Lampiran
Lampiran 61. Tiada Notis Rayuan Balas difailkan oleh pihak Defendan dalam tindakan ini. DAPATAN MAHKAMAH [1] Setelah meneliti Ikatan Pliding, keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit, hujahan dan otoriti kesemua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan seperti berikut: 1) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan ditolak dengan kos; 2) Tuntutan Balas Defendan seperti di perenggan 50 Tuntutan Balas dibenarkan iaitu: (1) Satu deklarasi bahawa Surat Tawaran bertarikh 30.6.2021 tersebut telah ditamatkan dengan betul (rightfully terminated) oleh Defendan atas satu kemungkiran asasi (fundamental breach) yang dilakukan oleh Plaintif; S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g (2) Jumlah tertunggak sebanyak RM101,229.53 di bawah Tuntutan-tuntutan Kemajuan No. 2 hingga No. 6 (“Jumlah Tertunggak”); (4) Jumlah Tahanan (Retention Sum) sebanyak RM6,982.01; (6) Faedah sebanyak 5% ke atas Jumlah Tertunggak daripada tarikh Tuntutan Kemajuan masing-masing sehingga tarikh penghakiman dan faedah sebanyak 5% atas jumlah penghakiman daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya; (8) Faedah sebanyak 5% ke atas Jumlah Tahanan daripada tarikh penamatan Surat Tawaran tersebut pada 23.3.2022 sehingga tarikh penghakiman dan faedah sebanyak 5% atas Jumlah Tahanan tersebut daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya; (9) Kos; [2] Dalam tindakan ini, pihak Plaintif telah memanggil sebanyak 2 orang saksi manakala Defendan telah memanggil 1 saksi. [3] Dalam membuktikan sesuatu kes sivil, beban pembuktian adalah atas imbangan kebarangkalian. Secara asasnya, beban terletak S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g pada pihak Plaintif. Dalam masa yang sama, Defendan juga ada menuntut balas dalam tindakan ini. [3] Melalui kes SAMPO MATERIALS (M) SDN BHD v. TENAGA NASIONAL BHD, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2015] 9 CLJ 902, Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut: JUDGMENT Alizatul Khair Osman JCA: [49] Firstly, it is trite that under s. 101 and s. 102 of the Evidence Act 1950, the burden is on the plaintiff to prove its case. [50] By way of emphasis and for ease of reference we reproduce below ss. 101 and 102 of the Evidence Act 1950: 101. Burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g 102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] The case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly the plaintiff must establish his case. If he fails to do so, it will not avail him to turn around and say that the defendant has not established his. (emphasis added) [4] Mahkamah juga merujuk keputusan dalam kes Mahkamah Rayuan HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD V. WOO THIN CHONG [2018] 2 MLRA 321 yang memutuskan seperti berikut: "[43] It was trite that while it was true that the overall burden of proving a civil claim on a balance of probabilities was on the party bringing the action (the plaintiff), a party who alleged or relied upon a particular fact had the onus or responsibility to establish on evidence the existence of that fact.” [5] Daripada penilaian Mahkamah secara keseluruhannya, adalah tidak dapat dinafikan bahawa skop kerja yang telah diawardkan kepada Defendan adalah bagi satu kontrak lump-sum bernilai S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g RM190,354.70 bagi membina struktur konkrit tetulang dan kerja Am (R.C. Structure & General Work). [6] Surat Tawaran dan Surat Award adalah tidak dipertikaikan. Bahan binaan adalah disediakan oleh Plaintif manakala Defendan akan menanggung tenaga buruh dan peralatan. Kedua-dua pihak bergantung kepada terma dalam surat tawaran dan surat awrd tersebut. [7] Sepanjang kontrak berjalan, pihak Defendan telah mengemukakan 6 Tuntutan Kemajuan kerja (Progress Claim-PC). Tuntutan Kemajuan Kerja 1 dibayar sepenuhnya manakala Tuntutan Kemajuan Kerja 2 dibayar RM10,000.00. Kesemua jumlah yang telah diterima oleh Defendan daripada Plaintif adalah RM101,229.53. ini adalah fakta yang tidak dipertikaikan. [8] Walaupun begitu, masih terdapat baki tuntutan melalui Tuntutan Kemajuan Kerja yang dimajukan oleh Defendan tidak dilunaskan oleh pihak Plaintif. Setelah beberapa surat peringatan dihantar oleh Defendan, Plaintif masih enggan membuat bayaran. Oleh itu, Defendan telah menghantar satu Notis Penamatan pada 23/3/2022. [9] Pada hari yang sama (23/3/2025), selepas Notis Penamatan diterima oleh pihak Plaintif, Plaintif telah membuat satu aduan S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g berhubung kerja Defendan di tapak secara khusus berhubung “apron slab” yang menutup laluan paip utility. [10] Sehubungan itu, Plaintif telah memfailkan tindakan terhadap Defendan. Dalam tuntutan tersebut, Mahkamah bersetuju bahawa hanya 2 isu yang ditimbulkan oleh pihak Plaintif iaitu berkait paip utility dan rasuk bumbung yang dikatakan tidak sejajar. Oleh demikian, dalam tuntutan Plaintif terhadap Defendan, Plaintif antara lain juga menuntut gantirugi khas dan gantirugi membaiki “column alignment”. [11] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Plaintif pada semua masa material tahu tentang tanggungjawab bagi memeriksa dan mengesahkan kerja-kerja di tapak. Ini boleh dibuat dengan melantik penyelia di tapak bagi mengesahkan setiap kerja dan PC yang dihantar oleh pihak Defendan. Plaintif mengesahkan bahawa sehingga Defendan menghantar Notis Penamatan, tiada penyelia tapak dilantik sepanjang tempoh kerja. [12] Tugas melantik pemeriksa/penyelia di tapak adalah dibawah tanggungjawab Plaintif. Ini termaktub dalam klausa 6 syarat nyata kontrak tersebut. Walaupun begitu, ia tidak pernah dilaksanakan oleh pihak Plaintif. S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g [13] Plaintif telah membuat bayaran terhadap PC1 dan sebahagian PC2. Bayaran bagi PC1 dan PC2 ini juga adalah dibuat tanpa ada komen atau pengesahan oleh penyelia di tapak yang dilantik oleh pihak Plaintif. Ini disahkan oleh keterangan SP1 sendiri sebagaimana Keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SP1 TKK Adakah Ms Hong setuju dengan saya, tiada certification untuk Progress Claim 1 and 2 yang telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan? Tak ada certification yang telah dibuat oleh penyelia site ataupun arkitek. Adakah Ms Hong boleh setuju dengan saya? HSN: Untuk payment claim... TKK: 1 and 2. HSN: 1 and 2. TKK: Tiada certification? HSN: Ya. Tak ada certification. TKK: Ms Hong, so from the itu perenggan yang Ms Hong tadi baca, “monthly progress payment is computed and payable to subcontractor by computation for actual work done must be certified by our site supervisor.” Site supervisor daripada pihak Plaintif adakah saya betul? Sebab merujuk kepada surat awad ini dia adalah S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g site. Dia menyatakan bahawa progress claim-progress claim yang actually dihantar oleh Defendan perlu dicertify oleh penyelia site pihak Plaintif. HSN: Ya, betul. TKK: Betul. Jadi, soalan saya, I rewind a bit. Tadi saya tanya Ms Hong, Ms Hong cakap Plaintif ada bersetuju dengan saya Plaintif ada duty, ada tanggungjawab untuk dapatkan certification untuk certify ini progress claim yang disubmit oleh Defendan tetapi Plaintif sudah gagal untuk certify progress claim ini dan juga tadi bila saya, kalau tidak salah saya semak dengan Ms Hong awal tadi, Ms Hong cakap dalam tapak kerja ini tiada penyelia, supervisor daripada pihak Plaintif. HSN: Ya, tak ada. [14] Alasan Plaintif di Mahkamah bahawa bayaran bagi PC1 dan PC2 ini adalah sebagai advance payment tidak disokong oleh mana-mana dokumen atau keterangan sokongan lain. Dalam masa yang sama, ia telah mengesahkan fakta bahawa Plaintif telah membuat bayaran tanpa pengesahan penyelia tapak bagi 2 tuntutan. Oleh itu, pada saat-saat akhir, perkara ini baru dibangkitkan oleh pihak Plaintif. Mahkamah membuat dapatan bahawa ia adalah satu pemikiran semula (afterthought) di pihak Plaintif. S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g [15] Memandangkan kerja-kerja telah dijalankan oleh pihak Defendan dan Plaintif gagal menyelia, ia menunjukkan bahawa Plaintif tidak mempersoalkan atau mencabar bukti kerja-kerja yang telah disempurnakan oleh Defendan di tapak. Oleh itu Defendan berhak dibayar bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan mengikut PC. [16] Dalam masa yang sama, sepanjang kontrak kerja berlangsung (6 bulan), pihak Plaintif tidak pernah menghantar sebarang notis, surat, site instruction atau apa-apa surat arahan yang mana mempertikaikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Defendan ditapak projek. Tiada apa-apa keterangan lisan di Mahkamah juga yang menunjukkan ada arahan lisan samada di tapak projek mahupun melalui panggilan telefon/whatsapp mempertikaikan hasil kerja Defendan di tapak. [17] Disebabkan Plaintif telah melanggar dan mungkir asas kontrak yang dimasuki kedua-dua pihak serta gagal membuat bayaran kepada PC, tindakan Defendan menghantar Notis Penamatan adalah satu tindakan penamatan kontrak yang sah. [18] Berhubung isu rasuk bumbung yang tidak sejajar, ini tidak pernah diadukan oleh Plaintif sepanjang kerja dilaksanakan. Mahkamah mengulangi alasan di atas berhubung isu Plaintif tidak S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g mempertikaikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Defendan terutama apabila PC-PC yang telah dimajukan tidak dipertikaikan. [19] Oleh demikian, jika isu rasuk dan tiang bumbung menjadi isu sepanjang kerja dilaksanakan Defendan, is sepatutnya telah dibangkitkan awal lagi dan Plaintif sewajarnya mempertikaikan kerja-kerja Defendan atau PC yang dikemukakan. [20] Ini tidak dibuat adalah kerana isu rasuk dan tiang bumbung bukan disebabkan ketidaksempurnaan kerja-kerja yang dijalankan oleh Defendan. Mahkamah ingin kembali sekali lagi kepada asas kontrak yang mana perlu ditegaskan bahawa Defendan telah diawardkan kerja membina struktur konkrit tetulang dan kerja Am (R.C. Structure & General Work). [21] Secara alternative, jika Plaintif berpendapat ia adalah skop kerja Defendan dan Defendan telah melakukan kesilapan, ia perlu dimaklumkan kepada pihak Defendan lebih awal. Melalui keterangan yang ada di Mahkamah, adalah tidak dinafikan bahawa pihak Defendan tidak pernah diberikan peluang untuk hadir sama di tapak untuk mendengar aduan Plaintif berhubung isu ini atau Defendan diberikan notis untuk memperbaiki kecacatan jika perlu. [22] Ini adalah satu isu penting yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hak pihak-pihak sebagaimana termaktub di bawah kontrak. Suka S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g untuk Mahkamah ini merujuk secara terpeinci komen yang dinyatakan oleh YAH dalam kes LEXOBUMI SDN BHD v. SK M&E BERSEKUTU SDN BHD [2017] CLJU 291 sebagaimana dikemukakan semula di bawah ini: [10] In this case, I find merit in the Plaintiff's submission that the Defendant did not even certify on time in accordance with the Sub-Contract the Plaintiff's work which leaves the Plaintiff in a limbo and quandary whether its works are verified, approved and confirmed and whether he would be paid. Obviously the Plaintiff was anxiously concerned whether or not the works done by him is acceptable to the Defendant for without certification, there would be no payment forthcoming. True enough, the payments trickled in as and when the Defendant felt like paying. [11] The Plaintiff had little choice but to accept what had been paid and they could only appeal for more prompt payment and also more importantly, a prompt and proper certification of works done so that they know where the non-compliance had been. [12] Such a conduct of the Defendant in willy nilly making payments as and when they like, did not inspire confidence in the Plaintiff as a Sub-Contractor who is out of pocket in having done the works and not having paid. What then is the Plaintiff supposed to do if his works S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g are not certified and he is not paid based on the invoices he had submitted? Must he continue to finish the whole works assigned to him and then wait for payment? That does not seem to be the position of the law. [14] I would say that it is not unreasonable for the Plaintiff to suspend works if he was not paid for the amount invoiced of RM378,896.00 and was only paid RM84,187.43 thus far. It is also not unreasonable for the Plaintiff to do so if the Defendant had persisted in not certifying the works done by the Plaintiff. Even if the Defendant were to certify for less than the amount invoiced, at least the Plaintiff would have a rough idea as to the part of the works not so certified and hence would know the works that are being disputed. [15] The Plaintiff would then be in a position to rectify the works not done in compliance with the Sub-Contract and have them certified in the next invoice. Here the Plaintiff had set out in its invoices the details of what had been done. The details included a description of the items installed and services provided, the quantities, the unit price, the total sum and the percentage of work done. One would have expected that the Defendant would then revert on which part of the works done they were disputing with respect to quantity of items installed or quality of the services provided or the calculation S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g of the completion of the works. Nothing of that sort was forthcoming from the Defendant. [23] The point is plainly made that one cannot refuse to certify the works done by one's contractor and then later raise the allegation that the works were not properly done. If the Defendant as the Main Sub-Contractor is exercising its right to withhold payments under Clause 3 of Part V of the Sub-Contract for all unsatisfactory work done and unreasonable claims, then they are legally obliged to state what these are so that the Plaintiff may be able to properly appraise the situation. This the Defendant had not done. [24] In a case where the Defendant had refused or failed to certify the works done and with that their failure to pay the Plaintiff for the works done, such a conduct may amount to a repudiatory breach of the Sub-Contract. The Plaintiff had shown its intention to terminate the Sub-Contract in its various oral representations to the Defendant and finally terminated the Sub-Contract by stopping works altogether and leaving the site. [23] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif membangkitkan isu ini selepas tuntutan difailkan dan ia adalah satu pemikiran semula (afterthought). Mahkamah menyatakan sedemikian kerana, Plaintif telah membawa saksi SP2 bagi menyokong dakwaan ini. S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g [24] SP2 menyediakan laporan selepas 6 bulan Defendan menamatkan kontrak. Tiada pemeriksaan bersama (joint inspection) dilakukan bersama wakil Plaintif, wakil Defendan dan SP2. [25] SP2 hanya membuat pemeriksaan secara visual dan berdasarkan pengalaman. Dalam masa yang sama, SP2 mengakui dalam keterangannya, beliau tidak pasti/beliau tidak tahu siapa yang bina struktur, lokasi gambar diambil dan yang paling penting, SP2 bersetuju bahawa ketaksamaan yang dilihat dalam gambar tersebut adalah berpunca daripada kerja bata (brickworks) dan bukan struktur asal. Mahkamah berbalik semula kepada skop kerja Defendan – langsung tidak melibatkan brickworks. [26] Berhubung isu paip utility, Mahkamah juga membuat dapatan bahawa ia juga adalah satu afterthought. Alasan Mahkamah adalah seperti berikut: a) Pertama sekali tiada penyelia tapak dilantik oleh Plaintif bagi menyelia dan menyemak kerja-kerja Defendan di tapak. b) Kedua – tiada apa-apa notis atau aduan dipihak Plaintif berhubung isu ini sehinggalah hari Defendan menghantar Notis Penamatan. S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g c) Ketiga – Plaintif tidak pernah menunjukkan lokasi sebenar laluan paip utility kepada Defendan. Walaupun ada pelan dibekalkan, lokasi paip utility tiada tercatat dalam pelan. d) Keempat – Defendan telah beberapa kali memohon Plaintif membekalkan dan menentukan lokasi sebenar paip utility tetapi Plaintif gagal berbuat demikian. e) Kelima – Defendan tidak pernah diberikan pelan M&E sehingga Defendan meninggalkan tapak. Defendan hanya menerima pelan M&E pada 22/1/2022 dan ia hanyalah draf yang tidak dapat menunjukkan lokasi sebenar paip utility tersebut. Pelan M&E ini juga tidak difailkan dalam Ikatan Dokumen di Mahkamah. [28] Plaintif juga telah gagal menyatakan lebih awal tentang apa-apa kecacatan teknikal di tapak yang perlu Defendan tahu atau perbetulkan. Dalam masa yang sama, isu ini hanya dibangkitkan selepas Plaintif menerima Notis Penamatan Kontrak daripada pihak Defendan. [29] Walaupun begitu, Defendan ada mengambil langkah mendapatkan kepastian berhubung lokasi paip utility tetapi hingga ke peringkat akhirpun Plaintif masih gagal memberikan maklumat lokasi sebenar S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g apron slab yang dikatakan menghalang laluan paip utility secara spesifik walaupun telah berkali-kali diminta oleh pihak Defendan. [30] Dalam masa yang sama, SP1 semasa memberi keterangan di Mahkamah juga telah gagal menunjukkan secara tepat lokasi apron slab yang didakwa tersebut apatah lagi menunjukkan Pelan M&E semasa perbicaraan kerana pelan M&E ini sememangnya tidak pernah difailkan di Mahkamah ini. [31] Oleh demikian, isu paip utility yang dibangkitkan oleh Plaintif dalam hal ini adalah tidak bermerit dan tidak dapat menyokong tuntutan Plaintif terhadap Defendan terutama bagi isu yang didakwa kos pembaikan/membetulkan semula kerja Defendan yang perlu ditanggung oleh pihak Plaintif. Ia bukan disebabkan kecuaian atau kegagalan di pihak Defendan. [32] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah gagal mematuhi tanggungjawab kontraktual Plaintif. Plaintif telah gagal melantik seorang penyelia di tapak projek sebagaimana termaktub mengikut klausa kontrak. [33] Dalam masa yang sama, saksi-saksi Plaintif mengakui bahawa ia adalah menjadi satu tanggungjawab Plaintif untuk mengesahkan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak Defendan. S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g [34] Plaintif jelas tidak melaksanakan tanggungjawab dengan membuat penilaian kerja di tapak dan melengah-lengahkan pembayaran sebagaimana tanggungjawab membuat bayaran mengikut tuntutan kemajuan (progress claim) sebagaimana tertulis di Klausa 6 kontrak. [35] Oleh itu Notis Penamatan oleh dibuat oleh Defendan adalah sah. Oleh itu juga, Plaintif wajib membayaran keseluruhan PC yang telah dihantar oleh Defendan bagi semua kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Mahkamah ingin merujuk kepada kes KC LEONG HOLDINGS SDN BHD V. DATIN MOH BEE LING [2014] CLJU 741; [2014] 1 LNS 741; [2015] 7 MLJ 10 P 21 yang mana diputuskan seperti berikut: "[30] As for the unit rate costing, I also prefer the testimony of the plaintiff by reason that progressive payments were received from the defendant as claimed by the plaintiff without contemporaneous protest or challenge on the unit rate used by the plaintiff. In fact, the defendant did not even at that material time queried or demanded for the detail method and breakdown of the plaintiff's claims. Moreover no contemporaneous protest was made by the defendant on the written invoices of the plaintiff dated 28 May 2007 and 18 June 2007 when the project was nearing completion..." (emphasis added) S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g [36] Sehubungan itu, Plaintif juga tidak berhak untuk memegang wang tahanan Defendan bagi kontrak ini. Ia harus dikembalikan kepada Defendan. [37] Plaintif juga tidak berhak menuntut denda LAD yang dituntut. Pertama adalah disebabkan Notis Penamatan Kontrak oleh Defendan adalah sah. Kedua adalah disebabakan kegagalan Defendan menunjukkan kegagalan Defendan menyerahkan projek siap. Ketiga adalah disebabkan pliding Plaintif sendiri gagal memplidkan tempoh kelewatan (jika benar) yang mana ia harus diperincikan berapa hari kelewatan dan didarab dengan berapa peratus/RM sebagaimana kluasa kontrak. [38] Dalam masa yang sama, Plaintif gagal membuktikan jumlah gantirugi khas yang telah diplidkan iaitu kerugian sebanyak RM333,742.00. Adakah ini bagi satu jumlah tuntutan bagi LAD? Adakah ia satu bentuk gantirugi khas yang telah dibuktikan? Atau jika ia satu gantirugi yang perlu ditaksirkan? Plaintif gagal membuktikan jumlah RM333,742.00 ini. [39] Mahkamah mengulangi alasan yang dinyatakan di atas. Plaintif tidak berhak menuntut apa-apa kerugian yang dialami yang didakwa berpunca daripada kegagalan pihak Defendan. Jika ada sekalipun S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g kos tambahan yang perlu dikeluarkan, ia adalah akibat dan kecuaian di pihak Plaintif sendiri. [40] Berbanding dengan tuntutan di pihak Defendan pula, Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Defendan telah membuktikan jumlah kerja yang disempurnakan melalui keterangan SD1, Progress Claim yang tidak dicabar dan juga gambar serta dokumen yang boleh dilihat di Ikatan Dokumen Bersama Jilid 2 dan Jilid 5. [41] Keterangan di pihak Defendan ini telah gagal dicabar oleh pihak Plaintif dan Plaintif gagal menyoalbalas dan mencabar keterangan SD1 berhubung isu ini. [42] Dalam masa yang sama, Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa walaupun tanpa pengesahan formal oleh penyelia Plaintif di tapak projek, jumlah tertunggak iaitu sebanyak RM101,229.53 adalah satu jumlah yang adil dan munasabah berdasarkan nilai bagi kerja-kerja yang telah disempurnakan. [43] Mahkamah merujuk kepada kes FRONTPRISE INTERIOR SDN BHD v. ACOUSTRO CORPORATION SDN BHD [2021] CLJU 633 yang mana diputuskan seperti berikut: [31] In this regard, I therefore find that the Appellant, by its failure to issue the relevant progress payment certificates, has therefore prevented the issuance of the progress payment certificates to the S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g Respondent to be accordingly paid. It hence justifies the Respondent to pursue payment against the Appellant notwithstanding that there is absence of certification of its progress payment claims. [44] Akhirnya, Mahkamah setelah mengambilkira segala keterangan dan bukti yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan sebagaimana di atas yang telah dimaklumkan kepada pihak-pihak pada 15/8/2025. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2, Mahkamah Sesyen Kuantan Pahang Tarikh :16/10/2025 S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g PEGUAMCARA PLAINTIF: BANI PRAKASH A/L R LEDCHUMIAH [TETUAN BANI PRAKASH & CO] PEGUAMCARA DEFENDAN: LAWRENCE TAN KIM KAI [TETUAN KK TAN & PARTNERS] S/N yeN7cgM6h0CdSkiAtLVk8g