a
(a) Bagi pertuduhan eksibit P3 dan P6 (pertuduhan pertama) yang dijumpai di dalam bilik, Mahkamah ini melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan tanpa OKT dipanggil untuk membela diri.
/akn/my/judgment/high-court/2026/e783d811-9676-4cbc-84c5-df155ba971ba
High Court of Malaysia20 May 2026BA-45A-5-01/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“mitted under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art. 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. [43] Thus, before accusing an innocent pe”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH: BA-45A-5-01/2024 & BA-45A-6-01/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN PUNNIA KUMAR A/L DHARMALINGAM (NO K/P: 9001121-14-6259) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN
section
1. Punnia Kumar a/l Dharmalingam (“OKT”) telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan berikut-a. Kes no. BA-45A-5-01/2024 - Pertuduhan pertama Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 untuk dadah berbahaya jenis Cannabis - eksibit P3 10/06/2026 11:49:39 BA-45A-5-01/2024 Kand. 59 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Bahawa kamu pada 7 Februari 2023, jam lebih kurang 9.00 malam, bertempat di sebuah kedai besi buruk tidak bernombor di Kampung bangi, bersebelahan sebuah rumah bernombor 142, Jalan KB 5, Kampung Bangi Lama, 43000, Kajang, dalam Daerah Hulu Langat dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis [berat bersih 1,439.8 gram] dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama. b. Perrtuduhan kedua-Kes no. 45A-5-01/2024 - Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 untuk dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines – eksibit P3 Bahawa kamu pada 7 Februari 2023, jam lebih kurang 9.00 malam, bertempat di sebuah kedai besi buruk tidak bernombor di Kampung bangi, bersebelahan sebuah rumah bernombor 142, Jalan KB 5, Kampung Bangi Lama, 43000, Kajang, dalam Daerah Hulu Langat dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines [berat bersih 15.5 gram] dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama. c. Kes no. 45A-6-01/2024 - Pertuduhan pertama Seksyen 12(2) / seksyen 39A(1) ADB 1952 untuk dadah berbahaya jenis Methamphetamine – eksibit P6; Bahawa kamu pada 7 Februari 2023, jam lebih kurang 9.00 malam, bertempat di sebuah kedai besi buruk tidak bernombor di Kampung bangi, bersebelahan sebuah rumah bernombor 142, Jalan KB 5, Kampung Bangi Lama, 43000, Kajang, dalam Daerah Hulu Langat dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine [berat bersih 18.51 gram] dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama. d. Kes no. 45A-6-01/2024 – pertuduhan kedua - Seksyen 6 ADB 1952 untuk dadah berbahaya jenis Cannabis; Bahawa kamu pada 7 Februari 2023, jam lebih kurang 9.00 malam, bertempat di sebuah kedai besi buruk tidak bernombor di Kampung bangi, bersebelahan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 sebuah rumah bernombor 142, Jalan KB 5, Kampung Bangi Lama, 43000, Kajang, dalam Daerah Hulu Langat dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Cannabis [berat bersih 7.44 gram] dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.
section
2. OKT tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen dikemukakan memutuskan seperti berikut:
a
(a) Bagi pertuduhan eksibit P3 dan P6 (pertuduhan pertama) yang dijumpai di dalam bilik, Mahkamah ini melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan tanpa OKT dipanggil untuk membela diri.
b
(b) Bagi pertuduhan eksibit P6 (pertuduhan kedua) yang mana dadah dikeluarkan sendiri oleh OKT dari poket kanan seluarnya, Mahkamah ini memerintahkan OKT membela diri atas pertuduhan pemilikan.
section
3. Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, pihak pendakwaan telah merayu atas keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
section
4. Berikut adalah alasan keputusan Mahkamah ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 FAKTA KES
section
5. Pihak pendakwaan telah memanggil seramai tujuh (7) orang saksi untuk membuktikan kes terhadap OKT. Saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut: Saksi Nama Peranan SP1 En. Hairul Nizwan bin Ab Manap Ahli Kimia SP2 Sjn. Mohamad Zaki bin Hussin Jurugambar SP3 SI Razak bin Nasir Pegawai Serbuan SP4 Kpl. Abdul Zailani bin Ahmad Anggota Serbuan SP5 Muhammad Nur Ikmal bin Shairul Nizam Saksi Awam SP6 Sugendran Raj a/l Vetiveeran Saksi Awam SP7 Insp. Muhammad Hafiz bin Gambaris @ Watimin Pegawai Penyiasat
section
6. Pada 7.2.2023, jam lebih kurang 9.00 malam, SP3 telah mengetuai sepasukan anggota dan melakukan serbuan di sebuah premis kedai besi buruk yang terletak bersebelahan rumah bernombor 142, Jalan KB 5, Kampung Bangi Lama, 43000, Kajang, Selangor.
section
7. Sebelum serbuan dibuat, SP3 dan pasukan telah membuat pemerhatian selama 5 minit dan mendapati tiada pergerakan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 keluar dan masuk ke premis kedai besi buruk tersebut. Pengadu kemudiannya telah menghampiri pintu pagar premis berkenaan dan mendapati ianya dalam keadaan tertutup dan berkunci mangga.
section
8. Daripada lubang di pintu hadapan, SP3 melihat seorang lelaki berada di dalam premis berkenaan. SP3 telah memanggil lelaki tersebut dan mengarahkan supaya pintu dibuka. Pintu dibuka oleh seorang lelaki berbangsa India dan SP3 kemudiannya telah perkenalkan diri serta maklumkan tujuan kedatangan.
section
9. SP3 telah jalankan pemeriksaan awal dan mendapati lelaki berbangsa India tersebut bernama Punnia Kumar a/l Dharmalingam (No. K/P: 901121-14-6259) (OKT). SP3 juga ada bertanyakan kepada OKT sama ada OKT ada menyimpan barang salah. OKT kemudiannya telah menyerahkan kepada SP3 1 paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dipercayai dadah jenis Ganja.
section
10. SP3 dan pasukan kemudiannya telah membuat pemeriksaan di dalam bilik premis tersebut dan di atas lantai dalam bilik tersebut, Pengadu menjumpai barang berikut: a) 18 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja; b) 2 plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 c) 2 plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin.
section
11. OKT kemudiannya ditangkap dan kesemua barang kes disyaki dadah dirampas oleh SP3. OKT dan kesemua barang rampasan kemudian telah dibawa balik ke Balai Polis Bangi bagi tujuan sisasatan lanjut dan laporan polis telah dibuat oleh SP3 sepertimana Bangi/525/23.
section
12. Setelah selesai penandaan eksibit, OKT dan barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat iaitu SP7 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kajang.
section
13. Barang-barang kes disyaki dadah kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil ujian dan analisa mengesahkan barangbarang kes mengandungi dadah berbahaya sepertimana jenis dan berat yang dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan. HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN
section
14. Tidak ada cabaran mengenai identiti dadah dalam kes ini. SP1 dalam keterangannya mengesahkan bahawa SP1 telah menerima kesemua barang kes, iaitu 3 sampul surat dan satu kotak masing-masing bertanda ‘HWA’, ‘HWB’, ‘HWC’ dan ‘HWD’ daripada SP7. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
section
15. Barang kes berada dalam keadaan baik dan kesemuanya bermeterai “POLIS DIRAJA MALAYSIA 125” ketika diterima. Barang kes yang diterima telah dianalisa dan hasilnya adalah seperti berikut: a. Sampul ‘HWA’ di dalamnya terdapat satu paket plastik bertanda ‘H6’ mengandungi ketulan mampat tumbuhan yang merupakan dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih 7.44 gram. b. Sampul ‘HWB’ di dalamnya terdapat dua paket plastik bertanda ‘H19’ dan ‘H20’ mengandungi bahan kristal jernih yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 18.51 gram. c. Sampul ‘HWC’ di dalamnya terdapat dua paket plastik bertanda ‘H21’ dan ‘H22’ mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna perang yang mengandungi dadah berbahaya jenis Heroin dengan berat bersih 5.9 gram dan Monoacetylmorphines dengan berat bersih 9.6 gram. d. Kotak ‘HWD’ di dalamnya terdapat empat balutan dan 13 peket plastik masing-masing bertanda ‘H1’ hingga ‘H5’ dan ‘H7’ hingga ‘H18’ mengandungi ketulan mampat dan leraian bahan tumbuhan yang merupakan dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih 1,439.8 gram.
section
16. SP1 turut mengesahkan bahawa Methamphetamine, Heroin dan Monoacetylmorphines adalah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 1952 serta Cannabis seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 ADB 1952.
section
17. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berhujah bahawa elemen pertama telah dibuktikan iaitu dadah-dadah yang dirampas daripada OKT adalah dadah berbahaya dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT.
section
18. Bagi membuktikan elemen milikan, pendakwaan bergantung kepada keterangan SP3 dan SP4 yang mengesahkan bahawa ketika waktu kejadian, hanya OKT sahaja yang berada di dalam kawasan premis tersebut dan kedua-dua saksi memberikan keterangan betikut-a) Pemerhatian telah dibuat di hadapan premis tersebut selama 5 minit sebelum serbuan dan tiada sebarang pergerakan keluar masuk dalam tempoh tersebut; b) Pintu zink hadapan premis dalam keadaan berkunci menggunakan rantai besi dan mangga; c) Ketika SP3 dan SP4 melihat melalui lubang di pintu zink hadapan, hanya OKT berada di dalam premis. SP4 menyatakan tidak nampak sebarang individu lain ketika mengintai melalui lubang tersebut; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 d) OKT telah membuka mangga pintu zink hadapan premis dengan menggunakan anak kunci; e) Tiada orang lain di dalam kawasan premis ketika serbuan dijalankan; f) Dadah-dadah berbahaya dijumpai dalam keadaan terbuka dan berselerak di atas lantai dalam bilik premis tersebut; g) Dadah-dadah berbahaya mudah diakses dan dilihat oleh OKT; dan h) Dadah berbahaya pagi pertuduhan di bawah seksyen 6 ADB 1952 telah diambil oleh OKT dari poket seluar yang dipakai oleh OKT dan diserahkan sendiri oleh OKT kepada SP4.
section
19. Pendakwaan turut merujuk kepada keterangan SP5 iaitu jiran sebelah premis tersebut yang menyatakan seperti berikut: a) Keadaan di premis tersebut pada waktu malam, iaitu selepas jam 9 malam, sunyi sepi dan tiada bunyi bising; b) SP5 tidak pernah melihat orang menetap di premis tersebut; c) Berkaitan penggunaan elektrik dan air, SP5 berurusan dengan seorang lelaki berbangsa India **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 dan bagi urusan pembayaran bil elektrik setiap bulan, SP5 berurusan dengan seorang lelaki disyaki warganegara Bangladesh dan selepas itu dengan seorang lelaki berbangsa India.
section
20. Oleh itu, berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, adalah dihujahkan bahawa OKT mempunyai jagaan dan/atau kawalan ke atas dadah-dadah berbahaya yang dijumpai di dalam bilik tersebut atas alasan berikut: a) Kunci premis berada dalam milikan OKT; b) Hanya OKT sahaja berada di dalam rumah ketika kejadian dan tiada individu lain dilihat ada di dalam premis sebelum pintu dibuka. Maka, pada waktu serbuan, OKT mempunyai ‘free access’ terhadap bilik tersebut serta ‘dominant possession’ ke atas premis tersebut; c) OKT juga mempunyai ‘power to deal with’ apa-apa barang yang ada di dalam bilik serta premis tersebut; dan d) Dadah-dadah berbahaya ditemui di kawasan terbuka dan dalam keadaan yang mudah dilihat dengan mata kasar. Ini menunjukkan OKT mempunyai niat untuk ‘deal with the dangerous drugs at any time’. Keadaan adalah amat berbeza jika dadah tersebut disorok di kawasan yang tidak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 mudah akses oleh mana-mana individu lain yang mempunyai akses terhadap premis tersebut; dan e) Dadah berbahaya dalam eksibit P12 diserahkan sendiri oleh OKT kepada SP4. Dadah tersebut telah diambil oleh OKT sendiri daripada poket seluar yang dipakai oleh OKT.
section
21. Pendakwaan turut menghujahkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah berbahaya yang dirampas atas alasan berikut: a) Dadah-dadah berbahaya dijumpai di kawasan yang dapat diakses oleh OKT dengan mudah; dan b) Dadah-dadah berbahaya tersebut juga dalam keadaan berselerak, mudah dilihat dan bukanlah dalam keadaan ber’seal’ serta tersorok.
section
22. Selain daripada itu, pendakwaan turut menghujahkan bahawa OKT mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut atas faktor berikut: a) OKT telah menyerahkan kepada SP4 satu peket plastik mengandungi ketulan mampat tumbuhan yang disahkan merupakan dadah berbahaya jenis Cannabis; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 b) Ketika perbicaraan ianya telah ditandakan sebagai Eksibit P12; c) Jenis dadah berbahaya yang sama iaitu Cannabis dalam bentuk ketulan mampat tumbuhan turut dijumpai di dalam bilik premis tersebut; d) Pendakwaan merujuk kepada gambar barang kes iaitu Eksibit P47, dapat dilihat bahawa keadaan pembungkusan Eksibit P12 adalah sama dan serupa dengan ketulan mampat tumbuhan yang turut dijumpai di dalam bilik premis tersebut; e) Inferen yang dapat dibuat adalah dadah yang diserahkan oleh OKT kepada SP4 adalah datang dari kumpulan dan tempat yang sama dengan bungkusan peket kecil ketulan mampat tumbuhan yang dijumpai di atas lantai dalam bilik premis tersebut.
section
23. Secara alternatifnya, pendakwaan bergantung kepada pemakaian anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah berbahaya yang dijumpai.
section
24. Justeru itu, beban adalah terletak kepada pihak pembelaan untuk mengakas anggapan statutori di atas imbangan kebarangkalian. Bagi tujuan itu, apa yang ditimbulkan oleh pembelaan adalah bahawa sebelum serbuan dilakukan terdapat **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 tiga orang warganegara Indonesia di dalam premis berkenaan yang telah melarikan diri.
section
25. Walau bagaimanapun, versi pembelaan ini dapat disangkal dengan berpandukan kepada keterangan berikut: a) Keterangan SP3 dan SP4 yang menyatakan bahawa tidak ada individu lain dilihat berada di dalam premis ketika mereka mengintai ke dalam premis melalui lubang di pintu hadapan; b) Jika benar terdapat tiga orang warganegara Indonesia, sudah semestinya SP3 dan SP4 melihat pergerakan mereka melarikan diri daripada premis tersebut; dan c) Keterangan SP5 yang menyatakan bahawa sepanjang premis berkenaan wujud, SP5 hanya berurusan dengan lelaki berbangsa India dan seorang pekerja disyaki warganegara Bangladesh.
section
26. Justeru itu, berpandukan kepada keterangan saksi-saksi, pendakwaan menghujahkan bahawa versi yang ditimbulkan oleh pembelaan gagal untuk mengakas anggapan statutori di atas imbangan kebarangkalian.
section
27. Maka, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen kedua iaitu milikan telah pun berjaya dibuktikan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
section
28. Bagi elemen pengedaran, pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan yang dikemukakan telah memenuhi definisi “trafficking” di bawah seksyen 2 ADB 1952 kerana dadah berbahaya tersebut dijumpai di dalam bilik premis tersebut yang mana OKT mempunyai kawalan dan jagaan ke atasnya.
section
29. Maka, inferens yang dapat dibuat adalah keberadaan dadahdadah berbahaya di dalam bilik premis tersebut menunjukkan tindakan OKT yang telah ‘keep’ dan/atau ‘store’ dadah-dadah berbahaya tersebut di situ. Kedua-dua ini merupakan tindakan yang terjumlah kepada pengedaran sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 2 ADB 1952 di atas.
section
30. Di dalam kes terhadap OKT, bukan sahaja berat dadah-dadah berbahaya yang dijumpai melebihi had minimum statutori, tetapi terdapat pelbagai jenis dengan kuantiti yang banyak. Ini menunjukkan dadah-dadah berbahaya tersebut bukanlah untuk tujuan ‘personal consumption’ sebaliknya bertujuan untuk diedarkan.
section
31. Pendakwaan selanjutnya menghujahkan bahawa kepelbagaian jenis dadah dan keadaan sebahagian dadah yang telah dibungkus dalam peket-peket kecil menunjukkan niat OKT untuk mengedarkan dadah-dadah berbahaya tersebut.
section
32. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan dan peruntukkan undang-undang di atas, adalah dihujahkan bahawa elemen ketiga bagi membuktikan kesalahan telah dibuktikan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16
section
33. Secara kesimpulannya, pendakwaan menghujahkan bahawa kesemua elemen kesalahan telah pun dibuktikan oleh pendakwaan melalui keterangan-keterangan yang dikemukakan. HUJAHAN PIHAK PEMBELAAN
section
34. Cabaran pihak pembelaan diringkaskan seperti berikut:
a
(a) Pihak pendakwaan gagal membuktikan tidak ada kemungkinan untuk orang lain mempunyai akses di tempat di mana dadah dijumpai. Keterangan SP5 dan SP6 jelas bahawa orang lain mempunyai akses kepada kedai besi buruk.
b
(b) Kedudukan OKT semasa kejadian yang mana pihak pembelaan mencabar keterangan SP3 yang menyatakan OKT berada di hadapan bilik rumah/pondok kecil di tempat kejadian.
c
(c) Gambar-gambar eksibit P46(1-9) tempat kejadian tidak menunjukkan gambaran sepenuhnya kawasan kejadian yang diakui SP3 dan SP4.
d
(d) Gambar eksibit P46(3) menunjukkan terdapatnya roro bin dan juga railing untuk akses ke longkang. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17
e
(e) Tidak ada keterangan SP3 yang meyakinkan khususnya bagaimana SP3 boleh melihat OKT berada di hadapan bilik dadah dijumpai.
f
(f) Tiada keterangan pegawai penyiasat SP7 berkenaan kedudukan OKT semasa SP3 dan pasukan berada di hadapan pintu pagar utama.
g
(g) Isu pencahayaan yang mana SP3 dan SP4 gagal membuktikan pencahayaan di hadapan kedai besi buruk terang disebabkan pancaran cahaya dari spot light. Cabaran oleh pihak pembelaan kepada SP3 dan SP4 bahawa pencahayaan di kedai besi buruk adalah samar-samar tidak dapat dipatahkan oleh pendakwaan.
h
(h) Kelakuan OKT yang memberi kerjasama kerana tidak melarikan diri walaupun ada peluang berbuat demikian memandangkan terdapat tangga yang boleh turun ke longkang di belakang kedai besi buruk.
i
(i) Keterangan SP3 dan SP4 berkenaan longkang hanyalah anggapan semata-mata dan keterangan SP3 dan SP4 (saksi polis) bertentangan dengan saksi awam SP5 dan SP6.
j
(j) Keadaan dadah di bilik dalam keadaan terbuka dan dadah-dadah dijumpai dalam keadaan bilik berselerak. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 Terdapat 3 orang Indonesia yang telah melarikan diri kearah longkang apabila mengetahui kehadiran polis.
k
(k) Terdapatnya kereta Proton warna biru berkunci semasa serbuan yang diakui oleh SP3 dan SP4 yang ada semasa serbuan dilakukan. Namun SP7 menyatakan tiada kereta tersebut di tempat kejadian. Ini boleh menimbulkan persoalan mengenai kereta tersebut.
l
(l) SP7 gagal merampas barang peribadi OKT di bilik dadah dijumpai untuk mengaitkan OKT dengan dadah yang dijumpai di bilik tersebut.
m
(m) SP7 gagal menyiasat tuan punya tanah. Begitu juga kegagalan menyiasat rakaman percakapan OKT melalui eksibit D55.
n
(n) Terdapat dua versi yang memihak kepada OKT, maka inferen yang memihak kepada OKT adalah terpakai. Kes Mohd Radzi bin Abu Bakar v PP [2006] 1 CLJ 457 dirujuk. PRINSIP UNDANG-UNDANG
section
35. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 bawah s.180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut.
section
36. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: “Procedure after conclusion of case for prosecution.
section
180. (1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
subsection
(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
subsection
(3) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
subsection
(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20
section
37. Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction ( Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt". **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21
section
38. Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal".
section
39. Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case".
section
40. Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
subparagraph
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
subparagraph
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
subparagraph
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
section
41. Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan, dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN ELEMEN PERTAMA: IDENTITI DADAH
section
42. Melalui keterangan ahli kimia, SP1 dan laporan kimia eksibit P10, tiada pertikaian mengenai identiti dadah yang dianalisa adalah dadah berbahaya di bawah ADB 1952. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25
section
43. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pertama pertuduhan terhadap OKT. ELEMEN KEDUA: PEMILIKAN BARANG KES DADAH
section
44. Apa yang lebih kritikal di dalam kes ini ialah Mahkamah haruslah membuat penilaian maksima ke atas intipati kedua pertuduhan. Iaitu sama ada OKT mempunyai pemilikan melalui jagaan, kawalan dan pengetahuan barang kes dadah berbahaya yang dijumpai di dalam bilik di pondok (rumah) kecil dalam kawasan tempat kejadian dan OKT mengedar dadah.
section
45. Prinsip undang-undang berkaitan pembuktian elemen pemilikan adalah jelas dan Mahkamah ini merujuk kepada kes locus classicus Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17 yang mana Thompson J memutuskan seperti berikut: “.... “possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Editio) 'A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need'. To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket, then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so.” (penekanan diberikan)
section
46. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 menggunapakai keputusan kes Chan Pean Leon (supra) dan memutuskan - “The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17).”
section
47. Persoalan kepada Mahkamah ini ialah berdasarkan kepada prinsip undang-undang mantap tersebut, adakah OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah berbahaya melalui jagaan, kawalan dan pengetahuan dan mengedar dadah berbahaya tersebut sepertimana pertuduhan terhadapnya? KEGAGALAN PIHAK PENDAKWAAN MENGECUALIKAN AKSES OLEH PIHAK LAIN DAN PERCANGGAHAN KETERANGAN SAKSI POLIS DAN SAKSI AWAM **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28
section
48. Tempat kejadian adalah kawasan kedai besi buruk. SP3 memberi keterangan bahawa beliau nampak OKT berdiri di hadapan pondok (rumah) kecil melalui lubang di pintu zink hadapan kedai. Lubang di pintu zink hadapan sepertimana gambar eksibit P46(2). Manakala pondok/rumah kecil sepertimana dibulatkan SP3 pada gambar eksibit P46(4).
section
49. Kemudian melalui lubang di pintu zink tersebut, SP3 memanggil OKT untuk membuka pintu zink hadapan yang bermangga dan OKT mengambil masa yang singkat antara 1 sehingga 2 minit membuka mangga tersebut. OKT tidak melarikan diri walaupun mempunyai peluang berbuat demikian kerana terdapat akses ke longkang di belakang kedai besi buruk.
section
50. Seterusnya SP3 memberi keterangan bahawa beliau tidak boleh masuk ke tempat kejadian kerana keseluruhan kawasan tempat kejadian berpagar zink.
section
51. SP3 juga menyatakan terdapat kawasan longkang yang besar, lebar dan tinggi di belakang kawasan tempat besi buruk tersebut yang tidak membolehkan akses orang lain kepada tempat kejadian.
section
52. SP3 kemudiannya menyatakan bahawa kedalaman longkang tersebut adalah lebih kurang 4 kaki. Namun begitu, SP3 tidak pula memeriksa longkang tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29
section
53. Pihak pembelaan mencabar dengan serius keterangan SP3 (saksi polis) dan SP4 (saksi polis) apabila ditanya mengenai akses orang lain ke tempat kejadian melalui longkang dan jawapan SP3 dan SP4 ialah mereka langsung tidak menyiasat kawasan longkang tersebut.
section
54. Apabila diteliti keterangan saksi polis dengan saksi awam (SP5 dan SP6) adalah jelas keterangan SP3 dan SP4 mengenai longkang adalah anggapan semata-mata dan bercanggah dengan keterangan saksi awam SP5 dan SP6. Dalam erti kata lain, terdapat percanggahan material antara keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri berkaitan akses orang lain pada tempat kejadian.
section
55. Kes pendakwaan menjadi lebih parah apabila pegawai penyiasat (SP7) gagal membuat siasatan menyeluruh mengenai longkang dan kawasan yang tidak ditutup dengan zink (gambar eksibit P49 dirujuk).
section
56. Mahkamah ini juga tidak mendapatkan gambaran yang jelas dari gambar yang diambil jurufoto polis atas arahan SP7. Gambar-gambar tersebut boleh memprejudiskan OKT kerana terdapat keterangan diberikan OKT kepada pegawai perakam percakapan bahawa terdapat tiga orang Indonesia yang telah melarikan diri melalui longkang tersebut semasa serbuan dibuat SP3. Rujuk Rakaman Percakapan eksibit D55. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30
section
57. Manakala keterangan saksi awam, SP5 dan SP6 menyatakan terdapatnya tangga untuk turun ke longkang dan ia merupakan tempat orang awam menangkap ikan. Menurut SP5 lagi air di dalam longkang adalah cetek yang mana orang boleh lalu lalang melalui longkang tersebut.
section
58. SP6 pula memberi keterangan OKT adalah pekerja beliau. Apabila terdapat permintaan dari pelanggan untuk penggunaan roro bin untuk mengumpul sampah, OKT hendaklah mengambil roro bin tersebut dan setelah itu mengasingkan sampah dengan besi buruk.
section
59. Mahkamah ini berpandangan pembuktian akses adalah kritikal kepada kes pendakwaan kerana menurut keterangan SP6 iaitu saksi awam terdapat tiga orang pekerja Indonesia yang tinggal di kawasan besi buruk tersebut. Keterangan SP6 adalah konsisten dengan kenyataaan rakaman percakapan yang diberikan OKT sepertimana eksibit D55.
section
60. Tambahan pula menurut SP6, Vijayan (tuan punya kedai besi buruk), OKT dan pekerja Vijayan memiliki kunci mangga pagar utama. Sewa untuk meletakkan roro di tanah Vijayan akan dibayar kepada Vijayan sendiri atau pekerja Vijayan. Menurut SP5 pula, sememangnya ada ramai orang pekerja yang selalu berada di kedai besi buruk.
section
61. Malangnya kepada kes pendakwaan, pegawai penyiasat SP7 gagal menjalankan siasatan mengenai tiga orang Indonesia **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 yang dikatakan pekerja Vijayan yang tinggal di pondok kecil tersebut dan dikatakan telah lari apabila SP3 membuat serbuan.
section
62. Dalam hal ini, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kawalan, jagaan dan pengetahuan OKT berkaitan dadah yang dijumpai di dalam pondok/rumah kecil dalam kedai besi butuk.
section
63. Dapatan Mahkamah ini dikuatkan dengan merujuk kepada prinsip undang-undang diuat oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Salleh bin Zakaria & Anor [2010] 4 MLJ 25, Suriyadi HMR (ketika itu) memutuskan: “[12] With the rule against double presumption militating against the prosecution, much depends on direct evidence to establish the ingredient of possession, an ingredient that requires the successful establishment of the physical and mental elements. So where is the evidence that could prove beyond reasonable doubt that ingredient? Lord Wilberforce in Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356 on the issue of possession had opined that ‘the starting point will be that the accused had physical control of something — a package, a bottle, a container — found to contain the substance’. Can the court arrive at a finding of fact that the prosecution had established that physical control factor? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 [13] Let us scrutinise the evidence first as regards this ‘physical’ element ie whether the respondent at anytime had custody and control of the drugs found in the engine section and under the rear passenger seat. For clarification purposes, the term ‘physical’ does not mean that he must physically clasp the package or container that holds the drugs, but suffice that he knows where they are and can dispose of them whenever the need arises.” (penekanan diberikan)
section
64. Tambahan pula, SP7 menjalankan siasatan yang tidak lengkap dan ia telah memprejudiskan OKT. Sepertimana dirujuk oleh pihak pembelaan kepada kes Magendran Mohan v PP [2011] 1 CLJ 805 yang mana Alauddin Mohd Sheriff PCA telah menyebut: [42] Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art. 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. [43] Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s. 302 PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard. [16] With no evidence confirming the physical element especially with the respondent never on the wheel, the prosecution thus had failed to establish custody and control of the drugs. (penekanan diberikan)
section
65. Pihak pembelaan mencabar pihak pendakwaan mengenai tiga orang Indonesia yang tinggal di kedai besi buruk tersebut kerana
section
66. SP6 sendiri menyatakan ayam dan kambing dijaga oleh pekerja Terdapat juga tanaman sayuran ditanam oleh pekerja Indonesia tersebut dan SP6 menyatakan OKT yang merupakan pekerja beliau tidak tinggal di kedai besi buruk. Sebaliknya akan balik ke rumah selepas tamat kerja mengasingkan sampah.
section
67. Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP3 dan gambar-gambar sepertimana eksibit P46. Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat roro bin di hadapan pondok kecil yang boleh menghalang penglihatan SP3 untuk menentukan kedudukan OKT semasa beliau melihat melalui lubang pada pintu zink hadapan sebelum memasuki tempat kejadian.
section
68. Pihak pembelaan juga mencadangkan bahawa OKT ketika dilihat oleh SP3 ketika itu sebenarnya sedang memberikan anjing makan yang mana SP3 tidak dapat sahkan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34
section
69. Merujuk pada gambar yang ditandakan eksibit P46(4), adalah jelas terdapat halangan di hadapan pondok kecil kerana terdapatnya roro bin di hadapan bilik yang mana OKT dikatakan berdiri. ISU DADAH JENIS CANNABIS DALAM POKET SELUAR KANAN OKT
section
70. SP3 bertanyakan OKT sama ada menyimpan apa-apa barang salah. OKT lalu mengeluarkan peket berisi dadah dari dalam poket seluar kanan. Kedudukan OKT semasa beliau mengeluarkan peket tersebut sepertimana tandaan X pada rajah kasar yang ditandakan sebagai eksibit P49.
section
71. Kemudiannya, SP3 telah menjalankan pemeriksaan pada bilik di pondok kecil dalam kawasan tempat kejadian dan mendapati keadaan dalam bilik berselerak.
section
72. Apabila disoal balas oleh pihak pembelaan, SP3 bersetuju bahawa OKT tidak berada di dalam bilik. Sebaliknya dikatakan berdiri berdekatan hadapan bilik semasa SP3 melihat OKT melalui lubang kecil pada pintu zink.
section
73. SP7 juga tidak menafikan bahawa tidak ada barang milik OKT yang dirampas dari bilik di pondok kecil yang mana dadah dijumpai dan ujian DNA juga gagal dilakukan. SP3 juga **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35 bersetuju bahawa terdapat sebuah kereta Proton Saga di tempat letak kereta di tempat kejadian. OKT MEMBERIKAN KERJASAMA
section
74. SP3 juga bersetuju OKT telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. OKT tidak cuba melarikan diri walaupun beliau boleh berbuat demikian kerana terdapat akses untuk beliau melarikan diri. KEGAGALAN PIHAK PENDAKWAAN MEMANGGIL VIJAYAN (PEMILIK TANAH)
section
75. Keterangan SP6 adalah jelas dan nyata bahawa pemilik tanah yang mana kedai besi buruk terleatk dimiliki oleh penama Vijayan. Mahkamah ini berpandangan Vijayan adalah saksi penting kepada kes pendakwaan kerana beliau boleh merungkai beberapa persoalan kritikal mengenai tiga orang Indonesia yang dikatakan pekerja Vijayan dan kedai besi buruk boleh diakses oleh orang awam yang memancing di belakang kedai tersebut. Kegagalan memanggil penama Vijayan telah menyebabkan kelompangan terhadap kes pendakwaan.
section
76. Untuk menyokong dapatan Mahkamah ini, kes yang sama Salleh bin Zakaria (supra) dirujuk yang mana Suriyadi HMR memutuskan: “[14] The failure to call the sales agent, a person who could clarify whether the respondent or the co-accused had **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36 bought the vehicle, did no favours to the prosecution’s case.” EKSIBIT D55 – RAKAMAN PERCAKAPAN OKT
section
77. Mengenai terdapatnya tiga orang Indonesia di tempat kejadian adalah selari dengan rakaman percakapan OKT yang dibuat sehari selepas beliau ditangkap pada 7.2.2023 eksibit D55 dibuat pada 8.2.2023 jam 9 malam.
section
78. OKT memberitahu pegawai perakam yang tiga orang Indonesia tersebut telah melarikan diri dan OKT tidak tahu sebab mereka melarikan diri.
section
79. OKT mengenali hanya seorang lelaki Indonesia tersebut dan dua orang lagi adalah kawan kepada lelaki Indonesia berkenaan.
section
80. OKT juga menyatakan bahawa beliau mempunyai kunci mangga pagar zink kedai besi selain SP6 dan seorang lagi. Kenyataan-kenyataan dibuat oleh OKT adalah material dan SP7 wajar membuat siasatan lanjut mengenainya.
section
81. Di peringkat ini, pihak pembelaan telah mengemukakan rakaman percakapan OKT yang ditandakan sebagai eksibit D55 sebagai notis Alcontara yang diberikan kepada pihak pendakwaan. Rujuk Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37
section
82. Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] 5 MLJ 433, yang mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa hakim bicara hendaklah menilai rakaman percakapan yang dikemukakan secara keseluruhan bersama dengan keterangan lain dan meneliti sama ada kandungannya berupaya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Mahkamah Rayuan memutuskan: “[12] The important point to make is this. In the cautioned statement, which was recorded on 10 November 2010, the appellant denied any knowledge of the presence of drugs inside the bag and he gave an explanation as to why he had no such knowledge. The contents of the cautioned statement represented the early disclosure of the defence of the appellant. The cautioned statement was given about three days after the appellant was arrested. Indeed, he had stated his version of events at a very early stage of the investigation against him. The contents of the cautioned statement were consistent with his oral evidence in court; hence the defence of the appellant was not something that was sprung for the first time in the defence case (see Public Prosecutor v Lin Lian Chen [1992] 2 MLJ 561). a) As we have said in the case of Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282; [2014] 1 MLRA, it is true that generally a self-serving or exculpatory cautioned statement is not in itself evidence of the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 truth asserted therein. But then, it is the duty of the learned trial judge to consider and to analyse the cautioned statement that has been tendered as evidence by the appellant in support of his defence; that he had no prerequisite knowledge about the impugned drugs found in the bag. In accordance with the provisions of s 182A(1) of the CPC, it is the bounden duty of the learned trial judge, at the conclusion of the trial, to consider the cautioned statement of the appellant and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The learned trial judge must consider carefully whether the cautioned statement is capable of raising a reasonable doubt on the prosecution case. The learned trial judge has a duty and obligation to fairly and justly weigh the defence version and evidence (including the cautioned statement of the appellant) to reach a just result (see Ahmad Mukamal bin Abdul Wahab & Ors v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ 865; [2013] 4 CLJ 949). b) However, the learned trial judge had failed to consider and appreciate the cautioned statement which supported the appellant’s oral testimony. The learned trial judge failed to consider and scrutinise the cautioned statement and to make his own findings why even if he did not believe the cautioned statement, it did not **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39 raise a reasonable doubt on the prosecution’s case as a whole (see Ganapathy a/l Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 577 and Tan Ewe Huat v Public Prosecutor [2004] 1 MLJ 559; [2004] 1 CLJ 521). In our view, this is a serious non-direction which amounts to a misdirection by the learned trial judge warranting appellate intervention (see Gooi Loo Seng v Public Prosecutor [1993] 2 MLJ 137; [1993] 2 AMR 1135).” (penekanan diberikan)
section
83. Tambahan pula, sepertimana diputuskan di dalam kes Teng Howe Seng v PP [2009] 3 CLJ 733, yang mengambil pendekatan sama sepertimana prinsip undang-undang di dalam kes Shreedharan Thankamani v PP [2016] 1 LNS 63 yang menggunapakai prinsip undang-undang diputuskan di dalam Prasit Punyang v PP [2014] 1 MLRA 387, Mahkamah ini wajar mempertimbangkan eksibit pembelaan yang dikemukakan di peringkat ini untuk menilai secara maksima pembelaan yang dikemukakan sama ada pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
section
84. Susulan itu, Mahkamah ini telah meneliti rakaman percakapan eksibit pembelaan eksibit D55 yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan bahawa jawapan OKT bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah di bilik di kedai besi buruk dan keberadaan tiga orang lelaki Indonesia yang telah lari melalui longkang yang terletak di belakang kedai besi buruk **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 menguatkan dapatan Mahkamah bahawa OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai di dalam bilik yang berselerak.
section
85. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan Mahkamah seperti dinyatakan di atas, terdapat dua inferen yang memihak kepada OKT dan benefit of the doubt hendaklah diberikan kepada OKT sepertimana diputuskan di dalam Mohd Radzi bin Abu Bakar (supra) yang menyatakan seperti berikut: “At the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.” KESIMPULAN
section
86. Berdasarkan kepada di atas, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa terdapat beberapa persoalan atau kelompongan terhadap kes pendakwaan yang tidak terjawab.
section
87. Mahkamah ini membuat dapatan OKT tidak mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan mengenai dadah sepertimana pertuduhan eksibit P3 dan P6 (pertuduhan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41 pertama). Oleh itu, intipati pertuduhan berkaitan pengedaran tidak dibuktikan. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN
section
88. Oleh itu, Mahkamah ini membuat dapatan setelah membuat penilaian secara maksima keterangan saksi-saksi pendakwaan dan dokumen dikemukakan, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT sepertimana pertuduhan eksibit P3 dan pertuduhan pertama eksibit P6. OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri.
section
89. Untuk pertuduhan kedua eksibit P6, Mahkamah ini memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bahawa OKT mempunyai pemilikan dadah jenis Cannabis seberat 7.44 gram dan OKT dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan tersebut.
section
90. Sebelum OKT membela diri, OKT dibacakan dengan pertuduhan kedua eksibit P6 dan OKT mengaku salah atas pertuduhan tersebut. OKT faham sifat dan akibat pengakuan salah atas pertuduhan kedua eksibit P6.
section
91. Sebelum Mahkamah ini menjatuhkan hukuman, peguambela telah membuat mitigasi bagi pihak OKT. OKT berumur berumur 36 tahun. Berasal dari Bangi. Ibubapa masih ada. Ibu beliau bekerja sebagai cleaner. OKT bekerja sebagai pemandu roro sebelum ditangkap dan telah ditahan reman selama 3 tahun 3 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.