Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: DA-42S(A)-1-06/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu No. SKB(A) 61JS-01-04/2016) DI ANTARA NURHASLIMAN BIN GHAZALI …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA ….
DA-42S(A)-1-06/2017
High Court of Malaysia8 May 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ception of the evidence, and understands the duty of speaking the truth; and his evidence, though not given on oath, but otherwise taken and reduced into writing in accordance with section 269 of the Criminal Procedure Code [Act 593] shall be deemed to be a deposition within the meaning of that section: Provided that,”
“lient features of this aspect of the evidence were missed or were not properly appreciated. It is settled law that a person cannot corroborate himself but it would appear that section 157 of the 24 Evidence Act enables a person to corroborate his testimony by his previous statement. The section adopts a contrary rule o”
“gh & Ors v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209, 211, Mahakmah Persekutuan telah menyatakan: “As regards omissions in the first information report, we would endorse Sohoni's commentary on s 154 of the Indian Criminal Procedure Code (16th Ed, Vol 1, p 750), which is similar to s 107 of our Criminal Procedure Code, as foll”
“SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” [10] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat ra”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: DA-42S(A)-1-06/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu No. SKB(A) 61JS-01-04/2016) DI ANTARA NURHASLIMAN BIN GHAZALI …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA ….
1
Tertuduh/Perayu telah dituduh di atas 2 pertuduhan rogol statutori yang dilakukan ke atas seorang mangsa di bawah umur, kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
2
Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah bicara telah mendapati Tertuduh/Perayu bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan telah disabitkan. Tertuduh/Perayu telah dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara 2 daripada tarikh jatuh hukum dan 4 kali sebatan bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan secara berasingan (iaitu berturut-turut).
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh/Perayu telah merayu kepada Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan Tertuduh/Perayu terhadap sabitan dan mengekalkan keputusan Hakim bicara. Bagi rayuan terhadap hukuman, Mahkamah ini membenarkan sebahagian di mana hukuman penjara dikurangkan kepada 7 tahun setiap pertuduhan dan sebatan diturunkan kepada 1 sebatan sahaja bagi setiap pertuduhan dan hukuman penjara berjalan serentak.
4
Masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh/Perayu telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengenai sabitan dan hukuman. Pendakwa Raya juga menfailkan rayuan silang kerana tidak berpuas hati terhadap jumlah hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan yang diibaratkan adalah tidak memadai.
5
Ini merupakan alasan-asalan kepada keputusan tersebut. Alasan Penghakiman ini adalah disatukan untuk merangkumi kedua-dua rayuan daripada Tertuduh/Perayu dan Pendakwaan/Pendakwa Raya. 3
6
Pertuduhan adalah sebagaimana berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 23/04/2015 jam lebih kurang 7.30 malam di dalam sebuah bilik di rumah beralamat Kampung Pangkal Changgong, di dalam Daerah Machang, di dalam Negeri Kelantan telah merogol Siti Nur Hidayah binti Ahmad (KPT: 990622-03-6872) yang berumur 15 tahun 10 bulan. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 25/04/2015 jam lebih kurang 1.00 pagi di dalam sebuah bilik di rumah beralamat Kampung Pangkal Changgong, di dalam Daerah Machang, di dalam Negeri Kelantan telah merogol Siti Nur Hidayah binti Ahmad (KPT: 990622-03-6872) yang berumur 15 tahun 10 bulan. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.” C. KES PENDAKWAAN/FAKTA KES
7
Kes Pendakwaan adalah seperti mana dihuraikan oleh Hakim bicara di muka surat 23-26, Rekod Rayuan seperti berikut: 4 “Mangsa memaklumkan bahawa dia berusia 15 tahun dan masih bersekolah di tingkatan 4 pada tahun kejadian iaitu tahun 2015. Pada 23/4/2015, jam 4 petang, mangsa dan OKT telah berjanji untuk ke rumah OKT di Kampung Pangkal Changgong, Machang. Mangsa telah keluar dari Kolej Vokasional Tanah Merah dan telah menunggu OKT di Kedai Kasut You di Bandar Baru Tanah Merah dan OKT tiba seorang diri pada pukul 6 petang dengan menaiki sebuah kereta Perdana. Mangsa dan OKT telah sampai ke rumah OKT pada pukul 6.30 petang. Mangsa berada di rumah OKT selama tiga (3) hari iaitu bermula dari 23/04/2015 hingga 25/4/2015. Sepanjang tiga hari tersebut, tiada orang lain di rumah OKT. Pada pukul 7.15 malam, OKT menyuruh mangsa mandi dan bersiap untuk melakukan hubungan seks. Selepas mangsa mandi di dalam bilik air tetamu, pada waktu itu mangsa memakai baju T shirt serta berkain tuala. OKT telah masuk ke dalam bilik tetamu tersebut. 5 OKT seterusnya telah menutup lampu. OKT membuka kain tualanya sendiri dan kemudiannya membuka baju serta kain tuala mangsa dan duduk di atas mangsa. OKT memakai kondom dan memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa. Semasa OKT menanggalkan baju, mangsa telahpun berbaring sendiri secara terlentang. Semasa melakukan seks, OKT telah mengugut mangsa. Sekiranya mangsa tidak mahu melakukan hubungan seks dengan OKT atau mangsa membuat sebarang laporan, OKT akan mengapa-apakan keluarga mangsa. Semasa melakukan hubungan seks, OKT masih memakai baju dan hanya menanggalkan kain tuala. Mangsa nampak tangan OKT memegang kemaluan OKT untuk memasukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa. Apabila OKT tidak boleh masukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa, mangsa akan menolong memasukkannya. Mangsa dapat merasakan kemasukan kemaluan OKT dan semasa mula-mula kemasukan kemaluan OKT, mangsa merasa 6 sakit. Kedudukan kaki mangsa adalah berada dalam keadaan terkangkang. Kemaluan OKT masuk ke dalam kemaluan mangsa selama 30 minit. Kemudiannya, OKT pancut ke dalam kondom dan OKT telah membuang kondom tersebut ke dalam mangkuk tandas. Selepas selesai, mangsa berehat dan tidur. Sementara itu, OKT masuk ke dalam biliknya. Pada 24/4/2015, mangsa tidak membuat apa-apa. Mangsa tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah OKT dan OKT juga telah membelikan makanan untuk mangsa. Pada 25/4/2015, pada jam 1 pagi, OKT sekali lagi telah mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks di bilik tetamu tersebut. OKT telah menghantar mesej kepada mangsa untuk melakukan hubungan seks di biliknya. Kemudiannya, OKT telah memasuki bilik tetamu dengan memakai baju singlet dan tuala manakala mangsa pula memakai baju T shirt dan seluar trek. Kemudian, mangsa membuka pakaian sendiri sementara OKT hanya menanggalkan kain tuala dan memakai kondom. OKT telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa. 7 Semasa OKT berada di atas mangsa, tangan OKT memegang kemaluan OKT. Selepas OKT masukkan zakar OKT ke dalam kemaluan mangsa, tangan OKT berada di sebelah mangsa. Dalam kedudukan tersebut, mangsa dapat merasa kemaluan OKT masuk ke dalam kemaluan mangsa. Mangsa menyatakan bahawa kemaluan OKT keras dan kejadian itu berlaku dalam masa 30 minit. Selepas itu, OKT pancut ke dalam kondom dan mangsa nampak OKT membuang kondom tersebut ke dalam mangkuk tandas. Setelah selesai, mangsa tidur di bilik tetamu, manakala OKT masuk ke biliknya. Pada 25/4/2015, pada jam 11 pagi, kawan OKT yang bernama Pok Bea telah menghantar mangsa balik ke asrama. Mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada ibu mangsa. Mangsa seterusnya telah dibawa ke Hospital Kuala Krai oleh Koperal Fatimah bagi tujuan pemeriksaan. Ketika SP6 sedang bertugas pada 15/5/2015, SP6 telah menerima seorang pesakit bagi kes rogol yang bernama Siti Nur Hidayah binti Ahmad. 8 Semasa SP6 menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa, mangsa kelihatan amat tenang. Hasil pemeriksaan perenium mangsa, SP6 mendapati bahawa terdapat koyakan lama pada hymen mangsa pada jam 1 dan jam 3 disebabkan oleh kemasukan benda tumpul ke dalam kemaluan pesakit. SP6 juga memaklumkan bahawa dalam kes rogol, zakar lelaki dikategorikan sebagai benda tumpul yang boleh menyebabkan koyakan.” D. UNDANG-UNDANG BERKAITAN
8
Prinsip undang-undang yang terpakai di dalam sesuatu rayuan telah dijelaskan dalam kes Ping Hun Sun v. Dato’ Yip Yee Foo [2013] 1 LNS 320; Rayuan Sivil No: W-02-528-2010, apabila Mahkamah Rayuan menyatakan: “When the finding of the trial judge is factual, however, the fact finder’s decision cannot be disturbed on appeal unless the decision of the fact finder is plainly wrong (see China Airline Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd & Another Appeal [1996] 3 CLJ 163); Zaharah bt A Kadir v. Ramuna Bauxite Pte Ltd & Anor [2011] 1 LNS 1015, Kyros International Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2013] 3 CLJ 813; [2013] 1 LNS 1). The findings of fact of the trial judge can 9 only be reversed when it is positively demonstrated to the appellate court that:
a
by reason of some non-direction or mis-direction or otherwise the judge erred in accepting the evidence which he or she did accept; or
b
in assessing and evaluating the evidence the judge has taken into account some matter which he or she ought not to have taken into account, or failed to take into account some matter which he or she ought to have taken into account; or
c
it unmistakenly appears from the evidence itself, or from the unsatisfactory reasons given by the judge for accepting it, that he or she cannot have taken proper advantage of his or her having seen and heard the witnesses’; or
d
in so far as the judge has relied on manner and demeanour, there are other circumstances which indicate that the evidence of the witnesses which he or she accepted is not credible, as for instance, where those witnesses have on some collateral matter deliberately given an untrue answer.” [9] Di dalam masa yang sama di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737, Abdul Hamid HMP (sebagaimana beliau ketika itu) berkata di ms. 752: “Clearly, an appellate court does not and should not put a brake and not going any further the moment it sees that the trial judge says that is his finding of facts. It should go further and examine the evidence 10 and the circumstances under which that finding is made to see whether, to borrow the words of HT Ong (CJ Malaya) in Herchun Singh’s case (supra) “there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” Otherwise, no judgment would ever be reversed on question of fact and the provision of s. 87 CJA 1964 that an appeal may lie not only on a question of law but also on a question of fact or on a question of mixed fact and law would be meaningless. (lihat juga kes-kes Jagatheesan s/o Krishnasamy v. PP [2006] 4 SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” [10] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan fakta Hakim bicara melainkan Hakim bicara melakukan kesilapan yang ketara. Namun, Mahkamah Rayuan adalah berkewajipan untuk mengganggu sesuatu keputusan Mahkamah bicara sekiranya didapati Mahkamah bicara tersebut telah secara serius menyalaharahkan dirinya sehingga menyebabkan satu ‘miscarriage of justice’. [11] Bagi kes-kes rogol, Mahkamah juga perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut: 11 a) bahawa adalah senang untuk seseorang membuat tuduhan rogol; tetapi sukar bagi orang yang dituduh, walaupun beliau tidak bersalah, untuk membuktikan sebaliknya. (“An accusation for rape can be made with ease; it is difficult for the person accused, though innocent, to disprove it”); b) bahawa memandangkan bentuk intrinsik kesalahan rogol yang pada kebiasaanya melibatkan hanya dua orang (perogol dan mangsa), keterangan Pengadu hendaklah dipertimbangkan dengan secara berhati-hati. (“In view of the intrinsic nature of the crime of rape where two persons are usually involved, the testimony of the complainant must be securitised with extreme caution”); dan c) bahawa jatuh-bangun kes pihak pendakwaan hendaklah bergantung sepenuhnya kepada meritnya sendiri, dan ia tidak boleh dibenarkan untuk mendapat kekuatan daripada kelemahan atau kecacatan dalam keterangan pihak pembelaan (“The evidence for the prosecution must stand or fall on its merits, and cannot be allowed to draw strength from the weaknesses of the evidence for the defence”). [12] Mengenai intipati pertuduhan, ada 2 elemen yang perlu dibuktikan iaitu: 1) Wujudnya ‘penile penetration’ di mana zakar Tertuduh telah memasuki kemaluan mangsa. 2) Mangsa berumur di bawah 16 tahun. 12 [13] Di dalam membuat penilaian dan penganalisaan Mahkamah ini telah berpandukan prinsip undang-undang di atas untuk membuat dapatan sewajarnya. E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Di peringkat prima facie [14] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan di peringkat kes Pendakwaan untuk membuktikan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 173(f) bagi Mahkamah Rendah dan di bawah seksyen 180 KAJ bagi Mahkamah Tinggi. Ke arah itu Mahkamah perlu membuat penilaian dan penelitian maksima terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan khususnya yang melibatkan kredibiliti saksi dan juga ‘probability’ sesuatu kes sebelum memutuskan samada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Lihat kes Looi Kow Chai & Anor v PP
2003
1 CLJ 734; Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85 dan PP v Mohd Radzi B. Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457. [15] Ke arah itu adalah amat penting di dalam mana-mana penghakiman, Hakim bicara setelah membuat penilaian maksima, membuat dapatan faktanya mengenai kredibiliti saksi-saksi khususnya kredibiliti saksi utama iaitu pengadu atau mangsa. Mengenai kredibiliti saksi utama iaitu mangsa (SP5) di dalam kes ini, setelah meneliti Rekod Rayuan, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa SP5 adalah seorang saksi yang kredibel. Mengenai perkara ini, Mahkamah akan bincang kemudian. 13 [16] Mahkamah juga telah menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim vs PP (2015) 1LNS 71 di mana antara lain menyatakan bahawa Mahkamah perlu melihat keterangan mangsa secara keseluruhan. Mahkamah Persekutuan juga mengesahkan bahawa di dalam kes rogol, keterangan mangsa tidak memerlukan keterangan sokongan. [17] Mahkamah ini telah meneliti dan menganalisa keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara “judicial appreciation”. Dapatan Mahkamah ini adalah seperti perenggan-perenggan berikutnya. Intipati Pertama [18] Bagi intipati pertama di dalam kes ini, mangsa/SP5 sendiri telah memberi keterangan bahawa semasa kejadian beliau adalah berumur di bawah 16 tahun iaitu di tingkatan 4. Ini disahkan juga oleh ibunya SP7. [19] Pihak Pendakwaan juga telah memanggil Pegawai daripada Jabatan Pendaftaran Negara (SP1). Keterangan daripada SP1 menunjukkan bahawa mangsa dilahirkan pada 22 Jun 1999. Memandangkan tarikh kejadian ialah pada 23/04/2015 dan 25/04/2015, maka umur mangsa adalah 15 tahun dan 10 bulan pada waktu kejadian. [20] Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pertama bahawa mangsa/SP5 berumur di bawah 16 tahun sewaktu kejadian tersebut 14 berlaku walaupun mangsa telah mencapai umur 18 tahun ketika memberi keterangan. Intipati Kedua [21] Bagi intipati kedua, pihak Pendakwaan perlu membuktikan “penile penetration” iaitu bahawa wujudnya kemasukan kemaluan Tertuduh/Perayu ke dalam kemaluan mangsa. Keterangan utama untuk membuktikan intipati ini datangnya daripada mangsa/SP5 sendiri. [22] Melalui keterangan yang diberikan oleh mangsa, pada 23/4/2015, mangsa/SP5 dan Tertuduh/Perayu telah bersepakat untuk ke rumah Tertuduh/Perayu yang terletak di Kampung Pangkal, Changgong, Machang. Mangsa/SP5 adalah penuntut Kolej Vokasional Tanah Merah dan tinggal di asrama kolej tersebut. [23] Ke arah itu, seperti dipersetujui, mangsa/SP5 telah keluar dari kolejnya dan telah menunggu Tertuduh/Perayu di “Kedai Kasut You” di Bandar Baru Tanah Merah. Tertuduh/Perayu telah tiba seorang diri pada pukul 6 petang dengan memandu sebuah kereta Perdana dan terus ke rumah Tertuduh/Perayu di Machang. Mereka berdua telah sampai ke rumah Tertuduh/Perayu pada pukul 6.30 petang pada hari itu iaitu pada 23/4/2015.
Preamble
Menurut mangsa/SP5, mangsa berada di rumah Tertuduh/Perayu selama tiga (3) hari iaitu bermula dari 23/04/2015 hingga 25/4/2015. Sepanjang tiga hari tersebut, tiada orang lain yang berada di rumah Tertuduh/Perayu melainkan mereka berdua sahaja. 15 [24] Berbalik kepada hari kejadian pertama iaitu pada 23/4/2015, mangsa/SP5 memberitahu sesampainya mangsa/SP5 di rumah tersebut, pada kira-kira pukul 6.30 petang, mangsa/SP5 ditempatkan di bilik tetamu. Tertuduh/Perayu seterusnya menyuruh mangsa mandi dan bersiap sedia untuk melakukan hubungan seks. [25] Selepas mandi di dalam bilik air tetamu, mangsa/SP5 telah keluar dari bilik air tersebut dengan memakai baju T-shirt serta hanya berkain tuala. Tertuduh/Perayu seterusnya telah masuk ke dalam bilik tetamu tersebut kira-kira pukul 7.15 malam. [26] Menurut mangsa/SP5 lagi, Tertuduh/Perayu seterusnya telah menutup lampu. Mereka berdua seterusnya berada di atas katil. Tertuduh/Perayu membuka kain tualanya sendiri dan kemudiannya membuka baju serta kain tuala mangsa dan duduk di atas mangsa/SP5. Tertuduh/Perayu memakai kondom dan memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa/SP5. Semasa melakukan hubungan seks, Tertuduh/Perayu masih memakai baju dan hanya menanggalkan kain tuala. [27] Keterangan seterusnya menunjukkan bahawa mangsa/SP5 nampak tangan Tertuduh/Perayu memegang kemaluan Tertuduh/Perayu untuk memasukkan kemaluan Tertuduh/Perayu ke dalam kemaluan mangsa/SP5. Mangsa/SP5 dapat merasakan kemasukan kemaluan Tertuduh/Perayu dan semasa mula-mula kemasukan kemaluan Tertuduh/Perayu, mangsa merasa sakit. Kedudukan kaki mangsa adalah berada dalam keadaan terkangkang. Kemaluan Tertuduh/Perayu telah 16 keluar dan masuk ke dalam kemaluan mangsa/SP5 selama 30 minit. Seterusnya, Tertuduh/Perayu telah memancutkan air maninya ke dalam kondom dan Tertuduh/Perayu telah membuang kondom tersebut ke dalam mangkuk tandas di dalam bilik air, bilik tetamu tersebut. Mangsa/SP5 juga ada menyatakan Tertuduh/Perayu ada mengugut mangsa/SP5 semasa melakukan persetubuhan tersebut. [28] Di dalam keterangannya, mangsa/SP5 telah memperincikan bagaimana keadaan rogol tersebut berlaku. Di muka surat 113, Rekod Rayuan, mangsa/SP5 berkata: “Gambar B, bilik Hasliman di sebelah bilik nampak katil, bilik yang ada katil gambar C, adalah bilik tempat dirogol. Tangan dia memegang kemaluan dia untuk masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya, bila dia tidak boleh masukkan, saya yang masukkan, tangan Hasliman pada masa itu ada di tepi saya, dia masukkan kemaluan dia, tangan saya berada di tepi. Hasliman keadaannya seperti memeluk saya semasa melakukan hubungan seks. Saya dapat rasa kemasukan, semasa mula-mula masuk, saya rasa sakit. Kedudukan kaki saya dalam keadaan terkangkang, dalam keadaan Hasliman yang berada di atas saya, kaki saya terkangkang, kemaluan Hasliman masuk ke dalam kemaluan saya selama 30 minit. Kemudiannya dia pancut ke dalam kondom, kemudian dia buang kondom dia dalam mangkuk tandas.” [29] Pada 25/4/2015, Tertuduh/Perayu sekali lagi telah mengajak mangsa/SP5 untuk melakukan hubungan seks di bilik tetamu tersebut 17 (Kejadian kedua). Tertuduh/Perayu yang sedang berada di biliknya telah menghantar mesej kepada mangsa untuk melakukan hubungan seks di bilik tetamu tersebut. Seterusnya pada kira-kira pukul 1.00 pagi, menurut mangsa/SP5, Tertuduh/Perayu telah memasuki bilik tetamu yang tidak berkunci tersebut dengan memakai baju singlet dan tuala manakala mangsa pula sedang memakai baju T shirt dan seluar trek. Mangsa/SP5 ketika itu sedang berbaring di atas katil. [30] Mangsa/SP5 seterusnya telah membuka pakaiannya sendiri sementara Tertuduh/Perayu menanggalkan kain tuala dan memakai kondom. Tertuduh/Perayu telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa/SP5. Semasa Tertuduh/Perayu berada di atas mangsa/SP5, tangan Tertuduh/Perayu memegang kemaluan Tertuduh/Perayu. Selepas itu Tertuduh/Perayu telah memasukkan zakar Tertuduh/Perayu ke dalam kemaluan mangsa/SP5. [31] Di muka surat 114, Rekod rayuan, mangsa/SP5 telah memperincikan bagaimana kejadian kedua itu berlaku seperti berikut: “Pada tarikh 25.4.2015, ada lakukan hubungan seks di bilik tetamu pada jam 1 pagi kerana Hasliman ajak buat pada masa itu. Dia mesej kepada saya untuk buat seks dari bilik dia. Kemudianya dia masuk ke dalam bilik tetamu dan ajak buat seks, pada masa itu dia pakai baju singlet dan tuala, saya pula pakai baju T shirt dan seluar trek. Pintu bilik memang saya tidak kunci.” 18 Kejadian berlaku bila saya buka pakaian sendiri semuanya dan Hasliman hanya pecat kain tuala sahaja dan memakai kondom. Hasliman ambil kondom dari hujung kepala katil, saya berbaring di alas katil, Hasliman kemudiannya naik ke atas katil, lampu telah ditutup pada masa itu. Saya masih nampak sebab ada cahaya dari tingkap. Dia kemudian masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. Dia berada di atas saya, tangan dia berada di kemaluan dia. Selepas dia masukan zakar dalam kemaluan saya, tangannya berada di sebelah saya, kaki saya tidak terkangkang pada masa itu. Dalam kedudukan itu saya rasa kemaluan dia masuk ke dalam kemaluan saya, kemaluan dia keras, dalam masa 30 minit. Selepas itu dia pancut dalam kondom dan buang dalam mangkuk tandas, saya nampak plastik kondom ada dalam mangkuk tandas. Selepas itu kami tidak lakukan hubungan seks lagi. Saya tidur di bilik tetamu, manakala Hasliman masuk ke bilik dia.” [32] Mangsa/SP5 turut mengesahkan kejadian kedua ini berlaku di bilik yang sama dan di atas katil yang sama. Selepas kejadian kedua iaitu 25/4/2015, Tertuduh/Perayu tidak menghantarnya balik ke asrama tetapi dihantar oleh kawannya bernama “Pok Be”. Di muka surat yang sama, mangsa/SP5 berkata: “Dalam kejadian rogol itu, kami gunakan katil yang sama. Selepas 25/4/2015, dalam jam 11 pagi saya balik ke asrama, kawan Hasliman yang hantar saya, nama saya lupa. Tapi Hasliman panggil dia ‘Pok Be’.” 19 [33] Menurut mangsa/SP5 beliau telah menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan juga kawannya bernama Mawardah. Mawardah telah memberitahu cikgu/warden Rosmali. Cikgu Rosmali yang membawa mangsa ke Balai Polis Tanah Merah untuk membuat report. Mangsa/SP5 juga ada membuat Report Polis (D8) untuk menarik balik laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian (P7). [34] Perlu ditekankan di sini, walaupun dari keseluruhan keterangan menunjukkan bahawa perbuatan ini adalah seolah-olah di atas suka sama suka namun perbuatan rogol tetap telah berlaku memandangkan persetubuhan berlaku dan mangsa/SP5 berumur dibawah 16 tahun ketika kejadian. Malahan semasa di peringkat soalan balas, pihak Pembelaan tidak pada bila-bila masa menyoal balas atau mencadangkan bahawa kejadian rogol ini tidak berlaku. [35] Justeru itu, keterangan mangsa/SP5 ini diterima sebagai satu keterangan yang tidak dicabar sekaligus menjadikan apa yang dikatakan mangsa/SP5 adalah benar. Di dalam kes Wong Swee Chin (1981) MLJ 212, Mahkamah Agong (melalui Raja Azlan Shah HMP ketika itu) menyatakan: “It is trite law that failure to cross examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony.” (Lihat juga kes Chua Beow Huat v PP (1970) 2 MLJ 29). 20 [36] Justeru itu Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa intipati kedua ini telah berjaya dibuktikan oleh mangsa/SP5 sendiri. [37] Mahkamah telah membuat penganalisaan secara “judicial appreciation” terhadap keterangan mangsa/SP5 untuk menilai kredibilitinya. Berdasarkan keterangan-keterangan di dalam Rekod Rayuan dan hujahan serta Alasan Penghakiman Hakim bicara, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa mangsa/SP5 adalah seorang saksi yang kredibel dan bercakap benar (Lihat catatan Hakim di muka surat 121, Rekod Rayuan mengenai demeanour mangsa/SP5). [38] Justeru itu keterangan beliau boleh bertegak dengan sendirinya tanpa keterangan sokongan walaupun ada keterangan-keterangan sokongan di dalam kes ini. Kredibiliti beliau boleh dilihat dengan ‘demeanour’, kualiti keterangannya yang kukuh, ‘probable’, rasional dan konsisten, dan tidak pernah goyah ketika di soal balas dengan begitu jitu oleh Peguambela Tertuduh/Perayu. Mangsa dapat menceritakan dengan terperinci tentang episod perbuatan Tertuduh/Perayu merogol mangsa dengan begitu terperinci. Mangsa juga telah berupaya memberikan keterangan dengan yakinnya mengenai apa yang berlaku sebelum dan selepas kedua-dua kejadian. Ringkasnya, keterangan mangsa/SP3 adalah “unusually convincing” - Lihat kes PP vs Mardai (1950) 1 MLJ 33 dan PP vs Mohamaed Liton (2008) SLR 601. Ini sekaligus mengesahkan bahawa kejadian rogol ini benar-benar berlaku. 21 Keterangan sokongan [39] Walaupun di dalam kes seksual, keterangan mangsa tidak memerlukan sokongan sebagai ‘rule of law’ tetapi sebagai ‘rule of prudence’ sahaja, seperti mana diputuskan oleh kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim (supra) namun begitu di dalam kes ini, banyak keterangan-keterangan sokongan telah dikemukakan oleh Pendakwa Raya. Keterangan sokongan pertama datangnya dari doktor pakar sakit puan, iaitu SP6. [40] SP6 (Doktor Sakit Puan/O&G iaitu Dr. Nabila Bt Ismail) yang telah memeriksa mangsa pada 15/5/2015 telah mengesahkan kesahihan cerita mangsa berdasarkan wujudnya koyakan lama yang boleh diakibatkan oleh kemasukan zakar (penile penetration) ke dalam kemaluan mangsa sekaligus menyokong keterangan wujudnya “penile penetration” yang mana zakar Tertuduh/Perayu telah memasuki kemaluan mangsa (SP5). Keterangan SP6 di muka surat 123, Rekod Rayuan adalah relevan seperti berikut: “Saya melakukan pemeriksaan perenium yang melibatkan di bahagian sulit wanita iaitu di kemaluan, hasil pemeriksaan ke atas pesakit, saya dapati ada koyakan pada hymen pada jam 1 dan jam 3 yang merupakan koyakan lama. Berdasarkan pemeriksaan saya koyakan pada hymen adalah disebabkan kemasukan benda tumpul. Dalam kes rogol, zakar lelaki dikategorikan sebagai benda tumpul yang boleh menyebabkan koyakan. Koyakan lama dalam kes ini adalah disebabkan tiada tanda-tanda radang kemerahan pada 22 selaput dara, tiada ederma atau bengkak, tiada tanda-tanda abrasion pada kemaluan mangsa. Bagi koyakan lama selalunya selepas melakukan hubungan seksual tanda-tanda seperti kemerahan atau bengkak terdapat pada mangsa selama 72 jam dan koyakan akan sembuh selepas seminggu.” [41] Semasa disoal balas di muka surat 128, Rekod Rayuan SP6 bersetuju bahawa tidak terdapat “bruises” dan “abrasion” bermakna tidak ada paksaan. [42] Keterangan sokongan berikutnya datangnya daripada keterangan mengikut keadaan dan fakta matrik kes itu sendiri (“factual matrix of the case itself”) yang menunjukkan keadaan bahawa apa yang diceritakan oleh seseorang pengadu itu mempunyai ‘probability’ dan logik yang tinggi sekaligus mengesahkan keadaan/peristiwa itu. Seseorang saksi/mangsa tidak akan datang ke Mahkamah untuk memberi keterangan yang menjatuhkan maruahnya dan juga keluarganya melainkan keterangan itu adalah benar belaka. [43] Di dalam kes Brabakaran v Public Prosecutor (1966) 1 MLJ 64 Mahkamah Persekutuan menyatakan: “Corroborative evidence is not necessarily restricted to the oral evidence of an independent witness. Corroboration can equally well be afforded by established facts and the logic of established facts sometimes speaks even more eloquently than words. We are of the opinion that if, during the period of her elder sister’s confinement, it was necessary for the girl to remain in her sister’s house in order to 23 help look after her sister’s children, when the appellant’s mother had to go to hospital again and the girl’s services were again called for, it was more than probable that what she said was true and that she, in fact, went to assist her sister’s family during the absence of the appellant’s mother in hospital from April to May.” [44] Keterangan sokongan berikutnya datangnya daripada laporan polis yang dibuat oleh mangsa/SP5 sendiri (iaitu P7). Di Malaysia, laporan polis seseorang Pengadu merupakan satu keterangan sokongan yang diterima masuk oleh Mahkamah di bawah Seksyen 157 Akta Keterangan sebagai keterangan sokongan. Laporan polis Mangsa (P7) adalah konsisten dengan keterangan utama mangsa iaitu wujudnya kejadian rogol pada 2 hari kejadian iaitu pada 23 dan 25/4/2015 berserta kehadiran mangsa/SP5 di rumah Tertuduh/Perayu yang mana sebelum itu Tertuduh/Perayu telah mengambilnya daripada Kolej Vokasional mangsa/SP5 di Tanah Merah. Mahkamah sekali lagi berpendapat seseorang seperti mangsa/SP5 tidak akan membuat laporan polis yang melibatkan dirinya yang mana ianya akan mencemarkan nama baiknya dan keluarganya melainkan perkara yang dilaporkan tersebut adalah benar-benar berlaku. [45] Di dalam kes Karthiyayani & Anor v. Lee Leong Sin & Anor [1974] 1 LNS 61; [1975] 1 MLJ 119 (Federal Court) memutuskan: “In my judgment the finding of the learned judge shows that certain salient features of this aspect of the evidence were missed or were not properly appreciated. It is settled law that a person cannot corroborate himself but it would appear that section 157 of the 24 Evidence Act enables a person to corroborate his testimony by his previous statement. The section adopts a contrary rule of English jurisprudence by enacting that a former statement of a witness is admissible to corroborate him, if the former statement is consistent with the evidence given by him in court. The rule is based on the assumption that consistency of utterance is a ground for belief in the witness's truthfulness, just as inconsistency is a ground for disbelieving him.” [46] Keterangan sokongan seterusnya datangnya daripada keterangan ibu mangsa/SP5 iaitu SP7, Puan Fadzilah bt Husin. [47] SP7 telah dipanggil untuk ke Balai Polis di Tanah Merah oleh Cikgu Rosmali yang merupakan Cikgu Disiplin di Kolej Vokasional Tanah Merah. SP7 memberitahu bahawa mangsa telah menceritakan bahawa mangsa/SP5 dirogol oleh Tertuduh/Perayu. Ini diceritakan mangsa/SP5 ketika ditahan di Balai Polis Tanah Merah. Mangsa/SP5 telah menceritakan perihal yang mangsa/SP5 tidak pulang ke rumah pada 23, 24 dan 25/4/2015 dengan alasan bahawa mangsa/SP5 ada kelas tambahan. Walhal mangsa/SP5 telah ke rumah Tertuduh/Perayu pada tarikh tersebut. [48] SP7 seterusnya menyatakan bahawa mangsa/SP5 sangat menyesal dengan kejadian tersebut. Keterangan SP7 ini adalah konsisten dengan keterangan mangsa/SP5 mengenai mangsa/SP5 dirogol oleh Tertuduh/Perayu di rumah kediaman Tertuduh/Perayu ketika tiada orang lain di rumah tersebut dan sekaligus menyokong keterangan mangsa/SP5. 25 [49] Keterangan ibu mangsa (SP7) merupakan keterangan sokongan yang kuat mengenai kejadian mangsa dirogol oleh Tertuduh/Perayu. Ianya adalah juga relevan dibawah Seksyen 8 Akta Keterangan kerana ianya menunjukkan “conduct” Tertuduh/Perayu dan juga mangsa/SP5 sebelum dan selepas kejadian. Ianya juga menunjukkan motif dan persiapan Tertuduh/Perayu dengan cara membawa mangsa/SP5 ke rumahnya dan telah mengambil peluang terhadap kenaifan mangsa/SP5 yang masih bersekolah sedangkan Tertuduh/Perayu adalah seorang guru dan mangsa/SP5 pula adalah bekas anak muridnya. Tertuduh/Perayu juga dilihat sebagai mengambil peluang (opportunity) untuk melakukan kejadian rogol ini apabila tiada orang lain di rumahnya. [50] Seksyen 8 Akta Keterangan berbunyi: Section 8. Motive, preparation and previous or subsequent conduct
1
Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact.
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. 26 Explanation 1 - The word "conduct" in this section does not include statements unless those statements accompany and explain acts other than statements; but this explanation is not to affect the relevancy of statements under any other section of this Act. Explanation 2 - When the conduct of any person is relevant any statement made to him or in his presence and hearing which affects his conduct is relevant. ILLUSTRATIONS
k
The question is whether A was robbed. The fact that soon after the alleged robbery he made a complaint relating to the offence, the circumstances under which and the terms in which the complaint was made are relevant. The fact that he said he had been robbed without making any complaint is not relevant as conduct under this section, though it may be relevant ―
i
as a dying declaration under section 32(1)(a); or
II
(ii) as corroborative evidence under section 157." [51] Di dalam kes Liew Kim Kong v. Public Prosecutor [1989] 2 CLJ 914; [1989] 2 CLJ (Rep) 819; [1989] 3 MLJ 323 (Singapore Court of Appeal), Mahkamah telah menerima keterangan mangsa yang 27 menceritakan kepada keluarganya sebagai keterangan sokongan dan memutuskan: “When the complainant telephoned her sister on the morning of 10 June, she stated unequivocally that she had been raped, that is to say that there had been penetration. It is true that later in the day, when recounting the incident to her mother, her sister and Angela, the complainant had said that there had been pain but that she did not know if there had been penetration. That apparently surprising statement is explained by the complainant's evident reluctance to speak to her mother about the episode, illustrated by her refusal to communicate when she was seen crying by her mother at 8am. It is clear from a plain reading of s. 159 of the Evidence Act that evidence of the complaint to the sister on the telephone, and then the complaint to the mother, sister and Angela was admissible as corroboration of the complainant's own evidence as to the offence. It is clear that the learned trial judge looked for corroboration and properly regarded that evidence as corroborative, that is to say as evidence which confirmed in material particulars, not only that the complainant had been raped, but also that the appellant had raped her - see R v. Beck [1982] 1 All ER 807.” [52] Mahkamah juga ingin merujuk kepada "Sarkar on the Law of Evidence", 16th edn, vol. 2, ms. 2844: 28 “Statement that she was raped some time or shortly after the crime though not admissible under s. 6 is admissible under s. 157 for corroboration (Md Afzal v. R, A 1950 L 151; Bechu v. R, A 1949 C 613 (not following Chamuddin v. R, A 1936 C 18; Sikandar v. R 41 CWN 641; Taser v. R, 44 CWN 835: Nur Md v. R, 38 CWN 108; S v. Pichika, A 1963 Or 58). Rujuk ms. 2851, Sarkar on the Law of Evidence,17th edn, vol. 2: Rape Cases - Statement of ravished girl alleging that she was raped made immediately after or shortly after the event is admissible as corroborative evidence under s. 157 and also as conduct under s. 8 (see illus f) [Soosalal v. R, 82 IC 142, Harendra v. R, 44 CWN 830; Parbati v. S, A 1952 C 831; S v. Pichika A 1963 Or 58; Radhya Sham v. State of J and K, 1988 Cri LJ 447,451: (1987) 3 Crimes 443 [J & K].” [53] Di dalam kes, State of Orissa v. P. Parvatisam 1963 AIR Ori 58 (High Court), ms. 59 Mahkamah memutuskan: “The legal position is that the previous statement of the complainant at about the time of occurrence is legally admissible and relevant as evidence of conduct under s. 8 of the Evidence Act. It is also admissible as corroboration of the evidence of the complainant in court under s. 157 of the Evidence Act. What weigh is to be attached to such statement is of course a different matter. In some cases its weigh may be nil, but in other cases, where corroboration is not essential to conviction, conduct of this kind may be more than enough 29 to justify acceptance of the complainant's story. This depends on the facts of each case.” [54] Keterangan sokongan berikut datangnya daripada Pegawai Penyiasat (SP8) iaitu Inspektor Salmimi binti Saman yang konsisten dengan apa yang mangsa/SP5 memberitahu Mahkamah. [55] Antara lain, SP8 menyatakan bahawa mangsa/SP5 telah memaklumkan kepadanya bahawa mangsa/SP5 telah dirogol oleh teman lelakinya iaitu Nurhasliman iaitu Tertuduh/Perayu sebanyak 2 kali di rumah Tertuduh/Perayu di Kampung Pangkal Changgong, Machang. Kejadian pertama berlaku pada 23/4/2015 pada jam 7.30 petang dan kejadian kedua berlaku pada 25/4/2015 pada jam 1 pagi. Menurut SP8 lagi, hasil siasatannya menunjukkan mangsa/SP5 berumur 15 tahun 10 bulan semasa kejadian. [56] SP8 juga memaklumkan Mahkamah bahawa mangsa/SP5 telah menceritakan secara terperinci berkenaan kejadian rogol tersebut. Pada kejadian pertama, mangsa baru balik dari sekolah dan dijemput oleh Tertuduh/Perayu di bandar Tanah Merah pada waktu petang. Mangsa telah dibawa ke rumah Tertuduh/Perayu di Kampung Pangkal Changgong di Machang, Kelantan di mana tiada orang lain di rumah tersebut melainkan mereka berdua. Semasa di rumah Tertuduh/Perayu, mangsa ditempatkan di bilik tetamu di rumah Tertuduh/Perayu yang mempunyai tingkap bercermin. 30 [57] Menurut SP8, mangsa/SP5 memberitahunya bahawa Tertuduh/Perayu telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa/SP5. Mangsa/SP5 dapat merasakan kemasukan itu kerana semasa mula-mula kemasukan kemaluan Tertuduh/Perayu, mangsa/SP5 merasa sakit. Kejadian ini berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada 23 dan 25/4/2018 di rumah tersebut. [58] Untuk kedua-dua kejadian, mereka melakukan hubungan seks selama 30 minit dan Tertuduh/Perayu memakai kondom. Tertuduh/Perayu memancutkan air maninya ke dalam kondom dan setelah selesai, Tertuduh/Perayu telah membuang kondom tersebut ke dalam mangkuk tandas. [59] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa apa yang diberitahu mangsa/SP5 ini kepada SP8 adalah konsisten dengan keterangan mangsa/SP5 di Mahkamah. Ini menunjukkan bahawa kejadian rogol ini memang benar-benar berlaku. [60] Di akhir kes Pendakwaan, dengan menggunakan pendekatan yang telah Mahkamah terangkan pada awal Alasan Penghakiman ini dan setelah membuat penganalisaan maksima, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap Tertuduh/Perayu dan Tertuduh/Perayu telah dipanggil untuk membela diri. 31 Pembelaan Tertuduh/Perayu [61] Pihak pembelaan telah memanggil seramai dua (2) orang saksi pembelaan iaitu Tertuduh/Perayu sendiri dan Muzaidil bin Mahmud (SD2) bagi membantu kes pembelaan.Tertuduh/Perayu di dalam keterangannya menyatakan bahawa mangsa/SP5 merupakan bekas anak murid Tertuduh/Perayu di SK Batu Gajah dan pada 23/4/2015 dan 25/4/2015, mangsa/SP5 bukan lagi anak murid Tertuduh/Perayu. [62] Seterusnya Tertuduh/Perayu menyatakan bahawa pada 23/4/2015, lebih kurang pukul 6.25 petang, Tertuduh/Perayu menerima mesej sms daripada mangsa/SP5 meminta Tertuduh/Perayu mengambil mangsa/SP5 untuk menumpang di rumah Tertuduh/Perayu kerana bekalan air di asrama mangsa/SP5 terputus. [63] Tertuduh/Perayu telah sampai kira-kira jam 6.30 petang dan telah mengambil mangsa/SP5 di Kedai Kasut You di Bandar Baru Tanah Merah dan memarahi mangsa/SP5 kerana mangsa telah keluar daripada asrama. [64] Tertuduh/Perayu mengatakan bahawa mangsa/SP5 ingin menumpang di rumah Tertuduh/Perayu. Tertuduh/Perayu memberitahu Mahkamah bahawa ibu Tertuduh/Perayu tiada di rumah pada ketika itu kerana sedang berada di Sabah. [65] Tertuduh/Perayu seterusnya telah membawa mangsa/SP5 balik ke rumahnya kerana hendak menolong mangsa/SP5 dan kesian akan mangsa/SP5 memandangkan mangsa/SP5 adalah bekas anak muridnya. 32 [66]
Preamble
Menurut Tertuduh/Perayu lagi setelah menempatkan mangsa/SP5 di Bilik Tetamu di rumahnya, Tertuduh/Perayu telah keluar membeli makanan kira-kira pukul 6.50 petang di Kedai Citarasa 3 di Machang berhampiran Litar Memandu Machang kerana mangsa/SP5 menyatakan bahawa beliau belum makan lagi. [67] Tertuduh/Perayu juga ada menghubungi kawan Tertuduh/Perayu yang bernama Muzaidil untuk makan dan berborak bersamanya apabila sampai di kedai tersebut. [68] Lebih kurang jam 8.30 malam, Tertuduh/Perayu telah beredar dari kedai itu untuk menghantar sarapan nasi kepada mangsa/SP5. Tertuduh/Perayu mengetuk pintu bilik mangsa/SP5 dan memberitahu bahawa nasi sudah sedia ada di luar dan Tertuduh/Perayu hendak keluar semula ke Kedai Citarasa 3 tersebut. [69] Sesampai Tertuduh/Perayu di kedai makan tersebut semula, Tertuduh/Perayu telah sambung berborak bersama Muzaidil serta melayari internet. Pada pukul 12 malam, isteri Muzaidil telah menelefonnya dan meminta Muzaidil pulang. [70] Tertuduh/Perayu mengikut bersama dan telah sambung berborak dengan Muzaidil di hadapan rumah Muzaidil dan hanya pada pukul 2.30 pagi barulah Tertuduh/Perayu pulang ke rumahnya. 33 [71] Apabila Tertuduh/Perayu pulang ke rumahnya, Tertuduh/Perayu terlihat lampu di bilik mangsa masih menyala, tetapi Tertuduh/Perayu tidak menghiraukan. [72] Seterusnya Tertuduh/Perayu telah masuk ke biliknya pada pukul 2.30 pagi dan terus tidur. Tertuduh/Perayu telah bangun pada jam 5.45 pagi untuk solat subuh, kemudian pada jam 6.30 pagi, Tertuduh/Perayu telah keluar membeli sarapan kerana pada pagi itu Tertuduh/Perayu mempunyai latihan hoki di sekolahnya. [73] Sebelum keluar ke sekolahnya, Tertuduh/Perayu telah mengejutkan mangsa/SP5 untuk memberitahu bahawa nasi ada di pintu luar bilik tetamu tersebut. [74] Menurut Tertuduh/Perayu “dalam pukul 9 lebih”, Tertuduh/Perayu telah menghantar mangsa/SP5 ke pagar pintu asrama Kolej Vokasionalnya. Seterusnya Tertuduh/Perayu telah pergi ke sekolahnya iaitu SK Hulu Kusial untuk latihan hoki. [75] Menurut Tertuduh lagi, pada 25/4/2015, tiada sesiapa di rumah Tertuduh/Perayu kerana Tertuduh/Perayu balik pukul 2 pagi. Selepas Tertuduh/Perayu menghantar mangsa/SP5 ke sekolah memang tiada sesiapa di rumah Tertuduh/Perayu. [76] Tertuduh/Perayu kenal “Pok Be” yang merupakan pomen kereta di kampung Tertuduh/Perayu. Pada 23/4/2015 dan 25/4/2015 setahu Tertuduh/Perayu, “Pok Be” berada di warung ibunya yang berdekatan. 34 [77] Saksi pembelaan yang kedua ialah saksi alibi bernama Muzaidil bin Mahmud iaitu kawan karib Tertuduh/Perayu semenjak dari sekolah rendah lagi yang hadir ke Mahkamah untuk menyokong pembelaan Tertuduh/Perayu. Kehadirannya adalah untuk maklumkan Mahkamah bahawa pada waktu-waktu tersebut yang diterangkan oleh SD2, Tertuduh/Perayu memang tidak berada di rumah tempat kejadian kerana berada bersama SD2. [78] SD2 telah memaklumkan pada tarikh 23.4.2015 jam sekitar 7 malam, Tertuduh/Perayu telah menghubungi SD2 untuk berjumpa di kedai makan Citarasa 3. [79] Tertuduh/Perayu telah kembali ke rumahnya dengan membawa balik nasi untuk mangsa/SP5 dan Tertuduh/Perayu berjumpa semula SD2 pada pukul 10 malam dan duduk bersama hingga jam 2.30 pagi, 24/4/2015. [80] Pada tarikh 24/4/2015, Tertuduh/Perayu dan SD2 berjumpa di tempat yang sama dan juga dan selepas pukul 2 pagi 25/4/2015, Tertuduh/Perayu dan SD2 balik ke rumah masing-masing. [81] Justeru itu pembelaan Tertuduh/Perayu ialah pada 23/4/2015 hingga 25/4/2015, Tertuduh/Perayu telah bersama dengan SD2 di Kedai Citarasa 3 dan rumah SD2 dan tidak berada di tempat rumah kejadian pada kedua-dua waktu dan tarikh kejadian seperti pertuduhan. Justeru Tertuduh/Perayu tidak melakukan kesalahan seperti pertuduhan. 35 [82] SD2 memaklumkan bahawa Inspektor Salmimi telah datang berjumpa SD2 sebanyak dua kali iaitu kali pertama dalam sebulan yang lepas dan kali kedua dua hari lepas. [83] Inspektor Salmimi ingin mengetahui apa yang berlaku pada 23/4/2015, 24/4/2015 & 25/4/2015 dan SD2 memaklumkan bahawa pada tarikh tersebut SD2 berborak dengan Tertuduh/Perayu di kedai Citarasa 3 pada jam 7.30 malam hingga jam 8.45 malam. [84] SD2 juga mengesahkan bahawa pada 24/4/2015, Tertuduh/Perayu dan SD2 berborak dari jam 10 malam di tempat yang sama (Kedai Citarasa 3) dan seterusnya ke rumah SD2 sehingga 2.30 pagi pada 25/4/2015. Penganalisaan Pembelaan OKT [85] Setelah meneliti kesemua keterangan saksi pembelaan di atas, Mahkamah bersetuju dengan Hakim bicara bahawa keterangan yang dikemukakan adalah bersifat penafian kosong semata-mata. Selain daripada itu, Mahkamah mendapati Pembelaan alibi yang berasaskan kepada penafian juga tidak boleh diterima dan gagal menyangkal kes Pendakwaan. [86] Mengenai keterangan pembelaan Tertuduh/Perayu, keterangan-keterangannya merupakan suatu bentuk penafian semata-mata yang tidak disokong oleh mana-mana saksi yang lain atau fakta yang lain. Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa saksi alibi (SD2) tidak dapat menyokong keterangan Tertuduh/Perayu kerana dia adalah saksi 36 yang berkepentingan yang mana keterangannya bukan sahaja diragui oleh Hakim bicara kerana antara lain adalah tidak konsisten. Ini akan dibincangkan kemudian. [87] Mengenai keterangan pembelaan Tertuduh/Perayu, Mahkamah telah menilai dan meneliti secara kehakiman keterangan Tertuduh/Perayu. Tertuduh/Perayu (SD1) memberikan keterangan bahawa kejadian rogol tidak berlaku antara Tertuduh/Perayu dengan mangsa/SP5. Malahan keterangannya menunjukkan bahawa Tertuduh/Perayu tidak pernah menyentuh mangsa/SP5 pun. Ini merupakan penafian semata-mata yang tidak boleh diterima Mahkamah. Penafian ini sekaligus membuktikan bahawa Tertuduh/Perayu (SD1) adalah seorang saksi yang tidak kredibel. Dari segi prinsipnya, jika seseorang saksi itu telah diputuskan sebagai saksi yang tidak kredibel oleh Mahkamah, maka isu keterangan sokongan tidak timbul kerana keterangan sokongan hanya terpakai kepada seorang saksi yang kredibel sahaja. [Lihat kes Sabarudin bin Man vs PP (2005) 4 MLJ 37; Yap Ee Kong vs PP (1981) 1 MLJ 144]. Justeru itu andai kata SD2 adalah saksi sokongan yang kredibel, keterangannya tidak akan boleh menyelamat keterangan penafian Tertuduh/Perayu. [88] Lebih parah lagi apabila keterangan penafian kosong itu sendiri tidak diiktiraf sebagai pembelaan oleh Mahkamah. Di dalam kes Morteza Hosseinkhani Mostafa Lwn. PP & Satu Rayuan Lain [2017] 1 LNS 78 mahkamah telah menjelaskan berkenaan penafian kosong sebagaimana berikut: 37 “Pada pendapat kami hakim bicara tidak khilaf apabila mendapati bahawa pembelaan kedua-dua perayu adalah penafian semata-mata. Dalam hubungan ini petikan berikut dalam penghakiman mahkamah ini dalam kes Mr Losali v. PP [2012] 2 CLJ 178; [2011] 4 MLJ 694 adalah berkaitan: "[53] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to take. [54] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in D.A. Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: "The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." 38 [89] Di dalam kes PP v. Ku Lip See [1980] 1 LNS 166; [1981] 1 MLJ 258 Mahkamah memutuskan seperti berikut: “A bare denial should not create a reasonable doubt in the mind of the trial judge.” [90] Selain itu, pihak pembelaan tidak pernah mencadangkan penafian bahawa telah berlakunya kejadian rogol tersebut, kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya mangsa dan Pegawai Penyiasat di peringkat kes Pendakwaan. Ini menunjukkan bahawa Tertuduh/Perayu menerima bahawa kejadian rogol ini memang benar-benar berlaku. [Lihat PP vs Wong Swee Chin (supra)]. [91] Mahkamah juga merujuk kepada kes Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154; [2008] 1 LNS 547, yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case .” [92] Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa keterangan Tertuduh/Perayu bukan sahaja berbentuk penafian bahkan dia 39 adalah seorang saksi yang tidak kredibel dan adalah saksi yang tidak boleh dipercayai. Alibi [93] Pembelaan juga ada memasukkan Pembelaan alibinya melalui saksi SD2. Pembelaan Alibi bertujuan untuk Tertuduh/Perayu membuktikan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh/Perayu tidak berada di tempat kejadian seperti pertuduhan. Beban pembuktian adalah terletak kepada Tertuduh/Perayu. [94] Seksyen 103 Akta Keterangan berbunyi:- “103. Burden of proof as to particular fact. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.” Illustrations
b
B. Wishes the court to believe that at the time in question he was elsewhere. He must prove it. [95] Di dalam kes Dorai Pandian a/l Maniam vs PP [2009] 4 MLJ 525 Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada kes Vasan Singh vs PP, iaitu samada pembelaan adalah alibi atau ‘bare denial’ seperti berikut:- 40 “ It is obvious, however, that an alibi defence will not be a simple statement of: ‘I did not do it. I was not there. I was elsewhere’. That would be evidence of a bare denial. To establish his alibi, the accused must disclose where he was at the time of the alleged offence and what he was doing. He could be travelling at the time and the only evidence he has is a ticket or an endorsement on his passport or, as here, he was in bed. That would be evidence in support of his alibi”. [96] Di dalam kes Dato’ Mokhtar Hashim vs PP [1983] 2 MLJ 232, Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada satu kes dari India yang memutuskan:- “alibi defence should be scrutinised very carefully, for it is easy to set up an alibi and not always easy to prove it and it must be definitely proved in order to suffice for the rebuttal of a case made by the prosecution.” [97] Mahkamah kini akan menilai keterangan dan pembelaan alibi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. [98] Saksi alibi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan ialah Muzaidil bin Mahmud (SD2) yang menerangkan bahawa Tertuduh/Perayu dan SD2 adalah kawan karib semenjak dari sekolah rendah lagi. [99] Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa SD2 adalah seorang saksi yang berkepentingan dan dilihat boleh memihak 41 kepada Tertuduh/Perayu dan Mahkamah perlu berhati-hati di dalam menerima keterangan SD2. [100] Kecenderungan tersebut dapat Mahkamah perhatikan apabila SD2 merupakan seorang kawan baik Tertuduh/Perayu yang sanggup datang ke Mahkamah sebagai saksi untuk mengelakkan Tertuduh/Perayu daripada dikaitkan dengan 2 kejadian rogol ini. [101] Prinsip saksi berkepentingan tersebut telah digariskan di dalam kes Duis Akim & Ors v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ (Richard Malanjum CJ (Sabah and Sarawak) sebagaimana dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya: “(6) Hakim bicara menerima keterangan saksi-saksi pembelaan tentang alibi secara menyeluruh tanpa ragu-ragu dan tanpa menyatakan alasannya mempercayai keterangan mereka. Beliau tidak mempertimbangkan bahawa saksi-saksi tersebut berada dengan perayu-perayu pada malam tersebut dan bahawa DW2 adalah adik perempuan perayu pertama. Atas penilaian teliti keterangan saksi-saksi tersebut, terdapat percanggahan yang jelas. Pernyataan mereka bercanggah dalam butir-butir penting dan material khususnya mengenai faktor masa yang merupakan akar umbi pembelaan alibi tersebut. Setiap seorang daripada mereka memberikan masa yang berbeza bagi ketibaan di rumah pada malam tersebut. Tidak seorang pun daripada mereka yang tahu, atau menyatakan yang benar, mengenai masa ketibaan mereka. 42 Berkaitan dengan DW2, hakim bicara terlalu longgar dalam menerima keterangannya mengenai pembelaan alibi.” [102] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa SD2 telah memberi keterangan-keterangan yang tidak konsisten, sekaligus menunjukkan SD2 adalah saksi yang berkepentingan dan tidak boleh dipercayai. Di muka surat 74, Rekod Rayuan Hakim bicara menyatakan: “Menurut keterangan SP8, SD2 telah diambil keterangan sebanyak dua kali berkenaan notis alibi tersebut. Daripada pemerhatian Mahkamah melalui keterangan Pegawai penyiasat berkenaan rakaman percakapan dengan yang mana terdapatnya perbezaan antara rakaman pertama, rakaman kedua dan keterangan SD2 di mahkamah. Pada rakaman pertama, SD2 tidak ingat akan dua tarikh tersebut dan menyebut bahawa kebiasaannya pada hujung minggu, SD2 akan keluar minum dan berborak bersama OKT di Restoren Citarasa 3. Namun, pada rakaman kali kedua dan keterangan SD2 semasa pemeriksaan utama SD2 telah yakin bahawa pada tarikh tersebut OKT keluar minum bersamanya. Berbanding dengan keterangan semasa pemeriksaan balas, menyatakan pada kebiasaannya dalam keterangannya. Tambahan pula, jika benar OKT berada di Restoren Citarasa 3 pada kedua-dua tarikh kejadian, pihak pembelaan boleh memanggil saksi 43 yang tidak berkepentingan seperti pemilik premis atau mungkin pekerja premis untuk mengesahkan kehadiran OKT pada tarikh kejadian tersebut. Berdasarkan kepada perbezaan keterangan tersebut, saya berpendapat bahawa adalah seorang saksi yang berkepentingan yang telah menukar keterangannya kepada pegawai penyiasat dan dalam pemeriksaan utama dan juga pemeriksaan balas SD2 daripada tidak yakin kepada yakin dan sebaliknya. Mahkamah tidak dapat menerima keterangan SD2 sebagai satu keterangan yang benar dan menolak kemungkinan bahawa OKT berada di Kedai Makan Citarasa 3 pada kedua-dua tarikh tersebut dan sekaligus mengenepikan pembelaan alibi pihak pendakwaan.” [103] Di akhir kes Pembelaan adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk meneliti keseluruhan keterangan berdasarkan kepada Peruntukan 173 m(ii) Kanun Acara Jenayah. Setelah membuat penelitian dan penganalisaan maksima secara “judicial appreciation” terhadap segala keterangan-keterangan yang ada dan membandingkan kes Pendakwaan dengan kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa hakim bicara tidak terkhilaf apabila di atas penilaian maksima tersebut mendapati Tertuduh/Perayu gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah, dan mendapati Tertuduh/Perayu bersalah dan seterusnya mensabitkan Tertuduh/Perayu sebagaimana Pertuduhan Pertama dan Kedua. 44 [104] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah akan menjawab isu-isu utama yang dibangkitkan oleh peguam Tertuduh/Perayu. [105] Peguambela membangkitkan bahawa keterangan mangsa/SP5 sebagai kanak-kanak perlu mematuhi Seksyen 133A Akta Keterangan. Mahkamah mendapati hujahan ini adalah melesit. Seksyen 133A Akta Keterangan hanya terpakai jika saksi itu adalah saksi kanak-kanak dan yang masih “mentah” (child of tender years). [106] Di sini Mahkamah menurunkan peruntukan tersebut seperti di bawah: “Evidence of child of tender years 133A. Where, in any proceedings against any person for any offence, any child of tender years called as a witness does not in the opinion of the court understand the nature of an oath, his evidence may be received, though not given upon oath, if, in the opinion of the court, he is possessed of sufficient intelligence to justify the reception of the evidence, and understands the duty of speaking the truth; and his evidence, though not given on oath, but otherwise taken and reduced into writing in accordance with section 269 of the Criminal Procedure Code [Act 593] shall be deemed to be a deposition within the meaning of that section: Provided that, where evidence admitted by virtue of this section is given on behalf of the prosecution, the accused shall not be liable to be convicted of the offence unless that evidence is corroborated by some other material evidence in support thereof implicating him.” 45 [107] Hakim bicara telah memberi penjelasan di muka surat 43 Rekod Rayuan dan menyatakan bahawa saksi mangsa/SP5 bukan lagi “kanak-kanak mentah” kerana semasa memberi keterangan beliau sudah berumur 18 tahun dan telah memberi keterangan bersumpah seperti mana saksi lain dan memahami sumpah tersebut. Hakim bicara telah percaya dengan apa yang mangsa/SP5 beritahu Mahkamah kerana selain dari memahami soalan-soalan yang diberikan, telah memberi jawapan yang rasional. Mahkamah bersetuju dengan dapatan ini. Malahan mahkamah berpendapat perkara ini merupakan, dengan izin “a non starter”. [108] Tertuduh/Perayu juga menghujahkan bahawa terdapat percanggahan-percanggahan yang material di dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya di antara keterangan mangsa/SP5 dengan keterangan Pegawai Penyiasat (SP8) dimana SP8 telah mengatakan Perayu yang menghantar mangsa pulang ke asrama sedangkan mengikut mangsa/SP5 “Pok Be” yang menghantarnya pulang ke asrama. [109] Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa hanya terdapat sedikit percanggahan yang tidak material di dalam hal ini. Fakta ini merupakan perkara yang berlaku selepas waktu kejadian rogol dan bukannya ketika kejadian rogol. Percanggahan ini adalah percanggahan yang tidak material yang tidak menjejaskan kes Pendakwaan. Malahan perkara ini berlaku selepas kejadian rogol kerana ianya bukan merupakan intipati pertuduhan. Di dalam kes De Silva v Public Prosecutor [1964] 1 MLJ 81, di halaman 83, Mahkamah memutuskan: 46 “Discrepancies and contradictions there will always be in any case. In considering them what the Court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy.” [110] Malahan mahkamah berpendapat percanggahan-percanggahan ini tidak menjejaskan kredibiliti mangsa/SP5 dan keseluruhan keterangannya yang membuktikan kebersalahan Tertuduh/Perayu di atas sebab antara lain perkara ini berlaku selepas kejadian rogol berlaku. Samada Tertuduh/Perayu atau “Pok Be” yang menghantar mangsa/SP5 balik ke asrama, kesalahan rogol tersebut telah tetap terbukti dilakukan oleh Tertuduh/Perayu. [111] Mahkamah bersetuju dengan dapatan Yang Arif Collin Lawrence Sequerah PK (ketika itu) mengenai perkara ini dimana dalam kes PP v Zainol Abidin Maidin & Anor [2014] 7 CLJ 723 dimana YA memutuskan: "While it is true that not all inconsistencies, discrepancies or contradictions necessarily render the witness's entire evidence incredible, where these inconsistencies go to the root of the charge, for example whether or not it bears upon the question of whether the accused persons were involved in the crime alleged, they can no longer be disregarded as being of a trivial nature." [112] Peguambela juga menghujahkan mengenai percanggahan keterangan mangsa/SP5 dan Tertuduh/Perayu dimana isu “suasana gelap” menjadi pertikaian”. Ke arah itu Mahkamah ingin merujuk kepada 47 keterangan mangsa/SP5 di muka surat 112, Rekod rayuan yang mana mangsa/SP5 walaupun gelap masih dapat melihat bayang-bayang dan zakar Tertuduh/Perayu memasuki kemaluannya seperti berikut: “Dalam bilik itu ada tingkap dan langsir. Dalam keadaan gelap macam itu, saya masih boleh nampak bayang-bayang.” [113] Di muka surat 114, Rekod Rayuan Jilid 2, mangsa/SP5 berkata: “Hasliman kemudiannya naik ke atas katil, lampu telah ditutup pada masa itu. Saya masih nampak sebab ada cahaya dari tingkap.” [114] Peguam Perayu tidak menyoal balas mengenai isu “suasana gelap” ini yang bermakna peguam tidak mempertikaikannya (lihat Wong Swee Chin (supra)]. Anehnya Pegawai Penyiasat SP8 ketika Pemeriksaan Semula menyatakan "Sepanjang siasatan saya, saya tidak tahu keadaan bilik tersebut dalam keadaan gelap sebab saya tidak pergi ke rumah tersebut pada waktu malam" (muksurat 149 Rekod Rayuan Jilid 2). [115] Justeru itu, Mahkamah mengambil pendekatan bahawa “suasana gelap” yang diterangkan oleh mangsa/SP5 adalah keadaan di mana kemasukan zakar Tertuduh/Perayu masih lagi boleh dilihat oleh Tertuduh/Perayu. Malahan ada beberapa otoriti tersohor mengesahkan bahawa seperti di dalam kes ini mangsa sendiri berkeupayaan merasa dan membezakan antara zakar dan benda lain yang memasuki kemaluannya. Di dalam kes ini mangsa dengan yakin telah mengesahkan yang memasuki 48 ialah zakar Tertuduh/Perayu menjadikan keterangannya “unusually convincing”. [116] Pihak Tertuduh/Perayu juga mendakwa mangsa/SP5 telah gagal menyatakan tarikh dan waktu dan berapa kalikah hubungan seks itu berlaku di dalam laporan polisnya dan ini didakwa bertentangan dengan keterangan mangsa/SP5. Sepatutnya keterangan terperinci tersebut dinyatakan di dalam laporan polis mangsa/SP5. [117] Mahkamah berpendapat bahawa laporan polis hanya merupakan laporan maklumat pertama bagi membolehkan pihak polis memulakan sesuatu siasatan dan ianya bukanlah “keterangan substantive”. Ianya merupakan keterangan yang tidak “detail” tetapi memadai untuk memulakan siasatan.Kegagalan untuk memberi maklumat yang terperinci oleh mangsa/SP5 di dalamnya adalah tidak fatal. [119] Di dalam kes Herchun Singh & Ors v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209, 211, Mahakmah Persekutuan telah menyatakan: “As regards omissions in the first information report, we would endorse Sohoni's commentary on s 154 of the Indian Criminal Procedure Code (16th Ed, Vol 1, p 750), which is similar to s 107 of our Criminal Procedure Code, as follows: It is a mistake to believe that a person cannot be the accused unless his name appears in the first information report. The provisions of the Code lay down no such stipulation. All that is required for purpose of this section is that there should be clear, definite information about the commission of a 49 cognizable offence to set the investigation machinery in motion. Further, the information required need not contain the circumstances of the commission of the offence, nor the names of the offenders or the witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain these matters. ... The first information report is not an Encyclopaedia. It is not the beainning and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be gathered and filled up. But it cannot be said that omissions in the first information report would always be of no significance. The report is not substantive evidence and omissions in it will not ipso factolead to the case being thrown out. But it is a piece of corroborative evidence; omissions in it will, other things being the same, deprive the prosecution of the most valuable corroboration and thereby make the story suspicious. When a first information report contains an omission as to an important fact relied upon by the prosecution, the omission is important and in the absence of any other evidence, the court may in a given case refuse to consider the evidence of the informant on that fact because of such omission. For a correct appraisal of the effect of omission as contradicting the informant it is essential to keep in view the circumstances in which the report was lodged.” [120] Justeru itu Mahkamah berpendapat hujah Peguam Tertuduh/Perayu yang bijaksana mengenai perkara ini adalah tidak bermerit dan ditolak. [121] Tertuduh/Perayu mendakwa keterangan sokongan mestilah datangnya dari sumber luaran dan bukannya berasal daripada Pengadu 50 sendiri seperti keterangan perubatan, bukti-bukti saintifik seperti DNA dan sebagainya dengan merujuk kepada kes Dato Seri Anwar Bin Ibrahim vs PP and Anor Appeal (2004) 3 MU 405, kes PP vs Mardai (1950) 16 MLJ 33 dan kes Chao Chong & Ors v PP (1960) 1 MLJ 238. [122] Mahkamah akui memang tidak ada keterangan sokongan bebas mengenai apa yang berlaku di bilik berkenaan di antara mangsa/SP5 dan Tertuduh/Perayu dan inilah yang berlaku di dalam mana-mana kes rogol. Ini tidak bermakna Pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Di dalam kes ini Mahkamah telah bersependapat dengan dapatan fakta Hakim bicara bahawa mangsa/SP5 adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangannya boleh berdiri dengan sendirinya tentang apa yang berlaku di bilik tempat kejadian tanpa keterangan sokongan. Namun keterangan mangsa/SP5 telah disokong oleh antara lain, Pakar Sakit Puan dan juga saksi-saksi lain seperti mana yang telah dihuraikan Mahkamah sebelum ini. Keterangan-keterangan ini adalah mencukupi malahan melimpah ruah untuk membuktikan kebersalahan Tertuduh/Perayu seperti mana disahkan oleh otoriti-otoriti tersohor. Justeru itu hujahan Peguam Tertuduh/Perayu yang bijaksana mengenai perkara ini adalah ditolak. F. RAYUAN TERHADAP HUKUMAN [123] Tertuduh/Perayu telah dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum dan 4 kali sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan berturut-turut. Tertuduh/Perayu juga telah merayu terhadap hukuman di Mahkamah ini. 51 Undang-undang Mengenai Rayuan terhadap Hukuman [124] Undang-undang mengenai rayuan terhadap hukuman adalah mantap iaitu Mahkamah di peringkat rayuan sewajarnya tidak mengganggu keputusan yang dibuat oleh Hakim bicara melainkan keputusan itu adalah salah, contohnya hukuman tersebut adalah terlalu berat (manifestly excessive) atau terlalu ringan, (manifestly inadequate). [125] Mahkamah ini akan berpandukan beberapa prinsip penghakiman di dalam mempertimbangkan rayuan mengenai hukuman. Di dalam kes Adam Atan v PP [2009] 1 CLJ 33 khususnya di m/s 36 YAA Gopal Ram, Hakim Mahkamah Rayuan berkata: “In an appeal against sentence, the initial function of this court is one of review only. The fact that each of us sitting separately or together would have imposed a lesser sentence is irrelevant. The appellant must satisfy this court that the sentencing court has either erred in principle or imposed a sentence that was manifestly excessive. We find it unnecessary to cite any authority in support of this well established principle”. [126] Di dalam kes Bhandulananda Jayatilake [1981] 1 LNS 139, Almarhum Raja Azlan Shah (KHN ketika itu) telah menyatakan: “For a discreationary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was 52 embarking on some unauthorized or extraneous or irrelevant exercise of discretion”. Dapatan Mahkamah Ini Mengenai Hukuman [127] Tertuduh/Perayu turut merayu terhadap hukuman di Mahkamah ini. Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan rogol statutori adalah satu kesalahan yang serius. Ini dilambangkan dengan hukuman maksima yang boleh dikenakan bagi kesalahan ini ialah 20 tahun penjara dan boleh dikenakan sebatan. Hakim bicara di dalam mengikuti prinsip-prinsip hukuman adalah tidak terkhilaf apabila memberi keutamaan kepada kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi Tertuduh/Perayu seperti mana yang ditekankan di dalam kes PP v Loo Choon Fatt (1976) 2 MLJ 256. [128] Namun kepentingan seseorang Tertuduh tidak boleh diketepikan langsung. (Lihat kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v PP (2001) 1 MLJ 193). Terdapat keadaan di mana kepentingan awam sendiri mewajarkan seseorang tertuduh itu tidak dimasukkan ke dalam penjara di dalam tempoh yang panjang kerana ia akan membawa banyak keburukan daripada kebaikan, dimana seseorang pesalah itu akan menjadi penjenayah tegar (hardened criminal) selepas menjalani hukuman penjara. [129] Justeru itu, Mahkamah perlu menjalankan satu kaedah pengimbangan (balancing exercise) untuk memastikan keadilan dilaksanakan kepada mangsa/orang awam dan juga Tertuduh/Perayu di dalam menentukan hukuman yang sesuai yang akan dijatuhkan. Ke arah 53 itu Mahkamah akan menggunakan kaedah ini di dalam menentukan hukuman yang sesuai di dalam kes ini. [130] Mahkamah mendapati bahawa kejadian ini berlaku bersandarkan sifat “suka sama suka”. Ini adalah kerana mangsa/SP5 sendiri yang bersetuju untuk Tertuduh/Perayu mengambilnya dan membawanya balik ke rumah Tertuduh/Perayu. Sesampainya di rumah tersebut Tertuduh/Perayu telah memaklumkan kepada mangsa/SP5 supaya mandi dan bersiap sedia untuk melakukan hubungan seks. Ini telah dipatuhi oleh mangsa/SP5. Jika mangsa tidak bersetuju kenapa tidak lari dari rumah itu. Malahan keterangan menunjukkan bahawa apabila zakar Tertuduh/Perayu tidak dapat memasuki kemaluan mangsa/SP5, mangsa/SP5 telah membantu memasukkan zakar tersebut ke dalam kemaluannya.Ini menunjukkan kerelaan mangsa/SP5 untuk melakukan perbuatan ini. Kerelaan mangsa/SP5 ini juga boleh dilihat dengan tindakan mangsa/SP5 tidak melarikan diri ketika Tertuduh/Perayu keluar ke kedai makan Citarasa 3 dengan lamanya. [131] Hakim bicara telah terkhilaf apabila tidak mengambil kira fakta dan keadaan-keadaan ini sebelum menjatuhkan hukuman yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. Di dalam hal ini, Mahkamah ingin merujuk kepada kes PP v Mohamad Aziman Hasri (2017) MLJU dan kes-kes mantap yang lain yang mana Mahkamah mengambil kira situasi dan keadaan sekeliling serta kaedah (mode) jenayah tersebut dilakukan. [132] Mengikut Pegawai Penyiasat, ketika kejadian mangsa/SP5 sudah berumur 15 tahun 10 bulan, iaitu 2 bulan lagi mangsa akan mencapai umur 54 16 tahun. Semasa memberi keterangan mangsa/SP5 telah berumur hampir 18 tahun. Bersandarkan perbuatan ini adalah berdasarkan suka sama suka, ianya tidak menjadi kesalahan jika perbuatan ini dilakukan 2 bulan kemudian. Namun nasib tidak menyebelahi Tertuduh/Perayu kerana mangsa/SP5 berumur 2 bulan kurang dari 16 tahun semasa kejadian. [133] Dengan kejadian ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh/Perayu dan Tertuduh/Perayu telah pun insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan ini lagi, tiada elemen keganasan kerana SP6 sahkan tidak ada kecederaan fizikal di badan mangsa/SP5 dan Tertuduh/Perayu mempunyai masa depan yang cerah, Hakim bicara telah gagal memberi apa-apa pertimbangan terhadap fakta-fakta ini yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. [134] Tertuduh/Perayu juga merupakan penanggung kepada keluarga ibu bapanya. Dengan hukuman yang dikenakan, ini memberi kesan ekonomi terhadap keluarga tersebut. Selain daripada hukuman yang dikenakan ke atas Tertuduh/Perayu ini Tertuduh/Perayu akan kehilangan pekerjaannya sebagai guru. Hakim bicara telah khilaf kerana tidak mengambil kira fakta-fakta ini yang sekali lagi mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. [135] Di dalam kes Nor Afizal Azizan vs PP (2012) 6 CLJ 370, Mahkamah Sesyen telah melepaskan tertuduh dengan bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 KAJ. Di atas rayuan Pendakwa Raya ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi telah mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen dan menggantikan kepada hukuman 5 tahun penjara. 55 [136] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada kes Muhamad Arfah v PP (2008) 7 CLJ 836 dimana antara lain menyatakan bahawa kes rogol sebegini khususnya di atas suka sama suka merupakan masalah sosial dan perlu ditangani oleh ibubapa melalui pengajaran ugama dan didikan moral dan bukan melalui pemenjaraan yang panjang. Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut berkata: “rape among teenagers is a social problem and must be addressed through religious and for moral education by parents and authorities and imprisonment of offender will only add to further social probilites.” [137] Berdasarkan kepada kedua-dua kes di atas, mahkamah ini berpendapat, sungguh pun di dalam kes Nor Afizal Azizan vs PP (supra) Tertuduh telah dilepaskan dengan bon berkelakuan baik, hukuman tersebut adalah tidak sesuai di dalam keadaan kes ini (in the circumstances of the case). Di dalam masa yang sama, Mahkamah ini berpendapat hukuman seperti yang dijatuhkan oleh Hakim bicara adalah telalu drastik dan “excessive” dan mempunyai “crushing effect” terhadap Tertuduh/Perayu. Hakim bicara gagal mengambil kira fakta-fakta ini dan mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. [138] Berdasarkan alasan-alasan di atas dan setelah membuat pendekatan imbangan (balancing exercise), Mahkamah memutuskan bahawa rayuan Tertuduh/Perayu terhadap hukuman wajar dibenarkan sebahagian dimana hukumannya dikurangkan daripada 17 tahun penjara dan 4 sebatan 56 kepada 7 tahun penjara dan 1 sebatan bagi tiap-tiap satu pertuduhan. (Lihat PP v Gunawan Sanim (2015) 1 LNS 1121). [139] Mengenai samada ianya berjalan serentak atau berurut-turut, ini merupakan budibicara Mahkamah. Mahkamah berpendapat prinsip satu transaksi (one transaction rule) terpakai di dalam kes ini. Di dalam kes Jayaraman vs PP (1979) 2 MLJ 88 dan Amrita Lal Hazra vs Emperor 42 Cal, Mahkamah memutuskan bahawa: “for there to be one transaction 4 elements should be present ie proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design.” [140] Sehubungan dengan itu, memandangkan di dalam kes ini antara lain melibatkan mangsa yang sama, kesalahan yang sama, tempat yang sama, transaksi yang sama, Mahkamah ini memutuskan bahawa hukuman perlu berjalan serentak. (Lihat kes Bachik Abdul Rahman v PP (2004) 2 CLJ 572). [141] Dengan hukuman ini maka Tertuduh/Perayu hanya perlu menjalani keseluruhan hukuman penjara selama 7 tahun sahaja dan 2 sebatan. Ini membolehkan Tertuduh/Perayu kembali ke pangkuan keluarganya dan masyarakat awal dan membetulkan kesilapannya. Ini juga dapat mengelakkan Tertuduh/Perayu daripada menjadi “penjenayah tegar” (hardened criminal) setelah keluar daripada penjara. 57 [142] Tertuduh/Perayu masih lagi tidak berpuas hati dengan hukuman yang telah dikurangkan tersebut oleh Mahkamah ini. Mahkamah berpendapat hukuman tersebut adalah sesuai dan Mahkamah tidak ada sebab untuk memberi hukuman yang lebih rendah. Mahkamah berpendapat Tertuduh/Perayu boleh menganggap dirinya bernasib baik kerana jika dilihat trend hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah sebelum ini, hukuman yang dikenakan di peringkat rayuan adalah di dalam lingkungan 12 tahun. Contohnya di dalam kes Peilis vs PP (2014) 6 CLJ 670, hukuman 12 tahun penjara dan 5 sebatan dikenakan. Di dalam kes Riduan Mahmud vs PP (2010) 1 LNS 449, dan Nelson Gunasegaram v PP
2010
3 CLJ 561, Tertuduh/Perayu dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan 1 dan 4 sebatan masing-masing. Walau bagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijaksanaan Mahkamah Rayuan untuk memutuskannya. [143] Pendakwaan/Pendakwa Raya juga telah menfailkan rayuannya terhadap hukuman kepada Mahkamah Rayuan mengenai keputusan ini. Walaupun Mahkamah ini menyerahkan kepada Mahkamah Rayuan untuk membuat keputusan, apapun Mahkamah ini berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dengan alasan-alasan seperti di atas. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Perayu bahawa Mahkamah Rayuan pernah mengenakan hukuman kurang dari 10 tahun akhir-akhir ini bergantung kepada keadaan kes bagi kesalahan dan fakta yang sama seperti kes ini, walaupun pendirian/dasar Pendakwa Raya/Peguam Negara ialah hukuman sewajarnya adalah melebihi 10 tahun penjara dan sebatan bagi kesalahan sebegini. 58 G. KESIMPULAN [144] Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati keputusan Hakim mengenai sabitan adalah betul dan selamat dan Mahkamah dengan ini mengesahkannya dan menolak rayuan Tertuduh/Perayu. [145] Mengenai hukuman, Mahkamah mendapati bahawa Hakim bicara telah terkhilaf yang mewajarkan Mahkamah ini mencampur tangan sepertimana alasan-alasan yang telah Mahkamah berikan. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Tertuduh/Perayu sebahagian dimana hukuman diturunkan daripada penjara 17 tahun kepada penjara 7 tahun dan sebatan dikurangkan daripada 4 sebatan kepada 1 sebatan sahaja bagi setiap pertuduhan. Hukuman-hukuman adalah berjalan serentak. Tarikh: 18 September 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu 59 PIHAK-PIHAK: Pendakwa Raya: Puan Shaharaliza binti Ab. Razak Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Peguambela: Dato’ Hj. Sukri Hj. Mohamed Tetuan Wan Haron Sukri & Nordin, PT 1180-1183, Tingkat 2, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.