Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PENGGULUNGAN SYARIKAT NO: DA-28NCC-47-12/2022 ANTARA RAINBOW ENTERPRISE CO. LTD. … PEMPETISYEN
DA-28NCC-47-12/2021
High Court of Malaysia12 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“”, that is, of a company being unable to meet current demands upon it, we would respectfully follow the Privy Council in the Malayan Plant case and cite the following observations from Buckley on the Companies Act (13th Edn.) at p. 460: In such a case it is useless to say that if its assets are realized there will be a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PENGGULUNGAN SYARIKAT NO: DA-28NCC-47-12/2022 ANTARA RAINBOW ENTERPRISE CO. LTD. … PEMPETISYEN
1
Pempetisyen memfailkan petisyen ini terhadap Responden selaras dengan Seksyen 465(1)(e) dan Seksyen 466 Akta Syarikat 2016 kerana kegagalan Responden membayar hutang sejumlah 83,841,433 Yen Jepun dan mendakwa Responden insolvent dan tidak berupaya untuk membayarnya.
2
Pempetisyen adalah sebuah syarikat dari Jepun yang menjual kenderaan motor import termasuk kepada Responden.
3
Responden pula adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan menjalankan perniagaan antara lainnya menjual dan membekalkan perkhidmatan import kenderaan motor.
4
Pempetisyen memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi (vide DA- 22NCC-8-06/2019) terhadap Responden menuntut hutang (baki tertunggak) penjualan kenderaan import sebanyak 96,068,346 Yen.
5
Sebelum tarikh bicara sampai (17.11.2019), kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian melalui suatu Perjanjian Penyelesaian bertarikh 14.11.2019 (eksibit “P-3”). Antara terma penyelesaian adalah:
i
Responden bersetuju membayar baki tunggak hutang sebanyak 96,068,346 Yen dari masa ke semasa.
II
(ii) Responden juga bersetuju membayar kos sebanyak RM20,000.
III
(iii) Pempetisyen akan mengenepikan faedah (interest) kepada hutang tersebut.
IV
(iv) bayaran penuh perlu dibuat pada atau sebelum 17.11.2021 (tarikh matang).
IV
(iv) jika Responden gagal membuat bayaran penuh pada tarikh tersebut, tunggakkan tersebut akan menjadi hutang Responden di mana Pempetisyen boleh melaksanakan tindakan terhadap Responden.
v
Pempetisyen akan menyediakan dan memajukan sesalinan Penyata Akaun kepada Responden dari masa ke semasa.
VI
(vi) Pempetisyen akan memberhentikan tindakan writ saman ini tanpa kos dan tanpa kebenaran untuk memfailkan semula. [6] Ekoran dari Perjanjian Penyelesaian itu, Pempetisyen telah menarik balik writ saman terhadap Responden. Menurut Pempetisyen, Responden telah membuat bayaran terakhir pada 15.9.2021 dan masih tertunggak sebanyak 83,841,433 Yen. [7] Selanjutnya Pempetisyen melalui peguamcaranya telah mengeluarkan Notis bertarikh 21.11.2021 di bawah Seksyen 465(1)(e) dan Seksyen 466(1) Akta Syarikat 2016 yang menuntut jumlah tunggakan tersebut yang mana perlu dibayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh penyampaian Notis berkenaan (eksibit “P-4”). Isu [8] Isu yang perlu diputuskan mahkamah adalah:
i
sama ada Pempetisyen boleh menuntut faedah lewat bayar (surcaj) sedangkan telah mengenepikan tuntutan itu dalam Perjanjian Penyelesaian.
II
(ii) sama ada Pempetisyen menggunakan pengaruh tidak berpatutan (undue influence) terhadap Responden dalam memasuki Perjanjian Penyelesaian.
III
(iii) sama ada Responden insolven dan tidak berupaya menyelesaian tunggakan hutang berkenaan. Kes Pempetisyen [9] Di sebabkan kegagalan Responden mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian berkenaan, Pempetisyen melalui peguamcaranya telah mengeluarkan Notis bertarikh 21.11.2021 di bawah Seksyen 465(1)(e) dan Seksyen 466(1) Akta Syarikat 2016 yang menuntut jumlah tunggakan tersebut yang mana perlu dibayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh penyampaian Notis berkenaan (eksibit “P-4”). [10] Pempetisyen juga telah mematuhi syarat-syarat di bawah Kaedah-Kaedah Penggulungan Syarikat 1972 di mana Sijil Pendaftaran bertarikh 28.2.2022 telah dimetrai oleh Mahkamah Tinggi (Lampiran 15). Kes Responden [11] Pempetisyen tidak boleh menuntut faedah lewat bayar (surcaj) kerana mereka telah mengenepikan tuntutan itu dalam Perjanjian Penyelesaian. Surcaj sebanyak 2% sebulan yang dikenakan Pempetisyen adalah sutu bentuk tekanan (oppresive) yang melebihi kadar yang dikenakan oleh bank-bank Malaysia sebanyak 1.5% sebulan sahaja. [12] Dalam masa yang sama Pempetisyen telah menggunakan pengaruh tidak berpatutan (undue influence) terhadap Responden (Seksyen 16 Akta Kontrak 1950) dalam memasuki Perjanjian Penyelesaian. Ini adalah kerana Responden pada masa itu tertekan dengan isu GST, ekonomi negara yang menurun, pandemik covid- 19 dan tindakan writ saman. Pempetisyen telah mendominasikan keadaan-keadaan ini untuk menekan Responden memasuki Perjanjian Penyelesaian. [13] Selanjutnya Responden menghujahkan perniagaannya masih aktif dan mempunyai cukup aset untuk menyelesaikan tuntutan Pempetisyen. Oleh itu Responden adalah solven dan berupaya menyelesaian tunggakan hutang berkenaan. Penilaian dan penemuan mahkamah [14] Setelah meneliti dan menimbangkan hujahan kedua-dua pihak, kertas kausa, affidavit-afidavit dan eksibit-eksibit dokumentar yang difailkan, saya mendapati dan memutuskan:
i
Pempetisyen telah mematuhi peruntukan pra-syarat di bawah Kaedah-Kaedah Penggulungan Syarikat 1972 dan Akta Syarikat 2016 dalam menggulung syarikat Responden. Saya mendapati Pempetisyen telah memfailkan serta telah menyampaikan kertas kausa yang berkaitan kepada Responden dan ini membolehkan Sijil Pendaftar bermetrai bertarikh 28.2.2022 dikeluarkan oleh mahkamah. Selain dari itu saya mendapati dari tarikh pemfailan writ saman oleh Pempetisyen terhadap Responden pada bulan Jun 2019 sehinggalah sampai tempoh matang penyelesaian pembayaran hutang pada 17.11.2021 (suatu tempoh 2 tahun 5 bulan), Responden masih belum dapat melunaskan keseluruhan hutangnya. Walau pun Responden menghujahkan dia mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar tunggakan hutang, namun saya berpendapat dia tidak berkemampuan untuk menyelesaikannya dan Pempetisyen telah memenuhi keperluan-keperluan untuk menggelauarkan Notis Penggulungan terhadap Responden. Ini selaras dengan Seksyen 465(1)(e) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukan: Section 465. Circumstances in which company may be wound up by Court
1
The Court may order the winding up if—
e
the company is unable to pay its debts; Status Responden juga memenuhi peruntukan Seksyen 466(1) Akta yang sama: Section 466. Definition of "inability to pay debts"
1
A company shall be deemed to be unable to pay its debts if—
a
the company is indebted in a sum exceeding the amount as may be prescribed by the Minister and a creditor by assignment or otherwise has served a notice of demand, by himself or his agent, requiring the company to pay the sum due by leaving the notice at the registered office of the company, and the company has for twenty-one days after the service of the demand neglected to pay the sum or to secure or compound for it to the satisfaction of the creditor;
b
execution or other process issued on a judgment, decree or order of any court in favour of a creditor of the company is returned unsatisfied in whole or in part; or
c
it is proved to the satisfaction of the Court that the company is unable to pay its debts and in determining whether a company is unable to pay its debts the Court shall take into account the contingent and prospective liabilities of the company.
II
(ii) Responden menghujahkan pihaknya membantah kepada pengiraan faedah pinjaman tertunggak (melalui surat-surat bertarikh 6.3.2017, 12.3.2017 dan 30.5.2018), namun dengan menandatangani Perjanjian Penyelesaian bertarikh 14.11.2019, jelas menunjukan persetujuannya dan mahkamah menganggap Responden bersetuju kepada jumlah tuntutan yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut. Saya mendapati berdasarkan pada perjanjian tersebut, Responden telah membuat beberapa bayaran kepada Pempetisyen. Responden adalah di estopped dari mempertikaikannya sekarang. Responden sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan besar seperti ini, dengan menimbulkan isu-isu seperti tekanan (coersion), pengaruh yang tidak berpatutan dan tidak mendapat nasihat guaman yang sewajarnya adalah suatu afterthought dan tidak bona fide kerana Responden boleh pada bila-bila masa mendapatkan bantuan atau nasihat guaman sebelum menandatangani Perjanjian Penyelesaian. Tambahan pula Responden menjalankan perniagaan dengan sebuah syarikat dari luar negara.
III
(iii) Selanjutnya saya mendapati dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Resonden (eksibit “KO-4” dan “KO-5” dalam affidavit bantahan Responden) bagi menunjukan nilaian aset dan senarai pembeli kenderaan bermotor darinya sebagai dia berkeupayaan melunaskan hutang adalah tidak konsisten dengan kegagalan Responden membayar tunggakan hutang seperti dalam Perjanjian Penyelesaian. Summary of financial information yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukan Responden tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menyelesaian hutang kepada Pempetisyen (eksibit P-1 dalam Petisyen). Prinsip utama sekarang ialah jika berkemampuan, sila buat pembayaran dan tidak perlu berdolak-dalik. Prinsip ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Sri Hartamas Development Sdn Bhd v MBf Finance Bhd [1992] 1 CLJ 303: “Section 218(2)(a) of the Act only provides that a demand under the hand of a creditor or under the hand of his agent lawfully authorised must be served on the company by leaving the said document at its registered address requiring the company to pay the sum due. The presumption of inability to pay its debts only arises if the requirements of the section relating to the demand have been complied with and the company has for three weeks after service of the demand neglected to pay the sum or to secure or compound for it to the reasonable satisfaction of the creditor” “In this case, the presumption of insolvency arises when the requirements of s. 218(2)(a) of the Act have been satisfied and it is for the company to prove that it is able to pay its debts. In dealing with “commercial insolvency”, that is, of a company being unable to meet current demands upon it, we would respectfully follow the Privy Council in the Malayan Plant case and cite the following observations from Buckley on the Companies Act (13th Edn.) at p. 460: In such a case it is useless to say that if its assets are realized there will be ample to pay twenty shillings in the pound: this is not the test. A company may be at the same time insolvent and wealthy. It may have wealth locked up in investments not presently realizable; but although this be so, yet if it have not assets available to meet its current liabilities it is commercially insolvent and may be wound up.” Juga prinsip dalam kes Lafarge Concrete (M) Sdn Bhd v Gold Trend Builders Sdn Bhd [2012] 6 MLJ 817: “There was also no question that by the time the appellant issued the s218 notice, all installments were already overdue, by reason of the effluxion of time and not by reason of any default of payment of any one installment. The time granted by the appellant for payment by installments had passed, so the appellant was entitled to issue the s 218 notice to demand for payment of the then six overdue installments and agreed interest…” “…In any case, the winding up order should have been made even if the respondent was solvent because where a creditor's debt was clearly established that creditor had the right to present a winding up petition and obtain relief even though the company was solvent. The respondent was not ready, willing and able to meet the demand of the appellant and winding up should have been the foregone conclusion. It was thus ordered that the respondent company be wound up under the provisions of the Companies Act and that the official receiver be appointed for the purpose of the winding up”
IV
(iv) Merujuk kepada perenggan 4 Perjanjian Penyelesaian (eksibit “P-3”), saya berpendapat pengenepian tuntutan faedah kepada hutang hanya terpakai sekiranya perjanjian berkenaan dipatuhi sepenuhnya i.e. Responden telah membayar keseluruhan hutangnya kepada Pempetisyen selewat-lewatnya pada 17.11.2021 seperti terma perjanjian tersebut. Tetapi Responden gagal menyelesaikan hutang tersebut setelah perjanjian berkenaan menjadi matang. Oleh yang demikian ianya menjadi jumlah terhutang semula kepada Pempetisyen dan keperluan membayar faedah hutang. Keputusan [15] Di atas penemuan-penemuan tersebut, saya mendapati anggapan bahawa Responden adalah insolven dan tidak berkeupayaan membayar hutang-hutangnya kepada Pempetisyen di bawah Seksyen 465(1)(e) yang dibaca bersama Seksyen 466(1) Akta Syarikat 2016 adalah terpakai dan gagal dipatahkan oleh Responden. [16] Oleh yang demikian petisyen ini dibenarkan seperti:
i
Prayer 15(a) Responden digulungkan di bawah Akta Syarikat 2016;
II
(ii) Prayer 15(b) Pegawai Penerima dilantik sebagai pelikuidasi;
III
(iii) Prayer 15(c) Kos bagi petisyen penggulungan ini dibenarkan dan dibayar dari aset Responden. [17] Responden diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Pempetisyen dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 28 November 2022. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK Bagi Pihak Pempetisyen: Nicholas Netto Tetuan Nicholas Netto, V03-08-18, Level 8, Designer Office Lingkaran SV, Sunway Velocity 55100 Kuala Lumpur. Bagi Responden: Sasha Nameera bt Sabtu & Asmiraini. Tetuan Azhar Aziz & Associates, No. 8/12, (Level 8), Duplex Office Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.