(e) one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) and two previous convictions under section 31A, is found guilty of an offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years, and he shall also be punished with whipping of not more than three strokes”. [14] Dalam menjatuhkan hukuman, pengakuan salah Tertuduh sudah tentu menjadi perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum faktor-faktor yang lain dipertimbangkan supaya hukuman dapat diringankan kerana pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah dan semua pihak. Dalam kes Nor Azuwan Hafifi Md. Akhir v. PP (2022) 1 LNS 2182, Mahkamah Rayuan telah merujuk kes Bachik Abdul Rahman v. PP (2004) 2 CLJ 572 dalam m/s 583 mengenai pengakuan salah Tertuduh yang boleh diterima bagi meringankan hukumannya. Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu Augustine Paul HMR menyatakan, "The position in law is that it is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The discount that is given is normally a reduction of the sentence by about a third of what would otherwise have been imposed." [15] Dalam kes di sini, kesalahan Tertuduh di bawah Seksyen 15(1) ADB 1952 telah berulang sebanyak 2 kali iaitu sabitan di Mahkamah Majistret pada 6-11-2015 dan 13- 1-2025. Pada masa itu Tertuduh telah mejalani hukuman penjara iaitu masing-masing 5 bulan dan 4 bulan dari tarikh tangkap berserta pengawasan. Namun, nampaknya hukuman ini tidak memberikan keinsafan kepada Tertuduh yang terlibat lagi dnegan kesalahan yang sama. Oleh itu sebagaimana peruntukan undang-undang, hukuman minima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah telah dinyatakan dalam peruntukan Seksyen 39C (1) itu sendiri ialah 5 tahun pemenjaraan dan sebatan di antara 1 hingga 3 kali. [16] Selanjutnya, dalam kes di atas juga Augustine Paul menyatakan bahawa pengakuan salah Tertuduh sahaja tidak menjadi satu-satunya asas untuk memberikan keringanan hukuman kerana Mahkamah juga perlu melihat kepada tahap kekerasan (severity) sesuatu kesalahan atau rekod kesalahan lampau yang boleh mengatasi nilai pengakuan salah tersebut. Pada akhirnya Mahkamah perlu memberi penekanan kepada kepentingan awam. Katanya, "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” [17] Ini bermakna, walaupun Tertuduh telah mengaku salah, Mahkamah juga perlulah melihat kepada faktor lain bagi kes ini iaitu sabitan lampau Tertuduh yang telah disebut di atas dan kekerapan kes sebegini dituduh di Mahkamah. Ini kerana kepentingan awam secara amnya harus diutamakan. [18] Tentang bagaimana menentukan tempoh masa pemenjaraan pula, Mahkamah Rayuan tersebut menyatakan: "...The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case.” [19] Justeru, dalam menentukan tempoh hukuman pemenjaraan, selain pengakuan salah Tertuduh, rekod sabitan lampau dan kekerapan kes sebegini dituduh di Mahkamah, Mahkamah juga mengambil judicial notice berkenaan keadaan kesesakan di penjara ekoran banyaknya kes yang disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara. Oleh itu Mahkamah mengambil pendekatan mengenakan tempoh hukuman yang paling minima sebagaimana peruntukan undang-undang bagi membantu mengatasi isu kepadatan dalam penjara. [20] Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah, mensabitkan Tertuduh bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) di mana hukumannya adalah Seksyen 39C(1) ADB 1952 dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama, menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dari tarikh tangkap semula 29-6-2026 dan 1 kali sebatan, diikuti dengan pengawasan AADK selama 2 tahun selepas tempoh pemenjaraan selesai. Selanjutnya semua eksibit dikembalikan kepada pendakwaan untuk pelupusan selepas uplod dalam sistem. ……………………………………….. Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Selayang Selangor Darul Ehsan Disediakan pada 9/7/2026 Pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya bagi Mahkamah Sesyen Selayang, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tingkat 4 Podium Utara, Bangunan Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam, Selangor Pihak Pembelaan: Rayuan difailkan melalui Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Kajang, Selangor