Content
1 DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: 42(LB)-140-12/2015 PENDAKWA RAYA LAWAN DATO’ TAN HAN KOOK CHING SIEW CHEONG PENGHAKIMAN Latar Belakang
42(LB)-140-12/2015
High Court of Malaysia12 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(vi)Persetujuan dan perakuan formal tersebut dibuat dalam mahkamah semasa perbicaraan seksyen 733AA Akta Keterangan 1950 “Not with standing anything contained in this Chapter and subject to the Criminal Procedure Code, in any criminal proceedings, no fact whether oral or written need to be proved, which the parties to”
“hould not be read disjointedly. They should be read together as they form one whole provision for the admissibility of documents produced by computers. As stated earlier, section 90A was added to the Evidence Act 1950 in 1993 in order to provide for admission of computer produced documents and statements as in this cas”
“n. On reading the said section I think it does not apply to the present case where the charge against the respondent was for and offence of intending to deceive the government under Section 18 of the MACC Act 2009. I think section 52(1)(a)(iii) refers to acts in relation to gratification. The prosecution’s submission o”
“merujuk kepada kes Mohd Jalani Saliman & Anor v. PP (1998) 1 CLJ 123 di mana Yang Ariff Abdul Malik Ishak J dalam menjelaskan perihal undang-undang ini dengan menyatakan bahawa:- “ Section 415 of the Penal Code enacts as follows:- Whoever by deceiving any person, whether or not such deception was the sole or main induc”
“rrived at the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding: see Sheo Swarup v. King Emperor AIR [1934] PC 227………..; Dalam kes: Lim Kheak Teong v. Public Prosecutor (1984) 1 MLRA 126, (1984) 1 CLJ 20, (1985) 1 MLJ 38”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: 42(LB)-140-12/2015 PENDAKWA RAYA LAWAN DATO’ TAN HAN KOOK CHING SIEW CHEONG PENGHAKIMAN Latar Belakang
1
Ini merupakan satu rayuan yang difailkan oleh pihak Perayu (Timbalan Pendakwa Raya) terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 22 Februari 2016 yang memutuskan Responden-responden lepaskan dan dibebaskan di 134 pertuduhan-pertuduhan menurut Seksyen 420 Kanun 2 Keseksaan. Pertuduhan-pertuduhan terhadap kedua-dua Responden adalah seperti berikut: No. Kes:62-974-12/2012 “Bahawa kamu pada 19 Oktober 2011 di Malayan Banking Berhad, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai Niat Bersama kamu telah Menipu pegawai-pegawai Malayan Banking Berhad dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa dokumen-dokumen seperti di Lampiran A yang dikemukakan kepada Malayan Bankig Berhad bagi permohonan tuntutan kemudahan “Bankers’ Acceptance” No. 2009321AB bertarikh 19 Oktober 2011 adalah tulen itu telah dengan curangnya mendorong pegawai-pegawai Bank tersebut untuk memindahkan wang berjumlah RM459,880-00 kedalam Akaun Hong Leong Bank bernombor 001810071424 milek Syarikat Asia Food Link Sdn. Bhd. yang mana pegawai-pegawai tersebut tidak akan memindahkan sekiranya mereka tidak perdayakan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dibawah Seksyen 34 kanun yang sama” 3 (Pertuduhan Kedua hingga Pertuduhan 134 dinyatakan dalam Rekod Mahkamah)
i
Pertuduhan Pilihan Pertama “Bahawa kamu pada 19 Oktober 2011 di Malayan Banking Berhad, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai Niat Bersama dengan curangnya menggunakan sebagai tulin dokumen-dokumen seperti di Lampiran A, yang mana dokumen-dokumen seperti yang diperihalkan dibawah Seksyen 467 Kanun Keseksaan, dan kamu ada sebab mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu ketika permohonan kemudahan “Bankers’ Acceptance” No. 2009321AB bertarikh 19 Oktober 2011, berjumlah RM459,880-00 dikemukakan kepada Malayan Banking Berhad tersebut dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 467 Kanun yang sama dibaca bersama dibawah Seksyen 34 Kanun yang sama” (Pertuduhan Kedua hingga Pertuduhan 134 dinyatakan dalam Rekod Mahkamah) Terdapat 134 pertuduhan di bawah Seksyen 420 KK dan Petuduhan alternative Seksyen 471/467 KK. 4 pertuduhan yang lain adalah sama dengan pertuduhan pertama di atas kecuali berbeza dari tarikh dan jumlah pengeluaran Bankers’s Acceptance.
2
Responden Pertama dan Responden Kedua telah dituduh dihadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan 40 pertuduhan Menipu Maybank Berhad melalui Banker’s Acceptance milek KPF Quality Food Sdn. Bhd. (KPFQ) dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan palsu (Invois dan Delivery Order Palsu) milek Syarikat Asia Food Link Sdn. Bhd. (AFL) dan Syarikat Violet Bonanza Sdn. Bhd. (VBSB) dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan sehingga mendorong pihak Maybank meluluskan serta memindahkan wang tersebut kedalam akaun-akaun syarikat AFL dan VBSB;
3
Responden Pertana dan Kedua juga telah dituduh dihadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan 94 pertuduhan Menipu Maybank melalui Bankers’ Acceptance milek Stanson Marketing Sdn. Bhd. (SMSB) dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan palsu (Invois dan Delivery Orders Palsu) milek syarikat-syarikat Asia Food Sdn. Bhd. (AFL) Violet Bonanza Sdn. BHd. (VBSB, Koridor Nusantara Sdn. Bhd. (KNSB), Intrico Sdn. Bhd. (INTRICO) dan Summit Agencies Sdn. Bhd. (SUMMIT) dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan sehingga mendorong pihak Maybany meluluskan serta memindahkan wang tersebut kedalam akaun syarikat SMSB; 5
4
Secara keseluruhannya, Responden-responden menghadapi 134 pertuduhan kesemuanya dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang melibatkan jumlah kerugian lebih kurang RM67 Juta;
5
Selain itu, Responden-responden turut menghadapi 134 pertuduhan alternative dibawah Seksyen 471 dibaca bersama Seksyen 467 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan dokumen-dokumen Cagaran Berharga Palsu (Invois dan Delivery Order Palsu) tertera nama dan letterhead syarikat-syarikat Asia Food Link Sdn. Bhd (AFL), Violet Bonanza Sdn. Bhd. (VBSB), Koridor Nusantara Sdn. Nhd. (KNSB), Intrico Sdn. Bhd. (INTRICO), dan Summit Agencies Sdn. Bhd. (SUMMIT) sebagai Tulen bagi tujuan permohonan drawdown Bankers’ Acceptances’ milek SMSB dan KPFQ). Fakta-fakta Kes Pendakwaan 6. Satu perjanjian usahasama perniagaan telah diujudkan antara Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFH) dengan Stan son Marketing Sdn. Bhd. (SMSB) dan juga Consortium Fresh Foods Quality Berhad. (CFFQ). Mereka telah menubuhkan sebuah Syarikat bernama KFFQ yang menjalankan perniagaan menjual Cherries dan Sultanas. Dimana pecahan saham yang telah dipersetujui ialah KPFH memegang saham 60%, SMSB 30% dan CGFFQ 10%. Responden Pertama adalah salah seorang Pengarah Syarikat KPFQ 6 yang baru ditubuhkan., manakala Responden 2 telah dilantik sebagai COO KPFQ melalui persetujuan Ahli Lembaga Pengarah;
7
Selaku COO kepada KPFQ, Responden 2 telah membuat permohonan kemudahan pinjaman Bankers’ Acceptance (BA Facility) daripada Malayan Banking Berhad bagi menjamin pembiayaan projek KPFQ dalam menghasilkan susu krim dan pembungkusan makanan berasaskan pertanian. Kemudahan BA tersebut telah diluluskan oleh pihak Maybank pada 5/10/2012 setelah dibantu oleh (SP22) yang merupakan Pengurus Besar Corporate Finance Silver Bird yang merupakan bekas pegawai Bank. KPFQ telah membuat 40 pengeluaran BA berjumlah RM24 Juta yang dibayar terus ke Syarikat Pembekal iaitu Asia Food Link (AFL) sebanyak RM19,184,288 melalui 28 pengeluaran BA dan sejumlah RM564,398.88 dibayar terus kepada Syarikat Violet Bonanza Sdn. Bhd. (VBSB) melalui 12 pengeluaran BA;
8
Walaupun pengeluaran BA telah dibuat bagi membiayai pembelian, tetapi barang yang telah dibeli tidak pernah dibekalkan. Permohonan pengeluaran kemudahan BA dibuat oleh KPFQ menggunakan Murabahah Contract Note dan disertakan sekali dengan dokumen sokongan seperti Purchase Order (PO) oleh KPFQ, Invoices dan Delivery Orders (DO), kepunyaan Syarikat Asia Food Link (AFL) dan Syarikat Violet Bonanza Sdn. Bhd. (VBSB). Dokumen yang lengkap telah dihantar oleh (SP21) (Yeoh Chin Chin) ke Trade Finance Centre Maybank dan telah diluluskan dan wang telah dimasukkan kedalam akaun Syarikat AFL dan VBSB. Sebahagian dari wang 7 tersebut kemudiannya telah dipindahkan ke akaun Syarikat SMSB melalui cek yang telah ditandatangani terlebih dahulu dari Syarikat AFL dan VBSB. SMSB adalah anak syarikat SBGB dan kedua-dua Responden adalah penandatangan sah akaun syarikat sejak penubuhan 14 April 1999 sehingga mereka keluar dari syarikat pada
9
Pada masa yang sama, Dato’ Tan Han Kook (Responden 1) adalah juga Group Managing Director kepada Syarikat Silver Group dan Derec Ching Siew Cheong (Responden 2) adalah Group Executive Director. Selain dari mendapatkan kemudahan BA untuk Syarikat KPFQ, Responden 2 juga bertanggungjawab dalam membantu mendapatkan kemudahan-kemudahan BA bagi syarikat SMSB bagi membiayai penjualan barang. Daripada tempoh Oktober 2011 sehingga May 2012, SMSB telah membuat 94 pengeluaran BA berjumlah RM44,279, 000-00 yang dibayar secara terus ke akaun Syarikat SMSB. Kesemua pengeluaran BA berkenaan telah dibuat atas arahan Responden 1 dan Responden 2 dengan menggunakan borang permohonan BA yang disokong oleh Invoices dan Delivery Orders kepunyaan SMSB;
10
Bagi maksud kes rayuan ini, Ekshibit P10 hingga P49 merujuk kepada pengeluaran BA KPFQ untuk membeli barangan dimana wang dibayar oleh Maybank kepada AFL dan VBSB untuk barang yang mereka hantar ke KPFQ. Ekshibit P50 hingga P143 merujuk kepada pengeluaran BA SMSB berhubung pengeluaran kemudahan bank dimana wang dibayar oleh Maybank kepada akaun SMSB 8 terhadap barangan yang dihantar oleh Maybank kepada akaun SMSB terhadap barangan yang dihantar oleh SMSB kepada Syarikat AFL, VBSB, KNSB, SASB dan ISD;
11
Dalam perbicaraan kes ini termasuk kes rayuan ini, pihak pendakwaan cuba membuktikan kesemua Invoices, Delivery Orders dan dokumen sokongan yang berkaitan dalam permohonan pengeluaran BA adalah palsu bagi melaksanakan skim penipuan dan perkara tersebut dilakukan atas arahan Responden 1 dan
2
Perkara tersebut disahkan oleh 2 saksi penting pendakwaan iaitu Shaley Yip Sook King (SP4) dan bekas Pengurus Kanan Kewangan Syarikat Stanson Marketing dan Silver Bird, Lai Poh Mei (SP5) bahawa mereka bertanggungjawab dalam melakukan pemalsuan terhadap dokumen yang berkenaan atas arahan Responden 1 dan Responden 2 ataupun dalam pengetahuan kedua-dua Responden. Isu-isu Utama bagi Pembuktian Kes 12. Memandangkan kedua-dua pihak Peguam dan Timbalan Pendakwa Raya lebih cenderung menghujahkan kes masing-masing diatas penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Pertuduhan Utama), mahkamah ini akan memberikan fokus dan Merit Kes kepada Pertuduhan-pertuduhan Utama menurut peruntukan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan tidak akan mengkaji lanjut terhadap Pertuduhan Pilihan menurut Seksyen 467/ 471 Kanun Keseksaan. Isu-isu bagi pembuktian kes 9 dan tuduhan terhadap kedua-dua Responden dapatlah dirumuskan seperti berikut:
a
Pengemukaan Dokumen-dokumen Cetakan Komputer (P10 hingga P49) dan (P50 hingga P143). Adakah keperluan mengemukakan Sijil menurut Seksyen 90A Akta Keterangan 1950??
b
Keterangan Saksi (SP5) tidak boleh dipercayai dan diabaikan sepenuhnya – kesan kepada kes pendakwaan? Bagaimana Status saksi (SP4)??
i
Adakah wajar Hakim Sesyen membuat penilaian maksima terhadap credibility saksi-saksi terutamanya saksi penting (SP4) dan lain-lain saksi diakhir kes Pembelaan?
II
(ii) Dalam menentukan kredibiliti saksi, apakah status keterangan saksi (SP4)?
III
(iii) Kalaulah keterangan saksi (SP5) ditolak dan keterangan saksi (SP4) dipersoalkan dan keterangan saksi-saksi lain (SP14), (SP17), (SP21), (SP22) merupakan keterangan “Hearsay Evidence” (Dengar Cakap), apakah status Kes Pendakwaan 10
c
Adakah peruntukan Seksyen 52(2) Akta SPRM 2009 terpakai dalam kes-kes penipuan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan??
d
Penilaian Kes Pembelaan Undang-undang bagi kesalahan Tipu
IV
(iv) Peruntukan Seksyen 420 Kanun Keseksaan Seksyen 420 : Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan. “Barangsiapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya orang yang terpedaya, sama ada atau tidak perdayaan yang diamalkan itu ialah dorongan tunggal atau utama, supaya menyerahkan apa-apa harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeteri, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda.” 11
14
Dalam membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, adalah menjadi tugas Pendakwaan untuk membuktikan elemen-elemen sebagaimana yang disebut di dalam kes Chew Zi Yang lwn. Pendakwa Raya (2010) 1 LNS 1032 di mana Kamardin Hashim H ,di dalam penghakimannya telah menyatakan bahawa : “14. Seksyen 420 Kanun Keseksaan mmperuntukkan kesalahan menipu dengan niat curang untuk memperdayakan seseorang itu menyediakan sesuatu harta kepada seseorang boleh membawa kepada hukuman minima satu tahun dan maksima 10 tahun serta boleh juga dirotan dan didenda. Seksyen 415 Kanun Keseksaan pula telah memberikan huraian mengenai kesalahan tipu. Elemen yang penting untuk dibuktikan bagi kesalahan menipu adalah (i) seseorang telah memperdayakan seorang yang lain, (ii) orang itu telah secara frod atau dengan niat curang telah memperdayakan orang itu dan, (iii) perdayaan tersebut menyebabkan orang yang diperdayakan itu menyerahkan sesuatu harta kepada seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan satu perbuatan...”
15
Sebaliknya Seksyen 415 Kanun Keseksaan mempertuntukkan perihal menipu juga. 12 Seksyen 415 : Tipu “Barangsiapa dengan memperdayakan mana-mana orang, sama atau atau tidak perdayaan tersebut ialah dorongan tunggal atau utama:
a
dengan fraud atau dengan curang mendorong orang yang diperdayakan demikian dan dengan jalan demikian untuk menghantar apa-apa harta kepada mana-mana orang, atau bersetuju bahawa mana-mana orang boleh menyimpan apa-apa harta; atau
b
dengan sengaja mendorong orang yang diperdayakan demikian membuat atau meninggalkan untuk membuat apa-apa yang mana orang itu tidak akan buat atau meninggalkan untuk dibuat jika ia tidak diperdayakan demikian dan tindakan atau peninggalan yang mana menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan atau mudarat kepada badan, ingatan, reputasi atau harta mana-mana orang, adalah dikatakan “menipu”. 13
16
Oleh yang demikian, mahkamah ini berpendapat dalam membuktikan kes menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk mewujudkan terdapat elemen penipuan di pihak tertuduh terhadap pengadu itu. Perkara ini telah dihuraikan didalam satu kes Sarwarn Singh Mehar lwn. PP
2013
1 LNS 35 di mana Abdul Karim Abdul Jalil H menyatakan bahawa:- “13. In establishing a case for cheating under s.420 against the Appellant, the Respondent must prove that there was a delivery of property to the Appellant; the Appellant induced SP2 to deliver that property to him; SP2 acted upon inducement in consequence of the Appellant’s deceit; the Appellent acted dishonestly in so inducing SP2 to part with the property; and SP2 suffered damage or harm as a result of the deceit. (See: Loh Liang Gun v. PP [2007] 5 MLJ 159).”
17
Seterusnya Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mohd Jalani Saliman & Anor v. PP (1998) 1 CLJ 123 di mana Yang Ariff Abdul Malik Ishak J dalam menjelaskan perihal undang-undang ini dengan menyatakan bahawa:- “ Section 415 of the Penal Code enacts as follows:- Whoever by deceiving any person, whether or not such deception was the sole or main inducement:- 14
a
fraudulently or dishonestly induces the person so deceived to deliver any property to any person, or to consent that any person shall retain any property; or
b
intentionally induces the person so deceived to do or omit to do anything which he would not do or omit to do if he were not so deceived and which act of omission causes or is likely to cause damage or harm to any person in body, mind, reputation, or property, is said to “cheat” Explanation 1 - A dishonest concealment of facts is a deception within the meaning of this section. Explanation 2 - Mere breach of contract is not itself proof of an original fraudulent intent. Explanation 3 - Whoever makes any representation through any person acting as an agent, or otherwise, for him, shall be deemed to have made the representation himself. 15 Secara jelasnya, elemen-elemen menipu di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan dinyatakan seperti berikut:-
1
memperdayakan mana-mana orang;
2
(a) perdayaan itu dibuat dengan tipuan (fraud) atau dengan curang untuk mendorong orang itu: -
i
Untuk menyerahkan apa-apa harta kepada mana-mana orang, atau
II
(ii) Untuk bersetuju bahawa mana-mana orang hendaklah menyimpan apa-apa harta, atau
b
dengan sengaja mendorong orang itu untuk melakukan atautidak membuat apa-apa yang dia tidak akan lakukan atau dia lakukan jika dia tidak diperdaya, dan yang mungkin, menyebabkan kerosakan atau mudarat kepada orang itu pada dalam badan, ingatan, reputasi atau harta orang itu.
18
Dalam kes Mohd Jalani bin Saliman & Anor v Public Prosecutor (Supra), adalah diputuskan oleh Abdul Malik J: “……………..There must be deception. That deception must be caused by the accused to generate inducement in the mind of the victim. Deception may be by words of conduct. What is sufficient deception is dependent on the facts of each case. Deception has an element of misleading. It is inducing a person to believe as true something which is false.... That 16 deception is an essential ingredient can never be doubted. Ali J in Mohamed Bin Kasdi v Public Presecutor [1969] 1 MLJ 135 was correct when he held the view that to sustain a charge of cheating, there must be evidence of deception practiced upon a person who was dishonestly to part with his money (at p 140); In short, the offence of cheating is completed once the culprit obtains possession of the property by a trick (Dick GW (AIR (A) 538; Sharbly bin Ahmad v Public Prosecutor (Mallal’s Digest at p 405 para 1260)—at p 141. It is said that when a person fraudulently represents as an existing fact that which is not in fact an existing fact commits the offence of cheating. A classical example can be found In the following example often taught in law school. It is this: the seller represents the quantity of coals to be 14 cwt whereas in fact it is only 8 cwt. The seller takes pains to pack the coals in such a way as to make it look more. That would be cheating. Another example would be the case of R v Goss (1860) 8 Cox 262 where the seller passes off tasters of cheese as if for real, where it is not so. That would also be cheating……………..” 17
19
Dalam Kes Seaward v Public Presecutor (1994) 3 SLR 369 mukasurat 377 Yong Pung How CJ menyatakan: “……………..With respect to the issue of inducement, it is trite law that there can be no offence of cheating unless the deception operating upon the victim’s mind, and by reason of that deception, he is induced to part with property. In this case, Lim testified that, in reliant upon the invoice, he had approved the hire purchase financing. In my view, there was no doubt, by reason of the deception, Lim had been induced to approve the transaction. The defence contended that the financing was approved with CCC’s good financial standing, ability to pay and the directors’ personal guarantees in mind, and that the deception did nor induce Lim into approving the transaction. On this point, I felt it immaterial that the false pretence was not the sole, operative reason why HLF parted with its money. As long as the deception played some part in inducing HLF to approve the financing, the element of ‘inducement’ within s 415 would have been satisfied……..”.
20
Penghujahan Pihak Perayu (Timbalan Pendakwa Raya) Pihak Timbalan Pendakwa Raya telah tidak berpuashati dengan perintah dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen atas alasan-alasan berikut: 18
a
Hakim Sesyen khilaf apabila memutuskan bahawa pihak pembelaan telah Berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan sedangkan tahap keraguan yang perlu ditimbulkan semasa kes pembelaan adalah suatu keraguan yang munasabah (reasonable doubt);
b
Hakim Sesyen telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa terdapat banyak jurang-jurang yang penting dan spekulasi diakhir diatas kes pendakwaan berdasarkan suatu penilaian maksimum diatas kes pendakwaan diakhir kes pembelaan sedangkan telah berpuashati ujud kes prima facie;
c
Hakim Sesyen telah khilaf apabila memutuskan dalam Alasan Penghakiman (perenggan 192-193) tiada keterangan sokongan yang menyokong keterangan (SP4) berhubung (i) arahan kedua-dua Responden kepada (SP4) untuk memalsukan invois dan DO palsu (ii) kedua-dua Responden tahu pemindahan wang dari syarikat AFL dan VBSB kedalam akauan SMSB dan (iii) pengetahuan kedua-dua Responden mengenai drawdown syarikat SMSB terhadap 5 syarikat tersebut adalah tidak benar sedangkan di Perenggan 67 memutuskan diakhir kes pendakwaan, terdapatnya keterangan sokongan terhadap keterangan (SP4); 19
d
Hakim Sesyen gagal untuk mengambil kira bahawa keterangan kedua-dua Responden adalah hanya suatu penafian kosong;
e
Hakim Sesyen khilaf apabila mendapati tiada ujudnya apa-apa arahan daripada kedua-dua Responden kepada (SP4) untuk melakukan skim penipuan tersebut;
f
Hakim Sesyen khilaf apabila membuat dapatan berkenaan penglibatan (SP22) dalam skim penipuan ini sedangkan pembelaan berkenaan penglibatan (SP22) adalah suatu pembelaan “Afterthought”, Tidak Berasas dan tidak munasabah;
g
Hakim Sesyen khilaf apabila menerima keterangan kedua-dua Responden tentang penglibatan (SP22) walhal keadaan sebenarnya tiada keterangan mengenai perkara ini;
h
Hakim Sesyen telah gagal untuk membuat penilaian kredibiliti kedua-dua Responden berdasarkan kepada keterangan kedua-dua Responden suatu pembohongan, afterthought, tidak munasabah, tidak konsisten dan bercanggah dalam isu-isu material;
i
Hakim Sesyen khilaf apabila menyatakan bahawa Seksyen 52 Akta SPRM tidak terpakai keatas (SP4); 20
j
Hakim Sesyen khilah apabila mendapati (SP4) adalah seorang Rakan Sejenayah, Willing Participant;
k
Hakim Sesyen gagal untuk mempertimbangkan bahawa SBGB dan SMSB mempunyai masalah kewangan;
l
Hakim Sesyen gagal untuk mempertimbangkan bahawa tindakan (SP15) berbincang dengan kedua-dua Responden tidak boleh membuktikan pengetahuan kedua-dua mereka mengenai skim penipuan tersebut;
m
Hakim Sesyen gagal untuk menilai ujudnya pemindahan wang AFL dan VBSB kepada syarikat SMSB;
n
Hakim Sesyen khilaf apabila memutuskan bahawa kedua-dua Responden tidak terlibat dalam pengurusan dan penubuhan syarikat-syariat tersebut (syarikat Violet Bonanza Sdn. Bhd. (VBSB), Koridor Nusantara Sdn. Bhd. (KNSB), Intrico Sdn. Bhd. (INTRICO) kerana tidak pernah berbincang tanpa mempertimbangkan keterangan-keterangan lain;
o
Hakim Sesyen telah terkhilaf apabila gagal mempertimbangkan kesalahan-kesalahan pertuduhan pilihan sebelum memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan kedua-dua Resonden diakhir kes pembelaan 21
21
Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah samada Mahkamah ini boleh dan perlu mencampuri urusan keputusan kehakiman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman kes : Herchun Singh & Ors. v. Public Prosecutor (1969) 1 MLRA 382 (FC) seperti berikut: “…………..An appellate Court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding: see Sheo Swarup v. King Emperor AIR [1934] PC 227………..; Dalam kes: Lim Kheak Teong v. Public Prosecutor (1984) 1 MLRA 126, (1984) 1 CLJ 20, (1985) 1 MLJ 38 (FC), Mahkamah Persekutuan telah mengikuti prinsip yang ditetapkan dalam kes: Sheo Swarup v. King Emperor AIR (1934) PC 22 dan menegaskan bahawa: “………although no limitations should be placed on the power of the appellate court in exercising the power conferred, the High Court should always give proper weight and consideration to such matters as:
i
The view of the trial judge on the credibility of the witnesses;
II
(ii) The presumption of innocence in the favour of the accused; 22
III
(iii) The right of the accused to the benefit of any doubt; and
IV
(iv) The slowness of the appellate court in disturbing the finding of fact arrived at by the judge who had the advantage of seeing the witnesses……………” Begitu juga dalam kes: Public Prosecutor v. Wan Razali Kassim
1970
1 MLRA 181, (1970) 2 MLJ 79 (FC), Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “…………an appellate court should be slow to interfere with the finding of fact by a lower court as the appellate court does not have the advantage of seeing and hearing the witnesses and therefore of assessing their credibility……………” Peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam kes diatas telah berulangkali diikuti oleh beberapa kes-kes yang lain seperti kes: Public Prosecutor v. Muhammad Nasriq Abdullah (2015) MLRHU 322, (2014) 3 MLJ 380 dimana mahkamah memutuskan bahawa: “…………………..Ianya juga adalah undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mencampuri keputusan mahkamah rendah terhadap penemuan sebarang fakta kecuali penemuan fakta tersebut adalah salah (sila rujuk kepada kes: Gobinath Reddy a/l Gopal v. Public Prosecutor (2014) 23 1 MLJ 446 dimana kemudiannya diikuti dalam kes: Reza Malek Zadeh Sahabali v. Public Prosecutor (2012) MLRHU 1815, (2014) 3 MLJ 380, yang memutuskan sebagaimana berikut: “The present appeal is substantially factual. The learned judge has considered and evaluated the evidence before him and found hat the defence has failed to raise a reasonable doubt in the prosecution case. We find no errror that warrants appellate intervention. In any case, an appellate court should be slow in interfering with the trial judge’s findings of fact. On the totality of the evidence we are of the view that there is sufficient evidence to support the findings of the learned judge that the appellant is guilty as charged…………...” Dalam menilai keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah ini telah menilai rekod Rayuan dan adalah didapati dalam memutuskan samada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes Prima Facie atau sebaliknya, Hakim Mahkamah Sesyen perlulah membuat suatu penilaian secara maksima yakni memberikan segala pertimbangan yang sewajarnya 24 keterangan saksi-saksi pendakwaan termasuk kredibiliti saksi-saksi dan hujahan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pihak peguam. ISU PERTAMA Pengemukaan Dokumen-dokumen Cetakan Komputer (P10 hingga P49) dan (P50 hingga P143) Adakah keperluan mengemukakan Sijil menurut Seksyen 90A Akta Keterangan 1950??
22
Dalam kes Pendakwaan, dokumen-dokumen yang dikemukakan untuk pembuktian kes terhadap Responden-responden merupakan cetakan computer (P10) hingga (P49) dan (P50) hingga (P143). Melalui Rekod-rekod Rayuan dan Nota Perbicaraan serta hujahan pihak pendakwaan adalah didapati semasa saksi Vasugi a/p Lachimanan, Head of Services, KL Trade Finance, Maybank (SP3) memberikan keterangan, pihak Timbalan Pendakwa Raya dan Peguambela kedua-dua Responden telah bersetuju untuk mengemukakan Ekshibit (P10 hingga P143) sebagai ekshibit pendakwaan dan telah direkodkan dihadapan mahkamah dan telah dibuat penandaan. Pihak peguam tidak membantah apabila (P10 hingga P143) dimasukkan dan ditandakan sebagai ekshibit Pendakwaan. Dalam meneliti isu ini, adalah menjadi keperluan untuk melihat semula peruntukan Seksyen 90A Akta Keterangan seperti begini: 25 90A Kebolehterimaan dokumen yang dikeluarkan oleh computer, dan pernyataan yang terkandung dalamnya
1
Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh computer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan didalamnya jika dokumen itu telah dikeluarkan oleh computer itu dalam perjalanan penggunaannya yang biasa, samada atau tidak seseorang yang mengemukakan dokumen itu ialah pembuat dokumen atau pernyataan itu;
2
Bagi maksud seksyen ini boleh dibuktikan bahawa sesuatu dokumen telah dikeluarkan oleh computer dalam perjalanan penggunaannya yang biasa dengan mengemukakan kepada mahkamah suatu perakuan yang telah ditandatangani oleh seseorang yang samada sebelum atau selepas pengeluaran dokumen itu oleh computer itu bertanggungjawab bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian computer itu atau bagi perjalanan akativiti yang baginya computer itu digunakan; 26
3
(3)
a
Adalah mencukupi, dalam sesuatu perakuan yang diberikan dibawah subseksyen (2), jika suatu hal dinyatakan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan orang yang menyatakannya;
b
Sesuatu perakuan yang diberikan dibawah subseksyen (2) boleh diterima sebagai keterangan sebagai bukti prima facie bagi semua hal yang dinyatakan dalamnya tanpa bukti tandatangan orang yang memberikan perakuan itu;
4
Jika sesuatu perakuan diberikan dibawah subseksyen (2), hendaklah dianggap bahawa keadaan yang baik dan beroperasi dengan baik dari segala segi sepanjang bahagian material tempoh dokumen itu dikeluarkan;
5
Sesuatu dokumen hendaklah disifatkan telah dikeluarkan olehnya secara langsung atau dengan menggunakan apa-apa keleengkapan yang sesuai, dan samada atau tidak terdapat apa-apa campur tangan manusia secara langsung atau tidak langsung;
6
Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh computer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu,boleh diterima 27 sebagai keterangan samada atau tidak ia dikeluarkan oleh computer itu selepas bermulanya prosiding jenayah atau sivil atau selepas bermulanya apa-apa pernyiasatan atau siasatan yang berhubungan dengan prosiding jenayah atau sivil atau penyiasatan atau siasatan itu, dana pa-apa dokumen yang dikeluarkan sedemikian oleh computer itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh computer itu dalam perjalanan penggunaaannya yang biasa;
7
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh computer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding jenayah, jika ia diberikan sebagai keterangan oleh atau bagi pihak orang yang dipertuduhkan atas suatu kesalahan dalam prosiding itu jika orang yang dipertuduh atas kesalahan itu ialah orang yang –
a
bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian computer itu atau bagi perjalanan aktiviti yang baginya computer itu digunakan ; atau
b
dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat terlibat, secara langsung atau tidak langsung dalam pengeluaran dokumen itu oleh computer itu. 28
23
Sebagai penduan kepada mahkamah ini, saya merujuk kepada kes: Gnanasegaran Pararajasingam v. Public Prosecutor (1997) 4 CLJ 6, Mahkamah Rayuan membuat Dapatan berikut: “….first and foremost Section 90A which has seven subsections should not be read disjointedly. They should be read together as they form one whole provision for the admissibility of documents produced by computers. As stated earlier, section 90A was added to the Evidence Act 1950 in 1993 in order to provide for admission of computer produced documents and statements as in this case. On our reading of this section, we find that under subsection (1) the law allows the production of such computer generated documents or statement if there is evidence that they were produced firstly by a computer. Secondly, it is necessary also to prove that the computer is in the course of its ordinary use. In our view, there are two ways of proving this. One way is, it “may” be proved by the production of the certificate as required by subsection (2). Thus subsection (2) is permissive and not mandatory. This can also be seen in subsection (4) which begins with the words “where a certificate is given under subsection
2
(2)…..These words shows that a certificate is not required to be produced in every case. It is our view that once the prosecution adduces evidence through a bank officer that the document is 29 produced by a computer it is not incumbent upon them to also produce a certificate under subsection
2
as subsection (6) provides that a document produced by by a computer shall be deemed to be produced by the computer in the course of its ordinary use. It is also our view that the prosecution can tender the computer printout through the investigating officer without calling any bank officer. Therefore, when they adopt this way of proof then it would be incumbent upon them them to establish that the document is produced by a computer in the course of its ordinary use by producing the certificate unser subsection (2). The reason seems to me to be obvious as the investigating officer will be in no position to say that the printout is produced by a computer in the course of its ordinary use, as he is not an officer of the Bank.
24
Dalam meneliti isu ini, saya berkesempatan membaca keseluruhan teks penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes: Hanafi Mat Hassan v. Public Prosecutor (2006) 4 MLJ 134 apabila menegaskan begini: “….(23) A careful perusal of section 90A reveals that in order for a document produced by a computer to be admitted in evidence it must have been produced by a computer in the course of its ordinary use. It is therefore a 30 condition precedent to be established before such a document can be admitted in evidence under section 90A(1). The manner of establishing this condition has been prescribed. It can be proved by tendering in evidence a certificate as stipulated by section 90A(2) read with section 96A(3). Once the certificate is tendered in evidence the presumption contained in section 90A(4) is activated to establish that the computer referred to in the certificate was in good working order and was operating properly in all respects throughout the material part of the period during which the document was produced. Section 90A(4) must therefore be given its full effect as it has a significant role to play in the interpretation and application of section 90A. Ordinarily a certificate under section 90A(2) must be tendered in evidence in order to rely on the provisions of section 90A(3) and (4). However, the use of the words “may be proved” in section 90A(2) indicates that the tendering of a certificate is not a mandatory requirement in all cases. In Public Prosecutor v. Chia Leong Foo (2000) 6 MLJ 705, a plethora of authorities was referred to in ruling that facts to be presumed can, instead, be proved by other admissible evidence which is available (at pp 722-723). Thus the use of the certificate can be substituted with oral evidence as demonstrated in R v. Shepherd
1993
1 All ER 225 in dealing with a provision of law similar to section 90A. Needless to say, such oral 31 evidence must have the same effect as in the case of the use of a certificate…….”
25
Selanjutnya saya juga merujuk kepada kes: Public Prosecutor v. Azman Ismail & Another (2007) 10 CLJ 469, adalah diputuskan berikut: “….at this stage, it is important to state that it has become clear from the evidence of PW8 that the information obtained by PW8 that the information obtained by PW8 to arrive at her finding in the DNA analysis and the contents of exhibit (P21 A-I) were based on the computer print out. In order to accept the information given by the computer software and the print out, there must be compliance with section 90A of the Evidence Act 1950 before it can be admitted in evidence as in the case of exhibit (P39 A-D) which is a certificate in lieu of oral evidence.
50
In the instant case, there is no evidence of such compliance of the condition precedent as required by section 90A of the Evidence Act 1950 for exhibit (P21 A-I) to be admitted. There is no certificate tendered in evidence with regard to the admissibility of the statement in exhibit (P21 A-I). Therefore, oral evidence is required to establish the condition precedent as required by section 90A(1) in order to show that the statements contained in exhibit (P21 A- 32 I) and the information collected by PW8 from the computer software were produced by the computer in the ordinary course of its use and to comply with section 90A(4). In the absence of the said certificate having been tendered in lieu of the presumptions attached to the certificate as required by section 90A(4). In the instant case, the condition precedent for the admission of the computer print out has not been established………
51
Therefore, in the circumstances, this court is of the considered view that exhibit (P21 A-I) ia inadmissible in law for failure to comply with the condition precedent for the admissibility of the computer print out. Further still, the evidence of PW8 is also not much assistance to the court to implicate the accused persons to the charge of murder as per the charge………”
26
Akhirnya dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes: Ahmad Najib bin Aris v. Public Prosecutor (2009) 2 MLJ 613, juga menyatakan begini: “……(5) A certificate under section 90A(2) is not the only method to prove that a document was produced by a computer “in the course of its ordinary use” under section 90A(1) of the Act. Section 90A(6) deal with the admissibility of a document which was 33 not produced by a computer in the course of its ordinary use and is only deemed to be so. The fact that a document was produced by a computer in the course of its ordinary use may be proved by the tendering in evidence of a certificate under section 90A(2) or by way of oral evidence. Such oral evidence must consist not only of a statement that the document was produced by a computer in the course of its ordinary use but also of the matters presumed under section 90A(4). The presumption contained under section 90A(6) of the Act could only be resorted to only when the document was not produced by a computer in the course of its ordinary use, Gnanasegaran a/l Pararajasingam v. Public Prosecutor (1997) 3 MLJ 1 (referred); Hanafi Mat Hassan v. Public Prosecutor (2006) 4 MLJ 134 (followed)…….”
27
Sebelum saya memutuskan isu ini, daripada penghakiman kes-kes diatas, dapatlah dirumuskan bahawa dalam menggunapakai Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 bagi pengemukaan sesuatu keterangan dokumen yang dikeluarkan daripada cetakan computer dan diterima sebagai keterangan pembuktian sesuatu kes, perkara-perkara dibawah WAJIB dipatuhi iaitu:
a
Pernyataan atau butiran tersebut dikeluarkan daripada computer; 34
b
Keperluan untuk membuktikan bahawa computer tersebut adalah dalam perjalananan biasa penggunaannya. Ianya “bolehlah” dibuktikan melalui:
i
Pengeluaran suatu Sijil yang dikehendaki menurut subseksyen (2). Ianya bukanlah suatu perkara yang wajib (mandatory) tetapi hanyalah bersifat “membenarkan” (permissive);
II
(ii) Apabila seseorang Pegawai Bank memberikan keterangan bahawa dokumen tersebut dihasilkan dari computer, maka tiada keperluan untuk mengemukakan Sijil menurut subseksyen
2
kerana subseksyen (6) menyatakan bahawa apa-apa dokumen yang dihasilkan melalui computer ianya ditafsirkan sebagai telah dihasilkan menurut penggunaan biasa computer tersebut;
III
(iii) Sekiranya pegawai Bank tidak dipanggil, contohnya dengan mengemukakan dokumen melalui Pegawai Penyiasat, maka pengemukaan Sijil dengan menyatakan computer tersebut didalam penggunaan biasanya menurut subseksyen (2) menjadi keperluan. Ini adalah kerana Pegawai Penyiasat bukanlah seorang Pegawai Bank; 35
c
Pengeluaran suatu Sijil itu boleh dikecualikan dengan digantikan melalui keterangan Lisan sebagai gantian kepada anggapan menurut seksyen 90A(4);
d
Tafsiran menurut Seksyen 90A(6) hanya boleh diguna pakai sekiranya dokumen yang dihasilkan oleh computer tersebut bukan dalam perjalanan biasanya.
28
Melalui Rekod-rekod rayuan, pengemukaan cetakan computer (P10 sehingga P143) telah dibuat semasa saksi, Vasugi a/p Lachimanan (SP3) memberikan keterangan. Beliau merupakan seorang “Head of Services, KL Trade Finance, Maybank” dan mempunyai segala pengetahuan dan akses kepada dokumen-dokumen tersebut. Sekiranya begitu, pada hemat saya berdasarkan kepada rumusan yang dibuat diatas, (b)(i) dan (ii) diatas dan berpandukan kepada kes-kes yang dirujuk, tidaklah menjadi apa-apa keperluan bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan Sijil Perakuan menurut Seksyen 90A(2) Akta Keterangan 1950 kerana saksi tersebut merupakan seorang Pegawai Bank. Tambahan pula pengemukaaan Sijil tersebut bukanlah suatu yang mandatory. Saya ingin menegaskan bahawa adalah mencukupi saksi (SP3) memberitahu bahawa butiran-butiran dalam ekshibit-ekshibit tersebut dihasilkan melalui computer dan computer tersebut dalam penggunaan biasanya akan ditafsirkan melalui seksyen 90A(6) Akta 36 Keterangan. Lanjutan daripada ini, sekiranya dikatakan bahawa suatu Sijil menurut Seksyen 90A(2) Akta Keterangan 1950 menjadi suatu keperluan, saya mendapati ianya telah digantikan melalui suatu keterangan lisan iaitu pihak-pihak Timbalan Pendakwa Raya dan pihak Peguam telah bersetuju secara formal dengan pengemukaaan ekshibit-ekshibit tersebut serta direkodkan dihadapan Hakim Sesyen. Tambahan pula pihak-pihak peguam tiada mempunyai sebarang bantahan ekshibit-ekshibit tersebut dikemukakan sebagai ekshibit. Isu ini juga telah disentuh dengan panjang lebar oleh Hakim Sesyen dalam Alasan Penghakiman dimukasurat 859 hingga 860 Jilid 1(e) Rekod Rayuan seperti berikut: “……..(i) Mahkamah bersetuju bahawa ekshibit P10- P143 adalah dokumen cetakan berkomputer dan tertakluk kepada sijil 90A atau saksi dipanggil bagi menjelaskan samada cetakan computer yang mencetak maklumat akaun maybank tersebut adalah dalam keadaan baik dan teratur;
II
(ii)Adalah tidak dinafikan berdasarkan pengakuan Timbalan Pendakwa Raya dan Peguambela, terdapat persetujuan kedua-dua belah pihak bagi memasukkan ekshibit (P10-P143) yang terlibat sebagai keterangan dalam mahkamah dan telah dibuat penandaan. Justeru persetujuan tersebut tertakluk kepada seksyen 402C KTJ. Tujuan ekshibit tersebut diterima masuk dan dibuat penandaan adalah bagi memudahkan perbicaraan 37 kerana terdapat banyak pertuduhan dan melibatkan dokumen contract note, invois dan delivery order yang banyak;
III
(iii)Oleh kerana dokumen-dokumen berkaitan tidak dipertikaikan oleh kedua-dua belah pihak bahawa ia adalah palsu, berada dalam simpanan Maybank dan dokumen berkenaan telah dihantar kepada Maybank bagi permohonan pembiayaan, maka pihak-pihak telah bersetuju ia dimasukkan sebagai keterangan dan dibuat penandaan kerana isu penting yang perlu diputuskan oleh mahkamah ialah samada atau tidak OKT 1 dan OKT 2 memberi arahan atau terlibat terhadap skim penipuan tersebut;
IV
(iv)Persetujuan atau perakuan formal tersebut telah dibuat didalam mahkamah dan dihadapan Hakim, maka ia melepaskan pihak-pihak dari membuat persetujuan secara bertulis. Mahkamah bersetuju dengan hujahan TPR bijaksana bahawa persetujuan dalam mahkamah telah direkodkan oleh keterangan CRT dan ia termasuk dalam definisa keterangan dokumentari. Mahkamah berpendapat persetujuan bertulis hanya diperlukan apabila persetujuan atau perakuan format tersebut dibuat diluar mahkamah;
v
(v)Berhubung hujah peguambela bahawa walaupun mereka bersetuju ekshibit tersebut diterima sebagai 38 keterangan tetapi masih memerlukan sijil 90A dikemukakan, mahkamah berpendapat persetujuan tersebut tertakluk juga kepada persetujuan bagi mengecualikan pengemukaan sijil 90A. Lagipun ketulinan ekshibit berkenaan tidak dipertikaikan oleh saksi pendakwaan dan pembelaan yang memberi keterangan, malahan ekshibit berkenaan telah berada dalam simpanan selamat pihak Maybank sebelum dikemukakan dalam mahkamah;
VI
(vi)Persetujuan dan perakuan formal tersebut dibuat dalam mahkamah semasa perbicaraan seksyen 733AA Akta Keterangan 1950 “Not with standing anything contained in this Chapter and subject to the Criminal Procedure Code, in any criminal proceedings, no fact whether oral or written need to be proved, which the parties to the proceeding have agreed to admit at the trial or which the parties to the proceedings have agreed to admit before the trial in writing….”
154
Berdasarkan hujah-hujah diatas, mahkamah memutuskan oleh kerana terdapatnya persetujuan dan perakuan formal yang dibuat oleh peguambela berhubung penerimaan ekshibit P10 – P143 dihadapan 39 Hakim Bicara dalam mahkamah terbuka, maka keperluan pengemukaan sijil 90A adalah dikecualikan dan ekshibit tersebut diterima sebagai keterangan didalam mahkamah………….”
29
Meneliti kepada penghakiman dan Alasan Hakim Sesyen diatas, saya ingin menegaskan bahawa Hakim Sesyen telah membuat keputusan yang betul mengenai penerimaaan ekshibit (P10) hingga (P143) dan kandungannya. Pada hemat saya, apalah nilai probative bantahan peguam diperingkat ini walhal dalam rekod-rekod prosiding perbicaraan dan rekod-rekod rayuan tiada kedapatan satu ayat pun pihak-pihak Responden telah diprejudiskan dan dikelirukan melalui pengemukaan ekshibit-ekshibit berikut. Isu yang dibahaskan samada diperingkat perbicaraan dan rayuan ini adalah samada kedua-dua Responden ini terlibat dalam memberikan arahan ataupun terlibat secara langsung dalam skim penipuan ini dengan merujuk kepada ekshibit-ekshibit tersebut. Saya mendapati pihak-pihak Timbalan Pendakwa Raya dan pihak-pihak peguam bersetuju bahawa dokumen-dokumen tersebut telah dipalsukan secara material dalam kandungannya. Sekiranya begitu, hujahan peguam bahawa ekshibit-ekshibit (P10) hingga (P143) haruslah ditolak tiada mempunyai sebarang merit dan justifikasi. 40 ISU KEDUA Keterangan Saksi (SP5) tidak boleh dipercayai dan diabaikan sepenuhnya – kesan kepada kes pendakwaan? Bagaimana Status saksi (SP4)??
30
Meneliti kepada segala rekod-rekod rayuan dan alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen, mahkamah ini perlu memutuskan isu-isu yang timbul semasa perbicaraan dan rayuan bagi menentukan samada Hakim Sesyen telah mengguna pakai peruntukan undang-undang secara jelas dan betul sebelum kes ini dipanggil untuk pembelaan. Di Akhir kes Pendakwaan Hakim Sesyen telah membuat Dapatan seperti berikut: (mukasurat 831-832, Jilid 1(e) Rekod Rayuan): “ …..Dapatan Mahkamah Pada Akhir Kes Pendakwaan
83
Setelah Mahkamah meneliti dan mempertimbangkan segala keterangan saksi-sakis pendakwaan serta hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah berpuashati dan mendapati pihak pendakwa telah Berjaya membuktikan elemen pertuduhan dan seterusnya Berjaya membuktikan kes Prima Facie terhadap kesemua pertuduhan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Dengan itu mahkamah memanggil OKT 1 dan OKT 2 membuat pembelan terhadap kesemua 41 pertuduhan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan…….” Sebelum kedapatan suatu kes Prima Facie yang dibuat oleh Hakim Sesyen, Hakim Sesyen telah membuat suatu penilaian maksima terhadap keterangan (SP5) dan menegaskan seperti berikut: “……….
81
Setelah mahkamah meneliti penjelasan (SP5) mengenai percanggahan keterangan tersebut, mahkamah mendapati penjelasan yang diberikan oleh (SP5) tidak munasabah dan tidak boleh diterima oleh mahkamah. Dengan itu mahkamah memutuskan pihak pendakwa raya berjaya dalam mencabar kebolehpercayaan saksi sendiri (SP5)…………….;
82
Mahkamah kemudiannya memutuskan keseluruhan keterangsn (SP5) diabaikan sepenuhnya setelah mahkamah memutuskan kebolehpercayaan beliau dicabar dalam mahkamah…….”
31
Dalam meneliti keseluruhan Rekod-rekod rayuan dan keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan, terutamanya (SP4), (SP14), (SP17) dan (SP21) jelas merujuk kepada peranan penting yang dimainkan oleh Lai Poh Mei (SP5). Pada hemat saya, saksi (SP5) merupakan Tonggak dalam kes pendakwaan. Dalam keterangan saksi Shalley Yim (SP4) telah mengesahkan bahawa terdapat dua 42 pihak yang memainkan peranan penting mengenai penglibatan dalam Banker’s Acceptance (BA) iaitu Lai Poh Mei (SP5) dan George Tan (SP22). Saksi ini menjelaskan bahawa (SP5) memainkan peranan yang amat aktif dalam aspek pemalsuan. (SP5) telah melibatkan diri dalam menyediakan dokumen-dokumen “BA Facility” dan (SP5) mempunyai pengetahuan mengenai butiran-butiran setiap “BA Drawdown”. Saksi (SP4) sentiasa menuruti segala butiran-butiran yang diberikan oleh (SP5) setiap kali permohonan BA Drawdown dilakukan. Keterangan (SP4)- Pemeriksaan Balas (ms. 885, Jilid1(e)RR) How did it first start, was it Lai Poh Mei who did everything and inform you?? For AFL, from the very beginning it is prepared by her… Go slowly, very important, you will inform Lai Poh Mei that you wish to withdraw on the BA right? For RM465,000? And can you give us the amount of condensed milk sold to be delivered? Is that correct? This is a new facility by Maybank. When George Tan inform us that this new BA Facility can drawdown, lets say got 1 million, then I will ask my boss how much to draw down, and the drawdown 43 amounts will depend on the company cash flow. Let’s say 1 million, it will split into 2 or 3 BA’s So this information given by Lai Poh Mei is just to correspond with the BA which you wish to withdraw? The details from Lai Poh Mei, whereby the quantity will correspond with the amount I wish ti withdraw. This particular is actually fictitious? Doesn’t exist? It’s in the computer system But it is fictitious. This amount is fictitious, am I correct? I Think so ……………… This letterhead who structure it who plan it (the format, the design) who are the correct between Lai Poh Mei and you decided how the format of AFL sales invoice and DO will look like? This one for AFL refer to Ms Lai for the format 44
32
Dalam keterangan saksi Mervin (SP14) mengesahkan bahawa Lai Poh Mei telah memohon format Invoice dan Delivery Order daripada pihak AFL. Sementara itu dalam keterangan saksi Nadia Suhana Jamaluddin (SP17) jelas mengesahkan bahawa (SP5) memainkan peranan penting dengan memberikan taklimat kepada pihak kewangan KPF Holding untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan mendapatkan tandatangan pengarah-pengarah KIPFQ untuk tujuan “drawdown BA Facility” KPIFQ. Selanjutnya saksi ini mengesahkan bahawa segala dokumen yang disediakan oleh beliau akan diemailkan kepada (SP5) untuk urusan “drawdown” oleh (SP5). Manakala dalam keterangan saksi Yeoh Chin Chin (SP21) telah mengesahkan bahawa (SP5) mempunyai pengetahuan mengenai kesemua dokumen yang terlibat dalam BA Drawdown kerana dokumen-dokumen tersebut akan diserahkan kepada (SP21) oleh (SP5) untuk permohonan BA Drawdown dan (SP21) akan menerima arahan daripada (SP5).
33
Melalui keterangan-keterangan yang dikemukakan dimahkamah, pada hemat saya jelas menunjukkan (SP5) telah memberikan arahan kepada (SP21) dan pekerja-pekerja lain untuk mengecop dokumen-dokumen yang berkaitan dengan SMSB, dan cop-cop yang terlibat adalah daripada AFL, VBSB, Summit, Koridor Nusantara dan INTRICO. Kesimpulan daripada keterangan-keterangan saksi-saksi diatas adalah nyata bahawa proses Drawdown Purchase BA KPFQ dan Sales BA SMSB daripada 45 Maybank Berhad tidak akan direalisasikan tanpa peranan (SP5). Segala butiran-butiran dan jumlah yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen palsu yang disediakan untuk rujuan Drawdown BA Facility diberikan oleh (SP5). Segala bentuk Letter Head, Invoice dan Delivery Order Syarikat AFL yang dipohon oleh (SP5) digunakan beliau bersama-sama dengan (SP4) dan (SP21) untuk proses Drawdown BA KPFQ dan Sales BA Stanson Marketing. Segala keterangan ini menjelaskan bahawa (SP5) telah mereka letter head yang palsu. Dengan yang demikian, saya amat bersetuju dengan Hakim Mahkamah Sesyen dalam penghakimannya, dimukasurat 830 Jilid 1(e) Rekod Rayuan seperti berikut: “……saya berpendapat penjelasan yang diberikan oleh (SP5) adalah tidak jujur dan patut ditolak oleh mahkamah.
81
Setelah mahkamah meneliti penjelasan (SP5) mengenai percanggahan keterangan tersebut, mahkamah mendapati penjelasan yang diberikan oleh (SP5) tidak munasabah dan tidak boleh diterima oleh mahkamah. Dengan itu mahkamah memutuskan pihak pendakwaan Berjaya dalam mencabar kebolehpercayaaan saksi sendiri (SP5)… ….Mahkamah kemudiannya memutuskan keseluruhan keterangan (SP5) diabaikan sepenuhnya setelah mahkamah memutuskan kebolehpercayaan beliau dicabar dalam mahkamah…………….” 46
34
Setelah Hakim Sesyen memutuskan isu kebolehpercayaaan saksi (SP5), beliau terus memutuskan bahawa suatu kes Prima Facie telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Sungguhpun begitu, apa yang sangat mushkil dan menimbulkan persoalan adalah Hakim Sesyen telah membuat Dapatan Fakta setelah membuat suatu Penilaian Secara Maksima di Akhir Kes Pembelaaan mengenai keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi (SP4), (SP14), (SP17), (SP21) dan (SP22). Di mukasurat 879 Jilid 1(e) Rekod Rayuan, Alasan Penghakiman menyatakan: “…..(199) Pada peringkat pembelaan, mahkamah telah meneliti semula keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dalam perbicaraan ini. Seperti yang telah dihujahkan sebelum ini pembuktian pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi penting (SP4) dan (SP5). Oleh kerana (SP5) telah dicabar keterangannya, maka keterangan (SP5) telah diabaikan oleh mahkamah dan bergantung sepenuhnya kepada keterangan (SP4) dalam membuktikan penglibatan kedua OKT dalam skim penipuan tersebut… ….. (200) Oleh kerana (SP4) dan (SP5) bekerjasama dalam melakukan penipuan tersebut, maka terdapat lompang dalam pembuktian kes pihak pendakwaan kerana ada ketikanya (SP4) menerima arahan dari (SP5) dan kadangkala juga saksi –saksi lain terlibat dalam perbicaraan ini. Mahkamah bersetuju dengan hujah 47 peguambela bahawa oleh kerana keterangan (SP5) telah ditolak sepenuhnya maka keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi lain seperti (SP4), (SP17), (SP21) dan (SP22) adalah dengan sendirinya bersifat “hearsay” kerana tidak disahkan dengan keterangan (SP5). Berdasarkan alasan diatas mahkamah mendapati tiada keterangan sokongan dikemukakan bagi menyokong keterangan (SP4) untuk melibatkan OKT 1 dan OKT 2 dalam skim penipuan tersebut……” Dalam meneliti penghakiman Hakim Sesyen ini, timbul kepada saya persoalan-persoalan dan 3 Sub isu-sub isu berikut: - Adakah wajar Hakim Sesyen membuat penilaian maksima terhadap credibility saksi-saksi terutamanya saksi penting (SP4) dan lain-lain saksi diakhir kes Pembelaan? - Dalam menentukan kredibiliti saksi, apakah status keterangan saksi (SP4)? - Kalaulah keterangan saksi (SP5) ditolak dan keterangan saksi dipersoalkan dan keterangan saksi-saksi lain (SP14)(SP17)(SP21)(SP22) merupakan keterangan “Hearsay Evidence” (Dengar Cakap), apakah status Kes Pendakwaan? 48 Sub Isu (a) Adakah wajar Hakim Sesyen membuat penilaian maksima terhadap credibility saksi-saksi terutamanya saksi penting (SP4) dan lain-lain saksi diakhir kes Pembelaan?
35
Sebelum suatu pembelaan diri dipanggil, adalah menjadi keperluan undang-undang bahawa di Akhir kes pendakwaan, adalah menjadi tugas dan Beban statutory kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan suatu kes “Prima Facie” menurut Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dengan membuktikan kesemua elemen-elemen perundangan sebelum Responden-responden dipanggil untuk menjawab sebarang pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Suatu kes “Prima Facie” dinyatakan dan diulangkan dengan tegas dalam kes: Balachandran v PP (2004) 2 MLRA 547, (2005) 2 MLJ 301, (2005) 1 CLJ 85 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan : “ …………A prima facie case is therefore one that is succicient for the accused to called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11th Ed as : ……….A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his 49 favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebuting evidence adduced by the other side..........In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is matter fo ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that if it is not rebutted is must prevail. 50 ………Thus if the accused elects to remain silent be must be convicted. The test at the close of the case for the presecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. ……….However it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt. Bothe these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the 51 evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code……….” Dalam kes: Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor(2003) 1 MLJ 65 at 81, (2202) 2 MLRA 383, (2003) 1 CLJ 734 “…………..It is therefore follows that there is only once exercise that a judge sitting alone under Section 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accused would be entitled to an acquittal”…… ………Dalam kes Public Prosecutor v. Ong Cheng Heong (1995) 2 MLRH 345, (1998) 6 MLJ 678 at 691, Mahkamah Rayuan juga menerangkan “approach” yang perlu diambil menurut Seksyen 173(f) dan 180 KPJ di akhir kes pendakwaan…..”, …….Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya lawan Mohd Radzi bin Abu Bakar (2005) 2 MLRA 590. (2005) 6 MLJ 393, (2006) 6 CLJ 465 , yang mana Mahkamah 52 Persekutuan juga menerima pakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes: Looi Kow Chai…………”. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut :
i
the close of Prosecution’s case, subject to the evidence led by the Prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the Prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question, IF I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “YES” the defence should be called. If the answer is “NO” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) After the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; 53
IV
(iv) After defence is called, the accused elect to give evidence, then go through the steps set out in Mat v.PP (1963) MLJ 263, (1963) 1 MLRH 400. Meneliti kepada prinsip-prinsip undang-undang diatas adalah jelas bahawa arahan untuk membuat penilaian secara maksima sewajarnya dilakukan oleh Hakim Sesyen tersebut apabila meneliti segala keterangan-keterangan dalam kes Pendakwaaan. Pada hemat saya, tindakan untuk meneliti kredibiliti saksi-saksi haruslah dilaksanakan semasa dipenghujung kes pendakwaaan. Ini selaras dengan penghakiman kes: Abdillah bin Lobo Khan v. Public Prosecutor (2002) 3 MLJ 298 yang menjelaskan bahawa: “…..However, it is to be observed that this finding was made in the concluding passage of this judgment, after he had considered and dealt with the appellant’s evidence in defence to the charge. That, in our view is, with respect, wholly inadequate. The direction, if any, should have been administered by the trial judge unto himself when he was considering the evidence led by the prosecution. In other words, it should have been done at the close of the prosecution’s case. So, this submission of the learned comes to nothing…….” Berdasarkan kepada penghakiman Hakim Sesyen yang jelas membuat penilaian maksima keatas kredibiliti saksi-saksi terutamanya saksi penting (SP4) dan lain-lain saksi material diakhir 54 kes Pembelaan, pada hemat saya tindakan tersebut seolah-olah menutupi kesilapan yang dilakukan oleh beliau setelah menyedari bahawa tindakan tersebut sepatutnya dilakukan di Akhir Kes Pendakwaan. Pada hemat saya tindakan Hakim Sesyen tersebut merupakan suatu Kesilapan Undang-undang (error of law) yang tidak dapat dipulihkan. Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa ketidakarahan Hakim Sesyen (Non Direction) tersebut semestinya akan menyebabkan kesalaharahan (MisDirection) yang pastinya akan menyebabkan suatu Salah Laksana Keadilan (MisCarriage of Justice). Dalam keadaan yang sedemikian, keputusan Hakim Sesyen itu merupakan suatu “miscarriage of justice” yang jelas menimbulkan ketidakadilan kepada Responden-responden. Oleh yang demikian, sekiranya Hakim Sesyen itu menyedari akan keputusan penghakiman undang-undang ini, saya penuh percaya bahawa Dapatan sebaliknya akan berpihak kepada Responden-responden. Sub Isu (b) Dalam menentukan kredibiliti saksi, apakah status keterangan saksi (SP4)?
36
Dalam menilai keterangan saksi-saksi (SP4)(SP5), Hakim Sesyen dalam penghakiman dimukasurat 792-793 Jilid 1(e) Rekod Rayuan telah mendapati kedua-dua saksi pendakwaaan ini memainkan peranan yang sangat aktif dan menjelaskan berikut: 55 “….(16) SP4 dan SP5 adalah saksi penting pihak pendakwaan dimana mereka berdua memainkan peranan aktif dalam memalsukan pengeluaran BA bagi syarikat SMSB dan KPFQ. Kedua-dua saksi berkenaan mempunyai pengetahuan terhadap penipuan yang berlaku dan mengambil bahagian aktif dalam memberi arahan dalam melaksanakan penipuan yang telah dirancang. Kedua-dua saksi menyatakan mereka melakukan skim penipuan tersebut kerana telah mendapat arahan dari kedua-dua OKT yang mana mereka adalah Boss tempat mereka bekerja. Pihak pendakwaan cuba membuktikan SP4 dan SP5 telah menerima arahan dari OKT 1 dan OKT 2 bagi melakukan skim penipuan tersebut dan OKT 1 dan OKT 2 mengetahui apa yang dilakukan oleh SP4 dan SP5. SP4 dan SP5 telah melibatkan diri dalam transaksi berikut:
i
SP4 dan SP5 terlibat dalam memalsukan invoice dan delivery orders (DO) syarikat AFL dan VBSB;
II
(ii) SP4 dan SP5 telah menyediakan invoice dan DO palsu tersebut dengan maklumat yang salah;
III
(iii) SP4 dan SP5 teah memalsukan tandatangan KPFQ; 56
IV
(iv) SP4 dan SP5 telah memalsukan rubber stamps, kad nama dan voucher bayaran yang digunakan dalam skim pemalsuan;
v
Walaupun SP4 dan SP5 mengetahui tindakan yang mereka lakukan adalah salah dari segi undang-undang tetapi masih meneruskan skim penipuan mereka;
VI
(vi) SP4 dan SP5 memalsukan tandatangan pegawai KPFQ dan lima syarikat lain yang terlibat;
VII
(vii) Penyediaan DO dan invoice bersama dengan SP5 untuk tujusn drawdown BA fasiliti untuk KPFQ dan Stanson Marketing daripada Maybank;
VIII
(viii) Memegang Pre-Signed cek dan memalsukan cop-cop dan letter head AFL, Violet Bonanza, Summit Agencies, Intrico dan Koridor Nusantara……” Dalam menilai keterangan dan kredbiliti (SP4), saya merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes: Sabaruddin Non v. Public Prosecutor (2005) 1 CLJ 466 menegaskan seperti berikut: “……..In our judgment, the correct test for determining whether a witness is an accomplice is that laid down by Thompson CJ in Choo Chong v. Public Prosecutor (1959) 1 LNS 11; (1960) MLJ 238: 57 The true question, however, was not the technical one of whether the witness could have been convicted for his participation in the offence if he had been prosecuted. The true question was whether; having regard to his participation in the offence and having regard to all the circumstances of the case, his evidence was to be regarded with suspicion and as possibly so tainted as to invite if not to demand corroboration before it was accepted…… Now, in the judicial appreciation of the evidence of an accomplice there is a special rule for the guidance of the court. It is this. The evidence of an accomplice must be both credible and be corroborated. The first element, namely, credibility, is a requirement that must be met by all witnesses. The second is a peculiar to an accomplice. Once an accomplice is found by a trial court to be an unreliable witness, then his evidence must be rejected and no question of corroboration can arise. This Court in Lim Guan Eng v. PP (1993) 3 CLJ 769 set out the principles governing evidence requires corroboration………” 58
37
Dalam menentukan peranan dan status keterangan (SP4), adalah wajar untuk mengambil kira keseluruhan pemeriksaan saksi ini terutamanya seperti berikut: Keterangan (SP4) – Pemeriksaan Utama Cik Shelly, tahu tak KPFQ ada kemasukan BA Facility dari pihak Maybank? Yeah, saya tahu Sejak bila KPFQ ini dapat kemudahan BA facility daripada Maybank? Oktober 2011 Pada sekitar Oktober 2011 sehingga Februari ada tak Cik Shelly terlibat dalam beberapa permohonan BA bagi pihak syarikat KPFQ? Puan saya rujuk saksi P10 hingga P49. Cik Shelly boleh tengok especially part invoice BA Draft dengan BA application form, adakah permohonan-permohonan ini disediakan oleh Cik Shelly terlibat dalam permohonan BA? 59 Ya, ini biasa invoice dan DO disediakan oleh Lai Poh May dan saya …………… Lepas process sign purchase order salah satu orang Felda atau Dato’ Tan Han Kook apa next step? Lepas itu Ms Lai atau sayalah, biasa saya Ms. Lai akan buat invoice dan DO …………….. Cik Shelly, rujuk kepada P10F dan G ini adalah Invois dan DO dekat situ tertera Asia Food Link Sdn. Bhd. Boleh beritahu mahkamah memandangkan Cik Shelly atau Lai Poh Mei yang buat invoice dan Do ini bagaimana Cik Shelly atau Lai Poh Mei boleh dapatkan dia punya Headletter Asia Food Link Sdn Bhd. dengan sales invois dan delivery order title disitu? Ini kena refer Lai Poh Mei dia yang bagi saya thumbdrive untuk format invoice jikalau saya buat invoice dan DO Cik Shelly tadi kita tujuk kepada P10 menggunakan invoice dan DO Asia Food Link Sdn. BHd. dalam proses membuat Invoice Asia 60 food Link Sdn. Bhd. ini Cik Shelly atau Lai Ph Mei akan dapat arahan daripadaChing Siew Cheong, soalan saya ada tak Cik Shelly atau Lai Poh Mei dapat direct arahan dari Asia Food Link Sdn. Bhd. sendiri? Tiada Bagi invoice dan DO Violet Bonanza Sdn. Bhd. boleh beritahu mahkamah siapakah yang menyediakan invice dan DO syarikat ini pula? Samada Lai Poh Mei atau saya Keterangan (SP4) – Pemeriksaan Balas As regards the person to draw down on KPF Facilities, you are the contact point as far as a bait bank is concern. Could I be correct or no? We are instructed to apply No. You are the main contact point as far as Maybank is concern that in respect of the draw down of the facilities in the Maybank, KPFQ Facility? I would not know 61 So you are not the main? I do not know whether I am the main point but I just applies with them when there is a problem on BA application. OK. I put it to you that you were the main point in respect all draw down of KPFQ with the Maybank. Answer Yes or No? They call me on this. I do not know whether it is contact point. I would not know. They call me to liase with me. So you are answering Yes or No? There is living point whether I was a contact point. Yes? For as far as I concern they call me in join of Maybank Finance, they call me only. ………….. You said either you or Lai Poh Mei akan buat invoices dan DO Yes …………… 62 This document is not the document from Asia Food Link. Would I be correct? Yes So that for this document is forge of fabricated, agreed? Yes Tell us how it is done? For Asia Food Link? Yes we talking about (P10F) and (P10G). Look at it carefully. How it is done I am talking about the document itself not the contents yet the Asia Food Link. The sales invoice? I was mentioned earlier the verificating the invoice was prepared by Ms. Lai in the event she busy not around, she will give me the thumbdrive then I just follow the format and keep the to it only. If she does all, would I be correct she fabricates or forge this Asia Food Link invoice by Lai Poh Mei and if she is no there she gives you a thumb drive for you to do so. Correct? Yes. 63 Of 40 invoices, how many was fabricated or forged by you by using Lai Poh Mei’s thumbdrive? I cannot remember Roughly. Please look at all the exhibits. Can you please show her P10 – P49. Go through carefully. You have to recall because it is not playing matter. Go through with the permission of the court with your Honour guidance. Go through every document and find out which was prepared by you. I do not worry about Lai Poh Mei. We will ask her when she comes. Slowly one by one. Take your time. invoices and 40 DO’s. Puan, because all this details print out only can take a check by signature and all this is not my news venture (signature), That is why I cannot definite check who done by me. We just simply sign maybe I asked someone to sign that is why I do not know who prepared by you which is prepared by me. I cannot recognize Never mind. Go through it and I will find the question with your honours guidances …………. 64 I can mostly see this tag is prepared by me because the signature I will always at the back is like that so more or less is this tag but I am not sure Is that prepared by you? Yes ………………….. OK lets it look at P the last on (P14). Could you please referring My Lord to P14(h) and 14 sorry Tang Arif. P14(i) and P14(j). P14(i) it is a delivery order and sales invoice is 14(j), I will take 14(j) first. Now, this thumb drive you said was given to you by Lai Poh Mei when she is not there. You then put it thumb drive in the computer system and print out this invoice P14(j) and P14(i) the delivery order. Am I correct Yes by changing the quantity. Change the quantity to suit the amount. ………………….. which company letter head you have printed Asia Food Link Who gives instruction who printed the letter head? I went to shop to print 65 Why do you need the letter head of Asia food Link? When we need to apply BA we need DO and Invoice to print on the letter head. So when stop (stock) finish we got to reprint again When you apply for the BA you have write to the Bank on the letter head. Am I correct? No. We need to submit the Invoice and the DO together with the BA draft, contract note, to the Bank for the BA Drawdown. As regard to Violet Bonanza, was also the letter head being printed? No for Violet Bonanza it was printed on A4 paper Who prepared this? You have thumb drive as well? For Violet Bonanza, I remember it is done by me So you forge the signature of a personal from KPFQ. Am I correct? I got no choice 66 This signature signed authorized you are forged the signature of the Asia Food Link and staff of the official of Asia Food Link Sdn. Bhd., would I be correct? Yes As regard to stamp for KPFQ, now you agreed with me it is you who bought it? Is KPFQ there? Yes the rump shop? Can you see it? Look at 199G? Yes Now, that is the same chop under delivery order, correct? I believe we make another one Now did you then went into Yeoh Chin Chin’s room and instructed her to delete all emails and treasury forlder on the server? You did that isn’t it? That yes 67 To me it’s wrong doing? Okay thank you for your answer. What you did was wrong and against the law, Correct? IN a way la You voluntarily did this forgery of this document? I have no choice You agree with me you voluntarily did it?
38
Melalui keterangan-keterangan (SP4) semasa Pemeriksaan Utama dan Pemeriksaan Balas diatas, (SP4) mengakui bahawa beliau bertanggungjawab untuk KPFQ BA Drawdown. Beliau akui berurusan dengan dengan pegawai-pegawai Bank berkaitan dengan BA Drawdown. Keterangan diatas menjelaskan bahawa memalsukan invois-invois dan DO bagi AFL dan VBSB. (SP4) mengisikan invois-invois dan DO yang palsu bagi AFL dan VBSB dengan butiran-butiran palsu. (SP4) memalsukan tandatangan KPFQ. (SP4) memalsukan Rubber Stamp, kad-kad nama dan baucher bayaran-boucher bayaran yang digunakan dalam skim tersebut. Selanjutnya (SP4) telah membatalkan dan memusnahkan invois-invois dan DO yang palsu bagi mengelakkan penglibatannya dengan jenayah ini. (SP4) bukan sahaja mengakui bahawa beliau mengetahui invois-invois dan DO tersebut palsu tetapi faktanya jelas bahawa beliau secara aktif telah memalsukan invois-invois dan DO. 68 Berkaitan dengan invois-invois dan DO AFL, (SP4) memberitahu bahawa yang menyediakan “letterhead” AFL. selanjutnya menerangkan bahawa hanya sekiranya (SP5) bercuti, beliau akan menyediakan invois-invois dan DO AFL dengan mencetak “letterhead” berdasarkan kepada format yang sama disediakan oleh (SP5) dalam thumbdrive. (SP4) juga menerangkan bahawa beliau bertanggungjawab untuk mencetak “letterhead” AFL. (SP4) tiada mempunyai sebarang kebenaran ataupun kelulusan dari AFL untuk mencetak invois-invois dan DO syarikat AFL. Begitu juga bagi invois-invois dan DO VBSB, (SP4) juga mengakui menyediakan dan memalsukan “letterhead” VBSB. bukan sahaja memalsukan invois-invois dan DO AFL dan VBSB, malah beliau mengetahui mengisikan dokumen-dokumen palsu dengan butiran-butiran yang palsu. Bagi butiran-butiran palsu yang diisikan dalam invois-invois dan DO AFL telah diberikan oleh (SP5) manakala bagi butiran-butiran palsu yang diisikan dalam invois-invois dan DO VBSB, ianya diberikan oleh George Tan. Justeru itu semua butiran-butiran yang dinyatakan dalam semua DO-DO dan Invoice-invoice (P10 sehingga P149) adalah palsu. Perkara ini amat jelas dengan keterangan-keterangan bahawa KPFQ tiada menerima sebarang item-item yang dinyatakan dalam DO-DO dan Invoice-invoice. Begitu juga keterangan-keterangan menunjukan bahawa 5 syarikat-syarikat yang lain tiada juga menerima sebarang item-item yang dinyatakan dalam DO-DO dan Invoice-invoice. Malah pihak pendakwaan sendiri turut mengakui bahawa segala butiran-butiran dalam invoice-invoice dan DO-DO bagi syarikat KPFQ dan SMSB adalah palsu. Dalam masa yang sama (SP4) turut memalsukan tandatangan-tandatangan 69 pegawai-pegawai KPFQ. Semasa melaksanakan tindakan ini, (SP4) mengetahui telah mengelirukan dan memperdayakan pegawai-pegawai Maybank dengan menyatakan bahawa barang-barang tersebut telahpun dipesan oleh KPFQ daripada AFL dan VBSB dan telahpun diserahkan kepada KPFQ. Sungguhpun begitu semasa pemeriksaan balas, (SP4) mengakui bahawa beliau tiada mempunyai sebarang arahan untuk menandatangani bagi pihak KPFQ tetapi telah memalsukan tandantangan-tandatangan pegawai-pegawai dalam KPFQ. Bukan setakat itu, (SP4) turut memalsukan tandatangan-tandatangan pegawai-pegawai bagi invoice-invoice dan DO-DO bagi lima syarikat yang lain. Dalam tindakan tersebut, (SP4) dan (SP5) mengetahui telah mengelirukan dan memperdayakan pegawai-pegawai Bank bahawa barang-barang tersebut telahpun diserahkan kepada SMSB dan lima syarikat yang lain. (SP4) turut mengakui bahawa beliau juga telah memalsukan Rubber Stamp, kad-kad nama dan boucher-boucher bayaran yang digunakan dalam skim tersebut. Dalam mengkaji peranan (SP4), saya mendapati beliau bukanlah “orang biasa” malah merupakan seorang “Senior Manager” dalam Bahagian Kewangan. Beliau sangat mahir dalam hal-hal akaun syarikat dan mempunyai pengalaman luas selama 25 tahun dalam syarikat. Beliau sepatutnya mengetahui tentang peranannya dalam skim BA Drawdown yang palsu ini bertentangan dengan undang-undang. Pada hemat saya adalah menjadi sesuatu yang amat pelik sekiranya beliau tiada mengetahui perihal ini. Kalaulah sekiranya benar dikatakan bahawa beliau bertindak diatas arahan-arahan, beliau sepatutnya melaporkan kepada pegawai atasan ataupun pihak 70 audit, tetapi tiada tindakan dilakukan. Malah dalam keterangan saksi George Tan (SP22) turut mengakui bahawa (SP4) merupakan seorang yang bertindak sendirian dalam perihal pengurusan syarikat. (SP4) mempunyai perwatakan yang sangat tegas, tidak menurut kata sebarangan dan ditolak-tolak dalam melaksanakan tugasnya. Keterangan (SP22) – Pemeriksaan Balas (ms. 2044-2046, Jilid 2(k) RR) Now, when you join the company, Shelly was already in the company for more than 25 years, would I be correct? Yes. She is in charge of accounts as well? Over these years Bank drawdown? Yes Drawdown, accounts and would you agree with me she is an experienced person? Yes 71 She normally acts independently of, because she knows her work, she does independently of you and other management? Normally yes I mean there be long in service , and you know she has diploma in accounting, that sort of thing, you aware of it? I remember she said she has done accounting earlier. She did accounting earlier? She did, ya So, would I be correct , she cannot be pushed around, you cannot tell her what to do, anybody can’t tell her what to do, am I correct? Yes She’s the person of knowing her, seen her in giving evidence, she is very firm character, would you agree with me? In her field, yes 72
39
Dalam meneliti (SP4) merupakan seorang yang tegas, persoalannya adalah: Mengapakah (SP4) mengambil tindakan tersebut walaupun mengetahui bahawa tindakannya adalah berlawanan dengan undang-undang?? Dalam keterangan (SP4) beliau mengakui bahawa tindakan yang dilakukan olehnya adalah sukarela dan tiada paksaaan mahupun ugutan oleh mana-mana pihak. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mahu syarikat berada dalam kerugian dan kehilangan kerja dalam syarikat. Sungguhpun (SP4) nampaknya mempunyai sebab-sebab tertentu untuk bertindak berlawanan dengan undang-undang tetapi ujud suatu peristiwa yang menimbulkan persoalan dalam pemikiran saya semasa mengkaji kes rayuan ini. Dalam kes pendakwaan, ujud keadaan dimana cek-cek yang telah dikeluarkan dari akaun bank AFL di dalam Hong Leong Bank, Cawangan Jalan Raja Laut (P172) (P174)(P175)(P176) telah dikreditkan kedalam akaun bank SMSB. Walaubagaimanapun, satu daripada dek tersebut (ID173) berjumlah RM400,000 telah ditunaikan. Keterangan (SP6) – Pemeriksaan Utama (ms. 1037 Jilid 2(f) RR) 173(a) cheque number 317890? Yes amounting to RM400,000 Yes, Correct? Ok, yes 73 Debited? This is a cash cheque already debited to the account Keterangan (SP4) – Pemeriksaan Utama (ms. 467-468, Jilid 2(c) RR) Baik kita ke cek seterusnya Cik Sherley ye cek no, 317890, 400 ribu milek AFL bayar cash, kemudian dibelakang cek ada computer prit out disitu? Yeah Dan dimukasurat 3, ada pengesahan sumber dana clarification source of fund disitu, boleh Cik sherley sahkan pengeluaran wang AFL ini samada diluluskan oleh Cik Sherley? Arr yeah ini pengeluaran diurus oleh saya dan Lai Poh Mei kita keluarkan wang cash ini lepas itu kita pergi public bank, bank in untuk pergi maxis akaun untuk beli maxis prepaid card Boleh Cik Sherley bagi tahu apa tujuan pengeluaran tadi? Membeli top up kad dari Maxis 74 Keterangan (SP4) – Pemeriksaan Balas (ms. 497-600, Jilid 2(c) RR) Sorry? Is it four hundred thousand? Ya cash cheque? Ya, we withdraw cash Who cash it? Myself. Me and Poh Mei Keterangan (SP24) – IO Kes, Pemeriksaan Balas (ms. 1924 -1925, Jilid 2(j) RR) Ada satu cash cheque, berapa ribu RM400,000 Yang Arif Itu cash cheque siapa cash? Ditunaikan oleh Sherley Yim Sungguhpun dalam keterangan (SP4) telah menyatakan bahawa beliau telah menunaikan cek tersebut bagi membeli kad-kad Maxis Top Up, tetapi saya mendapati bahawa pihak pendakwaan tiada mengemukakan apa-apa keterangan mengenai perkara ini, sekiranya benar. Dalam ketiadaan apa-apa keterangan mengenai perkara ini, pada hemat saya wang sejumlah RM400,000 itu 75 diambil oleh (SP4) sendiri ataupun berkongsi dengan (SP5) sebagai “habuan” memalsukan skim BA Drawdown tidak boleh diketepikan begitu sahaja (cannot be ruled out). Dapatan ini adalah munasabah memandangkan (SP4) mempunyai peluang untuk Drawdown Cash dari akaun AFL berikutan buku cek dari akaun AFL yang telah Pre-Signed telah diberikan kepada (SP4). Dalam melengkapkan peranan yang dimainkan oleh saksi (SP4), Pegawai Penyiasat (SP24) telah mengesahkan berikut: Percakapan (SP24) – Pemeriksaan Balas (ms. 1925, Jilid 2(j) RR) Tapi En. Lokman setuju dengan saya, siasatan En. Lokman jelas menunjukkan pemalsuan dokumen dibuat oleh Sherley Yim dan Lai Poh Mei? Betul Mereka create invoice, order chop, macam-macam mereka buat. Itu satu fakta, betul? Betul ………………. Kalau saya faham, nampaknya asas kes ini pertuduhan adalah percakapan lisan daripada Lai Poh Mei dan Sherley Yim? Betul? 76 Berdasarkan kepada rakaman percakapan dan dokumen-dokumen yang dibekalkan Dokumen-dokumen yang dibekalkan adalah pemalsuan oleh Lai Poh Mei dan Sherley Yim? Betul?
40
Dalam meneliti tindakan-tindakan yang dilakukan oleh (SP4) dan dituruti juga oleh (SP5), saya mendapati kedua-dua saksi ini sememangnya telah melakukan kesalahan-kesalahan memalsukan secara tidak jujur dengan menandatangani dokumen-dokumen palsu, membuat ataupun memiliki apa-apa jua cop dan meteri yang tidak betul dengan niat untuk melakukan pemalsuan dan juga memusnahkan apa-apa jua dokumen-dokumen bagi mengelakkan ianya dikemukakan sebagai bahan bukti. Sungguhpun dalam penghakiman awalan seperti diatas, Hakim Sesyen telah mendapati bahawa (SP4) memainkan peranan yang sangat aktif tetapi di Akhir Kes Pendakwaan, saya tiada mendapati apa-apa keputusan yang dibuat mengenainya. Sebaliknya Hakim Sesyen telah membuat penemuan ini dalam Alasan Penghakiman di Akhir Kes Pembelaan dimuka surat 871 Jilid 1 (e) Rekod Rayuan seperti berikut: “…(176) Tahap penglibatan dalam skim penipuan tersebut telah melangkaui sempadan saksi 77 yang bebas kerana penglibatan beliau yang aktif dalam skim penipuan melibatkan drawdown BA kepunyaan syarikat KPFQ dan SMSB
i
SP4 terlibat dalam membuat pengeluaran BA dan memainkan perana aktif dalam melakukan pemalsuan invoice dan DO;
II
(ii) Walaupun SP4 tahu apa yang beliau lakukan salah tetapi telah meneruskan perbuatan tersebut. Malahan terdapat keterangan SP4 menyatakan beliau melakukan tindakan tersebut bagi menyelamatkan masa depan pekerja syarikat;
III
(iii) Beliau juga telah melakukan pemalsuan tandatanganpegawai KPFQ dan lima syarikat lain dengan menurunkan tandatangan terhadap invoice dan DO dan memalsukan cop dan kepala surat syarikat;
IV
(iv) Walaupun SP4 menyatakan beliau telah arahkan oleh kedua-dua OKT melakukan perbuatan tersebut, tetapi masih mempunyai pilihan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dengan membuat laporan pada pihak yang berkenaan;
v
Alasan SP4 adalah “unwilling participant” tidak boleh diterima oleh mahkamah 78 kerana sebagai seorang kakitangan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam syarikat sudah tentu beliau tahu akan kesan perbuatan yang dilakukannya
177
Berdasarkan kepada hujah-hujah diatas, mahkamah berpuashati bahawa (SP4) adalah Rakan Sejenayah dan keterangan mereka perlu disokong. Saya juga telah mengingatkan diri saya akan bahaya menerima keterangan rakan sejenayah yang tidak disokong……”
41
Dalam meneliti fakta-fakta kes dan keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya amat bersetuju dengan penghakiman Hakim Sesyen apabila membuat Dapatan yang betul dengan mendapati saksi (SP4) merupakan Rakan Sejenayah dan keterangannya perlu disokong. Ini selaras dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes: Yap Ee Kong & Anor v. Public Prosecutor (1981) 1 MLJ 144(FC), Raja Azlan Shah CJ Malaya (pada ketika itu) menyatakan: “….it is trite law law that although an accomplice is a competent witness a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice. All leading authorities have stated in clear items that it has long bee a rule of practice or rule of prudence which has become virtually equivalent to a rule 79 of law for the judge or jury to be warned of the danger of convicting on the uncorroborated testimony of an accomplice. It is a matter of prudence except where circumstances make it safe to dispense with that there must be corroboration of the evidence of an accomplice……” Begitu juga dalam kes: TN Nathan v. Public Prosecutor (1978) 1 MLJ 134, mahkamah memutuskan begini: “…………..even of there was corrobotation the evidence of the accomplice in this case could not be corroborated because he was not credible or reliable witness. Thus it was held by the Supreme Court of India in the case of Sarwan v. State of Punjab that – “…Corroboration is only required or afforded if the witness requiring corroboration or giving it is otherwise credible. If this evidence is not credible, a witness’s testimony should be rejected and the accused acquitted, even there could be found capable of being corrobotation in other testimony……..” 80 Sub Isu (c) Kalaulah keterangan saksi ditolak dan keterangan saksi (SP4) dipersoalkan dan keterangan saksi-saksi lain (SP14), (SP17), (SP21), (SP22) merupakan keterangan “Hearsay Evidence” (Dengar Cakap), apakah status Kes Pendakwaan?
42
Memandangkan (SP4) merupakan seorang Rakan Sejenayah, maka persoalan seterusnya adalah samada pihak pendakwaan telah Berjaya mengemukakan Keterangan Sokongan (Corroboration) kepada keterangan (SP4). Dalam isu ini, saya berkesempatan meneliti secara khusus terhadap semua keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan termasuk keterangan dokumentar yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Seperti yang dinyatakan dalam kes-kes diatas, adalah jelas bahawa keterangan (SP4) perlulah disokong bagi butiran-butiran yang material (in material particulars). Apa yang nyata sekarang adalah satu-satunya saksi yang mungkin dapat menyokong keterangan (SP4) adalah keterangan (SP5), tetapi persoalan yang timbul adalah saksi ini telah dicabar kebolehpercayaaannya dan segala keterangannya telah ditolak oleh mahkamah. Pada hemat saya dan seperti dalam Alasan Penghakiman Hakim Sesyen, ujud 3 isu-isu samada keterangan (SP4) telah disokong iaitu: 81
i
Tomahan bahawa Kedua-dua Responden mengarahkan (SP4) untuk memalsukan Invoice dan Delivery Order (DO)
Preamble
Menurut keterangan (SP4) bahawa beliau hanya menerima satu arahan sahaja daripada bossnya dan menggunakan arahan tersebut untuk memalsukan lain-lain dokumen dalam skim pemalsuan. Mahkamah mendapati keterangan (SP4) tidak disokong oleh keterangan-keterangan terus mahupun persekitaran. Penilaian keterangan oleh Hakim Sesyen dibuat adalah di Akhir Kes Pembelaan.
II
(ii) Kedua-dua Responden mengetahui bahawa Wang telah disalurkan dari AFL dan VBSB kepada SMSB Tiada ujud apa-apa keterangan daripada mana-mana saksi pendakwaan termasuk (SP4) bahawa Responden Pertama mengetahui bahawa (SP4) menyimpan buku cek kepunyaan AFL dan VBSB dan tiada ujud juga apa-apa keterangan yang menunjukkan Responden Pertama mengetahui bahawa Responden Kedua adalah penandatangan akaun bank AFL selain dari keterangan (SP4) yang tiada sokongan. Penilaian keterangan ini juga dibuat oleh Hakim Sesyen adalah di Akhir Kes Pembelaan. 82
III
(iii) Kedua-dua Responden mempunyai pengetahuan mengenai Drawdown SMSB terhadap 5 syarikat-syarikat suatu transaksi palsu Isu ini adalah bergantung kepada keterangan (SP5) yang telahpun dicabar kebolehpercayaannya. Hakim Sesyen telah memangggil pembelaan atas alasan Responden-responden telah menggunakan 5 syarikat-syarikat iaitu AFL, VBSB, KNSB dan ISB dalam skim yang dipalsukan. Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan Responden-responden terlibat dalam penubuhan dan pengurusan syarikat-syarikat berkenaan bagi tujuan skim penipuan.
42
Dalam meneliti rekod-rekod rayuan ini, saya mendapati Hakim Sesyen telah membuat keputusan yang betul apabila menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan keterangan-keterangan untuk menyokong keterangan (SP4). Perkara ini dinyatakan dalam Alasan Penghakiman dimukasurat 877 hingga 879 Jilid 1(e) Rekod Rayuan seperti berikut: “…(192) Tiada keterangan dikemukakan untuk menyokong keterangan SP4 berhubung isu, 83
i
OKT-OKT pertama mengarahkan beliau memalsukan Invoice dan DO
II
(ii) Bahawa OKT-OKT tahu wang dari syarikat AFL dan VBSB dipindahkan ke SMSB
III
(iii) OKT-OKT mempunyai pengetahuan terhadap drawdown Syarikat SMSB terhadap lima syarikat adalah transaksi yang tidak benar
193
Jelas dari keterangan SP4 bahawa beliau hanya menerima sekali sahaja “standard instruction” dari Boss beliau dan kemudiannya telah menggunakan arahan berkenaan bagi melakukan pemalsuan terhadap dokumen lain dalam skim penipuan tersebut. Mahkamah berpendapat keterangan tersebut tidak disokong dengan mana-mana keterangan terus atau keterangan ikut keadaan.
194
Tiada keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan melalui saksi mereka bahawa OKT 1 tahu SP4 ada menyimpan buku cek kepunyaan AFL dan VBSB dan juga 1 tahu 2 adalah penandatangan kepada bank akaun AFL.
195
Adalah tidak menafikan bahawa OKT 1 ada menandatangani BA Draft dan Contract Note berkaitan KPFQ dan SMSB. Walaubagaimanapun pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan ikut keadaan dan keterangan SP4 yang tidak disokong. 84 Terdapat keterangan menyatakan OKT 1 jarang berada dipejabat dan terdapat banyak dokumen lain yang perlu ditandatangani dalam sehari. Keterangan tersebut tidak dicabar oleh pihak pendakwaan.
196
Mahkamah mendapati tiada keterangan dikemukakan OKT 1 ada membuat pre-signed terhadap Contract Note dan BA Draft. Ia adalah prosedur biasa syarikat dalam KPFQ semua dokumen diisi terlebih dahulu sebelum ditandatangani. Isu mengenai pre-signed dokumen hanya timbul berkaitan pengeluaran BA SMSB.
197
Berhubung dengan KPFQ OKT 1 menafikan telah ditunjukkan dokumen sokongan invoice dan DO semasa menandatangani Contract Note dan BA. Pembelaan tersebut telah disokong dengan keterangan SP17 dan SP21 yang menyatakan tandatangan OKT 1 hanya diperlukan apabila beliau gagal mendapatkan tandatangan pengarah KPFQ yang lain. Beliau akan scan dan email BA Draft dan Contract Note tanpa menyertakan dokumen sokongan Invoice dan DO kerana SP5 mempunyai Salinan. Sedangkan SP4 menafikan beliau ada menerima dokumen tersebut dari SP5, lalu menjadikan keterangan SP5 diragui.
198
Berhubung hujah pendakwaan bahawa kedua OKT pernah mengadakan perbincangan dengan SP15 85 untuk menggunakan syarikat lain, mahkamah mendapati tiada keterangan yang dikemukakan oleh SP15 berhubung perkara tersebut. Keterangan yang ada hanyalah SP15 mengadakan luncheon meeting dengan OKT 1 bagi membincangkan expansion plan syarikat SBSG. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan dikemukakan bagi mengaitkan OKT 1 dengan lima syarikat terbabit. Keterangan SP4 yang tidak disokong oleh SP5 kerana telah diimpeach.
199
Pada peringkat pembelaan mahkamah telah meneliti semula keseluruhan yang telah dikemukakan dalam perbicaraan ini. Seperti yang telah dihujahkan sebelum ini pembuktian pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi penting SP4 dan SP5. Oleh kerana SP5 telah dicabar keterangannya maka keterangan SP5 telah diabaikan oleh mahkamah dan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP4 dalam membuktikan penglibatan kedua OKT dalam skim penipuan tersebut.
200
Oleh kerana SP4 dan SP5 bekerjasama dalam melakukan penipuan tersebut, maka terdapat lompang dalam pembuktian kes pihak pendakwaan kerana ada ketikannya SP4 menerima arahan dari SP5 dan kadangkala juga saksi-saksi lain juga 86 seperti SP4, SP17, SP21 dan SP22 juga menerima arahan daripada SP5. Keterangan SP5 adalah penting bagi menyokong keterangan saksi-saksi lain terlibat dalam perbicaraan ini. Mahkamah bersetuju dengan hujah peguambela bahawa oleh kerana keterangan SP5 telah ditolak sepenuhnya maka keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi lain seperti SP4, SP17, SP21 dan SP22 adalah dengan sendirinya bersifat “hearsay” kerana tidak disahkan dengan keterangan SP5. Berdasarkan alasan diatas, mahkamah mendapati tiada keterangan sokongan dikemukakan bagi menyokong keterangan SP4 untuk melibatkan OKT1 dan OKT 2 dalam skim penipuan tersebut……………..”
43
Berdasarkan kepada Alasan Penghakiman Hakim Sesyen, adalah didapati bahawa beliau telah membuat penilaian maksima keatas keseluruhan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan terutamanya saksi-saksi (SP4)(SP5) dan lain-lain saksi yang relevan hanya setelah mendengar kes pembelaan. Pada hemat saya sekiranya Hakim Sesyen mengambil pendekatan untuk menilai secara maksima di Akhir Kes Pendakwaan menurut peruntukan undang-undang secara teratur, saya penuh percaya kedua-dua Responden ini memperolehi faedah keraguan dan sepatutnya dilepaskan serta dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. Saya ingin menegaskan bahawa tindakan Hakim Sesyen untuk 87 memanggil kedua-dua Responden untuk membela diri diatas pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka telah menyebabkan suatu Salah Laksana Keadilan dan memprejudiskan Responden-Responden. ISU KETIGA Adakah peruntukan Seksyen 52(2) Akta SPRM 2009 terpakai dalam kes-kes penipuan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan??
44
Isu ini juga turut disentuh oleh Hakim Sesyen semasa membuat keputusan dengan melepaskan dan membebaskan kedua-dua Responden daripada pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Seksyen 52 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukan berikut:
1
Notwithstanding any written law or rule of law to the contrary, in any proceedings against any person for an offence under this Act
a
No witness shall be regarded as an accomplice by reason only of such witness having 88
i
Accepted, received, obtained, solicited, agreed to accept or receive, or attempted to obtain any gratification from any person;
II
(ii) Given, promised, offered or agreed to give any gratification ; or
III
(iii) Been in any manner concerned in the commission of such offence or having knowledge of the commission of the offence;
b
No agent provocateur, whether he is an officer of the Commission or not, shall be presumed to be unworthy of credit by reason only of his having attempted to commit, or to abet, having abetted or having been engaged in a criminal conspiracy to commit, such offence if the main purpose of such attempt, abetment or engagement was to secure evidence against such person; and
c
Any statement, whether oral or written, made to an agent provocateur by such person shall be admissible as evidence at his trial.
2
Notwithstanding any written law or rule of law to the contrary, a conviction for any offence under this Act solely on the uncorroborated evidence of any accomplice or agent provocateur shall not be illegal and no such conviction shall be set aside merely because the court which tried the case has failed to 89 refer in the grounds of its judgment to the need to warn itself against the danger of convicting on such evidence.
Preamble
Menurut peruntukan Seksyen diatas, mana-mana orang yang dituduh boleh disabitkan kesalahan hanya diatas keterangan rakan sejenayah tanpa sokongan dan sabitan tersebut tidaklah menjadi tidak sah. Dalam kes: Public Prosecutor v. Robin ak Sabai (2015) 9 MLJ 22, mahkamah memutuskan bahawa: “……it is trite law where a witness is an accomplice then his evidence would require corroboration. However, section 52(1)(a)(iii) does away with the need for corroboration. On reading the said section I think it does not apply to the present case where the charge against the respondent was for and offence of intending to deceive the government under Section 18 of the MACC Act 2009. I think section 52(1)(a)(iii) refers to acts in relation to gratification. The prosecution’s submission on this has no basis…………”
44
Dalam kes rayuan ini, ianya tidak melibatkan apa-apa pertuduhan berkaitan dengan rasuh, saksi penting (SP4) merupakan seorang Rakan Sejenayah kerana beliau tidak boleh dipercayai. (SP4) merupakan orang yang utama dan skim penipuan ini dan dalam keadaan peranannya yang sangat aktif melakukan jenayah ini, maka keterangan sokongan menjadi keperluan yang amat 90 penting. Dalam kes: Mohd Rozneh bin Jaineh v. Public Prosecutor (2013) 8 MLJ 391, yang mana pihak pendakwaan menghujahkan bahawa menurut Seksyen 52(1)(a) Akta, tanpa mengambil kira tahap penglibatan Rakan Sejenayah dalam melakukan jenayah ini, dia tidak boleh disifatkan sebagai Rakan Sejenayah. Walaubagaimanapun Hakim mendapati penghujahan tersebut tiada mempunyai merit lebih-lebih lagi tahap penglibatan Rakan Sejenayah yang sangat aktif dalam melakukan kesalahan ini. “…..The learned DPP in reply submission referred to the case of Raman a/l Mariappen v. Public Prosecutor (2011) 1 CLJ 739 which followed the principle adopted in an unreported case of Pendakwa Raya v. Rahiman Selamat (Dalam Mah. Tinggi Kuala Lumpur, Rayuan Jenayah No. 42A-21 of 2001). In this unreported case, Dato’ Ahmad bin Hj. Maarof J (as he then was) held that howsoever a witness involved in the commission of a crime under the ACA 1997, he can never be regarded as an accomplice…. With respect, I find that his submission by the learned DPP is without merits. This is because I find that the acts of PW12 and PW11 who were actively involve, in bribling the appellant was motivated with an illegal act committed by them, ie caused to do illegal electricit yconnection……” 91
45
Berbalik semula kes rayuan ini, (SP4) bukan sahaja melibatkan diri secara sukarela dalam skim penipuan ini tetapi beliau amat mengetahui ketidaksahan tindakan-tindakan yang dilakukannya. Pada hemat saya dalam keadaan tindakan dan penglibatan (SP4) yang sangat aktif dalam melakukan jenayah ini, keterangannya tidak tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52(1)(a) Akta dan peruntukan Seksyen 52(2) Akta tersebut tidak terpakai dalam kes ini. Isu ini juga dinyatakan dalam kes: Raman Mariappen v. Public Prosecutor
2011
1 CLJ 739 berikut: “……However, that in itself does not mean or rather ought not to be taken to mean that the court is now under no obligation to weigh his evidence with care. What is does mean that the evidence of such witness ught to be given the amount of scrutiny depending upon the peculiar set of circumstances presented to the court depending on the contents of his evidence and its nature in relation to its own context and in relation to the evidence of other witnesses…….” Dalam mengambil panduan melalui kes-kes diatas, Hakim Sesyen telah membuat Dapatan yang betul dalam Alasan Penghakiman dimukasurat 870 Jilid 1(e) Rekod Rayuan seperti berikut: “…..(174) Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa Seksyen 52(1)(A)(iii) tidak terpakai dalam kes semasa kerana pada hemat saya pertuduhan 92 tersebut merujuk kepada Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan Menipu sedangkan Seksyen 52 ASPRM merujuk kepada “gratification” sebagaimana yang diputuskan dalam kes PP v. Robin a/l Sabai (2015) 9 MLJ 22. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mohd Rozneh bin Jainah v. PP (2013) 8 MLJ 391 dimana mahkamah memutuskan tidak bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya bahawa SP11 dan SP12 sebagai Rakan Sejenayah kerana kedua-dua saksi tersebut terlibat aktif dalam merasuah perayu dan tindakan mereka didorong oleh kegiatan yang salah…………………”
46
Dalam kes rayuan ini, adalah jelas (SP4) memainkan peranan yang sangat aktif dalam melaksanakan jenayah tersebut. Beliau bukan sahaja sekadar mengikut apa-apa jua arahan tetapi mengambil keputusan dan tindakan sendiri. Beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan malah mengambil bahagian dalam setiap tindakan dalam pertuduhan-pertuduhan terhadap Responden-responden. Dalam perihal ini juga saya mendapati Hakim Sesyen membuat keputusan yang wajar dan betul apabila membezakan kes ini dengan kes Mohd Khir bin Toyo v. Public Prosecutor (2015) 5 MLJ 429. Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SD2 bukanlah seorang Rakan Sejenayah hanya semata-mata terlibat dalam perlakuan jenayah ataupun tahu mengenai jenayah yang dilakukan. Dalam erti kata 93 yang lain, SP2 tidak memainkan peranan yang aktif dalam transaksi tersebut tetapi kerana SP2 ini tiada pilihan lain selain menjual hartanah tersebut dibawah paras harga pasaran kerana khuatir perniagaannya akan terjejas sekiranya tidak mematuhi segala arahan tertuduh dan bukan seorang “willing participant” . Isu ini jelas dinyatakan dalam Alasan Penghakiman dimukasurat 870 Jilid 1(e) Rekod Rayuan seperti berikut: “…(175) berhubung dengan kes Mahkamah Persekutuan (Mohd Khir bin Toyo v. Pendakwa Raya
2013
4 MLJ 801, (2015) 5 MLJ 429), kes tersebut dapat dibezakan dengan kes semasa yang dibicarakan kerana SP4 bukanlah seorang mangsa ataupun “unwilling participant” kerana SP4 mempunyai banyak pilihan untuk tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh OKT 1 dan
2
Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa sebagai pengurus kanan syarikat SP4 dan SP5 boleh membuat aduan kepada pihak berkaitan seperti bahagian audit dan lain-lain. SP4 sendiri mengaku tujuan beliau melakukan skim penipuan tersebut bagi menyelamatkan masa depan beliau dan pekerja syarikat yang pada masa itu mengalami masalah kewangan…………..” 94 Penilaian Kes Pembelaan??
47
Sebelum saya mengakhiri keputusan kes rayuan ini, tanpa meneliti secara terperinci keterangan-keteragan pembelaan, rasanya elok saya menyentuh dua isu yang dikatakan dalam penghakiman Hakim Sesyen iaitu:
i
Isu mengenai “Expansion Plan” SBGB;
II
(ii) Isu mengenai pemindahan wang AFL dan VBSB kepada SMSB Dalam isu “expansion plan” SBGB, dimukasurat 848, Jilid 1(e) Rekod Rayuan Hakim Sesyen menyatakan: “….(130) Seterusnya dalam keputusan mahkamah memanggil pembelaan mahkamah menyatakan OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan terhadap skim penipuan tersebut kerana terdapatnya perbincangan * dengan OKT 1 dan OKT 2 berhubung expansion plan (*SP15)
131
Pihak pembelaan dalam hujahnya menyatakan bukanlah menjadi kesalahan bagi SP15 mengadakan perbincangan dengan OKT 1 dan OKT 2 berhubung cek AFL yang diserahkan kepada SP4 dan juga berhubung expansion plan yang dibincangkan
132
Meneliti hujah tersebut mahkamah bersetuju dengan hujah pembelaan bahawa tiada apa yang boleh dibuktikan dengan perjumpaan tersebut. SP15 sendiri 95 mengesahkan perjumpaan tersebut adalah perjumpaan biasa secara sah. Lagipun pada masa itu KPFQ belum ditubuhkan lagi dan perbincangan mengenai expansion plan adalah sesuatu yang normal dalam sesuatu perniagaan ……..”
48
Dalam mengkaji penghakiman diatas, saya telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh saksi (SP15) semasa pemeriksaan balas dimukasurat 1540 hingga 1542 Jilid 2(h) seperti berikut: You told us, that you have a meeting with Jackson Tan and Derec? Not a meeting Lunch? Yes Can you remember where? I think it was USJ Can you remember the year, 2004 or 2005? The last time was around 2011, not so far Did you make a record? No 96 So far that’s was a lot of things you cannot remember? Yes Could be sometimes in 2009-2010 because in the course of business, could it be possible? 2010 I think It was how many people present? Just 3 of us It was general discussion on business expanding? Yes Anything specific? They told me joining up with KPFQ Nothing illegal about it? Nothing Nothing unusual? Nothing 97 It was the joint venture of Silver Bird and KPFQ? It was just a luncheon meeting? Yes It last for about one hour? No specific instruction were given to you? No Nothing was said by Jackson to you specifically? It was very general Since you didn’t record it anywhere, so you can’t recall that was specifically discussed, except they have a joint venture? Yes, and a new product
49
Daripada keterangan (SP15) adalah jelas Hakim Sesyen telah mengambil pendekatan bahawa perjumpaan diantaran (SP15) dengan Responden-responden merupakan perjumpaan yang biasa dan tiada apa-apa kaitan pun dengan skim penipuan yang diperkatakan dan tambahan pula pada masa tersebut KPFQ 98 belum lagi ditubuhkan. Justeru itu pada hemat saya, sekiranya Hakim Sesyen telah mengambil dan menganalisa isu diAkhir kes Pendakwaan, saya penuh percaya dan yakin Hakim Sesyen tidak mungkin akan memangil kes untuk pembelaan. Begitu juga dalam isu berkaitan pemindahan wang dari AFL dan VBSB kepada SMSB. Dalam alasan Penghakiman dimukasurat 848 hingga 849, Jilid 1(e) Rekod Rayuan, Hakim Sesyen menyatakan: “…..(133) Dalam keputusan mahkamah memanggil pembelaan saya juga mengambil pertimbangan bahawa kedua-dua OKT tahu mengenai pemindahan wang dari AFL dan VBSB kepada akaun SMSB kerana OKT 2 juga adalah penandatangan akaun AFL dan mengetahui keupayaan AFL & VBSB mengeluarkan produk susu krimmer “Da Wan”
134
Dalam pembelaan mereka OKT-OKT menafikan mereka mempunyai pengetahuan terhadap pemindahan wang tersebut. Keterangan mengenai pemindahan wang tersebut hanya dinyatakan oleh (SP4) yang memberitahu mahkamah beliau telah mendapat arahan dari OKT 2 supaya memindahkan wang tersebut dan telah disahkan oleh OKT 1. Malahan SP4 telah memegang buku cek kepunyaan VBSB atas arahan OKT
1
Peguambela juga berhujah TPR yang terpelajar telah gagal membuat pemeriksaan balas terhadap OKT 1 dan OKT 2 berhubung dengan pemindahan wang tersebut; 99
135
Setelah mahkamah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan mahkamah bersetuju bahawa selain dari keterangan (SP4), tiada keterangan lain yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menyokong hujah OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan terhadap pemindahan wang tersebut. Tiada keterangan dikemukakan bahawa OKT 1 mengetahui (SP4) ada memegang buku cek pre-signed kepunyaan syarikat AFL, malah TPR terpelajar sendiri telah gagal dalam menyoal balas OKT 1 dan OKT 2 bahawa (SP4) memegang buku cek tersebut atas arahan mereka…….”
50
Adalah didapati bahawa Hakim Sesyen telah khilaf dengan memanggil kes ini untuk pembelaan selepas mendapati bahawa kedua-dua Responden ini mempunyai pengetahuan tentang pemindahan wang tersebut dari akaun AFL dan VBSB kepada SMSB. Keputusan ini dibuat melalui keterangan-keterangan (SP4) menyatakan bahawa beliau memegang buku-buku cek VBSB atas arahan kedua-dua Responden dan beliau mendapat arahan dari Responden 2 dan disahkan oleh Responden 1 mengenai pemindahan wang tersebut. Sungguhpun begitu, keterangan (SP4) merupakan Rakan Sejenayah dan Hakim Sesyen telah memutuskan bahawa tiada apa-apa juga keterangan sokongan terhadapnya. Pada hemat saya, sekiranya Hakim Sesyen telah membuat penilaian maksima secara betul di Akhir Kes 100 Pendakwaan, beliau semestinya sudahpun menolak keterangan (SP4) mengenai isu ini tanpa apa-apa jua keterangan sokongan. Sungguhpun begitu, apalah nilai isu ini apabila Hakim Sesyen memutuskan isu ini diperingkat kes Pembelaaan apabila kedua-dua Responden memberikan keterangan pembelaan??
51
Disamping dua isu diatas, Hakim Sesyen membuat pertimbangan mengenai isu terhadap tandatangan Contract Note dan BA Draft bagi KPFQ dan SMSB, isu mengenai kedua-dua Responden mempunyai pengetahuan terhadap skim penipuan ini kerana kedua-dua Responden adalah Pengarah Urusan dan CEO syarikat, ketua kepada (SP4), (SP21) dan (SP22), pemegang saham SBSG dan juga penandatangan bagi permohonan BA SBSG. Segala pertimbangan ini dibuat selepas mendengar keterangan-keterangan kedua-dua Responden. Seperti yang dinyatakan dalam Alasan Penghakiman Hakim Sesyen, pada hemat saya sekiranya isu-isu ini diteliti dan dinilai secara maksima dalam kes pendakwaan, semestinya faedah keraguan akan berpihak kepada Responden-responden.
52
Adalah menjadi suatu undang-undang muktamad bahawa Mahkamah Rayuan tidak akan menganggu dengan suatu keputusan yang dibuat oleh mahkamah bawahan melainkan keputusan tersebut “manifestly unsustainable at law”. Dalam kes Mahkamah Rayuan Alandu a/l Santhanasamy v Public Prosecutor, (2014) 2 MLRH 400, (2014) 2 MLJ 508, YA Hamid Sultan bin Abu Backer, HMR memperingatkan: 101 “It is well settled that in the hands of the trier of facts to assess the quality of evidence and to determine whether the evidence on record justices a conviction. In so doing it the court orders an acquittal or conviction it cannot be set aside by the appellate court unless it records a finding that the view taken by the trial court was not a possible reasonable view of the evidence on record (See Pramod Mandal v State of Bihar (SC) (2004) 4 LRI 24; PP v Thenegaran A/L Murugan (2013)3MLJ328)”.
53
Dalam mengingati dan mempertimbangkan fakta-fakta dalam kes rayuan ini, mahkamah ini mengingati diri sendiri kepada prinsip-prinsip yang disenaraikan dahulu dalam kes: Krishnan Murthy v. Pendakwa Raya (1987) 1 MLJ 292 at 295-296 (SC), “……….it is one of the most basic rule of justice that however heineous a crime person is accused of, whatever the rank of the person who testifies against him, he can only be convicted on evidence produced according to the stringent requirement of law………………but it does not mean that a person accused of the most serious crime to equal protection before the law……..is that his guilt must be proved in accordance with or in a manner required by law. Anything less will be not enough……….” 102
54
Dalam menilai beberapa isu-isu diatas, mahkamah ini telah merujuk kepada kes:Choo Chang Teik & Anor v. PP (1991) 1 MLRA 280,
1991
3 MLJ 423, “……….although it is unfortunate that a guilty party cannot be brought to justice, it is more important that there should not be a miscarriage of justice and the law should be maintained that the prosecution should prove its case…………..” Keputusan Akhir Rayuan 55. Dalam mengkaji kes rayuan dihadapan mahkamah ini, mahkamah ini telah meneliti segala keterangan-keterangan saksi-saksi kes pendakwaan dan dokumen-dokumen ekshibit yang dikemukakan. Mahkamah ini juga telah menilai secara terperinci hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh Peguam-peguam dan Timbalan Pendakwa Raya. Mahkamah ini seterusnya telah mengkaji secara mendalam setiap isu-isu yang ditimbulkan oleh Peguam-peguam dan Timbalan Pendakwa Raya dari segala aspek perundangan, mahkamah ini tiada menemui sebarang kekhilafan yang ditinggalkan oleh Hakim Sesyen. Sebaliknya, Mahkamah ini mendapati segala isu-isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak telah diadili secara terperinci oleh Hakim Sesyen dan dinyatakan dalam penghakimannya. Mahkamah ini juga mendapati tiada sebarang merit dalam rayuan yang dikemukakan oleh pihak Perayu (Timbalan Pendakwa Raya). Sejajar dengan perkara ini, Mahkamah ini berkewajiban untuk 103 menolak keseluruhan rayuan oleh Perayu (Timbalan Pendakwa Raya) dan mengekalkan penghakiman keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen dengan melepaskan dan membebaskan Responden-responden yang mana sepatutnya tanpa dipanggil untuk membela diri. Mahkamah ini merasakan adalah adil, wajar dan saksama setelah mempertimbangkan segala sudut prinsip undang-undang yang berkaitan dan alasan-alasan yang telah dinyatakan diatas. Mahkamah ini merakamkan ucapan terima kasih kepada DPP dan pihak-pihak terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam melupuskan kes ini. Tarikh : 12 Disember 2017 (DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (4) Kuala Lumpur. Pihak-pihak B/P Perayu : Puan Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin Timbalan Pendakwa Raya, Putrajaya 104 B/P Responden (1) : Dato’ K. Kumaraendran bersama William Leong dan Dave Kumareandran (Tetuan Kumar &Co, William Leong & Co.) B/P Responden (2) : Datuk N. Sivananthan bersama Dato’ Geethan Ram Vincent, Jayarubbiny Jayaraj dan Liu Mei Ching (Messrs. Sivananthan) 105 106 107 108 109 110
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.