Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BAHAU DI DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA KES GUAMAN SIVIL NE-A72NCvC-11-03/2023 ANTARA RAKESH A/L KANESAN MURTI …. PERAYU DAN AMJ JASIN EXPRESS SERVICE&ANOR …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Mahkamah membatalkan tindakan pihak Plaintif pada 14 Februari 2025 dengan kebebasan menfailkan semula tanpa perintah terhadap kos. [2] Kes ini melibatkan pelanggaran kontrak “joint venture” antara plaintif dan defendan berkaitan pengendalian syarikat penghantaran barang/ kurier yang mana Defendan-Defendan dinyatakan telah melanggar terma yang dipersetujui di dalam kontrak tersebut. [3] Sesi pengurusan kes yang pertama bagi kes ini adalah pada 17 April 2023 di mana pihak Defendan telah memohon lanjutan masa bagi menfailkan pembelaan dan permohonan dibenarkan dan tarikh pengurusan kes seterusnya pada 17 Mei 2023 dan pada tarikh tersebut pihak plaintif pula dengan alasa defendan 21/04/2025 15:20:43 NE-A72NCvC-11-03/2023 Kand. 46 menfailkan dalam masa tempoh 23 hari pembelaan maka mereka juga memohon di berikan masa tiga minggu untuk menfailkan jawapan dan tuntutan balas, bagi memastikan keadilan kepada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan telah memberikan Tarikh pengurusan kes seterusnya pada 19.6.2023. [4] Pada 14.7.2023, pihak plaintif memohon lanjutan masa lagi 3 minggu untuk meneliti dokumen, melengkapkan dokumen tambahan dan menyerahkan kepada pihak Defendan begitu juga dengan pihak Defendan tiada bantahan berkenaan perkara itu maka mahkamah telah memberikan tarikh lanjut pengurusan kes pada 7.8.2023. [5] Pada 7.8.2023, pihak plaintif sekali lagi memohon lanjutan masa 3 sehingga 4 minggu untuk mendapatkan klarifikasi berkaitan dokumen yang diterima daripada anak guam dan mahkamah sekali lagi telah memberikan tarikh pengurusan kes lanjut pada 28.8.2023 dengan arahan untuk dokumen dilengkapkan dan pada tarikh tersebut, Tarikh bicara akan ditetapkan. [6] Dalam sesi pengurusan kes pada 28.8.2023, Tarikh bicara telah ditetapkan pada 6.11.2023 dengan arahan kesemua dokumen perbicaraan perlu diserahkan kepada pihak-pihak sebelum bicara termasuk pernyataan saksi. [7] Pada tarikh bicara 6.11.2023, ketika perbicaraan pihak plaintif memaklumkan bahawa semakan telah dibuat dan mendapati Ikatan Dokumen Bersama adalah tidak sama pada tagging dan menyebabkan susunan di dalam pernyataan saksi juga adalah tidak sama, justeru itu pihak-pihak telah memohon penagguhan untuk mediasi juga dan mahkamah membenarkan permohonan tersebut. Tarikh pengurusan kes seterusnya pada 15.12.2023. [8] Pada 15.12.2023, pihak defendan melalui system e-review tanpa kehadiran plaintif, telah memaklumkan bahawa tarikh mediasi masih belum diperolehi, justeru itu mahkamah telah memberikan suatu tarikh pengurusan kes pada 18.1.2024. [9] Pada 18.1.2024, pihak defendan sekali lagi tanpa kehadiran Plaintif melalui pengurusan kes secara e-review, memaklumkan bahawa mediasi telah ditetapkan pada 2.2.2024 secara zoom pada jam 3 petang, justeru itu mahkamah telah memberikan tarikh pengurusan kes pada 15.2.2024 untuk status mediasi. [10] Pada 15.2.2024, pihak-pihak memaklumkan bahawa mediasi telah gagal, dan tarikh bicara telah ditetapkan pada 29 dan 31.5 2024 jam 10.30 pagi [11] Pada 29 dan 31.5.2024 kes ditangguhkan atas permohonan defendan yang mempunyai kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tarikh bicara baru adalah pada 4 dan 20.9.2024