Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN SIVIL NO: PA-12ANCvC-13-04/2025 ANTARA QUANTUM METAL SDN BHD [No. Syarikat: 1011907-U] ... PERAYU
PA-12ANCvC-13-04/2025
High Court of Malaysia12 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Rayuan, maka satu kebenaran untuk merayu hendaklah diperolehi terlebih dahulu selaras dengan seksyen 68(1)(a) Courts of Judicature Act 1964.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN SIVIL NO: PA-12ANCvC-13-04/2025 ANTARA QUANTUM METAL SDN BHD [No. Syarikat: 1011907-U] ... PERAYU
1
NORINI BINTI ITHNIN (No. K/P: 650313055286)
2
ZAKARIA BIN ABU BAKAR (No. K/P: 620520055775)
3
KHAIRUN ZULAIKHA BINTI ZAKARIA (No. K/P: 050226050226)
4
AHMAD ZHARIF KAMIL BIN ZAKARIA (No. K/P: 911208055375)
5
KHAIRUN ZHAFIRAH BINTI ZAKARIA (No. K/P: 941030055526)
6
MAHANI BINTI IBRAHIM (No. K/P: 760403145020) 31/07/2026 15:25:39
7
NORA'NI BINTI OTHMAN (No. K/P: 580207055310)
8
HASNIZAM BIN HASHIM (No. K/P: 760401105201)
9
MUHAMMAD ASHRAF BIN ABDUL RAHIM (No. K/P: 950201105861)
10
KAMARIAH BINTI OSMAN (No. K/P: 651007055418)
11
RAZQEEYANUR SARINI BINTI SALZALI (No. K/P: 950526055364)
12
BALQIS NUR SOFEA BINTI HASNIZAM (No. K/P: 030903101572)
13
NURUL AMALINA BINTI ANUAR (No. K/P: 880727145090)
14
INTAN NORHIJRAH BINTI MOHD RASEDI (No. K/P: 950322105278)
15
SAMSULLBAHRI BIN ABD RAHMAN (No. K/P: 710720106847)
16
NURUL FATHIAH BINTI MOHAMMED FAUZI (No. K/P: 951126016942)
17
NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMAD YUSOF (No. K/P: 870915055624)
18
NUR AMIRAH BINTI MD FADZILAH (No. K/P: 940925105390) … RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO: PA-A52NCvC-105-08/2024
1
NORINI BINTI ITHNIN (No. K/P: 650313055286)
2
ZAKARIA BIN ABU BAKAR (No. K/P: 620520055775)
3
KHAIRUN ZULAIKHA BINTI ZAKARIA (No. K/P: 050226050226)
4
AHMAD ZHARIF KAMIL BIN ZAKARIA (No. K/P: 911208055375)
5
KHAIRUN ZHAFIRAH BINTI ZAKARIA (No. K/P: 941030055526)
6
MAHANI BINTI IBRAHIM (No. K/P: 760403145020)
7
NORA'NI BINTI OTHMAN (No. K/P: 580207055310)
8
HASNIZAM BIN HASHIM (No. K/P: 760401105201)
9
MUHAMMAD ASHRAF BIN ABDUL RAHIM (No. K/P: 950201105861)
10
KAMARIAH BINTI OSMAN (No. K/P: 651007055418)
11
RAZQEEYANUR SARINI BINTI SALZALI (No. K/P: 950526055364)
12
BALQIS NUR SOFEA BINTI HASNIZAM (No. K/P: 030903101572)
13
NURUL AMALINA BINTI ANUAR (No. K/P: 880727145090)
14
INTAN NORHIJRAH BINTI MOHD RASEDI (No. K/P: 950322105278)
15
SAMSULLBAHRI BIN ABD RAHMAN (No. K/P: 710720106847)
16
NURUL FATHIAH BINTI MOHAMMED FAUZI (No. K/P: 951126016942)
17
NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMAD YUSOF (No. K/P: 870915055624)
18
NUR AMIRAH BINTI MD FADZILAH (No. K/P: 940925105390) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN QUANTUM METAL SDN BHD [No. Syarikat: 1011907-U] ... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Nilai tuntutan dalam tindakan ini adalah kurang daripada RM250,000.00. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, maka satu kebenaran untuk merayu hendaklah diperolehi terlebih dahulu selaras dengan seksyen 68(1)(a) Courts of Judicature Act 1964.
2
Alasan penghakiman ini disediakan tanpa mencampuri hak Mahkamah Rayuan berkaitan permohonan kebenaran untuk merayu.
3
Ini adalah rayuan oleh Defendan/Perayu, Quantum Metal Sdn Bhd, terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Georgetown bertarikh 20.03.2025 yang telah menolak permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan terhadap Defendan. Permohonan Defendan dibuat menurut Aturan 13 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
4
Untuk kemudahan rujukan, di dalam alasan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana kedudukan mereka di Mahkamah Sesyen, iaitu Norini Binti Ithnin dan 17 yang lain sebagai Plaintif-Plaintif, dan Quantum Metal Sdn Bhd sebagai Defendan.
5
Plaintif-Plaintif telah memulakan tindakan sivil terhadap Defendan melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 13.08.2024. Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah berhubung jumlah bayaran tertunggak sebanyak RM162,924.27 yang dikatakan terbit daripada transaksi atau perjanjian jual beli emas yang dianjurkan oleh Defendan.
6
Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah disampaikan kepada Defendan di alamat-alamat Defendan, termasuk alamat di Georgetown, Pulau Pinang, alamat di G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan alamat di Johor Bahru. Penyampaian tersebut dikatakan dibuat melalui pos berdaftar dan/atau pos berdaftar akuan terima.
7
Defendan telah gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan. Pada 17.9.2024, iaitu pada tarikh sebutan di Mahkamah Defendan juga gagal hadir ke Mahkamah. Sehubungan dengan itu, Plaintif-Plaintif telah memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap Defendan.
8
Selepas Defendan mengetahui kewujudan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut, beliau telah melantik peguamcara dan memfailkan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Terdapat dua alasan utama yang dikemukakan sebagai menyokong permohonan tersebut, iaitu serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah tidak sempurna, dan Defendan mempunyai pembelaan bermerit yang mana kes ini patut diteruskan dengan perbicaraan penuh.
9
Setelah mendengar permohonan tersebut, maka pada 20.03.2025, Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) menolak permohonan Defendan dengan kos RM1,000.00 atas alasan serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah teratur, dan Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit. Defendan yang terkilan dengan keputusan HMS memfailkan rayuan ini ke Mahkamah Tinggi.
10
Berdasarkan Memorandum Rayuan Terpinda, Defendan pada asasnya membangkitkan dua isu utama, iaitu;
a
Pertama - Bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah tidak teratur kerana serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tidak dilakukan secara sah dan sempurna. Tiada bukti penerimaan yang jelas oleh Defendan, tiada cop rasmi syarikat, identiti penerima tidak jelas, dan tiada bukti bahawa dokumen tersebut diterima oleh pegawai atau wakil yang diberi kuasa menerima serahan bagi pihak Defendan. Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam mentafsir Aturan 62 Kaedah 4(1)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 apabila menganggap bahawa pengeposan secara pos berdaftar sahaja sudah memadai. Menurut Defendan, sekiranya serahan tidak berjaya atau diragui, Plaintif-Plaintif sepatutnya memohon perintah serahan ganti terlebih dahulu sebelum Penghakiman Ingkar Kehadiran dimasukkan.
b
Kedua - bahawa Defendan mempunyai pembelaan bermerit. Antara isu yang dibangkitkan ialah kewujudan Master Agreement, tempoh kontrak lima tahun yang dikatakan masih berjalan, ketiadaan notis penamatan oleh Plaintif-Plaintif, transaksi yang dikatakan dimasuki secara sukarela oleh Plaintif-Plaintif, serta klausa dalam Master Agreement yang dikatakan menetapkan bahawa sebarang prosiding hendaklah dimulakan di Mahkamah Kuala Lumpur. HUJAHAN DEFENDAN
11
Defendan berhujah bahawa serahan terhadap Defendan adalah cacat kerana bukti yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif tidak menunjukkan penerimaan sebenar oleh syarikat Defendan. Ketiadaan cop syarikat dan ketiadaan keterangan mengenai jawatan atau kapasiti penerima, termasuk penerima yang dinamakan sebagai “Muzakir Yusri”, menimbulkan keraguan sama ada dokumen-dokumen tersebut benar-benar diterima oleh pihak yang berkuasa bagi Defendan.
12
Selanjutnya terdapat dua cubaan serahan yang gagal dan dokumen telah dipulangkan. Dalam keadaan itu Plaintif-Plaintif sepatutnya memohon serahan ganti kerana tanpa serahan yang sah dan sempurna, Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan adalah tidak teratur dan wajar diketepikan sebagai hak.
13
Defendan juga berhujah bahawa Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit. Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah pramatang kerana Master Agreement memperuntukkan tempoh lima tahun dan Plaintif-Plaintif tidak pernah menamatkan Master Agreement secara sah dan tidak mengemukakan notis penamatan. Defendan juga menyatakan bahawa sebarang kelewatan pembayaran adalah berpunca daripada kekangan modal, permintaan pengeluaran yang tinggi dan faktor ekonomi semasa.
14
Defendan seterusnya berhujah bahawa terdapat isu-isu serius yang perlu dibicarakan, termasuk sama ada semua Plaintif terikat kepada Master Agreement, sama ada pembayaran yang dituntut benar-benar terhutang, sama ada wujud pelanggaran kontrak yang spesifik, dan sama ada Mahkamah Sesyen Georgetown mempunyai bidang kuasa memandangkan terdapat klausa yang merujuk kepada Mahkamah Kuala Lumpur.
15
Plaintif-Plaintif berhujah bahawa serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah teratur menurut Aturan 62 Kaedah 4(1)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 kerana serahan kepada suatu perbadanan adalah memadai melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada perbadanan di pejabat atau alamat perniagaannya.
16
Plaintif-Plaintif juga berhujah bahawa ketiadaan cop rasmi syarikat tidak membatalkan serahan kerana undang-undang tidak mensyaratkan adanya cop penerimaan syarikat bagi menjadikan serahan melalui pos berdaftar kepada perbadanan sah.
17
Plaintif-Plaintif juga bergantung kepada prinsip bahawa apabila dokumen dialamatkan dengan betul, dibayar secara prabayar, diserahkan kepada pejabat pos dan diakui oleh pihak berkuasa pos, maka anggapan penyampaian terpakai.
18
Berhubung pembelaan Defendan, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa Master Agreement tidak dibuktikan sebagai dokumen yang mengikat semua Plaintif. Menurut Plaintif-Plaintif, dokumen-dokumen yang relevan ialah Acceptance of Wakalah, Deed of Charge, Murabahah Sale Aqad, GAE Product Sheet dan Gold Account Terms and Conditions.
19
Plaintif-Plaintif juga berhujah bahawa Defendan tidak pernah menafikan isu keberhutangan. Memo-memo yang dikeluarkan oleh Defendan berkaitan bayaran tertunggak menunjukkan bahawa Defendan menyedari dan mengakui kewajipannya untuk membuat bayaran. Alasan Defendan mengenai kekangan modal, permintaan tinggi dan faktor ekonomi tidak membentuk pembelaan bermerit, sebaliknya hanya menjelaskan sebab kelewatan bayaran.
20
Selanjutnya berhubung isu bidang kuasa, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa Mahkamah Sesyen Georgetown mempunyai bidang kuasa kerana Defendan mempunyai alamat perniagaan di Georgetown, Pulau Pinang. Plaintif-Plaintif juga menyatakan bahawa klausa pemilihan forum, sekiranya wujud sekalipun, tidak secara automatik menyingkirkan bidang kuasa mahkamah yang sebaliknya mempunyai bidang kuasa undang-undang.
21
Prinsip undang-undang berhubung campur tangan rayuan adalah jelas. Mahkamah rayuan tidak akan dengan mudah mengganggu dapatan mahkamah bawahan melainkan jelas bahawa keputusan tersebut adalah plainly wrong, atau wujud salah arah undang-undang, gagal mengambil kira faktor material, atau tiada penilaian kehakiman terhadap keterangan yang relevan.
22
Mahkamah ini merujuk kepada keputusan dalam kes Stronpac Construction Sdn Bhd v Vast Consortium Sdn Bhd [2018] 10 CLJ 729, di mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa mahkamah rayuan hanya akan campur tangan apabila mahkamah bawahan didapati plainly wrong dalam mencapai keputusannya, termasuk kurangnya atau tiada judicial appreciation terhadap keterangan yang dikemukakan.
23
Bagi permohonan mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran di bawah Aturan 13 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, persoalan pertama ialah sama ada penghakiman ingkar itu teratur atau tidak teratur. Jika penghakiman tersebut diperolehi secara tidak teratur, ia boleh diketepikan ex debito justitiae. Jika penghakiman tersebut diperolehi secara teratur, Defendan perlu menunjukkan bahawa ia mempunyai pembelaan bermerit atau terdapat isu yang boleh dibicarakan.
24
Dalam mempertimbangkan rayuan ini, seperti mana yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak, bahawa terdapat dua isu yang mesti ditentukan iaitu:
a
Isu pertama; i. Sama ada serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan teratur atau tidak teratur. Setelah meneliti isu ini berdasarkan hujahan kedua-dua pihak dan Alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS), Mahkamah ini mendapati bahawa HMS tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa serahan adalah teratur. ii. Selanjutnya Mahkamah ini merujuk kepada Aturan 62 Kaedah 4(1)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang membenarkan suatu writ terhadap perbadanan disampaikan dengan cara menghantar sesalinan melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada perbadanan di pejabat berdaftarnya. iii. Dalam kes ini, serahan telah dibuat secara sempurna ke atas Syarikat Defendan menurut A.62 K. 4(1)(b) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, iaitu di alamat perniagaan Defendan di No 4. Jalan Resedensi 10450, Georgetown Pulau Pinang dan Suite 16-1, Level 6, G Tower, 199 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur dan No.53-02 & 55-02, Jalan Setia Tropika S 1/8, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru sepertimana di eksibit "A" Afidavit Jawapan Plaintif. iv. Defendan tidak menafikan bahawa kaedah pos berdaftar merupakan kaedah yang dibenarkan bagi serahan kepada perbadanan. Pertikaian Defendan hanya tertumpu kepada dakwaan bahawa tiada cop rasmi syarikat, tiada bukti penerimaan oleh pegawai yang diberi kuasa, dan identiti penerima tidak dijelaskan. v. Pada hemat Mahkamah ini, alasan yang dikemukakan oleh pihak Defendan tidak mencukupi untuk menjadikan serahan tidak sah. Dalam konteks serahan kepada perbadanan melalui pos berdaftar, undang-undang tidak mensyaratkan bahawa mesti ada cop rasmi syarikat atau pengesahan jawatan penerima. Selagi dokumen dihantar secara betul melalui pos berdaftar kepada alamat perbadanan yang relevan, maka serahan tersebut adalah satu kaedah serahan yang dibenarkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. vi. Mengenai hujahan Defendan bahawa Plaintif-Plaintif sepatutnya memohon perintah serahan ganti. Hujahan ini pada pandangan saya adalah tidak tepat kerana serahan ganti hanya menjadi relevan apabila serahan yang dikehendaki tidak dapat dilaksanakan dan Mahkamah akan membenarkan penyampaian dibuat dengan kaedah atau cara yang lain. vii. Dalam kes ini, serahan melalui pos berdaftar kepada perbadanan bukanlah serahan alternatif yang memerlukan kebenaran Mahkamah, sebaliknya ia merupakan kaedah serahan yang dibenarkan secara langsung oleh Aturan 62 Kaedah 4(1)(b). viii. Berdasarkan pertimbangan terhadap hujahan Defendan dan Plaintif-Plaintif, saya bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut adalah teratur. Apabila serahan adalah teratur dan Defendan gagal memasukkan kehadiran serta gagal hadir pada tarikh sebutan, Plaintif-Plaintif berhak memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran mengikut prosedur yang ditetapkan.
b
Isu Kedua; i. Sama ada Defendan telah menunjukkan pembelaan bermerit. Mahkamah mendapati Pembelaan Defendan pada asasnya dibina atas Master Agreement, tempoh lima tahun, ketiadaan notis penamatan, risiko transaksi, faktor ekonomi dan klausa Mahkamah Kuala Lumpur. Namun, pembelaan Defendan yang tersebut telah gagal menjawab isu utama secara substantif, iaitu kewujudan bayaran tertunggak dan kegagalan Defendan membuat pembayaran kepada Plaintif-Plaintif. ii. Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa Master Agreement yang dirujuk tidak membuktikan bahawa semua Plaintif terikat dengan Master Agreement tersebut. Dokumen yang dieksibitkanm menunjukkan bahawa Master Agreement hanya berkaitan dengan Plaintif Pertama, dan kewujudannya pula dinafikan oleh Plaintif Pertama. Pada masa yang sama, dokumen-dokumen lain seperti Acceptance of Wakalah, Deed of Charge, Murabahah Sale Aqad, GAE Product Sheet dan Gold Account Terms and Conditions adalah dokumen yang lebih jelas berkaitan transaksi pihak-pihak. iii. Sekiranya Defendan ingin menjadikan Master Agreement sebagai asas utama pembelaan, Defendan perlu menunjukkan dengan jelas bagaimana setiap Plaintif terikat kepada Master Agreement tersebut. iv. Setakat hujahan bahawa sistem transaksi “mesti” melibatkan penerimaan Master Agreement melalui tandatangan elektronik atau clickwrap tidak memadai untuk menimbulkan pembelaan bermerit, khususnya apabila tidak dibuktikan dengan jelas semasa pendengaran permohonan ketepikan Penghakiman Ingkar bahawa semua Plaintif terikat kepada dokumen tersebut. v. Mahkamah ini juga mendapati alasan Defendan berkenaan kekangan modal, permintaan tinggi, masa dan faktor ekonomi tidak membentuk pembelaan undang-undang terhadap tuntutan Plaintif-Plaintif. Alasan tersebut hanya menjelaskan sebab kelewatan pembayaran. Ia tidak menafikan liabiliti atau isu keberhutangan yang menjadi asas tuntutan Plaintif-Plaintif. vi. Memo-memo yang dikeluarkan oleh Defendan berkaitan bayaran tertunggak menyokong dapatan bahawa Defendan tidak pernah secara substantif menafikan kewajipan membuat pembayaran. Dalam keadaan itu, alasan kelewatan bayaran tidak boleh dianggap sebagai pembelaan bermerit, tetapi lebih menyerupai pembelaan yang tidak menjawab tuntutan pokok Plaintif-Plaintif.
25
Selanjutnya berkaitan isu forum atau bidang kuasa, Mahkamah ini mendapati pertama, kewujudan dan ikatan semua Plaintif kepada Master Agreement yang mengandungi klausa Mahkamah Kuala Lumpur adalah dipertikaikan dan tidak dibuktikan dengan jelas. Yang Kedua, Defendan mempunyai alamat perniagaan di Georgetown, Pulau Pinang. Maka sudah pastilah Mahkamah Sesyen Georgetown mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tindakan tersebut.
26
Dalam isu bidang kuasa ini, Mahkamah ini menegaskan walaupun ada klausa pemilihan forum, itu tidak bermakna Mahkamah terus hilang bidang kuasanya. Klausa itu sekadar satu faktor pertimbangan forum convenients sahaja. Dalam kes ini, faktor tersebut tidak cukup untuk membuktikan bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran itu tidak teratur atau bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah tersalah arah.
27
Setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan, Memorandum Rayuan Terpinda, Hujahan Bertulis Defendan, Hujahan Bertulis Plaintif-Plaintif dan Hujahan Balas Defendan, Mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan undang-undang atau fakta yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen.
28
Selanjutnya Mahkamah ini berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat penilaian yang betul apabila memutuskan bahawa serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan adalah teratur, dan Defendan gagal menunjukkan pembelaan yang bermerit. Dengan itu, keputusan Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah selamat dan wajar dikekalkan. Akhirnya Rayuan Defendan dengan ini ditolak dengan kos dan Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 20.03.2025 adalah dikekalkan. Bertarikh: 27 Julai 2026 - sgd - FATHIYAH BINTI IDRIS HAKIM MAHKAMAH TINGGI 2 PULAU PINANG Counsel: Untuk Pihak Perayu : Rafiq Ehsan bin Rahmat (Tetuan Emir Mahmud & Co.) Untuk Pihak Responden : Farah Hamizah binti Hasan Gani (Tetuan Elaine Lau & Partners)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.