Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu. [6] Prinsip ini juga adalah dinyatakan di dalam kes Wong Thin Yit v Mohamad Ali[1971] 2 MLJ 175, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “In a negligence action, the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence and the plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence”. [7] Seterusnya, memandangkan wujudnya (2) versi in contra bagaimana kemalangan berlaku, maka, pendekatan Mahkamah adalah untuk menentukan versi manakah yang lebih berkemungkinan berdasarkan bukti senyap/keterangan sokongan lain seperti kerosakan kedua-dua kenderaan, kesan di tempat kejadian dan seumpamanya. Mahkamah menggunapakai prinsip di dalam kes See Hua Marketing Sdn Bhd & Anor v. Jelias Nyotet [2007] 1 LNS 423, menyatakan seperti berikut: “It is almost now well established in civil case that when the court is confronted with conflicting versions of how an incident occurred, the court has to examine the neutral evidence, such as sketch plans, photographs, nature of damages, etc in case of road accident cases, to come to the conclusion on the issue of liability. On such facts, it is for the court to decide which version is inherently probable or improbable”. PENILAIAN MAHKAMAH ISU LIABILITI Versi Plaintif vs Versi Defendan [8] SP1 di dalam keterangannya memberitahu mahkamah, SP1 telah menerima maklumat pertama mengenai kemalangan jalanraya ini pada 11.10.2021 jam lebih kurang 2000 hrs dan sejurus selepas itu SP1 terus pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat kemalangan yang berlaku. Setibanya ditempat kejadian SP1 telah melakarkan rajah kasar dan kunci tempat kejadian yang ditandakan sebagai P2. Menurut SP2, sewaktu SP2 sampai ditempat kejadian, kenderaan yang terlibat masih berada di tempat kejadian, tetapi telah diubah kedudukan ke bahu jalan iaitu Lorong A-B. [9] Berdasarkan siasatan SP1 kedua-dua motorsikal bergerak dari arah yang sama iaitu dari arah bawah rajah kasar menuju kearah atas rajah kasar. Tiada halangan pandangan bagi kedua-dua arah perjalanan ditempat kejadian semasa kemalangan berlaku. Semasa SP1 sampai ditempat kejadian SP1 mendapati keadaan lalulintas lancar dan tidak sibuk, jalanraya berada dalam keadaan kering dan jalan lurus dan mempunyai 2 lorong perjalanan. Keterangan sokongan lain yang menyokong versi Plaintif [10] Berdasarkan siasatan SP1, kerosakan kenderaan-kenderaan yang terlibat adalah seperti berikut