Tiada pengendorsan penyampaian yang dibuat di belakang kertas kausa. [9] Justeru, Defendan telah menghujahkan bahawa perintah bertarikh 26.5.2009 adalah satu Perintah Ingkar (Judgment in default) yang 10 telah diperolehi oleh Plaintif atas ketidakhadiran beliau pada tarikh perbicaraan yang tidak disampaikan dengan kertas-kertas kausa. [10] Plaintif, sebaliknya telah menghujahkan bahawa perintah bertarikh 26.5.2009 tersebut adalah satu perintah yang teratur kerana Defendan sememangnya telah diserahkan dengan semua kertas kausa. Kini Defendan tidak boleh menyatakan bahawa beliau tidak ada pengetahuan atas tindakan Plaintif di dalam Kandungan 1 tersebut. [11] Berkenaan samada Defendan telah diserahkan dengan kertas-kertas kausa dan pengetahuannya mengenai tindakan Plaintif, Mahkamah ini bersependapat dengan pihak Plaintif. Adalah menjadi pandangan Mahkamah ini bahawa penyataan Defendan bahawa beliau telah tidak diserahkan dengan kertas-kertas kausa dan tidak ada pengetahuan atas tindakan Plaintif atas alasan Afidavit Kanagaraj adalah palsu ataunpun salah aturan adalah pengataan kosong Defendan semata-mata dan sesuatu yang afterthought. 11 [12] Afidavit Kanagaraj di perenggan 3 jelas menyatakan bahawa beliau sendiri telah pergi ke alamat Defendan terakhir di No 231L, Jalan Mortex, Off Jalan H. Guainensis, RRI Experimental Station, 47400 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan dan menyampai sendiri kertas kausa tetapi Defendan yang enggan menerima dan enggan menandatangani di belakang Saman Pemula. [13] Selain daripada penyataan di perenggan 3 tersebut, satu pengindorsan telah dibuat oleh Kanagaraj seperti berikut. PENGINDORSAN Saya, KANAGARAJ A/L RAMALINGGAM (NO. K/P: 751218-14-5059) telah pada hari Sabtu, 18hb April, 2009 telah menyampaikan surat yang bertarikh 13/04/2009 kepada pihak Defendan VIJAYA KUMARAN A/L RENGAN (NO. K/P: 570322-10-5337) di alamat terakhirnya di No 231L, Jalan Mortex, Off Jalan H.Guainensis, RRI Experimental Station, 47400 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan berserta dengan satu salinan benar Saman Pemula bertarikh 26/03/09 dan Afidavit bertarikh 20/03/09 dalam tindakan ini melalui penyampaian kediri mengikut Aturan 10 Jadual 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi (Pindaan), 1980 dimana beliau enggan mengakui penerimaannya dengan menandatangani di belakang Saman Pemula tersebut. Ini adalah pengindorsan saya 12 …………………………………….. KANAGARAJ A/L RAMALINGGAM BERTARIKH: 18hb APRIL, 2009 [14] Kini, Defendan tidak boleh setakat menyatakan bahawa Afidavit Kanagaraj itu palsu mahupun tidak teratur ataupun tidak lengkap. [15] Penyataan kosong Defendan yang kononnya beliau tidak mengetahui adanya perintah bertarikh 26.5.2009 dan ketidakadanya pengetahuannya mengenai kertas-kertas kausa Plaintif telah dikuatkan lagi oleh beliau sendiri. Mahkamah berkata begini dengan merujuk kepada pengataan Defendan di dalam afidavit sokongan permohonannya di Kandungan S1 yakni Kandungan S2. Di perenggan 7, Kandungan S2, Defendan sendiri mengakui bahawa beliau telah menerima surat daripada peguamcara Plaintif bertarikh 22.4.2014 dan mengekshibitkannya sebagai Ekshibit V-1. Penelitian Mahkamah ini kepada Ekshibit V-1 tersebut, jelas tertera alamat yang di gunakan di dalam surat tersebut adalah: No. 231-L, RRI Expt Station, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan 13 [16] Di perenggan 7, Kandungan S2 jelas berbunyi berikut: