Subparagraph
(iii) Kegagalan hakim bicara untuk menilai secara maksimum keterangan-keterangan yang berada di hadapannya. 14 Keputusan Kami Alasan (i) – salah arahan pemakaian anggapan oleh hakim bicara [33] Peguam bela yang bijaksana berhujah, sungguhpun hakim bicara yang bijaksana telah membuat dapatan positif tentang milikan sebenar (actual or mens rea possession), namun hakim bicara masih mengguna pakai (invoked) anggapan-anggapan undang-undang di bawah s.37(d) dan 37(da) seperti mana di perenggan 50, m.s. 30, alasan penghakiman, Jilid 1, Rekod Rayuan (‘RR’). Menurut peguam bela yang bijaksana, ini telah mendatangkan prejudis yang serius kepada perayu kerana dapatan-dapatan tersebut telah membingungkan perayu akan beban evidential yang beliau perlu tanggung iaitu sama ada mengikut piawaian menimbulkan keraguan yang munasabah (raising a reasonable doubt) atau piawaian untuk mengakas di atas imbangan kebarangkalian (balance of probabilities) elemen-elemen pemilikan dan pengedaran seperti dituduh dalam pertuduhan tersebut. Dapatan-dapatan hakim bicara yang bijaksana tersebut telah juga menimbulkan kekeliruan ke atas standard of proof yang perlu dipakai. [34] Kami telah meneliti dengan cermat lagi mendalam keseluruhan alasan penghakiman hakim bicara yang bijaksana dan mendapati bahawa asas dapatan hakim bicara berkenaan dengan milikan dadah 15 tersebut oleh perayu adalah atas asas bahawa perayu mempunyai milikan secara fizikal (‘actual/mens rea possession’) akan dadah tersebut. Ini berlandaskan kepada fakta bahawa wujud keterangan yang menunjukkan perayu telah meluru ke dalam bilik air berkenaan sebaik sahaja SP-7 masuk ke dalam rumah tersebut dan memperkenalkan dirinya sebagai polis dan seterusnya perayu telah dilihat oleh SP-8 memegang sambil mengoyakkan plastik yang mengandungi dadah dan cuba membuang dadah tersebut ke dalam mangkuk tandas. [35] Untuk maksud pencerahan, diperturunkan in extensor dapatan hakim bicara yang bijaksana tersebut seperti dinyatakan di perenggan-perenggan 37, 38, 39 dan 40, m.s. 25, 26 dan 27, alasan penghakimannya: “[37] …..mahkamah mendapati setelah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan terdapat keterangan langsung yang menunjukkan dan membuktikan bahawa OKT1 mempunyai pemilikan secara fizikal terhadap dadah yang dijumpai di dalam bilik air tersebut. Keterangan SP8 dengan jelas membuktikan sebelum ditangkap OKT1 telah meluru keluar dari bilik 231 menuju ke bilik air mengoyak plastik mengandungi dadah yang dipegangnya dan cuba membuang dadah tersebut ke dalam mangkuk tandas. Di samping itu terdapat juga dadah yang berselerakan di atas lantai di dalam bilik air tersebut. Pada masa yang material tidak ada orang lain yang berada di dalam bilik air tersebut yang membuktikan bahawa tempat di mana dadah tersebut dijumpai adalah eksklusif kepada OKT1 sahaja. [38] Fakta di atas dengan terang lagi bersuluh telah membuktikan OKT1 mempunyai ‘possession’ ke atas dadah tersebut berasaskan kepada 16 takrifan ‘possession’ di dalam kes Yap Choon Kit [2009] 3 MLJ 120 di m.s. 135 & 136 di mana mahkamah memutuskan: “In any event, ‘possession’ requires proof of custody and control as well as conscious knowledge of the thing that is possessed”. [39] Mahkamah berpendapat OKT1 tahu bahawa barang-barang dipegang dan cuba dibuang itu adalah dadah berbahaya berasaskan kepada tindakan atau kelakuan OKT1 yang melarikan diri dari bilik 231 dan terus meluru ke dalam bilik air selepas mengetahui pihak polis telah membuat serbuan ke premis tersebut. OKT1 juga telah mengoyakkan plastik yang mengandungi dadah dan telah cuba membuang dadah tersebut ke dalam mangkuk tandas. Adalah tidak munasabah dan tidak masuk akal untuk mengatakan seseorang yang memegang, mengoyak dan cuba membuang sesuatu tidak mengetahui apa yang dipegangnya dan apa yang cuba dibuangnya atau dilupuskannya. Lihat Hashim bin Abdullah v PP, Mahkamah Rayuan Criminal Appeal No. J-05-90/2013. Perlakuan-perlakuan dan perbuatan ini membuktikan beliau mengetahui apa yang dipegangnya dan cuba dibuangnya adalah dadah berbahaya. Ini adalah satu inferen yang munasabah dan dapatan yang logik kerana orang yang tahu sahaja akan mengambil tindakan yang sedemikian dengan tujuan untuk melenyapkan bukti berkaitan dengan jenayah tersebut. Berasaskan kepada keterangan ini ianya bermakna OKT1 mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut yang membuktikan beliau mempunyai mens rea possession ke atas dadah tersebut seperti yang diperlukan di dalam kes Yap Choon Kit (supra). [40] Tindakan OKT1 melarikan diri, mengoyak plastik dan cuba membuang dadah ke dalam mangkuk tandas di dalam percubaannya untuk menyembunyikan atau menghilangkan bukti berkaitan dadah tersebut adalah satu kelakuan ‘conduct’ yang boleh diterima di bawah s.8 Akta Keterangan 1950. Inferen yang boleh dibuat berhubung dengan tindakan atau kelakuan beliau ialah OKT1 memang mengetahui berkaitan dengan dadah di dalam milikannya”. [36] Berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang tidak tercabar lagi ‘uncontroverted’, kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana bahawa perayu sememangnya mempunyai milikan sebenar atau fizikal atau mens rea ke atas dadah tersebut. Keterangan adalah 17 lebih dari mencukupi untuk menyimpulkan dapatan fakta yang sedemikian. [37] Hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa perayu telah melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut dengan cara ‘membawa’ seperti ditakrifkan di bawah s.2, ADB, apabila didapati telah memegang, mengoyak dan cuba membuang dadah tersebut di dalam mangkuk tandas sebelum ditangkap oleh SP-8. Justeru, beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan perayu telah mengedarkan dadah tersebut secara terus (‘direct’) berdasarkan kepada takrif ‘mengedar’ di bawah s.2, ADB yang termasuk ‘membawa’ (lihat perenggan-perenggan 46, 47, 48, alasan penghakiman di m.s. 29, 30, Jilid 1, RR). [38] Memandangkan kepada dapatan-dapatan hakim bicara berkenaan dengan isu-isu pemilikan dan pengedaran dadah tersebut oleh perayu seperti diperincikan di atas, maka pada hemat kami, apa yang dinyatakan oleh hakim bicara yang bijaksana di perenggan 50, alasan penghakiman – iaitu “…..Selain itu oleh sebab OKT-1 mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut, anggapan statutory (d) dan (da) di bawah s.37 Akta juga terpakai….” adalah tidak perlu sama sekali. Ia merupakan satu 18 verbosity berlebihan yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas dapatan asas hakim bicara bahawa perayu mempunyai milikan sebenar atau fizikal atau mens rea ke atas dadah tersebut dan telah mengedarkan dadah tersebut secara terus mengikut definisi pengedaran di bawah s.2, ADB. [39] Tambahan pula, adalah undang-undang yang mantap (‘trite’) bahawa hakim bicara dibenarkan di sisi undang-undang untuk menganalisis kesemua pilihan-pilihan yang ada di hadapannya untuk menentukan kaedah akan bagaimana kedua-dua elemen ‘pemilikan’ dan ‘pengedaran’ dadah tersebut sewajarnya dibuktikan. Maka Mahkamah Persekutuan dalam kes Raman Kunjiraman v PP [2014] 9 CLJ 915 di perenggan 30, m.s. 929 telah menyatakan: “….Contrary to the argument of counsel, there is nothing to prevent the learned trial judge from analysing all the alternatives available to him under the Act. The learned trial judge has not breached the rule of double presumptions by taking into consideration the various alternatives in the reservoir of choices or alternatives available to him to determine the culpability of the appellant. Judges may expatiate on the various alternatives available without the need to incur the obloquy of counsel”. [40] Dengan itu, kami dapati bahawa alasan rayuan ini tidak mempunyai sebarang merit untuk dipertimbangkan. 19 Alasan (ii) dan (iii): - Kekhilafan tentang pemakaian s.2 ADB - Kegagalan untuk menilai keterangan secara maksimum [41] Peguambela yang bijaksana telah menarik perhatian kami kepada perenggan 46, alasan penghakiman di m.s. 29, Jilid 1, RR, di mana hakim bicara yang bijaksana telah mendapati: “Berasaskan kepada fakta yang telah Mahkamah analisakan di atas di mana OKT-1 didapati memegang, mengoyak dan cuba membuang dadah dalam mangkuk tandas sebelum ditangkap, perbuatan-perbuatan ini pada pendapat Mahkamah adalah terjatuh dalam perkataan ‘membawa’ di dalam tafsiran ‘mengedar’. [42] Peguambela yang bijaksana lantas menghujahkan bahawa berdasarkan kepada nas-nas, perbuatan-perbuatan seperti yang disebut di bawah s.2 ADB, tanpa perbuatan-perbuatan nyata (‘overt acts’) oleh pelaku-pelakunya tidak mencukupi untuk membuktikan pengedaran sebenar. Beliau telah merujuk kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Ooi Hock Kheng v PP [2014] 5 MLJ 585 yang memutuskan bahawa perbuatan ‘membawa’ semata-mata tanpa perbuatan ‘overt’ oleh pelaku tidak mencukupi untuk membuktikan wujudnya pengedaran dadah tersebut (‘not sufficient to constitute trafficking’). 20 [43] Setelah menghalusi alasan penghakiman hakim bicara yang bijaksana berkaitan dengan isu yang dibangkitkan, kami bersetuju dengan hujahan peguambela yang bijaksana bahawa hakim bicara langsung tidak mempertimbangkan sama ada wujud ‘overt acts’ di pihak perayu dalam ‘membawa’ dadah tersebut untuk maksud pengedaran. Apa yang ditekankan oleh hakim bicara yang bijaksana hanyalah perbuatan perayu yang memegang, mengoyak dan cuba membuang dadah ke dalam mangkuk tandas, yang menurut hakim bicara adalah terjatuh di bawah perkataan ‘membawa’ di dalam takrifan mengedar. Pada hemat kami pertimbangan ini tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa perayu sebenarnya telah mengedarkan dadah tersebut. Lantaran pula hakim bicara langsung tidak menyentuh tentang ‘overt acts’ di pihak perayu. Justeru, kami tidak nampak bagaimana perbuatan semata-mata memegang, mengoyak dan cuba membuang dadah tersebut ke dalam mangkuk tandas boleh terjumlah sebagai perbuatan mengedarkan dadah tersebut. Kami berpandangan bahawa hakim bicara yang bijaksana telah menangani isu pengedaran ini secara sambil lewa tanpa memberi pertimbangan yang sewajarnya berkenaan dengan isu-isu perundangan yang berkaitan dengannya. 21 [44] Mahkamah ini dalam kes Ooi Hock Kheng v PP (supra) telah menegaskan undang-undang yang terpakai dalam situasi seperti ini seperti dinyatakan di perenggan 8, m.s. 590 journal tersebut: “[8] It cannot be disputed that at the material time, the appellant was in fact carrying the impugned Ketamine. However, the mere act of carrying is not sufficient to constitute the offence of trafficking under the DDA. In other words, the act of mere carrying does not make one a trafficker under the scheme of the DDA. This is made clear from the judgment of Arifin Zakaria FCJ (as His Lordship then was) in Public Prosecutor v Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 3 MLJ 193; [2006] 2 CLJ 129). That case represents the law on this subject as we apply today. In our judgment, the learned JC had misdirected himself in that there was no appreciation that to traffic in dangerous drugs under s.2 of the DDA entails something more than passive possession. In the context of the present case, to constitute the offence of trafficking, the act of ‘carrying’ Ketamine by the appellant from one place to another was in the sense of doing so as to promote the distribution or supply of the impugned drug to someone else (see Ong Ah Chuan v Public Prosecutor; Koh Chai Cheng v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64). This was never considered by the learned JC and he failed to direct his mind on this point”. Kami bersetuju sepenuhnya dengan proposisi undang-undang seperti dinyatakan di atas. [45] Peguambela yang bijaksana berhujah bahawa dari keseluruhan scenario yang dibentangkan, paling tinggi pun (‘at the highest’), apa yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan hanyalah pemilikan dadah tersebut oleh perayu lantaran tidak ada bukti wujudnya ‘overt act’ 22 bahawa perayu telah mengedarkan dadah tersebut. Kami bersetuju sepenuhnya dengan hujahan ini. [46] Seterusnya, kami berpendapat bahawa perbuatan perayu yang semata-mata memegang, mengoyak dan cuba membuang dadah tersebut ke dalam mangkuk tandas seperti dapatan hakim bicara yang bijaksana, tidak boleh dikatakan sebagai satu perbuatan pengedar di bawah s.2 ADB. Walaupun perbuatan tersebut menyalahi s.201 Kanun Keseksaan, namun perbuatan tersebut tidak terjumlah dalam definisi pengedaran di bawah s.2 ADB. Menyamakan perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang terjumlah dalam definisi pengedaran adalah satu kekhilafan yang nyata yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. [47] Kes pihak pendakwaan banyak bergantung sebahagian besarnya kepada keterangan SP-7, SP-8 dan SP-9 (Mohd. Fadil bin Osman, salah seorang anggota serbuan). Namun tidak seorang pun dari mereka memberi keterangan bahawa mereka nampak perayu, semasa meluru keluar dari bilik no. 231, ada membawa bersamanya bungkusan-bungkusan yang mengandungi dadah tersebut. SP-8 hanya nampak perayu sedang memegang sambil mengoyak-ngoyakkan bungkusan 23 dadah tersebut dan cuba membuang dadah ke dalam mangkuk tandas sebelum menangkap perayu. [48] Dalam keadaan sedemikian, peguambela yang bijaksana menghujah, paling tinggi pun keterangan tersebut hanya menunjukkan perayu mempunyai pemilikan dan pengetahuan tentang dadah tersebut dan bukannya telah mengedarkan dadah tersebut. [49] Kami juga bersetuju dengan hujahan ini. Kesimpulan [50] Berdasarkan kepada segala alasan di atas kami dapati bahawa sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas perayu di bawah s.39B(1)(a) dan s.39B(2), ADB, adalah tidak selamat. Berasaskan keterangan yang ada, kami bersetuju bahawa paling tinggi, apa yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan hanyalah perayu mempunyai pemilikan dan pengetahuan tentang dadah tersebut. Elemen pengedaran dadah tersebut telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Dengan demikian, kami membenarkan rayuan perayu dan seraya itu telah mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan di 24 bawah kedua seksyen di atas dan menggantikannya dengan satu sabitan di bawah s.12(2), ADB, yang boleh dihukum di bawah s.39A(2) Akta yang sama. [51] Setelah menimbangkan mitigasi yang diunjurkan oleh perayu dan hujahan balas TPR yang bijaksana dan mengambil kira ‘trend’ penghukuman untuk kesalahan yang sama dan melibatkan jenis dadah yang sama (Heroin dan Monoacetylmorphines) kami telah menghukum perayu dengan hukuman penjara selama 18 tahun (bermula dari tarikh perayu ditangkap, iaitu 22.7.2014) dan 10 sebatan dengan rotan. BERTARIKH: 8HB. OGOS 2018 ( AHMADI HAJI ASNAWI ) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 25 Peguam Bela Perayu: Amer Hamzah b. Arshad bersama Joshua Tay H’ng Foong Tetuan Amerbon Peguambela dan Peguamcara Peguambela Responden: Nurshafini bt. Mustafha bersama Mohd. Zain b. Ibrahim Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara