Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI, JOHOR PERBICARAAN JENAYAH NO: 62J – 45 – 11/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ALI USMAN (PP: C 1011459) ALASAN KEPUTUSAN A.
62JS-45-11/2016
Sessions Court of Malaysia22 Oct 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(2) (Repealed by Act 27 of 1963).”
“upreme Court's view, the approach of assessing sentence adopted by the learned Judge supposedly based on English authorities by harmonising them with the maximum sentence of 20 years in s. 409 of the Penal Code,was not only misleading but was wrong in principle. When the legislature fixed a maximum penalty for an offen”
“endaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut ( Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210 ).”
“klah dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya ( Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI, JOHOR PERBICARAAN JENAYAH NO: 62J – 45 – 11/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ALI USMAN (PP: C 1011459) ALASAN KEPUTUSAN A.
1
Di dalam kes ini, OKT telah dituduh dengan 3 pertuduhan sebagai mana berikut:- 2 Tuduhan Pertama; “Bahawa kamu pada 24/10/2016 jam lebih kurang 15.48 Hrs di rumah alamat nombor 33 Jalan Nusaria 6/7, Taman Nusantara, Gelang Patah Johor, dalam daerah Nusajaya dalam negeri Johor, telah melakukan rogol terhadap Siti Maryani Binti Mohd Yusof, KPT: 880307-01-6006, 28 tahun dan oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sekyen 376 Kanun Keseksaan.” Tuduhan Kedua; “Bahawa kamu pada 24/10/2016 jam lebih kurang 15.48 Hrs di rumah alamat nombor 33 Jalan Nusaria 6/7, Taman Nusantara, Gelang Patah Johor, dalam daerah Nusajaya dalam negeri Johor, telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap Siti Maryani Binti Mohd Yusof, KPT: 880307-01-6006, 28 tahun dan oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sekyen 377 Kanun Keseksaan.” 3 Tuduhan Ketiga; “Bahawa kamu pada 24/10/2016 jam lebih kurang 15.48 Hrs di rumah alamat nombor 33 Jalan Nusaria 6/7, Taman Nusantara, Gelang Patah, dalam daerah Nusajaya dalam negeri Johor, bukan sebagai seorang warganegara Malaysia telah didapati berada di Malaysia tanpa pas dan permit yang sah, oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.” Terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut, OKT telah mengaku bersalah dan telah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara sebagaimana berikut;- Tuduhan pertama – penjara 15 tahun dari tarikh tangkap dan 3 kali sebatan. Tuduhan Kedua – penjara 10 tahun dari tarikh tangkap dan 2 kali sebatan. Tuduhan Ketiga – penjara 3 tahun dari tarikh tangkap, Kesemua hukuman penjara di jalankan serentak. 4
2
Terhadap keputusan tersebut pihak OKT telah tidak berpuashati dan membuat rayuan terhadap Hukuman dan Sabitan. B.
3
Kesemua Pertuduhan dan Fakta kes telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT di dalam bahasa ibunda OKT iaitu Bahasa Urdu.
4
Pada sebutan kali pertama iaitu pada 29.11.2016, ketiga-tiga pertuduhan telah di bacakan kepadanya oleh seorang jurubahasa Urdu iaitu Madam Simren Deep kaur Ji. Untuk pertuduhan pertama dan kedua, OKT minta dibicarakan manakala bagi pertuduhan ketiga OKT telah mengaku salah dan faham sifat dan akibat pengakuannya.
5
Lanjutan dari itu suatu perbicaraan telah di adakan pada 21.6.2017 dan seorang saksi telah dipanggil iaitu anggota tangkapan (Polis) memberikan keterangan dan setelah itu kes ditangguhkan untuk sambung bicara.
6
Pada tarikh sambung bicara iaitu pada 22.8.2017, OKT telah dibacakan semula ketiga-tiga pertuduhan kepadanya dan beliau telah mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut. 5
7
Pertuduhan itu adalah dibacakan oleh seorang jurubahasa Urdu iaitu Madam Satvinder Kaur A/P Jaswant Singh dari bahasa Malaysia ke bahasa Urdu dan telah di terangkan dan difahami sifat dan akibat pengakuannya oleh jurubahasa kepada OKT.
8
Begitu juga segala prosedur pengemukaan fakta kes dan ekhibit telah dilakukan dan diterjemahkan segalanya di dalam bahasa Malaysia ke dalam bahasa Urdu dan telah difahami dengan jelas oleh OKT segala maksud, kesan dan akibat dari pengakuan bersalahnya tersebut.
9
Rayuan sebelum hukuman oleh OKT juga telah diterjemahkan dari bahasa Urdu ke dalam bahasa Malaysia dan kesemua pihak telah memahami kedudukan dan keadaan kes masing-masing.
10
Mahkamah ini dengan itu merasakan bahawa sabitan yang dikenakan ke atas OKT adalah selamat dan tidak pernah memprejudiskan OKT dimana OKT faham segala apa yang berlaku di dalam mahkamah dan faham sifat dan akibat dari pengakuannya, yang mana beliau telah diterangkan segala sebab, sifat dan akibat dari pengakuannya, bentuk hukuman yang menunggunya dan apa yang boleh dikenakan terhadapnya dan beliau sedia menghadapinya. Maka adalah tidak relevan untuk sekarang sekiranya beliau mempertikaikan sabitan yang telah dibuat 6 keatasnya atas apa jua alasan lain melainkan beliau sendiri dengan rela hati telah membuat pengakuan bersalah terhadap kesalahan yang telah dipertuduhkan ke atasnya.
11
Selanjutnya, sebagaimana yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan menerusi ekhibit P3, fakta kes ini adalah sebagaimana berikut.
12
Pada 24.10.2016 jam lebih kurang 3.48 petang semasa Mohd Firdaus berada di Pusat Kawalan Polis IPD Iskandar Puteri telah menerima satu panggilan telefon daripada orang awam seorang perempuan melayu bernama Siti Marini iaitu mangsa yang memaklumkan beliau telah dirogol di alamat no. 33 Jalan Nusaria 6/7, Taman Nusantara Gelang Patah.
13
Pada tarikh yang sama anggota ronda MPV telah menghala ke alamat yang diberitahu oleh mangsa dan telah berjumpa dengan seorang lelaki India muslim iaitu suami kepada mangsa dan telah menunjukkan kepada polis satu lelaki bangsa Pakistan iaitu OKT yang telah ditangkap oleh orang awam.
14
Pada tarikh tersebut, ketika mangsa berada di dalam bilik di tingkat atas dan baru selesai mandi. Biliknya telah diketuk oleh OKT dan bertanyakan mengenai suaminya. Selepas pintu dibuka, OKT terus 7 menolak pintu dan memeluk mangsa. Mangsa terkejut dan takut dan telah menjerit meminta tolong tetapi OKT telah menutup mulut mangsa dan telah mencekik bahagian leher mangsa.
15
OKT telah mengheret mangsa ke tilam di dalam bilik dan telah membuka dan menarik seluar dalam mangsa. Kemudian OKT membuka seluarnya dan dalam keadaan berbogel. Mangsa merayu dan menangis untuk tidak diapa-apakan tetapi OKT mengugut untuk mencederakan dan membunuh mangsa dan telah memasukkan kemaluannya secara paksa sehingga mangsa mengerang kesakitan.
16
OKT telah memasukkan kemaluannya selama 2 ke 3 minit dan mangsa nampak OKT telah memancutkan air mani ke atas tilam dan lantai. OKT memaksa mangsa untuk mandi di bilik air dan mengawal mangsa. Selepas itu mangsa dirogol sekali lagi dan OKT telah memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa dan semasa OKT memasukkan kemaluannya, mangsa menangis dan menjerit kesakitan.
17
OKT terus beredar dari rumah dan mangsa telah menghubungi polis dan suami mangsa. Suami mangsa yang menerima panggilan telefon tersebut mendengar suara mangsa dalam tangisan teresak-esak dan telah balik ke rumah dan cuba mencari OKT. Mangsa dan suami mangsa 8 mengenali OKT kerana OKT merupakan kawan kepada suami mangsa dan tinggal sekali di rumah tersebut lebih kurang seminggu sebelum kejadian.
18
Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah pada hari yang sama dan doktor mengesahkan terdapat kesan bruises pada leher mangsa dan terdapat external haemorrhoid dan multiple superficial linear tears with slow oozing blood di dubur mangsa dan semasa kejadian di dapati mangsa di dalam kehamilan awal. Terdapat koyakan pada hymen iaitu “blunt penetration”.
19
Cadar tilam berwarna oren berbintik hitam terdapat kesan air mani dan darah dan seluar panjang warna putih milik OKT dirampas dan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan pengesahan dan hasil laporan kimia mendapati DNA semen stain dari cadar dan seluar yang dirampas adalah daripada OKT dan mangsa.
20
OKT telah ditangkap red-handed oleh orang awam dan suami mangsa dan telah diserahkan kepada pihak polis pada hari yang sama kejadian berlaku.
21
OKT mengaku salah sepertimana pertuduhan. C. FAKTOR DAN PRINSIP PENGHUKUMAN. 9
22
Undang-undang tidak pernah membuat suatu penetapan hukuman ke atas suatu kes tertentu tetapi hanya meletakkan suatu hukuman maksima terhadapnya dan ini tidak bermakna bahawa suatu hukuman maksima hendaklah sentiasa dikenakan di dalam setiap kes mengenainya ( Mohd Jalani bin Saliman v PP [1997] 5 MLJ 551), maka terpulanglah kepada mahkamah tersebut mengenakan suatu hukuman yang dirasakan sesuai dalam lingkungan julat hukuman yang dibenarkan tertakluk kepada fakta dan keadaan kes masing-masing. Adalah menjadi tugas mahkamah untuk mengenakan suatu hukuman yang mana hukuman tersebut dapat mencerminkan keseriusan suatu kesalahan yang telah dilakukan (PP v Khairudin [1982] 1 MLJ 331). Tujuan meletakkan budibicara kepada Penghukum adalah bagi membenarkan Penghukum memberikan hukuman yang dirasakan paling sesuai di dalam setiap satu kes secara berasingan dan apa-apa kecenderungan untuk menyeragamkan hukuman bagi sesuatu kesalahan hendaklah dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya ( Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).
23
Suatu pertimbangan yang adil perlu dilihat dan dibuat antara keperluan kepada suatu hukuman yang mencegah dan juga peluang 10 kepada tertuduh untuk dipulihkan (Kesavan Senderan v PP [1999] 1 CLJ 343). Setiap penghukuman hendaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut ( Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210 ).
24
Di dalam menjatuhkan suatu hukuman, pertimbangan yang diambilkira sebelum hukuman dijatuhkan ialah kepentingan awam, keadaan suatu kesalahan tersebut dan juga latarbelakang pesalah berkenaan. Suka ditekankan bahawa menurut kes R v Sargeant (1974) 60 Cr App R 74, merumuskan bahawa “Society, through the courts, must show its abhorrence for the occurrence of particular types of crime and the only way which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts act as a vehicle to show abhorrence for particular types of criminal conduct. However, the courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, court could not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion.”(ulasan oleh penulis buku “The process of criminal justice”). Oleh itu, mahkamahlah yang sepatutnya melaraskan dan melakarkan apa kehendak yang patut dibentuk oleh masyarakat menerusi hukuman yang dibuatnya. 11
25
Prinsip klasik di dalam menilai suatu hukuman yang bakal dikenakan terhadap pesalah ialah sebagaimana diputuskan dalam kes R v Sargeant, supra, iaitu: “retribution, deterrence, prevention and rehabilitation.” Kes R v Sargeant, supra, juga turut mengariskan apakah panduan di dalam menentukan suatu tempohmasa pemenjaraan yang sesuai yang patut dikenakan terhadap pesalah yang mana antara lainnya ialah; sifat dan keseriusan suatu kesalahan tersebut, keadaan dimana kesalahan tersebut dilakukan, diskaun kepada keinsafan dan akhirnya imbangan diantara kepentingan awam di dalam mencegah kesalahan tersebut dan peluang pesalah memulakan kehidupan yang baru. D.
26
Pada pendapat mahkamah, hukuman yang diberikan ke atas ketiga-tiga pertuduhan ini adalah setimpal dan wajar serta mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
27
Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan; 12 Section 376. Punishment for rape.
1
Subject to subsections (2), (3) and (4), whoever commits rape shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be punished with whipping. [Am. Act A1536/2017]
2
Whoever commits rape on a woman under any of the following circumstances:
a
at the time of, or immediately before or after the commission of the offence causes hurt to her or to any other person;
b
at the time of, or immediately before or after the commission of the offence, puts her in fear of death or hurt to herself or any other person;
c
the offence was committed in the company of or in the presence of any other person;
d
without her consent, when she is under sixteen years of age;
e
with or without her consent, when she is under twelve years of age;
f
with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her; [(f) Am.Act A1471/2014]
g
at the time of the offence the woman was pregnant; [(g) Am.Act A1471/2014]
h
when by reason or on occasion of the rape, the woman becomes insane;
i
when he knows that he is afflicted with the Human Immuno-Deficiency Virus (HIV)/Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) or any other sexually transmissible disease and the virus or disease is or may be transmitted to the woman;
j
when by reason or on occasion of the rape, the woman commits suicide; or
k
when he knew of the mental disability, emotional disorder or physical handicap of the woman at the time of the commission of the crime, [(h), (i), (j), (k) Ins.Act A1471/2014] shall be punished with imprisonment for a term of not less than ten years and not more than thirty years and shall also be punished with whipping. [Am. Act A1536/2017]; [Am.Act A1471/2014]
28
Seksyen 377 KK pula memperuntukkan; Section 377B. Punishment for committing carnal intercourse against the order of nature. Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be punished with whipping. 13
29
Makala seksyen 6(3) Akta Imigresen memperuntukkan; Section 6 . Control of entry into Malaysia.
1
No person other than a citizen shall enter Malaysia unless-
a
he is in possession of a valid Entry Permit lawfully issued to him under section 10; [Am. Act A985: s.4]
b
his name is endorsed upon a valid Entry Permit in accordance with section 12, and he is in the company of the holder of the Permit; [Am. Act A985: s.4]
c
he is in possession of a valid Pass lawfully issued to him to enter Malaysia; or
d
he is exempted from this section by an order made under section 55.
2
(Repealed by Act 27 of 1963).
3
Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both, and shall also be liable to whipping of not more than six strokes. [Am. Act A 1154:s.4]
30
Hukuman pemenjaraan yang dibenarkan oleh undang-undang yang boleh dikenakan ke atas OKT bagi kesemua kesalahan secara keseluruhannya jumlahnya itu boleh mencapai kepada 30 tahun penjara maksima dan berserta jumlah maksima sebatan. 14
31
Di dalam kes ini, kes ini telah diambilkira sebagai panduan; kes Mahkamah Agong ketika itu di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang (1987) CLJ (rep) 209; yang mengatakan;- Held: [1] The Supreme Court agreed with the principle laid down in Reg.v. Barrick that in breach of trust cases in general a term of immediate imprisonment would be inevitable, save in very exceptional circumstances or where the amount of money involved was small. This must be the current sentencing policy even if the accused pleaded guilty. In the Supreme Court's view, the approach of assessing sentence adopted by the learned Judge supposedly based on English authorities by harmonising them with the maximum sentence of 20 years in s. 409 of the Penal Code,was not only misleading but was wrong in principle. When the legislature fixed a maximum penalty for an offence, the discretion of the Court in determining the extent to which in a particular case the punishment should be awarded must be exercised judicially. 15 [2] In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentence that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. [3] A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentence not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence. The sentence imposed on the appellant was manifestly excessive. 16 It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between ¼ and 1/3 of what otherwise would have been the sentence. In this particular case, apart from plea of guilty, the sentence must also be discounted to reflect the full restitution made and other mitigating factors. [4] Although the learned Judge indicated in his judgment that he had given the necessary discounts they were not reflected at all in the sentence imposed, as it was imposed without regard to the particular facts of this case and without giving the appellant any or sufficient credit for all the mitigating circumstances. The recommended prison terms in Barrick were not meant for pleading guilty cases. If the learned Judge had not fallen into error in misreading the facts and the law in Barrick and Davies he would probably have found that a 4 year sentence would adequately fit the crime which by any standard was severe enough to satisfy the justice of this case. [5] Since full restitution had been made and the appellant had not enriched himself personally by the crime, the Supreme 17 Court found no purpose in imposing a fine in addition to custodial sentence.
32
Kesemua faktor yang dilandaskan di dalam kes tersebut telah mahkamah ini ambilkira dan diselaraskan dengan Fakta kes di hadapan kita ini sebelum mahkamah ini menjatuhkan hukuman.
33
OKT telah mengaku bersalah dan pengakuan bersalahnya ini perlu diambilkira sebagai satu faktor peringanan utama. Paling utama ialah suatu sabitan telah diperolehi tanpa kesemua pihak yang terlibat khasnya pihak pendakwaan perlu bersusah payah membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah mengambilkira fakta kes pada masa kejadian pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Begitu juga banyak penjimatan masa dan kos semua pihak khasnya saksi-saksi termasuk pengelakkan faktor “humiliation” terhadap mangsa telah diperolehi dengan pengakuan salah OKT ini. OKT juga tidak mempunyai apa-apa rekod lampau. Di dalam rayuannya, OKT memohon maaf di atas kesalahannya. Beliau telah kesal dan insaf. Mempunyai 10 orang adik beradik dan membantu keluarganya. Berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahannya dan ingin balik ke Negara asalnya. 18
34
Hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan juga telah mahkamah ini ambilkira kesemuanya dimana faktor kepentingan awam adalah faktor utama di dalam pertimbangan untuk memberikan hukuman paling setimpal untuk OKT. Kes Pannani Bin Amat Selar v PP (2008) MLJU 793 adalah dirujuk. Mahkamah juga diingatkan bahawa OKT mempunyai 3 pertuduhan yang serius dan satu hukuman yang berbentuk pengajaran perlu diberikan kepada OKT agar ianya dapat menjadi hukuman dan pengajaran kepada OKT dan mana-mana bakal pesalah lain.
35
Victim Impact Statement juga telah dikemukakan oleh mangsa sendiri yang mahukan OKT dikenakan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas OKT dan beliau mengatakan telah trauma dengan tidak dapat melupakan tragedi yang berlaku itu dan sehingga kini ketakutan sekiranya tinggal keseorangan di rumah.
36
Oleh yang demikian, tempoh pemenjaraan selama 15 tahun tersebut adalah dirasakan setimpal dengan jenayah kejam dan hina yang telah dilakukan oleh OKT (kos sarahidup OKT (yang bukan warganegara) selama tempoh pemenjaraan itu juga perlu dilihat dan diambilkira secara ekonomi) dimana disamping hukuman pemenjaraan itu OKT juga telah dikenakan hukuman 5 kali sebatan yang mana mahkamah merasakan cukup dan setimpal dengan kesalahan tersebut. Suatu tempoh 19 pemenjaraan yang panjang wajar dikenakan sebagai hukuman terhadap OKT dimana beliau perlu diasingkan dari masyarakat dan perlu diperbetulkan landasan dan laras kemanusiaannya. OKT telah merogol isteri sahabatnya sendiri. Sahabat yang telah sanggup menumpangkan beliau dirumahnya. Sungguh keji dan sifat yang tidak boleh diterima akal oleh masyarakat kita. Sanggup dan tergamak juga mengugut untuk membunuh mangsa. Merogol mangsa dan melakukan hubungan luar tabii dengan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa sehingga berdarah dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Manusia jenis apakah OKT ini?. Mahkamah sangat berharap agar sifat kemanusiaannya dapat dinilai dan dipulihkan semasa di dalam tempoh pemenjaraan nanti.
37
Tingkah laku OKT yang datang dan masuk ke Negara ini secara haram dan kemudiannya melakukan kesalahan jenayah adalah suatu perlakuan yang tidak boleh diterima dengan langsung tidak menghormati dan meremehkan undang-undang tegas Negara ini dan oleh itu hendaklah dikenakan hukuman yang lebih keras dan sepadan.
38
Selain dari itu, OKT juga dikenakan hukuman 3 sebatan lagi bagi pertuduhan Pertama dan 2 sebatan bagi tuduhan Kedua (menjadikan kesemuanya beliau menerima 5 libas sebatan) dan mahkamah berharap OKT telah benar-benar insaf dan dapat menerima hukuman yang telah 20 dijatuhi terhadapnya. Walaupun pertuduhan Ketiga memperuntukkan hukuman sebatan, namun ianya tidak dikenakan memandangkan mahkamah merasakan telah mencukupi lelasan yang bakal di rasai oleh OKT dipunggungnya sebagai hukuman yang setimpal.
39
Mengambilkira kesemua pertuduhan berlaku pada masa yang sama, maka mahkamah telah membenarkan agar hukuman dijalankan serentak. Semoga tempoh pemenjaraan yang lama ini dapat manjadi iktibar kepada OKT dan mengubah OKT menjadi insan yang lebih baik dan mulia setelah dibebaskan kelak selain kesan parut dari luka kulit punggungnya yang tersiat akibat sebatan rotan nanti dapat mengingatkan OKT dan yang paling penting kepada mana-mana bakal pesalah lain dari melakukan kesalahan dan jenayah yang sama di masa hadapan. E.
40
Setelah mengambilkira prinsip dan kesemua faktor yang perlu di dalam menjatuhkan hukuman, maka mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan yang dikenakan terhadap OKT adalah selamat dan hukuman yang diberikan adalah adil, setimpal, wajar dan mengikut undang-undang. 21 Sekian. Disediakan oleh; KAMARUDIN BIN KAMSUN, Hakim, Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Johor Bahru. Bertarikh: 22 Ogos 2017. Pendakwa Raya: Puan Suhaila Safiudin. Timbalan Pendakwa Raya Johor. OKT mewakili diri sendiri.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.