Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM WRIT SAMAN NO – JA-A51KJ-3-04/2022 ANTARA RAZALI @ MOHD LEEY BIN SUBEH [IDENTITY CARD NO.: 750815125036] [THE LAW CHAMBERS OF HIDAHYU & ASSOCIATES] …PLAINTIF
JA-A51KJ-3-04/2022
Sessions Court of Malaysia28 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“iple as regards the burden of proof on the plaintiff in an action for damages based on negligence is well established. In the oft cited landmark case of Ng Chua Sia v. Maimon bt Ali [1983] 1 MLJ 110; [1982] CLJU 95; [1982] 1 LNS 95, Hashim Yeop A Sani J (as he then was) stated lucidly that: "The onus of proof is on the”
“ggungjawab menyelenggara jalanraya bagi kegunaan awam. Rujuk kes PENGARAH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA & SATU LAGI lwn. MD RIDZUAN MD HAMID, MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM, TENGKU MAIMUN TUAN MAT H [2011] CLJU 1902 memutuskan seperti berikut: “Keterangan menunjukkan bahawa kemalangan berlaku apabila plaintif hilang k”
“rsikalnya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mariapan Kasinathan v. Muhamad Hassan Siran & Anor (Thiagu Gopal & Anor - Third Parties) [2014] AMEJ 1016; [2014] CLJU 883; [2014] 1 LNS 883: The principle as regards the burden of proof on the plaintiff in an a”
“: Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mariapan Kasinathan v. Muhamad Hassan Siran & Anor (Thiagu Gopal & Anor - Third Parties) [2014] AMEJ 1016; [2014] CLJU 883; [2014] 1 LNS 883: The principle as regards the burden of proof on the plaintiff in an action for damages”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM WRIT SAMAN NO – JA-A51KJ-3-04/2022 ANTARA RAZALI @ MOHD LEEY BIN SUBEH [IDENTITY CARD NO.: 750815125036] [THE LAW CHAMBERS OF HIDAHYU & ASSOCIATES] …PLAINTIF
1
DAN SAFWA GLOBAL VENTURE (M) SDN BHD [COMPANY NO.: 963768-P] [OTHMAN HASHIM & CO.]
2
KERAJAAN NEGERI JOHOR [PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (KEPUTUSAN SELEPAS BICARA PENUH DENGAN SAKSI) LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan Perayu/Defendan Pertama (Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd, melalui Notis Rayuan di Lampiran 60, yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen yang diputuskan selepas perbicaraan di Johor Bahru yang diberikan oleh Puan Sazlina Binti Safie pada 28 haribulan Februari 2024 dan merayu kepada Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah dari segi liabiliti, kuantum dan kos. TUNTUTAN PLAINTIF [1] Plaintif pada masa material adalah penunggang motorsikal No. Pendaftaran JNH7839. Pada 11/2/2021, lebihkurang jam 10:00 malam, Plaintif sedang menunggang motorsikal JNH7839 dari Taman Cendana menuju ke Taman Kota Masai. Apabila meneruskan perjalanan di Jalan Cempedak 2, Plaintif telah terlanggar sebuah lubang yang terdapat di permukaan jalan tersebut lalu terjatuh dan mengalami kecederaan. [2] Akibat daripada kejadian tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan, perbelanjaan dan kerugian. PEMBELAAN DEFENDAN PERTAMA [1] Plaintif telah menyaman Defendan Pertama sebagai syarikat yang dilantik oleh Defendan Kedua bagi menyelenggara jalanraya di Jalan Cempedak 2, Kota Masai pada masa material. [2] Defendan Pertama mengakui setakat bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalanraya di Jalan Cempedak 2, Taman Kota Masai. [3] Defendan Pertama tidak mempunyai pengetahuan tentang kejadian pada 11/2/2021 tersebut dan hanya mengetahui selepas dimaklumkan oleh Defendan Kedua. [4] Meskipun Jalan Cempedak 2 adalah di bawah pengurusan dan penyelenggaraan Defendan Pertama, Defendan Pertama juga ada melantik sub-kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di tempat insiden dan lain-lain kerja sebagaimana dalam peruntukan kontrak. [5] Defendan Pertama telah menjalankan tinjauan ke tempat tersebut dan lubang yang kononnya berada di tempat insiden tidak dikesan atau tidak dapat dilihat oleh Defendan Pertama. [6] Pada semua masa material, Defendan Pertama telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah (exercise reasonable care) dalam memastikan jalanraya dan tempat insiden tersebut berada dalam keadaan munasabah dan selamat untuk digunakan. [7] Insiden yang berlaku adalah atas kecuaian Plaintif sendiri dan/atau kegagalan Plaintif mengendalikan motorsikalnya dengan berwaspada dan berjaga-jaga. [8] Pemeriksaan Defendan Pertama juga mendapati bahawa lubang tersebut adalah diakibatkan kerja-kerja kemudahan awam (public utility work). [9] Defendan Pertama tidak mempunyai kawalan dan atau tanggungjawab berkenaan kerja-kerja kemudahan awam. Kerja-kerja tersebut diperuntukkan di bawah Klausa 14 Perjanjian diantara Kerajaan Negeri Johor dan Defendan Pertama. [10] Defendan Pertama merizabkan haknya untuk membawa prosiding Pihak Ketiga terhadap kontraktor/pihak berkenaan. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH A - LIABILITI [1] Setelah meneliti ikatan pliding, keterangan saksi –saksi, eksibit-eksibit, hujahan dan otoriti Plaintif di mana sehingga hari ini tiada hujahan bertulis Defendan atau apa-apa surat permohonan lanjutan masa memfailkan hujahan dan kes telah ditetapkan untuk keputusan pada hari ini selepas bicara penuh dan keputusan akan diberikan melalui email dan telah dimaklumkan kepada pihak-pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos. Defendan Pertama cuai 100% dalam kemalangan ini. [2] Dalam tindakan ini, tindakan terhadap Defendan Kedua (Kerajaan Negeri Johor) telah ditarik balik oleh Plaintif pada 16/5/2022. Defendan Pertama juga tidak membawa mana-mana pihak Ketiga dalam tindakan ini. [3] Sehingga ke tarikh keputusan di mana telah ada beberapa penangguhan telah dibenarkan, pihak Defendan Pertama masih gagal memfailkan apa-apa hujahan samada bertulis atau lisan atau melalui pengurusan kes dalam e-review. [4] Pada hemat Mahkamah, walaupun hujahan pihak-pihak adalah bagi tujuan membantu Mahkamah membuat keputusan dan bukanlah satu-satunya punca Mahkamah membuat dapatan, ia sangat membantu Mahkamah dalam mencapai satu keputusan yang adil terutama bagi kes kecuaian sebegini yang melibatkan tuntutan gantirugi kecederaan dan kehilangan. [5] Walaupun begitu, keputusan yang dibuat Mahkamah adalah merujuk kepada semua keterangan, pliding dan eksibit yang telah dikemukan sepanjang perbicaraan penuh dan dari segi kuantum, Mahkamah bukan hanya bersandar kepada hujahan pihak Plaintif semata tetapi juga samada munasabah, adil dan berpatutan serta mengikut garis panduan dalam Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018. [6] Dalam kes ini, pihak Plaintif telah memanggil 3 orang saksi manakala Defendan Pertama memanggil 2 orang saksi memberi keterangan di Mahkamah. [7] SP1 ada membuat laporan polis berhubung kejadian sebagaimana di eksibit P1. P1 lewat dibuat kerana Plaintif mengalami kecederaan. Dalam laporan tersebut, SP1 melaporkan semasa dalam perjalanan, tiba-tiba beliau terlanggar sebuah lubang ditengah jalan Cempedak 2, Taman Kota Masai. [8] SP1 telah meminta rakannya iaitu SP 2 – FAINDI BIN MARTIKON untuk pergi ke tempat kejadian dan mengambil gambar lubang tersebut. Gambar lubang tersebut ditandakan sebagai P2 dan ia telah dicamkan oleh SP1. [9] Mahkamah mendapati bahawa kejadian adalah pada 11/2/20221. SP2 mengambil gambar pada 28/2/2021. Pada masa tersebut, lubang itu masih ada di atas jalan tempat kejadian. [10] Dalam keterangan SP2, beliau sahkan hanya ada satu lubang di jalan tersebut. SP2 juga ada ambil gambar papan tanda (signboard) kawasan tersebut serta pengecaman tanda-tanda seperti Lorong dan bangunan kuning. SP2 juga ada membuat tandaan “X” dan dibandingkan dengan google maps yang ada. [11] Keterangan SP1 dan SP2 ini turut disokong dengan keterangan Pegawai Penyiasat kes (SP3). SP3 memberi keterangan bahawa beliau pergi ke tempat kejadian pada 3/3/2021 jam 3:00 Petang. [12] SP3 mengesahkan hanya terdapat satu lubang diJalan Cempedak 2, Taman Kota Masai tersebut. Beliau ada lukis Rajah Kasar dan Kunci (P14 dan P14A). Menurut SP3, kejadian berlaku di Lorong A – A1. [13] SP3 ada membuat satu keputusan kes (P15) dan kes diklasifikasikan sebagai “RTM”. Tiada pihak akan disaman oleh pihak polis pada peringkat ini. Walau bagaimanapun, SP3 mengesahkan bahawa lubang yang dijumpai adalah satu-satunya lubang yang ada di tempat kejadian, tidak dihalang oleh apa-apa kon atau tanda amaran dan motorsikal Plaintif disahkan ada mengalami kerosakan. [14] Walaupun SP3 tidak ada mengambil apa-apa gambar di tempat kejadian kerana tidak membawa jurugambar bersama, SP3 juga telah dirujuk dengan gambar yang diambil oleh SP2 dan SP3 bersetuju ia adalah gambar lubang dan tempat kejadian. [15] SD2 adalah wakil Defendan Pertama yang hadir memberi keterangan di Mahkamah. SD 2 bersetuju bahawa beliau bukan PI on duty (patrolling inspector yang bertugas) di Taman Kota Masai pada Februari 2021. Walaubagaimanapun, SD2 turut mengesahkan gambar-gambar lubang P2 (A hingga C) adalah sama dengan gambar-gambar lubang yang diambil oleh SD 2 iaitu D20 semasa membuat pengorekan lubang. [16] Dalam keterangan SD2, setiap rondaan perlu direkodkan dalam borang “notification of defect” (D18). Walaupun tiada dinyatakan fakta mengenai lubang dalam D18, SD2 turut mengesahkan bahawa tidak semestinya beliau seorang sahaja yang membuat rondaan di kawasan Zon Kota Masai. Terdapat rakan setugas (partner) akan berpecah dan membuat rondaan bersama team lain di kawasan tersebut. [17] Pada peringkat ini, Mahkamah bersetuju bahawa SD2 tidak dapat mengesahkan keesahan keterangan dalam D18 dan keterangan SD2 ini bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri bahawa gambar P2 adalah sama dengan D20 iaitu gambar lubang ketika pasukan SD2 hadir untuk membuat pengorekan “manhole” untuk mengenalpasti siapa pemilik “manhole” tersebut. Manhole yang dimaksudkan adalah lubang yang menjadi isu dalam tindakan ini. [18] SD2 turut mengesahkan Jalan Cempedak 2 berada di dalam Taman Kota Masai. Taman Kota Masai adalah satu kawasan perumahan. Ini juga selari dengan keterangan SP1, SP2 dan SP3.Beliau hadir semasa kerja-kerja pengorekan pada 29/09/2022. [19] Pada peringkat ini, Mahkamah boleh simpulkan bahawa dari Tarikh kejadian (11/2/2021), semasa SP2 hadir mengambil gambar (28/2/2021), Pegawai penyiasat (SP3) ke tempat kejadian (3/3/2021) sehingga SD2 dan pasukan pergi membuat kerja-kerja pengorekan (29/9/2022) lubang tersebut masih wujud dan kekal di tempat kejadian tanpa apa-apa pembaikan dan ia adalah satu lubang yang diakui sama oleh semua saksi. [20] Oleh demikian, pada peringkat ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa kewujudan lubang yang menjadi isu adalah tidak boleh disangkal mana-mana pihak. Plaintif telah membuktikan perkara ini. [21] Mahkamah dapati isu berhubung lubang yang wujud di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui sendiri oleh Defendan. Paparan google maps, gambar, hasil siasatan Pegawai Penyiasat (SP3) dan pengakuan Defendan Pertama sendiri dengan kehadiran wakil mereka ke tempat kejadian dan membuat tindakan baikpulih dengan membetulkan/meratakan lubang tersebut dengan permukaan jalan agar kejadian sama tidak berulang tidak boleh menafikan fakta kewujudan lubang tersebut. [22] Defendan Pertama telah memplidkan kenyataan yang bercanggah dalam pembelaan mereka. Defendan Pertama memplidkan bahawa tidak jumpa/nampak lubang dijalan tersebut tetapi kemudiannya mendapati ada lubang yang diakibatkan kerja-kerja kemudahan awam. Jadi isu lubang tidak wujud adalah tidak betul. [23] Persoalan seterusnya perkara yang timbul adalah dibawah tanggungajawab pihak mana? Plaintif mendakwa ia adalah kecuaian Defendan Pertama. Pliding juga telah mengesahkan dan Defendan Pertama sendiri mengakui bahawa mereka adalah pihak yang telah diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyelenggara jalan berkenaan. [24] Dalam pembelaan Defendan Pertama juga sebagai pembelaan menyatakan bahawa lubang tersebut atau apa yang dikatakan “manhole” adalah milik syarikat utility dan sepatutnya ada “sub-kontraktor” yang telah dilantik atau pihak lain yang perlu menyelenggara. Ia bukan di bawah tanggungjawab Defendan Pertama. [25] Walaupun diplikan sedemikian, Defendan Pertama tidak/gagal membawa prosiding Pihak Ketiga terhadap mana-mana kontraktor/pihak berkenaan. [26] Dalam masa yang sama, keterangan SD2 turut mengesahkan selepas kerja-kerja pengorekan pihak Defendan telah menurap terus lubang “manhole” tersebut. SD 2 turut mengesahkan dengan menurap lubang manhole tersebut, jalan raya lebih selamat kepada pengguna jalanraya. [27] Keterangan ini dengan sendiri mengesahkan bahawa Defendan Pertama telah mengambil tanggungjawab untuk membuat pembetulan dan pembaikan agar pengguna jalanraya akan lebih selamat. Jika benar ia dalam tanggungjawab pihak lain, adalah mustahil pihak Defendan Pertama akan mengambilalih tanggungjawab ini. [28] Isu seterusnya adalah samada Plaintif sendiri cuai kerana gagal mengelak kejadian tersebut. Ini juga adalah satu daripada pembelaan Defendan Pertama. [29] Dalam keterangan SP1, beliau terlibat dalam kejadian tersebut lebihkurang jam 10:00 malam. Kawasan kejadian adalah Kawasan perumahan, dikelilingi oleh kawasan rumah berpagar. [30] Daripada gambar P2, D20 dan Rajah Kasar dan Kunci, Mahkamah dapat lihat bahawa lubang tersebut berada di laluan tepi jalan iaitu sebagaimana dinyatakan oleh SP3 kejadian berlaku antara A – A1. Mahkamah setuju ia adalah laluan biasa bagi motorsikal. [31] Mahkamah membuat dapatan bahawa adalah munasabah untuk Plaintif tidak nampak lubang tersebut dalam keadaan malam, cahaya tidak cukup, dalam kawasan perumahan. [32] Mahkamah juga merujuk kepada keterangan SP 3 semasa pemeriksaan balas yang mana SP3 tidak bersetuju bahawa kemalangan ini dapat dielakkan sungguhpun jalan luas kerana kemalangan berpunca kepada beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kemalangan antaranya keadaan jalan gelap, cuaca dan keadaan trafik. [33] Mahkamah juga dapati bahawa Plaintif telah Berjaya membuktikan apa yang diplidkan memandangkan dalam keadaan biasa, jika tiada halangan (dalam kes ini lubang atas jalan), kejadian tidak akan berlaku. Tambahan pula, keterangan SP3 yang mengesahkan terdapat kerosakan pada motorsikal Plaintif adalah selari dengan keterangan dan laporan polis Plaintif yang melaporkan kejadian telah mengakibatkan kecederaan dan kerosakan pada motorsikalnya. Mariapan Kasinathan v. Muhamad Hassan Siran & Anor (Thiagu Gopal & Anor - Third Parties) [2014] AMEJ 1016; [2014] CLJU 883; [2014] 1 LNS 883: The principle as regards the burden of proof on the plaintiff in an action for damages based on negligence is well established. In the oft cited landmark case of Ng Chua Sia v. Maimon bt Ali [1983] 1 MLJ 110; [1982] CLJU 95; [1982] 1 LNS 95, Hashim Yeop A Sani J (as he then was) stated lucidly that: "The onus of proof is on the plaintiff... when an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person..." [34] Mahkamah membuat dapatan bahawa Defendan Pertama adalah bertanggungan 100% cuai dalam kejadian ini. Kes yang dirujuk oleh pihak Plaintif adalah terpakai dan Mahkamah membawa semula kes tersebut dalam menyokong dapatan Mahkamah di sini. [35] Rujuk kes PARIMALA A/P MUTHUSAMY & ORS V PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN [1997] 4 CLJ di mana Mahkamah Tinggi yang mana diputuskan seperti berikut: “On the issue of foreseeabilitiy, any reasonable man certainly will anticipate that cars will be driven at some speed when using the highway and if any cow (with the foreknowledge that cows do grass around that area) were to stray on the highway, not only is it foreseeable that a collision will occur, but injury or death is the near certain outcome. With the available facts, it would have been impossible to deny the Defendant's negligence.” [36] Mahkamah juga mengambil peluang untuk merujuk kes di bawah berhubung tanggungjawab menyelenggara jalanraya bagi kegunaan awam. Rujuk kes PENGARAH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA & SATU LAGI lwn. MD RIDZUAN MD HAMID, MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM, TENGKU MAIMUN TUAN MAT H [2011] CLJU 1902 memutuskan seperti berikut: “Keterangan menunjukkan bahawa kemalangan berlaku apabila plaintif hilang kawalan ke atas motorsikalnya selepas terjatuh ke dalam lubang di atas jalanraya di KM 1.5 Jalan Sungai Buloh. Jalan tersebut tidak mempunyai lampu jalan dan tanda amaran dan sebagaimana disahkan oleh juruteknik defendan, SD1, berada di bawah kawalan/seliaan defendan (lihat ms 69-71 Rekod Rayuan). Meneliti alasan penghakiman di ms 78 Rekod Rayuan, saya tidak mendapati Hakim Mahkamah Sesyen khilaf apabila menerima keterangan plaintif dan pegawai penyiasat mengenai keadaan jalan yang berlubang dan mendapati bahawa defendan gagal memastikan keadaan jalan selamat dan tidak merbahaya kepada pengguna. Tidak dinafikan bahawa kecederaan yang dialami oleh plaintif adalah disebabkan oleh kemalangan di antara plaintif dengan kenderaan BBN 9465 (pihak ketiga), tetapi jika tidak kerana plaintif terjatuh ke dalam lubang dan hilang kawalan, kemalangan tidak akan berlaku (lihat keterangan pegawai penyiasat di ms 59 & 62 Rekod Rayuan yang merujuk kepada repot pihak ketiga yang mengesahkan plaintif memasuki lubang sebelum melanggar pihak ketiga). Memandangkan yang tersebut di atas saya berpendapat ketiadaan bukti mengenai saiz lubang tidak menjejaskan fakta bahawa plaintif hilang kawalan apabila motorsikalnya memasuki lubang. Keterangan SD1 ialah bahawa apabila aduan dibuat baru kerja-kerja pembaikan dijalankan dan di sini tiada aduan dibuat oleh mana-mana pihak. Jika defendan hanya dikehendaki bertindak berdasarkan aduan, kenapa perlu kepada pemantauan 3 kali seminggu seperti dinyatakan oleh SD1. Justeru, ketiadaan aduan pada pendapat saya tidak melepaskan defendan daripada tanggungjawab menyelenggara jalan. Dihujahkan juga oleh Peguam Persekutuan yang bijaksana bahawa hanya jika terdapat kerja-kerja penyelenggaraan atau pembinaan oleh defendan barulah menjadi tanggungan defendan untuk memastikan langkah-langkah keselamatan dituruti. Di dalam kes ini tiada keterangan bahawa defendan menjalankan kerja-kerja pembinaan atau penyelenggaraan.
Preamble
Menurut 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956, penyelenggaraan jalan adalah tugas awam defendan. Keterangan menunjukkan bahawa SD1 tidak kenal pasti lubang di dalam kes ini dan SD1 tidak pergi ke lokasi kemalangan (lihat ms 71 Rekod Rayuan). Oleh itu saya berpendapat defendan gagal/cuai dalam tugasnya melaksanakan penyelenggaraan jalan berkenaan dan adalah bertanggungan kepada plaintif menurut seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan yang berbunyi "Nothing in this section shall prevent the bringing of any suit for damages or compensation arising out of negligence or trespass in the execution of any works of construction or maintenance undertaken by the Government in the exercise of the said public duties." [37] Walaupun kes ini merujuk kepada kerajaan dan Akta Prosiding Kerajaan 1956, ia adalah asas yang perlu digunapakai bagi pihak berwajib/bertanggungjawab dalam menjamin bahawa jalanraya yang disediakan adalah selamat bagi pengguna-pengguna. Dakwaan perlu ada aduan terlebih dahulu tidak boleh digunapakai dalam keadaan ini. [38] Secara kesimpulannya, atas isu liability ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka dan oleh demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif. Defendan Pertama cuai 100% dalam kemalangan ini. B - KUANTUM [1] Sekali lagi Mahkamah tegaskan bahawa dalam tindakan ini, Defendan Pertama tidak dan gagal memfailkan apa-apa hujahan bertulis atau hujahan lisan. [2] Oleh demikian, Mahkamah perlu membuat pertimbangan sewajarnya dan perlu memutuskan bahawa jumlah yang dituntut oleh Plaintif bagi setiap item dan gantirugi adalah munasabah, wajar dan adil berdasarkan prinsip undang-undang dan kes-kes yang diputuskan. [3] Pertimbangan Mahkamah bukan setakat bergantung kepada hujahan Plaintif semata-mata. Ia adalah merujuk kepada prinsip asas bagi membenarkan satu award gantirugi Am dan Khas dan juga berpandukan keadaan, kadar matawang terkini, prinsip yang telah diputuskan undang-undang, kewajaran/keadilan, Undang-undang terpakai dan sebagainya. [4] Berdasarkan perkara tersebut, atas dasar 100%, Mahkamah meutuskan bahawa Defendan Pertama hendaklah membayar kepada Plaintif kuantum bagi gantirugi seperti berikut: GANTIRUGI KHAS BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN /DITOLAK 1 Kos Dokumen Alasan Mahkamah:
1
Plaintif telah mengemukakan resit-resit bagi menyokong tuntutan ini sebagaimana berikut: RM 1,060.00 - Resit bayaran hospital bagi laporan perubatan berjumlah RM 160.00 - Resit rasmi No. 1894 bertarikh 13.10.2021 dari Century Orthopaedic Specialist Clinic berjumlah RM 900.00.
2
Oleh demikian, jumlah ini adalah dibenarkan. 2
1
Defendan Pertama tidak mencabar tuntutan ini. Oleh itu Mahkamah membuat dapatan bahawa jumlah yang dituntut adalah munasabah dan telah dialami oleh Plaintif akibat daripada kejadian ini. RM 500.00 3 Kos bagi pengangkutan ke Hospital
1
Plaintif telah hadir temujanji-temujanji di Hospital Sultan Ismail dan Sultanah Aminah Johor Bahru akibat kemalangan ini.
2
Walaupun tiada resit menunjukkan kos ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa terdapat kos dikeluarkan oleh Plaintif bagi RM 500.00 menghadiri temujanji-temujanji hospital berkenaan.
3
Defendan Pertama juga gagal mencabar tuntutan ini. Oleh itu, jumlah yang dituntut adalah munasabah dan adil untuk dibenarkan. 4 Kos Pembedahan Masa Hadapan a) Cost of Implant Removal b) Kos Perubatan bagi membeli ubat tahan sakit (painkiller) c) Cost of Physiotherapy d) Cost of Right Wrist and Fingers Tendon Transfer Surgery e) Cost of Elbow Replacement Surgery f) Cost of Revision Of Elbow Replacement Surgery Mahkamah benarkan 1/3 daripada kos pembedahan masa hadapan 1/3 x RM 116,200.00 = RM38,733.33. Alasan Mahkamah:
1
Laporan pakar Ortopedik Plaintif, Dr Teo di dalam pemeriksaan telah mendapati Plaintif telah menjalani pembedahan memasukkan besi di siku kanan. Dr Teo di muka surat 23 Ikatan Dokumen B telah mencadangkan pembedahan untuk mengeluarkan implant besi tersebut yang berjumlah RM 17,000.00 termasuk hospitalization dan after care.
2
Laporan pakar Defendan, Dr Dinesh turut mengesahkan terdapat 2 screws in Plaintiff right distal humerus. Beliau mencadangkan removal of implant jika terdapat infection, implant breakage, perprosthetic fracture dan patient''s own request for removal. Pembedahan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan dengan kos berjumlah RM 100.00.
3
Laporan pakar orthopedik Plaintif, Dr Teo telah mencadangkan Plaintif untuk mengambil ubat tahan sakit secara kerap bagi tempoh satu (1) tahun berdasarkan kiraan seperti berikut:- RM 150 - RM 200 (setiap bulan) x 12 bulan = RM 1,800.00 - RM 2,400.00.
4
Pakar orthopedik Defendan turut mengesahkan Plaintif mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat kecederaan pada siku tangan kanan. Pakar Defendan menyatakan Plaintif telah diberikan ubat tahan sakit dari hospital kerajaan secara percuma.
5
Laporan pakar orthopedik Plaintif, Dr Teo, telah menyatakan bahawa Plaintif memerlukan rawatan fisiterapi. physiotherapy will be helpful in alleviating pain, improving muscle wasting and joint movement. Kos fisoterapi adalah RM 120 bagi setiap sesi dan Plaintif memerlukan 20-30 sesi rawatan.
6
Pakar Ortopedik Defendan juga bersetuju Plaintif memerlukan rawatan fisioterapi kerana terdapat reduction in muscle mass of the right forearm as evidenced by the smaller girth of the right compared to the left dan reduction of muscle mass athrohy secondary to prolonged immobilization after the injury. Plaintif memerlukan fisioterapi untuk meningkatkan jisim otot (muscle mass) dan membantu joint biomechanics dan mengurangkan sakit.
7
Pakar orthopedik Defendan berpendapat, Plaintif memerlukan fisioterapi selama tiga (3) bulan dengan 1 sesi setiap minggu. Fisioterapi boleh dilakukan di Hospital kerajaan dengan kos RM 5.00 setiap kali lawatan.
8
Berdasarkan kad-kad rawatan, Plaintif telah menghadiri beberapa sesi fisioterapi namun keadaan Plaintif tidak mempunyai perubahan yang positif.
9
Mahkamah setuju untuk Plaintif diberikan kos fisioterapi di luar bagi membantu dan menyokong proses sembuh Plaintif secara efektif di mana Plaintif akan mempunyai lebih tinggi peluang untuk sembuh pada masa hadapan.
10
Laporan pakar orthopedik Plaintif di muka surat 23 dan 24, Ikatan Dokumen B, Dr Teo turut mencadangkan Plaintif menjalani pembedahan bagi tendon transfer surgery to restore the wrist and finger extension movement kerana telah mengalami right wrist drop. Kos bagi pembedahan ini adalah berjumlah RM 25,000.00 termasuk hospitalization dan after care.
11
Pakar Ortopedik Defendan pula turut mengesahkan Plaintif memerlukan tendon transfer surgery jika feasible. Namun beliau mencadangkan pembedahan ini dibuat dengan kos percuma di Hospital Kerajaan.
12
Laporan pakar ortopedik Plaintif di muka surat 23 Ikatan Dokumen B, Dr Teo telah mengesan Plaintif mempunyai osteoarthritis di bahagian tulang siku kanan akibat kecederaan fracture of right supracondylar humerus.
13
13.
Preamble
Menurut Pakar ortopedik Defendan, Dr Dinesh turut mencadangkan pembedahan bagi right elbow replacement surgery kerana Plaintif terdedah kepada post traumatic arthritic of the elbow akibat kecederaan yang dialami. Dr Dinesh menyatakan pembedahan perlu dilakukan sekiranya osteoarthritis telah memasuki advanced post traumatic arthritis. Kos bagi pembedahan ini adalah berjumlah RM 10,000.00 di hospital kerajaan.
14
Mahkamah setuju bahawa kedua-dua pakar telah bersetuju bahawa Plaintif mempunyai osteoarthritis akibat kecederaan yang dialami pada siku tangan kanan.
15
Laporan ortopedik Dr Teo, beliau mencadangkan Plaintif untuk menjalani revision bagi replacement surgery bagi setiap 15 tahun dengan kos RM 40,000.00 bagi setiap pembedahan termasuk hospitalization dan after care.
16
Pakar Defendan pula, Dr Dinesh telah mengatakan revision surgery bagi wear and tear hanya diperlukan dalam tempoh 20 tahun selepas pembedahan elbow replacement dilakukan.
17
Daripada kesemua laporan yang dirujuk, Mahkamah dapati bahawa rawatan-rawtaan yang dinyatakan adalah disyorkan dan perlu dijalani oleh Plaintif.
18
Pakar Defendan Pertama juga memberi pendangan berhubung isu ini. Defendan Pertama gagal mencabar tuntutan ini.
19
Walaubagaimanapun, Mahkamah membenarkan 1/3 daripada kos pembedahan masa hadapan 1/3 x RM 116,200.00 =
20
Ini kerana bagi kos rawtaan masa hadapan, adalah menjadi praktis untuk menolak kontigensi dan juga mengambilkira kos rawtaan swasta boleh digantikan dengan kos di hospital kerajaan.
21
Memandangkan tiada rayuan balas Plaintif bagi gantirugi ini, Mahkamah berpendapat ia adalah satu jumlah gantirugi yang sesuai dan berpatutan. 5 Kos Kehilangan Pendapatan Sebenar/Loss of Actual Earning.
1
Semua dokumen-dokumen berkaitan pendapatan dan sijil-sijil cuti sakit Plaintif telah dipersetujui tertakluk kepada hujahan.
2
Plaintif adalah seorang pemandu lori di Syarikat Johor Bah Services (JM0369096-X) pada masa kemalangan berlaku.
3
Slip-slip gaji Plaintif di muka surat 38 hingga 40, Ikatan Dokumen B, purata gaji Plaintif adalah berjumlah RM 4,137.00 dari bulan November 2020 hingga Januari 2021.
4
Bayaran gaji dibuat secara tunai kepada beliau kerana pekerjaan beliau adalah secara kontrak tiga (3) bulan.
5
Muka surat 1, Ikatan Dokumen H di mana pihak syarikat telah mengesahkan Plaintif tidak dibayar gaji sepanjang tempoh cuti sakit bermula pada Mac 2021 hingga ke Tarikh penghakiman.
6
Semasa perbicaraan, SP 1 telah menyatakan beliau masih lagi dalam rawatan dan tidak boleh kembali bekerja lagi.
7
Defendan Peretama mencabar isu pekerjaan Plaintif hanya bersandarkan kepada laporna polis SP1 yang menyebut “penganggur”.
8
Walaubagaimanapun, keterangan SP3 mengesahkan bahawa semasa laporan dibuat (iaitu selepas kejadian), SP1 tidak bekerja.
9
Beban untuk membuktikan Plaintif tidak bekerja semasa kejadian adalah terletak atas bahu Defendan Pertama yang membangkitkan isu ini.
10
Mahkamah berpuashati berdasarkan dokumen dan keterangan yang ada, Plaintif sememangnya bekerja dan mempunyai pendapatan pada masa kejadian.
11
Daripada Sijil Cuti Sakit yang ada di muka surat 2 hingga 9 Ikatan Dokumen H, Plaintif telah diberikan cuti sakit bermula 12.02.2021 hingga 29.11.2022 selama 21 bulan dan 18 hari.
12
Berdasarkan fakta di atas, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif dan menerimapakai pengiraan kehilangan pendapatan Plaintif yang juga telah mengambilkira potongan 1/3 bagi kos sara hidup (living expenses).
13
Defendan Pertama juga gagal berhujah apa-apa jumlah atau membantah bagi tuntutan ini. Sebagaimana dinyatakan pada peringkat awal, kesemua dokumen pendapatan dan dan cuti saikit adalah dipersetujui tertakluk kepada hujahan.
14
Defendan Pertama dalam kes ini tidak memfailkan apa-apa hujahan. Oleh demikian, adalah tidak adil dan munasabah untuk Defendan Pertama, hanya pada peringkat untuk merayu ke Mahkamah Tinggi, memohon satu jumlah sebaliknya.
15
Ia telah memprejudiskan hak Mahkamah ini untuk menilai kedua-dua pihak secara keseluruhan dan hanya membiarkan Mahkamah membuat pertimbangan sendiri dan setelah satu jumlah diberikan, Mahkamah ini dikatakan khilaf dan salah dalam membuat pertimbangan.
16
Oleh demikian, jumlah yang dihujahkan oleh Plaintif adalah berasas dan adalah dibenarkan. 6 Kos Kehilangan Pendapatan Masa Hadapan/Loss of Future Earnings. Alasan Mahkamah:
1
Semua dokumen-dokumen berkaitan pendapatan dan sijil-sijil cuti sakit Plaintif telah dipersetujui tertakluk kepada hujahan.
2
Sebagaimana dinyatakan di atas, sehingga ke tarikh keputusan, Plaintif masih tidak bekerja.
3
Laporan pakar kedua-dua pihak mengesahkan kecederaan ini masih ada dan tiada laporan lain yang menyatakan sebaliknya.
4
Ini juga dapat dilihat daripada syor dan cadangan doktor pakar bagi Plaintif menjalani beberapa rawatan pada masa hadapan.
5
Berdasarkan kesemua dokumen, eksibit dan keterangan yang ada, Mahkamah bersetuju bahawa Plaintif telah dan akan mengalami kehilangan pendapatan masa hadapan disebabkan kecederaan yang dialami akibat kejadian ini.
6
Mahkamah bersetuju dengan pengiraan dan prinsip yang digunapakai oleh Plaintif dalam hujahan mereka.
7
Sebagaimana dinyatakan di atas, adalah sangat tidak wajar pada peringkat ini/peringkat Rayuan untuk Defendan Pertama mengangkat isu ini kepada Mahkamah Atasan untuk berhujah yang Mahkamah ini telah khilaf.
8
Ia sepatutnya dihujahkan dari awal kenapa jumlah yang dihujahkan oleh Plaintif tidak betul, tidak sesuai, tidak munasabah atau tidak disokong oleh keterangan atau bukti.
9
Mahkamah mengharapkan bahawa kesusahan yang Mahkamah ini telah alami untuk membaca keseluruhan keterangan dan tidak dibantu oleh hujahan dan cadangan sepatutnya dari kedua-dua pihak adalah tidak wajar.
10
Sebagaimana dinyatakan sejak awal lagi, hujahan kedua-dua pihak sangat diperlukan terutama bagi menentukan isu kuantum kerana walaupun prinsip asas telah dipatuhi Mahkamah ini, ada perkara-perkara yang mungkin perlu dijelaskan (klarifikasi) semasa sebelum perbicaraan tamat atau sesuatu keputusan diberikan dan bukan diperingkat Rayuan untuk pihak yang tidak berpuashati berhujah tentang kekhilafan HMS dalam membuat pertimbangan.
11
Oleh demikian, sewajarnya jumlah yang dituntut oleh Plaintif dibenarkan dan Mahkamah berpendapat ia adalah adil, berpatutan dan munasabah serta telah dibuktikan. 7
1
Berdasarkan laporan polis P1, Plaintif telah menyatakan kerosakan motorsikal beliau adalah pada bahagian coverset, fork, lampu depan dan handle.
2
Ini juga telah disahkan oleh SP3 (Pegawai Penyiasat) semasa proses siasatan dijalankan.
3
Walaupun tiada buktik atau resit dikemukakan, Mahkamah berpuashati bahawa kos adalah dialami oleh Plaintif untuk membaiki semula motorsikal beliau.
4
Jumlah RM500.00 yang dihujahkan adalah munasabah dan berpatutan. Oleh itu, ia adalah dibenarkan. JUMLAH RM352,947.33 GANTIRUGI AM BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN /DITOLAK 1 Mild Head injury
1
Plaintif telah mengemukakan Laporan perubatan Plaintif dan doctor mengesahkan RM 50,000.00 bahawa Plaintif ada mengalami kecederaan di bahagian kepala.
2
Daripada laporan perubatan dari Hospital Sultan Ismail di muksaurat 3 – 5, doktor menyatakan Plaintif mengalami “mild head injury”.
3
Laporan perubatan HSI di mukasurat 9 juga ada menyatakan bahawa Plaintif melalui pemeriksaan “NECT brain done on 13/2/2021”.
4
Plaintif menuntut jumlah RM50,000.00 berdasarkan kes AU SEW FON V JASON YEOH JIN KHENG & 6 ORS [2019] 1 PIR [47], SC Kecederaan: Thin subdural bleed along the interhemispheric tissue with mild head injury. Awad : RM 50,000.00”.
5
Mahkamah bersetuju dengan jumlah yang diawardkan dan ia adalah berpatutan. 2 Open comminuted fracture of right supracondylar humerus with complicated right radial nerve palsy which develops into right wrist drop.
1
Mahkamah merujuk kepada laporan perubatan daripada Jabatan Ortopedik di Hospital Sultan Ismail di muka surat 6 hingga 8 Ikatan Dokumen B yang menyatakan bahawa Plaintif telah mengalami kecederaan “open comminuted fracture of the right supracondylar humerus.”
2
Dalam masa yang sama, Mahkamah merujuk Mukasurat 9, mukasurat 26 ikatan dokumen Plaintif Lampiran 55 dan juga laporan pakar Ortopedik di mukasurat 18.
3
Laporan pakar orthopedik Defendan juga mengesahkan bahawa kecederaan ini wujud dan menjadi semakin teruk dan masih wujud walaupun tempoh 1 tahun 5 bulan dan 19 hari selepas tarikh kemalangan.
4
Doktor pakar Defendan turut memeriksa Plaintif dan mendapati Plaintif mengalami kecacatan seperti grade 4/5 bagi kesemua right shoulder forward flexion, abduction, elbow flexion and extension dan finger grip. Grade 0/5 bagi right wrist extension dan 3/5 bagi wrist flexion.
5
Plaintif merujuk kepada SURIA SARVIN A/L REVI CHANDRAN (MENDAKWA MELALUI BAPA DAN SAHABAT WAKILNYA, REVI CHANDRAN A/L YELUMALAI) V MUHAMMAD AZAM B KHAIRUDIN & ANOR [2021] 2 PIR [20], SC Kecederaan: Open fracture of the left humerus with arterial injury resulting in above elbow amputation. Awad: RM 90,000.00”.
6
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan.
7
Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan cadangan Plaintif bahawa bagi kecederaan ini dan juga kesannya, jumlah RM70,000.00 adalah adil dan munasabah. 3 Multiple facial laceration wounds
1
Mahkamah merujuk kepada laporan perubatan daripada Jabatan Pembedahan Mulut di Hospital Sultan Ismail di muka surat 14, Ikatan Dokumen B.
2
Dalam laporan tersebut, doktor memberi pengesahan bahawa Plaintif telah mengalami multiple facial laceration wounds seperti berikut:- -Laceration wound(through and through) over upperlip inner lip in relation to tooth 21-24 measuring 3 cm x 2 cm (contaminated with tar and debris). -Laceration wound over right upper lip measuring 3 cm x 2 cm (contaminated with tar and debris). RM 20,000.00 - Laceration wound over upper right eyebrow region extending to corner of eyelid measuring 3 cm x 3 cm (contaminated with tar and debris).
3
Plaintif merujuk kepada kes SAURI BIN MOHAMED V MOHD RAFIE BIN HAZALI & 3 ORS [2016] 2 PIR [33], mc - Kecederaan: facial laceration. Awad: RM 20,000.00.
4
Memandangkan kecederaan ini adalah dibahagian muka dan terdedah, Mahkamah membuat dapatan bahawa jumlah ini wajar dan berpatutan.
5
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 4 Multiple abrasion wounds over philtrum and right frontal head region.
1
Melalui laporan daripada Jabatan Pembedahan di Hospital Sultan Ismail di mukasurat 16 Ikatan Dokumen B, Plaintif telah mengalami multiple abrasion wounds seperti berikut:- -Abrasion wound with tissue loss over philtrum region measuring 3 cm x 2 cm. -Abrasion wound over upper right frontal head region measuring 1 cm x 2cm.
2
Plaintif mencadangkan jumlah gantirugi berdasarkan Kes: MUHAMMAD BIN HASSAN V LAM NGIT CHOI & ANOR [2017] 1 PIR [40] Kecederaan: Multiple facial abrasion wounds - Awad: RM 8,000.00.
3
Mahkamah bersetuju dengan jumlah yang dihujahkan oleh Plaintif. Tambahan pula, Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 5 Fractures over anterior, lateral and posterior wall of right maxillary sinus with intrasinus hematoma.
1
Bagi kecederaan ini, Plaintif telah disahkan mengalami kecederaan anterior, lateral and posterior wall of right maxillary sinus with intrasinus hematoma hasil pemeriksaan NECT Brain pada 13.02.2021.
2
Defendan tidak mencabar kecederaan ini.
3
Plaintif mencadangkan jumlah RM45,000.00 bersandarkan Kes: MOHAN A/L SUBRAMANIAN V AZLAN SHAH BIN SARIP @ SHARIF & ANOR [2019] 1 PIR [4], SC-Kecederaan: Multiple maxillofacial injuries and fractures – maxilla, mandible, orbit, and nasal bone - Awad: RM 45,000.00”.
4
Mahkamah bersetuju dengan jumlah yang dihujahkan oleh Plaintif. Tambahan pula, RM 40,000.00 Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 6 Fracture over lateral wall of right orbit.
1
Kecederaan ini ada dinyatakan dalam laporan perubatan Hospital Sultan Ismail di muka surat 16, Ikatan Dokumen B.
2
Plaintif merujuk kepada otoriti dalam KES: MOHAMAD FAIRUS BIN MOHD BAKRI V SAIFUL BAHRI BIN HAMZAH & ANOR [2018] 1 PIR Kecederaan: Right orbital wall fracture with traumatic cataract-Awad: RM 14,000.00.
3
Mahkamah bersetuju dengan jumlah yang dihujahkan oleh Plaintif. Tambahan pula, RM 14,000.00 Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 7 Fracture over frontal process of right zygomatic bone.
1
Kecederaan ini dapat dilihat daripada laporan dari Jabatan Pembedahan di Hospital Sultan Ismail di muka surat 16, Ikatan Dokumen B, Plaintif telah disahkan mengalami kecederaan “frontal process of right zygomatic bone hasil pemeriksaan NECT
2
Brain pada 13.02.2021.” Plaintif merujuk kepada Kes: VASU DIVEN A/L BALA KRISHNAN V SYARIKAT MAJU MUDA & ANOR [2018] 1 PIR [62], SC - RM 15,000.00 Kecederaan: fracture of the left frontal bone-Awad : RM 15,000.00.
3
Mahkamah bersetuju dengan jumlah yang dicadangkan. Jumlah yang dicadnagkan adalah dalam lingkungan yang dibenarkan dan mengambilkiran nilai matawang pada masa kini.
4
Mahkamah bersetuju dengan jumlah yang dihujahkan oleh Plaintif. Tambahan pula, Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 8 Fracture over medial and lateral process of right pterygoid bone and right frontal bone. Alasan Mahkamah:
1
Berdasarkan laporan perubatan dari Jabatan Pembedahan di Hospital Sultan Ismail di mukasurat 11, Ikatan Dokumen B, Plaintif telah disahkan mengalami kecederaan “fracture over medial and lateral process of right pterygoid bone and right frontal bone” hasil pemeriksaan NECT Brain pada 13.02.2021.
2
Plaintif berhujah jumlah RM40,000.00 adalah wajar dan Mahkamah bersetuju bahawa kecederaan adalah selari sebagaimana dinyatakan dan terdapat kes sebelum ini yang merujuk kepada kecederaan yang sama dan jumlah yang dicadangkan adalah berdasarkan otoriti yang telah dibenarkan sebelum ini.
3
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 9 Punctured wound over distal part right arm with deformity.
1
Laporan perubatan dari Jabatan Kecemasan di Hospital Sultan Ismail di muka surat 4, Ikatan Dokumen B, Plaintif telah disahkan mengalami kecederaan “punctured wound over distal part right arm with deformity”.
2
Plaintif berhujah pad ajumlah RM10,000.00 dan merujuk kepada kes MOHAMAD SABRI BIN AZAMI V MOHD FAHRUDIN BIN ISHAK & ANOR [2020] 2 PIR [28] Kecederaan: Deep laceration wound over the right ankle with Achilles tendon and posterior tibial artery total cut - Awad: RM 17,000.00.
3
Mahkamah merujuk juga kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards RM 10,000.00 2018 bagi Kecederaan: Lacerations (single to multiple) - Awad:RM 2,500.00 – RM 9,500.00.
4
Oleh itu, jumlah yang dihujahkan oleh Plaintif adalah munasabah dan berpatutan.
5
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 10 Multiple abrasion wound over left arm dan right knee.
1
Jabatan Kecemasan di Hospital Sultan Ismail di muka surat 4, Ikatan Dokumen B melaporkan bahawa Plaintif telah disahkan mengalami kecederaan abrasion wounds over left arm dan right knee.
2
Plaintif merujuk kepada Kes: Mohamad Azizul Hakim bin Pilus v Salim bin Saad [2018] 1 PIR [24], sc - Kecederaan: Multiple abrasions over both hands and both lower limbs - Awad: RM 5,000.00.
3
Plaintif berhujah jumlah antara RM6,000.00 hingga RM7,000.00 bagi kecederaan ini.
4
Mahkamah memutuskan, berdasarkan Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 - Kecederaan: Abrasions (single to multiple) Awad: RM 1,300.00 – RM 5,000.00, Mahkamah memutuskan jumlah RM6,000.00 adalah berpatutan dan wajar.
5
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. Right brachial plexus injury
1
Laporan pakar orthopedik Plaintif di muka surat 23 Ikatan Dokumen B, Dr Teo telah menyatakan Plaintif telah mengalami right wrist drop akibat daripada right radial nerve injury after surgery related to the accident.
2
Pemeriksaan MRI bertarikh 1/08/2022 di muka surat 6 Ikatan Dokumen C, menunjukkan komplikasi “right radial nerve injury yang dialami oleh Plaintif telah menjadi right brachial plexus injury with more severe at lower trunk than middle and upper trunk.”
3
Laporan pakar orthopedik Dr Teo pula mengesahkan, Plaintif telah mengalami kecacatan seperti berikut:- - Weakness of right upper limb - Difficulties in climbing ladder and lifting heavy loads. -Pain of right upper limb on sustained exertion. RM 75,000.00 -Limitation of right upper limb movements.
4
Plaintif berhujah jumlah antara RM75,000.00 – RM80,000.00 berdasarkan kes Kes: ZULIMI B LIFAT & ANOR V JOS AK ALAM [2013] 2 PIR [23], SC - Kecederaan: Brachial plexus injury to the left upper limb with deformed left shoulder, difficulties in carrying heavy objects and performing other strenuous physical activities, inability to resume sports and employment, insensate left upper limb and weakness in the upper limb - Awad: RM 75,000.00.
5
Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 juga menggariskan bahawa bagi Kecederaan : Brachial plexus injury to upper limb - Awad : RM 50,000.00 – RM 80,000.00.
6
Oleh itu, Mahkamah berpuashati bahawa jumlah RM75,000.00 adalah adil dan munasabah.
7
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 12 Right 3rd, 6th and 7th ribs fractures
1
Berdasarkan laporan perubatan dari Jabatan Pembedahan Am di Hospital Sultan Ismail di muka surat 11, Ikatan Dokumen B, Plaintif telah disahkan mengalami kecederaan right 3rd, 6th dan 7th rib fractures.
2
Plaintif merujuk kepada Kes: AB RAHIM AWANG, MENUNTUT SEBAGAI BAPA YANG SAH MENURUT HUKUM, DAN ORANG TANGGUNGAN KEPADA MOHAMAD FARHAN BIN AR RAHIM, SI MATI V GANENDRAN A/L MOGANA & RM 12,000.00 ANOR (AND ANOTHER SUIT) [2017] 1 PIR [58], sc - Kecederaan: Fracture of the fifth to the seventh ribs - Awad: RM 12,000.00.
3
Mahkamah bersetuju bahawa berdasarkan Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018, award bagi kecederaan sedemikian adalah antara RM4,000.00 - RM 5,000.00 bagi setiap Rib.
4
Oleh demikian, jumlah RM12,000.00 adalah munasabah bagi 3 kepatahan Ribs yang dialami oleh Plaintif.
5
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau apa-apa nilai yang dicadangkan. 13 Multiple scarrings. Alasan Mahkamah:
1
Plaintif mempunyai parut-parut akibat kemalangan seperti berikut dan ia dinyatakan dalam laporan-laporan perubatan yang dirujuk dalam kes ini: - - 3 cm hypopigmented wound scar on the upper lip - 14 cm hyperpigmented operatie scar on the right elbow - Two 1 cm and 2 cm hyperpigmented pin scars on the right arm. - 2 x 1 cm, hyperpigmented wound scars on the right forearm. - Two, 2 cm x 1 cm hyperpigmented pin scars on the right forearm.
2
Plaintif merujuk kepada Kes : ABDUL RAZAK BIN BAZHEER AHAMED & ANOR V NG KUANG YEW & ANOR [2018] 22 PIR [57], SC - Kecederaan : Multiple scars - Awad: RM 10,000.00.
3
Mahkamah bersependapat dengan hujahan Plaintif untuk jumlah RM10,000.00 bagi kecederaan sedemikian dan merasakan ia satu jumlah yang wajar.
4
Defendan tidak mencadangkan apa-apa jumlah dan Mahkamah berpendapat adalah tidak adil pada peringkat rayuan ini, Defendan mencadangkan satu jumlah lain mencabar tuntutan ini kerana Mahkamah ini tidak pernah diberi peluang untuk mempertimbangkan jumlah atau atau apa-apa nilai yang dicadangkan.
1
C – faedah faedah atas gantirugi khas ialah 2.5% setahun dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman
2
faedah ke atas gantirugi am ialah 5% setahun dari tarikh penyampaian writ saman hingga penghakiman
3
faedah ke atas jumlah penghakiman ialah 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran jumlah penuh penghakiman. D – kos seperti dalam skala Jumlah penghakiman dimasukkan ke dalam akaun klien peguamcara Plaintif sebagai pemegang amanah untuk di bayar kepada Plaintif. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: SAZLINA SAFIE ……………………………….. SAZLINA BINTI SAFIE HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 JOHOR BAHRU, JOHOR TARIKH: 28/4/2024. PEGUAMCARA PLAINTIF: EN. MOHAMMAD IKHWAAN BIN MOHD ZULKIFLI PN. MAISARAH BINTI ROSLEE [THE LAW CHAMBERS OF HIDAHYU & ASSOCIATES] PEGUAMCARA DEFENDAN EN. MOHD ANWAR HAKIM BIN AZMAN CIK SYEREEN TANG LI CHOO [TETUAN OTHMAN HASHIM & CO.]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.