Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : KE-89-11-08/2025 ANTARA RAO LOGISTICS SDN BHD … PEMOHON
KE-89-11-08/2025
Magistrates Court of Malaysia8 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“esalahan tertentu, termasuk di bawah subseksyen 57(1)(b)(vi). Prinsip ini telah diperjelaskan dalam kes Reza Kianmehr v Public Prosecutor [2013] 7 CLJ 265 dan Public Prosecutor v Ever Youth Sdn. Bhd. [2024] CLJU 2633, di mana Mahkamah menegaskan bahawa pelucuthakan selepas sabitan adalah suatu kehendak statutori. [12]”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : KE-89-11-08/2025 ANTARA RAO LOGISTICS SDN BHD … PEMOHON
2
PENDAKWA RAYA … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN FAKTA KES [1] Pada 11 Julai 2025, sebuah lori penggerak utama bernombor pendaftaran VS4645 bersama semi-trailer T/AA1310 milik Rao Logistics Sdn. Bhd. telah ditahan dan disita oleh pihak berkuasa di Km 8, Jalan Bedong–Gurun, Kedah. [2] Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa lori tersebut membawa muatan seberat 87,800 kilogram, iaitu melebihi sebanyak 36,800 kilogram (72.16%) daripada had muatan yang dibenarkan, iaitu 51,000 kilogram. [3] Terdapat Notis penyitaan dibawah subseksyen 80 (1) bertarikh 11 Julai
2025
Namun tiada peruntukan kesalahan yang tepat dinyatakan dalam Notis Penyitaan tersebut yang mana seksyen berkaitan tidak dipilih/dicatatkan dengan spesifik yang mana tidak dipotong yang tidak berkenaan. • Terdapat Notis arah timbang bertarikh 11 Julai 2025 • Terdapat juga Sijil/Tiket Timbang Berat bertarikh 11 Julai 2025 yang menyatakan tentang kesalahan lori tersebut membawa muatan seberat 87,800 kilogram, iaitu melebihi sebanyak 36,800 kilogram (72.16%) daripada had muatan yang dibenarkan, iaitu 51,000 kilogram. [4] Pada 5 Ogos 2025, satu saman telah difailkan di Mahkamah Majistret dengan nombor kes KE-87-57-08/2025, iaitu Pendakwa Raya v Rao Logistics Sdn. Bhd. Pemfailan saman tersebut dibuat setelah izin dakwa diperoleh daripada Pendakwa Raya pada 4 Ogos 2025 oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan terhadap Orang Kena Saman (OKS). Tarikh pertama sebutan bagi saman tersebut telah ditetapkan pada 21 September 2025. [5] Pada 12 Ogos 2025, peguam bagi pihak OKS telah memfailkan satu permohonan terhadap Responden, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan, dengan nombor kes KE-89-11-08/2025. Sebutan pertama bagi kes tersebut telah ditetapkan pada 27 Ogos 2025. Dalam permohonan ini, Pemohon memohon perintah seperti berikut: 1) Pemohon Rao Logistics Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 201501044512) diberi kebenaran untuk satu pelepasan semula kenderaan motor lori bernombor VS4645 dan semi-trailer bernombor T/AA1310 yang telah disita oleh Responden pada 11 Julai 2025, selaras dengan peruntukan subseksyen 80(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010; 2) Pemohon diberi kebenaran untuk menggunakan semula kenderaan tersebut bagi tujuan pengangkutan dan perniagaan, selagi mana tidak bertentangan dengan undang-undang; 3) Responden diperintahkan untuk tidak mengganggu, menyita semula, atau merampas kenderaan tersebut sekiranya permohonan ini dibenarkan oleh Mahkamah; 4) Responden diperintahkan untuk melepaskan semula kenderaan tersebut serta-merta kepada Pemohon selepas perintah pelepasan ini dibuat; 5) Perintah penggantungan terhadap sebarang pendengaran dan/atau pelaksanaan berkaitan dengan kenderaan tersebut sehingga permohonan ini didengar dan dilupuskan oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan 6) Lain-lain relif yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [6] Kes ini telah ditetapkan bagi pemfailan afidavit dan hujahan bertulis, manakala tarikh keputusan bagi permohonan KE-89-11-08/2025 ditetapkan pada 8 Oktober 2025. [7] Pada 21 September 2025, iaitu tarikh sebutan pertama bagi saman KE-87-57-08/2025, OKS tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan berikut: “Bahawa kamu pada 11.07.2025 jam lebih kurang 04:30 petang di Km 8 Jalan Bedong-Gurun di dalam Negeri Kedah Darul Aman sebagai Pemandu Kenderaan Berlesen sebuah kenderaan jenis Penggerak Utama / Semi Trailer-Kargo Am bernombor pendaftaran VS4645 T/AA1130 yang dilesenkan kepada kamu di bawah Lesen Pengendali 2C0185793- 616/8/2018-5794-616 kenderaan bernama Mohamad Helmi Bin Amran No. Kad Pengenalan 900404085263 menggunakan kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan gagal mematuhi Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) iaitu dengan membawa muatan sebanyak 87,800 kg iaitu lebih berat 36,800 kg (72.16%) daripada had yang dibenarkan sebanyak 51,000 kg, yang mana kesalahan kamu telah menyebabkan satu kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama dan kenderaan berkaitan boleh dilucuthak di bawah Seksyen 80 (4) Akta yang sama. Timbalan Pendakwa Raya. HUKUMAN Didenda tidak kurang daripada RM1,000.00 (satu ribu ringgit) tetapi tidak lebih daripada RM500,000.00 (lima ratus ribu ringgit) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. DAN Seksyen 80 (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Apabila disabitkan suatu kenderaan yang berkaitan hendaklah dilucuthakkan ” [8] Kes saman KE-87-57-08/2025 telah ditetapkan bagi serahan dokumen pada 8 Oktober 2025, iaitu tarikh yang sama dengan tarikh keputusan bagi kes KE-89-11-08/2025, seperti yang dimohon oleh peguam OKS. Peguam yang sama juga mewakili OKS dalam kedua-dua kes tersebut. [9] Dalam permohonan KE-89-11-08/2025, adalah penting diperhatikan bahawa permohonan ini tidak menyentuh atau memohon bagi pelepasan sementara. ISU BERBANGKIT [10] Terdapat 4 isu utama yang dibangkitkan oleh Pemohon yang akan dihuraikan lanjut seperti di bawah. a) Sama ada pihak Pendakwaan telah mematuhi kehendak Subseksyen 80(5) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), iaitu sama ada saman KE-87-57-08/2025 telah dibuat dalam tempoh satu bulan daripada tarikh sitaan lori pemohon. [11] Subseksyen 80(4) Akta 715 memperuntukkan bahawa pelucuthakan kenderaan menjadi mandatori apabila sabitan dibuat terhadap kesalahan tertentu, termasuk di bawah subseksyen 57(1)(b)(vi). Prinsip ini telah diperjelaskan dalam kes Reza Kianmehr v Public Prosecutor [2013] 7 CLJ 265 dan Public Prosecutor v Ever Youth Sdn. Bhd. [2024] CLJU 2633, di mana Mahkamah menegaskan bahawa pelucuthakan selepas sabitan adalah suatu kehendak statutori. [12] Walau bagaimanapun, subseksyen 80(5) memperuntukkan seperti berikut: “If there is no prosecution with regard to any relevant vehicle seized under subsection (1), such vehicle shall be released at the expiration of one calendar month from the date of seizure unless it has sooner been released. [13] Prinsip pemakaian subseksyen ini telah dihuraikan dalam kes Reza Kianmehr v Public Prosecutor [2013] 7 CLJ 265, di mana Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa kehendak subseksyen 80(5) dipenuhi apabila tindakan pendakwaan telah dimulakan secara nyata dan formal, walaupun pertuduhan belum dibacakan kepada tertuduh di Mahkamah. Dalam kes tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa pendakwaan dianggap telah dimulakan apabila izin Pendakwa Raya diperoleh dan saman difailkan, bukan semata-mata apabila sebutan pertama dibuat di hadapan Mahkamah. Dalam perenggan [18] penghakiman, Mahkamah menyatakan bahawa: “... the consent dated 6 April 2012 shows serious intention by the prosecution to prosecute the appellant. The summons was issued by the Magistrates’ Court on 17 April 2012 which is well within one month after the said vehicle had been seized. Therefore the Magistrate has the power to order for the forfeiture of the said vehicle.” [14] Prinsip ini juga menegaskan bahawa tujuan sebenar subseksyen 80(5) ialah untuk mengelakkan penahanan kenderaan tanpa tindakan pendakwaan, bukan untuk membatalkan penyitaan yang disokong oleh langkah undang-undang yang sah. [15] Dalam kes ini, tarikh sitaan adalah 11 Julai 2025. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan, izin Pendakwa Raya diperoleh pada 4 Ogos 2025 dan saman KE-87-57-08/2025 telah difailkan pada 5 Ogos 2025 terhadap pemandu serta syarikat pemilik kenderaan. [16] Ini bermakna tindakan pendakwaan telah dimulakan dalam tempoh 25 hari daripada tarikh sitaan, iaitu sebelum tamat tempoh satu bulan kalendar (11 Ogos 2025). Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah mematuhi kehendak subseksyen 80(5). [17] Mahkamah juga menegaskan bahawa tafsiran ini adalah lebih selaras dengan tujuan sebenar peruntukan, iaitu untuk mengelakkan penyitaan berlarutan tanpa tindakan, sambil memastikan proses siasatan dan pendakwaan dapat dijalankan dengan adil dan teratur. Pendekatan ini menyeimbangkan hak pemilik kenderaan dengan fungsi penguatkuasaan undang-undang. [18] Pada masa yang sama, kes saman KE-87-57-08/2025 masih dalam proses perbicaraan dan belum ada sabitan direkodkan terhadap mana-mana pihak. Maka, Mahkamah tidak mempunyai asas untuk melucuthakkan atau melepaskan kenderaan secara mutlak. [19] Permohonan yang difailkan oleh Pemohon adalah khusus bagi pelepasan mutlak. Oleh itu, Mahkamah tidak menghuraikan lanjut berkaitan perintah perlepasan sementara. [20] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa pendakwaan telah dimulakan dengan sah dalam tempoh yang ditetapkan dan penyitaan masih berkuat kuasa. Oleh itu, permohonan Pemohon untuk pelepasan mutlak adalah pramatang dan tidak mempunyai merit pada tahap ini. b) Sama ada Notis Penyitaan bertarikh 11 Julai 2025 yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah defektif, sehingga menjejaskan kesahan penyitaan kenderaan lori milik Pemohon. [21] Kuasa penyitaan diberikan di bawah subseksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), yang memperuntukkan bahawa seorang pegawai penguat kuasa boleh menyita mana-mana kenderaan atau barangan yang dipercayai terlibat dalam pelanggaran mana-mana peruntukan Akta tersebut. [22] Mahkamah ini berpendapat penyitaan di bawah subseksyen 80(1) adalah sah sekiranya pegawai penguat kuasa mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, seperti membawa muatan melebihi had yang dibenarkan. [23] Mahkamah telah meneliti salinan Notis Penyitaan bertarikh 11 Julai 2025 dan mendapati bahawa notis tersebut: i) Dikeluarkan oleh pegawai penguat kuasa JPJ yang mempunyai kuasa sah di bawah subseksyen 80(1) Akta 715; ii) Menyatakan dengan jelas nombor pendaftaran kenderaan (VS4645 dan T/AA1310); dan iii) Menyatakan tempat serta tarikh penyitaan iaitu di Kilometer 8, Jalan Bedong–Gurun pada 11 Julai 2025. [24] Mahkamah berpandangan bahawa kegagalan untuk menyatakan seksyen kesalahan secara spesifik dalam notis tersebut bukanlah kecacatan yang memprejudiskan hak Pemohon. Ujian yang perlu digunakan ialah sama ada kekurangan dalam notis tersebut menyebabkan kekeliruan material atau menafikan hak pemilik kenderaan untuk membuat bantahan atau representasi. Dalam kes ini, Mahkamah berpuas hati bahawa Pemohon jelas mengetahui asas penyitaan tersebut. Hal ini dibuktikan melalui kewujudan Notis Arah Timbang bertarikh 11 Julai 2025 dan Sijil/Tiket Timbang Berat bertarikh sama yang menunjukkan lori berkenaan membawa muatan seberat 87,800 kilogram, iaitu melebihi 36,800 kilogram (72.16%) daripada had muatan dibenarkan sebanyak 51,000 kilogram. Notis Penyitaan, Notis Arah Timbang dan Sijil/Tiket Timbang Berat tersebut bertarikh sama serta ditandatangani oleh individu yang sama, iaitu pemandu atau wakil Syarikat Pemohon. [25] Fakta ini menunjukkan bahawa Pemohon dimaklumkan dengan jelas tentang sebab tindakan diambil terhadap kenderaannya. Maka, sebarang kekurangan kecil dalam format atau rujukan seksyen tidaklah menjejaskan pematuhan substantif kepada kehendak subseksyen 80(1). [26] Mahkamah berpendapat bahawa sebarang kecacatan teknikal dalam notis ini tidak menjejaskan kesahan penyitaan kerana tindakan telah dilakukan secara sah, berdasarkan alasan munasabah dan bukti kesalahan yang jelas. Tiada bukti menunjukkan pegawai bertindak melampaui kuasa atau bertindak tanpa asas undang-undang. Mahkamah menekankan bahawa kesahan tindakan penguatkuasaan bergantung kepada kuasa sah dan asas munasabah pegawai, bukan kepada kecacatan kecil pada bentuk atau format dokumen. [27] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa Notis Penyitaan bertarikh 11 Julai 2025 adalah sah dan tidak defektif. Penyitaan telah dibuat menurut peruntukan undang-undang, dan tiada kecacatan substantif yang boleh membatalkan tindakan tersebut. c) Sama ada peruntukan undang-undang berkaitan penyitaan di bawah subseksyen 80(1) adalah defektif seperti yang dihujahkan oleh Pemohon, memandangkan subseksyen 57(3) yang dirujuk dalam subseksyen 80(1) tidak menyebut tentang kesalahan tetapi hanya hukuman. [28] Menurut Pemohon, subseksyen 57(3) tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan, sebaliknya hanya menyatakan hukuman bagi kesalahan di bawah subseksyen 57 (1). Peruntukan hukuman subseksyen 57(3) tidak boleh digunakan sebagai alat untuk melaksanakan pelucutan seperti dibawah subseksyen 80(1) kerana tidak dinyatakan apa-apa kesalahan dibawah subseksyen tersebut. Hanya atas peruntukan kesalahan seperti subseksyen 57 (1) seseorang boleh didapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan tersebut. [29] Bagi menilai hujahan ini, Mahkamah perlu meneliti struktur keseluruhan dan maksud peruntukan Seksyen 57 serta Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]. [30] Subseksyen 80(1) memperuntukkan seperti berikut: “Any relevant vehicle in respect of which there has been or there is reasonable cause to suspect that there has been committed any offence against section 16, 28, 36, 46, 51 or 63, subsection 22(3), 41(3) or 57(3), or paragraph 23(1)(b), 42(1)(b) or 58(1)(b) may be seized by any police officer not below the rank of Inspector, road transport officer or land public transport officer, at any place.” [31] Daripada pembacaan Seksyen 57, Mahkamah mendapati bahawa subseksyen 57(1) memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas sesuatu lesen pengendali, termasuk bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi had maksimum yang ditetapkan. Manakala subseksyen 57(3) dengan jelas memperuntukkan bahawa seorang pengendali berlesen yang gagal mematuhi mana-mana syarat lesen tersebut melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya. [32] Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa subseksyen 57(3) bukan hanya memperuntukkan hukuman, tetapi juga mewujudkan suatu kesalahan, melalui ungkapan “A licensed operator who fails to comply with any of the conditions attached to the operator’s licence under this section commits an offence.” Maka, struktur Seksyen 57 menunjukkan bahawa elemen kesalahan terkandung dalam subseksyen 57(3), manakala subseksyen 57(1) hanya memperincikan bentuk syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali. Kedua-dua subseksyen ini perlu dibaca bersama untuk membentuk rangka kesalahan yang lengkap iaitu pelanggaran syarat lesen yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. [33] Oleh yang demikian, hujahan Pemohon bahawa subseksyen 57(3) hanya mengandungi peruntukan hukuman adalah tidak berasas. Frasa yang digunakan oleh Parlimen secara nyata mewujudkan suatu kesalahan, dan oleh itu subseksyen tersebut boleh dijadikan asas yang sah bagi pendakwaan serta tindakan penyitaan di bawah Akta 715. [34] Tambahan pula, prinsip asas tafsiran undang-undang menetapkan bahawa sesuatu peruntukan hendaklah dibaca dalam konteks keseluruhan Akta (reading the statute as a whole), bukan secara terpisah. Mahkamah Persekutuan dalam kes Majlis Perbandaran Seremban v Tenaga Nasional Bhd [2020] 12 MLJ 1 menegaskan menegaskan bahawa setiap peruntukan dalam sesuatu Akta hendaklah ditafsirkan secara menyeluruh dan harmoni dengan keseluruhan struktur serta objektif Akta tersebut. Prinsip ini mengelakkan tafsiran secara terasing yang boleh menyeleweng daripada niat sebenar Parlimen.” [35] Selaras dengan prinsip tersebut, Seksyen 57 dan Seksyen 80 perlu ditafsirkan secara menyeluruh dan harmoni. Subseksyen 80(1) memberikan kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk menyita kenderaan yang disyaki terlibat dalam kesalahan di bawah mana-mana peruntukan yang disenaraikan, termasuklah subseksyen 57(3). Oleh sebab subseksyen 57(3) secara jelas memperuntukkan bahawa pelanggaran syarat lesen merupakan suatu kesalahan, maka kuasa penyitaan yang dijalankan berasaskan peruntukan ini adalah sah di sisi undang-undang. [36] Mahkamah turut menegaskan bahawa tujuan sebenar Seksyen 80 adalah untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap kenderaan yang disyaki terlibat dalam kesalahan serius yang memberi kesan kepada keselamatan dan pengurusan sistem pengangkutan awam. Tafsiran yang terlalu sempit terhadap subseksyen 80(1) akan menjejaskan keberkesanan penguatkuasaan dan bercanggah dengan objektif Akta 715. [37] Berdasarkan alasan tersebut, Mahkamah berpandangan bahawa subseksyen 80(1) tidak defektif dari segi perundangan apabila ia menyenaraikan subseksyen 57(3) sebagai salah satu asas bagi pelaksanaan penyitaan. Kuasa penyitaan yang dijalankan oleh pegawai JPJ dalam kes ini adalah sah kerana terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 57(1)(b)(vi), dan subseksyen 57(3) dengan jelas memperuntukkan bahawa pelanggaran syarat lesen tersebut merupakan suatu kesalahan serta menetapkan hukuman bagi kesalahan itu. Oleh yang demikian, penyitaan yang dilakukan berasaskan peruntukan tersebut adalah sah dan tidak defektif di sisi undang-undang. d) Hak pemohon terhadap hartanya dan Perkara 13 perlembagaan persekutuan [38] Pemohon menghujahkan bahawa tindakan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita lori milik Pemohon tanpa perintah Mahkamah dan sebelum apa-apa sabitan adalah satu pelanggaran hak milik harta yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Pemohon mendakwa bahawa tindakan penyitaan tersebut telah menyebabkan kerugian kepada Pemohon dan menyalahi hak harta Pemohon. [39] Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: “(1) No person shall be deprived of property save in accordance with law.
2
No law shall provide for the compulsory acquisition or use of property without adequate compensation.” [40] Dalam konteks ini, subseksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] memberikan kuasa sah kepada pegawai JPJ untuk menyita mana-mana kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kesalahan tertentu yang disenaraikan, termasuk kesalahan membawa muatan melebihi had yang dibenarkan di bawah perenggan 57(1)(b)(vi) Akta tersebut. Oleh itu, tindakan penyitaan terhadap lori milik Pemohon adalah selaras dengan undang-undang, dan tidak boleh disifatkan sebagai pelucuthakan harta secara sewenang-wenangnya tanpa asas perundangan. [41] Tambahan pula, subseksyen 80(3) dan
4
dengan jelas memperuntukkan bahawa pelucuthakan hanya boleh dibuat oleh Mahkamah selepas perbicaraan atau sabitan kesalahan, dan bukan oleh pihak JPJ secara unilateral. Malah, subseksyen 80(2) turut memberi ruang kepada pemilik untuk membuat permohonan pelepasan sementara terhadap kenderaan yang disita. Dalam kes ini, fakta menunjukkan bahawa Pemohon tidak pernah membuat sebarang permohonan pelepasan sementara. [42] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa hak Pemohon terhadap hartanya tidak dinafikan kerana penyitaan tersebut dibuat in accordance with law, selaras dengan Perkara 13(1) Perlembagaan Persekutuan. Pemohon juga mempunyai remedi undang-undang yang mencukupi untuk memohon pelepasan sementara terhadap kenderaan yang disita, namun remedi itu tidak digunakan. Maka, Mahkamah memutuskan bahawa tiada pelanggaran terhadap hak Pemohon di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. KESIMPULAN [43] Setelah meneliti dengan teliti semua afidavit, dokumen sokongan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah merumuskan dapatan seperti berikut: a) Bagi isu pertama, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah mematuhi kehendak subseksyen 80(5) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan saman KE-87- 57-08/2025 dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyitaan, setelah izin Pendakwa Raya diperoleh pada 4 Ogos 2025; b) Bagi isu kedua, Mahkamah mendapati bahawa Notis Penyitaan bertarikh 11 Julai 2025 yang telah dikeluarkan walaupun terdapat kekurangan kecil pada aspek teknikal notis, ia tidak menjejaskan kesahan penyitaan kerana Pemohon telah dimaklumkan dengan jelas mengenai sebab penyitaan tersebut. Oleh itu, notis tersebut adalah sah dan tidak defektif; c) Bagi isu ketiga, Mahkamah berpendapat bahawa subseksyen 80(1) tidak defektif apabila ia menyenaraikan subseksyen 57(3) sebagai salah satu asas bagi pelaksanaan penyitaan. Ini kerana subseksyen 57(3) bukan sahaja menetapkan hukuman, tetapi turut mewujudkan kesalahan berhubung pelanggaran syarat lesen yang ditetapkan di bawah subseksyen 57(1)(b)(vi); d) Bagi isu keempat, Mahkamah mendapati bahawa tindakan penyitaan yang dilakukan oleh JPJ tidak melanggar hak Pemohon di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan kerana tindakan tersebut dibuat in accordance with law. Pemohon juga mempunyai remedi undang-undang untuk memohon pelepasan sementara, namun tidak berbuat demikian. [43] Berdasarkan keseluruhan penemuan dan alasan yang dihuraikan, Mahkamah berpendapat bahawa penyitaan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan adalah sah di sisi undang-undang, dilaksanakan dengan kuasa yang sewajarnya, serta tidak menjejaskan hak Pemohon. Permohonan Pemohon untuk pelepasan mutlak terhadap kenderaan yang disita adalah pramatang dan tidak mempunyai merit pada tahap ini. [44] Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini menolak permohonan Pemohon di Kandungan 1. Bertarikh pada : 8 Oktober 2025 ..tt.. ( ANIS SURAYA BINTI AHMAD ) Majistret Mahkamah Majistret Gurun Kedah Darul Aman Bagi pihak Pemohon : Encik Shah Wira Abdul Halim Tetuan Azlan Bohari&Co No. 2, Jalan Pulai Indah 5/13, Taman Pulai Indah, Kangkar PulaiJohor Bahru, 81300, Johor Bagi pihak Responden: Encik Muhammad Lutfi bin Abd Hadi Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.