Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI, JOHOR PERBICARAAN JENAYAH NO: JA – 62JSK – 57 – 10/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ALIMAN BIN SARBINI ALASAN KEPUTUSAN A.
JA-62JSK-57-10/2017
Sessions Court of Malaysia10 Oct 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“upreme Court's view, the approach of assessing sentence adopted by the learned Judge supposedly based on English authorities by harmonising them with the maximum sentence of 20 years in s. 409 of the Penal Code,was not only misleading but was wrong in principle. When the legislature fixed a maximum penalty for an offen”
“(d) any person providing healthcare services in a Government healthcare facility or private healthcare facility as defined in section 2 of the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586];”
“endaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut ( Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210 ).”
“h dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut 8 dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya ( Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI, JOHOR PERBICARAAN JENAYAH NO: JA – 62JSK – 57 – 10/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ALIMAN BIN SARBINI ALASAN KEPUTUSAN A.
1
Di dalam kes ini, OKT telah dituduh dengan pertuduhan sebagai mana berikut:- Tuduhan Pindaan; 2 “Bahawa kamu pada sekitar bulan Disember tahun 2014 sehingga bulan September 2017 di alamat No. 20, Parit Sulaiman, Kayu Ara Pasong, di dalam daerah Pontian, di dalam negeri Johor telah melakukan Amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, XXX No KPT: YYY berumur 16 tahun dengan menyentuh dan melakukan perbuatan yang melibatkan kontak fizikal terhadap kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang dibaca bersama seksyen 16 Akta yang sama.”
2
Terhadap pertuduhan tersebut, OKT telah mengaku bersalah dan telah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dari tarikh tangkap.
3
Terhadap keputusan tersebut pihak OKT telah tidak berpuashati dan membuat rayuan terhadap Hukuman dan Sabitan. B.
4
Pertuduhan pindaan dan Fakta kes telah pun dibacakan dan diterangkan kepada OKT sebelum OKT di dapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut. 3
5
Mahkamah ini dengan itu merasakan bahawa sabitan yang dikenakan ke atas OKT adalah selamat dan tidak pernah memprejudiskan OKT dimana OKT faham segala apa yang berlaku di dalam mahkamah dan faham sifat dan akibat dari pengakuannya, yang mana beliau telah diterangkan segala sebab, sifat dan akibat dari pengakuannya, bentuk hukuman yang menunggunya dan apa yang boleh dikenakan terhadapnya kesemuanya dalam Bahasa Melayu yang mudah dan difahaminya dan beliau telah pun bersedia menghadapinya. Maka adalah tidak relevan untuk sekarang sekiranya beliau mempertikaikan sabitan yang telah dibuat keatasnya atas apa jua alasan lain melainkan bahawa beliau sendiri dengan rela hati telah membuat pengakuan bersalah terhadap kesalahan yang telah dipertuduhkan ke atasnya.
6
Selanjutnya, sebagaimana yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan menerusi ekhibit P1, fakta kes ini adalah sebagaimana berikut.
7
Pada 26.9.2017 pada jam lebih kurang 1.40 petang, pengadu iaitu ibu kepada mangsa yang bernama XXX (berumur 16 tahun) mendapat panggilan telefon daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyrakat bernama Khairul yang berada di Hospital Pontian memaklumkan mangsa sedang di rawat di hospital Pontian. 4
8
Pengadu dimaklumkan mangsa telah dicabul oleh tertuduh iaitu suami kepada pengadu dan ayah kandung kepada mangsa.
9
Pada akhir bulan Disember 2014, semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu, mangsa merasakan badannya diraba dari bahagian mata, muka bibir, lalu mangsa terjaga dan nampak tertuduh dalam keadaan meniarap di sebelah mangsa. Tertuduh telah meraba payu dara mangsa dan meraba kemaluan mangsa. Mangsa cuba menjerit tetapi tertuduh memberikan isyarat supaya mangsa diam kerana mangsa takut dengan tertuduh kerana tertuduh seorang yang garang.
10
Sejak dari tarikh tersebut, tertuduh kerap kali menyentuh bahagian badan mangsa terutamanya di bahagian payu dara mangsa.
11
Pada pertengahan bulan Mac 2015, jam lebih kurang 6.30 pagi semasa di bilik tidur mangsa ketika mangsa sedang bersiap hendak ke sekolah, tertuduh telah masuk ke dalam bilik mangsa dan mengarahkan mangsa duduk di atas katil dan kangkangkan kaki berjuntai. Mangsa ketika itu sedang memakai pakaian dalam dan tertuduh telah memasukkan lobak merah ke dalam kemaluan mangsa sehingga berdarah dan mangsa berasa sakit. Tertuduh telah memasukkan lobak tersebut lebih kurang 3 minit dan telah mengeluarkan lobak tersebut bila darah keluar dari kemaluan mangsa. 5
12
Mangsa telah masuk ke dalam bilik air untuk mencuci darah tersebut dan terdapat darah menitik di atas lantai dan mangsa telah mengambil mop di ruang dapur. Pengadu iaitu ibu mangsa mengesahkan nampak mangsa mengambil mop tersebut.
13
Pada bulan April 2016, selepas mangsa dijemput dari sekolah oleh tertuduh dan pulang ke rumah, tertuduh telah mengarahkan mangsa untuk berbogel dan tertuduh telah menyuruh mangsa memegang kemaluannya dan menyuruh mangsa memasukkan kemaluannya itu ke dalam kemaluan mangsa dan tertuduh telah meramas dan meraba payu dara mangsa.
14
Pada sekitar bulan Julai 2016, semasa mangsa sedang menonton televisyen, tertuduh telah mengajak mangsa ke depan pintu bilik air di bahagian dapur, tertuduh telah membuka seluar yang dipakai dan menyuruh mangsa melutut depan kemaluan tertuduh dan telah memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa. Mangsa nampak kemaluan tertuduh masuk ke dalam mulutnya.
15
Pada bulan Ogos 2016, jam lebih kurang 12.30 tengah malam, semasa mangsa sedang tidur di dalam bilik, tertuduh telah mengajak mangsa masuk ke dalam bilik tidurnya semasa ibu mangsa tiada bekerja dan telah menyuruh mangsa membuka pakaian dan telah meraba dan 6 meramas payu dara dan dalam masa yang sama telah menggosok kemaluannya sehingga keluar air mani.
16
Pada pertengahan bulan September 2016, jam lebih kurang 5.00 pagi, semasa ibu mangsa tidak berada di rumah, tertuduh telah menyuruh mangsa ikut tertuduh ke dalam bilik tidurnya dan tertuduh telah menanggalkan pakaiannya dan tertuduh telah menindih badan mangsa dan mengesel-geselkan kemaluannya.
17
Pada 19 Julai tahun 2017, mangsa ada menceritakan kejadian tertuduh menyentuhnya kepada guru kaunseling bernama Sabariah dan semasa berjumpa dengan guru tersebut, mangsa kelihatan murung dan mangsa memberitahu dia takut dan trauma dan seperti ingin mencederakan diri kerana tertekan. Selepas daripada dimaklumkan, pengetua bersama-sama dengan pegawai kaunseling telah membawa mangsa ke hospital.
18
Pengadu dan adik-beradik mangsa pernah nampak tertuduh cuba menyentuh mangsa dan adik mangsa pernah dengar mangsa menjerit jangan dan mangsa hanya memberitahu mangsa tidur dalam keadaan ketakutan. Pengadu juga ada nampak tertuduh kerap menyentuh mangsa dan mangsa ada meluahkan rasa tidak suka. 7
19
Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 14 Akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan mengaku bersalah sepertimana yang dipertuduhkan. C.
20
Undang-undang tidak pernah membuat suatu penetapan hukuman ke atas suatu kes tertentu tetapi hanya meletakkan suatu hukuman maksima terhadapnya dan ini tidak bermakna bahawa suatu hukuman maksima hendaklah sentiasa dikenakan di dalam setiap kes mengenainya ( Mohd Jalani bin Saliman v PP [1997] 5 MLJ 551), maka terpulanglah kepada mahkamah tersebut mengenakan suatu hukuman yang dirasakan sesuai dalam lingkungan julat hukuman yang dibenarkan tertakluk kepada fakta dan keadaan kes masing-masing. Adalah menjadi tugas mahkamah untuk mengenakan suatu hukuman yang mana hukuman tersebut dapat mencerminkan keseriusan suatu kesalahan yang telah dilakukan (PP v Khairudin [1982] 1 MLJ 331). Tujuan meletakkan budibicara kepada Penghukum adalah bagi membenarkan Penghukum memberikan hukuman yang dirasakan paling sesuai di dalam setiap satu kes secara berasingan dan apa-apa kecenderungan untuk menyeragamkan hukuman bagi sesuatu kesalahan hendaklah dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut 8 dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya ( Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).
21
Suatu pertimbangan yang adil perlu dilihat dan dibuat antara keperluan kepada suatu hukuman yang mencegah dan juga peluang kepada tertuduh untuk dipulihkan (Kesavan Senderan v PP [1999] 1 CLJ 343). Setiap penghukuman hendaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut ( Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210 ).
22
Di dalam menjatuhkan suatu hukuman, pertimbangan yang diambilkira sebelum hukuman dijatuhkan ialah kepentingan awam, keadaan suatu kesalahan tersebut dan juga latarbelakang pesalah berkenaan. Suka ditekankan bahawa menurut kes R v Sargeant (1974) 60 Cr App R 74, merumuskan bahawa “Society, through the courts, must show its abhorrence for the occurrence of particular types of crime and the only way which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts act as a vehicle to show abhorrence for particular types of criminal conduct. However, the courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, court could not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion.”(ulasan oleh penulis 9 buku “The process of criminal justice”). Oleh itu, mahkamahlah yang sepatutnya melaraskan dan melakarkan apa kehendak yang patut dibentuk oleh masyarakat menerusi hukuman yang dibuatnya.
23
Prinsip klasik di dalam menilai suatu hukuman yang bakal dikenakan terhadap pesalah ialah sebagaimana diputuskan dalam kes R v Sargeant, supra, iaitu: “retribution, deterrence, prevention and rehabilitation.” Kes R v Sargeant, supra, juga turut mengariskan apakah panduan di dalam menentukan suatu tempoh masa pemenjaraan yang sesuai yang patut dikenakan terhadap pesalah yang mana antara lainnya ialah; sifat dan keseriusan suatu kesalahan tersebut, keadaan dimana kesalahan tersebut dilakukan, diskaun kepada keinsafan dan akhirnya imbangan diantara kepentingan awam di dalam mencegah kesalahan tersebut dan peluang pesalah memulakan kehidupan yang baru. D.
24
Pada pendapat mahkamah, hukuman yang telah diberikan ke atas pertuduhan ini adalah setimpal dan wajar serta mengikut undang-undang.
25
Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) memperuntukkan sebagaimana berikut; 10 Section 14. Physical sexual assault on a child Any person who, for sexual purposes—
a
touches any part of the body of a child;
b
makes a child touch any part of the body of such person or of any other person;
c
makes a child touch any part of the child’s own body; or
d
does any other acts that involve physical contact with a child without sexual intercourse, commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years and shall also be liable to whipping. Explanation 1—The act of touching may involve the act of touching with any part of the body or with an object and may be done through anything including anything worn by the person touching or by the child touched. Explanation 2—In determining what constitutes sexual purposes, the court may take into consideration, among others, the part of the body that is touched, the nature and extent of the act of touching or the physical contact and all other circumstances surrounding the conduct. Manakala seksyen 16 Akta yang sama memperuntukkan; Section 16. Person in a relationship of trust
1
If a person who commits any offence under this Act or any offence specified in the Schedule against a child, is in a relationship of trust with the child, such person shall, in addition to the punishment to which he is liable for such offence, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years and shall also be punished with whipping of not less than two strokes.
2
In this section, a person is said to be in a relationship of trust with a child if the child is under his care, supervision or authority, including but not limited to—
a
a parent, guardian or person who is related through full-blood or half-blood, or through marriage or adoption, including de facto adoption;
b
a person who looks after one or more children for valuable consideration for any period of time;
c
a teacher, lecturer or warden of a kindergarten, school, public institution of higher learning or private institution of higher learning; 11
d
any person providing healthcare services in a Government healthcare facility or private healthcare facility as defined in section 2 of the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586];
e
a coach; and
f
a public servant of whatever rank in the course of his duty under any written law in respect of the child.
26
Oleh itu jelas bahawa undang-undang telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang telah disabitkan di bawah seksyen 14 Akta tersebut hendaklah dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan juga hendaklah dikenakan hukuman sebatan.
27
Manakala seksyen 16 Akta yang sama memperuntukan sebagai tambahan bilamana terdapat Perhububungan Amanah (Relationship of Trust) di antara tertuduh dan mangsa maka suatu hukuman sebagai tambahan dari hukuman di dalam peruduhan kesalahan utama hendaklah dikenakan lagi ke atas pesalah iaitu tambahan hukuman penjara lagi 5 tahun dan sebatan tidak kurang dari 2 sebatan hendaklah dikenakan terhadap tertuduh. Maka untuk kes ini, mahkamah boleh mengenakan hukuman maksima penjara sehingga 25 tahun dan juga minima 2 sebatan dan maksima 24 kali sebatan. 12
28
Di dalam kes ini, kes ini telah diambilkira sebagai panduan; kes Mahkamah Agong ketika itu di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang (1987) CLJ (rep) 209; yang mengatakan;- Held: [1] The Supreme Court agreed with the principle laid down in Reg.v. Barrick that in breach of trust cases in general a term of immediate imprisonment would be inevitable, save in very exceptional circumstances or where the amount of money involved was small. This must be the current sentencing policy even if the accused pleaded guilty. In the Supreme Court's view, the approach of assessing sentence adopted by the learned Judge supposedly based on English authorities by harmonising them with the maximum sentence of 20 years in s. 409 of the Penal Code,was not only misleading but was wrong in principle. When the legislature fixed a maximum penalty for an offence, the discretion of the Court in determining the extent to which in a particular case the punishment should be awarded must be exercised judicially. [2] In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering 13 firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentence that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. [3] A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentence not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence. The sentence imposed on the appellant was manifestly excessive. It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between ¼ and 1/3 of what otherwise would have been the sentence. 14 In this particular case, apart from plea of guilty, the sentence must also be discounted to reflect the full restitution made and other mitigating factors. [4] Although the learned Judge indicated in his judgment that he had given the necessary discounts they were not reflected at all in the sentence imposed, as it was imposed without regard to the particular facts of this case and without giving the appellant any or sufficient credit for all the mitigating circumstances. The recommended prison terms in Barrick were not meant for pleading guilty cases. If the learned Judge had not fallen into error in misreading the facts and the law in Barrick and Davies he would probably have found that a 4 year sentence would adequately fit the crime which by any standard was severe enough to satisfy the justice of this case. [5] Since full restitution had been made and the appellant had not enriched himself personally by the crime, the Supreme Court found no purpose in imposing a fine in addition to custodial sentence. 15
29
Kesemua faktor yang dicadangkan di dalam kes tersebut telah mahkamah ini ambilkira dan diselaraskan dengan Fakta kes di hadapan kita ini sebelum mahkamah ini menjatuhkan hukuman.
30
OKT telah mengaku bersalah dan pengakuan bersalahnya ini perlu diambilkira sebagai satu faktor peringanan utama (Melvani v PP). Paling utama ialah suatu sabitan telah diperolehi tanpa kesemua pihak yang terlibat khasnya pihak pendakwaan perlu bersusah payah membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah mengambilkira fakta kes pada masa kejadian pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Begitu juga banyak penjimatan masa dan kos semua pihak khasnya saksi-saksi termasuk pengelakkan faktor “humiliation” terhadap mangsa telah diperolehi dengan pengakuan salah OKT ini. OKT juga tidak mempunyai apa-apa rekod lampau. Di dalam rayuannya, OKT memohon maaf di atas kesalahannya. Beliau mengatakan telah amat menyesal dan insaf dan mohon dikenakan hukuman dari tarikh tangkap. Mempunyai 4 orang anak dan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahannya.
31
Hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan juga telah mahkamah ini ambilkira kesemuanya dimana faktor kepentingan awam adalah faktor utama di dalam pertimbangan untuk memberikan hukuman paling setimpal untuk OKT. Mahkamah juga diingatkan bahawa 16 perbuatan OKT adalah sangat keji dan hina. OKT telah berusia 58 tahun dan perlakuan sebegini adalah tidak wajar dilakukan oleh seorang yang telah tua seperti OKT. OKT juga sebagai seorang bapa kandung dimana sebagai seorang ketua keluarga seharusnya OKT melindungi anak-anaknya dan bukannya melakukan perbuatan yang terkutuk ini ke atas anak kandung dari darah dagingnya sendiri umpama “ibarat haruan makan anaknya sendiri” dan kesalahan ini adalah merupakan satu bentuk kesalahan yang serius dan satu hukuman yang berbentuk pengajaran perlu diberikan kepada OKT agar ianya dapat menjadi hukuman dan pengajaran kepada OKT dan mana-mana bakal pesalah lain.
32
Kenyataan Impak mangsa (Victim Impact Statement) juga telah mahkamah ambilkira sebelum mengenakan hukuman yang telah dijatuhi terhadap OKT dimana mangsa mengatakan berasa stress dan trauma dan hilang keyakinan diri khasnya kepada lelaki.
33
Oleh yang demikian, tempoh pemenjaraan selama 18 tahun tersebut adalah dirasakan setimpal dengan jenayah hina dan kejam yang telah dilakukan oleh OKT terhadap anak kandungnya sendiri. Segala perlakuan berterusan OKT yang terakam di dalam ingatan mangsa selama tiga (3) tahun ini pasti tidak akan dapat dilupakan oleh mangsa selama hayatnya yang waras. 17
34
Dari fakta kes sendiri yang telah diakui oleh OKT menunjukkan tingkahlaku kejam dan keganasan yang telah dilakukan oleh seorang bapa ke atas anaknya. Selain dari mencabul, meraba, mengesel, menindih dan bermacam-macam lagi perlakuan arah seksual telah dikenakan ke atas mangsa secara berulangkali, OKT juga melakukan kekerasan dan kecederaan terhadap mangsa.
35
Dengan memasukkan Lobak Merah ke dalam kemaluan mangsa sehingga berlaku kecederaan dan pendarahan kepada kemaluan mangsa sehingga menitis-nitis darahnya adalah merupakan suatu perkara yang berada di luar batas kemanusiaan yang waras yang boleh dilakukan oleh seorang ayah kepada anaknya. Selain dari itu, aksi memasukkan kemaluan OKT ke dalam mulut mangsa begitu menjijikkan untuk diperlakukan oleh seorang yang telah tua seperti OKT terhadap mangsa.
36
Oleh itu, apakah bentuk hukuman yang paling layak untuk diterima oleh OKT akibat dari perbuatan jenayah yang dilakukannya itu?. Ada kalanya, pengakuan bersalah OKT tidak semestinya diambilkira secara total di dalam mempertimbangkan peringanan hukuman sebagaimana lazim sekiranya kesalahan jenayah yang dilakukan olehnya begitu mendesak untuk membuatkan faktor ini diketepikan. Keparahan kepada suatu bentuk kesalahan boleh menyebabkan OKT tidak layak kepada 18 peringanan walaupun beliau telah mengaku bersalah sebagaimana diputuskan dalam kes-kes seperti Loh Hock Seng & Anor v PP (1980) 2 MLJ 13, FC, PP v Oo Leng Swee & Ors (1981) 1 MLJ 247, FC, Leo Say & Ors v PP (1985) 2 CLJ 155. Faktor kepentingan Awam khasnya di dalam kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini adalah lebih utama dari kepentingan peribadi OKT apabila beliau mengaku bersalah untuk diambilkira – kes Sim Gek Yong v PP (1995) 1 SLR 537, Ismail Rashid v PP (1999) 4 CLJ 402 dan adalah juga diingatkan bahawa pengakuan bersalah OKT tidak lah mengambil budibicara mahkamah untuk mengenakan suatu hukuman yang maksima ke atas OKT sekiranya bentuk kesalahan tersebut mewajarkan – kes PP v Gunasekaran a/l Arjunan & Anor (2006) 5 MLJ 527, Joginder Singh v PP (1984) 2 MLJ 133, PP v Roslan Imun (1999) 3 CLJ 494, Re Hong Yong v PP (2009) 76 AMR 528.
37
Selain dari itu, di dalam mempertimbangkan hukuman sekurang-kurangnya dua (2) Sebatan yang sepatutnya di kenakan terhadap OKT sebagaimana kehendak seksyen 16 Akta tersebut, mahkamah ini merasakan bahawa melihat kepada usia dan keadaan fizikal OKT yang telah tua dan agak uzur, maka mahkamah ini menggunakan budibicaranya dengan tidak mengenakan hukuman tersebut, yang mana hukuman itu secara undang-undangnya hendaklah 19 dikenakan ke atas OKT walaupun usia OKT telah melebihi 50 tahun yang mana ini adalah dibenarkan mengikut undang-undang sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 25 Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 tersebut.
38
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab mahkamah untuk memberikan hukuman yang mana hukuman itu adalah mencerminkan akan keseriusan suatu kesalahan ( PP v Khairudin (1982) 1 MLJ 331) dan mahkamah ini berpendapat bahawa tugas tersebut telah pun dilaksanakan. E.
39
Setelah mengambilkira prinsip dan kesemua faktor yang perlu di dalam menjatuhkan hukuman, maka mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan yang dikenakan terhadap OKT adalah selamat dan hukuman yang diberikan adalah adil, setimpal, wajar dan mengikut undang-undang. 20 Sekian. Disediakan oleh; KAMARUDIN BIN KAMSUN, Hakim, Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Johor Bahru. Bertarikh: 10 Oktober 2017. Pendakwa Raya: Puan Suhaila Shafi’udin. Timbalan Pendakwa Raya Johor. OKT mewakili diri sendiri.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.