Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI, JOHOR PERBICARAAN JENAYAH NO: 62JS – 42 – 10/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN HAMID DULUP BIN KAMAL AHMAD ALASAN KEPUTUSAN A.
62JS-42-10/2016
Sessions Court of Malaysia24 Aug 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(2) (Repealed by Act 27 of 1963).”
“upreme Court's view, the approach of assessing sentence adopted by the learned Judge supposedly based on English authorities by harmonising them with the maximum sentence of 20 years in s. 409 of the Penal Code,was not only misleading but was wrong in principle. When the legislature fixed a maximum penalty for an offen”
“endaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut ( Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210 ).”
“klah dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya ( Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI, JOHOR PERBICARAAN JENAYAH NO: 62JS – 42 – 10/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN HAMID DULUP BIN KAMAL AHMAD ALASAN KEPUTUSAN A.
1
Di dalam kes ini, OKT telah dituduh dengan 2 pertuduhan sebagai mana berikut:- 2 Tuduhan Pertama; “Bahawa kamu pada pertengahan bulan Ogos 2016 lebih kurang jam 1830 petang, di dalam rumah alamat No. 03-04 Blok U, Jalan Camar 12, Taman Perling di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor, telah merogol (1) P/M Nama: Johara Bibi Binti Mohd Rofiq yang berumur 10 tahun 9 bulan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh di hukum di bawah seksyen 376 Kanun yang sama. Tuduhan Kedua; “Bahawa kamu pada 03/10/2016 jam lebih kurang 0459 pagi di No. 03-04, Blok U, Jalan Camar 12, Taman Perling, di dalam daerah Johor Bahru Utara, di dalam negeri Johor, di dapati tiada memiliki apa-apa pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang kepada kamu untuk memasuki Negara ini. Dengan itu telah melanggar peruntukan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yng boleh dihukum di bawah seksyen 6(3) Akta yang sama.” 3
2
Terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut, OKT telah mengaku bersalah dan telah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara sebagaimana berikut;- Tuduhan pertama – penjara 10 tahun dari tarikh tangkap dan 6 kali sebatan. Tuduhan Kedua – penjara 3 tahun dari tarikh tangkap Kesemua hukuman penjara di jalankan serentak.
3
Terhadap keputusan tersebut pihak OKT telah tidak berpuashati dan membuat rayuan terhadap Hukuman dan Sabitan. B.
4
Kesemua Pertuduhan dan Fakta kes telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT di dalam bahasa ibunda OKT iaitu Bahasa Myanmar/Rohingya. 4
5
Pada peringkat awal kes ini dipertuduhkan di mahkamah, OKT telah minta dibicarakan ke atas kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Pada awalnya jurubahasa bernama Abul Kasim@ Maung Sen Win hadir memperterjemahkan prosiding. Selanjutnya ketika perbicaraan di jalankan, SP1 telah memberikan keterangan. SP1 ini adalah mangsa kepada OKT. Segala prosiding perbicaraan ini telah diterjemahkan dan diterangkan oleh jurubahasa Myanmar bernama Md Yusof Bin Md Sharif.
6
Setelah SP1 memberikan keterangan, kes telah ditangguhkan untuk sambung bicara dan pada tarikh 24.8.2017 iaitu ketika tarikh kes sambung bicara, pertuduhan telah dibacakan semula, dan OKT telah menukar pengakuannya kepada pengakuan bersalah dan kesemua prosiding ini telah diterjemahkan dan diterangkan oleh Jurubahasa Myanmar bernama Ahmed.
7
Pertuduhan itu adalah dibacakan dari bahasa Malaysia ke bahasa Myanmar dan telah diterjemah dan diterangkan akan sifat dan akibat pengakuannya dan kesemuanya ini telah difahami oleh OKT dengan disahkan oleh jurubahasa tersebut. 5
8
Begitu juga segala prosedur pengemukaan fakta kes dan ekhibit telah dilakukan dan diterjemahkan segalanya di dalam bahasa Malaysia ke dalam bahasa Myanmar dan telah difahami dengan jelas dan diakui oleh OKT segala maksud, kesan dan akibat dari pengakuan bersalahnya tersebut.
9
Rayuan sebelum hukuman oleh OKT juga telah diterjemahkan dari bahasa Myanmar ke dalam bahasa Malaysia dan kesemua pihak telah memahami kedudukan dan keadaan kes masing-masing.
10
Mahkamah ini dengan itu merasakan bahawa sabitan yang dikenakan ke atas OKT adalah selamat dan tidak pernah memprejudiskan OKT dimana OKT faham segala apa yang berlaku di dalam mahkamah dan faham sifat dan akibat dari pengakuannya, yang mana beliau telah diterangkan segala sebab, sifat dan akibat dari pengakuannya, bentuk hukuman yang menunggunya dan apa yang boleh dikenakan terhadapnya dan beliau sedia menghadapinya. Maka adalah tidak relevan untuk sekarang sekiranya beliau mempertikaikan sabitan yang telah dibuat keatasnya atas apa jua alasan lain melainkan beliau sendiri dengan rela 6 hati telah membuat pengakuan bersalah terhadap kesalahan yang telah dipertuduhkan ke atasnya.
11
Selanjutnya, sebagaimana yang telah disahkan dan diakui benar oleh OKT sepertimana yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menerusi ekhibit P2, fakta kes ini adalah sebagaimana berikut.
12
Pada pertengahan bulan Ogos 2016 jam lebih kurang 6.30 petang di rumah alamat No. 03-04 Blok U jalan Camar 12, Taman Perling, mangsa seorang kanak-kanak wanita berumur 10 tahun telah dirogol oleh seorang warganegara Myanmar iaitu OKT.
13
Pada 1/10/2016 semasa bapa mangsa berada di rumah telah diberitahu oleh anaknya tidak datang period selama 2 bulan dan telah membawa anaknya ke klinik dan didapati telah mengandung. Mangsa memberitahu tertuduh telah datang ke rumah mangsa semasa ahli keluarga tiada di rumah dan telah merogol mangsa. 7
14
Tertuduh telah menarik tangan mangsa ke katil dan telah membuka seluar mangsa dan telah menarik seluar dalam mangsa dan menyebabkan mangsa terbogel. Kemudian Tertuduh telah memasukkan kemaluan tertuduh terus ke dalam kemaluan mangsa dan mangsa berasa sakit dan menangis.
15
Mangsa telah dirujuk ke hospital pada 3.10.2016 dan telah menjalani pemeriksaan doktor dan mengesahkan mangsa hamil dan mangsa tinggal di hospital selama satu minggu dan semasa di hospital di dapati mangsa telah keguguran dan doktor telah mengambil sampel darah dari janin yang dibersihkan sepertimana dalam laporan perubatan yang dikeluarkan.
16
Sampel darah telah di hantar ke Jabatan Kimia bersama-sama specimen darah tertuduh dan mangsa. Laporan kimia bertarikh 1.11.2016 mengesahkan bahawa tertuduh adalah merupakan “biological father” dan mangsa adalah “biological mother” kepada janin tersebut. 8
17
Semakan daripada jabatan Imigresen mengesahkan OKT tidak mempunyai rekod pergerakan warga asing dan tidak mempunyai passport yang sah.
18
OKT telah mengaku sepertimana pertuduhan. C.
19
Undang-undang tidak pernah membuat suatu penetapan hukuman ke atas suatu kes tertentu tetapi hanya meletakkan suatu hukuman maksima terhadapnya dan ini tidak bermakna bahawa suatu hukuman maksima hendaklah sentiasa dikenakan di dalam setiap kes mengenainya ( Mohd Jalani bin Saliman v PP [1997] 5 MLJ 551), maka terpulanglah kepada mahkamah tersebut mengenakan suatu hukuman yang dirasakan sesuai dalam lingkungan julat hukuman yang dibenarkan tertakluk kepada fakta dan keadaan kes masing-masing. Adalah menjadi tugas mahkamah untuk mengenakan suatu hukuman yang mana hukuman tersebut dapat mencerminkan keseriusan suatu kesalahan yang telah dilakukan (PP v Khairudin [1982] 1 MLJ 331). Tujuan meletakkan budibicara kepada Penghukum adalah bagi membenarkan Penghukum memberikan hukuman 9 yang dirasakan paling sesuai di dalam setiap satu kes secara berasingan dan apa-apa kecenderungan untuk menyeragamkan hukuman bagi sesuatu kesalahan hendaklah dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya ( Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).
20
Suatu pertimbangan yang adil perlu dilihat dan dibuat antara keperluan kepada suatu hukuman yang mencegah dan juga peluang kepada tertuduh untuk dipulihkan (Kesavan Senderan v PP [1999] 1 CLJ 343). Setiap penghukuman hendaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut ( Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210 ).
21
Di dalam menjatuhkan suatu hukuman, pertimbangan yang diambilkira sebelum hukuman dijatuhkan ialah kepentingan awam, keadaan suatu kesalahan tersebut dan juga latarbelakang pesalah berkenaan. Suka ditekankan bahawa menurut kes R v Sargeant (1974) 60 Cr App R 74, merumuskan bahawa “Society, through the courts, must 10 show its abhorrence for the occurrence of particular types of crime and the only way which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts act as a vehicle to show abhorrence for particular types of criminal conduct. However, the courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, court could not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion.”(ulasan oleh penulis buku “The process of criminal justice”). Oleh itu, mahkamahlah yang sepatutnya melaraskan dan melakarkan apa kehendak yang patut dibentuk oleh masyarakat menerusi hukuman yang dibuatnya.
22
Prinsip klasik di dalam menilai suatu hukuman yang bakal dikenakan terhadap pesalah ialah sebagaimana diputuskan dalam kes R v Sargeant, supra, iaitu: “retribution, deterrence, prevention and rehabilitation.” Kes R v Sargeant, supra, juga turut mengariskan apakah panduan di dalam menentukan suatu tempohmasa pemenjaraan yang sesuai yang patut dikenakan terhadap pesalah yang mana antara lainnya ialah; sifat dan keseriusan suatu kesalahan tersebut, keadaan dimana kesalahan tersebut dilakukan, diskaun kepada keinsafan dan akhirnya imbangan diantara kepentingan awam di dalam mencegah kesalahan tersebut dan peluang pesalah memulakan kehidupan yang baru. 11 D.
23
Pada pendapat mahkamah, hukuman yang diberikan ke atas kedua-dua pertuduhan ini adalah setimpal dan wajar serta mengikut undang-undang. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan; Section 376. Punishment for rape.
1
Subject to subsections (2), (3) and (4), whoever commits rape shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be punished with whipping. [Am. Act A1536/2017]
2
Whoever commits rape on a woman under any of the following circumstances:
a
at the time of, or immediately before or after the commission of the offence causes hurt to her or to any other person;
b
at the time of, or immediately before or after the commission of the offence, puts her in fear of death or hurt to herself or any other person;
c
the offence was committed in the company of or in the presence of any other person;
d
without her consent, when she is under sixteen years of age;
e
with or without her consent, when she is under twelve years of age;
f
with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her; [(f) Am.Act A1471/2014]
g
at the time of the offence the woman was pregnant; [(g) Am.Act A1471/2014]
h
when by reason or on occasion of the rape, the woman becomes insane;
i
when he knows that he is afflicted with the Human Immuno-Deficiency Virus (HIV)/Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) or any other sexually transmissible disease and the virus or disease is or may be transmitted to the woman;
j
when by reason or on occasion of the rape, the woman commits suicide; or
k
when he knew of the mental disability, emotional disorder or physical handicap of the woman at the time of the commission of the crime, [(h), (i), (j), (k) Ins.Act A1471/2014] shall be punished with imprisonment for a term of not less than ten years and not more than thirty 12 years and shall also be punished with whipping. [Am. Act A1536/2017]; [Am.Act A1471/2014]
24
Makala seksyen 6(3) Akta Imigresen memperuntukkan; Section 6 . Control of entry into Malaysia.
1
No person other than a citizen shall enter Malaysia unless-
a
he is in possession of a valid Entry Permit lawfully issued to him under section 10; [Am. Act A985: s.4]
b
his name is endorsed upon a valid Entry Permit in accordance with section 12, and he is in the company of the holder of the Permit; [Am. Act A985: s.4]
c
he is in possession of a valid Pass lawfully issued to him to enter Malaysia; or
d
he is exempted from this section by an order made under section 55.
2
(Repealed by Act 27 of 1963).
3
Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both, and shall also be liable to whipping of not more than six strokes. [Am. Act A 1154:s.4]
25
Di dalam kes ini, kes ini telah diambilkira sebagai panduan; kes Mahkamah Agong ketika itu di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang (1987) CLJ (rep) 209; yang mengatakan;- Held: 13 [1] The Supreme Court agreed with the principle laid down in Reg.v. Barrick that in breach of trust cases in general a term of immediate imprisonment would be inevitable, save in very exceptional circumstances or where the amount of money involved was small. This must be the current sentencing policy even if the accused pleaded guilty. In the Supreme Court's view, the approach of assessing sentence adopted by the learned Judge supposedly based on English authorities by harmonising them with the maximum sentence of 20 years in s. 409 of the Penal Code,was not only misleading but was wrong in principle. When the legislature fixed a maximum penalty for an offence, the discretion of the Court in determining the extent to which in a particular case the punishment should be awarded must be exercised judicially. [2] In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentence that have been imposed in the past for similar offences to 14 determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. [3] A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentence not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence. The sentence imposed on the appellant was manifestly excessive. It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between ¼ and 1/3 of what otherwise would have been the sentence. In this particular case, apart from plea of guilty, the sentence must also be discounted to reflect the full restitution made and other mitigating factors. 15 [4] Although the learned Judge indicated in his judgment that he had given the necessary discounts they were not reflected at all in the sentence imposed, as it was imposed without regard to the particular facts of this case and without giving the appellant any or sufficient credit for all the mitigating circumstances. The recommended prison terms in Barrick were not meant for pleading guilty cases. If the learned Judge had not fallen into error in misreading the facts and the law in Barrick and Davies he would probably have found that a 4 year sentence would adequately fit the crime which by any standard was severe enough to satisfy the justice of this case. [5] Since full restitution had been made and the appellant had not enriched himself personally by the crime, the Supreme Court found no purpose in imposing a fine in addition to custodial sentence.
26
Kesemua faktor yang dicadangkan di dalam kes tersebut telah mahkamah ini ambilkira dan diselaraskan dengan Fakta kes di hadapan kita ini sebelum mahkamah ini menjatuhkan hukuman. 16
27
OKT telah mengaku bersalah dan pengakuan bersalahnya ini perlu diambilkira sebagai satu faktor peringanan utama. Namun demikian mahkamah juga harus melihat bahawa di dalam jenayah serius dan hina serta kejam seperti ini, pengakuan salah OKT juga tidak harus dipertimbangkan sebagai faktor peringanan sepertimana yang telah banyak diputuskan dalam nas-nas undang-undang. OKT juga tidak mempunyai apa-apa rekod lampau. Di dalam rayuannya, OKT memohon maaf di atas kesalahannya. Beliau telah kesal dan insaf. Datang ke Malaysia setelah rumahnya di bakar di Myanmar. Mempunyai 7 orang adik beradik dan membantu keluarganya dikampung. Berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahannya dan ingin balik ke Negara asalnya.
28
Hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan juga telah mahkamah ini ambilkira kesemuanya dimana faktor kepentingan awam adalah faktor utama di dalam pertimbangan untuk memberikan hukuman paling setimpal untuk OKT. Mahkamah juga diingatkan bahawa OKT mempunyai 2 pertuduhan yang serius dan satu hukuman yang berbentuk pengajaran perlu diberikan kepada OKT agar ianya dapat menjadi hukuman dan pengajaran kepada OKT dan mana-mana bakal pesalah lain. 17
29
Oleh yang demikian, Dari tempoh asal selama 30 tahun yang dibenarkan oleh undang-undang, tempoh pemenjaraan selama 10 tahun yang dikenakan terhadap OKT tersebut adalah dirasakan setimpal dengan jenayah kejam yang telah dilakukan oleh OKT (kos sara hidup OKT (yang bukan warganegara) selama tempoh pemenjaraan itu juga perlu dilihat dan diambilkira secara ekonomi) dimana disamping hukuman pemenjaraan itu OKT juga telah dikenakan hukuman 6 kali sebatan yang mana mahkamah merasakan cukup dan setimpal dengan kesalahan tersebut.
30
OKT seharusnya bersyukur kerana dapat menyelamatkan nyawanya dari diancam di Negara asalnya sendiri dan menumpang hidup di bumi bertuah Malaysia ini dan bukannya melakukan onar sepertimana yang terjadi.
31
Perbuatan merogol kanak-kanak gadis sunti yang berusia 10 tahun 9 bulan sehingga mangsa mengandung dan keguguran ini adalah satu perbuatan yang hina lagi terkutuk dan semestinya dibendung dan dicegah dimana suatu hukuman yang berat dan menginsafkan perlu diberikan bagi menampaikan mesej kepada OKT dan masyarakat bahawa pihak 18 mahkamah memandang serius dan berat untuk kes-kes jenayah yang melibatkan kesalahan seksual dan kanak-kanak seperti kes ini.
32
Tingkah laku OKT yang merupakan seorang Pendatang Asing yang datang dan masuk ke Negara ini secara haram dan kemudiannya melakukan kesalahan adalah suatu perlakuan yang tidak boleh diterima dengan langsung tidak menghormati dan meremehkan undang-undang tegas Negara ini dan oleh itu hendaklah dikenakan hukuman yang lebih keras dan sepadan sebagai ingatan dan amaran kepada mana-mana bakal pesalah lain.
33
Semoga tempoh pemenjaraan yang lama ini dapat manjadi iktibar kepada OKT dan mengubah OKT menjadi insan yang lebih baik dan mulia setelah dibebaskan kelak selain kesan parut dari luka libasan rotan di kulit punggungnya yang tersiat akibat sebatan nanti dapat mengingatkan OKT dan yang paling penting kepada mana-mana bakal pesalah lain dari melakukan kesalahan dan jenayah yang sama di masa hadapan. 19 E.
34
Setelah mengambilkira prinsip undang-undang dan kesemua faktor yang perlu di dalam menjatuhkan hukuman, maka mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan yang dikenakan terhadap OKT adalah selamat dan hukuman yang diberikan adalah adil, setimpal, wajar dan mengikut undang-undang. Sekian. Disediakan oleh; tt. KAMARUDIN BIN KAMSUN, Hakim, Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Johor Bahru. Bertarikh: 24 Ogos 2017. Pendakwa Raya: Puan Suhaila. Timbalan Pendakwa Raya Johor. OKT mewakili diri sendiri.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.