Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCVC-14-07/2024 ANTARA RAMAN A/L PALANIAPPAN (NO. K/P: 521211-08-5301) ... PLAINTIF
CB-22NCvC-14-07/2024
High Court of Malaysia6 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“njunction pending the disposal of an application for interlocutory injunction, such as encl. 2 in the instant case. This view is in line with the powers of the High Court under s. 25 of the Courts of Judicature Act 1964 and S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCVC-14-07/2024 ANTARA RAMAN A/L PALANIAPPAN (NO. K/P: 521211-08-5301) ... PLAINTIF
1
TAMIL SELVEN A/L KANDASAMY
6
ARIKRISHNAN A/L GOPAL … DEFENDAN-DEFENDAN 24/10/2024 10:23:18 CB-22NCvC-14-07/2024 Kand. 110 S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Plaintif melalui Kertas Mahkamah 8 (KM 8) memohon:
a
Satu perintah interim bahawa Plaintif mengurus dan menjalankan kesemua tugas-tugas Jawatankuasa Persatuan Sri Marathandavar Aalayam sementara pelupusan tindakan guaman ini terhadap Defendan Pertama sehingga Defendan Keenam;
b
Satu perintah interim bagi Plaintif memanggil ('convene’) satu mesyuarat luar biasa (EGM) dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah Mahkamah untuk menjalankan pilihanraya bagi jawatan-jawatan lain yang digantung;
c
Satu perintah injuksi untuk menahan dan menghalang Defendan Pertama atau pengkhidmat, ejen-ejen, wakil atau proxies dari melibatkan diri dalam pengurusan Persatuan
d
Satu perintah pelaksanaan supaya Defendan Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam menjalankan tanggungjawab selaku panel pilihanraya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persatuan Sri Marathandavar Aalayam dan mengumumkan kemenangan S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ Plaintif sebagai Presiden bagi Persatuan Sri Marathandavar
e
Satu perintah injuksi menahan dan menghalang Defendan Pertama atau pengkhidmat, ejen-ejen, wakil atau proxies daripada menerus masuk atau mengeluarkan apa-apa harta benda dari kuil Sri Marathandavar Aalayam selaku bekas
f
Kesemua kos sampingan dan yang terakibat dari permohonan ini dijadikan kos dalam kausa;
g
Lain-lain relif yang difikirkan adil, sesuai dan suaimanfaat oleh Mahkamah yang mulia ini. Latar Belakang Kes [2] Plaintif telah menang dalam pemilihan sebagai Presiden Persatuan Sri Marathandavar Aalayam sebanyak 250 undi pada 23.06.2024. Adalah didapati berlaku kekecohan semasa pemilihan ahli jawatankuasa tersebut sehingga Mesyuarat Agong Persatuan Sri Marathandavar Aalayam tersebut terpaksa ditangguhkan. [3] Pada Mesyuarat Agong Persatuan Sri Marathandavar Aalayam hanya jawatan presiden sahaja yang sempat dipilih. Jawatan-jawatan yang lain tidak dapat diteruskan proses pemilihan. S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ [4] Defendan Pertama adalah merupakan salah seorang calon bagi jawatan Presiden Persatuan Sri Marathandavar Aalayam tersebut. Dia adalah merupakan bekas Presiden Persatuan Sri Marathandavar Aalayam tersebut. Dia telah tewas dalam pemilihan tersebut yang telah disahkan oleh jawatankuasa pemilihan persatuan dan pegawai dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan. [5] Di dalam affidavit sokongan permohonan Plaintif telah menyatakan bahawa satu perintah interim diperlukan bagi memastikan bahawa terdapatnya pihak yang menguruskan persatuan. Ia tidak boleh diteruskan tanpa pengerusi bagi memastikan perjalanan persatuan dapat diteruskan dengan lancar. Apa yang lebih menarik dalam permohonan injunksi interm itu ialah Plaintif diberi kuasa untuk memanggil mesyuarat agong luar biasa untuk menjalankan pilihanraya. [6] Peguam Plaintif dalam hujahannya telah memetik Aturan 29 kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 dan menyatakan bahawa satu injunksi sementara boleh diberikan bagi tujuan untuk mengekalkan status quo sehingga isu-siu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak dilupuskan. Peguam Plaintif telah merujuk kes Permodalan MBF Sdn Bhd v Tan Sri Datuk Seri Hamzah Bin Abu Samah & Ors [1988] 1 MLJ 178, Motor Sports International Ltd & Ors v Delcont
m
(M) Sdn Bhd [1996] 2 MLJ 605, Si Rusa Beach Resort Sdn Bhd v Asia Pacific Hotels Management Pte Ltd [1985] 1 MLJ 132 dan Datuk Pasamanickam & Anor v Agnes Joseph; R. Narayanan Samy v Agnes Joseph [1980] 2 MLJ 92. S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ [7] Peguam Plaintif berhujah bahawa terdapat isu-isu serius yang wajar dibicarakan yang membolehkan Mahkamah mempertimbangkan suatu perintah injunksi interim iaitu:
a
Sama ada tindakan Defendan Pertama menghalang Defendan Kedua hingga Keenam dari memenuhi tanggungjawab sebagai ahli panel bagi pemilihan di Persatuan Sri Marathandavar Aalayam adalah tindakan yang sah;
b
Adakah Defendan Pertama telah merampas kertas keputusan;
c
Adakah Defendan Pertama mengacau ganggu dalam Mesyuarat Agong tersebut;
d
Adakah Defendan Kedua hingga Defendan Keenam adalah menghalang Perkara 9 Perlembagaan Persatuan Sri Marathandavar Aalayam. [8] Semasa pendengaran KM 8 peguam pihak Plaintif telah memohon agar Mahkamah ini memberi perintah injunksi ad interim sehingga pelupusan pendengaran KM 8. Alasan yang diberikan oleh peguam Plaintif ialah injunksi ad interim diperlukan bagi membolehkan status quo Plaintif dikekalkan sehingga pelupusan KM 8. Ini adalah disebabkan Plaintif telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Sri Marathandavar Aalayam. Sekiranya tiada perintah sedemikian maka S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ kegiatan persatuan tidak dapat diteruskan disebabkan ketiadaan jawatankuasa yang dilantik. Setakat ini apa yang ada hanyalah jawatan presiden yang mana Plaintif telah dipilih dalam Mesyuarat Agong Persatuan Sri Marathandavar Aalayam tersebut. Analisa [9] Injunksi ad interim adalah bagi mengekalkan status quo sebelum keputusan muktamad dibuat terhadap permohonan injunksi yang akan mendengar kedua-dua pihak. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes RIH Services (M) Sdn Bhd v. Tanjung Tuan Hotel Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 83 seperti berikut: Bear in mind, that the application was still before him, alive and pending. He clearly had the jurisdiction to consider whether or not to grant an ad interim injunction pending the hearing inter parties of the application. From my own experience, quite often parties would agree to such an order or the defendant would give an undertaking to maintain the status quo pending the hearing of the application inter partes. But even if they do not agree, the court has the jurisdiction to make such an order. Such a practice has been adopted in England. In Beese and Others (managers of Kimpton Church of England Primary School) and Others v. Woodhouse and Others [1970] 1 All ER 769 (CA) the plaintiff having filed a writ and the statement of claim, took out a summons for an interim injunction. However, pending the S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ hearing of the application inter partes, the judge granted an injunction, ex part e. The Court of Appeal held that the court below had the jurisdiction to do so. The headnote summarises the judgment thus: Where an application for an injunction cannot be heard by the court through no fault of the plaintiff or defendant, and the judge comes to the conclusion on a prima facie view that irreparable damage may be done to the plaintiff by not preventing the continuance of the alleged nuisance or whatever other wrongdoing it may be by the defendant, he has jurisdiction to grant an ex parte injunction (see p. 771 g, p. 772 g, and p. 773 j, post). In this country Low Hop Bing J has also granted an ad interim injunction pending the hearing of an application for an interim injunction which was to be heard inter partes in Jakob Renner v. Scott King [2000] 3 CLJ 569. The learned judge relied on a decision of the court in India in Jagjit Singh Khanna v. Dr. Rakhul Das Mullick & Anor AIR [1988] Cal. 9 and said: Applying the principle enunciated in the above case, I am of the view that it is within the jurisdiction of our superior courts to grant ad interim injunction pending the disposal of an application for interlocutory injunction, such as encl. 2 in the instant case. This view is in line with the powers of the High Court under s. 25 of the Courts of Judicature Act 1964 and S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ the additional powers under para 6 of the schedule to the same Act which include the power to grant injunction in any manner whatsoever. Indeed, as we understand it, it is quite a common practice amongst judges in this country. That way, the status quo is preserved after the expiry of the ex parte order until the inter partes hearing of the application. [10] Ia disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Petrodar Operating Co Ltd v. Nam Fatt Corporation Bhd & Anor [2014] 1 CLJ 18 seperti berikut: [27] The question now is, whether it is proper to split the hearing of interim injunction application by separating the balance of convenience argument to be argued and heard separately to set aside an ad interim injunction. We have considered the submissions urged on us by learned counsel for the first defendant and with respect we are unable to accede to their contentions. It is the standard practice of our courts, that after the grant of the ad interim injunction (pending the inter partes hearing) to move on to the hearing of the inter partes injunction. Parties will then ventilate all issues and their respective contentions in the inter partes hearing of the injunction itself. In this regard we are reminded of the observations made by His Lordship Abdul Hamid bin Mohamed JCA (as he then was) in RIH Services (M) Sdn Bhd S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ v. Tanjung Tuan Hotel Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 83; [2002] 2 AMR 2457 which we are inclined to adopt in similar vein. His Lordship Abdul Hamid bin Mohamed JCA noted that the ad interim injunction to maintain the status quo pending the inter partes hearing is quite often agreed between the parties. Even if they do not agree the court has the jurisdiction to make such an order. The court has the jurisdiction to grant the ad interim injunction even in the event the parties disagree. From the observations made by His Lordship Abdul Hamid Mohamed we can safely conclude that in the interest of smooth and expeditious administration of justice, parties should expeditiously move forward to the hearing of the inter partes injunction on the merits. Under the circumstances we find that it is not desirable to split the subject matter of a separate interlocutory application to set aside an ad interim injunction concurrently with the opposition to the inter partes injunction just on the issue of balance of convenience. As rightfully pointed out by learned counsel for the plaintiffs that to pick up an argument on balance of convenience issue and split it into the subject matter of a separate interlocutory application to set aside the ad interim injunction would result in multiplicity of proceedings and is a wastage of time and costs. In our judgment we find that it is more desirable and appropriate that the question of balance of convenience be argued and decided at the inter partes stage of hearing of the injunction. Thus, we find that the learned JC did not err in his findings on this point and he had correctly directed his mind to the relevant issues at hand when he held that: S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ Following the Supreme Court case of Esso Petroleum Malaysia Inc v. Kago Petroleum Sdn Bhd [1995] 1 CLJ 283; [1995] 1 MLJ 149 at p. 158-159, and applying American Cynamid v. Ethicon [1975] 2 WLR 316, without the need to ascertain in a kind of detailed analysis the respective strength of the parties herein at this application to set aside the ad interim injunction stage, I am satisfied that on the surface at least, that there are serious questions for trial and even though they were not that serious, but nevertheless they could not be described as frivolous or vexatious. A more mature consideration of this issue of a serious questions to be tried can be further had at the hearing at the inter parte stage. [11] Dalam kes ini Mahkamah perlu menimbangkan perkara-perkara berikut semasa memutuskan sama ada injunksi ad interim boleh diberikan atas permohonan Plaintif. Ia adalah terdiri daripada:
a
Defendan tidak akan diprejudiskan dengan perintah injunksi ad interim. Ini adalah disebabkan pemilihan ahli jawatankuasa persatuan masih belum selesai. Pemberian perintah injunksi ad interim ini akan menyebabkan proses pemilihan ahli jawatankuasa yang lain akan dapat diteruskan. Selain daripada itu ia juga boleh ditimbulkan oleh pihak Defendan semasa pendengaran penuh permohonan injunksi di dalam KM 8 tersebut.
b
Injuksi ad interim diberikan bagi membolehkan perjalanan persatuan diteruskan dengan memastikan segala harta benda persatuan dapat diuruskan sebelum pendengaran penuh KM 8.
c
Mahkamah juga perlu menimbangkan bahawa sebarang injunksi ad interim yang diberikan tidak sewajarnya membolehkan pengurusan persatuan akan berubah sehingga menyebabkan ketika pendengaran KM 8 ia akan menjejaskan pihak Defendan-Defendan. Oleh yang demikian Mahkamah perlu menimbangkan sama ada semua perintah yang dikemukakan dalam KM 8 itu perlu disahkan ataupun perlu diberikan di dalam injunksi ad interim. [12] Setelah menimbangkan perkara-perkara di atas, Mahkamah berpendapat dalam kes ini adalah penting untuk diberikan perhatian bahawa sebelum pendengaran KM 8 ini Plaintif sahaja yang merupakan ahli jawatankuasa persatuan tersebut. Ahli Jawatankuasa Persatuan yang lalu tidak ditunjukkan masih berperanan dalam persatuan. Pada masa yang sama juga Mahkamah perlu merujuk kepada Perlembagaan Persatuan bagi melihat apakah injunksi ad interim ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan atau urusan persatuan boleh dikendalikan berdasarkan perlembagaan persatuan tanpa perlu kepada satu injunksi ad interim oleh Mahkamah. S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ [13] Hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam kes ini ia melibatkan pertubuhan dan Mahkamah perlu memastikan bahawa kepentingan ahi-ahli persatuan tersebut terpelihara dan tidak akan diprejudiskan ekoran daripada apa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah ini terhadap mana-mana pihak. Mahkamah merujuk kepada kes Datuk Pasamanickam & Anor v Agnes Joseph; R. Narayanan Samy v Agnes Joseph [1980] 2 MLJ 92 dalam memahami tanggungjawab Mahkamah semasa menangani kes-kes pertikaian yang melibatkan persatuan seperti berikut: So long as the courts retain sufficient hold over them to prevent and redress any injustice on the part of such organisations, and to secure that their decisions are in substance made in accordance with the requirements of natural justice and not with some home-made and arbitrary rules of the organisations the courts will not interfere with their decisions. By allowing the disputes to be first decided according to the rules of the organisations courts do not release real and effective control over them or allow them to be a law unto themselves or to give them a free hand to decide disputes according to their whims and fancies. No association is outside or above the law. But so long as at the appropriate moment recourse to the courts is available to the members, the courts can and will safely allow the members to organise their own affairs according to the terms and tenor of their agreements, but that appropriate moment will not have arrived until and unless the members have fully utilised their rights and privileges under such agreements. S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ [14] Ini bermakna Mahkamah perlu berhati-hati dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan yang dibuat berkaitan dengan sesuatu pertubuhan bagi memastikan hak ahli-ahli sentiasa dipertahankan dan tidak akan diprejudiskan dengan sebarang tindakan Mahkamah. [15] Penelitian kepada Perlembagaan Persatuan seperti yang terdapat di dalam affidavit sokongan di KM 9 di perenggan 10 memperuntukkan mengenai jawatankuasa pengurusan yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan dan 19 anggota jawatankuasa lain. Mahkamah juga meneliti kepada Perkara 11 Perlembagaan Persatuan berkenaan dengan pemilihan atau mesyuarat tahunan yang perlu memilih Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, 19 anggota jawatankuasa dan dua orang Pemeriksa Kira-kira. Ini bermakna sebelum pendengan KM 8 dapat diteruskan jawatankuasa yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan tersebut hanya tinggal Presiden sahaja iatu Plaintif yang dilantik melalui mesyuarat agong persatuan. [16] Penelitian kepada Fasal 10 Perlembagaan Persatuan berkenaan dengan jawatankuasa pengurusan, tiada pula dapat ditemui apakah kedudukan jawatankuasa yang telah dipilih apabila pemilihan dilakukan bagi jawatankuasa baharu seperti di bawah Fasal 12 Perlembagaan Persatuan. Ini lebih ketara lagi apabila tiada sebarang dokumen berkenaan mesyuarat tersebut dan tiada Minit Mesyuarat Agong S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ Persatuan sehingga Plaintif telah dipilih sebagai presiden dalam persatuan tersebut. Mahkamah berpendapat pertimbangan fakta dan rujukan kepada Perlembagaan Persatuan menyebabkan Mahkamah perlu memberikan satu perintah injunksi ad interim bagi mengekalkan status quo persatuan sebelum Mahkamah memutuskan permohonan di KM 8 tersebut. [17] Pada masa yang sama Mahkamah perlu berhati-hati agar tidak memberikan permohonan injunksi ad interim sehingga menyebabkan Plaintif boleh memanggil mesyuarat agong luar biasa untuk menjalankan pemilihan bagi jawatan-jawatan yang masih belum dipilih semasa mesyuarat agong persatuan. Mahkamah ini merujuk kepada Fasal 14 Perlembagaan Persatuan yang memperuntukkan seperti berikut:
14
14.
a
The Committee of Management may convene Extra Ordinary Meeting whenever necessary to consider any urgent specific matters of importance.
b
Extra Ordinary General Meeting shall be confined to the consideration of the subjects mentioned.
c
Extra Ordinary General Meeting shall also be convened within thirty (30) days of the receipt of a written requisition S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ from 30 or more members who are not in arrears stating clearly the object for which the meeting is not be convened.
d
Notice, agenda and procedures for an Extra Ordinary General Meeting shall be forwarded by the Hon. Secretary to all members at least fifteen (15) days before the date fixed for the meeting.
e
Paragraph 13(a) of this rule regarding the quorum and the postponement of an Annual General Meeting shall also apply to an Extra Ordinary General Meeting, but if no quorum is present after half an hour from the time appointed for, a postponed Extra Ordinary General Meeting required by members the meeting shall be cancelled and no Extra Ordinary Meeting shall be requisitioned for the same purpose until after the lapse of at least six (6) months from the date thereof.
f
The secretary shall forward to all members a copy of the draft minutes of each annual and extra ordinary general meeting as soon possible. [18] Jika perintah injunksi ad interim sedemikian diberikan ia akan menyebabkan Plaintif akan memanggil mesyuarat agong luar biasa bagi pemilihan ahli jawatankuasa baharu. Jika ini dilakukan ia akan memprejudiskan Defendan-Defendan dan keputusan bagi KM 8 tidak akan membawa apa-apa kesan lagi disebabkan ahli jawatankuasa S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ baharu telah dipilih melalui mesyuarat agong luar biasa. Pada hal kini hanya jawatan presiden persatuan sahaja yang dipilih dan ahli jawatankuasa lain masih belum terpilih. Ahli-ahli persatuan pada hemat Mahkamah tidak boleh ditindas hak mereka dengan dipaksa dengan ahli jawatankuasa baharu mengemudi persatuan berdasarkan kepada keputusan pemilihan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong di bawah Fasal 14 Perlembagaan Persatuan atas tindakan Plaintif. [19] Setelah menimbang perkara-perkara tersebut Mahkamah memutuskan membenarkan injunksi ad interim seperti berikut:
a
bahawa Plaintif mengurus dan menjalankan kesemua tugas-tugas Jawatankuasa Persatuan Sri Marathandavar Aalayam sementara pelupusan KM 8 pada 02.09.2024 terhadap Defendan Pertama;
b
Defendan Pertama atau pengkhidmat, ejen-ejen, wakil atau proxies dihalang dari melibatkan diri dalam pengurusan Persatuan Sri Marathandavar Aalayam; dan
c
Defendan Pertama atau pengkhidmat, ejen-ejen, wakil atau proxies dihalang daripada menerus masuk atau mengeluarkan apa-apa harta benda dari kuil Sri Mayathandavar Aalayam selaku bekas Presiden. S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ [20] Akhirnya, pendengaran Inter-Partes KM 8 dan KM 23 ditetapkan pada 02.09.2024. Bertarikh: 24 hb. Oktober 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK : Bagi Pihak Plaintif, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat S. Selvam, M. Selvamaru dan M. Gunasilan Tetuan Selvam Shanmugam & Partners No. 568-10-09, Office Suite, 10th Floor Kompleks Mutiara, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur S/N KOl8peL9r0WUqk1e4piMnQ Bagi Pihak Defendan Pertama Kirubakaran, Suria Juan Pillai dan Yavendran a/l Rajendran Tetuan Selva Mookiah & Associates No. 23A-02, Setia Avenue No. 2, Jalan Setia Prima S U13/5, Section U13, Setia Alam 40170 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bagi Pihak Defendan Kedua, Defendan Kelima dan Defendan Keenam R. Bani Prakash Tetuan Bani Prakash & Co B-01-06, Selayang Centre Point Jalan 19A, Selayang Baru 68100 Batu Caves
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.