Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-87-1270-09/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN REGAL MARKETING & TRADING SDN. BHD. [Business Registration No.: 199001013698(2052568-H)]
KA-87-1270-09/2024
Magistrates Court of Malaysia23 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a new summons, it would have been filed 172 days from the date of procurement of the Enfagrow A+ milk powder. This would mean that it is outside the time frame as provided by subsection 19(2) of the Food Act 1983. [14] In the event the summons is an amended summons, the date of filing of the original summons would rema”
“8. Pihak pendakwaan telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, MEAD JOHNSON NUTRITION (MALAYSIA) SDN BHD v PUBLIC PROSECUTOR [2020] MLJU 1091 yang telah membezakan saman baru dan saman terpinda yang mana bagi saman baru tempoh masa 150 hari adalah mengikut tarikh saman asal difailkan. “[13] The main issue is whether the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-87-1270-09/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN REGAL MARKETING & TRADING SDN. BHD. [Business Registration No.: 199001013698(2052568-H)]
1
PENGENALAN OKS yang merupakan sebuah syarikat telah dituduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983. OKS melalui wakilnya mengaku tidak bersalah dan kes diteruskan dengan perbicaraan.
2
Pada tarikh perbicaraan peguam yang mewakili OKS telah membangkitkan bantahan awal ke atas pertuduhan iaitu pertuduhan yang dikenakan ke atas OKS telah melebihi tempoh 150 hari daripada tarikh sampel produk diambil, oleh itu peruntukan di bawah seksyen 19(2) Akta Makanan telah gagal dipatuhi oleh pihak pendakwaan dan pertuduhan ke atas OKS adalah tidak sah.
3
Pihak pendakwaan pula menyatakan kes ini adalah kesinambungan dari kes terdahulu iaitu kes KA-87-1270-09/2024 dan KA-87-107-01/2024 yang mana kedua-dua kes tersebut OKS telah diperintahkan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA). Bagi kes pertama KA-87-1270-09/2024 izin dakwa diperolehi pada
27
27.11.2023 dan saman didaftarkan di mahkamah pada 29.11.2023 iaitu 146 hari dari tarikh sampel diambil dan masih tidak melebihi had tempoh 150 hari.
4
Mahkamah mendapati di dalam kes ini isu yang perlu diputuskan ialah sama ada pendakwaan terhadap OKS di dalam kes semasa dimulakan setelah tamat tempoh 150 hari. ISU SAMA ADA PENDAKWAAN TERHADAP OKS DI DALAM KES SEMASA
5
Mahkamah merujuk kepada peruntukan seksyen 19(2) Akta Makanan 1983 berkenaan isu ini yang menyatakan:
2
Jika apa-apa makanan telah dibeli atau didapati daripada mana-mana orang untuk analisis atau pemeriksaan, tiada apa-apa prosiding berkenaan dengan penjualan itu atau apa-apa kesalahan terhadap Akta ini boleh dimulakan selepas tamat tempoh satu ratus lima puluh hari dari masa makanan itu dibeli atau didapati.
6
Manakala pertuduhan yang dikenakan ke atas OKS adalah seperti berikut: “Bahawa kamu, Regal Marketing & Trading Sdn. Bhd. pada tarikh 06.07.2023 lebih kurang jam 5.30 petang bertempat di Pasaraya SK Fresh Supermarket (Tanah Merah) Sdn. Bhd. No 2, 3, 4, 5 & 6 Tanah Merah Commercial Centre, Jalan Bandar Baru 6, Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang, Kedah telah menyediakan untuk dijual makanan iaitu 3 bungkus kopi Indocafe Coffee-O dengan harga RM 25.50 yang mana setelah dianalisa didapati mengandungi 0.53% kafeina kontang iaitu tidak mematuhi standard yang ditetapkan dimana kopi pracampuran hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 2.25% kafeina kontang oleh Peraturan 269A(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dibaca bersama Peraturan 267(2)(a) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Maka dengan ini kamu melakukan kesalahan dibawah Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum dibawah Seksyen 13B(4) akta yang sama.”
7
Pihak peguam telah berhujah bahawa kes semasa ini adalah tiada kaitan dengan kes terdahulu, yang mana kes semasa adalah saman baru terhadap OKS, dan merujuk kepada saman baru ini hanya difailkan pada 4.9.2024 dan izin yang dikemukakan bertarikh 20.8.2024 adalah jelas melebihi tempoh 150 hari dari tarikh sampel diambil iaitu 6.7.2023 dan di luar tempoh had masa yang ditetapkan.
8
Pihak pendakwaan telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, MEAD JOHNSON NUTRITION (MALAYSIA) SDN BHD v PUBLIC PROSECUTOR [2020] MLJU 1091 yang telah membezakan saman baru dan saman terpinda yang mana bagi saman baru tempoh masa 150 hari adalah mengikut tarikh saman asal difailkan. “[13] The main issue is whether the later summons is a new summons or an amended summons. In the event the summons is a new summons, it would have been filed 172 days from the date of procurement of the Enfagrow A+ milk powder. This would mean that it is outside the time frame as provided by subsection 19(2) of the Food Act 1983. [14] In the event the summons is an amended summons, the date of filing of the original summons would remain and would therefore be within the period of 150 days as prescribed by subsection 19(2) of the Food Act 1983. Hence, if the summons is an amended summons, this would mean the provision of subsection 19(2) of the Food Act 1983 had been complied with. [15] This court has sieved through the Notes of Proceedings (Rekod Rayuan Tambahan) at the lower court. This court finds that based on the Notes of Proceedings (Rekod Rayuan Tambahan) there is nothing to demonstrate that the original summons was amended. It falls to reason therefore that the later summons is a totally new summons instead of an amended summons. The proceedings for the new summons have been instituted 172 days from the procurement of the Enfagrow A+ milk powder. Hence, the new summons does not fulfill the requirement of 150 days pursuant to subsection 19(2) of the Food Act 1983.“
9
Pihak pendakwaan pula telah berhujah bahawa kes semasa adalah kesinambungan daripada kes KA-87-1270-09/2024 dan KA-87-107-01/2024 yang mana kedua-dua kes tersebut OKS telah diperintahkan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA). Bagi kes pertama KA-87-1270-09/2024 izin dakwa diperolehi pada 27.11.2023 dan saman didaftarkan di mahkamah pada 29.11.2023 iaitu 146 hari dari tarikh sampel diambil dan masih tidak melebihi had tempoh 150 hari. Alasan mengapa kedua-dua kes tersebut dinyatakan oleh pihak pendakwaan di dalam hujahan mereka sebagaimana berikut: Kes KA-87-1270-09/2024 · Tarikh Izin Dakwa 27.11.2023 · Tarikh daftar Mahkamah 29.11.2023 (146 hari – Patuh) · Alasan DNAA - terdapat kekurangan pada pertuduhan iaitu tidak memasukkan hukuman iaitu : Denda tidak melebihi RM 20 000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Kes KA-87-107-01/2024 · Tarikh Izin Dakwa 9.1.2024 · Tarikh daftar Mahkamah 18.1.2024 · Alasan DNAA - terdapat kesilapan pengisian dalam kolum kesalahan. Kesilapan tersebut adalah salah memasukkan 2 kesalahan iaitu Peraturan 269 dan Peraturan 267 Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sepatutnya Kesalahan tersebut hendaklah pada Seksyen 13B Akta Makanan.
10
Pihak pendakwaan telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi PP v Khaw Bak Moh (2002) 2 CLJ 315, yang menyatakan bahawa pendakwaan kali kedua setelah kes DNAA adalah kesinambungan dari kes pertama kerana OKS hanya dilepas tanpa dibebaskan dan tempoh masa untuk kes Saman kedua tidak tertakluk kepada tempoh masa 150 hari.
11
Pendakwaan juga telah berhujah dengan merujuk kepada Seksyen 254A (1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) menyatakan tertakluk kepada subseksyen
2
(2), dimana seorang tertuduh telah dilepaskan oleh mahkamah dan dia dipertuduhkan semula bagi kesalahan yang sama, perbicaraanya hendaklah dihidupkan semula dan diteruskan seakan tiada perintah sedemikian dikeluarkan dan Seksyen 254A (2) subseksyen (1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) hendaklah hanya terpakai dimana saksi-saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan sebelum perintah pelepasan diberikan oleh mahkamah.
12
DAPATAN MAHKAMAH Mahkamah ini berpendapat bahawa kes semasa adalah saman baru ke atas OKS dan kes ini bukanlah kesinambungan daripada dua kes terdahulu yang dinyatakan oleh pihak pendakwaan. Berdasarkan kes yang dirujuk oleh pihak pembelaan iaitu kes MEAD JOHNSON NUTRITION (MALAYSIA) SDN BHD v PUBLIC PROSECUTOR [2020] MLJU 1091, mahkamah mendapati bahawa saman bagi kes semasa adalah saman baru memandangkan tiada sebarang pindaan yang pernah dikemukakan malah izin timbalan pendakwa raya juga bertarikh 20.8.2024 adalah izin khusus bagi kes semasa. Berdasarkan prinsip yang dinyatakan di dalam kes MEAD JOHNSON NUTRITION (MALAYSIA) SDN BHD v PUBLIC PROSECUTOR ini, adalah jelas bahawa pendakwaan ke atas OKS telah dibuat melebihi tempoh had masa yang ditetapkan iaitu 150 hari di mana sampel produk diambil pada 6.7.2023, aduan dibuat pada
4
4.9.2024 dan izin timbalan pendakwa raya yang dikemukakan semasa aduan bertarikh 20.8.2024.
13
Pihak pendakwaan juga telah berhujah bahawa izin pertama (bagi kes KA-87- 2206-11/2023) yang dikeluarkan adalah bertarikh 27.11.2023 dan saman didaftarkan di mahkamah pada 29.11.2023, kemudian izin kedua (bagi kes KA- 87-1270-09/2024) bertarikh 9.1.2024 dan saman didaftarkan pada 18.1.2024 dan kemudiannya izin ketiga adalah bagi kes semasa iaitu pada 20.8.2024 kesemuanya melibatkan kesalahan yang sama makai zin pertama dan pendaftaran saman pertama di mahkamah adalah dalam tempoh 150 hari.
14
Mahkamah ini berpendapat memandangkan terdapat 3 izin yang berbeza tarikh, timbul persoalan mengapa terdapat 3 izin berasingan yang dikeluarkan pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi kesalahan yang sama. Malah berdasarkan kes KA-87-107-01/2024 kes di dnaa kerana kesilapan kesalahan lain yang didaftarkan.
15
Di dalam situasi ini, Mahkamah ini merujuk seksyen 32A Akta Makanan yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan boleh dibuat di bawah Akta ini tanpa keizinan bertulis pendakwa raya. Bagi kes semasa izin yang dikeluarkan pendakwa raya adalah bertarikh 20.8.2024 yang mana pendakwaan hanya boleh dibuat setelah tarikh izin diperolehi iaitu pada tarikh 20.8.2024. Dua izin sebelum ini yang bertarikh 29.11.2023 dan 9.1.2024 hanya dikemukakan di mahkamah ini setelah timbulnya bantahan awal oleh pihak peguam.
16
Mahkamah ini memutuskan bahawa bagi kes ini, semasa pengaduan dibuat dan saman dikemukakan dan ketika sebutan pertama kali di mahkamah, izin yang dikemukakan di mahkamah ini adalah izin yang bertarikh 20.8.2024 yang mana berdasarkan seksyen 32A Akta Makanan 1983 mahkamah ini memutuskan berdasarkan izin tersebut, pendakwaan hanya boleh dibuat selepas menerima izin pendakwa raya iaitu bermula 20.8.2024, maka mahkamah memutuskan bahawa saman ini adalah saman baru dan dua kes terdahulu adalah tiada kaitan dengan kes semasa dan bukan kesinambungan daripadanya.
17
Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan yang merujuk kepada seksyen 254A(1) Kanun Prosedur Jenayah bagi menegaskan bahawa kes semasa adalah kesinambungan daripada dua kes terdahulu.
18
Seksyen 254A Kanun Prosedur Jenayah menyatakan:
1
Subject to subsection (2), where an accused has been given a discharge by the Court and he is recharged for the same offence, his trial shall be reinstated and be continued as if there had been no such order given.
2
Subsection (1) shall only apply where witnesses have been called to give evidence at the trial before the order for a discharge has been given by the Court.
19
Adalah jelas bahawa seksyen 254A ini adalah terpakai bagi kes yang mana saksi telah pun dipanggil memberi keterangan barulah kes perbicaraan tersebut dikatakan dihidupkan semula dan seolah-olah tiada perintah pelepasan diberikan. Bagi kedua-dua kes terdahulu yang dinyatakan pihak pendakwaan, tidak dinyatakan bahawa perbicaraan telah bermula dan saksi telah pun dipanggil. Oleh itu, seksyen 254A ini adalah tidak terpakai dalam situasi semasa.
20
Mahkamah ini membezakan kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan iaitu kes PP v Khaw Bak Moh (2002) 2 CLJ 315, yang mana di mana di dalam kes tersebut kes telah ditetapkan untuk perbicaraan dan pegawai pendakwa telah hadir lewat ke mahkamah bagi perbicaraan dan perintah DNAA telah diberikan. Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memberikan pandangannya seperti berikut: “Pada pertimbangan saya apabila statut menetapkan tempoh untuk mana-mana pihak melakukan sesuatu, pihak itu wajib mematuhi tempoh yang ditetapkan itu. Jika statut itu berkaitan dengan jenayah, tempoh itu mandatori dan tidak boleh dilanggar. Di bawah s. 19(2) Akta Makanan 1983, tempoh untuk memulakan prosiding ialah dalam tempoh enam bulan selepas makanan itu dibeli. Tujuan Akta ini menetapkan tempoh enam bulan itu ialah untuk tertuduh tahu dalam tempoh itu sama ada pendakwa hendak mendakwanya dan yang demikian tertuduh boleh mencabar Analyst Certificate atau meminta sampel daging babi mentah itu dianalisa. Selepas enam bulan daging mentah itu mungkin berubah sifat, ciri-ciri dan kandungannya. Dalam kes ini tindakan pendakwa terhadap tertuduh dengan memfailkan aduan di hadapan majistret dalam masa enam bulan telah menepati tujuan penetapan tempoh itu dan tindakan kedua bagi mendakwa semula tertuduh bagi kesalahan yang sama setelah beliau dilepaskan tanpa dibebaskan, walaupun dibuat di luar tempoh enam bulan dari tarikh makanan itu dibeli, pendakwaan kali kedua ini tidak terbatal semata-mata kerana ia di luar tempoh. Pendakwaan pertama belum selesai. Tertuduh cuma dilepaskan bukan dibebaskan. Pendakwa mempunyai budibicara untuk mendakwa semula tertuduh. Maka pendakwaan kedua adalah ekoran dan kesinambungan dari pendakwaan pertama dan oleh kerana pendakwaan pertama dibuat dalam tempoh enam bulan pendakwaan kedua adalah sah dan teratur. Sebagai contoh jika pada mulanya tertuduh didakwa dalam tempoh enam bulan tetapi semasa perbicaraan yang lazimnya ditetapkan melebihi tempoh enam bulan, tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan atas apajua sebab seperti tertuduh tidak dapat disaman atau tertuduh tidak dapat ditangkap selepas tiga kali percubaan atau saksi pendakwa tidak hadir atau pertuduhan didapati ternyata cacat, dalam keadaan sedemikian adalah tidak wajar tertuduh dihalang untuk didakwa semula disebabkan enam bulan telah berlalu, suatu keadaan di luar kuasa dan keupayaan pendakwa. Jika dihalang, perintah “tertuduh dilepas tanpa dibebaskan” tidak mencapai maksud, merampas hak dan kuasa Pendakwa Raya malahan menindas dan bertentangan dengan kepentingan awam.
21
Di dalam kes semasa di Mahkamah ini, Mahkamah ini melihat kepada alasan sebagaimana yang dinyatakan dalam hujahan pihak pendakwaan mengapa dua kes terdahulu telah diberikan perintah DNAA adalah kerana kesilapan pihak pendakwaan itu sendiri semasa pendaftaran. Bagi kes KA-87-2206- 11/2023 kes telah di DNAA kerana terdapat kekurangan pada pertuduhan dan bagi kes KA-87-107-01/2024 di mana terdapat kesilapan kesalahan yang dipertuduhkan iaitu kes didaftarkan di bawah Peraturan 269 dan Peraturan 267 Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Kedua-dua kes ini telah di DNAA kan pada peringkat awal pertuduhan.
22
Mahkamah ini berpendapatan sekiranya kesalahan ini adalah kesalahan sama sebagaimana dua kes yang telah diberikan perintah DNAA sebelum ini, pengaduan atau saman baru hendaklah masih dibuat dalam tempoh 150 hari tersebut, malah berdasarkan hujahan pendakwaan kes, kes sebelum ini telah diberikan perintah DNAA hanya atas alasan kesilapan pendaftaran dari pihak pendakwaan sendiri dan bukannya kerana ketidakhadiran OKS atau OKS gagal dikesan.
23
Tempoh 150 hari yang diberikan oleh Akta itu hendaklah diambil serius dan pendakwaan sepatutnya lebih peka dan telus dalam pendaftaran atau pendakwaan kes yang dibuat memandangkan terdapat tempoh had masa statutori yang telah ditetapkan.
24
. Kesilapan dari pihak pendakwaan sendiri yang cuai dalam pendaftaran saman tidak dengan mudah memberi peluang atau ruang untuk pihak pendakwaan tidak patuhi had tempoh masa 150 hari tersebut. Mahkamah ini tidak menafikan kuasa pihak pendakwaan. Namun, walaupun pendakwaan mempunyai budibicara untuk menuduh semula OKS, namun kuasa budibicara ini tidak seharusnya diambil mudah sehingga melanggari had masa mandatori yang telah ditetapkan oleh Akta. Sekiranya perkara ini dipandang enteng, alasan yang sama boleh digunakan bagi pertuduhan semula saman walaupun tempoh masa bertahun-tahun telah berlalu.
25
KESIMPULAN Mahkamah memutuskan bahawa saman dan pertuduhan bagi kes semasa ialah saman baru berdasarkan izin dakwa yang bertarikh 20.8.2024, oleh itu pertuduhan ke atas OKS telah melebihi had tempoh masa 150 hari yang telah ditetapkan di bawah seksyen 19(2) Akta Makanan 1983. Bertarikh 03.12.2025 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH Majistret Mahkamah Majistret (3) Alor Setar Kedah Darul Aman Pihak – Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya Pegawai Pendakwa: Mohd Izham bin Ahmad, Falsowhimi bin Ibrahim, Nordin bin Ahmad Bagi Pihak Tertuduh Lee Huat, Lawrence Bek (Tetuan Ong And Manecksha)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.