Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO: AB-22NCVC-14-04/2021 ANTARA RAJA SEGARAN A/L GEORGE BRETT … PLAINTIF
AB-22NCvC-14-04/2021
High Court of Malaysia21 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an oral hearing as requested by him. ... In the circumstances we agree with the plaintiff's counsel that there had been a clear breach of the rules of natural justice as embodied in art 135(2) of the Federal Constitution which renders the disciplinary proceedings **Note : Serial number will be used to verify the origin”
“y of this document via eFILING portal 11 null and void. In this regard we are reminded of the observation made by Lord Denning in B Surinder Singh Kanda v. The Government of The Federation of Malaya [1962] MLJ 169, at the p 172 which reads: If the right to be heard is to be a real right, which is worth anything, it mus”
“rkan adalah berlainan sama sekali iaitu dinyatakan bahawa: “2. The present Management Committee found that you did not perform your duties and responsibilities as a committee member in accordance to the Constitution of the Association thus allowing the following financial loses to incur to this Association. a) We found”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO: AB-22NCVC-14-04/2021 ANTARA RAJA SEGARAN A/L GEORGE BRETT … PLAINTIF
1
1.
2
RASADURAI A/L K. SUBRAMANIAM MUNUSAMY A/L ARIGOVINDAN
3
PERSATUAN INDIA TAIPING … DEFENDAN- (No. Pendaftaran: PPM-001-08-06091950) DEFENDAN
1
Tindakan oleh Plaintif ini adalah untuk mendapatkan relif-relif berikut: a. Satu deklarasi bahawa penyingkiran Plaintif daripada keahlian seumur hidup Persatuan India Taiping dengan No. keahlian LM 055 di mana Plaintif telah membayar yuran untuk hayat beliau adalah salah, tidak adil, tidak mematuhi proses undang-undang dan “natural justice”, void dan tidak berkesan. 13/07/2026 22:16:28 AB-22NCvC-14-04/2021 Kand. 102 b. Satu deklarasi bahawa Plaintif masih lagi ahli seumur hidup Defendan Ketiga dan Namanya dipulihbalik kepada senarai ahli daftar Defendan Ketiga tanpa kehilangan sebarang benefit. c. Gantirugi seperti ditaksirkan dan dibayar oleh Defendan-Defendan secara bersesama atau berasingan sebab Plaintif telah kehilangan benefit keahlian dan ‘contractual benefits’ di antara Plaintif dan DCA Architect yang telah ditamatkan oleh Defendan-Defendan dan ‘mental anguish’ dan kemerosotan kesihatan yang telah dialami oleh Plaintif. d. Faedah. e. Kos.
2
Plaintif merupakan ahli sepanjang hayat (seumur hidup) Persatuan India Taiping dengan No. Keahlian LMO 55 dan telah membayar yuran ahli sepanjang hayat. Plaintif telah disingkirkan oleh Defendan-Defendan pada atau lebih kurang pada 20.11.2019 menurut Fasal 12(a) dan (b), Perlembagaan Defendan Ketiga. Secara profesyen, Plaintif adalah seorang ‘Building Designer’.
3
Defendan Pertama selaku Presiden Persatuan India Taiping bersama-sama dengan Defendan Kedua selaku Setiausaha Persatuan India Taiping telah menandatangani surat-surat tunjuk sebab bertarikh 4.11.2019 dan 5.11.2019 dan juga surat penyingkiran Plaintif bertarikh 21.11.2019.
4
Secara ringkas pada ketika Defendan Pertama menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan India Taiping dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bangunan, pada atau lebih kurang bulan April 2013, Persatuan India Taiping telah memohon untuk bantuan kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia untuk membina satu bangunan baru bagi Persatuan India Taiping bagi menggantikan bangunan lama yang bertempat di No. 293, Jalan Taming Sari, Taiping, Perak yang telah didirikan atas 4 lot iaitu Lot 1088, Lot 1089, Lot 1090 dan Lot 1091 di Mukim Bandar Taiping, Perak.
5
Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan RM2 juta bantuan kewangan bagi tujuan tersebut dan cek berkenaan telah diterima pada 25.4.2013 ketika Defendan Pertama masih Presiden Persatuan India Taiping dan Pengerusi Jawatankuasa Bangunan.
6
Namun demikian pada Mesyuarat Agung Persatuan India Taiping pada 10.5.2015, Defendan Pertama telah ditewaskan oleh Noor Helmi Dores bin Abdullah untuk jawatan Presiden dan Plaintif telah dipilih sebagai Setiausaha. Selain jawatan Setiausaha, Plaintif juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bangunan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan India Taiping pada 16.5.2015.
7
Selepas mengambilalih, masalah mula timbul apabila jawatankuasa yang lama di bawah Defendan Pertama tidak menyerahkan segala dokumen, rekod dan perincian perbankan kepada jawatankuasa yang baru. Ekoran daripada itu, jawatankuasa yang baru telah menulis secara rasmi kepada Bank Rakyat berkenaan pertukaran jawatankuasa dan penandatangan. Pada 25.5.2015, penandatangan kepada akaun Persatuan India Taiping di Bank Rakyat telah ditukar kepada En. Noor Helmi Bin Abdullah selaku Presiden, P. Muniandy selaku Bendahari dan Plaintif sendiri.
8
Namun demikian, didapati bahawa Defendan Pertama dan Bendahari yang lama iaitu En. Bathmanaban telah secara tidak sah membuat pengeluaran sejumlah RM2,100.00 daripada akaun persatuan pada 29.5.2015 ketika mana mereka bukan lagi penandatangan yang sah dan bukan juga sebahagian dari jawatankuasa.
9
Pihak jawatankuasa telah membuat laporan polis berkaitan pengeluaran wang tersebut dan memanggil Plaintif Pertama dan En. Bathmanaban untuk memberi penjelasan berkaitan pengeluaran tidak sah tersebut namun kedua-dua mereka gagal menghadirkan diri. Pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk memecat kedua-dua mereka namun Plaintif tidak bersetuju. Dari pemerhatian mahkamah ini, ini adalah salah satu perkara yang menunjukkan adanya perselisihan antara Plaintif dan Defendan Pertama.
10
Berbalik kepada peranan Plaintif di dalam Persatuan India Taiping, semasa Plaintif memegang jawatan Setiausaha serentak dengan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bangunan Baru, firma Plaintif telah dilantik Jawatankuasa Bangunan tersebut sebagai Perunding Bangunan bagi menyediakan segala dokumentasi termasuk pelan untuk dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Taiping untuk kelulusan.
11
Dengan kelulusan Jawatan Kuasa Kecil Bangunan Baru, Plaintif telah melantik firma-firma perunding lain termasuk DCA Architect dan setelah berbincang, Plaintif berjaya mendapatkan fi yang paling murah sebanyak RM82,120.00 untuk kesemua firma perunding sedangkan untuk projek tersebut fi adalah dalam linkungan RM275,500.00.
12
Daripada fi untuk dibayar kepada firma-firma perunding tersebut berjumlah RM82,120.00, firma Plaintif telah dibayar RM45,000.00 oleh Persatuan India Taiping iaitu RM25,000.00 pada 8.10.2015 dan RM20,000.00 pada 7.3.2016. Kesemua bayaran ini disokong oleh jawatankuasa.
13
Plaintif bersama-sama firma-firma perunding telah menyediakan segala dokumentasi dan pelan yang diperlukan oleh Majlis Perbandaran Taiping.
14
Pada suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Persatuan India Taiping yang diadakan pada 19.11.2017, isu pecah amanah Plaintif telah mula dibangkitkan oleh Defendan Pertama di mana Plaintif didakwa telah menggunakan wang dana Kementerian Kewangan untuk tujuan membayar perunding-perunding bangunan. Di perkara 3.13 minit mesyuarat tersebut dinyatakan: “3.13 Mr. Rasadurai informed the EGM that there is a clause in the approval letter of the Grant that no building consultant fee can be paid using the money from the Grant and can be considered as breach of trust. He further suggested that the money be refunded to IA.”
15
Pertelingkahan berterusan dan Plaintif telah memohon untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa dipanggil melalui surat-surat bertarikh 18.5.2019, 27.5.2019 dan 18.9.2019 namun tidak dihiraukan oleh Defendan-Defendan. Pada ketika ini Defendan Pertama telah dilantik semula sebagai Presiden Persatuan India Taiping.
16
Atas sebab itu, Persatuan India Taiping telah mengeluarkan 2 surat tunjuk sebab terhadap Plaintif bertarikh 4.11.2019 dan 5.11.2019. Isu sama dibangkitkan iaitu isu pembayaran RM45,000.00 kepada firma Plaintif yang dikatakan menggunakan dana RM2 juta yang diberikan oleh Kementerian Kewangan.
17
Plaintif telah membalas surat tunjuk sebab ini melalui surat bertarikh 18.11.2019.
18
Tanpa memanggil atau melantik Jawatankuasa Disiplin, Defendan-Defendan telah pada 20.11.2019 memutuskan untuk menyingkirkan Plaintif. ISU-ISU A. SAMADA TUDUHAN YANG DIKENAKAN TERHADAP PLAINTIF
19
Pihak Plaintif telah menghujahkan bahawa terdapat 2 percanggahan pertuduhan telah dilemparkan terhadap Plaintif. Di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa Persatuan India Taiping pada 19.11.2017 dan surat bertarikh 24.4.2019, apa yang dipertuduhkan adalah penggunaan dana RM2 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan. Di Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 19.11.2017 dibangkitkan penggunaan dana untuk yuran konsultan bangunan tidak boleh dibayar menggunakan dana peruntukkan dari Kementerian Kewangan (rujuk para 14 di atas) manakala di surat bertarikh 24.4.2019 disebut perkara yang sama. Di surat tersebut dinyatakan: “e) You were also informed that, your action in taking the money as consultation fees is tantamount to a fundamental breach of the conditions imposed by the Prime Minister's Department when the money for the construction of Indian Association building was given to the Association.”
20
Namun di dalam surat tunjuk sebab bertarikh 5.11.2019, tuduhan yang dilemparkan adalah berlainan sama sekali iaitu dinyatakan bahawa: “2. The present Management Committee found that you did not perform your duties and responsibilities as a committee member in accordance to the Constitution of the Association thus allowing the following financial loses to incur to this Association. a) We found that you have failed to comply with the Clause 14 (c) of the constitution of the Indian Association of Taiping whereby you have consent to the Management Committee during the years 2015 and 2016 to withdraw the following amount; b) i) Consultation Fees - RM 45,000.00 ii) Earth filling payment - RM26,500.00 iii) Motivation course - Approximately RM7,000.00”
21
Mahkamah telah meneliti hujahan Plaintif ini dan mendapati bahawa benar terdapat 2 tuduhan berlainan di dalam kes ini. Apa yang pasti Mahkamah bersetuju dengan keterangan Plaintif bahawa wang ini telah dibayar dengan kebenaran Persatuan India Taiping pada ketika itu. Pada surat bertarikh 7.10.2015 oleh Plaintif kepada Presiden Persatuan India Taiping, Plaintif telah menyatakan: “I would kindly like to inform that all consultants involved in this project will be appointed by my company and any payments due to them will be directly be paid by my office.” Surat ini telah diterima, dipersetujui dan ditandatangani 5 orang dari Jawatankuasa Pengurusan Persatuan India Taiping iaitu Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan India Taiping, Setiausaha dan Bendahari Jawatankuasa Bangunan dan disaksikan oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Bangunan.
22
Adakah wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan digunakan untuk membayar fee perunding? Keterangan dari Defendan Pertama sendiri sebagai SD1 mengakui bahawa wang dari peruntukkan Kementerian Kewangan itu tidak digunakan bagi tujuan tersebut. Keterangan SD1 di mukasurat 95 baris 15 Nota Keterangan menyatakan: “Babu Mr Rasadurai, jawab soalan saya selepas dengar saya. Anda mengatakan bahawa plaintif telah ambil 45 ribu daripada duit 2 juta tersebut, tapi duit tersebut sebenarnya berada dalam FD pada semua masa. Setuju dengan saya, Encik Rasadurai? Yes Yang Arif.” Selanjutnya dinyatakan di mukasurat 95 baris Nota Keterangan: “Babu Sampai hari ini? Betul Yang Arif Termasuk semua interest. Babu Oleh itu, saya cadangkan bahawa sepanjang masa ini tak pernah sebarang duit dikeluarkan daripada amount 2 juta tersebut. Setuju atau tidak setuju?
23
Atas apa yang dinyatakan di atas, jelas sekali dakwaan yang dikenakan terhadap Plaintif adalah tidak benar sama sekali. B. ADAKAH PENYINGKIRAN PLAINTIF MELANGGAR FASAL 12(B)
24
Atas isu ini, rujukan telah dibuat kepada Fasal 12(b) Perlembagaan Persatuan India Taiping. Fasal tersebut secara jelas menyatakan: “Before the Committee expels or suspends the member, the member shall be informed of the grounds for such expulsion or suspension in writing and be given an opportunity to explain and absolve himself in person.”
25
Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan di dalam kes ini dan secara terang lagi bersuluh Plaintif tidak pernah diberikan peluang untuk membela diri secara kediri di hadapan Jawatankuasa Persatuan India Taiping. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa walaupun Plaintif ada menjawab surat tunjuk sebab, Jawatankuasa Persatuan India Taiping terus bermesyuarat dan memutuskan penyingkiran Plaintif berkuatkuasa serta merta tanpa sebarang pendengaran lisan.
26
Selain daripada itu, Plaintif juga telah dinafikan haknya sepertimana yang diperuntukkan di dalam Fasal 12(b) Perlembagaan Persatuan India Taipng untuk merayu terhadap keputusan penyingkirannya. Fasal 12(b) menyatakan: “Such suspension or expulsion shall be enforced, unless otherwise reversed by a general meeting upon appeal by the said member.”
27
Di dalam kes ini, Defendan Pertama sendiri mengakui bahawa Plaintif telah tidak diberikan peluang untuk merayu terhadap keputusan tersebut. Malahan Plaintif telah tidak diberikan peluang untuk hadir di Mesyuarat Agung Persatuan India Taiping untuk merayu terhadap penyingkirannya atas alasan dia telah disingkirkan dan bukan lagi ahli persatuan.
28
Rujukan telah dibuat kepada kes MAT GHAFFAR BIN BABA v KETUA POLIS NEGARA & ANOR [2008] 2 MLJ 1 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “In the circumstances, after considering the charges levelled against the plaintiff, we are of the view that in all fairness the plaintiff ought to have been given an oral hearing as requested by him. ... In the circumstances we agree with the plaintiff's counsel that there had been a clear breach of the rules of natural justice as embodied in art 135(2) of the Federal Constitution which renders the disciplinary proceedings null and void. In this regard we are reminded of the observation made by Lord Denning in B Surinder Singh Kanda v. The Government of The Federation of Malaya [1962] MLJ 169, at the p 172 which reads: If the right to be heard is to be a real right, which is worth anything, it must carry with it a right in the accused man to know the case which is made against him. He must know what evidence has been given and what statements have been made affecting him: and then he must be given a fair opportunity to correct or contradict them."
29
Defendan-Defendan menyatakan bahawa Persatuan India Taiping telah disalahnamakan kerana ia adalah sebuah pertubuhan yang hanya boleh disaman melalui Pegawai Awamnya menurut Seksyen 9
c
Akta Pertubuhan 1966. Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan: “A society may sue or be sued in the name of such one of its members as shall be declared to the Registrar and registered by him as the PUBLIC OFFICER of the society for that purpose, and if no such person is registered, it shall be competent for any person having a claim or demand against the society to sue in the name of any of the office-bearer of the society.”
30
Di dalam kes ini, jelas sekali tuntutan Plaintif tidak dibuat atas nama Persatuan India Taiping secara tunggal. Sebaliknya ia dibuat atas nama 2 pegawainya iaitu Defendan Pertama sebagai Presiden dan Defendan Kedua sebagai Setiausaha. Oleh yang demikian, ia tidak melanggar sama sekali peruntukan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966 tersebut.
31
Atas hujahan Defendan-Defendan bahawa Plaintif sepatutnya tidak membawa pertikaian antaranya dengan Persatuan India Taiping ke Mahkamah Tinggi atas alasan ia sepatutnya diselesaikan melalui Perlembagaan Persatuan sahaja, Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dan hujahan tersebut. Adalah jelas daripada keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif bahawa terdapat perlanggaran terhadap haknya di bawah Perlembagaan Persatuan India Taiping untuk menjawab secara kediri terhadap pertuduhan terhadapnya dan juga untuk merayu terhadap keputusan untuk menyingkirkannya. Dalam keadaan itu apakah ruang yang ada kepada Plaintif untuk menegakkan haknya melainkan menfailkan tindakan di Mahkamah ini.
32
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif untuk: a. Satu deklarasi bahawa penyingkiran Plaintif daripada keahlian seumur hidup Persatuan India Taiping dengan No. keahlian LM 055 di mana Plaintif telah membayar yuran untuk hayat beliau adalah salah, tidak adil, tidak mematuhi proses undang-undang dan “natural justice”, void dan tidak berkesan. b. Satu deklarasi bahawa Plaintif masih lagi ahli seumur hidup Defendan Ketiga dan Namanya dipulihbalik kepada senarai ahli daftar Defendan Ketiga tanpa kehilangan sebarang benefit.
33
Untuk tuntutan di para c iaitu gantirugi seperti ditaksirkan dan dibayar oleh Defendan-Defendan secara bersesama atau berasingan sebab Plaintif telah kehilangan benefit keahlian dan ‘contractual benefits’ di antara Plaintif dan DCA Architect yang telah ditamatkan oleh Defendan-Defendan dan ‘mental anguish’ dan kemerosotan kesihatan yang telah dialami oleh Plaintif, Mahkamah ini mendapati ia tidak dibuktikan dan atas alasan itu ia ditolak.
34
Kos dibenarkan sebanyak RM10,000.00 tertakluk kepada alokatur. Bertarikh pada 13.7.2026. SYED FAISAL BIN SYED AMIR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI TAIPING PERAK DARUL RIDZUAN Peguamcara Plaintif: Surindar Singh A/L Chain Singh [TN. CHONG SURINDAR SU & ASSOC.] Peguamcara Defendan-Defendan: Simon Murali [TN. SIMON MURALI & CO.]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.