Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BA-21NCvC-19-04/2023 ANTARA RAZIF BIN ZAINOL ABIDIN (NO. K/P: 730218-14-5769) …PLAINTIF DAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG …DEFENDAN
BA-21NCvC-19-04/2023
High Court of Malaysia6 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ak HSAAS UPM mahupun dengan mana-mana perkhidmatan awam lain pada masa akan datang. [22] Defendan seterusnya bergantung kepada kes Sumithra a/p V Thanigasalam v Kementerian Pendidikan Malaysia & Ors [2019] AMEJ 0119; [2019] CLJU 268; [2019] MLJU 1395; [2019] MLRHU 211, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pe”
“un dengan mana-mana perkhidmatan awam lain pada masa akan datang. [22] Defendan seterusnya bergantung kepada kes Sumithra a/p V Thanigasalam v Kementerian Pendidikan Malaysia & Ors [2019] AMEJ 0119; [2019] CLJU 268; [2019] MLJU 1395; [2019] MLRHU 211, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perletakan jawatan s”
“na perkhidmatan awam lain pada masa akan datang. [22] Defendan seterusnya bergantung kepada kes Sumithra a/p V Thanigasalam v Kementerian Pendidikan Malaysia & Ors [2019] AMEJ 0119; [2019] CLJU 268; [2019] MLJU 1395; [2019] MLRHU 211, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perletakan jawatan secara sukarela da”
“am lain pada masa akan datang. [22] Defendan seterusnya bergantung kepada kes Sumithra a/p V Thanigasalam v Kementerian Pendidikan Malaysia & Ors [2019] AMEJ 0119; [2019] CLJU 268; [2019] MLJU 1395; [2019] MLRHU 211, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perletakan jawatan secara sukarela dari Pemohon telah m”
“b) Kerugian kehilangan status berpencen sebanyak RM70,574.00. [17] Plaintif telah bergantung kepada beberapa nas seperti kes Professor Emeritus Dr Azman bin Awang & Anor v FSBM Ctech Sdn Bhd & Anor [2021] AMEJ 1719; [2021] MLJU 2227 untuk menyokong tuntuntannya untuk gantirugi am serta kes Chin Min Hua & Ors v Eagaival”
“angan status berpencen sebanyak RM70,574.00. [17] Plaintif telah bergantung kepada beberapa nas seperti kes Professor Emeritus Dr Azman bin Awang & Anor v FSBM Ctech Sdn Bhd & Anor [2021] AMEJ 1719; [2021] MLJU 2227 untuk menyokong tuntuntannya untuk gantirugi am serta kes Chin Min Hua & Ors v Eagaivallinayagi Ammal [2”
“FSBM Ctech Sdn Bhd & Anor [2021] AMEJ 1719; [2021] MLJU 2227 untuk menyokong tuntuntannya untuk gantirugi am serta kes Chin Min Hua & Ors v Eagaivallinayagi Ammal [2023] 4 AMR 972; [2023] 5 CLJ 445; [2023] MLJU 497; [2023] MLRHU 361, untuk proposisi bahawa suatu tindakan litigasi boleh menyebabkan “mental and emotional”
“hd & Anor [2021] AMEJ 1719; [2021] MLJU 2227 untuk menyokong tuntuntannya untuk gantirugi am serta kes Chin Min Hua & Ors v Eagaivallinayagi Ammal [2023] 4 AMR 972; [2023] 5 CLJ 445; [2023] MLJU 497; [2023] MLRHU 361, untuk proposisi bahawa suatu tindakan litigasi boleh menyebabkan “mental and emotional distress”. Pemb”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BA-21NCvC-19-04/2023 ANTARA RAZIF BIN ZAINOL ABIDIN (NO. K/P: 730218-14-5769) …PLAINTIF DAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG …DEFENDAN
1
Plaintif telah berkhidmat sebagai seorang Pegawai Perubatan dengan Defendan dari 2007 sehingga 2015, apabila Plaintif telah meletakkan jawatannya atas alasan peribadi. Untuk tujuan “Mengemaskini Pencantuman Perkhidmatan”, majikan baru Plaintif telah menghubungi Defendan dan memaklumkan kepada Defendan bahawa Plaintif telah dilantik dan telah mula berkhidmat dengan pihak majikan baru tersebut dan memohon untuk diberikan satu salinan Buku Perkhidmatan Plaintif. Kedua majikan baru Plaintif serta Plaintif telah dimaklumkan oleh Defendan bahawa fail peribadi serta Buku Perkhidmatan Plaintiff telah dilupuskan oleh Defendan. 17/01/2025 10:12:29 BA-21NCvC-19-04/2023 Kand. 26
2
Atas ketidakpuasan Plaintif terhadap tindakan Defendan untuk melupuskan Buku Perkhidmatannya, Plaintiff telah memulakan tindakan sivil ini berdasarkan kausa tindakan kecuaian oleh pihak Defendan dalam mengendalikan dan melupuskan Buku Perkhidmatannya.
3
Isu-isu yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak untuk dibicarakan adalah seperti berikut.
4
Pertama, sama ada Defendan telah melakukan kecuaian dengan melupuskan Buku Perkhidmatan Plaintif?
5
Kedua, sekiranya Defendan telah melakukan kecuaian, sama ada Plaintiff menanggung sebarang kerugian akibat daripada pelupusan Buku Perkhidmatan tersebut?
6
Ketiga, sama ada Plaintif telah melepaskan haknya untuk mencantum perkhidmatan akibat perletakkan jawatan tersebut?
7
Keempat, sama ada tuntutan Plaintif bersifat akademik kerana Buku Perkhidmatan Plaintif telah disalin semula dan diserahkan kepada pihak Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
8
Memandangkan fakta-fakta dalam kes ini tidak dipertikaikan dan tiada faedah yang akan dicapai dengan pemanggilan dan pemeriksaan balas saksi, peguam-peguam bagi kedua pihak pada hari yang 3 dijadualkan untuk perbicaraan pada 1 Oktober, 2024 telah mencadangkan, dan Mahkamah ini bersetuju, supaya penentuan isu-isu sepertimana yang tertera di perenggan [4] – [7] di atas dilakukan oleh Mahkamah ini melalui hujahan-hujahan bertulis oleh pihak-pihak.
9
Berdasarkan kepada Pernyataan Tuntutan Plaintif, Plaintif berhujah bahawa Defendan telah melakukan kecuaian dan butir-butir kecuaian Defendan adalah seperti berikut: a) Gagal untuk menyimpan buku perkhidmatan Plaintif secara teratur dalam tempoh yang ditetapkan sepertimana yang termaktub di dalam Jadual Pelupusan Rekod Urusan Am 2012; b) Gagal untuk memastikan buku perkhidmatan Plaintif disimpan berasingan dengan fail peribadi Plaintif; c) Tidak mengikut prosedur dan ketetapan dalam melupuskan rekod sehingga menyebabkan buku perkhidmatan Plaintif dilupuskan oleh Defendan; d) Gagal untuk menyerahkan buku perkhidmatan Plaintif kepada pihak Arkib Negara Malaysia selepas tempoh yang ditetapkan sehingga menyebabkan buku perkhidmatan tersebut dilupuskan bersama fail peribadi Plaintif. 4 e) Gagal untuk mematuhi kelulusan yang diberikan oleh pihak Arkib Negara Malaysia dalam melupuskan rekod sehingga menyebabkan buku perkhidmatan Plaintif dilupuskan.
10
Berikutan daripada dakwaan-dakwaan di atas, Plaintif dalam tuntutanya telah menuntut dari Defendan seperti berikut:- a) Satu deklarasi bahawa Defendan telah melakukan kecuaian dalam melupuskan buku perkhidmatan Plaintif; b) Satu Perintah bahawa Defendan mendapatkan semula maklumat Plaintif dan menyediakan semula satu buku perkhidmatan yang mengandungi segala rekod perkhidmatan Plaintif ketika berkhidmat bersama Defendan sepertimana yang diperuntukkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman; c) Satu Perintah bahawa Defendan menyerahkan buku perkhidmatan yang telah disalin semula kepada pihak Arkib Negara, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan majikan semasa plaintif dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan rekod dan simpanan pihak-pihak tersebut; d) Gantirugi am terhadap kecuaian Defendan tersebut; dan e) Kos.
11
Plaintif telah memberi penjelasan mengenai ciri serta kepentingan Buku Perkhidmatan tersebut. Antara lain, Plaintif berhujah bahawa Buku Perkhidmatan adalah digunakan bagi pengesahan perkhidmatan dan juga pemberian taraf berpencen. Ia juga penting bagi menentukan kelayakan pencen Pegawai dan juga jumlah yang diterima memandangkan rekod perkhidmatan pegawai terdahulu adalah ditulis di dalam Buku Perkhidmatan tersebut.
12
Plaintif juga berhujah bahawa apabila Plaintif telah berhenti kerja dengan Defendan, segala rekod perkhidmatan Plaintif disimpan di dalam Buku Perkhidmatan Plaintif dan apabila Plaintif mula bekerja dengan Universiti Putra Malaysia (UPM), Buku Perkhidmatan Plaintif adalah penting untuk menentukan pengesahan perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen Plaintif kerana rekod perkhidmatan Plaintif terdahulu bersama Defendan akan diambil kira oleh majikan baru Plaintif. Ini juga termasuk dengan tujuan untuk percantuman perkhidmatan mengambil kira perkhidmatan terdahulu Plaintif bersama Defendan.
13
Secara ringkas, Plaintif berhujah bahawa Buku Perkhidmatan Plaintif adalah satu dokumen yang penting bagi menentukan status beliau di dalam perkhidmatan awam kerana Buku Perkhidmata tersebut akan dapat menentukan: a) Pengesahan Perkhidmatan Plaintif; b) Taraf Berpencen; c) Menetukan kenaikan pangkat; serta 6 d) Kelayakan persaraan Plaintif
14
Mengikut hujahan Plaintif, seandainya Buku Perkhidmatan tersebut telah dimusnahkan, maka segala rekod perkhidmatan Pegawai tersebut juga telah hilang yang secara khusus menyebabkan seseorang Pegawai kehilangan manfaat-manfaat yang dinyatakan di atas.
15
Plaintif juga merujuk Mahkamah ini kepada seksyen 25 Akta Arkib Negara 2003 yang memperuntukkan bahawa ia merupakan satu kesalahan untuk mana-mana agensi melupuskan rekod awam termasuklah Buku Perkhidmatan. Seksyen 25 Akta tersebut memperuntukkan seperti berikut. Larangan Terhadap Pemusnahan Rekod Awam
1
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah, memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam yang dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.
2
Seseorang yang berniat untuk memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam hendaklah –
a
memberitahu Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan tentang niat untuk berbuat demikian; dan
b
dalam pemberitahuan itu, menyatakan sifat rekod awam yang berkenaan.
3
Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana rekod awam yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen
2
dijadikan tersedia untuknya bagi pemeriksaannya dan dia boleh memeriksa rekod itu.
4
Ketua Pengarah boleh, mengikut seksyen 26, membenarkan pemusnahan rekod awam yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2);
5
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) atau yang tidak menjadikan tersedia mana-mana rekod awam sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. [16] Berdasarkan kepada hujahan-hujahan diatas, Plaintif menekankan bahawa pemusnahan Buku Perkhidmatan tersebut telah memberikan kesan kepada beliau dan gantirugi yang dituntut adalah seperti berikut:
a
Kerugian mental dan “emotional distress” akibat Buku Perkhidmatan Plaintif dimusnahkan sebanyak RM200,000.00; dan
b
Kerugian kehilangan status berpencen sebanyak RM70,574.00. [17] Plaintif telah bergantung kepada beberapa nas seperti kes Professor Emeritus Dr Azman bin Awang & Anor v FSBM Ctech Sdn Bhd & Anor [2021] AMEJ 1719; [2021] MLJU 2227 untuk menyokong tuntuntannya untuk gantirugi am serta kes Chin Min Hua & Ors v Eagaivallinayagi Ammal [2023] 4 AMR 972; [2023] 5 CLJ 445; [2023] MLJU 497; [2023] MLRHU 361, untuk proposisi bahawa suatu tindakan litigasi boleh menyebabkan “mental and emotional distress”. Pembelaan dan Hujahan oleh Defendan [18] Defendan telah menjelaskan bahawa rentetan daripada aduan yang dibuat oleh Plaintif kepada pihak Arkib Negara Malaysia, Defendan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan mendapatkan semula maklumat Plaintif daripada pelbagai sumber dan pihak-pihak yang berkaitan antara lainnya melalui jabatan-jabatan dalaman Defendan, Jabatan Perkhidmatan Awam (“JPA”), dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) dan hasil daripada pengumpulan maklumat tersebut, Defendan telah menyalin semula maklumat peribadi, kenyataan perkhidmatan, kenyataan cuti, lembaran kelakuan, kebankrapan, dan maklumat lain ke dalam Buku Perkhidmatan Plaintif yang baru. [19] Defendan turut menekankan bahawa Buku Perkhidmatan Baru tersebut selanjutnya telah diserahkan oleh Defendan kepada Pejabat Pendaftar HSAAS UPM serta disalinkan kepada Plaintif, pihak ANM, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan walaupunpun pihak HSAAS UPM telah menerima Buku Perkhidmatan Baru tersebut pada 30 Mac, 2023, Plaintif telah tidak berpuas hati dan memfailkan tindakan ini terhadap Defendan pada 13 April, 2024. [20] Mengenai isu sama ada Defendan telah bertindak cuai dalam ertikata undang-undang, Defendan berhujah bahawa jawapan kepada isu ini adalah secara negatif. Hujahan ini berlandaskan kepada fakta bahawa Plaintif tidak mengalami sebarang kerosakan (damage) akibat daripada pelupusan Buku Perkhidmatan tersebut. Defendan turut bergantung kepada kes Mahkamah Rayuan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Sdn Bhd v Kim Seng Enterprise (Kedah) Sdn Bhd [2013] 6 CLJ 958; [2013] 5 MLJ 360; [2013] 4 MLRA 68. [21] Sebagai hujahan balas terhadap tuntutan Plaintiff yang kononnya mengalami kerugian kehilangan status berpencen sebanyak RM70,574.00, Defendan menyarankan bahawa Plaintif sememangnya tidak berlayak untuk mendapat apa-apa manfaat atau faedah di bawah Peraturan-Peraturan Pencen 1980 yang digubal di bawah seksyen 5 Akta Pencen 1980. Oleh yang demikian, intipati hujahan Defendan ialah perbuatan melupuskan Buku Perkhidmatan tersebut tidak sama sekali menjejaskan apa-apa status berpencen, pengiraan gratuiti ataupun gantian cuti rehat Plaintif bagi Tempoh Perkhidmatan Kini dengan pihak HSAAS UPM mahupun dengan mana-mana perkhidmatan awam lain pada masa akan datang. [22] Defendan seterusnya bergantung kepada kes Sumithra a/p V Thanigasalam v Kementerian Pendidikan Malaysia & Ors [2019] AMEJ 0119; [2019] CLJU 268; [2019] MLJU 1395; [2019] MLRHU 211, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perletakan jawatan secara sukarela dari Pemohon telah menghalang Pemohon dari menerima pencen sepertimana di bawah Akta Pencen 1980 dan permohonan Pemohon untuk dipinda kepada persaraan pilihan mestilah mendapat kebenaran dari Yang di-Pertuan Agong. [23] Secara alternatifnya, Defendan turut berhujah bahawa sekiranya isu kecuaian dijawab secara afirmatif, tiada apa-apa ganti rugi (damages) yang boleh dituntut oleh Plaintif. Hujahan di sini berlandaskan kepada prinsip undang-undang bahawa “tujuan gantirugi adalah untuk meletakkan pihak yang mengalami kerugian kepada keadaan yang sama sepertimana beliau berada jika kesalahan tort tersebut tidak terjadi atau pun berlaku” dan “bukannya bertujuan untuk memperkayakan pihak yang mengalami kerugian”: Yang Salbiah & Anor v Jamil B Harun [1981] 1 MLJ
292
[24] Berdasarkan kepada prinsip undang-undang ini, Defendan berhujah sekali lagi bahawa “keadaan Plaintif tidak akan sama sekali berubah dalam keadaan Buku Perkhidmatan tersebut dilupuskan mahupun tidak” dan “sekiranya gantirugi diberikan, ianya hanya akan mengayakan Plaintif Sahaja”. Dapatan Mahkamah [25] Berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod Urusan Am Tahun 2012, pihak Arkib Negara Malaysia telah mengesahkan bahawa hanya fail peribadi yang boleh dilupuskan tetapi Buku Perkhidmatan tidak boleh dimusnahkan oleh Defendan. [26] Ditambah pula dengan pengakuan oleh Defendan serta persetujuan oleh pihak-pihak yang mengesahkan fakta bahawa Defendan telah melupuskan Buku Perkhidmatan beserta Fail Peribadi Plaintif bagi tempoh perkhidmatan lepas Plaintif dengan Defendan, apa yang tidak dapat disangkalkan dalam kes ini ialah fakta bahawa Defendan telah bertindak “cuai” mengikut ertikata fahaman biasa perkataan cuai. Namun, Mahkamah dikehendaki membuat penentuan sama ada kecuaian mengikut ertikata undang-undang telah berlaku. [27] Untuk ini, Plaintif perlu membuktikan ketiga-tiga elemen kewajipan berjaga-jaga oleh Defendan ke atas Plaintif (Elemen Pertama); pelanggaran terhadap kewajipan berjaga-jaga tersebut oleh Defendan (Elemen Kedua); dan kerugian atau kerosakan (damage) yang dialami oleh Plaintif akibat dari pelanggaran kewajipan berjaga-jaga tersebut (“Elemen Ketiga”). [28] Mahkamah ini mendapati bahawa Elemen Pertama dan Elemen Kedua telah dibuktikan dan ini tidak dipertikaikan oleh Defendan. Yang menjadi persoalan ialah sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan ujudnya Elemen Ketiga. [29] Setelah membuat penelitian terhadap peruntukkan-peruntukkan dalam Akta Pencen 1980 serta Peraturan-Peraturan Pencen 1980 dan kes-kes yang telah dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Plaintif akibat tindakan oleh Defendan dalam melupuskan Buku Perkhidmatan beliau. Oleh yang demikian, dakwaan oleh Plaintif bahawa beliau terjejas akkibat Tindakan Defendan dan kerugian kehilangan status berpencen sebanyak RM70,574.00 tidak disokong oleh undang-undang. [30] Tambahan, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah melepaskan haknya untuk mencantum perkhidmatan akibat perletakkan jawatan tersebut. [31] Apa yang perlu diingat ialah fakta bahawa Plaintif turut berhujah bahawa beliau telah mengalami tekanan mental dan emosi akibat tindakan Defendan dalam melupuskan Buku Perkhidmatan beliau. [32] Memandangkan betapa pentingnya sesebuah Buku Perkhidmatan seorang pekerja, Mahkamah ini berpendapat bahawa tekanan mental dan emosi merupakan “kerosakan atau kerugian” mengikut makna Elemen Ketiga dalam tort kecuaian. Namun demikian, dakwaan tekanan mental dan emosi tidak diplidkan oleh Plaintif dan perkara ini hanya dibangkitkan di peringkat hujahan sahaja. [33] Berdasarkan kepada dapatan yang telah dicapai oleh Mahkamah dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan Defendan telah melakukan kecuaian di sisi undang-undang dengan melupuskan Buku Perkhidmatan beliau. [34] Perintah untuk Defendan mendapatkan semula maklumat Plaintif dan menyediakan semula satu buku perkhidmatan yang mengandungi segala rekod perkhidmatan Plaintif ketika berkhidmat bersama Defendan sepertimana yang diperuntukkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman serta perintah bahawa Defendan menyerahkan buku perkhidmatan yang telah disalin semula kepada pihak Arkib Negara, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan majikan semasa plaintif dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan rekod dan simpanan pihak-pihak tersebut kini bersifat akademik. [35] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah ditolak. [36] Berdasarkan kepada fakta dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa adalah adil untuk satu perintah bahawa pihak-pihak harus menanggung kos mereka sendiri. Bertarikh: 6 Januari, 2025 sgd [CHOONG YEOW CHOY] Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Peguam: Muhammad Zulfaqar Zikry bin Wahidin bagi pihak Plaintif (Tetuan Wan Ahmad Ridzuan & Co.) Nur Amalina binti Haris bagi pihak Defendan (Tetuan Amalina & Sharina)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.