Z strikes B. B is by this provocation excited to violent rage. A, a bystander, intending to take advantage of B's rage, and to cause him to kill Z, puts a knife into B's hand for that purpose. B kills Z with the knife. Here B may have committed only culpable homicide, but A is guilty of murder. Exception 2—Culpable homicide is not murder if the offender, in the exercise in good faith of the right of private defence of person or property, exceeds the power given to him by law, and causes the death of the person against whom he is exercising such right of defence, without premeditation and without any intention of doing more harm than is necessary for the purpose of such defence. ILLUSTRATION Z attempts to horsewhip A, not in such a manner as to cause grievous hurt to A. A draws out a pistol. Z persists in the assault. A, believing in good faith that he can by no other means prevent himself from being horsewhipped, shoots Z dead. A has not committed murder, but only culpable homicide. Exception 3—Culpable homicide is not murder if the offender, being a public servant, or aiding a public servant acting for the advancement of public justice, exceeds the powers given to him by law, and causes death by doing an act which he, in good faith, believes to be lawful and necessary for the due discharge of his duty as such public servant, and without ill will towards the person whose death is caused. Exception 4—Culpable homicide is not murder if it is committed without premeditation in a sudden fight in the heat of passion upon a sudden quarrel, and without the offender having taken undue advantage or acted in a cruel or unusual manner. Explanation-It is immaterial in such cases which party offers the provocation or commits the first assault. Exception 5—Culpable homicide is not murder when the person whose death is caused, being above the age of eighteen years, suffers death, or takes the risk of death with his own consent. ILLUSTRATION A, by instigation, voluntarily causes Z, a person under eighteen years of age, to commit suicide. Here, on account of Z's youth, he was incapable of giving consent to his own death. A has therefore abetted murder. [33] Mengenai isu ini yang melibatkan aplikasi seksyen 300(a) dan 300(c) Kanun Keseksaan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, peguam bagi Perayu berhujah bahawa penggunaan kedua-dua peruntukan tersebut telah menyebabkan salah arah yang menjejaskan hak kedua-dua Perayu dalam pembelaan mereka. Sebaliknya, TPR berhujah bahawa tiada salah arah dalam aplikasi peruntukan ini oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, dan kedua-dua pihak merujuk kepada autoriti undang-undang masing-masing. [34] Kami telah meneliti isu kedua ini dan membaca alasan penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi di mana kami mendapati bahawa Perayu gagal menunjukkan bahawa terdapat sebarang kesilapan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam mengaplikasikan peruntukan tersebut. Kami mendapati tiada salah arah oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang menyebabkan ketidakadilan kepada kedua-dua Perayu. [35] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa niat untuk menyebabkan kematian adalah salah satu unsur penting pembunuhan di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan, sama ada di bawah perenggan 300(a) atau 300(c). Kedua-duanya memerlukan beban pembuktian yang sama untuk pihak pembelaan. Maka, dalam pertimbangan kami terhadap rayuan ini, kedua-dua tertuduh telah diberikan perbicaraan yang adil, mereka tahu apa yang mereka dibicarakan, dan diberikan peluang sepenuhnya untuk membela diri serta yang paling penting, sabitan mereka adalah berdasarkan keterangan yang mencukupi. [36] Untuk menambah lagi, kami juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v Sanderasegaran a/l Nithenanham [2024] 3 MLJ 629 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tiada apa dalam peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang menghendaki hakim bicara menyatakan secara khusus perenggan mana dalam seksyen 300 Kanun Keseksaan yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan, khususnya sebelum memanggil tertuduh untuk membela diri. Keterangan daripada rakan sejenayah [37] Berhubung isu ini, undang-undang telah pun jelas bahawa seorang tertuduh boleh disabitkan walaupun berdasarkan keterangan tidak disokong daripada seorang rakan sejenayah sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 133 Akta Keterangan 1950 yang berbunyi seperti berikut: Rakan sejenayah 133. "Seorang rakan sejenayah adalah saksi yang berkelayakan terhadap seorang tertuduh; dan sesuatu sabitan tidaklah menjadi tidak sah hanya kerana ia dibuat berdasarkan keterangan tidak disokong seorang rakan sejenayah." [38] Perbincangan mengenai isu rakan sejenayah ini boleh didapati dalam kes Puganeswaran a/l Ganesan & Ors v Public Prosecutor and other appeals [2020] 12 MLJ 165 oleh Mahkamah Persekutuan. [39] Sejauh mana pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan SP3 sepatutnya ditolak oleh hakim bicara kerana beliau seorang rakan sejenayah dan tiada pengesahan bebas terhadap keterangannya, setelah meneliti keterangan tersebut dengan teliti, kami berpendapat bahawa sebenarnya terdapat pengesahan terhadap keterangan SP3, SP4 dan SP5, dengan mengambil kira bahawa kedua-dua Tertuduh juga telah dituduh dengan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. Percanggahan material dalam keterangan [40] Oleh kerana peguam bagi kedua-dua Tertuduh cuba menolak keterangan SP3, SP4 dan SP5 kerana percanggahan dalam keterangan mereka, undang-undang mengenai percanggahan keterangan adalah jelas. Kami merujuk kepada kes De Silva v Public Prosecutor [1964] 1 MLJ 81 yang memutuskan seperti berikut: "A witness is not to be disbelieved merely because of his association with communists, particularly when he made a frank disclosure of such association. Perhaps some part of the complainant's evidence was not true, but the question is whether a Court can reject the whole of his evidence because of some lies in his evidence. On this point a number of authorities were cited to me by Mr. Marshall. I have considered them very carefully and would content myself by relying on the case of Koon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105 which is binding upon me. It was said in that case by the Court of Appeal that if a witness demonstrably tells lies, his evidence must be looked upon with suspicion and treated with caution but to say that it should be entirely rejected would be to go too far." [41] Oleh itu, berhubung dengan isu kegagalan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan percanggahan material dalam keterangan, dengan mengambil kira kelebihan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi melihat dan mendengar sendiri keterangan saksi-saksi yang memberi keterangan dan diuji di hadapannya, kami mendapati bahawa Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah meneliti dengan teliti semua keterangan sebelum membuat penemuannya dan memutuskan baawa tiada percanggahan material dalam keterangan yang membawa kesan fatal kepada kes ini. Oleh itu, kami berpendapat bahawa hujahan pembelaan dalam hal ini tidak mempunyai merit. Niat bersama [42] Kami bersetuju dengan hujahan TPR berhubung isu ini bahawa adalah undang-undang yang telah mantap bahawa niat bersama boleh disimpulkan daripada fakta dan keadaan sekeliling kes. Kesimpulan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi mengenai penglibatan kedua-dua Tertuduh dalam pembunuhan si mati adalah berdasarkan keterangan langsung dan keterangan mengikut keadaan yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai niat bersama untuk melakukan kesalahan tersebut. [43] Kami merujuk kepada kes Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232, oleh Allahyarham Hashim Yeop Sani (bekas Hakim Besar Malaya) yang memutuskan seperti berikut: "Thus it is clear that the leading feature of s 34 of the Penal Code is the element of participation in action. Two preliminary elements are in fact necessary to fulfill the requirements of s 34. First, there must be evidence (direct or by inference) the accused was present at the scene of the crime. Secondly, there must be evidence to show that there was prior concert or a prearranged plan involving the accused. This is logical because how can there be participation without physical presence? Even passive participation may require physical presence." [44] Kita harus mengambil kira bahawa niat bersama boleh disimpulkan daripada fakta dan keadaan sesuatu kes sebagaimana diputuskan dalam kes (1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, dan (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336. Dalam rayuan di hadapan kita ini, kami berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan unsur niat bersama terhadap kedua-dua Tertuduh untuk melakukan kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap si mati. Kedua-duanya berada di tempat kejadian jenayah dan terlibat dalam melakukan perbuatan jenayah tersebut mengikut niat bersama mereka. Pembelaan [45] Pada akhir kes pembelaan, hakim bicara perlu menentukan sama ada pembelaan telah menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan seperti diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. Dalam rayuan ini, setelah menimbangkan pembelaan dan semua keterangan yang ada, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat penemuan bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh kerana Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menilai kebolehpercayaan saksi-saksi kerana mempunyai kelebihan audio-visual terhadap mereka, Mahkamah Rayuan seharusnya berhati-hati untuk mengganggu penemuan tersebut kecuali ada alasan kukuh untuk berbuat demikian, dan setelah meneliti dengan teliti pembelaan kedua-dua Tertuduh, kami mendapati bahawa Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan dalam penemuannya. Oleh itu, setelah menganalisis dan mempertimbangkan pembelaan serta keterangan secara keseluruhan dalam kes ini, kami mendapati bahawa pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [46] Dalam pembelaan mereka ini kami mempertimbangkan pembelaan kedua-dua Tertuduh dimana kedua-dua mereka menafikan melakukan kecederaan membawa kematian itu. Tertuduh pertama hanya mengakui bahawa beliau hanya menyoal dan menampar simati. Manakala Tertuduh kedua, menafikan memukul simati tapi hanya mengugut simati. [47] Walau apa pun, kami bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa pembelaan mereka berdua adalah penafian semata-mata dan jauh dari dapat menimbulkan keraguan munasabah berlandaskan keterangan yang diketengahkan di hadapan Mahkamah ini. [48] Kesimpulannya, berdasarkan fakta keseluruhan, kami bersetujudengan penemuan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi danmendapati bahawa terdapat keterangan yang kukuh membuktikanbahawa kedua-dua Tertuduh Pertama dan Kedua telah melakukankesalahan seperti yang didakwa. Kami mendapati bahawa sabitan di bawah seksyen 302 terhadap kedua-dua Tertuduh adalah selamat. Oleh itu, rayuan terhadap sabitan oleh kedua-dua Perayu adalah tidak bermerit dan ditolak. Sabitan oleh Mahkamah Tinggi dengan ini disahkan. Hukuman [49] Berhubung dengan hukuman, dengan mengambil kira bahawa budi bicara kehakiman untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan telah diperuntukkan di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan setelah mempertimbangkan fakta dan mitigasi kedua-dua Perayu, kami berpendapat bahawa keadaan kes ini tidak memerlukan pelaksanaan hukuman mati. Kami mendapati ada merit dalam rayuan Perayu terhadap hukuman. Oleh itu, rayuan terhadap hukuman oleh Perayu dibenarkan. Hukuman mati yang dijatuhkan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua Perayu dihukum penjara selama 35 tahun bermula dari tarikh tangkapan dengan 12 sebatan. Kesimpulan [50] Atas semua alasan yang dinyatakan di atas, kami menolak rayuan kedua-dua Perayu dan mengesahkan sabitan. Kami bersetuju untuk mengetepikan hukuman mati gantung sampai mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi. Kedua-dua Perayu dihukum penjara selama 35 tahun bermula dari tarikh tangkapan dengan 12 sebatan. -sgd- (AZMAN BIN ABDULLAH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya Tarikh Keputusan : 18 Februari 2025 Tarikh Alasan Penghakiman: 20 Julai 2025 Bagi Pihak Perayu Pertama : Foong Kitson (bersama Chew Jee San dan Ching Jee Joo) [Tetuan Kit & Associates (Kuala Lumpur)] Bagi Pihak Perayu Kedua Encik Subash a/l Ramasamy (bersama Mona Anak Leonard Lubon) [Tetuan Chand, Jag & Associates] Bagi Pihak Responden TPR Tengku Shahrizam bin Tuan Lah [Jabatan Peguam Negara]