Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO: BA-16-27-06/2024 ANTARA PUNCAK TEKNOLOGI (M) SDN BHD (No Syarikat: 454105-H) ... PERAYU
BA-16-27-06/2024
High Court of Malaysia2 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO: BA-16-27-06/2024 ANTARA PUNCAK TEKNOLOGI (M) SDN BHD (No Syarikat: 454105-H) ... PERAYU
1
AHMAD SOLIHIN BIN MAHBIN (No K/P: 880207-10-5597)
2
KHAIRUL AZZUAN BIN ABDUL HADI (No K/P: 870307-14-5263)
3
MOHD HARITH BIN MOHD TAHIR (No K/P: 740101-10-6597) ... RESPONDEN-RESPONDEN
1
Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja (KPTR) bertarikh 18.4.2024 yang mengarahkan Perayu membayar RM58,781.58 bagi faedah penamatan perkhidmatan Responden-Respondennya. S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ
2
Setelah meneliti kesemua suratcara rayuan ini dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan tersebut dengan kos. Berikut adalah alasan keputusan tersebut. Prosiding di hadapan KPTR
3
Responden Pertama memberi keterangan bagi pihak kesemua Responden. Kesemua mereka mula bekerja dengan Perayu pada 1.10.2014. Pada tarikh penamatan perkhidmatan, gaji pokoknya mereka RM3,150.00, RM3,680.00 dan RM2,710.00 masing-masing.
4
Pada 3.3.2023, suatu mesyuarat diadakan di mana Pasukan MLAT-KLIA (Pasukan) diberitahu Perayu tidak mendapat kontrak perkhidmatan di KLIA dan yang mereka tidak boleh kekalkan Pasukan tersebut.
5
Pada 8.3.2023 CEO Perayu menghantar surat penamatan perkhidmatan bertarikh 1.3.2023 (Surat) kepada kesemua Responden yang kandungannya seperti berikut – S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ
6
Responden Pertama menafikan emel yang dihantar oleh Suresh Arumugam (Suresh), pengurus Pasukan, bertarikh 8.3.2023 (Emel Suresh) [m/s 99 Rekod Rayuan (R/R) Jilid 2A] dihantar bagi pihak mereka dan yang Emel Suresh itu bukti penamatan perkhidmatan mereka adalah secara sukarela.
7
Dalam apa keadaan pun, penamatan perkhidmatan mereka tidak dibuat secara sukarela. Responden-Responden tidak setuju dengan penarikan balik Surat tersebut melalui emel bertarikh 7.4.2023 (Emel CEO) [m/s 100 R/R Jilid 2A]. Ini kerana pada ketika itu Responden-Responden telahpun menerima tawaran kerja syarikat yang menggantikan Perayu dan bakal mula kerja pada 1.5.2023.
8
Saksi Ke-2 Perayu, Mohammed Nor bin Zainal Abidin (Mohammed Nor), General Manager Perayu. Dia merujuk kepada Emel Suresh yang menyatakan – “… we (whole MLAT Teams) required company to issue an official Notice of Termination to all of us now rather than 30th April 2023. The issuance is for our official notice.”
9
Dia berkata Emel Suresh itu yang disalinkan kepada kesemua Responden adalah suatu permohonan untuk ditamatkan perkhidmatan. S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ
10
Mohammed Nor membalas Emel Suresh seperti berikut –
11
11.
Preamble
Menurut Mohammed Nor, Surat itu dikeluarkan untuk memudahkan Responden-Responden mencari pekerjaan baru tetapi mereka mengambil kesempatan menuntut pampasan walaupun mereka telahpun dapat pekerjaan dengan syarikat baru.
12
Saksi Ke-3 Perayu, Marzuqi bin Mustaffa, (Marzuqi) CEO Perayu yang menandatangani Surat tersebut. Dia juga yang menghantar Emel CEO untuk menarik balik Surat tersebut.
13
Marzuqi juga menganggap Emel Suresh sebagai permohonan untuk ditamatkan perkhidmatan dan dalam keadaan itu, tiada isu dengan kandungan emel jawapan Mohammed Nor.
14
KPTR memutuskan Responden-Responden ditamatkan perkhidmatan mereka disebabkan Perayu gagal mengekalkan kontrak perkhidmatan di KLIA. Penamatan perkhidmatan itu bukan penamatan secara sukarela di pihak Responden-Responden. Usaha Perayu menarik balik Surat itu tidak sah. S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ
15
Berdasarkan Peraturan 3(2) dan 4 Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, KPTR memutuskan penamatan perkhidmatan Responden-Responden adalah penamatan biasa dan mereka layak menerima faedah penamatan.
16
Berikut kiraan dan jumlah faedah penamatan setiap Responden - BIL BUTIRAN PENGADU
para
AMAUN (RM) 1 Ahmad Solihin bin Mahbin 880207-10-5597 Faedah Penamatan Kerja – 8 tahun 7 bulan 21,002.12 2 Mohd Harith bin Mohd Tahir 740101-10-6597 Faedah Penamatan Kerja – 8 tahun 7 bulan 22,939.49 3 Khairul Azzuan bin Abdul Hadi 870307-14-5263 Faedah Penamatan Kerja – 8 tahun 7 bulan 14,839.97 Jumlah Keseluruhan 58,781.58 S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ Rayuan Perayu
17
Dalam memorandum rayuan mereka [m/s 2-3 R/R Jilid 1], Perayu menyatakan – “Ketua Pengarah Tenaga Kerja Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam gagal mengambil kira faktor penyembunyian, penipuan dan manipulasi oleh Responden-Responden dalam mendorong pemerolehan surat penamatan.”
18
Walau bagaimanapun Perayu memfailkan Memorandum Rayuan Terpinda [Lampiran 14] di mana Perayu menambah satu lagi alasan seperti berikut – “Bahawa Ketua Pengarah Tenaga Kerja Yang Bijaksana telah melakukan kekhilafan undang-undang dengan tidak mempertimbangkan sama ada penamatan secara persetujuan bersama, terutamanya yang diperoleh di bawah keadaan manipulasi yang didakwa, menghalang tuntutan pemecatan tidak adil.”
19
19.
Lampiran
Lampiran 14 dipinda tanpa kebenaran Mahkamah dan ini bertentangan dengan A.55 k. 9 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KM) yang memperuntukan – “Mahkamah Tinggi boleh pada bila-bila masa membenarkan pindaan kepada memorandum rayuan atau notis rayuan balas S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ atau bahagian lain rekod rayuan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.” 20. Penggantungan Perayu kepada A.55 k.4(3) KM untuk memfailkan memorandum rayuan terpinda tanpa kebenaran Mahkamah tidak terpakai dalam rayuan ini. Dalam keadaan ini, Lampiran 14 akan diabaikan. Prinsip undang-undang 21. Seksyen 77 Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang memperuntukkan prosidur yang terpakai untuk rayuan terhadap keputusan KPTR di bawah seksyen 69 Akta adalah sama dengan prosidur untuk rayuan dari keputusan Mahkamah Sesyen. 22. Oleh yang demikian, Mahkamah berpandukan prinsip undang-undang umum berkaitan bidangkuasa rayuan Mahkamah Tinggi dalam mendengar rayuan dari Mahkamah Rendah yang dinyatakan dalam kes China Airlines Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd (formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd and another appeal [1996] 2 MLJ 517 di 527 dan UMW Motor Sdn Bhd & Anor v. Allan Chong Teck Hin [2021] 3 MLJ 107 di 117. S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ Analisa dan dapatan Mahkamah 23. Berdasarkan memorandum rayuan [m/s 2-3 R/R Jilid 1], isu tunggal untuk dibicarakan dalam rayuan ini adalah sama ada KPTR terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang kerana gagal mengambilkira faktor penyembunyian, penipuan dan manipulasi oleh Responden-Responden dalam mendorong pemerolehan surat penamatan. 24. Atas isu ini, Perayu berhujah terdapatnya persetujuan bersama yang Responden-Responden dan Suresh memohon Surat tersebut dan ini bersandarkan kandungan Emel Suresh. Ini bermakna penamatan itu adalah suatu penamatan secara bersesama dan Responden-Responden tidak berhak menuntut apa-apa faedah penamatan di bawah Akta 265. 25. Perayu juga merujuk kepada keterangan Responden Pertama semasa pemeriksaan balas berikut yang menurut mereka membuktikan penyembunyian, penipuan dan manipulasi oleh Responden-Responden dalam mendorong pemerolehan surat penamatan – “S: Saya ingin katakan this tuntutan oleh ketiga-tiga penuntut adalah satu planning, komplot untuk cuba tekan, cuba dapatkan benefit oleh kerana termination, betul? J: Ya” [m/s 42, R/R Tambahan] S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ 26. Perayu memohon agar keseluruhan kronologi yang membawa kepada pengeluaran Surat tersebut dipertimbangkan dalam memutuskan rayuan ini. 27. Sebagai balasan, Responden-Responden berhujah – (i) isu berkenaan niat jahat di pihak Responden tidak pernah dibangkitkan semasa pendengaran di hadapan KPTR kerana pada setiap masa Perayu menegaskan penamatan perkhidmatan Responden-Responden adalah secara bersesama (Haji Ali Bin Haji Othman v. Telekom Malaysia Bhd [2003] 3 MLJ 29 di headnote [1]); (ii) dalam keadaan Perayu kehilangan kontrak perkhidmatan yang menjadi skop kerja Pasukan tersebut, seksyen 12 Akta 265 mewajibkan Perayu mengeluarkan notis penamatan; (iii) jelas dari Surat tersebut yang Perayu tidak berkeupayaan untuk terus menggajikan Responden-Responden; (iv) dakwaan Perayu berkenaan niat jahat di pihak Responden-Responden adalah semata-mata untuk mengelakkan tanggungjawab ini; S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ (v) bayaran faedah penamatan dikira berdasarkan Peraturan 6(1) Peraturan dan jumlahnya tidak dipertikaikan oleh Perayu; dan (vi) Perayu tidak berhak menarik balik Surat tersebut. 28. Pada hemat Mahkamah ini, isu yang perlu diputuskan adalah sama ada penamatan perkhidmatan Responden-Responden adalah penamatan oleh Perayu semata-mata atau penamatan secara sesama. Ke arah memutuskan isu ini, Mahkamah berpandukan saranan dalam kes Timber Master Trading (M) Sdn Bhd v. Jane Wang Sing Fang [1994] 1 MELR 693 di 696 – “… the correct approach in dealing with the case of an alleged mutual termination of a contract of service should be the same as the approach adopted by the Court in dealing with the analogous case of a “forced resignation” by an employee. The duty of the Court is to determine whether there had been termination which had been mutually and freely agreed upon between the parties. The Court cannot in equity and good conscience give effect to a purported mutual agreement which had not been genuinely consensual. It cannot be seriously argued that there was a mutual termination where is no genuine consensus between the parties; and in particular where the employee’s volitional capacity had been impaired at S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ the time he was purported to have agreed to the mutual termination. However, where the employee does not plead harassment, compulsion, undue advantage, oppression, unfair labour practice or any other matter which the court would in equity and good conscience consider to be vitiating circumstances in the process of arriving at, and/ or in the substance of the agreement. The Court would be slow to go behind the same. An agreement mutually and freely arrived at between the parties to dissolve the relationship of an employee and his employer must be given effect to.” 29. Titik permulaan adalah mesyuarat yang diadakan pada 3.3.2023 di mana Responden-Responden diberi pemakluman secara lisan oleh Marzuqi yang Perayu gagal mengekalkan kontrak perkhidmatan di KLIA. Dalam keadaan ini, Perayu tidak berkeupayaan untuk terus menggajikan Pasukan tersebut. 30. Mahkamah percaya ini yang dimaklumkan oleh Perayu kerana alasan yang sama tertera dalam Surat tersebut. 31. Mahkamah menerima keterangan Perayu yang Emel Suresh adalah untuk Pasukannya termasuk kesemua Responden. Responden-Responden telah disalinkan emel itu dan tidak pernah pada bila-bila masa menjarakkan mereka dari tindakan Suresh memohon Surat tersebut. S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ 32. Walau bagaimanapun, dari penelitian kandungan Emel Suresh, Mahkamah mendapati ianya menyokong naratif Responden-Responden. Mereka hanya memohon Surat tersebut sebagai makluman rasmi apa yang telahpun dimaklumkan kepada mereka semasa mesyuarat 3.3.2023. 33. Dalam keadaan ini, Mahkamah menolak hujahan Perayu. Jawapan Responden Pertama semasa pemeriksaan balas tidak memadai untuk menyokong Perayu. Permohonan untuk Surat tersebut tidak boleh ditanggap sebagai permohonan Responden-Responden untuk ditamatkan perkhidmatan. 34. Mahkamah juga tidak menerima hujahan Perayu yang mereka berhak menarik balik Surat tersebut tanpa mendapatkan persetujuan Responden-Responden. 35. Ini selaras dengan dapatan Hassan H (pada ketika itu) dalam kes Govindasamy v. Highlands & Lowlands-Ladang Bukit Selarong [2003] 4 CLJ 595 di 601 yang “persoalan bahawa responden telah tersilap hantar notis jikapun benar tidak timbul lagi. Jelas juga disini bahawa surat responden untuk menarik balik notis penamatan kerja tersebut adalah tidak sah dan terbatal”. Yang Arif Hakim telah merujuk kepada petikan berikut dalam kes Harris & Russle Ltd v. Slingsby [1973] 3 All ER 31 di 32 - “Although it appears that there is no direct authority on the point in the case of a master and servant relationship, the court is S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ satisfied that where one party to the contract gives a notice determining that contract he cannot thereafter unilaterally withdraw the notice. It will of course always be open to the other party to agree to his withdrawing the notice, but in the absence of agreement the notice must stand and the contract will be terminated on the effluxion of the period of notice.” Keputusan Mahkamah 36. Mahkamah berpendapat aduan Perayu tidak bermerit dan KPTR tidak terkhilaf dalam memutuskan tuntutan Responden-Responden. 37. Keputusan beliau adalah wajar dan berlandaskan prinsip undang-undang dan keterangan yang dikemukakan pihak-pihak semasa prosiding di hadapannya. Tiada sebarang alasan munasabah untuk Mahkamah ini mengganggu keputusan itu. 38. Rayuan Perayu ditolak dengan kos dan keputusan KPTR bertarikh 18.4.2024 dikekalkan. Kos ditetapkan pada RM8000.00 tertakluk kepada fi alokatur. 39. Secara persetujuan, Perayu akan membayar pampasan seperti yang diawadkan oleh KPTR kepada Responden-Responden dalam tempoh 21 hari dari tarikh penghakiman. S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ S/N v5vvjvX1pEGlgn80NJxKjQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.