Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: No. kes: BH-82-8-09/2020 - Pertuduhan Pertama (P1) Bahawa kamu pada 1/8/2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di A-15-07, MKH Boulevard, Jalan Changkat, Kajang, Selangor di dalam daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor telah melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan 12/03/2025 10:20:53 Kand. 61 Pamella Matthews hendak membunuhnya dengan niat hendak menyebabkan rasa bimbang akan berlaku kematian atau kecederaan ke atasnya. oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kajang/23508/20. Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. Pertuduhan Kedua (P2) Bahawa kamu pada 1/8/2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di a-15-07, MKH Boulevard, Jalan Changkat, Kajang, Selangor di dalam Daerah Hulu Langat, dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Pamella Matthews KP:900707-06-5486 dengan memulas tangan, memukul tangan kanan dan menampar pipi. Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau kedua-duanya. Pertuduhan Ketiga (Selepas Dipinda) (P3) Bahawa kamu pada 7/8/2020 jam lebih kurang 5.00 pagi bertempat di Jabatan Kecemasan Hospital Kajang, Jalan Semenyih, Bandar Kajang dalam Daerah Hulu Langat Negeri Selangor telah dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu dalam menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam apabila kamu gagal beri kerjasama bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit atau dengan kedua-duanya. No. kes: BH-82-9-09/2020 -Pertuduhan keempat (selepas dipinda) (P4) [Ekshibit P-27] Bahawa kamu pada 7/8/2020 jam lebih kurang 4.20 pagi bertempat di perkarangan Balai Polis Kajang, Jalan Cheras, Bandar Kajang di Dalam Daerah Hulu Langat Negeri Selangor telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu Insp Kunaalan A/L Udiasoorian G/22390 dalam menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam semasa membuat tangkapan terhadap kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 186 Kanun Keseksaan. Hukuman: Sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh 4 yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit atau dengan kedua-duanya. Pertuduhan Kelima (P5) Bahawa kamu pada 7/8/2020 jam lebih kurang 4.20 pagi bertempat di pejabat Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang, Selangor Di dalam Daerah Hulu Langat, Dalam Negeri Selangor telah didapati menggunakan perkataan-perkataan kurang sopan ‘fuck u, pukimak kau, sial, babi cilaka kamu semua, memang celaka korang semua, babi la korang, memang anak sundal, pegi mampos kamu semua, siap kamu semua, aku kenal orang atasan, aku ingat kamu semua, takda sorang pun akan selamat woi, korang nak tangkap aku atas seksyen apa ha, sekarang kamu tahu tak kamu telah melakukan kesalahan, kamu tak bagi aku bergerak bebas maknanya kamu telah mengurung aku dengan salah, kamu tau tak sekarang aku nak keluar dari sini, korang tak bagi aku keluar maknanya kamu semua yang salah, soi sial dengar tak’ terhadap Insp Kunaalan A/L Udiasoorian G/22390 melalui ungkapan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menggangu keamanan. oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Hukuman: sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan kamu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit.