Where the Judge acts under subparagraph 2(a)(i) he may, either on his volition or at the request of any party to the proceeding, recall any of the witnesses as in respect of any part of the evidence already recorded, or he may take their evidence afresh: Provided that in respect of a criminal proceeding, the Court of Appeal and the Federal Court may, on appeal, set aside any conviction had on the evidence not wholly recorded by the Judge before whom the conviction was had if such Court is of the opinion that the accused had been materially prejudiced thereby, and may order a new [5] Berdasarkan peruntukan yang tersebut di atas, saya telah bertanya kepada pihak-pihak, jika mereka mempunyai sebarang isu dan / atau bantahan sekiranya saya meneruskan prosiding daripada peringkat di mana mantan PK terdahulu berhenti, dan saya akan bertindak atas keterangan yang sudah direkodkan oleh mantan PK. Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan telah memaklumkan kepada Mahkamah ini, bahawa mereka tidak mempunyai sebarang isu dan / atau bantahan. [6] Selanjutnya tiada permintaan oleh pihak-pihak untuk memanggil semula mana-mana saksi berkenaan dengan mana-mana bahagian keterangan yang telah sedia ada direkodkan, menurut seksyen 18(3) Akta 91. [7] Saya juga tidak berhasrat untuk memanggil semula mana-mana saksi untuk merekod semula keterangan mereka kerana saya dapati rakaman CRT dan RVT adalah jelas dan nota keterangan bertulis tangan oleh mantan PK juga boleh dibaca. S/N s7Neubm59kOv4x2pHQWRMg Page 4 of 33 Kes Pendakwaan [8] Untuk membuktikan elemen-elemen pertuduhan ke atas OKT, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 15 orang saksi seperti berikut:- Bilangan saksi Nama dan peranan SP 1 Konstabel 183527 Ahmad Fikri bin Mohtar - Anggota polis yang menerima maklumat pertama SP 2 Sumathy a/p K Pappu Sridaharan Ibu Si Mati SP 3 Vaishnavi a/p Tamil Selvan - Anak Si Mati SP 4 Jacqueline Bernice a/p John Bosco Pegawai Sains SP 5 Dr Muhammad Fatah Mengambil sampel darah Tertuduh SP 6 Dr Chandroth Navin a/l Pankajakshan Patologist SP 7 Kpl Ismail bin Abu Bakar Jurufoto SP 8 Kpl Mohamad Hazwan bin Mat Radzi Jurufoto SP 9 Insp Norhidaya binti Ismail Pegawai polis yang hadiri bedah siasat SP 10 Loi Shing Hong Majikan Tertuduh SP 11 Sjn Fakhoruzy bin Othman Penerima barang kes SP 12 Sjn Rajaveloo a/l Ramalingam Anggota forensik SP 13 ASP Mohd Yusof bin Hj Ibrahim Pegawai Tangkapan S/N s7Neubm59kOv4x2pHQWRMg Page 5 of 33 Bilangan saksi Nama dan peranan SP 14 ASP Mohd Noor Azman bin Md Safar Pegawai Penyiasat SP 15 Kpl Mohd Basri bin Baharom Anggota serah sapina [9] Pada 29.8.2018, jam 2.00pagi, Tertuduh telah membuat satu laporan polis iaitu Repot Sungai Dua 1577/2018 (Ekshibit P1) dan dirakam oleh SP1 Konstabel 183527 Ahmad Fikri bin Mohtar. Di dalam P1, tertuduh telah melaporkan seperti berikut: alamat rumah G40, rumah pangsa kos rendah Taman Merbau Indah, 13400 Sungai Dua Butterworth, saya telah bergaduh dengan dengan isteri saya Kamani a/p S Palanisamy nombor K/P: 920426- 07-5272 kerana perselisihan faham saya telah menolaknya lalu isteri saya terjatuh ke atas lantai. Selepas itu saya terus bawa anak saya keluar dari rumah. Pada jam 10.00 malam saya balik ke rumah semula dan saya dapati isteri saya sudah pun meninggal dunia. Saya datang ke [10] SP1 telah memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat (SP14) berkenaan Laporan tersebut. Sebaik menerima laporan polis tersebut, SP14 telah menggerakkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian yang beralamat di G40, rumah pangsa kos rendah, Taman Merbau Indah, 13400 Sungai Dua, Butterworth dengan dipandu arah oleh Tertuduh. [11] Sampai di tempat kejadian, Tertuduh telah membawa pasukan polis ke bahagian belakang rumah dan Tertuduh telah menggunakan kunci untuk membuka mangga kunci (padlock) di pintu jeriji (grille) belakang rumah. S/N s7Neubm59kOv4x2pHQWRMg Page 6 of 33 [12] Apabila pintu dibuka, SP14 masuk ke dalam rumah tersebut dan beliau telah membuat pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah tersebut dan telah menjumpai satu gulungan kain cadar dalam keadaan diikat di dalam sebuah bilik. [13] SP14 telah membuka gulungan kain cadar tersebut dan mendapati mayat satu wanita bangsa India (Si Mati) yang lengkap berpakaian dan terdapat kesan darah pada baju yang dipakai oleh Si Mati. Pemeriksaan lanjut dijalankan oleh SP14 ke atas Si Mati dan mendapati kecederaan di bahu Si Mati tetapi tiada kesan koyakan pada baju yang dipakai. [14] SP 12 juga telah hadir ke tempat kejadian untuk membuat siasatan forensik. Hasil pemeriksaan oleh SP12 di tempat kejadian telah menjumpai sebilah pisau yang mempunyai kesan darah (P42B) di sinki dapur, kain cadar (P37A), karpet (P39A), bantal yang mempunyai kesan darah (P38A) dan sebatang mop (P40A) di bilik kedua, manakala kain batik (P41A) dijumpai di bilik pertama. Selanjutnya Tertuduh telah ditangkap di tempat kejadian tersebut oleh SP13. [15] Pada jam 9.40 pagi, Si Mati telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. Dr. Chandroth Navin a/l Pankajakshan Pakar Forensik (SP6) telah melakukan bedah siasat keatas mayat simati. Hasil bedah siasat, SP6 mengesahkan punca kematian simati adalah S/N s7Neubm59kOv4x2pHQWRMg Page 7 of 33 BEBAN PEMBUKTIAN DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN / PRIMA FACIE [16] Di akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan kes prima facie sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) seperti berikut: When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused [17] Di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Mahkamah Persekutuan telah memberi panduan kepada seseorang Hakim atau Majistret di led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;