Lampiran
Lampiran 9 secara serentak, telah memutuskan pada 25.11.2025 bahawa Lampiran 5 ditolak dan membenarkan Lampiran 9 dengan kos dijadikan kos di dalam kausa bagi kedua-dua permohonan. 5. Berikut merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini terhadap keputusan-keputusan tersebut. Fakta-fakta penting kes 6. P di dalam Penyata Tuntutannya mendakwa bahawa melalui satu perjanjian pinjaman persahabatan (“friendly loan agreement”) bertarikh 20 November 2020 antara plaintif dan defendan (“perjanjian pertama tersebut”), P telah memberikan pinjaman persahabatan kepada D wang sejumlah RM3,000,000-00 di mana D bersetuju untuk membayar balik pinjaman tersebut kepada P melalui dua (2) kali bayaran iaitu:- (i) bayaran balik pertama berjumlah RM1,500,000-00 sebelum 25 November 2023; dan (ii) bayaran balik kedua berjumlah RM1,500,000-00 sebelum 15 Disember 2023. 7. Melalui satu lagi perjanjian pinjaman persahabatan (“friendly loan agreement”) juga bertarikh 20 November 2020 antara P dan D (“perjanjian kedua tersebut”), P telah memberikan pnjaman persahabatan kepada D wang sejumlah RM1,500,000-00 di mana D bersetuju untuk membayar balik pinjaman tersebut kepada P sebelum 27 November 2023. 8. P seterusnya mendakwa bahawa D telah melanggar kedua-dua perjanjian pertama dan perjanjian kedua tersebut apabila gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar balik kepada P:- (i) pinjaman berjumlah RM3,000,000-00 dalam masa yang ditetapkan di bawah perjanjian pertama tersebut; (ii) pinjaman berjumlah RM1,500,000-00 dalam masa yang ditetapkan di bawah perjanjian kedua tersebut. 9. P kemudiannya melalui peguamcaranya, Tetuan Y.C. Wong telah menghantar satu notis tuntutan bertarikh 19 Ogos 2024 (“notis tersebut”) kepada D menghendaki D membayar balik kepada plaintif keseluruhan pinjaman pertama dan pinjaman kedua tersebut berjumlah RM4,500,000-00 dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan notis tersebut. 10. Meskipun D menerima notis tersebut, P selanjutnya mendakwa D telah secara sengaja dan salah sehingga hari ini gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar balik keseluruhan pinjaman pertama dan pinjaman kedua tersebut berjumlah RM4,500,000-00 atau mana-mana bahagian daripadanya kepada P. 11. Akhir sekali P turut mendakwa bahawa D tidak mempunyai pembelaan kepada tuntutan plaintif dalam tindakan ini, maka Lampiran 5 difailkan oleh P untuk penghakiman terus dicatat ke atas D. 12. D pula dalam Penyataan Pembelaannya memplidkan secara ringkasnya pembelaan-pembelaan berikut:- 12.1 Pada sekitar tahun 2020, seorang individu bernama Neo Ching Yuen telah berunding dengan D untuk memperoleh 60% pegangan saham dalam Kujaya Management Sdn Bhd pada harga RM 15,000,00.00. 12.2 Syarikat Kujaya Management Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh D dan isterinya di mana masing-masing mereka memegang 50% saham dalam syarikat tersebut. Pada sekitar waktu tersebut, mereka sedang merancang untuk syarikat Kujaya Management Sdn Bhd dijadikan sebuah syarikat subsidiari kepada syarikat RP Manpro Group (Cayman) Ltd untuk disenaraikan dalam Bursa Saham Taipei. 12.3 Bagi tujuan itu, Neo Ching Yuen kemudiannya telah memperoleh pinjaman berjumlah RM 9,000,000.00 daripada P. 12.4 Defendan tidak mengenali Plaintif secara peribadi. 12.5 Bahawa segala dokumentasi perjanjian pertama dan perjanjian kedua disediakan oleh Neo Ching Yuen yang mana D menandatanganinya sebagai lindungan kepada Neo Ching Yuen. 12.6 Bahawa perjanjian pertama dan perjanjian kedua kemudiannya telah digantikan dengan perjanjian pinjaman persahabatan di antara Plaintif dan Neo Ching Yuen yang ditandatangani pada 31.12.2020 tetapi ditarikh kebelakang pada 20.11.2020 untuk wang sejumlah RM 5,500,000.00. 12.7 Bahawa atas arahan Neo Ching Yuen, P telah membayar kepada D sebanyak RM 4,500,000.00 secara berperingkat sebagai sebahagian pembayaran bagi tujuan memperoleh pegangan 60% saham syarikat Kujaya Management Sdn Bhd. 12.8 Bahawa atas arahan Neo Ching Yuen juga, P telah membayar RM 1,000,000.00 kepada Kujaya Management Sdn Bhd. 12.9 Bahawa pada 25.11.2020, sebanyak 1,000,000.00 saham Kujaya Management Sdn Bhd telah diisu atas nama P sebagai nomini kepada Neo Ching Yuen. 12.10 Berikutan kegagalan syarikat RP Manpro Group (Cayman) Ltd untuk disenaraikan dalam Bursa Saham Taipei, P mula meminta Neo Ching Yuen membayar RM 13,500,000.00 sebagai pulangan pinjaman termasuk faedah. 12.11 Bahawa tindakan ini difailkan oleh P terhadap D sebagai memberikan tekanan kepada Neo Ching Yuen dan untuk mengancam keamanan di antara Neo Ching Yuen dan pemegag-pemegang saham lain dalam Kujaya Management Sdn Bhd. 13. Dalam afidavit-afidavit D yang difailkan bagi menentang Lampiran 5 dan menyokong Lampiran 9, D turut menyatakan seperti berikut. 13.1 Bahawa P telah memfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Guaman Sivil No. WA-22NCC-646- 09/2024 terhadap Chia Chin Koon dan Neo Ching Hoe bagi menuntut pemulangan saham-saham dalam Kujaya Management Sdn Bhd yang didakwa oleh P sebagai dipindahkan kepada mereka sebelum itu atas arahan Neo Ching Yuen. 13.2 Bahawa pada 14.10.2024, Neo Ching Yuen telah memfailkan tindakan terhadap P di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. PA-22NCVC-148-10/2024 (“Guaman 148”) yang antara lainnya memplidkan perkara-perkara berikut:- (a) Bahawa Neo Ching Yuen telah mendapatkan pinjaman berjumlah RM 9,000,000.00 daripada P bagi tujuan mendapatkan 60% pegangan saham dalam Kujaya Management Sdn Bhd. (b) Bagi tujuan tersebut, Neo Ching Yuen telah menandatangani beberapa perjanjian pinjaman dengan P. (c) Bahawa perjanjian pinjaman persahabatan yang ditandatangani oleh Neo Ching Yuen dengan P bertarikh 20.11.2020 untuk sejumlah RM 5,500,000.00 adalah bagi menggantikan perjanjian pertama dan perjanjian kedua tersebut yang ditandatangani di antara P dan D di mana D menandatangani perjanjian-perjanjian tersebut sebagai lindungan kepada Neo Ching Yuen sahaja. (d) Bahawa pada 25.11.2020, sebanyak 1,000,000 juta saham Kujaya Management Sdn Bhd telah didaftarkan atas nama P dengan kesedaran bahawa:- (i) 600,000 saham tersebut dipegang oleh P secara nomini kepada Neo Ching Yuen; (ii) baki 400,000 saham tersebut dipersetujui untuk dikongsi bersama di antara Neo Ching Yuen, P dan seorang individu lagi benama Lim Sou Leong pada nisbah 4.3.3 di mana P memegang 120,000 saham sahaja dan selainnya adalah atas amanah kepada Neo Ching Yuen (160,000 saham) dan Lim Shou Leong (120,000 saham). (e) Bahawa atas arahan Neo Chin Yuen, P telah memindahmilik sejumlah 480,000 saham Kujaya Management Sdn Bhd kepada seorang bernama Chia Chin Khon. (f) Bahawa atas arahan Neo Chin Yuen juga, P telah memindahmilik sejumlah 120,000 saham Kujaya Management Sdn Bhd kepada seorang Neo Ching Hoe. (g) Bahawa pada 14.06.2022, semua pemegang saham Kujaya Management Sdn Bhd termasuk P dan Neo Ching Hoe telah menyuntik saham-saham mereka ke dalam syarikat RP Manpro Group (Cayman) Ltd untuk tujuan penyenaraian di Bursa Saham Taipei. (h) Bahawa RP Manpro Group (Cayman) Ltd tidak berjaya disenaraikan di Bursa Saham Taipei menyebabkan kesemua saham Kujaya Management yang disuntik tersebut dikembalikan kepada pemegang-pemegangnya termasuk P dan Neo Ching Hoe. (i) Bahawa berikutan itu, P mula mendesak Neo Ching Yeoh untuk membayar RM13,500,000 sebagai bayaran balik pinjaman persahabatan yang telah diberikan. (j) Bahawa Neo Ching Yeoh telah membayar sejumlah RM 3,000,000.00 kepada P dan sedang berusaha untuk menjelaskan baki pinjaman persahabatan. (k) Bahawa P telah memburuk-burukkan Neo Ching Yeoh dengan mengeluarkan dan menampal risalah di beberapa premis di Pulau Pinang. (l) Bahawa dalam Guaman 148, Neo Ching Yeoh mencabar keeesahan (legality) perjanjian pinjaman persahabatan di antara P dan beliau berikutan terdapat faedah yang dikenakan oleh P. (m) Bahawa dalam Guaman 148 juga, Neo Ching Yeof turut menuntut gantirugi akibat perlakuan-perlakuan P yang didakwa sebagai telah memfitnah beliau. Analisis dan keputusan Lampiran 5 (Penghakiman Terus) 14. Ketentuan yang mengatur mengenai perkara mengenai penghakiman terus adalah termuat di dalam A.14, k.1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut:- “ORDER 14 SUMMARY JUDGMENT Application by plaintiff for summary judgment (O. 14, r. 1) 1. (1) Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.” 15. Mahkamah Persekutuan dalam kes Fadzil Bin Mohamed Noor v Universiti Teknologi Malaysia [1981] 2 MLJ 196 telah menyarankan supaya Mahkamah yang mendengar permohonan penghakiman terus mengambil sikap berhati-hati berikutan kesan mutakhirnya yang boleh menutup pintu defendan daripada mengemukakan pembelaannya di Mahkamah, dengan nasihat seperti berikut:- “We now consider the application for summary judgment. It was rightly raised by counsel for the University that the case turns on the interpretation of the provisions of Act 30 of 1971 and the Constitution of the University, and therefore the court ought to be very cautious in treating it under Order 14. We are disposed to agree with that argument for this reason; not that cases depending on the interpretation of a statute or statutes deserve any different treatment from that of any other case under Order 14. An Order 14 order in the view we have always taken of it is a very stringent procedure because it shuts the door of the court to the defendant. The jurisdiction ought only to be exercised in proper cases. If the University and University Colleges Acts and related legislation come into an Order 14 case, no greater attention in principle is to be given by the court to that class of action than to any other class of action. The only point is that as everybody knows the pertinent legislation is long and complicated. But it is not sufficient under an Order 14 case to flourish the title of the University and University Colleges Act, etc., in the face of the court and say that is enough to give leave to defend. If a point taken under the Acts is quite obviously an unarguable point, and the court is satisfied that it is really unarguable, the court has precisely the same duty under Order 14 as it has in any other case. The court has the duty to apply the rule: (see Harry Tong Lee Hwa v Yong Kah Chin [1981] 2 MLJ 1.” 16. Adalah juga prinsip undang-undang mantap bahawa sekiranya pihak defendan berjaya membuktikan adanya isu-isu untuk dibicarakan, penghakiman terus tidak wajar diberikan kepada plaintif. Perkara ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Agung (ketika itu) dalam kes Alloy Automotive Sdn Bhd v Perusahaan Ironfield Sdn Bhd [1986] 1 MLJ 382 seperti berikut:- “The summary jurisdiction conferred by Order 81 must be used with great care. It provides a procedure similar to Order 14. Where all the issues are clear, summary judgment should be given. A defendant ought not to be shut out from defending unless it is very clear that he has no case in the action. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue or question or that for some reason there ought to be a trial. Here the defence is alleging not only variation but also estoppel which was not dealt with by the learned Judge. In view of this it could not be said that the liability for breach of contract had been clearly established. Accordingly, we would allow the appeal with costs and set aside the order of the learned Judge and give the appellant unconditional leave to defend. Deposit shall be refunded to the appellant.” 17. Rujukan lanjut juga boleh dibuat ke atas kes Cheng Heng Ping v Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd [1995] 2 MLJ 363 di mana Mahkamah Rayuan di m.s 367 menyatakan seperti berikut:- “When an application is made for summary judgment under O 14 supported by an affidavit which goes to show that there is no defence, the defendants must show cause why leave to defend must be given. This means that the defendants must provide answers on oath which constitute evidence that they have a defence which is fit to be tried. Denials in a defence do not constitute evidence. They are challenges to the other side to show proof. In the present case the guarantors do not appear to have appreciated this. Their affidavits merely relied on the defence they pleaded, which consists of bare denials and points of law which they could not sustain.” 18. Bagi kes yang jelas dan terang (“plain and obvious”), prosedur penghakiman terus adalah paling sesuai dan tidak ada keperluan untuk satu perbicaraan sekiranya tidak ada apa-apa fakta baru yang akan timbul untuk memberikan pencerahan kepada kes di hadapan Mahkamah. Rujuk Esso Standard Malaya Bhd v Southern Cross Airways (Malaysia) Bhd [1972] 1 MLJ 168 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut:- “It is I think right that an order under R.S.C. Order 14 should be made only if the court thinks it is a plain case and ought not to go to trial. If one simply has a short matter of construction with a few documents, the court on summary application should decide what in its judgment is the true construction. There should be no reason to go formally to trial where no further facts could emerge which would throw any light upon the letters that have to be construed.” 19. Akhir sekali, tanggung jawab defendan untuk menunjukkan terdapatnya isu-isu untuk dibicarakan tidaklah bermaksud isu-isu tersebut memerlukan bilangan yang banyak. Sekadar satu isu sahaja untuk dibangkitkan sudah memadai sebagai mana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes South East Asia Insurance Bhd v. Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045 seperti berikut:- “It is well settled that if a defendant in an O. 14 application succeeds in raising even a single triable issue. it will not be a fit and proper case to order summary judgment.” 20. Dalam perkara semasa, Mahkamah ini mendapati berdasarkan afidavit-afidavit yang difailkan terdapat isu yang jelas untuk dibicarakan iaitu pertamanya sama ada perjanjian pertama berjumlah RM 4,500,000.00 dan perjanjian kedua berjumlah RM 1,000,000.00 yang ditandatangani di antara Plaintif dan Defendan telah digantikan dengan perjanjian pinjaman persahabatan di antara Plaintif dan Neo Ching Yuen berjumlah RM 5,500,000.00. 21. Perkara ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana terdapat saksi yang menyaksikan ketiga-tiga dokumen perjanjian tersebut ditandatangani oleh Plaintif iaitu seorang yang bernama Khong Mei Wei yang juga merupakan pembantu peribadi kepada Neo Ching Yuen dan mengesahkan bahawa perjanjian pinjaman persahabatan di antara Plaintf dan Neo Ching Yuen untuk wang sejumlah RM 5,500,000.00 telah menggantikan perjanjian pertama dan kedua tersebut (rujuk afidavit-afidavit Khong Mei Wei dalam prosiding ini seperti di Lampiran 17 dan Lampiran 22). 22. Keduanya, dokumen-dokumen kontemporari lain seperti perbualan whatsapp di antara P dan Neo Ching Yuen yang dieksibitkan dalam afidavit D di Lampiran 7 nampaknya seperti tidak jelas mengenai jumlah pinjaman yang dinyatakan dan terdapat juga unsur-unsur faedah dalam amaun terakhir berjumlah RM13,500,00.00 yang dituntut oleh P terhadap Neo Ching Yuen. 23. Ketiga, terdapat bukti jelas yang menunjukkan bahawa sejumlah 1,000,000.00 saham telah didaftarkan atas P dalam syarikat Kujaya Management Sdn Bhd dan bahawa sejumlah 400,000 unit saham atas nama P telah dijadikan jaminan (pledged) dalam urusan penyenaraian syarikat RP Manpro Group (Cayman) Ltd dalam Bursa Saham Taipei. 24. Meskipun perkara-perkara mengenai pinjaman persahabatan di antara P dan Neo Ching Yuen dan perkara penyenaraian syarikat RP Manpro Group (Cayman) Ltd dalam Bursa Saham Taipei adalah diperoleh daripada pliding dalam kes Guaman 148, namun Mahkamah ini berpandangan keterangan-keterangan tersebut tidak boleh ditolak sebegitu sahaja kerana ia akan kembali kepada persoalan pokok iaitu sama ada pinjaman pertama dan kedua tersebut di antara P dan D telah digantikan dengan pinjaman persahabatan di antara P dan Neo Ching Yuen. 25. Selain itu, Mahkamah in juga berpendapat, dengan pendaftaran 1,000,000 saham atas nama P dalam Kujaya Management Sdn Bhd, maka transaksi pinjaman pertama dan pinjaman kedua tersebut sukar untuk dikatakan bersifat straight forward kerana pendaftaran saham-saham P tersebut mempunyai perkaitan langsung dengan urusan penyenaraian saham syarikat RP Manpro Group (Cayman) Ltd dalam Bursa Saham Taipei apabila saham-saham P tersebut turut dijadikan sebagai jaminan dan telah dipulangkan kepada P apabila penyenaraian tersebut gagal dilakukan. 26. Berdasarkan latar belakang fakta dan dokumen-dokumen sedia ada, Mahkamah ini berpuas hati untuk memutuskan bahawa pertikaian di antara P dan D di sini tidak sesuai untuk diputuskan hanya bersandarkan kepada keterangan afidavit semata-mata dan saksi-saksi perlu dipanggil untuk menilai kredibiliti masing-masing demi memastikan dapatan fakta yang kukuh dapat dibuat. 27. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menolak permohonan P seperti di Lampiran 5 dengan kos dijadikan kos di dalam kausa. Lampiran 9 (Pemindahan dan Penyatuan Prosiding) 28. Sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini, Mahkamah ini telah meneliti kertas-kertas kausa berkaitan Guaman 148 yang dieksibitkan di dalam afidavit defendan. 29. Hasil penelitian, Mahkamah ini berpuas hati untuk membuat dapatan bahawa fakta-fakta dan isu-isu dalam Guaman 148 mempunyai perkaitan langsung dengan tindakan semasa iaitu mengenai kedudukan dan kesan terhadap pinjaman pertama dan pinjaman kedua tersebut di antara P dan D apabila terdapatnya pinjaman persahabatan di antara P dan Neo Ching Yuen sebanyak RM5,500,00.00 yang dikatakan telah menggantikan pinjaman pertama dan kedua tersebut. 30. Selain itu, Guaman 148 juga mempunyai ruang lingkup kausa tindakan yang lebih luas iaitu apabila Neo Ching Yuen turut mencabar keesahan (legality) pinjaman persahabatan di antara P dan Neo Ching Yuen berikutan terdapatnya unsur-unsur faedah yang didakwa telah dikenakan oleh P. 31. Akhir sekali, di dalam Guaman 148, Mahkamah ini turut mendapati bahawa Neo Ching Yuen juga menuntut gantirugi terhadap perbuatan-perbuatan P yang didakwa sebagai telah memfitnah beliau. 32. Justeru itu, Mahkamah ini berpendapat Mahkamah Tinggi Pulau Pinang merupakan forum yang sesuai untuk melihat keseluruhan isu bagi mencapai keputusan yang lebih menyeluruh berkaitan pertikaian di antara P dan Neo Ching Yuen dalam Guaman 148 dan di antara P dan D dalam tindakan semasa. 33. Pemindahan dan penyatuan kedua-dua prosiding ini sudah tentu akan menjimatkan masa dan kos dan bagi mengelakkan perbicaraan dijalankan secara ansuran. 34. Oleh yang demikian, berdasarkan kuasa dan budibicara Mahkamah ini di bawah A.4, k.1 dan A.57, k.1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah ini membenarkan Lampiran 9 dengan kos dijadikan kos dalam kausa. Bertarikh: 9.3.2026 …………………………………. Noor Hisham Bin Ismail Hakim Mahkamah Tinggi Johor Peguam Plaintif : Tetuan YC Wong Suite 13A-3A, Level 13A Menara 1MK, No. 1 Jalan Kiara Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur Peguam Defendan : Tetuan Ong And Manecksha No. 200, Victoria Street 10300 Pulau Pinang