Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-23NCvC-28-07/2023 ANTARA QIAN SUI F&B SDN BHD … PLAINTIF (NO. SYARIKAT: 1344521-M)
BA-23NCvC-28-07/2023
High Court of Malaysia4 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [19”
“to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313).”
“32. Mahkamah ini merujuk kes Munafsya Sdn Bhd v Proquaz Sdn Bhd [2012] MLRHU 861 yang dikemukakan oleh peguam cara plaintif bahawa Mahkamah telah menilai keseluruhan terma perjanjian dan kelakuan pihak-pihak serta latar belakang yang membawa kepada perjanjian dimasuki.”
“uga merujuk hujahan peguam cara terpelajar bagi plaintif yang bergantung kepada kes Cheah Yee Chen (Trading under Name and Style of Superbrain Training Cnetre) & Ors v Safeway Solutions Sdn Bhd & Ors [2023] MLJU 1006 yang memutuskan perjanjian yang dimasuki oleh pihak-pihak adalah batal kerana ia merupakan perniagaan f”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-23NCvC-28-07/2023 ANTARA QIAN SUI F&B SDN BHD … PLAINTIF (NO. SYARIKAT: 1344521-M)
1
EXCELSIUS GLOBAL SDN BHD … DEFENDAN- [NO. SYARIKAT: 201801013736 (1275752-H)] DEFENDAN
2
KHONG WAI KEN
3
GAN THIN HUI [NO. K/P: 910317-14-5295]
4
KHOO JIAN LIM [NO. K/P: 911015-14-5403] ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 23/10/2025 19:32:10
1
Pertikaian utama antara plaintif dan defendan pertama adalah berkisar tentang implikasi perjanjian lesen perniagaan Chun Yang Tea yang dimasuki pada 9.10.2019. Plaintif turut menuntut penyingkapan tirai perbadanan terhadap pengarah-pengarah defendan pertama atas alegasi frod. Dalam masa yang sama, defendan pertama melalui tuntutan balas menuntut ganti rugi am dan khas atas penggunaan hak harta intelek Chun Yang Tea.
2
Tuntutan-tuntutan tersebut telah diputuskan selepas perbicaraan penuh pada 4.8.2025. Plaintif tidak berpuas hati dan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini yang menolak tuntutan plaintif dan membenarkan tuntutan balas defendan-defendan. Berikut adalah asas-asas bagi keputusan Mahkamah ini.
3
Plaintif dan defendan pertama masing-masing merupakan syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan berniaga di Negeri Selangor.
4
Pemegang saham dan pengarah plaintif ialah Teah Boon Ruey dan Low Lay Peng yang merupakan pasangan suami isteri. Manakala defendan kedua, ketiga dan keempat adalah pengarah dan pemegang saham defendan pertama.
5
Defendan pertama menjalankan perniagaan utama menjual minuman yang dikenali Chun Yang Tea yang merupakan perniagaan asal dari Taiwan.
6
Perbincangan awal antara plaintif dan wakil defendan pertama bermula pada September 2019 untuk plaintif membuka cawangan perniagaan Chun Yang Tea yang membawa kepada Perjanjian Lesen dimasuki pada 9.10.2019 dengan terma defendan pertama bersetuju memberi hak tidak eksklusif kepada plaintif membuka satu cawangan perniagaan Chun Yang Tea. Perniagaan plaintif dijalankan di Taman Segar Kuala Lumpur dan kemudian plaintif berpindah ke Cheras Leisure Mall.
7
SP1 dan SP2 adalah pasangan suami isteri yang merupakan pengarah dan pemegang saham plaintif.
8
Plaintif memplidkan kepercayaannya adalah perniagaan tersebut berasaskan francais dan telah melabur kos sebanyak RM980,673.88 setakat Februari 2023. Plaintif telah membayar antara lain lesen RM200,000 kepada defendan pertama pada 18.9.2019 berjumlah RM10,000, RM140,000 pada 18.10.2019 dan baki RM50,000 pada 26.10.2019.
9
Pada Mac 2023 plaintif mendapati defendan pertama tidak mempunyai lesen francais menurut Akta Francais 1998 dan menuntut defendan pertama tidak mempunyai hak untuk memasuki perjanjian tersebut dan tidak berhak menjalankan perniagaan francais.
10
10.
Preamble
Menurut plaintif, defendan-defendan telah memberi representasi salah dan menipu plaintif untuk melabur dalam perniagaan Chun Yang Tea. Maka plaintif ingin menyingkap tirai perbadanan dan menjadikan defendan kedua sehingga keempat bertanggungan.
11
Tuntutan plaintif adalah deklarasi perjanjian tersebut tidak sah, pemulangan wang pelaburan, ganti rugi am dan teladan serta faedah dan kos.
12
Defendan-defendan menyatakan tiada hubungan priviti antara plaintif dengan defendan kedua, ketiga dan keempat selain sebelum perjanjian tersebut dimasuki tidak ada komunikasi antara plaintif dengan defendan ketiga dan keempat. Defendan kedua sehingga keempat menyatakan tiada manfaat peribadi yang dinikmati selain defendan pertama mempunyai 9 pemegang saham. Tuntutan plaintif disifatkan oleh defendan-defendan sebagai fikiran terkemudian kerana semasa perbincangan awal tiada perbincangan sama ada Chun Yang Tea adalah perniagaan francais.
13
Perbicaraan penuh berlangsung pada 13.1.2025, 14.1.2025 dan 16.5.2025 dengan plaintif mengemukakan dua orang saksi iaitu Teah Boon Ruey (SP1) dan Low Lay Peng (SP2) dan memberi keterangan melalui khidmat jurubahasa Mandarin. Defendan-defendan memanggil Khong Wai Wen (SD1) dan Gan Thin Hui (SD2) sebagai saksi.
14
Isu-isu yang perlu dibicarakan dan diputuskan adalah:
i
Sama ada Perjanjian Lesen adalah satu perjanjian francais dan terbatal atau tidak sah kerana melanggar Akta Francais 1998.
II
(ii) Sama ada defendan-defendan bertanggungan memulangkan jumlah pelaburan dan pembayaran plaintif dibawah perjanjian tersebut atau perniagaan dibawah francais Chun Yang Tea sebanyak RM980,673.88 secara bersesama atau berasingan.
III
(iii) Sama ada wujud salahnyataan atau salahnyataan frod oleh defendan-defendan terhadap plaintif.
IV
(iv) Sama ada plaintif berhak kepada ganti rugi am dan teladan.
v
Sama ada defendan pertama berhak terhadap untung kasar yang diperolehi oleh plaintif dari November 2019 sehingga April 2023 di bawah Perjanjian Lesen. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG
15
Beban bukti terletak di bahu pihak yang menuntut untuk membuktikan tuntutannya dan memikul beban bukti sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 101 and 103 Akta Keterangan 1950:
101
Burden of Proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.
103
Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.
16
Mahkamah Persekutuan dalam kes Nanyang Development (1966) Sdn Bhd v How Swee Poh [1970] 1 MLJ 145 antara lain memutuskan bahawa pihak yang berhasrat untuk Mahkamah memberikan hak undang- undang atau liabiliti mempunyai beban bukti tentang kewujudan fakta yang didakwa olehnya. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu : Sama ada Perjanjian Lesen adalah satu perjanjian francais dan terbatal atau tidak sah kerana melanggar Akta Francais 1998.
17
Isu pertama ini merupakan utama yang berbangkit antara pihak-pihak. Dokumen penting yang mengikat hubungan plaintif dan defendan pertama adalah Perjanjian Lesen bertarikh 9.10.2019. Antara lain inti pati penting perjanjian ini adalah:
i
Plaintif memperolehi lesen menggunakan cap dagang Chun Yang Tea daripada Chun Yang Co Ltd. bagi Kuala Lumpur dan Selangor.
II
(ii) Defendan pertama diberi hak eksklusif memberi lesen kepada pihak ketiga membuka cawangan atau perniagaan Chun Yang Tea di Kuala Lumpur dan Selangor.
III
(iii) Hak diberi oleh defendan pertama kepada plaintif membuka perniagaan Chun Yang Tea di No, 39 Jalan Manis 4, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur.
IV
(iv) Balasan yang diberi oleh plaintif kepada defendan pertama bagi lesen tersebut adalah RM200,000 iaitu RM150,000 sebagai fi lesen dan RM50,000 deposit.
v
Plaintif perlu membayar RM9,000 setahun sebagai fi perancangan pemasaran dan pengiklanan selain 5% daripada jumlah hasil kasar bulanan.
VI
(vi) Pihak-pihak bersetuju mengekalkan keseragaman, reputasi dan kualiti jenama Chun Yang Tea selain penampilan dan spesifikasi produk.
VII
(vii) Defendan pertama membekalkan latihan dan sokongan termasuk barangan kepada plaintif.
VIII
(viii) Plaintif hendaklah menjual produk Chun Yang Tea dalam Senarai Produk yang ditentukan oleh defendan pertama sahaja dan memastikan hanya ramuan yang dinyatakan sahaja digunapakai dalam produk.
IX
(ix) Pakaian pekerja termasuk reka bentuk perniagaan dan lukisan mematuhi reka bentuk yang ditetapkan oleh defendan pertama temasuk waktu perniagaan.
18
Berdasarkan keterangan saksi plaintif dan defendan pertama, adalah diakui defendan pertama mempunyai lesen menggunakan jenama Chun Yang Tea melalui Brand License Agreement bertarikh 7.10.2019 antara Chun Yang Co. Ltd iaitu lesen untuk menggunakan trademark dan service mark Chun Yang Tea termasuk sistem operasi, hiasan dan kelengkapan serta know-how Chun Yang Tea di Kuala Lumpur dan Negeri Selangor.
19
Defendan pertama memberi lesen kepada plaintif selama 1 tahun untuk mengendalikan perniagaan Chun Yang Tea selama 3 tahun dari 1.11.2019 hingga 1.11.2022. Sebagai balasan plaintif akan membayar fi lesen RM150,000; deposit fi lesen RM50,000; fi pengurusan dan pemasaran RM9000 setahun serta 5% royalti daripada pendapatan kasar. Jika berlaku penamatan akibat plaintif di bawah perenggan 12, plaintif bersetuju membayar ganti rugi kepada defendan RM50,000 selain wang deposit akan disita dan menanggung rugi defendan pertama terhadap kerugian dan kerosakan yang dialami defendan pertama.
20
Mahkamah ini merujuk Perjanjian Lesen tersebut yang ditunjukkan dalam mukasurat 18-44 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B (IDB). Terma perjanjian adalah jelas dan telah ditandatangani oleh Khong Wai Ken (SD1) bagi defendan pertama dan Teah Boon Ruey (SP1) mewakili plaintif. Email daripada defendan pertama kepada plaintif bertarikh 19.9.2019 menunjukkan draf perjanjian telah diserahkan kepada plaintif untuk diteliti dan dipersetujui.
21
Pada 1.3.2023, plaintif mengutuskan surat yang ditunjukkan dalam ms 48 IDB kepada defendan pertama menyatakan antara lain jualan plaintif sangat teruk sejak beberapa bulan sehingga sukar bagi plaintif untuk bertahan menguruskan perniagaan. Apa yang dihajati oleh plaintif melalui surat tersebut adalah memohon supaya diberi kebenaran menggunakan deposit RM50,000 untuk membayar harga francais, fi pemasaran dan royalty 5%. Plaintif turun memaklumkan hasrat untuk tidak menyertai Chun Yang Club kerana bayaran bulan RM400 membebankan plaintif. Fakta ini menunjukkan bahawa setelah plaintif menjalankan perniagaan Chun Yang Tea hanya selepas tempoh kontrak 3 tahun tamat dan sebelum kontrak lanjutan dimasuki secara nyata, plaintif menimbulkan isu berhubung ketidaksahan Perjanjian Lesen.
22
Isu pertama juga berkait dengan persoalan adakah Perjanjian Lesen merupakan perniagaan francais yang terbatal kerana melanggar Akta Francais 1998. Hal perkara ini menjadi asas plaintif untuk menuntut semula daripada defendan-defendan kesemua wang yang digunakan dalam perniagaan Chun Yang Tea sepanjang tempoh 4 tahun.
23
Bagi menjawab persoalan ini, wajarlah bagi Mahkamah ini merujuk kepada asas yang membawa kepada pengenalan perniagaan francais di Malaysia yang kemudiannya dikanunkan. Mahkamah ini merujuk Petikan Hansard Dewan Rakyat DR 3.12.2019 berkaitan perbahasan Rang Undang-Undang Francais (Pindaan) 2019 yang secara langsung mendedahkan tujuan akta tersebut diperkenalkan di Malaysia. Antara lain transkrip perbahasan menyatakan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kerangka undang-undang dalam bentuk akta bagi mengawal selia sistem perniagaan berasaskan francais. Secara amnya, sistem perniagaan francais merupakan mekanisme pengembangan oleh sesebuah syarikat melalui pengedaran produk atau perkhidmatan kepada pihak ketiga iaitu francaisi. Perniagaan francais dapat memberikan peluang kepada usahawan untuk menjadi francaisi kepada suatu perniagaan atau jenama yang sedia ada. Oleh itu, adalah wajar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memastikan bahawa industri francais di Malaysia kekal kondusif, mampan dan menjadi platform utama bagi perkembangan aktiviti keusahawanan.
24
Akta Francais 1998 [Akta 590] telah dikuatkuasakan untuk melindungi hak kedua-dua pihak berkepentingan utama iaitu francaisor dan francaisi. Akta Francais 1998 merupakan satu undang-undang yang memperuntukkan mengenai pendaftaran dan pengawalseliaan francais-francais dan bagi perkara-perkara seperti yang berikut:
i
mewujudkan mekanisme kawal selia industri francais negara supaya ia dapat berkembang dengan beretika;
II
(ii) mengadakan satu sistem pendaftaran yang sistematik bagi membantu dan memantau perkembangan industri francais;
III
(iii) membendung perlakuan atau percubaan untuk menipu, memperdaya dan mendiskriminasi sebarang tawaran untuk menjual mana-mana perniagaan francais;
IV
(iv) mencegah amalan perdagangan atau layanan tidak adil kepada francaisi sepanjang tempoh perjanjian francais berkuat kuasa;
v
mencegah cubaan untuk menyalahgunakan harta intelek francaisor; dan
VI
(vi) menggalakkan perkembangan amalan perdagangan secara sihat di kalangan industri francais.
25
Mahkamah ini turut merujuk intipati hansard tersebut yang menyatakan Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 6A, Akta 590, subfasal 5(a) bertujuan untuk menghendaki seseorang francais kepadanya francais diberikan daripada seseorang francaisor asing untuk mendaftar francais itu kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan.
26
Mahkamah ini mendapati terdapat peruntukan Akta Francais yang menunjukkan adanya kawalan yang diberi kepada Pendaftar untuk mengawal francaisor termasuk menggantung, menamatkan atau membatalkan pendaftaran francais di bawah Akta 590. Ini dapat dirujuk melalui peruntukan seksyen 7(1) Akta 590 dan seksyen 10 Akta yang sama.
27
Namun plaintif tidak menunjukkan bahawa aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa dan terdapat pertuduhan ke atas defendan pertama berkaitan dengan kegagalan mendaftarkan francais dan bahawa defendan pertama bersalah kerana menjalankan perniagaan francais tanpa mendaftarkannya. Meneliti tujuan pendaftaran dan pengawalseliaan francais dilaksanakan, Mahkamah ini tidak menemui keterangan oleh plaintif bahawa defendan- defendan telah melakukan perbuatan membendung perlakuan atau percubaan untuk menipu, memperdaya dan mendiskriminasi sebarang tawaran untuk menjual mana-mana perniagaan francais, mencegah amalan perdagangan atau layanan tidak adil kepada francaisi sepanjang tempoh perjanjian francais berkuat kuasa atau mencegah cubaan untuk menyalahgunakan harta intelek francaisor.
28
Pada hemat Mahkamah ini penegasan plaintif (perenggan 12 Pernyataan Tuntutan) bahawa Perjanjian Lesen batal kerana ia merupakan lesen francais wajar dibuktikan oleh plaintif selari dengan tujuan pendaftaran dan pengawalseliaan francais.
29
Oleh kerana terdapat elemen lain yang ditunjukkan melalui keterangan di Mahkamah ini yang cenderung memberi manfaat kepada plaintif sebagai jalan keluar daripada membayar royalti kepada defendan pertama setelah plaintif menikmati keuntungan perniagaan ini selama hampir 4 tahun, maka Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam memutuskan isu pertama tuntutan plaintif.
30
Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa pihak-pihak yang berkontrak adalah terikat secara ketat dengan persetujuan yang terjalin di bawah perjanjian tersebut. Mahkamah ini mempunyai kewajipan untuk meneliti tujuan sebenar Perjanjian Lesen tersebut dan menentukan sama ada ciri-ciri perniagaan francais mendasari hubungan kontrak antara plaintif dan defendan pertama. Nas undang-undang dalam kes Kwan Chew Holdings Sdn Bhd v Kwong Yik Bank Berhad [2007] 2 CLJ 127 menjadi panduan yang mengikat Mahkamah ini – [17] When a court is asked to determine the true nature of the bargain between contracting parties it is required to take an objective approach. It must have regard to the factual matrix forming the background to the contract to determine the objective aim or purpose of the transaction. It is the objective view based on the test of the reasonable man that is the determining factor and not the subjective view of a party to the contract. The authorities on the point are legion. But let me start with the two cases which are regarded as seminal in this area of the law of contract.
31
Peguam cara plaintif selanjutnya telah menyoalbalas SD1 berkenaan intipati perjanjian tersebut dan menunjukkan bahawa terma-terma tersebut adalah tertakluk di bawah tafsiran francais di bawah Akta Francais 1998. Namun dalam kes di sini, kedua-dua pihak plaintif dan defendan bersetuju bahawa mereka memfokuskan kepada perniagaan ini yang berasaskan kepada perniagaan yang menguntungkan kedua-dua pihak. Plaintif sendiri yang tertarik dengan cadangan perniagaan defendan pertama. SP1 mengakui tidak mempunyai pengetahuan dalam perniagaan minuman dan makanan. Fakta menunjukkan pengakuan SP1, plaintif ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan Chun Yang Tea. Plaintif mengabaikan peluang untuk menyemak dan meminda draf perjanjian lesen bahkan tidak mendapatkan khidmat nasihat guaman. Tempoh masa satu bulan dari tarikh perjumpaan pertama dengan defendan kedua, perjanjian tersebut dimasuki dan wang pendahuluan dibayar diikuti deposit fi secara ansuran. Defendan pertama pula, memperkenalkan perancangan perniagaan yang menyerupai perniagaan francais tanpa pengetahuan terhadap keperluan mematuhi Akta Francais
1998
Ini dapat dilihat daripada keterangan SD1 yang mengakui tidak tahu tentang peruntukan sedemikian. Mahkamah ini juga mendapati kawalan yang dikenakan ke atas plaintif dalam pengurusan operasi perniagaan tidak secara ketat sebagaimana keperluan dalam seksyen 4 (c) Akta Francais 1998 yang memperuntukkan – The franchisor possesses the right to administer continuos control during the franchise term over the franchisee’s business operations in accordance with the franchise system.
32
Mahkamah ini merujuk kes Munafsya Sdn Bhd v Proquaz Sdn Bhd [2012] MLRHU 861 yang dikemukakan oleh peguam cara plaintif bahawa Mahkamah telah menilai keseluruhan terma perjanjian dan kelakuan pihak-pihak serta latar belakang yang membawa kepada perjanjian dimasuki.
33
Peruntukan seksyen 4(c) Akta Francais 1998 tersebut telah dihujahkan oleh peguam cara plaintif sebagai terjelma dalam perjanjian lesen melalui klausa 6,7,8,9,10.8,10.9,
10
10.10 dan 10.11. Meskipun SD1 semasa disoalbalas bersetuju dengan kebanyakan cadangan yang diberikan oleh peguam cara plaintif, namun berdasarkan keterangan saksi-saksi Mahkamah ini mendapati seksyen 4(c) Akta Francais 1998 tidak dipenuhi. Alasan Mahkamah ini adalah seperti berikut:
i
Defendan pertama tidak mengawal ketat operasi perniagaan plaintif kerana plaintif sendiri telah memutuskan untuk mengubah lokasi perniagaan plaintif dari Taman Segar Kuala Lumpur ke Cheras Leisure Mall.
II
(ii) Peralatan pakai buang tidak dibekalkan oleh defendan pertama dan plaintif boleh mendapatkan sendiri sumber daripada luar.
III
(iii) Waktu operasi plaintif juga bebas beroperasi mengikut lokasi perniagaannya berada khasnya semasa plaintif beroperasi di Cheras Leisure Mall.
34
Keperluan dalam seksyen 4(e) Akta Franchais 1998 berkaitan pengenaan fi juga tidak dilaksanakan secara ketat. Plaintif telah memohon untuk tidak dikenakan bayaran bulanan dan dibenarkan.
35
Bagi tujuan penyediaan bahan minuman Chun Yang Tea keterangan SD1 gagal dicabar semasa perbicaraan, iaitu plaintif dibenarkan untuk membuat pesanan sendiri bagi bahan yang digunakan di cawangan perniagaan plaintif. Mahkamah ini turut merujuk kes Dr Premananthan Vasuthevan v Permai Polyclinics Sdn Bhd [2014] 10 CLJ 251 yang memutuskan – [13] The undisputed fact is that the defendant's name of Permai Polyclinic, the colour theme of the polyclinic, the defendant's logo were used for the plaintiff's clinic at Kingfisher. A further undisputed fact is that defendant's interest and control over the plaintiff's Permai Polyclinic Kingfisher pertained primarily to the panel patients from the defendant's panel clients while the plaintiff retained sole control over all other patients of his other than the panel patients who come from the defendant's panel clients. For that, the defendant retained the right to bill its panel clients for the consultation and/or treatment rendered by the plaintiff in the Permai Polyclinic Kingfisher to the panel patients and that any payments received by the plaintiff for the panel patients had to be remitted to the defendant. After the defendant having received the payments from the panel clients and upon plaintiff's submission of his claim, payment received from panel clients for the panel patients would subsequently be made to the plaintiff. The management and treatment of patients and other operation matters of the Permai Polyclinic Kingfisher would remain under the control of the plaintiff and not the defendant.
36
Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Perjanjian Lesen bertarikh 9 Oktober 2019 adalah sah. Plaintif gagal membuktikan perjanjian tersebut memenuhi elemen dalam seksyen 4 Akta Franchais 1998. Isu: Sama ada defendan-defendan bertanggungan memulangkan jumlah pelaburan dan pembayaran plaintif dibawah perjanjian tersebut atau perniagaan dibawah francais Chun Yang Tea sebanyak RM980,673.88 secara bersesama atau berasingan.
37
Meskipun plaintif membangkitkan isu yang beliau telah ditipu oleh defendan-defendan, pemerhatian Mahkamah ini terhadap surat plaintif bertarikh 1.3.2023 tersebut menunjukkan plaintif sedar bahawa hubungan perniagaan antara plaintif dengan defendan pertama berkaitan dengan menjalankan perniagaan francais. Meskipun begitu, melalui surat 1.3.2023 plaintif memohon supaya plaintif dikecualikan daripda program Chun Yang Club. Mahkamah ini juga meneliti kandungan surat plaintif tersebut yang antara lain menyatakan –
38
Surat bertarikh 1.3.2023 jelas tertera perkataan yang menyatakan – In regard to the above and our sincerity in establishing a working relationship with you, we humbly urge you to consider our appeal. Pada hemat Mahkamah ini, perenggan akhir surat tersebut menggambarkan niat plaintif untuk terus kekal dalam perniagaan Chun Yang Tea bersama defendan pertama.
39
Surat plaintif tersebut kemudiannya telah disusuli dengan surat daripada peguam cara plaintif Tetuan Hisham Yoong-KC Lim bertarikh 23.3.2023 yang menegaskan bahawa defendan pertama bukan registered franchise operator menurut Akta Francais 1998 dan perjanjian lesen tersebut mengandungi terma yang menyamai terma perjanjian francais.
40
Berdasarkan dapatan di atas, Mahkamah ini menerima penghujahan pihak defendan bahawa tindak tanduk plaintif yang mengarahkan peguam cara mengeluarkan surat bertarikh 23.3.2023 lebih kurang 22 hari selepas surat plaintif bertarikh 1.3.2023 amat berkemungkinan suatu fikiran terkemudian.
41
Peguam cara defendan pertama melalui surat bertarikh 27.3.2023 menafikan tuntutan plaintif dan menegaskan hak yang diberi kepada plaintif adalah non exclusive rights to operate Chun Yang Tea dan sepanjang tempoh perjanjian plaintif gagal memperbaharui perjanjian dan telah melanggar terma 13.4.1 sehingga 13.4.5. Defendan pertama menuntut merampas wang deposit dengan menguatkuasa klausa 12.1, 13.2 dan 13.4 kerana perjanjian telah luput. Plaintif turut diberi notis untuk menghentikan dengan serta merta daripada menjalankan perniagaan menggunakan trademark Chun Yang Tea dan hak harta intelek selain mematuhi klausa 13.4.2 – 13.4.5.
42
Mahkamah ini juga merujuk hujahan peguam cara terpelajar bagi plaintif yang bergantung kepada kes Cheah Yee Chen (Trading under Name and Style of Superbrain Training Cnetre) & Ors v Safeway Solutions Sdn Bhd & Ors [2023] MLJU 1006 yang memutuskan perjanjian yang dimasuki oleh pihak-pihak adalah batal kerana ia merupakan perniagaan francais berdasarkan kawalan operasi, manual dan fi yang dibayar. Dalam membidas hujahan ini, peguam cara terpelajar bagi defendan telah berhujah bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah diakas oleh Mahkamah Rayuan pada 15.5.2025 melalui keputusan yang dibacakan oleh Yang Arif Che Ruzima Ghazali. Peguam cara defendan merujuk artikel dalam Free Malaysia Today yang melaporkan keputusan tersebut. Mahkamah Rayuan memutuskan walaupun perjanjian yang dimasuki pihak-pihak menunjukkan maksud francais di bawah Akta Francais 1998 namun kedua-dua pihak telah bertindak secara in pari delicto (with equal fault).
43
Mahkamah ini memutuskan tuntutan plaintif untuk mendapatkan pemulangan wang RM980,673.88 adalah tidak berasas dan wajar ditolak. Sama ada wujud salahnyataan atau salahnyataan frod oleh defendan-defendan terhadap plaintif.
44
Misrepresentation diperuntukkan melalui seksyen 8 Akta Kontrak 1950, iaitu – “Misrepresentation” includes—
a
the positive assertion, in a manner not warranted by the information of the person making it, of that which is not true, though he believes it to be true;
b
any breach of duty which, without an intent to deceive, gives an advantage to the person committing it, or anyone claiming under him, by misleading another to his prejudice, or to the prejudice of anyone claiming under him; and
c
causing, however innocently, a party to an agreement to make a mistake as to the substance of the thing which is the subject of the agreement
45
Tafsiran misrepresentation telah diputuskan dalam kes Balakrishnan Devaraj & Anor v Admiral Cove Development Sdn Bhd [2010] 7 CLJ 152, iaitu – [17] It is quite common that in the course of the formation of a contract, one party may make representation to another party. Thus, a representation is a statement by one party (the representor) to the other party (the representee) which relates to an affirmation, a denial, a description of a certain fact, present or as to the future. And if the representation is untrue it is termed as a misrepresentation … 19] Of course, it is always incumbent upon the representee, in order to obtain relief under the doctrine of misrepresentation, to prove to the court the actionability of the misrepresentation. And for a misrepresentation to be actionable, that misrepresentation must be a false statement of fact which induces the representee to enter into the contract. It must not be forgotten that the misrepresentation must be material in nature in that a reasonable man would be influenced by it.
46
Mahkamah ini mendapati plaintif gagal membuktikan salahnyataan atau salahnyataan frod oleh defendan-defendan kepada plaintif. Sebagaimana diulas di atas, surat bertarikh 1.3.2023 menunjukkan persetujuan bebas pihak-pihak untuk berada dalam ikatan perniagaan sebagaimana dizahirkan juga dalam perjanjian lesen. Persetujuan ini terserlah sejak dari awal ketika pihak-pihak berbincang sebelum perniagaan Chun Yang Tea diterokai oleh plaintif dan disokong melalui keterangan SP1 sendiri bahawa tiada perkataan francais disebut dalam cadangan perniagaan defendan pertama: PD: This business proposal from pages 282 to 288, can you tell the court is there any word mentioned ‘franchise’ in this business proposal? SP1 : None. PD : At that time this was about 4th September 2019, from where you can see the Whatsapp message, did you asked Ken why there is no mention the word franchise? SP1 : Did not asked.
47
Mahkamah ini turut mendapati bahawa terdapat beberapa fakta dikemukakan di Mahkamah ini yang mempengaruhi pendirian plaintif untuk menuntut perjanjian lesen dibatalkan. Pada hemat Mahkamah ini, alegasi berkenaan salahnyataan frod dinegatifkan dengan adanya fakta sedemikian. SP1 semasa diperiksa balas mengakui bahawa plaintif telah berpindah lokasi perniagaan Chun Yang Tea ke Cheras Leisure Mall pada Jun 2022. SP1 juga telah diperiksa balas berkenaan pendapatan kasar plaintif bagi tahun 2020 sehingga 2023. SP1 mengakui mulai dari tahun 2022 sehingga 2023 selepas berpindah ke Cheras Leisure Mall pendapatan bulanan plaintif menurun dan tidak mencapai RM40,000 sebulan. Rekod pendapatan bulanan plaintif dalam mukasurat 242 Ikatan B diakui oleh SP1. Mukasurat 242 Ikatan B menunjukkan setakat November 2019 pendapatan plaintif berjumlah RM43,892.00 dan RM36,142.50 pada Disember 2019 berjumlah RM80,034.50. Semasa pemeriksaan semula SP1 menyatakan pendapatan plaintif berkurangan pada tahun 2023 terjejas kerana Covid-19 tidak menyakinkan Mahkamah ini.
48
Meneliti rekod pendapatan plaintif ini, Mahkamah mendapati bahawa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari Mac 2020 sehingga Disember 2020, pendapatan bulanan plaintif yang ketika itu beroperasi di premis lama adalah lebih tinggi mencecah RM60 ribu, RM70 ribu bahkan RM80 ribu sebulan berbanding pendapatan bulanan plaintif semasa di Cheras Leisure Mall mulai Jun 2022 dan 2023 sebagaimana ditunjukkan di bawah ini:
49
Justeru Mahkamah ini mendapati terdapat penurunan ketara pendapatan bulanan plaintif selepas berpindah ke premis baharu. Hal perkara ini juga disokong apabila tiada sebarang aduan bertulis mengenai pendapatan dikemukakan sepanjang masa plaintif menjalankan operasi perniagaan Chun Yang Tea di Taman Segar.
50
Alegasi frod juga berbangkit daripada keterangan SP1 bahawa defendan pertama mengutip wang untuk pengiklanan tetapi tidak mendatangkan manfaat iklan kepada plaintif dan tiada iklan pemasaran dilakukan. Penegasan SP1 ini dibuat tanpa sebarang bukti dikemukakan di Mahkamah. Sebaliknya Mahkamah ini menerima hujahan defendan pertama bahawa pengiklanan adalah atas nama Chun Yang Tea dan jika tidak dilakukan perniagaan defendan pertama sendiri juga akan terkesan. Bahkan penegasan ini turut dipersetujui oleh SP1 semasa pemeriksaan balas.
51
Kelengahan plaintif dalam mengesahkan lanjutan tempoh kontrak dan memprejudiskan defendan pertama. SP1 mengakui yang dia tidak menandatangani sebarang dokumen untuk memperbaharui lesen. Ini mengakibatkan tiada dokumen yang menunjukkan hasrat plaintif untuk melanjutkan tempoh lesen Chu Yang Tea. Menurut SD1, defendan pertama terpaksa menunggu pengesahan daripada SP1 berkaitan renewal license agreement yang telah mengambil masa. Jika lesen diperbaharui ia adalah dari 1 November 2022 sehingga 31 Oktober 2023.
52
Plaintif sendiri melalui pliding telah memplidkan selepas tamat tempoh perjanjian lesen, pihak-pihak secara tersirat telah memperbaharui lesen tersebut. Prinsip undang-undang yang mantap adalah pihak-pihak terikat dengan pliding. Mahkamah Persekutuan dalam kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944; [2015] 6 MLJ 1 memutuskan – "[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313).
53
Defendan-defendan memplidkan fakta yang plaintif bersedia memulakan perniagaan minuman menggunakan jenama yang baharu dan menggunakan peralatan dan perabot yang sama diguna dalam perniagaan Chun Yang Tea. Bahkan defendan pertama telah membuktikan bahawa plaintif telah menggunakan platform atas talian defendan pertama dalam menjalankan perniagaan minuman jenama plaintif iaitu CoCha.
54
Hanya selepas 4 tahun menikmati pendapatan daripada perniagaan Chun Yang Tea dan setelah pendapatan bulanan berkurangan selain persiapan membuka perniagaan baharu yang serupa dengan perniagaan Chun Yang Tea, baharulah alegasi salahnyataan frod dibangkitkan terhadap plaintif.
55
Mahkamah ini mendapati plaintif gagal membuktikan wujud salahnyataan atau salahnyataan frod oleh defendan-defendan. Justeru, tuntutan plaintif untuk menyingkap tirai perbadanan untuk menjadikan defendan kedua, ketiga dan keempat bertanggungan tidak dapat dipertahankan.
56
Plaintif ada menuntut pemulangan wang pelaburan dan wang yang telah dibayar kepada defendan pertama. Telah diakui oleh SP1 semasa pemeriksaan balas yang wang tersebut ada yang dibayar kepada pihak ketiga dan manfaatnya diterima oleh plaintif, iaitu lesen perniagaan dan kos renovasi. Plaintif menuntut pemulangan wang tersebut tetapi dalam masa yang sama senyap dan berdiam diri terhadap penerimaan wang hasil jualan yang diterima sejak dari tahun 2019 sehingga 2023.
57
Dalam konteks tersebut, Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Cheah Theam Kheng v City Centre Sdn Bhd (in liquidation) and other appeals [2012] 1 MLJ 761, yang memutuskan – We categorically say that the liquidator cannot blow hot and cold to suit him whenever he feels like it. He cannot approbate and reprobate in the same breath. .. the man cannot adopt two inconsistent attitudes towards another: he must elect between them and, having elected to adopt one stance, cannot thereafter be permitted to go back and adopt an inconsistent stance.
58
Berdasarkan analisis dan alasan-alasan di atas dan setelah menimbang seluruh keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan-hujahan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa defendan-defendan telah melepaskan beban bukti menurut seksyen 101 Akta Keterangan 1950 dan di atas imbangan kebarangkalian bahawa –
i
Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan ditolak dengan kos RM30,000 secara kolektif tertakluk kepada alokator.
II
(ii) Tuntutan balas defendan pertama dibenarkan sebagaimana berikut –
a
Deklarasi bahawa Perjanjian Lesen bertarikh 9.10.2019 adalah sah terhadap plaintif dan defendan pertama.
b
Ganti rugi am ditaksirkan oleh Mahkamah untuk dibayar kepada defendan pertama bagi nilai penggunaan harta intelek, cap dagangan dan muhibah jenama Chun Yang Tea dari November 2022 sehingga April 2023, pengetahuan operasi dan teknikal perniagaan yang serupa dengan Chun Yang Tea yang kesemuanya dinikmati oleh plaintif.
c
Ganti rugi am ditaksirkan oleh Mahkamah untuk dibayar kepada defendan pertama bagi pencemaran nama dan muhibbah jenama Chun Yang Tea dan penyalahgunaan platform atas talian defendan pertama bagi jenama baharu plaintif dibenarkan.
d
Kos sebanyak RM15,000 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 23 Oktober 2025. Ditandatangani HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif : Tee Kuo Ying Tetuan Hisham Yoong – KC Lim (Subang Jaya, Selangor)
2
Bagi Pihak Defendan : Christine Jee, Panji Papanji (Menyebut bagi pihak peguam defendan) Tetuan J Ong & Chong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.