Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RUJUKAN TANAH NO. KA-15-18-09/2020 ANTARA RAMLI BIN KASIM ...... PEMOHON (NO. K/P: 670908-02-6001)
KA-15-18-09/2020
High Court of Malaysia15 Jun 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RUJUKAN TANAH NO. KA-15-18-09/2020 ANTARA RAMLI BIN KASIM ...... PEMOHON (NO. K/P: 670908-02-6001)
1
Kes rujukan tanah ini melibatkan bantahan Pemohon terhadap orang-orang yang akan menerima pampasan, iaitu seperti yang dinyatakan oleh Pemohon dalam Borang N, seksyen 38(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] (selepas ini dirujuk sebagai “APT 1960”) (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah) (selepas ini dirujuk sebagai “Borang N tersebut”) terhadap Award yang diberikan oleh Pemungut Kota Setar pada 6/2/2020 berkenaan dengan tanah Lot No. 592 Hakmilik No. 720. S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Setelah mendengar penghujahan peguam cara Pemohon dan Responden yang terpelajar, Mahkamah ini telah menolak permohonan bantahan Pemohon seperti dalam Borang N tersebut.
3
Pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini.
4
Pengambilan bagi Lot No. 592 Hakmilik No. 720, Mukim Sungai Baharu, Daerah Kota Setar, Kedah adalah suatu pengambilan tanah di bawah perenggan 3(1)(a) APT 1960 bagi maksud Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit (Lencongan Banjir Sungai Baharu) Tambahan 4, Mukim Gunung, Pekan Gunung, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”).
5
Di atas Hartanah tersebut terdapat sebuah rumah pusaka yang telah dibuat struktur/binaan tambahan dan ubah suai dan telah dibahagikan kepada dua buah “rumah” yang didiami oleh dua keluarga, iaitu keluarga adik Pemohon dan keluarga Pemohon. S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
6
Berdasarkan Borang G, APT 1960 bertarikh 6/2/2020, Pentadbir Tanah telah mengawardkan pampasan sebanyak RM95,000.00 kepada Pemohon, iaitu RM40,000.00 untuk pampasan bagi struktur/binaan tambahan bangunan dan RM55,000.00 untuk kos sampingan/kos kerosakan. Pampasan kepada adik Pemohon telah diawardkan oleh Pentadbir Tanah dalam kes rujukan tanah yang berasingan.
7
Pemohon yang tidak berpuas hati dengan Award yang diberikan oleh Pentadbir Tanah tersebut telah membuat tuntutan ke atas bangunan kediaman yang diduduki oleh keluarga Pemohon.
8
Berdasarkan pelan jajaran pengambilan, dianggarkan 40% - 50% daripada keseluruhan bangunan tersebut terlibat dalam pengambilan tersebut. Namun, tidak dapat ditentukan secara spesifik keluasan dan bahagian yang diduduki oleh kedua-dua keluarga tersebut.
9
Berdasarkan Borang N tersebut –
a
Pemohon menyatakan kepentingannya atas tanah tersebut ialah sebagai pemilik bangunan;
b
bantahan Pemohon ialah terhadap orang-orang yang akan menerima pampasan sahaja; dan
c
alasan bantahan Pemohon berikutan daripada pengambilan tanah tersebut ialah –
i
rumah yang diduduki oleh Pemohon telah mengalami kerosakan teruk kepada keseluruhan bahagian kerana rumah kediamannya dibina berasaskan satu (1) rumah pesaka yang dibahagikan kepada dua (2) keluarga dan dua (2) buah rumah; dan
II
(ii) adik Pemohon mendapat pampasan untuk kerosakan rumah sedangkan rumahnya yang dibina di atas asas rumah kayu yang sama tidak mendapat sebarang pampasan. ISU UNDANG-UNDANG YANG BERBANGKIT [10] Isu undang-undang yang berbangkit dalam tindakan ini adalah – S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA
a
sama ada bantahan Pemohon terhadap pampasan yang diawardkan oleh Pentadbir Tanah tersebut mempunyai merit; dan
b
sama ada Pemohon berhak untuk mendapat pampasan tambahan bagi kerosakan teruk yang dialami kepada keseluruhan bahagian rumah kediaman Pemohon. ANALISIS, DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH Isu Pertama dan Isu Kedua [11] Kedua-dua isu tersebut akan dijawab secara bersekali oleh Mahkamah ini. [12] Menurut APT 1960, mana-mana orang yang hendak menuntut pampasan daripada Pentadbir Tanah kerana pengambilan sesuatu tanah di bawah APT 1960 hendaklah menunjukkan yang dia termasuk di bawah tafsiran “orang berkepentingan (person interested)” di bawah seksyen 2(1) APT 1960. Peruntukan tersebut berbunyi seperti yang berikut: S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA “ “person interested” includes every person claiming an interest in compensation to be made on account of the acquisition of land under this Act, but does not include a tenant at will;”. [13] Dalam kes rujukan tanah ini, kepentingan Pemohon seperti yang dinyatakan dalam Borang N tersebut ialah sebagai “pemilik bangunan” dan bantahannya hanya satu sahaja, iaitu terhadap “orang-orang yang akan menerima pampasan”. [14] Mengenai alasan bantahan tersebut pula, Mahkamah ini mendapati ia disebabkan rumah yang diduduki oleh Pemohon telah mengalami kerosakan teruk akibat daripada pengambilan tanah tersebut dan Pemohon tidak mendapat sebarang pampasan sedangkan adiknya mendapat pampasan untuk kerosakan rumah beliau yang dibina di atas asas rumah kayu yang sama. [15] Memandangkan Pemohon telah menyatakan kepentingannya dalam Borang N tersebut sebagai “pemilik bangunan tersebut”, maka untuk berjaya dalam bantahannya terhadap Award yang diberikan oleh Pentadbir Tanah tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa Pemohon hendaklah membuktikan yang beliau ialah pemilik bangunan tersebut. Pembuktian ini adalah sangat penting dan material dalam tindakan ini. S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA [16] Sekiranya perkara ini gagal dibuktikan oleh Pemohon, maka bantahan/rayuan Pemohon tersebut tidak wajar dipertimbangkan dan dibenarkan oleh Mahkamah ini. [17] Ini adalah selaras dengan seksyen 2(d) Jadual Pertama, APT 1960 yang memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh mempertimbangkan kerosakan yang ditanggung oleh orang yang berkepentingan semasa Pentadbir Tanah mengambil milik sesuatu tanah dalam menentukan pampasan. Peruntukan tersebut adalah seperti yang berikut: “2. Matters to be considered in determining compensation In determining the amount of compensation to be awarded for any scheduled land acquired under this Act there shall be taken into consideration the following matters and no others:
a
…;
b
…;
c
…;
d
the damage, if any, sustained or likely to be sustained by the person interested at the time of the Land Administrator's taking possession of the land by reason of the acquisition injuriously affecting his other property, whether movable or immovable, in any other manner;”. [Penekanan ditambah] S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA [18] Walau bagaimanapun, setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan semua dokumen, keterangan dan penghujahan kedua-dua pihak Pemohon dan Responden dalam kes ini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Pemohon telah gagal membuktikan yang beliau adalah pemilik bangunan tersebut. Langsung tiada apa-apa keterangan dikemukakan oleh Pemohon semasa perbicaraan bantahan/rayuan ini yang menunjukkan bahawa beliau adalah pemilik bangunan tersebut. [19] Memandangkan Pemohon telah gagal membuktikan yang beliau adalah pemilik bangunan tersebut, maka –
a
bagi Isu Pertama, Mahkamah ini mendapati bantahan Pemohon terhadap pampasan yang diawardkan oleh Pentadbir Tanah tersebut adalah tidak bermerit; dan
b
bagi Isu Kedua, sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa Pemohon tidak berhak untuk mendapat pampasan tambahan terhadap kerosakan teruk yang dialami kepada keseluruhan bahagian rumah kediaman Pemohon tersebut. S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA [20] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Award yang telah diberikan oleh Pentadbir Tanah tersebut dikekalkan. KESIMPULAN [21] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak bantahan/rayuan Pemohon terhadap Award yang diberikan oleh Pentadbir Tanah tersebut. Tarikh : 6 September 2022 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar Kedah Darul Aman S/N 2Fccou6tgUm4H8r0/GplA Pengapit Kerajaan : Puan Faziah binti Abdul Rasid Pengapit Swasta : Puan Nurul Huda binti Abdul Karim Peguam Cara Pemohon : Encik Muhamad Samsul Nizam bin Sohhimi (Encik Muhammad Irham bin Redzuan bersamanya) Tetuan Mohd Hapiz Rajali & Co Peguam Bela dan Peguam Cara No. 15, Taman Guru Jaya 01000 Kangar Perlis Peguam Cara Responden : SFC Puan Ana Rozana binti Mohd Nor Penolong Penasihat Undang-Undang Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Aras 4, Blok C
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.