the provisions of sub-s 36(4) of the Act are to be given full effect. The judge shall not be bound to conform to the opinions of the assessors. In the event of any disagreement between the assessors with regard to the amount of compensation, the judge may elect to consider which is the two opinions in his view is appropriate in the circumstances of the case. The judge is also at liberty to depart from the opinion of either of the assessors and decide on the reasonable amount of compensation to be awarded to the Analisa dan Dapatan [12] Dalam rujukan tanah ini, mahkamah ini dibantu oleh Puan Siti Rafidah binti Kasmori pengapit kerajaan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Encik Azman Mamat, pengapit swasta dari Nilai Harta Consultant Sdn Bhd. Kedua-dua penilai telah dilantik untuk membantu mahkamah ini dalam menentukan bantahan yang dibuat oleh pemohon terhadap awad responden. Secara ringkasnya, kedua-dua penilai kerajaan dan penilai swasta berpendapat bahawa awad yang diberikan oleh responden adalah adil dan munasabah. [13] Undang-undang memperuntukkan bahawa bagi bantahan dalam kes rujukan tanah, pemohon hendaklah membuktikan kes prima facie bahawa awad pampasan yang diberikan oleh responden adalah tidak mencukupi. Dalam kes Ong Yan & Anor v. Collector of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1986] 1 MLJ 405, mahkamah telah menyatakan: n cases the burden is on the applicant to make out a prima facie case of inadequate award. Only when he succeeds in doing so would the respondent be called upon to introduce his evidence; hould [14] Dalam menentukan jumlah pampasan yang mencukupi, mahkamah merujuk kepada perenggan 1(1A) Jadual Pertama APT 1960 seperti berikut: may use any suitable method of valuation to arrive at the market value provided that regard may be had to the prices paid for the recent sales of lands with similar characteristics as the scheduled land which are situated within the vicinity of the scheduled land and with particular consideration being given to the last transaction on the scheduled land within two years from the date with reference to which the scheduled land is to be ass [Penekanan ditambah] [15] Dalam kes rujukan tanah ini, pemohon membantah terhadap nilaian tanah, tuntutan supaya tanah baki diambil bersama tanah Lot Subjek dan kesan kemudaratan. [16] Responden telah mengawadkan pemohon sebanyak RM1,813,626.36 (RM3,121.56 semeter persegi) bagi nilai pasaran Lot Subjek. Responden juga telah mengawadkan RM100,000.00 bagi kos kehilangan sewa, RM35,680.00 bagi kos Plot C, RM40,400.00 bagi kos Plot D dan Kos Pembangunan Tanah sebanyak RM 177,216.55. Nilai pasaran [17] Bagi nilai pasaran, responden telah mengawadkan sebanyak RM1,813,626.36 iaitu RM3,121.56 semeter persegi. Penilai Swasta telah menilai nilai pasaran sebanyak RM1,876,626.00, iaitu RM3,230.00 semeter persegi. Manakala Penilai Kerajaan telah menilai sebanyak RM1,394,400.00 iaitu RM2,400.00 semeter persegi. [18] Bagi nilai pasaran, APT 1960 memperuntukkan di Perenggan 1(1A),