Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
A73KJ-178-05/2015
Magistrates Court of Malaysia12 Jun 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an sepenuhnya (Murugan v. Lew Chu Cheong [1980] 1 LNS 49; [1980] 2 MLJ 139). [ 3 ] Fakta bahawa Defendan Pertama telah menghalang laluan sah Plaintif Pertama dan ianya bertentangan dengan seksyen 18 Highway Code yang memperuntukkan: 5 | P a g e “When turning left or right, drivers must always give way to through traffi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
1
ANTARA MUHAMMAD AZRIMAN BIN MAT ARIS. (Seorang budak menuntut melalui bapa dan sahabat wakilnya, MAT ARIS BIN ISMAIL)
2
MUHAMMAD FIKRI AMEIR BIN WAHAB. (Seorang budak menuntut melalui bapa dan sahabat wakilnya,WAHAB BIN ISMAIL)
3
AHMAD FAIRUL IKHWAN BIN ISHAK. …Plaintif-Plaintif
2
NORAZIDA BINTI ABDUL RAZAK …Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN 2 | P a g e FAKTA KES Plaintif Pertama, sebagai penunggang motorsikal no. pendaftaran NAX 7534 (selepas ini dirujuk sebagai “motorsikal Plaintif Pertama” tersebut ) dan Plaintif Kedua sebagai pembonceng motosikal tersebut manakala Plaintif Ketiga adalah tuan punya motosikal tersebut. Plaintif-plaintif menuntut gantirugi am dan khas termasuk faedah dan kos daripada Defendan Pertama, pemandu berdaftar motokar no. pendaftaran CDG 4947 dan Defendan Kedua sebagai pemilik berdaftar motokar tersebut (selepas ini dirujuk sebagai “motokar Defendan” tersebut) Kemalangan berlaku pada 25-07-2014 jam lebih kurang 12:10 tengahari di Simpang Kampung Derhaka, Kuantan, Pahang semasa Plaintif Pertama dalam perjalanan dan berada di lorong kiri tiba-tiba motokar Defendan yang berada di belakang Plaintif Pertama telah memotong motosikal Plaintif Pertama dan membelok ke kiri secara mengejut sehingga mengakibatkan pergeselan dengan motosikal Plaintif Pertama juga kemalangan dan kecederaan kepada Plaintif Pertama dan Kedua. Defendan telah tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini dari segi liabiliti dan kuantum dan memfailkan notis rayuan ini. 3 | P a g e KES PLAINTIF. Plaintif Pertama dalam perjalanan dari rumah kawan di Perkampungan Kempadang menuju ke rumahnya di Kampung Peramu iaitu dari bawah ke atas dalam rajah kasar (P1, P1(k)). Apabila Plaintif Pertama sampai di persimpangan Kampung Derhaka, tiba-tiba motokar Defendan datang dari arah belakang telah memotong motosikal Plaintif Pertama dan terus membelok ke sebelah kiri jalan lalu menggesel dan melanggar motosikal Plaintif Pertama. Keterangan Plaintif Pertama ini disokong oleh Keterangan Plaintif Kedua selaku pembonceng motosikal Plaintif Pertama ini. SP-1 iaitu Pegawai Penyiasat telah pergi ke tempat kejadian sehari selepas kemalangan iaitu pada 26-07-2014. Hasil daripada siasatan SP-1, terdapat 2 lorong untuk satu hala di laluan kiri dan kanan jalan. Arah perjalanan motosikal Plaintif adalah dari bawah ke atas lorong kiri manakala arah perjalanan motokar Defendan adalah dari bawah ke atas lorong kanan sebelum kemalangan berlaku. Menurut SP-1, terdapat kesan gurisan dan darah di atas jalan laluan Plaintif Pertama yang ditandakan sebagai “D” dalam rajah kasar (P1, P1(k)). Oleh sebab itu, saman telah dikeluarkan ke atas Defendan Pertama di bawah Rule 8 LN166/59, Lorong-lorong Lalulintas. KES DEFENDAN. Defendan Pertama dalam perjalanan dari Peramu ke Astaka Village iaitu dari bawah ke atas dalam rajah kasar (P1, P1(k)). Apabila sampai di persimpangan Kampung Derhaka, Jalan Kampung Soi, Defendan Pertama telah 4 | P a g e memberi isyarat dan memperlahankan kenderaan untuk membelok ke kiri. Tiba-tiba motosikal Plaintif telah datang dengan laju dan melanggar bahagian kanan belakang motokar Defendan. Versi Defendan Pertama ini disokong oleh keterangan SD-2 iaitu anak Defendan Pertama yang melihat kejadian berlaku dalam jarak sejauh 3 meter dari tempat SD-2 berada. ALASAN PENGHAKIMAN Liabiliti. [ 1 ] Keterangan dan Pliding Plaintif adalah Plaintif Pertama dalam perjalanan di lorong kiri secara terus, tiba-tiba datang motokar Defendan dari lorong kanan jalan telah memotong motosikal Plaintif Pertama terus membelok masuk ke simpang sebelah kiri laluan sah Plaintif Pertama secara mengejut. Perkara ini turut disahkan oleh Pegawai Penyiasat hasil rakaman percakapan kedua-dua pihak. [ 2 ] Ternyata Defendan Pertama telah menghalang laluan sah Plaintif Pertama tanpa memberi laluan terlebih dahulu kepada Plaintif Pertama untuk selesaikan laluannya adalah sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya (Murugan v. Lew Chu Cheong [1980] 1 LNS 49; [1980] 2 MLJ 139). [ 3 ] Fakta bahawa Defendan Pertama telah menghalang laluan sah Plaintif Pertama dan ianya bertentangan dengan seksyen 18 Highway Code yang memperuntukkan: 5 | P a g e “When turning left or right, drivers must always give way to through traffic including pedestrians” Atas kegagalan Defendan Pertama memberi laluan terlebih dahulu kepada Plaintif Pertama untuk meneruskan perjalanannya menjadikan Defendan Pertama cuai dan bertanggungan sepenuhnya di dalam kes ini. [ 4 ] Kegagalan Defendan Pertama mematuhi Highway Code ini juga menjadikan peruntukan seksyen 68(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah terpakai sebagaimana diplidkan oleh Plaintif. [ 5 ] Keterangan SP-1 selaku Pegawai Penyiasat dengan merujuk kepada rajah kasar (P1, P1(k)) telah mengesahkan bahawa tempat kejadian adalah di simpang tiga. Plaintif Pertama menandakan ‘X’ sebagai tempat perlanggaran dan ianya di dalam laluan sah Plaintif Pertama. Maka, ‘inescapable evidence’ adalah Defendan Pertama terlebih dahulu menceroboh masuk ke laluan sah Plaintif Pertama sehingga mengakibatkan kemalangan. [ 6 ] Terdapat juga kesan goresan dan darah yang ditandakan sebagai “D” dalam rajah kasar (P1, P1(k)) di laluan kiri jalan iaitu laluan sah Plaintif Pertama. Bukti senyap ini telah sekali lagi menyokong versi Plaintif Pertama bahawa perlanggaran berlaku di laluan sah Plaintif Pertama iaitu di lorong kiri jalan. 6 | P a g e [ 7 ] Di dalam kes yang terdapat 2 versi yang bercanggah, maka Mahkamah perlu menilai versi mana yang ‘inherently probable or improbable’ (Noorianti bt Zainol Abidin (F) & 8 Others v. Tang Lei Nge & Tang Lye Chang [1990] 1 CLJ 943). Fakta bahawa Defendan Pertama berada di lorong kanan jalan sebelum kemalangan berlaku adalah tidak dipertikai sepanjang perbicaraan. Kegagalan menyoal balas berkenaan fakta ini menjadikan fakta ini tidak tercabar ( Aik Ming (M) Sdn Bhd & Ors v. Chang Ching Chuen & Ors & Another Case [1995] 3 CLJ 639) sekaligus ia menjadikan versi Plaintif Pertama adalah ‘inherently probable’. [ 8 ] Pemanduan Plaintif Pertama selaju 40km/j di kawasan yang dibenarkan tidak menjadikan Plaintif Pertama cuai dan memandu dengan laju sepertimana Pernyataan saksi Defendan Pertama dalam soalan dan jawapan no. 5. [ 9 ] Tiada keterangan bahawa Defendan Pertama nampak Plaintif Pertama memandu dengan laju. Jikalaupun Plaintif Pertama memandu dengan laju sekalipun, pasti Plaintif Pertama menggunakan lorong yang kosong dan tiada kenderaan di hadapannya memandangkan laluan tempat kejadian adalah satu hala yang mempunyai 2 lorong. Melainkan versi Plaintif Pertama adalah lebih berkemungkinan iaitu Plaintif Pertama sememangnya berada di lorong kiri jalan dan Defendan Pertama memasuki lorong Plaintif Pertama, terus membelok ke kiri jalan sehingga menyebabkan kemalangan. 7 | P a g e [ 10 ] Plaintif Pertama telah berusaha mengelak ke kanan namun masih bergesel dan terlanggar juga motokar Defendan. Ini kerana tindakan Defendan Pertama amatlah tidak dijangka (unforeseeable) dan amat mustahil untuk Plaintif Pertama mengambil tindakan yang wajar bagi mengelak kemalangan ini (Murugan v Lew Chu Cheong [1980] 2 MLJ 139). [ 11 ] Plaintif Pertama tidak pasif dan bertindak dengan membrek dan mengelak motokar Defendan tetapi bergesel dan terlanggar juga di bahagian kanan motokar defendan . Di sini menunjukkan bahawa Plaintif Pertama ada usaha untuk mengelak kemalangan daripada berlaku namun gagal. Fakta ini tidak menunjukkan kecuaian yang turut disumbang oleh Plaintif Pertama di dalam kemalangan ini. [ 12 ] Kerosakan motosikal milik Plaintif Ketiga adalah rim bengkok, handle hancur dan calar tepi motosikal manakala kerosakan motokar Defendan adalah kemek teruk sebelah belakang kanan. Kerosakan kenderaan secara keseluruhannya adalah selari dengan versi Plaintif Pertama bagaimana kemalangan ini berlaku iaitu motosikal bergesel dan Plaintif Pertama mengelak ke kanan dan terlanggar bahagian belakang kanan motokar Defendan. Perkara ini turut disokong oleh Keterangan SD-2 bahawa selepas kemalangan berlaku, motosikal Plaintif Pertama telah jatuh ke kanan jalan. 8 | P a g e [13 ] Mahkamah juga berhati-hati dalam menerima keterangan SD-2 iaitu anak Defendan Pertama sendiri dan ini adalah saksi berkepentingan kerana keterangan saksi boleh mempengaruhi bukti Defendan (Ahmad Sukeri Ibrahim v Mohd Faizal Adnan [2013] 1 LNS 733). Tambahan pula tiada laporan polis dibuat bagi menyokong keterangannya. [ 14 ] Fakta bahawa Plaintif Pertama tiada lesen menunggang motosikal adalah ‘prima facie evidence’ bahawa Plaintif tidak ‘competent’ mengendalikan motosikalnya dan tiada pengalaman mengenai ‘traffic codes’ (Chua May Yin & Anor v Muhammad Dzul Amri bin Idrus (Seorang kanak-Kanak mendakwa melalui ibunya dan sahabat wakil, Zaini bt Baba) & Anor [2008] 1 PIR [69] tetapi harus diingat juga bahawa fakta Plaintif tiada lesen bukanlah faktor relevan yang boleh digunakan di dalam menilai tahap kecuaian Plaintif Pertama (Mohamad Amir Shahid Imran & Anor v Rozita Saleh & Anor [2013] 1 LNS 641). Tambahan pula tiada keterangan oleh Defendan menunjukkan bahawa Plaintif Pertama tidak ‘competent’, cuai dan tiada pengalaman dalam mengendalikan motosikalnya. [ 15 ] Menurut SP-1, Defendan Pertama telah disaman di bawah Rule 8 LN 166/59 iaitu kesalahan tidak mematuhi lorong yang betul semasa di persimpangan tiga lorong. Menurut SP-1, kenderaan yang ingin masuk simpang sepatutnya berada di lorong A A1 dalam rajah kasar (P1, P1(k)) sebaliknya Defendan Pertama berada di lorong kanan A2 A3 dan masuk 9 | P a g e ke lorong kiri A1 A2 iaitu laluan sah Plaintif Pertama. Ini menunjukkan Defendan Pertama telah cuai dalam memastikan lorong yang betul sebelum masuk ke simpang kiri. [ 16 ] Keterangan SP-1 selaku Pegawai Penyiasat menyatakan bahawa Defendan disaman di bawah Rule 8 LN 166/59 dan saman telah dijelaskan pada 22-01-2016. Walaupun fakta ini bukan bukti yang ‘conclusive’ bahawa Defendan cuai keluar masuk simpang (Mohd Salleh Samad v Zainodin Dongking [2002] 1 CLJ 139) tetapi ia ‘admissible’ dan boleh diterima oleh Mahkamah bagi menimbang darjah tanggungan kecuaian Defendan di dalam kes ini (Chock Kek Ling v. Patt Hup Transport Co Ltd [1965] 1 LNS 25; [1966] 1 MLJ 120). [ 17 ] Berdasarkan kepada prinsip kenderaan yang keluar masuk simpang adalah bertanggungan sepenuhnya cuai (Kek Kee Leng v Theresa Bong Nyok Chin & Anor [1987] 1 MLJ 61). Maka, di dalam kes ini, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah mendapati Defendan Pertama bertanggungan cuai 100%. [ 18 ] Plaintif Kedua adalah merupakan pembonceng motorsikal Plaintif Pertama, maka Plaintif Kedua adalah termaktub di bawah prinsip ‘penumpang tidak berdosa dan berhak menikmati pampasan penuh’ (Samsuri bin Saad & Anor v Chew Kit Toh (t/a Kit Thong Who Hup) & Another Appeal[1996] 1 MLJ 576 Hakim merujuk kepada kes Reliance 10 | P a g e Omnibus Co. Sdn. Bhd & Anor v Ishak Bin Mohd Jaafar & Anor [1993] 4 CLJ 291). Maka, Plaintif Kedua berhak untuk menuntut gantirugi 100% terhadap Defendan-Defendan. [ 19 ] Memandangkan Defendan bertanggungan cuai 100% di dalam kes ini, Defendan Kedua bertanggungan secara vikarius. Tuntutan balas dan tolakan Defendan-Defendan terhadap Plaintif Pertama ditolak dengan kos. Kuantum. Gantirugi Am Plaintif Pertama. Mahkamah merujuk kapada Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bertarikh 27-05-2015 (P5) di bahagian diagnosis muktamad adalah sepertimana berikut: a) Cerebral concussion. b) Close salter Harris type II fracture left ulna. c) Close torus fracture distal end left radius. d) Laceration wound over left cheek and chin. e) Abrasion wound ovel right arm and forehead. f) Left oblique parasymphysis of mandible fracture. g) Scars 15 cm. 11 | P a g e
a
Cerebral concussion. Peguamcara Plaintif berhujah bahawa jumlah RM 5, 500.00 adalah berpatutan dan munasabah. Peguamcara Defendan berhujah bahawa jumlah RM 4, 000.00 adalah satu award munasabah dengan merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010. Setelah Mahkamah membaca hujahan kedua-dua pihak, Maka Mahkamah membenarkan award sebanyak RM 5, 500.00 adalah wajar dan munasabah berdasarkan kepada Compendium yang dirujuk oleh Peguamcara Defendan iaitu tiada amaun lain bagi kecederaan ini melainkan RM 5, 500.00 yang dicadangkan dalam Compendium tersebut.
b
Close salter Harris type II fracture left ulna.
c
Close torus fracture distal end left radius with muscle wasting. Peguamcara Plaintif menggabungkan dua kecederaan ini dan menghujahkan bahawa jumlah sebanyak RM 25, 000.00 adalah munasabah diberikan kepada Plaintif berdasarkan kes: i) Azri Ayub v Shanmugam Balakrishnan & Satu Lagi; Ayub Othman (Pihak Ketiga) [2011] 1 LNS 1960 di mana Mahkamah membenarkan award sebanyak RM 25, 000.00 untuk kecederaan ‘fracture of left radius and ulna’. 12 | P a g e Peguamcara Defendan menghujahkan award berasingan bagi kes ini. Bagi kecederaan Close salter Harris type II fracture left ulna, sejumlah RM 8,
000
000.00 adalah award yang munasabah berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010. Manakala bagi kecederaan Close torus fracture distal end left radius Peguamcara Defendan menghujahkan bahawa sejumlah RM 10, 000.00 adalah satu award yang munasabah dan berpatutan berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010. Setelah membaca hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah membenarkan award sebanyak RM 23, 000.00 untuk kedua-dua kecederaan ini. Berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010 ada mencadangkan kecederaan untuk kedua-dua tulang ini digabungkan iaitu julat bagi kecederaan ‘Radius and ulna’ adalah antara RM 18, 000.00 hingga RM 30, 000.00. Maka award yang munasabah adalah RM 23, 000.00 untuk ‘radius and ulna with muscle wasting’. Ini kerana laporan pakar Plaintif Pertama (P6) tidak menunjukkan sebarang komplikasi berpanjangan terhadap kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama. Tambahan pula, kecederaan Plaintif Pertama adalah ‘torus fracture’ distal end left radius iaitu ‘incomplete fractures of the shaft of a long bone’. Ia bukan ‘open fracture’. Laporan pakar juga menunjukkan bahawa kedua-dua tulang radius dan ulna ini telah ‘united’. Maka satu award rendah patut diberikan berbanding ‘open fracture’. 13 | P a g e Begitu juga kecederaan ulna adalah jenis ‘closed sater Harris type II’ bukanlah ‘chronic disability’ berbanding ‘type v’. Maka satu award rendah patut diberikan. Tambahan pula laporan pakar tidak menunjukkan apa-apa ‘disability’ akibat daripada kecederaan ini sebaliknya ianya sudah ‘united’. Maka award sebanyak RM 20, 000.00 adalah munasabah untuk kecederaan ‘radius and ulna’ mengikut garis panduan dalam Compendium of Personal Injury Awards Revised as at 26 Oct 2010. Manakala RM 3, 000.00 adalah berpatutan untuk kecederaan ‘muscle wasting ‘sebagaimana digariskan dalam Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010.
d
Laceration wound over left cheek and chin Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa jumlah sebanyak RM 5, 000.00 adalah munasabah diberikan kepada Plaintif memandangkan kecederaan ini merupakan luka di bahagian muka. Peguamcara Defendan menghujahkan RM 3, 000.00 adalah munasabah untuk kecederaan ini berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised as at 26 Oct 2010. Mahkamah membenarkan award sebanyak RM3, 000.00 adalah munasabah berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010 yang menetapkan julat award antara RM 1, 500.00 14 | P a g e hingga RM 8, 000.00. Tambahan pula, laporan perubatan tidak menyatakan ukuran panjang dan kedalaman kecederaan ini. Maka award RM 3, 000.00 adalah wajar dan munasabah.
e
Abrasion wound over right arm and forehead Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa jumlah sebanyak RM 3, 000.00 adalah berpatutan dan munasabah. Manakala Peguamcara Defendan menghujahkan jumlah sebanyak RM 2, 000.00 adalah munasabah berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised as at 26 Oct 2010. Merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010 mencadangkan jumlah antara RM 1, 000.00 hingga RM 4, 000.00 untuk kecederaan ‘abrasion (single to multiple)’. Maka award sebanyak RM 2,
000
000.00 adalah munasabah untuk kecederaan di dua tempat iaitu tangan kanan dan dahi.
f
Left oblique parasymphysis of mandible fracture
000
Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa jumlah sebanyak RM 18, 00 adalah munasabah diberikan kepada Plaintif berdasarkan Compendium of Personal Injury Awards yang meletakkan cadangan award antara RM 14,
000
000.00 ke RM 27, 500.00. 15 | P a g e Peguamcara Defendan menghujahkan RM 12, 000.00 adalah munasabah untuk kecederaan ini berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised as at 26 Oct 2010. Mahkamah mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak dan membenarkan award sebanyak RM 14, 000.00 adalah munasabah memandangkan tiada kesan jangka panjang yang akan dialami oleh Plaintif Pertama.
g
Scars 15cm
000
Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa jumlah sebanyak RM 10, 00 adalah munasabah diberikan kepada Plaintif kerana ianya merupakan parut di bahagian muka iaitu ‘scar at left cheek around 15cm extending from left angle of mouth to ear tragus’. Peguamcara Defendan tidak menghujahkan berkenaan award yang sesuai untuk kecederaan ini. Mahkamah berpandukan kepada Compendium of Personal Injury
000
Awards Revised As At 26 Oct 2010 yang mencadangkan award antara RM 2, 00 hingga RM 10, 000 untuk ‘operation scar’ dan Mahkamah membenarkan award sebanyak RM 5, 000.00 adalah munasabah dan berpatutan. Mahkamah juga mengambilkira laporan pakar Plaintif Pertama 16 | P a g e (P6) yang menyatakan bahawa ‘all scars are permanent and will affect the patient aesthetically’. Kesimpulan award (gantirugi am) Plaintif Pertama. a) Cerebral concussion RM 5, 500.00 b) Close salter harris type II fracture left ulna (muscle wasting) RM 23, 000.00 c) Close torus fracture distal end left radius. d) Laceration wound over left cheek and chin. RM 3, 000.00 e) Abrasion wound ovel right arm and forehead. RM 2, 000.00 f) Left oblique parasymphysis of mandible fracture. RM 14, 000.00 g) Scars 15 cm. RM 5, 000.00 Jumlah : RM 52, 500.00 Kuantum. Gantirugi khas Plaintif Pertama. Plaintif haruslah membuktikan secara ketat berkenaan fakta dan amaun yang dituntut bagi gantirugi ini berpandukan kepada prinsip di dalam kes (Ria Enterprise & Ors v MBF Finance Berhad [2001] 1 CLJ 687).
a
Kos dokumen : RM 1, 800.00 17 | P a g e
i
Laporan perubatan dibenarkan sebanyak
40
RM 00 sebagaimana resit rasmi dilampirkan di dalam Ikatan B muka surat 18.
II
(ii) Carian JPJ dibenarkan sebanyak RM 10.00 sebagaimana resit rasmi dilampirkan di dalam Ikatan B muka surat 17.
III
(iii) Laporan Pakar orthopaedic dibenarkan sebanyak RM 750.00 sebagaimana resit rasmi dilampirkan di dalam Ikatan D muka surat 6.
IV
(iv) Laporan Pakar Maxillofacial dibenarkan sebanyak RM 1, 000.00 sebagaimana resit rasmi dilampirkan di dalam Ikatan D muka surat 10.
b
Kos perjalanan ke hospital dan makanan untuk diri sendiri dan keluarga: ditolak. Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif Pertama berasal dari Kampung Peramu, Kuantan dan Plaintif Pertama telah dimasukkan ke Hoapital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Maka, kos perjalanan dan makan bagi Plaintif Pertama dan keluarga sebanyak RM
100
100.00 adalah munasabah. Peguamcara Defendan tidak berhujah untuk isu ini. Meneliti kepada pernyata saksi dan keterangan Plaintif Pertama, tiada dalam mana-mana keterangan Plaintif Pertama yang menyentuh berkenaan dengan kos ini. Maka, tuntutan kos ini tidak dibuktikan dan ditolak. 18 | P a g e
c
Kerosakan pakaian dan barangan peribadi dibenarkan: RM 150.00. Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa sejumlah RM 150.00 adalah munasabah berdasarkan kepada kes Raja Kumar Veerasamy v Ripin Mamat & Yang Lain [2012] 5 LNS 113. Peguamcara Defendan menolak kos ini kerana tiada resit dikemukakan bagi membuktikan tuntutan ini. Mahkamah membenarkan kos sebanyak RM 150.00. Ini kerana Plaintif Pertama ada menyatakan di dalam keterangannya bahawa Plaintif Pertama menanggung kerugian kos kerosakan pakaian dan barangan peribadi sebanyak RM 300.00. Pada hemat Mahkamah, walaupun tiada bukti dokumentari dikemukakan namun melihat kepada tempat kecederaan Plaintif Pertama yang serius, sudah pasti pakaian Plaintif Pertama juga mengalami kerosakan yang teruk akibat kemalangan ini. Maka, award yang munasabah adalah dibenarkan sebanyak RM 150.00.
d
Kos rawatan (implant, bil hospital, dll): ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
e
Kos rawatan lanjut (pembedahan dan perubatan): ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif. 19 | P a g e
f
Kos rawatan tradisional: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
g
Makanan berkhasiat: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
h
Kehilangan pendapatan dan masih berterusan: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
i
Kos penjagaan: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
j
Kos membeli kerusi roda dan tongkat: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif. Kesimpulan (gantirugi khas) Plaintif Pertama.
a
Kos dokumen : RM 1, 800.00
b
Kos kerosakan pakaian dan barangan peribadi : RM 150.00 Jumlah : RM 1, 950.00 Kuantam (gantirugi am) Plaintif Kedua. Mahkamah merujuk kepada Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bertarikh 24-04-2015 (dokumen dipersetujui) adalah sepertimana berikut: 20 | P a g e
a
Cerebral concussion.
b
Soft tissue injuries.
a
Cerebral concussion. Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa jumlah sebanyak RM 5, 500.00 adalah berpatutan dan munasabah diberikan kepada Plaintif Kedua. Peguamcara Defendan menghujahkan award sebanyak RM 5, 000.00 adalah munasabah dan berpatutan berpandukan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised as at 26 Oct 2010. Pada hemat Mahkamah, award yang munasabah adalah dibenarkan sebanyak RM 5, 500.00 berdasarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised as at 26 Oct 2010 dan trend kes-kes masa kini.
b
Soft tissue injury Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa jumlah sebanyak RM 3, 000.00 untuk kecederaan ‘abrasion wounds’. Peguamcara Defendan menghujahkan sebanyak RM 1, 000.00 untuk kecederaan ‘soft tissue injury’ sebagai munasabah dan berpatutan 21 | P a g e berpandukan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised As At 26 Oct 2010. Mahkamah merujuk kepada laporan perubatan Plaintif Kedua di Ikatan B muka surat 6. Perkataan yang digunakan di bahagian diagnosis dalam laporan perubatan bertarikh 24-04-2015 adalah ‘soft tissue injury’. Maka, jumlah award sebanyak RM 1, 000.00 adalah munasabah dan wajar diberikan kepada Plaintif Kedua. Kesimpulan (gantirugi am) Plaintif kedua.
a
Cerebral concussion RM 5, 500.00
b
Soft tissue injury RM 1, 000.00 Jumlah RM 6, 500.00 Kuantum (gantirugi khas) Plaintif Kedua
a
Kos dokumen : 40.00 Kos bagi item ini dibenarkan sebanyak RM40.00 sebagaimana resit rasmi yang dilampirkan di dalam Ikatan B muka surat 18.
b
Kos perjalanan ke hospital dan makanan untuk diri sendiri dan keluarga: ditolak Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif Kedua berasal dari Kampung Peramu, Kuantan dan Plaintif Kedua telah dimasukkan ke Hospital 22 | P a g e Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Maka, kos perjalanan dan makan bagi Plaintif Kedua dan keluarga sebanyak RM 100.00 adalah munasabah. Peguamcara Defendan tidak berhujah untuk isu ini. Meneliti kepada pernyata saksi dan keterangan Plaintif Kedua, tiada dalam mana-mana keterangan Plaintif Kedua yang menyentuh tentang kos ini. Maka, tuntutan kos ini tidak dibuktikan dan ditolak.
c
Kerosakan pakaian dan barangan peribadi: RM 150.00 Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa sejumlah RM 150.00 untuk item ini adalah munasabah berdasarkan kepada kes Raja Kumar Veerasamy v Ripin Mamat & Yang Lain [2012] 5 LNS 113. Peguamcara Defendan menolak kos ini kerana tiada sebarang bukti seperti resit dikemukakan berhubung tuntutan ini. Mahkamah membenarkan kos bagi item ini sebanyak RM150.00. Ini kerana Plaintif Kedua di dalam keterangannya ada menyatakan bahawa Plaintif Kedua menanggung kerugian kos kerosakan pakaian dan barangan peribadi sebanyak RM 300.00. 23 | P a g e Pada hemat Mahkamah, walaupun tiada bukti dokumentari dikemukakan namun melihat kepada tempat kecederaan Plaintif Kedua, sudah pasti pakaian Plaintif Kedua juga mengalami kerosakan yang akibat kemalangan ini. Maka, award yang munasabah adalah sebanyak RM 150.00 dibenarkan.
d
Kos rawatan (implant, bil hospital, dll): ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
e
Kos rawatan lanjut (pembedahan dan perubatan): ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
f
Kos rawatan tradisional: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
g
Makanan berkhasiat: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
h
Kehilangan pendapatan dan masih berterusan: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
i
Kos penjagaan: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif. 24 | P a g e
j
Kos membeli kerusi roda dan tongkat: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif. Kesimpulan (gantirugi khas) Plaintif Kedua.
a
Kos dokumen : RM 40.00
b
Kos kerosakan pakaian dan barangan peribadi : RM 150.00 Jumlah : RM 190.00 Kuantum (gantirugi khas Plaintif Ketiga) Berdasarkan fakta, keterangan dan dokumen yang dikemukakan tiada satu pun yang menyokong tuntutan bagi gantirugi khas ini.
a
Kos membawa motosikal ke workshop: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
b
Kos membaiki motosikal: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif.
c
Kehilangan kegunaan motosikal: ditarik balik oleh Peguamcara Plaintif. 25 | P a g e
1
FAEDAH 5% setahun atas gantirugi am daripada tarikh penyerahan writ sehingga ke tarikh penghakiman.
2
2.5% setahun atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman.
3
5 % setahun atas atas jumlah penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh. KOS Perintah untuk kos adalah mengikut skala sepertimana Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. KESIMPULAN Setelah mengambilkira peruntukan undang-undang dan fakta kes ini, Mahkamah mendapati atas imbangan kebarangkalian bahawa Penghakiman yang dimasukkan adalah adil dan munasabah di sisi undang-undang dari segi liabiliti dan kuantum. 26 | P a g e Disediakan oleh: NURUNAIM BINTI ABDULLAH Majistret, Mahkamah Majistret Kuantan. Tarikh : 4 Ogos 2017. Cik/Puan Arnie Azreen binti Che Arifin. Tetuan Che Arifin & Co, Kuantan. ….bagi pihak Plaintif-Plaintif /responden-responden. Cik/Puan Selvarasee Manimuthu. T/N Bodi, Chan & Partners, Kuantan. …bagi pihak Defendan-Defendan /Perayu-Perayu.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.