a
(a) Beliau dilepaskan dengan jaminan di bawah seksyen 388 dan 389 Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) dan seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (‘SOSMA’).
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/e0ee5cf0-908d-4d3c-ae5c-9b9820cfc9a2
Court of Appeal of Malaysia13 Aug 2018B-05-307-06/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 9 “The general rule under section 388(v) of the Criminal Procedure Code is that the court should not grant bail to a person charged with an offence punishable with death. One of the exceptions to this rule is that the court may grant bail to a woman accused. In my view”
“(iii) Offences under Chapter VIB Offences under Part IIIA (sections 26A-26K), Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 [Act 670]. Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015 [Act 770].” [26] Berdasarkan peruntukan seksyen 13, hanya kesalahan-kesalahan yang tersenarai di b”
“(iii) Offences under Chapter VIB Offences under Part IIIA (sections 26A-26K), Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 [Act 670]. Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015 [Act 770].” [26] Berdasarkan peruntukan seksyen 13, hanya kesalahan-kesalahan yang tersenarai di b”
“(c) a sick or an infirm person, charged with a security offence, other than offence under Chapter VIA of the Penal Code [Act 574], may be released on bail subject to an application by the Public Prosecutor that the person be attached with an electronic monitoring device in accordance with the Criminal Procedure Code.””
“(d) PP v. Wee Swee Siang [1948] MLJ 114;”
“(f) State of Rajasthan, Jaipur v. Balachand @ Baliay [1977] AIR 2447; dan”
“d. In my view this exception is a discretion which should be exercised sparingly and judiciously depending on the reasons of each particular case. Spenser Wilkinson J. in the case of R v Ooi Ah Kow [1952] MLJ 95 at page 97 states as follows: “Again, following the case of Re K.S. Menon, I was of the opinion that in case”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA PERMOHONAN JENAYAH NO: B-05-307-06/2018 ANTARA RAMAN A/L SHUNMUGHAM … PEMOHON (NO. K/P: 550801-08-6833) DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. BA-4-109-04/2018 Antara Raman a/l Shunmugham Lawan Pendakwa Raya] KORAM: MOHTARUDIN BAKI, HMR VERNON ONG LAM KIAT, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Melalui Notis Usul di Kandungan 4 bertarikh 22 Jun 2016, Pemohon, Raman a/l Shunmugham membuat permohonan untuk mendapatkan perintah-perintah yang berikut: Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 2
a
(a) Beliau dilepaskan dengan jaminan di bawah seksyen 388 dan 389 Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) dan seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (‘SOSMA’).
b
(b) Lain-lain perintah atau arahan yang dianggap patut dan wajar. [2] Alasan-alasan bagi permohonan itu dinyatakan dalam Afidavit Sokongan yang telah diikrarkan oleh isteri Pemohon, S.L. Komalatebi a/p Lecmanan bertarikh 4/6/2018 (Kandungan 3) yang difailkan bersama dengan Notis Usul tersebut. Alasan utama permohonan Pemohon untuk mendapatkan perintah yang dipohon berdasarkan faktor kesihatan. Pemohon menghidap penyakit kencing manis yang teruk di samping menghadapi masalah penyakit darah tinggi dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Sebelum ditangkap oleh pihak polis, Pemohon sedang menerima rawatan dari Hospital Tung Shin, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Akibat dari penyakit kencing manis, ibu jari kaki kiri Pemohon telah dipotong. [3] Deponen seterusnya menyatakan bahawa Pemohon telah ditangkap oleh pihak polis pada 3/5/2017 jam lebih kurang 5.00 pagi oleh satu pasukan polis ketika sedang berada di rumah kediamannya di alamat No. 19, Jalan 25/10, Taman Koperasi Polis, Fasa 1, 68100 Batu Caves, Selangor. Turut ditangkap bersama, anak Pemohon, Kannan a/l Raman. Pemohon dan anaknya telah kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas satu pertuduhan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 360 Devan, di bawah seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan. Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 3 [4] Deponen turut menyatakan bahawa semasa Pemohon berada dalam tahanan reman di Penjara Sungai Buloh, keadaan penyakit kencing manis Pemohon menjadi semakin teruk. Akibatnya, kaki kiri Pemohon terpaksa dipotong. Pada mulanya dipotong pada paras atas pergelangan kaki (left transmetatarsal amputation) pada 9/12/2017 dan kemudiannya diikuti pemotongan pada paras bawah lutut (left below knee amputation) pada 19/12/2017. Pemohon tidak menyangkal ada mendapat rawatan perubatan ketika dalam tahanan reman, walau bagaimanapun rawatan yang diberi tidak setara dengan rawatan dari Hospital Tung Shin atau lain-lain hospital di luar penjara. Pemohon juga menyatakan keadaan dalam bilik tahanan penjara telah menyebabkan penyakitnya bertambah teruk. Pemohon telah mengemukakan kesemua laporan perubatan yang berkenaan seperti dilampirkan kepada Afidavit Sokongan sebagai Eksibit C, D, E dan F. [5] Pemohon telah memohon di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan. Permohonan Pemohon bagaimanapun telah ditolak pada 24/5/2018. Pemohon kemudiannya telah memfailkan permohonan untuk diberikan jamin di hadapan kami. [6] Pihak responden membantah permohonan Pemohon dan telah memfailkan Afidavit Jawapan Responden yang telah diikrarkan oleh ASP Mohd Zulhissam bin Zakaria, pegawai penyiasat kes. Asas bantahan pihak responden ialah bahawa pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon satu kesalahan yang tidak boleh diberi jamin (unbailable offence) di bawah seksyen 13 SOSMA. Bantahan kedua dikatakan bahawa Pemohon tidak pernah membuat permohonan di bawah seksyen 13(2)(c) SOSMA. Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 4 Bantahan ketiga responden menyatakan bahawa Pemohon telah gagal untuk membuktikan dia seorang yang terjumlah kepada ‘sick or infirm person’. [7] Kami telah mendengar permohonan Pemohon pada 13/8/2018. Setelah meneliti kertas kausa yang difailkan, mendengar hujahan pihak-pihak dan meneliti peruntukan undang-undang serta nas-nas, kami dengan sebulat suara mendapati bahawa terdapat merit dalam permohonan Pemohon. Oleh itu kami telah membenarkan permohonan Pemohon dengan mengenakan syarat-syarat jaminan yang ketat. Alasan kami membenarkan permohonan Pemohon adalah seperti berikut. [8] Sebagai latarbelakang fakta, Pemohon telah pada mulanya dipertuduhkan di Mahkamah Sesyen Kajang dengan satu pertuduhan seperti berikut: “Bahawa kamu, di antara 1 Januari 2015 hingga 7 Februari 2017, di alamat MV Empayer Sdn Bhd, No. 1-B, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng 360 Devan”. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.” [9] Jika disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan tersebut, Pemohon boleh dihukum dengan kesalahan pemenjaraan untuk suatu tempoh yang tidak kurang daripada lima (5) tahun dan tidak melebihi dua puluh (20) tahun. Tidak dapat disangkal bahawa Pemohon telah Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 5 dihadapkan dengan satu pertuduhan yang sememangnya tidak boleh dijamin (non-bailable offence). [10] Walaupun begitu, seksyen 388(1) KAJ memperuntukkan keadaan di mana tertuduh yang dipertuduhkan dengan kesalahan yang tidak boleh dijamin boleh dilepaskan atas jaminan. Seksyen 388(1) KAJ memperuntukkan seperti berikut: “388(1) When any person accused of any non-bailable offence is arrested or detained without warrant by a police officer or appears or is brought before a Court, he may be released on bail by the officer in charge of the police district or by the Court, but he shall not be so released if there appears reasonable grounds for believing that he has been guilty of an offence punishable with death or imprisonment for life: Provided that the Court may direct that any person under the age of sixteen years or any woman or any sick or infirm person accused of such an offence be released on bail.” [11] Dari pembacaan kami terhadap peruntukan seksyen 388(1) dan proviso di bawahnya, Mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk membenarkan seseorang tertuduh dibebaskan dengan jamin sekiranya tertuduh itu seorang kanak-kanak berusia di bawah dari 16 tahun atau dia seorang wanita ataupun dia seorang yang mengalami penyakit atau kurang upaya kecuali sekiranya Mahkamah itu mempunyai alasan bahawa orang itu boleh disabitkan dengan kesalahan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. [12] Pemohon telah memfailkan permohonan untuk jaminan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi setelah pertuduhan terhadapnya telah Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 6 dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan dijalankan. Permohonan Pemohon telah didengar dan ditolak. Permohonan Pemohon ke Mahkamah Rayuan dibuat selaras dengan bidang kuasa Mahkamah ini menurut Kaedah 72(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 yang memperuntukkan seperti berikut: “72(4) In the case of an application to discharge or vary any order of a Judge refusing any extension of time or refusing bail such application shall be made in Form 10 in the First Schedule and shall for all the purposes of these Rules be deemed to be a Notice of Motion.” [penekanan oleh kami] [13] Berdasarkan kepada Kaedah 72(4) yang kami petik di atas, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan untuk jaminan yang ditolak oleh Mahkamah bawahan. Kuasa Mahkamah ini termasuklah untuk mengubah apa-apa keputusan Mahkamah bawahan mengenai permohonan untuk jaminan. Walau bagaimanapun, kami sedar akan prinsip undang-undang mantap yang menyatakan bahawa perkara berkaitan dengan jaminan (bail) berada di bawah bidang kuasa dan budi bicara (discretion) Mahkamah bawahan atau Mahkamah perbicaraan. Namun itu tidak bermakna menolak atau menafikan bidang kuasa serta budi bicara Mahkamah ini dalam perkara berkaitan dengan jamin sebagaimana diperuntukkan di bawah Kaedah 72(4) di atas. [14] Kami turut sedar dan berpegang kepada prinsip mantap bahawa Mahkamah ini dalam melaksanakan bidang kuasanya tidak wajar mengganggu atau mengubah keputusan Mahkamah bawahan atau Mahkamah perbicaraan berkaitan dengan jaminan dengan sewenang-Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 7 wenangnya. Campur tangan Mahkamah ini hanya diperlukan (warranted) apabila Mahkamah bawahan atau Mahkamah perbicaraan telah dengan jelas melakukan kesilapan dari segi undang-undang mahupun dari segi fakta (error of law and fact). [15] Undang-undang mengenai pemberian jaminan kepada seseorang tertuduh yang dipertuduhkan atas kesalahan yang tidak boleh dijamin telah digariskan oleh Hakim Augustine Paul (ketika itu) dalam kes PP v. Dato’ Balwant Singh (No. 1) [2002] 4 CLJ 155 di muka surat 159-160: “The applicable provision would therefore be s 388(1). The general principle underlying the section is that bail may be granted at the discretion of the court in non-bailable offences. A qualification has been made in the case of offences punishable with death and life imprisonment whereby bail shall not be granted if there appears reasonable grounds for believing that the accused is guilty of such offences. It follows that where there are no reasonable grounds, bail can be granted even in such cases at the discretion of the court. The restriction that has been imposed does not apply to the instances enumerated in the proviso to s 388(1) with the result that bail may be granted at the discretion of the court. Where an application for bail is made in a case punishable with, inter alia, death, the court must first determine whether the proviso is applicable. The resultant matter for determination is whether the court should grant bail in the exercise of its discretion. It is superfluous to state that where the proviso applies, the accused is not entitled to bail as of right but only at the discretion of the court as in the case of other non-bailable offences. [penekanan oleh kami] [16] Dalam kes terawal, Leow Nyok Chin v. PP [1999] 1 MLJ 437, Pesuruhjaya Kehakiman Clement Skinner (ketika itu) telah memutuskan Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 8 bahawa halangan yang diperuntukkan di bawah seksyen 388(1) tidak terpakai sekiranya pemohon terjumlah kepada kategori orang yang disebutkan dalam proviso. Di muka surat 443, Pesuruhjaya Kehakiman itu menyatakannya seperti berikut: “I find, however, that in considering whether or not to grant bail in this particular case, I need to decide on the competing contentions of the parties on this point because it is my reading of the above subsection that the prohibition imposed on the court to the granting of bail by the words ‘but he shall not be so released if there appears reasonable grounds for believing that he has been guilty of an offence punishable with death or imprisonment for life’ would not apply where the person accused of such an offence is a person below 16 years of age, a woman or is sick or infirm. The proviso to s 388(1) of the CPC confers upon the court in clear and unambiguous terms a discretion, in the instances mentioned, to consider the grant of bail notwithstanding that the person is charged with an offence punishable with death or life imprisonment. There is nothing in the section to suggest that the words of the proviso are not to be given effect to in their plain ordinary meaning.” [penekanan oleh kami] [17] Sebelum melaksanakan kuasa budi bicaranya untuk membenarkan jaminan, Mahkamah hendaklah melaksanakan kuasa budi bicara itu secara ‘sparingly and judiciously’ setelah berpuas hati wujudnya satu keadaan yang khas dan istimewa (special and exceptional circumstances). Prinsip ini telah dimulakan dalam kes Re K.S. Menon [1946] 12 MLJ 49 dan kes Regina v. Ooi Ah Kow [1952] 18 MLJ 95. [18] Prinsip yang sama telah diikuti dalam kes PP v. Letchemy [1967] 2 MLJ 79, Hakim Pawan Ahmad menyatakan berikut: Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 9 “The general rule under section 388(v) of the Criminal Procedure Code is that the court should not grant bail to a person charged with an offence punishable with death. One of the exceptions to this rule is that the court may grant bail to a woman accused. In my view this exception is a discretion which should be exercised sparingly and judiciously depending on the reasons of each particular case. Spenser Wilkinson J. in the case of R v Ooi Ah Kow [1952] MLJ 95 at page 97 states as follows: “Again, following the case of Re K.S. Menon, I was of the opinion that in cases punishable with death and in cases punishable with penal servitude for life the High Court ought not to grant bail, except for exceptional and very special reasons.” The criterion by which a magistrate should allow bail in cases of this type, in my view, is only in those cases where he is convinced that the reasons put forward by the applicant are said to be exception and very special reasons.” [penekanan oleh kami] [19] Hakim A.J. Bostock-Hill dalam Re K.S. Menon [supra] telah bergantung kepada keputusan kes di India, King Emperor v. Nga San Htwa AIR 1927 Rangoon 205. Dalam kes K.S. Menon [supra], hakim itu memutuskan seperti berikut: “This has been held by a Full Bench in India to give the High Court absolute discretion in granting bail, free from the limitations of the discretion prescribed by section 388. (see King Emperor v Nga San Htwa ILR 5 Rangoon 276, and King Emperor v Joglekar ILR 54 Allahabad 115). I respectfully agree with this ruling. Also in the first of the above two cases, Rugledge C.J. says, Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 10 “Though the discretion is absolute the High Court must exercise it judicially, and since the Legislature has chosen to entrust the initial stage of dealing with questions of bail to Magistrates and while giving Magistrates an unfettered discretion of granting of bail in all cases except two classes, i.e. cases punishable with death and cases punishable with transportation for life, the High Court ought not to grant bail in such cases except for exceptional and very special reasons”. Accordingly I hold that I have discretion to grant bail in this case (probably I have it anyhow under Rule 10 (2) of the Military Courts Procedure Rules) but that, exercising it judicially, I should not (except for exceptional and very special reasons) grant bail, if there appear reasonable grounds for believing that the accused has been guilty of an offence punishable with death or with penal servitude for life.” [penekanan oleh kami] [20] Dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [1991] 1 MLJ 321 Mahkamah ini melalui N.H. Chan, HMR telah membezakan kesalahan yang ‘non-bailable’ dengan ‘unbailable’. Dalam keadaan kesalahan ‘non-bailable’, Mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk membenarkan jamin. Manakala ‘unbailable’, pemberian jamin dihalang oleh statut. Di muka surat 327 kes itu, Mahkamah ini menyatakannya: “Even though 2. 388(i) refers to non-bailable offences, bail is not to be refused just because the offence is said to be non-bailable. ‘….the term ‘non-bailable’ is not equivalent to the term “unbailable” which means bail is absolutely prohibited. In the CPC, s 388 provides for the grant or refusal of bail in non-bailable offences’ (Mimi Kamariah Majid and Lee Oi Kuan, Malaysian Law on Bail, (1986) at p 36).” [penekanan oleh kami] Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 11 [21] Nas-nas yang dirujuk di atas kesemuanya berkaitan dengan peruntukan seksyen 388 KAJ yang melibatkan kesalahan ‘non-bailable’. Kami berpandangan prinsip yang sama juga terpakai terhadap kes Pemohon di hadapan kami. Kami tidak bersetuju dengan hujahan Tuan Timbalan Pendakwa Raya terpelajar (‘Tuan TPR’) bahawa pertuduhan terhadap Pemohon adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin (unbailable) kerana dihalang di bawah seksyen 13 SOSMA. Untuk itu, kami merujuk kepada seksyen 13 SOSMA yang memperuntukkan seperti berikut: “13 (1) Bail shall not be granted to a person who has been charged with a security offence.
subsection
(2) Notwithstanding subsection (1) ̶
a
(a) a person below the age of eighteen years;
b
(b) a women; or
c
(c) a sick or an infirm person, charged with a security offence, other than offence under Chapter VIA of the Penal Code [Act 574], may be released on bail subject to an application by the Public Prosecutor that the person be attached with an electronic monitoring device in accordance with the Criminal Procedure Code.” [22] Melalui pembacaan kami, peruntukan di bawah seksyen 13 SOSMA cukup jelas melalui seksyen-kecil (2) bahawa peruntukan itu bukanlah satu halangan secara total terhadap jaminan. Sebaliknya, kami berpandangan peruntukan seksyen 13 SOSMA tidak ubahnya sama seperti peruntukan di bawah seksyen 388 KAJ. Apa yang membezakan hanyalah kekecualian terhadap pemakaian peruntukan itu diberikan kepada tiga kategori orang yang sama di bawah proviso bagi seksyen 388(1) KAJ. Manakala bagi SOSMA, kekecualian itu terdapat di bawah seksyen-kecil (2), seksyen 13 Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 12 SOSMA. Oleh itu, pandangan kami jaminan masih boleh diberikan kepada tertuduh yang dipertuduhkan dengan kesalahan keselamatan sekiranya syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (2) dipenuhi. Oleh itu juga, seksyen 13 SOSMA bukanlah peruntukan yang sememangnya tidak boleh diberi jamin (unbailable). Dengan kata lain, kesalahan-kesalahan keselamatan (security offences) adalah kesalahan yang terjumlah kepada kesalahan ‘non-bailable’ di mana Mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk membenarkan tertuduh dilepaskan atas jaminan sekiranya syarat-syarat di bawah seksyen-kecil (2) dipenuhi. [23] Tuan TPR telah menarik perhatian kami kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes PP lwn. Lee Ngan Chea [2015] 6 CLJ 117. Dalam kes itu, Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar (ketika itu) telah menolak permohonan pemohon untuk diberi jamin walaupun pemohon seorang yang uzur dan telah berusia 70 tahun. Alasan utama penolakan itu kerana Pesuruhjaya Kehakiman tersebut berpandangan bahawa jamin hanya boleh diberikan jika terdapat permohonan dari Timbalan Pendakwa Raya di bawah seksyen 13(2)(c) SOSMA untuk membebaskan pemohon atas jaminan dengan syarat dipasang dengan peranti pengawasan elektronik (electronic monitoring device). [24] Dengan hormatnya kami tidak dapat bersetuju dengan dapatan dan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes Lee Ngan Chea [supra] tersebut. Dapatan dan pandangan serta keputusan Pesuruhjaya Kehakiman itu seolah-olahnya meletakkan kuasa dan budi bicara untuk jaminan diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya sedangkan kuasa itu sepatutnya berada pada Mahkamah. Melalui pembacaan kami, perkataan-perkataan “…. subject to an application by the Public Prosecutor….” Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 13 hanyalah salah satu syarat bahawa sebelum Mahkamah membenarkan Pemohon diberikan jaminan, Timbalan Pendakwa Raya boleh menghendaki orang itu dipasang dengan peranti pengawasan elektronik. Sekiranya tafsiran oleh Pesuruhjaya Kehakiman itu dipakai, peruntukan seksyen-kecil (2) akan menjadi tidak berguna, sia-sia dan tidak lojik (absurd). [25] Pemohon dalam kes Lee Ngan Chea [supra] telah dihadapkan dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Kesalahan ini tersenarai di bawah Jadual Pertama SOSMA. Jadual Pertama menetapkan kesalahan-kesalahan keselamatan merangkumi kesalahan-kesalahan yang berikut: “Penal Code [Act 574]:
i
(i) Offences under Chapter VI
subparagraph
(ii) Offences under Chapter VIA
subparagraph
(iii) Offences under Chapter VIB Offences under Part IIIA (sections 26A-26K), Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 [Act 670]. Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015 [Act 770].” [26] Berdasarkan peruntukan seksyen 13, hanya kesalahan-kesalahan yang tersenarai di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan yang dihalang sama sekali untuk diberi jamin (unbailable). Jika kita melihat kesalahan-kesalahan di bawah Bab VIA, kesalahan-kesalahan tersebut melibatkan pengganas dan keganasan. Ini bermakna tidak semua kesalahan Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 14 keselamatan, Mahkamah tidak ada kuasa budi bicara untuk membenarkan jamin. Selain kesalahan-kesalahan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan, Mahkamah masih mempunyai kuasa budi bicara untuk membenarkan jamin sekiranya pra-syarat di bawah seksyen-kecil (2) seksyen 13 dipenuhi. Ini termasuklah bagi kesalahan yang terdapat di bawah ATIPSOM (seksyen 26A-26K) dan juga kesalahan di mana Pemohon di hadapan kami telah dipertuduhkan (seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan). [27] Kesalahan-kesalahan yang ‘unbailable’ di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan termasuklah semua kesalahan di bawah seksyen 130C hingga 130T. Manakala kesalahan menjadi ahli kumpulan penjenayah terancang tersenarai di bawah Bab VIB Kanun Keseksaan meliputi kesalahan di bawah seksyen 130V Kanun Keseksaan (di bawah kesalahan di mana Pemohon telah dipertuduhkan) serta kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 130W, 130X, 130Y, 130Z, 130ZA dan 130ZB. Kesemua kesalahan-kesalahan tersebut melibatkan jenayah terancang atau melibatkan kumpulan jenayah terancang (organized crime). Oleh itu kesalahan di mana Pemohon telah dipertuduhkan bukanlah suatu kesalahan yang ‘unbailable’ sebagaimana dihujahkan oleh Tuan TPR. [28] Isu bantahan ketiga Tuan TPR ialah bahawa Pemohon telah gagal untuk menunjukkan keadaan khas atau istimewa untuk dia dibenarkan dibebaskan atas jamin sementara menunggu perbicaraan. Keadaan khas atau istimewa dalam kes Pemohon berasas kepada fakta bahawa Pemohon seorang yang “sick or infirm person”. Tuan TPR berhujah bahawa tiada bukti dikemukakan menunjukkan Pemohon seorang yang sakit atau seorang yang cacat (infirm). Kami mendapati hujahan Tuan TPR atas isu ini jauh tersasar dan tidak dapat diterima. Pertamanya, Pemohon Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 15 telah mengemukakan melalui Afidavit Sokongan segala Laporan Perubatan yang menunjukkan bahawa Pemohon menghidap penyakit kencing manis yang kronik sehingga kaki kirinya telah dipotong pada paras bawah lutut. Keduanya, Pemohon telah dibawa ke hadapan kami dengan menggunakan kerusi roda (wheelchair). Laporan perubatan mengesahkan bahawa Pemohon hanya boleh bergerak sama ada dengan menggunakan topang ketiak (crutches) dan/atau kerusi roda. Kami dengan ini menerima keterangan laporan perubatan dan melalui pemerhatian kami sendiri bahawa tiada keraguan menunjukkan bahawa Pemohon adalah seorang yang sakit dan cacat. [29] Kami akur bahawa Mahkamah ini tidak seharusnya campur tangan terhadap kuasa budi bicara Mahkamah bawahan dalam menolak permohonan jaminan. Kami juga diingatkan dengan prinsip mantap bahawa campur tangan Mahkamah atasan hanya boleh berlaku sekiranya daripada rekod jelas menunjukkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menolak permohonan Pemohon. Kami kesal kerana tidak dibekalkan dengan alasan penghakiman hakim bicara menolak permohonan Pemohon. Melalui keterangan afidavit menunjukkan penolakan hakim bicara berdasarkan kepada satu alasan sahaja iaitu bahawa kesalahan di bawah seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan satu kesalahan yang sememangnya tidak boleh diberikan jaminan (unbailable). Isu ini telah kami jawab dan huraikan di awal penghakiman ini. [30] Kami ringkaskan kekhilafan fakta oleh hakim bicara berlaku apabila gagal menimbangkan bahawa Pemohon seorang yang sakit dan cacat. Oleh itu Pemohon seorang yang terjumlah kepada orang-orang yang Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 16 mendapat pengecualian di bawah seksyen 13(2)(c) SOSMA. Kami di awal penghakiman ini juga telah membuat dapatan bahawa tidak lojik untuk Pemohon membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Tuan TPR terlebih dahulu untuk mendapatkan pengecualian tersebut. Ini adalah kekhilafan undang-undang dalam keputusan hakim bicara selain dari dapatan bahawa kekhilafan hakim bicara menyatakan kesalahan di bawah seksyen 130V(1) SOSMA sebagai satu kesalahan yang ‘unbailable’. [31] Dalam kes Samirah Binti Muzaffar v. PP, keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan tertuduh dibebaskan atas jaminan atas alasan tertuduh seorang perempuan yang sedang menjaga anak kecil dan tiada terdapat keterangan bahawa tertuduh akan melarikan diri atau mengganggu saksi-saksi sekiranya dibebaskan atas jaminan. Dalam kes itu tertuduh telah dipertuduhkan atas satu kesalahan membunuh suaminya, kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman mati. Kesalahan terhadap tertuduh itu jauh lebih serius daripada pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Pemohon di hadapan kami. [32] Dalam nas-nas sebelum ini melibatkan pertuduhan yang tidak boleh dijamin (non-bailable), Mahkamah telah melaksanakan kuasa budi bicara dan membenarkan tertuduh dibebaskan atas jamin atas pelbagai alasan. Kes-kes itu termasuklah:
a
(a) Samirah Binti Muzaffar v. PP [supra];
b
(b) Che Su Binti Daud v. PP [1978] 2 MLJ 162;
c
(c) PP v. Dato’ Balwant Singh (No. 1) [supra]; Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 17
d
(d) PP v. Wee Swee Siang [1948] MLJ 114;
e
(e) Soo Shiok Liang v. PP [1993] 2 MLJ 381;
f
(f) State of Rajasthan, Jaipur v. Balachand @ Baliay [1977] AIR 2447; dan
g
(g) Kashiram & Ors v. State of Madya Pradesh AIR 1960 Madh. Pra. 312. [33] Dalam kes di hadapan kami, tiada keterangan ditampilkan oleh pihak pendakwaan yang dapat menunjukkan bahawa Pemohon akan berisiko untuk melarikan diri (flight risk) dan tiada juga keterangan menunjukkan terdapat kemungkinan Pemohon akan mengganggu saksi-saksi (witness tempering) sekiranya Pemohon dibebaskan atas jamin. [34] Atas alasan-alasan yang kami sebutkan di atas, kami telah membenarkan permohonan Pemohon untuk diberikan jaminan sementara menunggu perbicaraan atas syarat-syarat berikut:
a
(a) Jumlah RM25,000.00 dengan 2 orang penjamin tempatan;
b
(b) Semua dokumen perjalanan diserahkan ke Mahkamah untuk simpanan;
c
(c) Melapor diri ke balai polis berhampiran dengan tempat kediaman sekurang-kurang sekali dalam satu bulan; dan Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018 18
d
(d) Peranti pengesanan elektronik di bawah seksyen 388A KAJ dipasang di kaki Pemohon. Bertarikh: 17 Julai 2019 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Bagi Pihak Pemohon: Dato’ Zamani Bin Ibrahim Tetuan Zamani Ibrahim Suite 6.01, Wisma Arab Malaysian Jalan Tuanku Munawir 70000 Seremban Negeri Sembilan Bagi Pihak Responden: Hamdan Bin Hamzah Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.