Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO : RA-42JSKS-2-03/2025 RAMLI BIN MAT …PERAYU (NO. K/P: 491023-09-5065) LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
/akn/my/judgment/high-court/2026/fe74f891-4c42-4cee-a9f2-5c7d8a4cc182
High Court of Malaysia15 Jan 2026RA-42JSKS-2-03/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“r against the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 respondent. In this case, the respondent was found guilty under Section 376 of the Penal Code and he was duly convicted and sentenced to 5 years imprisonment with effect from the date of sentence. The resp”
“husus menegaskan bahawa SP1 tidak pernah ke rumah perayu. Keterangan saksi-saksi ini dihujahkan sebagai tidak boleh dengan sewenangnya ditolak oleh mahkamah (rujuk; PR lwn Shahrizal Amri bin Abd Aziz [2025] CLJU 1179). 33. Tuan HMS dalam penghakimannya sebaliknya telah menolak keterangan SD2 dan SD3 yang merupakan anak”
“imbang faktor-faktor yang sah di sisi undang-undang. Hukuman yang dijatuhkan berada dalam trend hukuman dalam fakta yang hampir sama sepertimana kes-kes berikut: a) Saging Lawai v. Public Prosecutor [2025] CLJU 634. OKT dipenjara 15 tahun dan dikenakan 1 sebatan rotan kerana merogol mangsa yang berusia 15 tahun. b) Pub”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO : RA-42JSKS-2-03/2025 RAMLI BIN MAT …PERAYU (NO. K/P: 491023-09-5065) LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Kes ini melibatkan rayuan oleh perayu ke atas keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen (Tuan HMS) yang telah mensabitkan perayu bagi satu kesalahan di bawah seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana telah merogol seorang kanak-kanak berumur 8 tahun. Perayu telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dari tarikh sabitan (14/3/2025) dan turut dikenakan 4 sebatan rotan.
2
Rayuan ini adalah ke atas sabitan dan hukuman. Fakta Kes
3
Fakta ringkas kes ini adalah sepertimana yang telah diringkaskan di perenggan 2 hingga 9 Alasan Penghakiman Tuan HMS seperti berikut: a) pada 17.12.2018 jam lebih kurang 6 petang, SP1 (iaitu mangsa) telah dibawa oleh seorang yang dia kenali sebagai Kak Siti ke rumah Kak Siti. Tujuan Kak Siti mengajak SP1 ke rumahnya adalah untuk bermain dengan anak lelakinya yang dipanggil sebagai adik; b) pada petang tersebut, semasa SP1 sedang bermain dengan anak Kak Siti dengan disaksikan oleh Kak Siti di luar rumahnya, perayu telah datang dan mengajak SP1 masuk ke dalam rumahnya. SP1 dipanggil oleh perayu dari dalam rumahnya. Rumah Kak Siti tersebut berada di Guar Nangka berhampiran dengan rumah perayu; c) menurut SP1, semasa berada dalam rumah tersebut, perayu telah menyuruh SP1 masuk ke dalam sebuah bilik dan perayu telah membuka baju, seluar panjang dan seluar dalam yang dipakai SP1 pada ketika itu. SP1 mengecam P1 (D-F) sebagai gambar bilik di mana perayu menyuruhnya masuk dan membuka baju; d) selepas itu perayu telah menyuruh SP1 untuk baring di atas tempat tidur dan perayu kemudiannya telah baring di atas badan SP1. Semasa perayu baring di atas badan SP1, perayu tidak memakai sebarang pakaian. SP1 nampak kemaluan perayu yang keras dan kedua-dua tangan perayu berada di tepi kiri dan kanan pinggang SP1 serta kaki SP1 dalam kedudukan terkangkang. Kaki SP1 pada ketika itu dikangkangkan oleh perayu; e) menurut SP1 lagi, SP1 nampak perayu memasukkan kemaluannya di tempat kencing SP1. SP1 menyatakan bahawa “Pakcik tu letak kote di tempat kencing saya. Dia goyang di badan saya. Dia cium pipi saya”; f) SP1 berasa pedih di tempat kencing SP1. Setelah selesai memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1, perayu telah memakaikan semula pakaian SP1 dan memberikan wang sebanyak RM2 kepada SP1; g) pada keesokan harinya 18/12/2018, jam lebih kurang 2 petang, ayah SP1 datang membawa SP1 balik ke rumah mereka di Taman Santan. Selepas sampai di rumah, semasa SP2 (ibu SP1) hendak membasuh pakaian SP1, SP2 mendapati pada seluar yang dipakai oleh SP1 terdapat kesan darah. SP2 hendak membasuh pakaian SP1 tetapi dilarang oleh suami SP2 kerana menurut suami SP2, ianya boleh digunakan sebagai bahan bukti kelak; h) SP2 telah mendesak SP1 untuk menceritakan perihal sebenar tentang apa yang berlaku. Di dalam keadaan ketakutan, SP1 menceritakan kejadian perayu telah tidur atas tilam, buka baju, cium pipi, pegang buah dadanya dan selepas itu memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1; dan i) pada hari itu juga, iaitu pada 18/12/2018 di sebelah malam, SP2 telah membuat laporan polis perihal kejadian tersebut sepertimana Laporan Polis Mata Ayer No. 1611/18 (eksibit P5).
4
Dalam pembelaannya perayu menafikan telah merogol SP1. Keterangan bersumpah perayu telah disokong oleh dua orang anak saudaranya iaitu SD2 dan SD3 serta adik kandungnya iaitu SD4. Analisis dan dapatan mahkamah Sama ada keterangan SP1 adalah kukuh bagi membuktikan dirinya dirogol
5
Berkaitan rayuan ke atas sabitan, isu teras perayu adalah berkaitan keterangan mangsa (SP1) di mana Tuan HMS dihujahkan sebagai khilaf apabila menerima keterangan SP1 tanpa keterangan sokongan yang konklusif. Peguam perayu menghujahkan bahawa SP1 dalam keterangannya turut menyatakan bahawa yang merogolnya adalah seorang bernama Aidil.
6
6.
Preamble
Menurut peguam, semasa SP1 memberi keterangan, walaupun telah dinyatakan bahawa perayu ada memasukkan kemaluan perayu ke kemaluan mangsa, namun di peringkat pemeriksaan balas, SP1 turut menyatakan bahawa SP1 dirogol oleh seorang yang bernama Aidil. Ini menjadi hujahan Perayu sebagai membangkitkan 2 versi yang bercanggahan.
7
Perkara ini tidak pula dijelaskan dengan sempurna oleh SP1 semasa pemeriksaan semula apabila SP1 menyatakan tidak ingat dan tidak menjawab soalan yang disoal oleh Puan TPR. Perhatian mahkamah telah dibawa ke atas kes Nasrul Annuar Abd Samad v PP [2005] 1 CLJ 193 apabila Hakim Augustine Paul HMT (pada ketika itu) menyatakan; “The uncertainties in the answers given by the complainant were not subjected to a proper re-examination. The object of the re-examination is to give an opportunity to a witness to explain any part of his evidence given in cross-examination that is capable of being construed unfavourably. In view of the vague evidence of the complainant given in cross-examination that was not effectively explained in re-examination, it was unsafe to rely on her evidence. Further, her credibility must be judged against the fact that she made the police report for fear of being scolded and beaten up by her family. Also, her evidence that she was a virgin prior to the incident was unsupported by the medical evidence. There was therefore no clear evidence to show penetration. The finding of a fresh tear in the complainant by the doctor concerned was not of any corroborative value as the evidence it was meant to corroborate was deficient. Accordingly the prosecution failed to establish the element of penetration.”
8
Berkaitan keterangan SP1, mahkamah mendapati Tuan HMS dalam Alasan Penghakimannya telah mengatakan bahawa Tuan HMS telah menilai keterangan SP1 bersama-sama keterangan-keterangan lain secara keseluruhannya (totality) dan merumuskan seperti berikut; “Oleh yang demikian, walaupun terdapat sedikit perbezaan di dalam keterangan SP1, mahkamah ini berpendapat ianya tidak menjejaskan kredibiliti dan keterangannya secara keseluruhan. Mahkamah ini mengambilkira bahawa SP1 masih lagi seorang anak kecil yang berumur lebih kurang 8 tahun semasa kejadian tersebut dan berumur 12 tahun semasa memberi keterangan.”
9
Bagi menimbang hujahan ini secara tuntas, mahkamah ini telah meneliti keterangan SP1 secara maksima dan mendapati bahawa secara amnya semasa SP1 memberi keterangan, SP1 telah berupaya menyatakan secara terperinci apa yang telah dilakukan oleh perayu ke atas dirinya. Ia termasuk perbuatan perayu memasukkan kemaluan perayu ke kemaluan SP1 yang telah menyebabkan SP1 merasa pedih dan sakit.
10
Keterangan SP1 adalah turut disokong oleh beberapa keterangan lain seperti berikut: a) laporan doktor yang mengesahkan terdapat koyakan baru di hymen SP1 iaitu pada jam 8; dan b) perayu telah dicamkan oleh mangsa secara positif.
11
Keterangan SP1 yang terperinci ini, tidak disoal balas oleh peguam perayu iaitu dari mula perayu memanggil SP1 masuk ke rumah perayu dan apa yang berlaku semasa SP1 berada bersama-sama dengan perayu sehinggalah SP1 kembali ke rumah SD2.
12
Dengan kata yang lain, keterangan SP1 secara khusus berkenaan perilaku perayu ke atasnya adalah berdiri dengan tidak tercabar. Maka tiada alasan untuk kini mengatakan bahawa ianya telah secara khilaf diterima oleh Tuan HMS. Apatah lagi apabila keterangan SP1 adalah disokong oleh keterangan-keterangan bebas yang lain.
13
Perkara ini adalah berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes Nasrul Annuar (supra) apabila wujud ketidakpastian (uncertainties) dalam keterangan mangsa dan ianya turut tidak disokong oleh keterangan-keterangan sokongan.
14
Peguam perayu turut dalam hujahnya membangkitkan berkenaan seorang watak yang dikenali sebagai Aidil. Menurut peguam, SP1 semasa pemeriksaan balas menyatakan bahawa SP1 dirogol oleh seorang bernama Aidil. Ini dihujahkan sebagai mewujudkan 2 versi keterangan di peringkat pendakwaan.
15
Watak Aidil yang dibangkitkan oleh perayu semasa pemeriksaan balas oleh peguam perayu pada pandangan mahkamah perlu diperhalusi dengan hati-hati. Ini kerana SP1 adalah seorang saksi kanak-kanak. Semasa ianya disoal ke atas SP1, peguam hanya meletakkan nama Aidil kepada SP1. Adalah normal bagi seorang kanak-kanak untuk mengiyakan kepada satu cadangan yang diletakkan kepadanya.
16
Ini perlu diimbangi dengan keterangan secara terperinci yang diberikan oleh SP1 semasa pemeriksaan utama. Ianya diberi secara bebas melalui soalan-soalan yang terbuka. Ia juga jelas tidak memimpin SP1 malahan SP1 telah menceritakan apa yang berlaku secara terbuka.
17
Adalah menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa dapatan berkaitan kredibiliti adalah hak hakim perbicaraan dan mahkamah di peringkat rayuan adalah perlahan dalam menganggu dapatan hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah fakta atau undang-undang dalam dapatan tersebut.
18
Dalam kes ini, mahkamah tidak mendapati sebarang salah arah tersebut apatah lagi Tuan HMS telah menimbangnya bersekali dengan keterangan kewujudan koyakan terhadap kemaluan SP1 dan darah yang berada di seluar jeans warna pink (P6) yang dipakai oleh SP1 serta seluar dalamnya (P8) yang turut disahkan melalui laporan kimia (P20) sebagai darah milik SP1.
19
Mahkamah berpandangan bahawa analisis Tuan HMS dalam menyentuh isu watak Aidil adalah tepat apabila Tuan HMS menilainya dengan megimbanginya dengan keseluruhan keterangan termasuk kewujudan kesan air mani perayu pada kain pelikat yang ditemui di tempat kejadian dengan keterangan SP1 bahawa perayu pada masa kejadian memakai kain pelikat.
20
Apa yang lebih utama, keterangan-keterangan sokongan ini tidak dijawab oleh perayu dalam pembelaannya. Tiada apa-apa penjelasan diberikan berkaitan bukti DNA serta air maninya pada kain pelikat yang dirampas di rumahnya sendiri. Ini sekaligus menjadikan keterangan SP1 bukan sahaja tidak tercabar, bahkan mewujudkan satu rantaian keterangan yang tinggi bagi membuktikan perlakuan perayu ke atas SP1.
21
Di samping itu, seksyen 18 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mensabitkan seseorang bagi kesalahan dalam
Schedule
Jadual Akta 792 hanya berasaskan keterangan seorang kanak-kanak walaupun tanpa keterangan sokongan selagi mana ianya diberikan secara sumpah atau selainnya. Namun dalam kes di hadapan mahkamah, keterangan SP1 secara bersumpah bukan sahaja boleh berdiri dengan sendirinya, malahan ia turut disokong oleh keterangan-keterangan sokongan yang lain. 22. Bagi isu ini, mahkamah tidak mendapati sebarang merit bagi mengganggu dapatan yang telah dibuat oleh Tuan HMS. Sama ada ketidakwujudan DNA perayu pada pakaian SP1 dan DNA SP1 pada pakaian perayu serta selimut memberi kesan terhadap kes pendakwaan 23. Isu kedua yang menjadi sandaran perayu adalah berkaitan ketidakwujudan sebarang DNA perayu pada pakaian-pakaian SP1 iaitu di SA1, SA2 dan SA3 dan P2(A). Ini berbangkit kerana teras pembelaan perayu adalah SP1 pernah datang ke rumahnya dan apabila P20 tidak menunjukkan kesan DNA perayu ke atas pakaian SP1 dan dalam masa yang sama tiada kesan DNA SP1 ke atas kain pelikat dan selimut, ia dihujahkan membangkitkan keraguan yang munasabah bukan sahaja kesahihan insiden rogol malahan ke atas kebenaran dakwaan SP1 pernah memasuki rumah perayu. 24. Mahkamah berpandangan bahawa sepertimana yang telah diulas dalam isu yang pertama, teras sabitan ke atas perayu adalah bersabit kepada keterangan SP1 yang merupakan mangsa. Keterangan SP1 adalah jelas dan ia tidak di sisi undang-undang memerlukan satu keterangan sokongan. Ia boleh berdiri dengan sendirinya. 25. Namun dalam kes ini, keterarangan-keterangan sokongan adalah lebih dari mencukupi untuk menyokong keterangan SP1. 26. Keterangan forensik seperti DNA mempunyai kekuatan tersendiri berbanding keterangan langsung dan saksi mata memandangkan ianya adalah objektif, berasaskan sains, dan kurang terdedah kepada kesilapan atau penipuan. Namun ia tidak semestinya secara automatik mengatasi keterangan-keterangan secara lansung oleh seseorang saksi mata. Mahkamah masih perlu menimbang kedua-dua keterangan dan kekuatan kedua-dua keterangan tersebut adalah bergantung pada kualiti bukti forensik, kredibiliti saksi, serta cara ia dibentangkan dan dicabar di mahkamah. Dalam apa jua keadaan, keterangan forensik adalah berdiri sebagai memberi sokongan kepada keterangan lansung oleh seseorang saksi mata. 27. Dalam kes ini, mahkamah berpandangan bahawa ketidakwujudan DNA sepertimana yang dihujahkan oleh peguam perayu adalah hanya sekadar menjadikan keterangan SP1 adalah tidak disokong oleh keterangan-keterangan forensik. Ini tidak bermakna bahawa keterangan SP1 sebagai seorang saksi mata hendaklah tertolak dengan sepenuhnya. 28. Nilai keterangan saksi mata adalah tetap utuh jika ia melalui proses ujian secara pemeriksaan utama, balas dan semula. Mahkamah berpandangan dalam undang-undang, keterangan saksi mata dan forensik adalah kedua-duanya penting, dan hakim perbicaraan perlu menimbang berat kedua-duanya bergantung kepada kebolehpercayaan, ketepatan, dan kesesuaian dengan keterangan. Walaupun keterangan forensik sering dianggap objektif dan boleh ditafsirkan, namun saksi mata masih boleh dipercayai walaupun terdedah kepada kesilapan manusia. Tiada peraturan keras yang mengatakan satu mesti mengatasi yang lain secara automatik. Ia bergantung pada kekuatan keseluruhan kes. 29. Dalam kes ini, mahkamah berpuashati bahawa Tuan HMS telah menilai kredibiliti keterangan SP1 dan mengimbanginya dengan keterangan-keterangan sokongan. Tidak wujud sebarang kejanggalan dalam analisis dan dapatan Tuan HMS. 30. Bagi isu yang kedua ini pun mahkamah tidak nampak sebarang merit bagi menganggu dapatan oleh Tuan HMS. Sama ada kehadiran SP1 di rumah perayu telah dibuktikan 31. Isu selanjutnya adalah berkaitan pembuktian kehadiran mangsa di rumah perayu iaitu di tempat kejadian sepertimana yang dinyatakan dalam pertuduhan. Asas hujahan perayu adalah bersandarkan kepada keterangan perayu di peringkat pembelaan yang menafikan SP1 pernah datang ke rumahnya. 32. Menutut peguam perayu, keterangan perayu yang disokong oleh SD2, SD3 dan SD4 menunjukkan bahawa SP1 hanya bermain dengan Irfan iaitu anak SD2 manakala SD3 secara khusus menegaskan bahawa SP1 tidak pernah ke rumah perayu. Keterangan saksi-saksi ini dihujahkan sebagai tidak boleh dengan sewenangnya ditolak oleh mahkamah (rujuk; PR lwn Shahrizal Amri bin Abd Aziz [2025] CLJU 1179). 33. Tuan HMS dalam penghakimannya sebaliknya telah menolak keterangan SD2 dan SD3 yang merupakan anak saudara perayu serta SD4 yang merupakan adik kandung perayu sebagai saksi berkepentingan setelah menilai keterangan mereka secara berhati-hati. 34. Walaupun keterangan saksi berkepentingan masih boleh diterima, namun hakikatnya ia perlu dinilai secara berhati-hati. Penilaian mahkamah ke atas keterangan SD2 mendapati SD2 telah membawa balik SP1 bermain dengan anak lelakinya iaitu Irfan dan menyerahkannya kepada adiknya iaitu SD3. Kedua-dua SD2 dan SD3 mengakui tidak sepanjang masa melihat SP1 dan Irfan bermain. 35. Ini dapat dilihat melalui pemeriksaan balas ke atas SD3 yang mengakui ada ketikanya SD3 membuat hal sendiri dan telah pergi ke dapur serta masuk ke biliknya. Begitu juga dengan keterangan SD4 yang tidak menyentuh berkaitan isu keberadaan SP1 pada sepanjang masa di rumahnya dari masa SP1 tiba sehinggalah dibawa balik oleh anaknya iaitu SD2. 36. Secara kesimpulannya, mahkamah bersetuju dengan hujahan Tuan TPR bahawa perayu bukan sahaja tidak dapat mengesahkan bahawa SP1 sepanjang masa berada bersama-sama Irfan atau saksi-saksi pendakwaan yang lain, termasuk menafikan SP1 telah pergi ke rumah perayu sepertimana yang dinyatakan dalam pertuduhan ke atasnya. 37. Apatah lagi SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku “hanya sat” yang mana jika diertikan dalam loghat utara bermaksud sekejap sahaja. Oleh itu, ia bukanlah satu yang tidak munasabah untuk berlaku dengan mengambilkira usia perayu. 38. Oleh itu bagi isu ini, mahkamah sependapat dengan Tuan HMS bahawa pembelaan perayu adalah semata-mata satu penafian kosong dan tiada sebab mahkamah untuk menganggu usik dapatan ini. Sama ada hukuman adalah setimpal 39. Berkaitan rayuan ke atas hukuman, peguam perayu merayu hukuman dikurangkan di atas faktor usia perayu yang telah lanjut, keuzuran perayu dan ini merupakan jenayah pertama perayu. 40. Beberapa nas duluan telah dikemukakan untuk pertimbangan mahkamah seperti berikut: a) Chan Sit Hoong v Public Prosecutor [1975] 1 MLJ 261, mahkamah memutuskan; “sending him to prison where he would have mixed with other prisoners convicted of all sorts of offences might well have produced an adverse effect on the appellant and instead of coming out of the prison a better man he might well have developed more criminal and anti social tendencies”. b) Public Prosecutor v Nazarudin Bin Ahmad & Ors [1993] 2 CLJ 543, mahkamah memutuskan; “Public interest sometimes demands that a short term of imprisonment be imposed as the prisoner would have difficulty in readjusting to family and community life if a longer time is imposed”. c) Lim Teng Leng v Public Prosecutor [1998] 5 CLJ 400, mahkamah memutuskan; “after having amended the charge in respect of the time of the alleged crime at the conclusion of the trial, convicted the appellant and sentenced him to 13 years imprisonment and one stroke of the rotten. The sentence passed is neither excessive nor unlawful. In imposing sentence, the court had taken into account the seriousness of the offence and the fact that a deterrent sentence is called for this kind of offence. Clearly, any lesser sentence would not serve the purpose”. d) Public Prosecutor v Shari bin Abd. Wahab (1993) 4 CLJ, mahkamah memutuskan; “the Court did not interfere with the sentence imposed by the Sessions Court Judge as it had not been shown to the satisfaction of the appellate Court that the sentence was manifestly excessive or inadequate or that in fixing the sentence, the lower Court had failed to adequately consider all the relevant factors either for or against the respondent. In this case, the respondent was found guilty under Section 376 of the Penal Code and he was duly convicted and sentenced to 5 years imprisonment with effect from the date of sentence. The respondent was spared the rotten as he was above 50 years of age (before the amendment). " 41. Berkaitan hukuman, Tuan HMS dalam penghakimannya telah menyatakan seperti berikut: Mahkamah telah mendengar rayuan dari peguambela OKT dan rayuan balas daripada pihak pendakwaan. Mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa kes ini telah didengar secara perbicaraan penuh dan melibatkan panggilan saksi-saksi. Mahkamah turut mengambil kira keseriusan kesalahan jenayah seksual dan rogol terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat mutakhir ini. Perbuatan OKT juga telah mendatangkan trauma kepada mangsa. Satu hukuman yang setimpal perlulah dijatuhkan kepada OKT agar menjadi pengajaran kepada dirinya dan masyarakat umum. Mahkamah ini turut bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa OKT telah mengambil kesempatan apabila terdapat ruang dan peluang berbuat demikian. Walaupun OKT berumur 74 tahun, iaitu melebihi umur yang membolehkan hukuman sebat dikecualikan, tetapi bagi kesalahan berkaitan rogol di bawah seksyen 376, OKT masih boleh lagi dijatuhkan hukuman sebat sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah. 42. Mahkamah ini mendapati bahawa Tuan HMS telah menimbang faktor-faktor yang sah di sisi undang-undang. Hukuman yang dijatuhkan berada dalam trend hukuman dalam fakta yang hampir sama sepertimana kes-kes berikut: a) Saging Lawai v. Public Prosecutor [2025] CLJU 634. OKT dipenjara 15 tahun dan dikenakan 1 sebatan rotan kerana merogol mangsa yang berusia 15 tahun. b) Public Prosecutor v. Tamilaran A/L Subramaniam [2020] 1 LNS 1413. Hukuman oleh HMS iaitu 12 tahun penjara dan 2 sebatan rotan ke atas Pesalah dinaikkan kepada penjara 25 tahun dan 10 sebatan rotan kerana kesalahan merogol kanak-kanak berusia 13 tahun. Mahkamah seterusnya menyatakan seperti berikut di perenggan terakhir penghakimannya: "With respect, it is of the considered view that the sentence imposed by the learned Sessions Judge does not commensurate with the seriousness of the offences committed by the respondent. The Court must step in not only to show its disapproval but also to prevent the recurrence of such crime. The appeal was therefore allowed and premised on the above, this Court substituted the sentence imposed by the learned Sessions Judge on the respondent to 25 years imprisonment and 10 strokes of whipping". 43. Sehubungan dengan itu mahkamah berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan HMS adalah setimpal, berpatutan serta adil. Dalam masa yang sama, tiada salah arah perundangan yang dilakukukan oleh Tuan HMS. 44. Oleh yang demikian, tiada alasan mengapa mahkamah ini perlu campur tangan dalam hukuman yang telah dijatuhkan. Kesimpulan 45. Sehubungan dengan itu, rayuan perayu ke atas sabitan dan hukuman adalah ditolak. Sabitan dan hukuman Tuan HMS adalah dikekalkan. Bertarikh: 20hb. Februari, 2026 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kangar, Perlis. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Perayu : Encik Mohd Asrul Affendi Bin Abdul Halim Tetuan Afif & Asrul Peguam Bela & Peguam Cara No. 181, Tingkat 1, Jalan Shahab Perdana Kompleks Perniagaan dan Terminal Bas Shahab Perdana Jalan Sultanah Sambungan 05150 Alor Setar Kedah Bagi Pihak Pendakwa Raya : TPR Mohd Hadi Hakimi Bin Harun Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Aras 3, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar Perlis Tarikh Keputusan : 15hb Januari, 2026 Undang-Undang Yang Dirujuk : Kanun Keseksaan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 Kes-Kes Yang Dirujuk : Nasrul Annuar Abd Samad v PP [2005] 1 CLJ 193 PR lwn Shahrizal Amri bin Abd Aziz [2025] CLJU 1179 Chan Sit Hoong v Public Prosecutor (1975) I MLJ 261 Public Prosecutor v Nazarudin Bin Ahmad & Ors (1993) 2 MLJ 9 Lim Teng Leng v Public Prosecutor (1998) 5 CLJ 400 Public Prosecutor v Shari Bin Abd. Wahab (1993) 4 CLJ Saging Lawai v. Public Prosecutor [2025] CLJU 634 Public Prosecutor v. Tamilaran A/L Subramaniam [2020] 1 LNS 1413
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.