5327) sebagai Pemilik Syarikat atas nama PSS ENTERPRISE (No. Pendaftaran Perniagaan: IP0220543-H) bagi no pendaftaran kenderaan RAB 6258 telah didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta 715 dan dengan itu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. [D] Prosiding di Mahkamah pada 22 Januari 2025
5
Selepas OKS mengaku bersalah terhadap pertuduhan, fakta kes telah dibaca, diakui tanpa sebarang syarat dan ditandakan sebagai P1. Kemudiannya, eksibit-eksibit berikut telah turut dikemukakan dan ditandakan oleh Mahkamah ini: P2- Satu salinan lesen memandu pemandu P3- Satu salinan sijil pemilikan kenderaan P4- Satu salinan permit kenderaan P5 - Satu sijil tiket timbang berat Kesemua eksibit telah ditunjukkan kepada OKS dan diakui olehnya tanpa sebarang syarat.
6
Setelah berpuas hati dengan akuan salah OKS, akuan ke atas fakta kes dan kesemua eksibit yang dikemukakan, Mahkamah ini telah menerima dan merekodkan pengakuan salah OKS seperti mana dalam pertuduhan. S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
7
Kedua-dua OKS dan Pegawai Pendakwa (“PO”) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah diberikan ruang untuk mengemukakan hujahan mitigasi dan pemberatan masing-masing.
8
Berdasarkan rekod dan nota keterangan, prosiding bagi kes ini telah dikendalikan secara teratur dan Mahkamah ini telah menerima akuan salah OKS dan mensabitkannya berdasarkan prosedur yang jelas selamat untuk diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang sedia ada. [D] Hukuman
9
Selepas menerima pengakuan salah OKS, saya telah memberi ruang kepada kedua-dua OKS dan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan masing-masing bagi hukuman. OKS telah memaklumkan bahawa syarikatnya telah mengalami kerugian, justeru memohon hukuman denda yang minimum. Manakala PO telah memohon satu hukuman setimpal bersifat pengajaran kepada syarikat-syarikat pengusaha kenderaan barangan untuk tidak lagi membawa berat dengan muatan secara berlebihan.
10
Mahkamah ini berpandangan bahawa prinsip undang-undang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dalam menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pesalah. Prinsip yang dinyatakan oleh Brown CJ dalam Abdul Karim v. Regina [1954] CLJU 3; [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86, telah dirujuk: S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "In the matter of punishment, the 'type of offence' is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of that type. The particular offence, and the particular offender, are the concern of the Court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the Legislature has provided. Any tendency to standardise punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he has committed an offence of that type.”
11
Jelas dalam nas undang-undang bahawa kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman diberikan. Di dalam kes R v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App. R 164, Hilbery J telah menyatakan seperti berikut: "In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest life." S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
12
Dalam kes melibatkan OKS ini, saya telah melihat kepada jenis kesalahan yang dilakukan OKS yang mana merupakan satu kesalahan yang mendatangkan risiko yang sangat tinggi kepada pengguna jalan raya; bukan sahaja kepada pemandu OKS sendiri malah kepada pengguna jalan raya yang lain. Pelbagai pihak menggunakan jalan raya setiap saat; dari pejalan kaki, penunggang basikal, motorsikal, pemandu kereta sehinggalah kenderaan besar dan berat seperti lori milik OKS. Saya memikirkan betapa banyak nyawa yang terancam dan dibahayakan akibat tindakan OKS yang dengan sengaja membenarkan pemandunya membawa muatan yang jauh melebihi had, seolah-olah mengabaikan keselamatan nyawa manusia demi kepentingan sendiri.
13
Saya tidak boleh menutup sebelah mata apabila media melaporkan banyak berita yang melibatkan pengguna jalan raya maut dihempap kenderaan yang membawa muatan besar. Sewaktu alasan penghakiman ini ditulis, saya baru membaca laporan media pada 15 Februari lalu yang melaporkan seorang lelaki maut apabila lori yang membawa muatan kayu balak yang dipandunya sendiri hilang kawalan dan menghempapnya di Belaga, Sarawak.
14
Selain itu, pada Disember 2024 lalu, negara digemparkan apabila media melaporkan kemalangan maut melibatkan tujuh individu di Melaka. Susulan daripada kejadian tersebut, Pengarah JPJ Melaka dalam sidang media memaklumkan bahawa tindakan pemandu lori membawa muatan simen melebihi had disyaki menjadi punca kerosakan tayar pada lori yang menyebabkan nahas mengorbankan tujuh individu manakala 33 orang lagi cedera dalam kemalangan Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal utara, 23 Disember lalu. Malah, beliau memaklumkan bahawa syarikat lori jenis Foton itu bakal diheret ke Mahkamah Majistret Alor Gajah atas tindakan tidak bertanggung jawab tersebut.
15
Walau pun laporan kesalahan yang dinyatakan dalam perenggan 13 dan 14 di atas belum dibuktikan di Mahkamah, ia tetap memainkan peranan penting sebagai salah satu faktor sokongan yang harus diambil kira. Ia menjadi titik asas untuk saya mempertimbangkan kepentingan awam dalam kes-kes seperti ini, terutamanya dalam kes yang melibatkan OKS, meskipun bukan satu-satunya faktor utama yang saya pertimbangkan dalam penentuan hukuman.
16
Rakyat Malaysia pasti sangat marah dan kecewa dengan pengendali-pengendali kenderaan berat seperti OKS yang mengaut untung berlebihan dengan membawa lebihan muatan melebihi had yang dibenarkan. Hal ini kerana, cukai yang dibayar oleh rakyatlah yang digunakan untuk membaik pulih jalan raya yang terjejas akibat kenderaan dengan muatan berlebihan yang merosakkan struktur jalan. Sedangkan yang mendapat keuntungan besar adalah pengendali lori seperti OKS dan mereka bersenang lenang “mengikis” wang pembayar cukai dengan tindakan membawa muatan berlebihan seterusnya membawa kepada kos yang teramat tinggi bagi pembaikan dan penyelenggaraan semula jalan raya.
17
Selain daripada merugikan wang kerajaan untuk penyelengaraan, tindakan membawa muatan berlebihan menjadi penyumbang kepada keadaan jalan raya yang S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal beralun, berlopak dan berlubang yang amat membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Situasi ini tidak terkecuali dalam kes melibatkan OKS yang membawa muatan kapur secara berlebihan, yang sudah semestinya dibawa bagi tujuan perniagaan atau perdagangan. Sedangkan kenderaan OKS hanya dibenarkan membawa muatan 24,000 kilogram sahaja dan OKS membawa muatan sebanyak 36090 kilogram. Lebihan muatan ini adalah sebanyak 50.4% dan sudah semestinya bukan satu nombor peratusan yang kecil. Mahkamah ini membayangkan berapa banyak keuntungan yang “dikejar” oleh OKS dengan membenarkan pemandunya membawa lebihan muatan sebanyak 12,090 kilogram ini, melebihi had yang ditetapkan.
18
Selain daripada berita yang dilaporkan di media seperti yang dinyatakan pada perenggan 13 dan 14, pada 29 Oktober 2022, terdapat laporan bahawa seorang wanita berusia 31 tahun yang menaiki kerete jenis Subaru Forester cedera parah dan anaknya dalam kandungan berusia lapan bulan maut apabila muatan yang dibawa pada lori telah terjatuh sehingga menyebabkan kemalangan yang turut melibatkan wanita malang tersebut.
19
Dalam kejadian sama, pemandu kereta jenis Honda City cedera ringan manakala pemandu dan penumpang dua kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu lori dalam kes ini telah dituduh di bawah nombor kes AK-83-13-02/2023 di Mahkamah Majistret Gerik di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan semakan Case Management System (CMS), didapati bahawa pemandu lori tersebut telah mengaku bersalah dan mengikut fakta kes, kemalangan terjadi berpunca S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal daripada muatan syiling yang secara tiba-tiba terjatuh dan tidak dapat dielak oleh kenderaan-kenderaan lain. Hasil siasatan juga mendapati bahawa, kemalangan ini telah terjadi disebabkan oleh kecuaian tertuduh sendiri yang tidak memastikan ikatan muatan syiling diikat dengan kemas, yang telah menyebabkan muatan syiling itu terjatuh dan terkena pada kenderaan-kenderaan lain, yang seterusnya menyebabkan penumpang hadapan kenderaan Subaru Forester mengalami keguguran.
20
Walau pun kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh dalam kes di Gerik ini berbeza dengan kesalahan yang melibatkan OKS, namun saya melihat betapa dahsyat implikasi yang bakal berlaku kesan daripada muatan yang boleh terjatuh di atas jalan raya, seterusnya membahayakan nyawa orang awam. Apatah lagi sekiranya muatan yang dibawa adalah berlebihan yang mana sudah pasti mengundang lagi lebih bahaya sekiranya terjatuh dan menghempap kenderaan pengguna jalan raya yang lain. Walaupun tiada sebarang kemalangan berlaku susulan daripada tindakan OKS dalam kes ini, namun Mahkamah tidak seharusnya menunggu sesuatu bencana berlaku terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan bahawa kesalahan OKS ini adalah kesalahan yang serius. Justeru, Mahkamah tidak wajar memandang enteng faktor kepentingan awam dalam kes-kes sebegini.
21
Mahkamah ini juga perlu memperhalusi tujuan Parlimen menetapkan hukuman bagi kesalahan OKS yang memperuntukkan hukuman denda boleh sampai RM500,000 dan penjara sehingga tempoh 2 tahun. Malah, polisi yang ditetapkan Jabatan S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pengangkutan Jalan bagi had muatan sudah pasti mempunyai sebab yang tersendiri yang mana saya percaya telah diperhalusi secara teliti oleh pegawai-pegawai dasar badan kerajaan. Risiko kegagalan fungsi brek dan teknikal adalah tinggi bagi kenderaan berat, apatah lagi kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan; dan ianya jelas bahawa tindakan OKS membenarkan pemandu membawa muatan berlebihan ini adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggung jawab. Menjadi tugas Mahkamah ini untuk memastikan tujuan dan hasrat Parlimen membendung kesalahan sebegini diterjemahkan melalui hukuman yang bersesuaian.
22
Selain itu, kekerapan kesalahan seumpama di Kuala Kangsar menjadi faktor pertimbangan saya. Saya merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864, Mahkamah Rayuan telah menyenaraikan “rampancy” sebagai salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kesalahan: "[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members;
f
the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc." [Penekanan ditambah] S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag [23]
Preamble
Menurut statistik di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, setakat tarikh alasan penghakiman ini ditulis, jumlah kes yang didaftarkan dan status untuk kesalahan di bawah sub perenggan 57(1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 bagi tahun 2023 dan 2024 adalah seperti berikut: STATUS / TAHUN Mengaku salah dan disabitkan Dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) Dilepaskan dan dibebaskan (A&D) Dibatalkan (S/O) Lain-lain Jumlah keseluruhan 2023 18 3 - - - 21 2024 24 3 1 4 (masih di peringkat sebutan 32 [24] Berdasarkan statistik yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan kenaikan ketara jumlah kes kesalahan sebegini di bandar kecil Kuala Kangsar pada tahun 2024. Mahkamah ini tidak seharusnya menyampaikan mesej yang salah kepada masyarakat di Kuala Kangsar dengan memberi gambaran bahawa Mahkamah ini bersikap lemah lembut dan bertoleransi terhadap kesalahan sebegini, apatah lagi apabila pelakunya adalah sebuah entiti perniagaan. Ini bermakna saya perlu mempertimbangkan hukuman yang dapat memberi kesan penghalang bukan sahaja untuk menghalang OKS daripada mengulangi kesalahan yang sama, tetapi juga untuk menghalang mana-mana pihak lain daripada melakukan kesalahan jenis yang serupa. [25] Maka, saatnya telah tiba untuk Mahkamah ini menunjukkan ketidaksetujuan badan kehakiman dengan mengakui bahawa kesalahan seperti ini adalah jenayah yang serius S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag dan berat, dan mereka yang terlibat dalamnya perlu mengharapkan hukuman yang setimpal. [26] Adalah perlu ditekankan juga bahawa dalam apa jua keadaan, saya tidak wajar untuk tidak mempedulikan kepentingan OKS. Dalam kes ini, pengakuan salah OKS di peringkat awal adalah salah satu faktor mitigasi yang perlu diambil kira dengan teliti. Pengakuan salahnya telah menjimatkan masa Mahkamah ini daripada melalui proses bicara yang panjang dan juga memakan kos pelbagai pihak terutamanya pihak pendakwaan. [27] Selain itu, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh OKS ini sangat membahayakan pihak lain; OKS dan pemandunya telah memberi kerjasama yang baik sepanjang proses tahanan sehingga proses di Mahkamah ini walaupun pada mulanya waran tangkap dikeluarkan ke atas OKS. [28] Di samping itu, saya mengambil maklum bahawa OKS ini tidak mempunyai rekod lampau memandangkan pihak pendakwaan tidak pernah mengemukakan atau memaklumkan rekod lampau OKS. [29] Malah, saya turut menerima rayuan mitigasi OKS yang menyatakan bahawa perniagaan syarikatnya yang mengalami banyak kerugian. Walaupun tidak dikemukakan S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag sebarang bukti bagi menyokong rayuan ini, saya mengambil maklum bahawa banyak perniagaan masih dalam proses pemulihan selepas dunia dilanda wabak Covid 19 serta selepas Malaysia memulai fasa meninggalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalani untuk beberapa tahun sebelum ini. [30] Justeru, selepas mempertimbangkan segala faktor yang telah dinyatakan dalam alasan penghakiman ini, saya menjatuhkan hukuman denda ke atas OKS sebanyak RM50,000. Mahkamah ini berpendapat hukuman yang dijatuhkan terhadap OKS adalah adil dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKS selain setelah saya mengimbangi secara mendalam faktor kepentingan awam dan mitigasi pihak OKS. Bertarikh 8 Mac 2025 MOHD SHAZMEER BIN ZAMHARI Majistret Mahkamah Majistret di Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan Pegawai Pendakwa JPJ: Mohammad Siddiq Bin Mohammad Shamsidi S/N 4sdVuACEHkuc1hA3ZCguag
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.