Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-A52NCvC-43-07/2022 PUBLIC BANK BERHAD (NO.SYARIKAT : 19650100672(6463-H)]
BL-A52NCC-43-07/2022
Sessions Court of Malaysia23 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(“literal approach”). Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Malaysian Bar V Dato’ Kanagalingam A/L Veluppillai ([2004] 4 MLJ 153) telah memutuskan seperti berikut: “..Reading the wording of s 103E of the Legal Profession Act 1976, we are of the view that there is no ambiguity therein, since the wordings used are 'Any party”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-A52NCvC-43-07/2022 PUBLIC BANK BERHAD (NO.SYARIKAT : 19650100672(6463-H)]
1
DAN QUANTUM PETROLEUM (M) SDN BHD (No.syarikat : 705805T)
2
MANIMARAN A/L PERIASAMY (No. Syarikat : 660311-06-5455) ..DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 38) (PERMOHONAN PLAINTIF MENURUT ATURAN 14A DAN ATURAN 33 KAEDAH 2 DAN 5 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012) PENGENALAN [1] Ini adalah permohonan Plaintif di bawah Aturan 14A dan Aturan 33 Kaedah 2 dan 5 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk menentukan satu isu undang-undang dan perintah seperti berikut:
a
Mahkamah yang mulia ini menentukan persoalan samada Plaintif perlu memperolehi perintah Mahkamah di bawah Seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 sebelum melaksanakan hak untuk mengambil semula milikan kenderaan Mercedes Benz Model S300L (A) dengan nombor pendaftaran BMU 8988;
b
Sekiranya jawapan bagi persoalan diatas memihak kepada pihak Plaintif, Mahkamah yang mulia ini selanjutnya membenarkan tuntutan Plaintif 2 | P a g e terhadap Defendan pertama sepertimana yang dipohon di perenggan 14
a
(a), (b) , (c) dan (d) pernyata tuntutan Plaintif;
c
Sekiranya jawapan kepada persoalan diatas memihak kepada pihak Defendan pertama, Mahkamah yang mulia ini menaksir ganti rugi pihak Defendan pertama dan memberi perintah yang sewajarnya berdasarkan kepada Tuntutan Balas pihak Defendan pertama;
d
Kos
e
Lain-lain relif yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah. DOKUMEN YANG DIRUJUK [2] Dokumen-dokumen yang dirujuk ialah:
i
Notis permohonan bertarikh 26.06.2024 (lampiran 63);
II
(ii) Afidavit sokongan diikrarkan oleh Wee Mong Sin Bin pada 26.06.2024 (lampiran 64);
III
(iii) Afidavit jawapan Defendan pertama yang diiikrarkan oleh Ralph Michaeal pada 12.07.2024 (lampiran 65);
IV
(iv) Afidavit balasan Plaintif yang diiikrarkan oleh Wee Mong Sin pada 25.07.2024 (lampiran 66); LATAR BELAKANG FAKTA [3] Plaintif adalah sebuah syarikat kewangan yang diperbadankan di Malaysia. Defendan pertama adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan merupakan pelanggan (“hirer”) Plaintif manakala Defendan kedua adalah seorang individu warganegara Malaysia yang merupakan pemjamin kepada Defendan pertama. [4] Melalui satu perjanjian sewa beli No.850175736 (Note No. 90010) bertarikh 24.04.2025 (“perjanjian tersebut”) yang ditandatangan antara Plaintif dan Defendan pertama, Plaintif telah bersetuju menyewakan Defendan pertama sebuah kenderaan 3 | P a g e “terpakai” jenis Mercedez Benz S300L (A) dengan nombor pendaftaran BMU8988 nombor enjin 27294630021660 dengan nombor cassis WDD221546L004095 dengan harga sewa beli RM324,890.20. [4] Pihak Defendan kedua telah menandatangani satu surat jaminan bertarikh 24.04.2025 di mana Defenddan kedua bersetuju menanggung dan menjamin kesemua liabiliti Defendan pertama kepada Plaintif di bawah perjanjian tersebut. [5] Antara syarat-syarat yang dipersetujui adalah seperti berikut:
a
Harga tunai kenderaan tersebut adalah RM270,000.00 dan deposit yang dibayar oleh Defendan pertama adalah RM91,716.20;
b
Selanjutnya, Defendan pertama hendaklah membayar secara 84 bayaran ansuran bulanan sebanyak RM2,776.00 setiap satu bulan dan satu ansuran bulanan terakhir sebanyak RM2,776.00 bermula dari 24.06.2015 dan seterusya pada setiap 24 haribulan untuk bulan-bulan yang berikutan;
c
Faedah pada kadar 8% setahun dikira atas baki harian akan dikenakan ke atas bayaran ansuran bulanan yang tertunggak dan/atau baki-baki terhutang di bawah perjanjian tersebut sehingga tarikh pembayaran atau penjelasan sepenuhnya;
d
Defendan pertama akan menanggung kesemua kos tindakan guaman atas dasar peguam dan anak guam;
e
Sekiranya Defendan pertama gagal membuat bayaran ansuran dalam tempoh yang dipersetujui . Plaintif berhak menamatkan perjanjian tersebut dan mengambil alih milikan kenderaan tersebut; [6] Melalui notis berkanun Jadual Keempat Akta Sewa Beli 1967 bertarikh 27.11.2020 melalui pos berdaftar, Plaintif memberikan Defendan pertama dan keduaa notis untuk mengambil semula kenderaan tersebut sekiranya Plaintif tidak menyelesaikan tunggakan RM9.034.85 termasuk faedah tunggakan setakat masa tersebut tidak diselesaikan dalam masa 21 hari. 4 | P a g e [7] Selepas itu, Plaintif telah mengeluarkan kepada Defendan pertama dan kedua satu notis bertarikh 13.12.2020 yang telah dihantar melalui pos berdaftar pada 15.12.2020
Preamble
mengikut peraturan 15(1) Peraturan-peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula barangan) 2011. Defendan pertama an kedua telah gagal dan/atau cuai untuk mematuhi kedua-dua notis tersebut. [8] Pihak Defendan pertama telah memungkiri perjanjian tersebut apabila Defendan pertama telah gagal dan/atau cuai dan/atau enggan untuk membuat bayaran yang tertunggak sejumlah RM9,034.85 termasuk faedah tunggakan setakat 27.11.2020; [9] Pihak Plaintif telah kemudiannya mengambil semula milikan (“repossession”) kenderaan tersebut pada 4.01.2021 dan berjaya melupuskan kenderaan tersebut pada 11.05.2021 dengan harga lelongan sebanyak RM30,000.Jum lah harga lelongan diterima pada 18.05.2021. [10] Setelah menolak hasil lelongan awam tersebut, terdapat baki terhutang yang perlu di bayar oleh Defendan pertama sebanyak RM44,578.93 setakat 30.06.2021. [11] Sehubungan dengan itu, Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap Defendan pertama dan kedua menuntut baki terhutangRM44,578.93 setakat 30.06.2021 tersebut dengan kos. [12] Defendan Pertama dalam menyewa kereta tersebut, telah membayar jumlah deposit sebanyak RM91,716.20, dan selepas itu dikehendaki membayar sejumlah RM2,776.00 setiap bulan selama lapan puluh tiga (83) bulan, dan RM2766.00 pada bulan ke-84 setelah semua pembayaran sebelum itu dilakukan. Bayaran telah dibuat melebihi yang diperlukan dan Defendan Pertama membuat pembayaran sebanyak RM3,000.00 sebulan 5 | P a g e [13] Defendan Pertama telah menghentikan pembayaran di bawah Perjanjian Sewa Beli selepas Mac 2020, semasa Kerajaan telah mengarahkan bahawa pembayaran balik ditangguhkan secara automatik selama enam (6) bulan. Defendan Pertama kemudiannya telah menghentikan “bayaran auto debit” di mana pembayaran di bawah Perjanjian tersebut akan ditolakkan secara automatik daripada bank account Defendan Pertama. [14] Defendan Pertama telah membuat pembayaran kepada Plaintif dalam anggaran sepanjang lima puluh lapan (58) bulan dan membuat bayaran dalam anggaran sejumlah 174,000.00. [15] Jumlah 174,000.00 dengan penambahan jumlah bayaran deposit, RM91,716.20 pada hakikatnya telah membuat pembayaran melebihi 75% dari harga tunai ke atas harga sewa beli. [16] Pengiraan yang berkaitan adalah seperti berikut: Harga Sewa Beli = RM324,890.20 58 bulan x RM3,000.00 = RM174,000.00 Harga deposit = RM91,716.20 Baki = RM59,173,80 or 18.21% [17] Setelah tempoh moratorium automatik terakhir, Defendan Pertama secara tidak sengaja lupa untuk mengembalikan semula tempoh pembayaran berkenaan Perjanjian tersebut,walaupun pembayaran telah dibuat untuk mengakses jumlah Perjanjian tersebut.Sebelum itu, Defendan pertama cuba membuat bayaran RM1,000 dan RM2,800 tetapi ditolak oleh Plaintif. [18] Defendan Pertama kemudian diberitahu bahawa Plaintif telah berniat untuk mengambil semula kereta tersebut kerana terdapat tiga (3) bulan tunggakkan iaitu untuk bulan Mac 2020, Oktober 2020 dan November 2020. [19] Tunggakan tersebut adalah dinafikan memandangkan pembayaran untuk bulan Mac 2020 ditolak oleh Plaintif sendiri, sementara tunggakkan untuk Oktober 2020 dan November 2020 adalah tidak sengaja disebabkan tangguhan (automatic moratoriumorder) adalah tempoh masa yang panjang di antaranya. 6 | P a g e [20] Defendan Pertama adalah bersedia untuk membuat pembayaran balik seperti dinyatakan di dalam jadual pembayaran dan semasa Defendan Pertama telah mengetahui mengenai tunggakkan tersebut, Defendan Pertama telah berusaha untuk membuat pembayaran yang tepat dengan segera. [21] Namun begitu, selepas itu, Plaintif secara tidak sah mendapat balik (repossessed ) milikan Kereta tersebut pada 04.01.2021, apabila Defendan telah membuat bayaran sekitar 81.79% berdasarkan harga sewa beli. [22] Pihak Defendan pertama menyatakan pengambilan semula kenderaan tersebut oleh Plaintif adalah tidak sah kerana perintah mahkamah di bawah seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 tidak diperolehi sebelum itu . Memandangkan jumah pembayaran ansurannya telah melebihi 75% harga jualan, satu perintah Mahkamah adalah diperlukan. [23] Memandangkan pengambilan semula kenderaan tersebut tidak sah, Defendan pertama menuntut memohon ganti rugi khas untuk kehilangan kegunaan Kereta tersebut , di mana Defendan pertama telah menanggung perbelanjaan jumlah minimum RM200.00 setiap hari dari 04.01.2021 hingga 18.05.2021 (tarikh lelongan yang salah). Ia adalah selama 135 days (termasuk tarikh lelong yang salah) dan Defendan Pertama telah mengalami kerugian khas berjumlah RM27,000.00. [24] Defendan Pertama menuntut balas teradap Plaintif ini untuk perintah ganti rugi am sebanyak RM 265,716.20,ganti rugi khas sebanyak RM2 7,000.00 bersama faedah dan kos. [25] Namun begitu, Plaintif, di dalam pembelaan tuntutan balasnya menyatakan ansuran bulanan Defendan pertama adalah tidak melebihi 75% daripada harga tunai kenderaan tersebut dan Plaintif tidak perlu memperolehi perintah mahkamah sebelum melaksanakan haknya mengambil semula milikan kenderaan tersebut menurut seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967. 7 | P a g e [26] Penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan terhadap Defendan kedua pada 20.10.2021. [27] Pada 23.12.2024, Mahkamah ini telah memberi membenarkan lampiran 63 dan memberi perintah seperti yang dipohon oleh Plaintif. [28] Defendan pertama tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah dan telah memfailkan rayuan kae Mahkamah Tinggi. ALASAN PERMOHONAN PLAINTIF [29] Pada 25.05.2024, pihak-pihak bersetuju menjalankan perbicaraan tanpa pemanggilan saksi di bawah Aturan 14A dan Aturan 33 Kaedah 2 dan 5 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk melupuskan kes ini melalui satu permohonan di bawah Aturan-aturan tersebut dengan persoalan undang-undang samada pihak Plaintif perlu memperolehi perintah Mahkamah menurut seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 sebelum melaksanakan hak untuk mengambil semula milikan kenderaan tersebut dan berdasarkan dokumen-dokumen dalam lampiran 47. HUJAHAN PLAINTIF [30] Plaintif berhujah bahawa pihak Plaintif telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen 16 (1) Akta Sewa Beli 1967 dalam mengambil semula milikan kenderaan tersebut daripada pihak Defendan pertama pada 4.01.2021 di mana sudah terdapat tunggakan bayaran ansuran bulanan berjumlah 4 bulan belum dijelaskan. [31] Seterusnya, Defendan telah gagal membuat bayaran tertunggak sebanyak RM9,034.85 termasuk faedah setakat 27.11.2020. Plaintif telah menghantar notis niat untuk megambil balik milikan kenderaan tersebut menurut Jadual Keempat Akta 8 | P a g e Sewa Beli 1967 dan tempoh selama 21 hari telah pun tamat selepas notis berkanun diberikan kepada Defendaan pertama( rujuk kes Chong SengYong v Credit Corp
1982
CLJ REP 428). [32] Selanjutnya, bayaran ansuran Defendan pertama adalah tidak mengikut bahagian keempat (IV) “PART IV-Particulars relating to the payment” dalam perjanjian tersebut dan pembayaran ansuran bulanan (“payment of instalment amounts”) Defendan pertama tidak melebihi 75% daripada jumlah harga tunai (“cash price”) kenderaan seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 16 (1A) Akta Sewa Beli 1967. [33] Harga tunai kenderaan tersebut (“cash price of goods”) telah dinyatakan dengan jelas di bahagian ketiga (III) (“part III-table of payment”) dalam perjanjian tersebut iaitu RM270,00. Sebenarnya, bayaran ansuran Defendan pertama hanya 59.63% sahaja dan dakwaan Defendan pertama haruslah ditolak kerana Defendan pertama telah mengguna pakai Harga Sewa beli dan bukannya Harga Tunai (“Cash Price of goods”) seperti yang dikehendaki oleh seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli tersebut. [34] Butiran pengiraan mengikut seskyen 16 Akta Sewa Beli 1967 adalah seperti berikut: Jumlah pembayaran: RM161,012.00 Harga tunai: RM270,000.00 = RM161,012.00 /RM270,000.00 X 100% =59.63% [35] Defendan pertama telah membuat bayaran ansuran sebanyak 58 ansuran bulanan berjumlah RM161,012.00 dan ianya hanya berjumlah 59.63% jika dibahagikan dengan harga tunai kenderaan berjumlah RM270,000 (“cash price of goods”). 9 | P a g e [36] Perbandingan pengiraan Plaintif dan Defendan pertama adalah seperti berikut: Pengiraan Bank Menurut Akta Sewa Beli 1967 Pengiraan Defendan pertama (Pengiraan yang salah) Peratusan Bayaran Ansuran Dihbahagi dengan Harga Tunai setakat 27.11.2020 =Jumlah ansuran dibayar X 100% Harga tunai =RM161,012.00 X 100% RM270,000 =59.63% =Jumlah ansuran dibayar +deposit _____________________ x 100% Harga belian + Harga penyewaan + Premium insurans = RM265,716.20 X 100% RM324,890.20 =81.79% Perintah Mahkamah tidak diperlukan kerana jumlah bayaran yang dibayar kurang 75% Deposit, Harga penyewaan dan premium insurans tidak sepatutnya diambil kiraan dalam pengiraan peratusan mengikut seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967. [37] Plaintif telah menyatakan dengan jelas perumus (formular) berpandukan pengiraan seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 tersebut. Hujahan Defendan perlu ditolak. JAWAPAN DEFENDAN [38] Seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 tidak menetapkan pengiraan yang dinyatakan oleh pihak Plaintif. Pengiraan tersebut adalah diatas “Part III-Table of Payment”perenggan (i) “Cash price of goods RM270,000” sahaja. Perumus (formular ) pengiraan dengan butiran adalah dinyatakan oleh pihak Plaintif pertama kali dinyatakan dalam affidavit balasan Plaintif lampiran 34 sahaja. [39] Pengiraan ini juga tidak dinyatakan dalam perjanjian sewa beli antara Plaintif dan Defendan pertama . Pihak Defendan menyatakan pengiraan yang sepatutnya adalah dengan mengambil kira jumlah ansuran dibayar dan harga tunai. 10 | P a g e [40] Pengiraan Plaintif adalah tidak termasuk jumlah deposit .Jumlah anuran tidak termasuk deposit adalah RM161,012.00 tetapi harga tunai adalah jumlah yang termasuk deposit adalah RM270,000.Harga tunai yang tidak termasuk deposit adalah RM178,283.80 sahaja. Ianya adalah tidak masuk akal bahawa penilaian kedua-dua jumlah adalah berbeza. [41] Sebaliknya, ansuran yang perku dibayar di bawah perjanjian tersebut adalah RM233,174.00 (tidak termasuk deposit dan termasuk faedah ), dan jumlah telah dibayar dinyatakan oleh Defendan adalah RM174,000 (tidak termasuk deposit dan termasuk faedah sebagai ansuran) , jumlah yang telah dibayar masih lebih 75% seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 16 Akta Sewa Beli 1967. [42] Perjanjian tersebut tidak menyatakan “jumlah ansuran di bayar “ tidak termasuk jumlah deposit. Jumlah bersih tertunggak adalah diterangkan di perenggan 13.7.1 perjanjian tersebut dan amaun deposit adalah tidak diambil kira. Walaubagaimanapun, jumlah ansuran dibayar tidak dinyataan dalam perjanjian. [43] Selain itu, ms 19 ikatan dokumen Bersama, pengiraan 8% caj kelewatan atas 6 hari kelewatan sebanyak RM10.00 setahun sepatutnya RM0.013 dan bukanlah RM0.61. [44] Pindaan akta Sewa beli 1967 menurut hansard adalah tujuan melindungi hak pelanggan (consumer) semasa majoriti pinjaman pokok telah dibayar. Penyata Rasmi Dewan Rakyat (Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat pertama ) Bil.4 18 mac 2010: “..10. Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Perdagagan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan menyatakan samada Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Sewa Beli bagi menjamin pemilik kenderaan daripada tindakan tidak bermoral semasa proses menarik balik kenderaan oleh pihak peminjam , dan memastikan bahawa syarikat peminjam perlu mendapatkan perintah mahkamah seandainya pembeli telah melangsaikan 75% daripada jumlah pinjaman. 11 | P a g e Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih Yang Dipertua, Tuan Yang Di-pertua , kerajaan sememangnya bercadang melaksanakan pindaan ke atas Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] bagi memastikan akta tersebut kekal relevan mengikut peredaran masa. .. Sekiranya penyewa telah membayar lebih satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pinjaman dan maklumat terperinci berhubung pindaan tetsebut akan dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini apabila Rang undang-undang Akta Sewa beli 1967 , pindaan 2010 dibentangkan untuk bacaan kali pertama kelak. Terima kasih. Tuan Wee Choo Keong [wangsa maju] : Saya minta soalan tambahan saya adalah samada kementerian ada apa-apa guidelines pada masa sekarang sebelum pindaan yang akan dibentangkan di dalam Parlimen bahawa supaya untuk mengaal kegiatan atau tindakan-tindakan oleh syarikat kewangan semasa mereka menarik semula kenderaan daripada peminjam-peminjam yang telah bayar semula 70% pokok yang mereka pinjam itu. Oleh sebab kalaukita lihat dalam keadaan sedemikian, semasa kita telah bayar semula lebih daripada pokok yang dipinjam.Jadiya kita mesti ada satu guidelines atau pun satu kawalan untuk memelihara consumer dalam negara kita. Terima kasih. Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih yang berhormat. Sebenarnya, pindaan yang hendak dibuat pada akta ini sebenarnya kita telah merujuk kepada yang telah kita buat kajian dan rujukan ialah daripada Singapura, United Kingdom (UK) Australia, dan India. Kita mengambil model Australia dan India. Untuk makluman, Yang Berhormat, dalam cadangan pindaan iaitu repossession ini kalau penyewa bayar kurang daripada satu per tiga dan terdapat dua kai tindakan bulanan berturut-turut, maka pemunya… Tuan Wee Chong Keong [Wangsa maju] : Soalan saya ini untuk sekarang. Timbalan yang Dipertua [Datuk Ronald Klandee] : Yang Berhormat, Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : masa sekarang. Dato’ Tan Lian Hoe: Ya, saya akan jawab. Maka, pemunya boleh melakukan proses penarikan semula barangan dan sekiranya penyewa telah membayar lebih daripada dua per tiga instalmentnya, terdapat dua kali tindakan berturut-turut, maka pihak pemunya perlu mendapat perintah mahkamah untuk penarikan itu, repossession. Terima kasih..” [44] Pengiraan Plaintif tidak dinyatakan dalam akta mahupun perjanjian.Ianya adalah “self-serving”. Tiada peruntukan undang-undang yang menafsir harga tunai 12 | P a g e yang tidak mengira deposit sebagai jumlah anruran di bayar.Oleh yang demikian, Defendan pertama telah membayar melebihi 75% ansuran dan pemilikan semula (“repossession”) yang dilaksanakan oleh Plaintif tanpa perintah Mahkamah adalah bersalahan dengan seksyen 16 (1A) Akta Sewa Beli 1967. BALASAN PLAINTIF [45] Isu lain yang dibangkitkan oleh Defendan pertama selain daripada isu undang-undang permohonan ini adalah tidak relevan kerana pihak-pihak telah bersetuju hanya terdapat satu isu undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah berkenaan bayaran 75% di bawah seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967. [46] Faedah 8% telah pun dipersetujui pihak-pihak supaya Defendan pertama dikenakan terhadap ansuran bulanan yang tertunggak seperti dalam perjanjian. Selain itu, Plaintif tidak pernah menyekat apa-apa bayaran Defendan pertama dan bayaran yang ditolak oleh system kerana secara automatic kerana ia dibuat setelah notis-notis telah pun dikeluarkan dan bayaran yang cuba dibuat tidak menepati jumlah keseluruhan yang tertunggak. [47] Petikan hansard yang dirujuk hanyalah perbincangan sebelum pindaan Akta Sewa Beli dibentangkan dan diluluskan. Oleh itu, hasil kerja dan perkataan akhir dalam seksyen 16(1) dan seksyen 16(1A) harus diberi kesan dengan jelas dan muktamad. [48] Pembayaran ansuran bulanan Defendan pertama masih belum melebihi 75% dari harga tunai kenderaan dan Plaintif tidak perlu memperolehi perintah Mahkamah untuk pemilikan semula (“repossession”). Pemilikan semula kenderaan yang telah dilaksanakan oleh Plaintif adalah sah. Dakwaan Defendan pertama harus ditolak kerana tidak menepati seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 yang mengguna pakai harga sewa beli dan bukan harga tunai kenderaan seperti yang dikehendaki oleh seksyen 16(1A) Akta sewa beli tersebut. 13 | P a g e KEPUTUSAN [49] Mahkamah ini telah merujuk kepada seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 seperti berikut: “..(1A) Notwithstanding subsection (1), if the payment of instalments made amounts to more than seventy-five percent of the total cash price of the goods comprised in a hire-purchase agreement and there had been two successive defaults of payment by the hirer, an owner shall not exercise any power of taking possession of the goods comprised in the hire-purchase agreement arising out of any breach of the agreement relating to the payment of instalments unless he has obtained an order of the court to that effect…” [50] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan pertama hanya membuat bayaran ansuran sebanyak 59.63 % dan tidak melebihi 75% dan dakwaan Defendan yang mengguna pakai harga sewa beli dan bukan harga tunai kenderaan tersebut (“cash price of goods”) seperti yang dikehendaki oleh seksyen 16(1A) Akta Sewa Beli 1967 tersebut adalah salah dan bertentangan dengan kehendak peruntukan seksyen16(1A) tersebut. Peruntukan tersebut telah menyatakan dengan jelas perkataan harga tunai kenderaan dan bukan harga sewa beli yang didakwa Defendan pertama. [51] Jumlah ansuran yang telah dibuat oleh Defendan pertama adalah RM161 ,012.00 daripada Mei 2015 sehingga Mac 2020 dan bukannya RM174,000 seperti yang dianggarkan oleh Defendan pertama. Seterusnya, jumlah ansuran RM161,012.00 adalah perlu dibahagikan dengan harga tunai kenderaan tersebut. Butiran pengiraan adalah seperti berikut: Jumlah pembayaran: RM 161,012.00 Harga tunai : RM270,000 =RM161,012.00 X 100% RM270,000.00 14 | P a g e =59.63% ( kurang daripada 75%) [52] Seterusnya, hujahan Defendan pengiraan adalah jumlah ansuran dibayar hendaklah termasuk deposit dan dibahagikan harga sewaan ini adalah bercanggah dengan peruntukan seksye 16 (1A) Akta Sewa Beli 1967 tersebut. Seksyen 16(1A) tersebut hanya menyatakan 2 perkara dengan jelas iaitu bayaran ansuran yang telah dibayar (“instalment” ) dan harga tunai (“cash price”). Iamya tidak menyatakan selainnya untuk diambil kira.Hujahan Defendan pertama yang menambah deposit dan harga sewaan ini tidak langsung dinyatakan dalam sekyen 16(1A) dan perjanjian sewa beli pihak-pihak. Oleh yang demikian, pengiraan yang dicadangkan oleh Defendan pertama harus ditolak. [53] Mahkamah ini mendapati pemilikan semula (‘reposssesion”) yang dilakukan oleh Plaintif tanpa perintah mahkamah adalah sah kerana bayaran ansuran yang dibayar oleh Defendan pertama tida melebihi 75% harga tunai kenderaan tersebut. Notis niat untuk mengambil kenderaan tersebut menurut jadual keempat akta sewa beli 1967 telah diberikan dengan sempurna dan tempoh 21 hari telah pun tamat selepas notis berkanun diberikan kepada Defendan pertama (rujuk kes Chong Seng Yong v Credit Corp (M) Sdn Bhd (1982) CLJ REP 428). [54] Ianya adalah undang-undang matan apabila sesuatu perkara yang telah dinyatakan secara jelas dan nyata tanpa sebarang keraguan (“no ambiguity”) dalam sesuatu peruntukan undang-undang, Mahkamah hendaklah memberi makna seperti yang diperuntukkan tanpa membei makna yang lain (“literal approach”). Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Malaysian Bar V Dato’ Kanagalingam A/L Veluppillai ([2004] 4 MLJ 153) telah memutuskan seperti berikut: “..Reading the wording of s 103E of the Legal Profession Act 1976, we are of the view that there is no ambiguity therein, since the wordings used are 'Any party aggrieved by any decision or order made by the Disciplinary Board shall have the right to appeal to the High Court.' We are in entire agreement with the sentiments expressed in the case of Duport Steels Ltd & Ors v Sirs & Ors [1980] 1 WLR 142 referred to by the learned judge in his grounds of judgment wherein Lord Diplock at p 157 held: 15 | P a g e Where the meaning of the statutory words is plain and unambiguous it is not for the judges to invent fancied ambiguities as an excuse for failing to give effect to the plain meaning because they themselves consider that the consequences of doing so would be inexpedient, or even unjust or immoral..” [55] Seterusnya di dalam kes Mahkamah Persekutuan Foo Loke Ying & Anor v Television Broadcasts Ltd & Ors [1985] 2 MLJ 35, telah memutusan di ms 43-44 seperti berikut: “..The court however is not at liberty to treat words in a statute as mere tautology or surplusage unless they are wholly meaningless. On the presumption that Parliament does nothing in vain, the court must endeavour to give significance to every word of an enactment, and it is presumed that if a word or phrase appears in a statute, it was put there for a purpose and must not be disregarded... We should perhaps reiterate that the starting point in statutory interpretation is to consider the ordinary meaning of the word or phrase in question, that is its proper and most known signification ... we are of the view that the provisions of the Act under consideration before us call for a purposive literal construction which is one which allows the literal meaning of the enactment where that meaning is in accordance with the legislative purpose and applies where the literal meaning is clear and reflects the purposes of the enactment...The provisions of the Act are abundantly clear to refute any resort to a purposive and strained construction which requires a strained meaning where the literal meaning is not in accordance with the legislative purpose..” KESIMPULAN [56] Berdasarkan notis permohonan Plaintif di lampiran 63 , affidavit-afidavit yang di failkan serta hujahan bertulis kedua belah pihak, Mahkamah memutuskan seperti berikut:
i
pihak-pihak adalah terikat dengan perjanjian sewa beli bertarikh 24.04.2015 dan surat jaminan bertarikh 24.04.2015
II
(ii) pihak Defendan pertama telah memungkiri kontrak kerana gagal membayar ansuran bulanan kenderaan Mercedes Benzmodel S300L
a
(A) dengan nombor pendaftaran BMU 8988; 16 | P a g e
III
(iii) bayaran ansuran bulanan Defendan pertama adalah tidak melebihi 75% daripada harga tunai kenderaan tersebut menurut seksyen 16
1A
Akta Sewa Beli 1967;
IV
(iv) Justeru, Pihak Plaintif tidak perlu memperolehi perintah Mahkamah untuk mengambil semula milikan kenderaan tersebutmenurut seksyen 16 (16A) Akta Sewa Beli 1967.
v
Pemilikan semula kenderaan tersebut (“repossession”) adalah sah menurut peruntukan undang-undang dalam Akta SewaBeli 1967. Oleh yang demikian, lampiran 63 (a) adalah dibenarkan dan Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa tiada keperluan Plaintif untuk memperolehi perintah Mahkamah di bawah seksyen 16
a
(A) Akta Sewa Beli 1967 sebelum melaksanakan hak untuk mengambil semula milikan kenderaan tersebut.Sehubungan dengan itu, tuntutan Plaintif terhadap Defendan pertama dan Defendan kedua di perenggan 14(a) dan (b )Pernyata Tuntutan Plaintif adalah dibenarkan dan Tuntutan Balas Defendan pertama terhadap Plaintif di perenggan 54 adalah ditolak. Seterusnya, Defendan pertama dan Defendan kedua adalah diperintahkan untuk membayar kos sebanyak RM7,000.00 kepada Plaintif. Bertarikh 13 hb April 2025 zarifah .............................................. Hakim Mahkamah Sesyen (1) Klang, Klang, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.