The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500). [19] Di dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang, Hakim Sesyen telah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum pada 11/4/2017 bagi Pertuduhan Pertama dan 5 tahun penjara bagi Pertuduhan Kedua dan hukuman penjara berjalan secara berturut-turut. Selain daripada itu Tertuduh/Perayu dikenakan 10 sebatan bagi Pertuduhan Pertama. [20] Mahkamah telah meneliti Alasan Penghakiman Hakim bicara dan mendapati Hakim Bicara adalah betul dan tidak melakukan apa-apa kesilapan. Ini adalah kerana Hakim Sesyen telah membuat pertimbangan yang betul berdasarkan prinsip-prinsip hukuman seperti kepentingan awam dibanding dengan kepentingan Perayu, keseriusan kes dan pengajaran kepada bakal-bakal pesalah. [21] Mahkamah bersetuju dengan Hakim Sesyen bahawa kepentingan awam adalah pertimbangan utama. Menurut keputusan di dalam kes R vs. Ball; kepentingan awam adalah tunggak utama yang perlu diberi perhatian oleh mahkamah. Bahawa kepentingan awam perlu diutamakan melebihi kepentingan tertuduh juga disentuh di dalam kes kes PP v. LOO CHOON FAT [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 yang mana Mahkamah berkata: 11 “Presidents and magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused.” [22] Mahkamah ini juga mengambilkira bahawa tiada kecederaan yang dilakukan terhadap mangsa walaupun pendekatan ini tidak boleh diibaratkan sebagai menghalalkan (condoning) tindakan Perayu ini. Namun mahkamah ini telah mengambil kira juga bahawa mangsa/pengadu adalah terkesan daripada kejadian ini kerana mendapat trauma kerana pisau dan pistol tiruan telah digunakan di dalam rompakan ini dan terdapat cubaan untuk mencederakan mangsa. [23] Mahkamah ini juga berpuashati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah mengambil kira bahawa kesalahan ini adalah kesalahan yang serius. Ianya boleh dilihat dengan hukuman maksima yang boleh dikenakan iaitu 20 tahun penjara bagi Pertuduhan Pertama dan perlu dikenakan sebatan dan maksima 10 tahun penjara bagi Pertuduhan Kedua. Satu hukuman 12 yang melambangkan keseriusannya dan yang berbentuk menyekat telah diberikan. Tambah-tambah lagi hukuman yang dijatuhkannya adalah mengikut undang-undang kerana ianya adalah di dalam lingkungan had yang dibenarkan. [24] Mahkamah juga telah mengambil kira bahawa kes-kes rompakan atau rompakan bersenjata adalah amat berleluasa sekarang di negeri Kelantan mungkin di atas desakan hidup kerana keadaan ekonomi yang tidak begitu meransangkan. Namun hukuman deterran wajar diberikan. [25] Mahkamah berpuashati hukuman yang dijatuhkan berupaya bertindak sebagai pemulihan kepada mangsa dan mempunyai sifat pencegahan kepada Perayu dan bakal-bakal pesalah dan juga sebagai pengajaran kepada Perayu. Selain daripada itu, mesej sewajarnya telah berjaya disampaikan kepada pihak awam. Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang seimbang dengan keseriusan kesalahan ini. [26] Malahan Tertuduh boleh dianggap bernasib baik kerana hukuman yang dikenakan adalah hanya setengah daripada hukuman maksima sedangkan keputusan ini adalah melalui perbicaraan penuh. Malahan jika mengikut prinsip di dalam Abdullah Ang Vs PP (1988) 1 MLJ 167 yang tidak melibatkan perbicaraan penuh kerana tertuduh mengaku bersalah, hukuman lazimnya adalah di antara 10 hingga 14 tahun bagi Pertuduhan Pertama dan 6 hingga 7 tahun bagi Pertuduhan Kedua. Jelas, Hakim Sesyen dengan menjatuhkan 10 tahun penjara bagi kesalahan dibawah Pertuduhan Pertama dan 5 tahun penjara bagi kesalahan dibawah 13 Pertuduhan Kedua bagi kes ini yang melalui perbicaraan penuh adalah tidak “excessive” malah berpatutan. [27] Mahkamah juga telah mengambil kira bahawa mangsa adalah jiran sekampung Tertuduh dan mangsa mengenali Tertuduh namun Tertuduh tergamak untuk melakukan kesalahan ini, satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbang rasa. Sebagai jiran, Tertuduh mempunyai tanggungjawab sosial untuk melindungi mangsa tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. [28] Mahkamah juga telah menimbang keseluruhan keadaan sekeliling kes(circumstances of the case) yang mana melibatkan penggunaan senjata, mangsa diikat, wujudnya kekerasan yang melampau kerana Tertuduh cuba menikam mangsa tetapi dapat dielak dan terkena bahagian sofa, dan wujudnya ugutan untuk membunuh oleh Tertuduh. Faktor-faktor ini tidak memihak kepada Tertuduh tetapi memihak kepada Pendakwaan sebagai sandaran Mahkamah untuk Mahkamah memberikan hukuman yang berat tapi adil. [29] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ingin merujuk kepada keputusan Mahkamah ini di dalam kes PP v Mohamad Aziman Hasri v PP (2017) MLJU 1602: “[21] Hence the court should appreciate the circumstances and the mode of committing the crime which is cunning and crude, where deadly weapon was used to instill fear upon both the helpless victims. The traumatic effect left on both the victims, the circumstances 14 surrounding the crime, the mode and weapon used are factors which weigh heavily in favour of a heavy and severe sentence to be imposed on the Accused/Respondent. [22] Towards this end, this court would like to refer to the observation made by Zakaria Yatim J in the case of PP v Lee Tak Keong (1988) 1 LNS 217, a case of gang robbery but without the use of a weapon where his lordship said: “The offence of robbery is rampant today and in most cases dangerous weapons are used. In some cases the victims of the robberies sustain injuries: see Goh Chong Wee v PP 52-60-1987 (unreported) and PP v Mustanina bin Daing Sinring & Anor 51-125 of 1987 (unreported). In cases of robbery the court must take into consideration the element of public interest. This means that the court must impose a deterrent sentence not only to deter the respondent from committing the same offence again but to deter others from committing the same type of crime. The court is aware that in the present case no dangerous weapons were used and the complainant and his friend were not injured. But the court must not overlook the fact that there were five of them who surrounded the complainant and his friend and committed the robbery. If the court does not impose a deterrent sentence the respondent and his four other friends may commit similar offences and they may even use dangerous weapons and inflict injuries on their victims.” 15 [23] The learned judge also failed to take into consideration the sentencing trend for this type of offence. As the maximum sentence is 20 years the sentencing trend seems to show the applicaple sentence should be between 9 to 12 years imprisonment, depending on the circumstances of the case. [24] Even using the principle in Abdullang Ang v PP (1988) 1 MLJ 167; PP v Muhari B. Mohd Jani & Anor (1996) 3 MLJ 116 where a discount of 1/4 or 1/3 of the sentence that would otherwise have been imposed had it gone on full trial, the sentence would be in the region of 10 to 14 years. Hence by sentencing the accused to only 5 years imprisonment for both counts with 2 whippings for the first count and 1 whipping for the second upon pleading guilty, the learned judge failed to direct his mind on this trend of sentencing which amounted to misdirection. Hence appellate intervention was warranted.” [30] Setelah meneliti Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah tidak terkhilaf kerana telah mengambilkira faktor-faktor penghukuman secara betul mengakibatkan hukuman yang dijatuhinya adalah setimpal yang tidak memerlukan Mahkamah ini menganggunya. [31] Ada baiknya Mahkamah merujuk kepada keputusan kes-kes mengenai kesalahan sebegini sebagai panduan dan membuktikan bahawa ianya adalah mengikut trend semasa. 16 [32] Di dalam kes Ahmad Nizam bin Mohammed & Anor Saini bin Mohd Edrus v. Pendakwa Raya [2010] 1 LNS 315; [2010] MLJU 365, tertuduh dikenakan hukuman penjara selama lima belas (15) tahun dan enam (6) kali sebatan di atas kesalahan dibawah s. 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama dengan s. 397 Kanun yang sama. [33] Di dalam kes Public Prosecutor v. Kamaruzaman Mahmud & Ors [2006] 4 CLJ 792; [2007] 1 MLJ 750 di mana Mahkamah menyatakan: “[39] This court is of the view that if a crime, like armed robbery has been committed which is one 'calculated to inspire great alarm', as manifesting a very mischievous disposition, or especially rife in a particular district or throughout the country, it may be necessary to award a very severe punishment and to take away from the offender the power of committing such a crime or any crime for a long period (see Choh Wai Sung v. Public Prosecutor [1946] 1 LNS 2; [1946] 12 MLJ 119 at p 123). [40] There is a pressing need to protect the public from serious harm such as offences of robbery and violence and one of the ways to give the necessary protection is to keep the offenders away from society and if the facts so warrant for a longer period. While the need to impose a non custodial sentence against first offender and those who plead guilty is to be taken into consideration, so was the need to ensure that public safety, their property and belongings are also well protected. Clearly, the offence of robbery with a deadly weapon, 17 being parang, is one calculated to inspire great alarm and is especially rife in most robbery offences.” [34] Di dalam kes Ahmad Rashidi Zainol & Anor v. Public Prosecutor, kedua-dua perayu di dalam kes tersebut telah didapati bersalah untuk kesalahan yang sama iaitu di bawah s. 395 Kanun Keseksaan. Kedua-dua perayu telah dihukum penjara selama lima tahun dan tiga sebatan oleh hakim bicara. Namun di peringkat rayuan ke Mahkamah Tinggi, Hakim Zamani A Rahim telah menggantikan hukuman tersebut kepada 12 tahun penjara dan sepuluh sebatan rotan. [35] Jelas dari keputusan kes-kes di atas dengan sendirinya menunjukkan bahawa rayuan Perayu mengenai hukuman adalah tidak bermerit malahan beliau bernasib baik kerana dikenakan hukuman seperti yang dijatuhkan oleh Hakim Sesyen yang merupakan hanya setengah daripada hukuman penjara maksima walaupun ianya telah melalui satu perbicaraan penuh. [36] Mengenai permohonan Perayu/Tertuduh supaya hukuman bagi Pertuduhan Kedua (kesalahan dibawah Akta Senjata) berjalan serentak dengan hukuman bagi Pertuduhan Pertama, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa ini tidak boleh dipertimbangkan kerana Seksyen 32(2) Akta Senjata menyatakan: “…… on conviction to imprisonment for a term not exceeding 10 years in addition to any penalty to which he may be sentenced for the offence specified in the said schedule.” 18 [37] Sungguhpun Tertuduh, jika mengikut prinsip satu transaksi (one transaction principle) layak dipertimbangkan untuk hukuman berjalan serentak kerana wujudnya “proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design” (lihat Amrita Lal Hazra Vs Emperor 42 cal 957), namun pemakaian prinsip ini bukanlah satu kemestian (not absolute). Yong Pung How CJ berkata di dalam kes Kanagasuntharam v Public Prosecutor (1992) 1 SLR 81 at p 83: “The English courts have recognized that there are situations where consecutive sentences are necessary to discourage the type of criminal conduct being punished.” F. KESIMPULAN [38] Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa tiada apa-apa kesilapan yang dilakukan oleh Hakim Sesyen yang memerlukan Mahkamah ini menganggu keputusan yang dibuatnya. Hakim Sesyen juga telah mengambil kira semua faktor termasuk keadaan sekeliling kes dan telah mengambil kira faktor kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh/Perayu. Mahkamah ini mendapati keputusan Hakim Sesyen adalah betul dan selamat. Dengan itu, rayuan Tertuduh/Perayu terhadap hukuman adalah dengan ini ditolak dan keputusan Hakim Sesyen dikekalkan. 19 Bertarikh: 30hb Jun 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kelantan. Pihak-pihak: Pendakwa Raya/ Puan Shaharaliza bt Abdul Razak Responden: Timbalan Pendakwaraya Negeri Kelantan Tingkat Bawah, Blok 5, Kota Darulnaim 15050 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara/ Pn. Azwani bt Abdul Rahman Perayu: Tetuan Amir Azwani & Jailani Norfaruqi Lot 2731A, Wisma Haminah, Jalan Wakaf Stan, 16150 Kota Bharu, Kelantan.