Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RUJUKAN TANAH NO : KA-15-33-07/2024 PUTRA & CO SDN. BHD. … PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH KOTA SETAR … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
KA-15-33-07/2024
High Court of Malaysia25 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the following finding. Prior to the latest amendment to the Act S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 (vide Amendment Act A999), para. 2(d) of the First Schedule clearly provided for compensation for loss of earnings as it included”
“erial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 of probabilities). (rujuk kes Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214)”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RUJUKAN TANAH NO : KA-15-33-07/2024 PUTRA & CO SDN. BHD. … PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH KOTA SETAR … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Ini adalah Permohonan Rujukan Tanah oleh Pemohon di bawah seksyen 38(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 (“Akta 460”) yang membantah award pampasan Pentadbir Tanah (PT) Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman bertarikh 29.08.2023.
2
Setelah meneliti kesemua suratcara, hujahan pihak-pihak dan laporan sependapat pengapit-pengapit, setelah mendapatkan pandangan dan pendapat Sr. Mohd Haris bin Yop, Pengapit Kerajaan dan Sr. Johari Bin Ismail, Pengapit Swasta, Mahkamah telah membenarkan Permohonan Pemohon.
3
Tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah, Responden telah memfailkan notis rayuan pada 22.10.2025. Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah dalam membenarkan permohonan Pemohon. Latar belakang kes
4
Pemohon adalah pemilik tanah yang diambil melalui Warta bertarikh 30.12.2021 bagi maksud Projek Menggantikan Jambatan Sediada di FT007/1/20 Kota Setar (Jambatan Manjalara), Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman.
5
Perihal hartanah Pemohon adalah seperti berikut: Tarikh Warta 30.12.2021 No. Lot 153, Seksyen 25 No. Hakmilik GRN 8626 Mukim/Jajahan Bandar Alor Setar Keluasan 1,092.00 meter persegi Keluasan Pengambilan 1,092.00 meter persegi
6
Pampasan yang telah diawardkan oleh Pentadbir Tanah adalah seperti berikut :
a
Tanah diambil 1092 meter persegi RM2,310.00 semeter persegi RM1,229,560.33
b
Pampasan lain – Kos mencari premis baharu RM75,675.60 RM75,675.60 Jumlah RM1,305,235.93
7
Bantahan Pemohon adalah sepertimana di dalam Borang N seperti berikut :
a
Bayaran pampasan adalah terlalu rendah dan tidak menggambarkan nilai pasaran semasa.
b
Pampasan ke atas yuran guaman bagi maksud pembelian hartanah gantian tidak dibayar sedangkan kos guaman merupakan kos berkaitan di dalam urusan pembelian hartanah gantian.
c
Kehilangan pendapatan selepas pajakan berakhir pada tahun 2048.
d
Tuntutan pampasan ke atas struktur bangunan stesen minyak, peralatan dan tangki bawah tanah yang dipunyai oleh pemilik tanah selepas berakhirnya tempoh pajakan.
e
Pampasan ke atas cukai pajakan yang telah dibayar secara duluan untuk baki tempoh 25 tahun berjumlah RM300,000.00 seperti kiraan berikut : Pajakan selama 30 tahun: RM1,5000,000.00; Baki pajakan selama 25 tahun – RM1,250,000.00 # Cukai pada kadar 24% = RM300,000.00 S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w Undang-Undang berkaitan pengambilan tanah
8
Pengambilan tanah, sebagai suatu tindakan sah di sisi undang-undang, memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tanah persendirian demi kepentingan awam. Sebagai timbal balas pemilik tanah mestilah dipampaskan atas prinsip pampasan sewajarnya (adequate compensation) yang mencerminkan kerugian sebenar yang timbul akibat pengambilan tersebut. Kuasa dan perlindungan ini diperuntukkan dibawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu : Perkara 13. Hak terhadap harta.
1
Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
2
Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.
9
Adalah jelas bahawa undang-undang khusus dan prosedur berhubung pengambilan tanah diperuntukkan dibawah akta khas S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w iaitu Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Akta ini juga memperuntukkan berkenaan dengan kaedah penentuan “pampasan yang memadai” (rujuk kes Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd v. Inch Kenneth Kajang Rubber
10
Lanjutan daripada itu juga diperhatikan bahawa Akta 486 memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat penentuan mengenai sebarang bantahan oleh pemilik tanah dan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan berdaftar atas tanah yang diambil atau secara ringkasnya tanah berjadual iaitu tanah yang dimasukkan di dalam jadual pengambil balikan.
11
Beban pembuktian adalah ditanggung oleh pemohon yang yang mengatakan bahawa pampasan adalah tidak mencukupi. Ini adalah undang-undang yang mantap - Mahkamah Rayuan di dalam kes Northern Green Ventures Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah, Hulu Langat [2022] 9 CLJ 865; ; [2022] 9 CLJ 865 [2022] 5 MLJ 785 menyatakan seperti berikut:- S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w The inadequacy of the award of compensation must be established by taking into account the totality of the evidence, and the burden to establish a prima facie case that the respondent's award of compensation is inadequate lies with the applicant. This principle was well stated by Wan Yahya J (as he then was) in Ong Yan & Anor v. Collector Of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1985] 1 LNS 105; [1986] 1 MLJ 405, in the following terms: In land acquisition case the burden is on the applicant to make out a prima facie case of inadequate award. Only when he succeeds in doing so would the respondent be called upon to introduce his evidence; otherwise the applicant's case must fail and the Collector's award should stand. [58] This principle was reiterated by the Court of Appeal in JH Capital Services Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w Daerah Petaling [2020] 1 LNS 241; [2020] 4 MLJ 1: [18] The argument advanced by the learned assistant state legal advisor for the respondent is that, to which we agreed, the burden is on the appellant to make out a prima facie case of inadequate award. Only when the appellant succeeds in doing so would the respondent be called upon to introduce their evidence; otherwise the appellant's case must fail and the land administrator's award should stand (see Ong Yan & Anor v. Collector of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1985] 1 LNS 105; [1986] 1 MLJ 405). See also Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] 1 LNS 66, and Desa Kudalari Management Corporation v. Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [2021] 1 LNS 107.
12
Sehubungan dengan itu beban adalah terletak di atas Pemohon untuk membuktikan pada tahap prima facie ketidakcukupan pampasan oleh Pentadbir Tanah dengan mengemukakan Laporan Penilai Pemohon dan Jawapan Penilai Pemohon untuk menghujahkan kenapa pampasan Pentadbir Tanah tidak mencukupi (rujuk Ong Yan & Anor v. Collector of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1985] 1 LNS 105; [1986] 1 MLJ 405 dan CIMB Trustee Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Seberang Utara Pulau Pinang [2012] 1 LNS 881; [2013] 9 MLJ 98)
13
Beban pembuktian ke atas Pemohon adalah dalam dua bentuk iaitu: -
i
beban untuk mewujudkan sesuatu kes; dan
II
(ii) beban untuk mengemukakan keterangan dan beban tersebut terletak pada pihak Pemohon sepanjang perbicaraan. Tahap pembuktian yang diperlukan daripada pihak Pemohon adalah pada tahap imbangan kebarangkalian (balance S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w of probabilities). (rujuk kes Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214)
14
Kaedah penentuan pampasan adalah berasaskan ‘nilai pasaran’ tanah berjadual tersebut, iaitu dengan mentaksirkan nilai pasaran mana-mana tanah berjadual menggunakan apa-apa kaedah penilaian yang sesuai bagi mencapai nilai pasaran tersebut. Syaratnya, perhatian hendaklah diberikan kepada harga yang dibayar bagi jualan terkini tanah yang mempunyai ciri-ciri serupa dengan tanah berjadual itu dan yang terletak di kawasan yang sama. Selain itu, pertimbangan khusus hendaklah diberikan terhadap transaksi terakhir berhubung tanah berjadual tersebut dalam tempoh dua tahun daripada tarikh rujukan bagi tujuan penilaian di bawah subperenggan (1). (Rujuk Perenggan 1,
Schedule
Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960) ; Ng Tiou Hong v. Collector Of Land Revenue, Gombak [1984] 1 CLJ 350) S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w 15. Di dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat and Anor Case [2017] 5 CLJ 526, Mahkamah Persekutuan diperenggan [213], [214] dan [215] menyatakan bahawa suatu pemerhatian yang relevan ialah bahawa perenggan 1(1A) dalam Jadual Pertama telah dimasukkan melalui Akta A999 bagi memberikan fleksibiliti dalam penilaian jumlah nilai pasaran tanah yang diambil. 16. Sehubungan dengan itu, walaupun jualan yang sebanding di kawasan sekitar tanah yang diambil merupakan komponen penting dalam pengiraan nilai pasaran tanah yang diambil, ‘apa-apa kaedah penilaian yang sesuai’ juga dibenarkan. Oleh itu, sebarang kaedah yang sesuai yang berfungsi untuk memberikan pampasan yang setara kepada pihak-pihak yang terjejas boleh digunakan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah pampasan yang dibayar berdasarkan kos penggantian. S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w Analisa dan Dapatan Mahkamah 17. Permohonan Rujukan Tanah ini telah dibicarakan pada 25.08.2025 dan Mahkamah ini telah dibantu oleh dua orang pengapit iaitu Sr. Mohd Haris bin Yop, Pengapit Kerajaan dan Sr. Johari Bin Ismail, Pengapit Swasta. Selepas perbicaraan, kedua-dua pengapit telah mengemukakan Laporan Pengapit Hakim (sependapat) untuk pertimbangan Mahkamah. 18. Di dalam Laporan Penilai Pemohon, kaedah perbandingan harga telah digunakan dengan mengemukakan empat (4) perbandingan yang tertumpu di kawasan zon perancangan untuk perniagaan dan berpegangan kekal. Satu daripadanya iaitu (PP2) merupakan perbandingan selepas tarikh warta dan sepatutnya ditolak. 19. Rekod pindahmilik perbandingan adalah antara tahun 2017 hingga 2019. Analisa balasan antara RM1,570.68 satu meter persegi (smp) (RM145.92 satu kaki persegi (skp)) hingga S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w RM2,640.51 smp (RM245.31 skp). Analisa pelarasan tanah bagi perbandingan yang digunakan pula adalah di antara RM2,858.70 smp (RM265.58 skp) hingga RM3,036.63 smp (RM282.11 skp). Peratusan pelarasan dicadangkan antara 0% sehingga +40%. 20. Selepas mengambilkira pelarasan yang sewajarnya, Penilai Pemohon telah mengesyorkan kadar nilai tanah RM3,036.63 smp (RM282.11 skp) dengan perbandingan PP3 sebagai asas nilaian pasaran hartanah. 21. Penilai Responden pula telah menggunakan tiga (3) perbandingan yang mana kesemuanya adalah tanah bangunan untuk perniagaan. Semua perbandingan berada di dalam zon perancangan perniagaan dengan dua (2) daripadanya bukan tanah berstatus Rezab Melayu. Rekod pindahmilik perbandingan adalah antara tahun 2017 hingga 2019. Analisa balasan adalah antara RM911.58 smp (RM84.68 skp) hingga RM1,776.01 smp (RM165.00 skp). Kadar terlaras selepas pelarasan adalah antara RM1,300.00 smp (RM120.77 skp) sehingga RM2,100.00 smp S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w (RM195.10 skp). Peratusan pelarasan dicadangkan adalah antara +10% sehingga +50%. 22. Penilai Responden telah mengesyorkan kadar RM2,100.00 smp (RM195.10 skp) dengan perbandingan PR2 sebagai asas nilaian pasaran hartanah kerana transaksi adalah merupakan tanah kosong perniagaan dan tanah luar rizab melayu. 23. Pengapit-pengapit sependapat terdapat satu perbandingan sepunya yang digunakan oleh Penilai Pemohon dan Penilai Responden yang boleh dijadikan asas harga nilaian iaitu Lot 274, Seksyen 18, Lorong Tengah, Off Jalan Putra, Bandar Alor Setar, Kedah berkeluasan 347.00 meter persegi yang dipindahmilik pada 22.01.2018 dengan harga balasan RM616,275.00. Analisa harga sehektar adalah RM1,776.01 smp. 24. Pengapit-pengapit sependapat mencadangkan perbandingan sepunya menggunakan pendekatan secara pelarasan tunggal dengan satu peringkat kemudian diikuti secara berkelompok iaitu S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w faktor masa dilaraskan secara tunggal manakala lain-lain faktor dilaraskan secara berkelompok. 25. Selanjutnya pengapit-pengapit sependapat bahawa empat (4) faktor yang sangat signifikan diberikan pelarasan iaitu faktor masa, kegunaan tanah, lokasi dan kategori tanah. Ini akan memberi impak ketara ke atas nilai tanah. Sebagai tanah perniagaan, lot subjek mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh aspek perancang. Sebagai contoh, keluasan tanah yang optimum dan mempunyai bahagian hadapan yang mengadap jalan bagi tujuan perniagaan stesen minyak. 26. Pengapit-pengapit telah membuat pelarasan semula dengan menggunakan perbandingannya sepunya yang dirujuk oleh Penilai Pemohon dan Penilai Responden. Faktor masa dilaraskan secara tunggal pada kadar 10% atas faktor masa (2021 berbanding 2018) dan dengan mengambil kira faktor-faktor pelarasan yang sewajarnya secara berkelompok, nilai pasaran S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w yang berpatutan bagi lot subjek adalah RM2,400.00 smp (RM223.00 skp). 27. Selanjutnya pengapit-pengapit sependapat di dalam kes ini terdapat khilaf di dalam memahami bentuk kepentingan tuan tanah dan pemajak. Terdapat tiga (3) kepentingan, iaitu kepentingan pemilik tanah berpegangan kekal dengan bebanan pajakan berbaki 26 tahun; kedua kepentingan pegangan pajakan (Petron) bermula dari tahun 2021 ke tahun 2048 dengan berbaki 26 tahun dan kepentingan pengusaha minyak. Bagi tujuan Permohonan ini, pengapit-pengapit hanya akan memfokuskan kepentingan pemilik tanah (Putra & Co Sdn Bhd) dan secara tidak langsung akan menyentuh kepentingan penerima pajakan (Petron). 28. Pemohon (Putra & Co Sdn Bhd) mempunyai kepentingan di dalam dua fasa, iaitu fasa pertama tahun 2021 ke 2048 dimana pajakan berbaki 26 tahun dan fasa kedua iaitu pengembalian pegangan kekal yang perlu dinormalisasikan dengan faktor nilai S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w kini. Ini boleh dilakukan secara proses pengembalian (reversion) kerana kepentingan pegangan kekalnya selepas tahun 2048 wajar diberi pampasan di atas prinsip hak dan pampasan yang mencukupi. 29. Merujuk Laporan Penilaian Responden, formula yang digunakan adalah: Nilai Tanah Pegangan Kekal Tolak (-) Nilai kepentingan pajakan Berbaki 25 tahun ------------------------------------------------------------------------ Jumlah = Nilai Pampasan (kepentingan Tuan Tanah) ========================================= 30. Berikut beberapa ciri penting yang digunakan oleh Penilai Responden di dalam pengiraan (sifir matematik penilaian) kepentingan tuan tanah digunakan iaitu : (a) Kadar pulangan yang digunakan bagi pegangan kekal 6.0%. (b) Kadar pulangan yang digunakan bagi pajakan 25 tahun 8.0%. (c) Tempoh baki pajakan yang digunakan ialah 25 tahun. S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w 31. Penilai Pemohon pula mengambil pendekatan nilai tanah pegangan kekal ditolak dengan kepentingan pajakan 25 tahun berasaskan nilai kontrak RM1,250,000.00 iaitu kontrak pajakan 30 tahun @ 1,500,000.00. 32. Manakala Award Pentadbir Tanah menggunakan asas Penilaian Responden sebagai panduan dan nilai kepentingan pajakan berbaki 25 tahun. Atas asas harga ditawarkan RM2,310.00 smp x 1092 mp = RM2,522,520.00. Pentadbir Tanah membuat penolakan kepentingan pemegang pajakan mengikut nilai yang dituntut iaitu RM1,292,959.67 menjadikan jumlah sebenar iaitu RM1,229,560.33. 33. Pengapit-pengapit berpendapat secara umumnya menerima ciri kadar pulangan yang digunakan oleh Penilai Responden, iaitu; 6.0% (pegangan kekal) dan 8.0% (pajakan 25 tahun). Walau bagaimanapun, tempoh baki 25 tahun tidak tepat kerana pajakan telah berjalan 4 tahun bermula dari 2.01.2018 hingga tarikh warta 30.12.2021. Oleh itu baki pajakan adalah 26 tahun. S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w 34. Pengapit-pengapit sependapat kedua Penilai Pemohon dan Responden telah khilaf di dalam menilai kepentingan kekal selepas tamat pajakan 30 tahun. Pengapit-pengapit mencadangkan pengiraan pengembalian (reversion) itu dilakukan dengan kadar pulangan yang lebih tinggi 7.5% bagi melambangkan faktor pulangan berisiko dan ketidaktentuan. 35. Manakala pendekatan Penilaian Pemohon telah ditolak oleh pengapit-pengapit kerana ia menggunakan amaun kontrak pajakan @ RM1,250,000.00 sebagai asas tolakan dengan nilai pegangan kekal. Ini kerana nilai kontrak tersebut tidak dapat menggambarkan nilai kepentingan tanah bagi pegangan kekal dengan pajakan 30 tahun kerana ia adalah kontrak perniagaan. 36. Pengapit-pengapit telah membuat pengiraan semula dengan membahagikan kepentingan pemilik tanah seperti berikut: (a) Tempoh 26 tahun = RM920,953.00; (b) Baki kepentingan tuan tanah pegangan kekal selepas 2048 = RM1,872,972.00 S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w Jumlah yang sepatutnya ialah RM2,793,925.00. 37. Mahkamah berpuashati dengan alasan-alasan pengapit-pengapit dan menerima pakai kaedah penilaian dan pelarasan yang dicadangkan. 38. Oleh yang demikian, penambahan Award Baru RM2,793,925.00 ditolak dengan Award Pentadbir RM1,292,959.67, maka tambahan award adalah RM1,564,364.67. Kos Sampingan (Incidental Cost) – para 2 (d) Jadual Pertama 39. Penilai Pemohon telah menuntut kos ejen hartanah untuk mendapatkan hartanah gantian dan kos guaman bagi tujuan membeli hartanah baru yang mana kedua-dua kos ini adalah berdasarkan andaian nilai pasaran semasa. Pengapit-pengapit sependapat tuntutan ini bukanlah kos sebenar yang telah S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w ditanggung oleh pemilik tanah dan tiada bukti bahawa kos-kos ini telah dibayar. 40. Pentadbir Tanah pula telah membenarkan pampasan sebanyak RM75,675.60 sebagai kos sampingan (premis baru). 41. Merujuk kepada para 2 (e) Jadual Pertama, disyaratkan “….dia terpaksa atau mungkin terpaksa menukar tempat kediaman atau tempat perniagaan…” 42. Mahkamah bersetuju dengan pendapat pengapit-pengapit bahawa tuan tanah tidak memilik apa-apa bentuk premis kediaman atau perniagaan di atas tanah berjadual yang mewajarkan tuntutan kos premis baru. 43. Sebaliknya pengapit-pengapit sependapat setelah meneliti isi kandungan kontrak pajakan yang dimeterai di halaman 9, terdapat amaun bayaran akhir berjumlah RM150,000.00 yang masih tertangguh dan terkesan akibat pengambilan tanah. Maka S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w Pemohon layak diawardkan kehilangan pendapatan (loss of earning) akibat daripada kontrak bayaran pajakan yang terputus. 44. Di dalam hal ini saya bersetuju dengan pendekatan yang diambil di dalam kes Shell Malaysia Trading Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan [2013] 8 CLJ 1095, Vazeer Alam Mydin H (pada ketika itu) memutuskan bahawa pampasan bagi kehilangan keuntungan boleh diberikan walaupun perkataan 'atau pendapatan sebenar beliau' telah dipadamkan daripada perenggan 2(d) Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 atas alasan bahawa pemadaman tersebut bukanlah bertujuan untuk menyingkirkan kehilangan pendapatan sebagai satu kepala pampasan, tetapi semata-mata untuk menangani isu tuntutan statutori yang berulang. Berikut adalah penghakiman Vazeer Alam Mydin H (pada ketika itu) : [28] On the issue of whether the Act allows for compensation for loss of profit or extinguishment of business, we make the following finding. Prior to the latest amendment to the Act S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w (vide Amendment Act A999), para. 2(d) of the First Schedule clearly provided for compensation for loss of earnings as it included the words "or his actual earnings" as one of the matters to be considered in determining compensation. However, as a result the passing of the Amendment Act A999, the words 'or his actual earnings' in para. 2(d) was removed on the grounds that the same was already provided for in para. 2(e) of the First Schedule. ,,,, [30] We are of the opinion that even though the words 'or his actual earnings' have been removed from para. 2(d) of the First Schedule, the applicant would still be entitled to compensation for loss of profits by virtue of the provisions of para. 2(e). From the explanation given in item 30 of the explanatory statement to the Bill amending the Act, it is clear that the intention of parliament in removing the words 'or his actual earnings' in para. 2(d) of the First Schedule was not to remove loss of earnings as a head of compensation but merely to address the issue of repetitive statutory provisions. S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w 45. Berdasarkan kes Shell Malaysia Trading dan fakta bahawa Pemohon tidak memiliki apa-apa bentuk premis kediaman atau perniagaan di atas tanah berjadual yang mewajarkan tuntutan kos premis baru, Mahkamah memutuskan untuk award Pentadbir Tanah bagi Kos premis baru diTolak Ganti dengan kehilangan pendapatan atas bayaran tertangguh berjumlah RM150,000.00. 46. Maka award kos premis baru RM75,675.60 diTukar Ganti dengan kehilangan pendapatan RM150,000.00. 47. Oleh yang demikian, penambahan Award Baru bagi Kos Sampingan para 2 (d) Kos Premis baru ditolak Award Pentadbir, maka tambahan award adalah RM74,324.40. Lain-lain Tuntutan: Tiga (3) isu bantahan lain 48. Pengapit-pengapit mencadangkan penolakan tiga (3) isu bantahan lain iaitu: S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w (i) Pampasan yuran guaman; (ii) Pampasan ke atas struktur bangunan; (iii) Pampasan ke atas cukai pajakan. 49. Mahkamah bersetuju dengan cadangan pengapit-pengapit bahawa tuntutan Pemohon bagi bantahan tersebut tidak dibuktikan dan hendaklah ditolak. Kesimpulan 50. Maka atas alasan-alasan di atas, mahkamah membuat perintah berikut : (a) Mahkamah memutuskan membenarkan permohonan pemohon. Pampasan nilai tanah diawardkan sebanyak RM2,793,925.00 @ RM2,400.00 smp @ RM223.00 skp tolak award pentadbir RM1,229,560.33, baki RM1,564,364.67. S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w (b) Award kos sampingan para 2 (d) iaitu kos premis baru ditukar ganti dengan kos sampingan para 2 (d) kehilangan pendapatan RM150,000.00. (c) Jumlah yang diaward adalah atas kadar faedah 5% setahun dari tarikh Borang K sehingga penyelesaian penuh. (d) Fee Pengapit sebanyak RM1,000.00 setiap pengapit dibayar oleh pemohon 14 hari dari tarikh perintah ini. (e) Deposit RM3,000.00 dikembalikan kepada pemohon. (f) Bayaran RM1,638,688.67 dibayar kepada akaun pelanggan peguam pemohon sebagai pemegang taruh. Bertarikh: 25HB SEPTEMBER 2025 ……..…………………………….. (MOHD AIMI ZAINI BIN MOHD AZHAR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w (1) Pengapit Kerajaan: Sr Mohd Haris Bin Yop (Penilai Berdaftar V- 1010) (2) Pengapit Swasta : Sr Johari Bin Ismail (Penilai Berdaftar V-825) Peguam bagi pihak Pemohon: Encik Premman Gopal Tetuan Omar Ismail Hazman & Co Lot 152-3-10 & 152-3-11, Komplek Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri, 55100 Cheras, Kuala Lumpur (No.Ruj.:OIH/KL/1316/L/24-has) No. Tel: 03-92866632/92026634 No. Faks: 03-92012334 Email: oihlaw@gmail.com Peguam bagi pihak Responden: Puan Hasyutantee Binti Khalil Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar KEDAH DARUL AMAN (No. Ruj.: PUN(KD)600-LR/MT/33/2024 No. Tel: 04-702 7424 Email: www.agc.gov.my S/N LropucCe0y5LVjhDNlA6w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.