(iii) setelah inkuri dijalankan dan Mahkamah mendapati terdapat perubahan material, Mahkamah ini perlu selanjutnya bertanya adakah wajar untuk status quo perubahan material itu dikekalkan tanpa memerlukan pindaan kepada peruntukan-peruntukan berkaitan dalam perintah bertarikh 21.6.2013? [35] Beban untuk membuktikan wujudnya perubahan material itu adalah di pihak Responden Suami sebagai pemohon. [36] Pertimbangan utama yang perlu dibuat oleh Mahkamah ini dalam meneliti permohonan Responden Suami mengenai hak akses kepada anak “AS” adalah kepentingan dan kebajikan anak itu sendiri. Mahkamah ini merujuk keputusan dalam kes Leong Sam Moy v. Low Chee Thiam [1997] 2 CLJ Supp 212; [1996] MLJU 640 bahawa dalam membuat penentuan mengenai isu sedemikian, Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan anak-anak, bukannya kehendak ibubapa atau penjaga anak-anak itu. Zainun Ali HMT (pada waktu itu) memutuskan: "I believe that when the Court determines any question with respect to the custody and guardianship of a child, among other things, shall have regard to the ascertainable wishes and feelings of the child concerned (considered in the light of his age and understanding). It is, I believe, entirely consistent with the child's wishes and feelings to be given consideration and yet not be entitled to predominate. A child can lack a right of self-determination but still has a say in what it is permitted to do. The law as it stands on this authority cited before me says that "access is the basic right of the child rather than the parent." The Court must consider "whether the welfare of the children is prompted by access or the reverse and decide accordingly" M v. M [1975] Family Division. And as stated in Khoo Cheng Ngee v. Labin Chiew [1996] 1 AMR 450 p. 42, "at this tender age what the children seek and need most is stability..." A Court will normally favour the parent who will best maintain stability..." [37] Mahkamah Persekutuan dalam kes Mahabir Prasad v. Mahabir Prasad [1982] 1 MLJ 189 dengan jelas memutuskan bahawa pertimbangan utama (paramount consideration) apabila Mahkamah membuat ketentuan mengenai hak akses adalah kepentingan dan kebajikan anak-anak terbabit. Mahkamah Persekutuan menyatakan: "The mere desire of a parent to have his children must be subordinate to the consideration of the welfare of the children, and can be effective only when it coincides with their welfare." [38] Dalam menentukan apakah yang dimaksudkan dengan frasa “welfare of the child”, Mahkamah ini merujuk keputusan Evrol Mariette Peters HMT dalam kes Mil v Mon & Another Case [2024] 7 CLJ 306 yang telah merujuk kepada beberapa keputusan terdahulu mengenai frasa ini dan memutuskan sebegini: “[43] At this juncture, it was crucial to have a comprehensive understanding of the term 'welfare of the child,' as extensively referenced in numerous legal precedents including Teh Eng Kim v. Yew Peng Siong [1977] CLJU 138; [1977] 1 LNS 138; [1977] 1 MLJ 234, Mahabir Prasad v. Pushpa Mahabir Prasad [1981] CLJ 174B; [1981] CLJ (Rep) 182; [1982] 1 MLJ 189, Tan Sherry v. Soo Sheng Fatt [2016] CLJU 1586; [2016] 1 LNS 1586, and Tan Erh Ling v. Ong Khong Wooi [2021] CLJU 1325; [2021] 1 LNS 1325. [44] I was also guided by the Federal Court in Sean O'Casey Patterson v. Chan Hoong Poh & Ors [2011] 3 CLJ 722, in its reference to the Singapore case of Tan Siew Kee v. Chua Ah Boey [1987] CLJU 77; [1987] 1 LNS 77, wherein the expression 'welfare of the child' was explained by Chan Sek Keong JC (as he then was), in the following passage: The expression 'welfare'... is to be taken in its widest sense. It means the general well-being of the child and all aspects of his upbringing, religious, moral as well as physical. His happiness, comfort and security also go to make up his well-being. A loving parent with a stable home is conducive to the attainment of such well-being. It is not to be measured in monetary terms. [45] The Federal Court in Sean O'Casey Patterson v. Chan Hoong Poh & Ors (supra), through the opinion of James Foong FCJ, proceeded to explain 'welfare of the child' in the following passage: [53] According to Halsbury's Laws of England, 4th edn, reissue (Mackay edition), para 443 the term, "welfare principle" is a set of factors used when "a court determines any question with respect to the upbringing of a child or the administration of a child's property or the application of any income arising from it, the child's welfare must be the court's paramount consideration". In the English Children Act 1989, under the heading 'welfare of the child' is a set of factors that must be taken into account when deciding on such cases. These are for example: the wishes of the child; his feelings; his age; his sex and his background and the capabilities of the parties involved. Thus, this term "welfare principle" relates to certain factors to be considered and their priority during deliberation in such cases. (emphasis added) [46] To reach a well-informed decision, this court had to meticulously examine the notion of the 'welfare of the child' in its most expansive context, considering all pertinent factors and judiciously balance them. Given the distinctive circumstances inherent in each case, offering an exhaustive list of specific considerations is not feasible.” [39] Apa yang dapat dirumuskan dari keputusan kes itu adalah penentuan kebajikan kanak-kanak dibuat dengan meneliti semua aspek berkaitan kanak-kanak itu, termasuklah kehendak kanak-kanak itu serta faktor umurnya. Secara kesimpulannya, penentuan ini adalah tertakluk kepada fakta dan keadaan yang terpakai kepada kanak-kanak itu secara khususnya. [40] Pada waktu Mahkamah ini membuat perintah mengenai Petisyen Perceraian yang difailkan oleh Pempetisyen Isteri ini, umur anak “AS” hanyalah dua (2) tahun. Mahkamah ini membuat notis kehakiman bahawa pada usia sedemikian, sukar untuk Mahkamah mendapat tahu kehendak anak “AS” kerana dia terlalu muda untuk memberitahu kehendaknya. Maka Mahkamah ini memutuskan demi kebajikan anak “AS”, adalah tidak wajar untuk aturan sedia ada diubah secara mendadak kerana ia boleh menimbulkan kesan negatif kepadanya. Fakta bahawa anak “AS” telah berada di samping ibunya sejak dilahirkan sehingga sekarang juga membuatkan Mahkamah ini memutuskan untuk mengekalkan hak jagaan, peliharaan dan kawalan dikekalkan kepada Pempetisyen Isteri. Untuk memastikan Responden Suami dapat terus bermesra dengan anak “AS” Mahkamah memutuskan untuk mengekalkan hak akses kepada Responden Suami seperti sebelum ini. [41] Pada masa sama, mengambil kira faktor perkembangan usia anak “AS”, Mahkamah ini memutuskan kedua-dua Pempetisyen Isteri dan Responden Suami wajar dibenarkan hak untuk memohon pindaan/perubahan kepada terma-terma berkaitan anak “AS” khususnya mengenai hak jagaan, akses dan nafkah sesuai dengan usia anak itu dan jika wujudnya sebarang perubahan material yang mewajarkan perubahan dibuat. Untuk itu, Mahkamah ini telah secara khusus mewujdukan suatu klausa dalam perintah yang menyatakan pihak-pihak bebas utk memfailkan permohonan lanjutan selepas ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah mengenai apa-apa syarat atau terma tambahan atau pindaan kepada terma-terma tersebut di atas. [42] Mahkamah ini berpuashati alasan-alasan yang menyokong perubahan/pindaan yang dikemukakan oleh Responden Suami gagal menunjukkan semua elemen yang dinyatakan di atas. Khususnya, Responden Suami gagal menunjukkan perubahan/pindaan yang beliau cadangkan hendaklah dibenarkan demi kebajikan anak “AS”. Sebaliknya, Mahkamah ini dapati perubahan/pindaan yang beliau cadangkan hanyalah untuk kepentingan dan kemudahan diri Responden Suami semata-mata. [43] Namun demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan cadangan baharu, bukannya pindaan, yang dibuat oleh Responden Suami supaya Mahkamah ini memerintahkan agar hak penjagaan (guardianship) diberikan secara bersama kepada Responden Suami dan Pempetisyen Isteri. PENUTUP [44] Setelah meneliti Petisyen Pempetisyen Isteri dan Petisyen Balas Responden Suami, serta setelah mengambil kira semua keterangan di hadapan Mahkamah yang dikemukakan melalui afidavit kedua-dua pihak, serta setelah mendengar hujahan peguam kedua-dua pihak, serta berlandaskan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan di atas, Mahkamah ini membenarkan Petisyen Pempetisyen Isteri dengan syarat-syarat berikut: