Content
RAYUAN JENAYAH NO: B - 05(M) - 85 - 02/2018 SARGUNAN A/L ARUMUGAM [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-59-06/2014 dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, dalam Negeri Selangor Antara Pendakwa Raya Dan
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2020/6963485b-f2fe-4b2e-8272-8eb326502ee8
Court of Appeal of Malaysia10 Mar 2020B-05(M)-86-02/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“niat bersama Perayu-perayu, Hakim bicara memutuskan seperti berikut (perenggan 41 dan 42, muka surat 48 Rekod Rayuan Jilid 1): "41. Sama ada OKT 1 - OKT 5 mempunyai niat bersama di bawah section 34 Penal Code. Saya berpendapat selepas meneliti dan menilai fakta-fakta kes dengan maksima, satu kesimpulan dapat diambil ba”
“kesan cap jari tersebut disahkan bukan dimiliki oleh mana-mana perayu. [43] Peguamcara juga menghujahkan bahawa Hakim bicara khilaf dalam menerima pakai prinsip kes Chan Pean Leon v Pubic Prosecutor [1955] MLJ 237, pada perenggan (24) alasan penghakiman beliau apabila memutuskan kedekatan (proximity) Perayu-perayu deng”
“nclusion that the five accused persons were actively involved in the manufacturing of methamphetamine in the said factory. As in the Court of Appeal said in Idris v Public Prosecutor [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 296, circumstantial evidence should be such that when you look at all the surrounding circumstances, you find”
“96. Seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Dwi Supriyatno Meo v Public Prosecutor and other appeals di atas ([2016] MLJU 1657), fakta-fakta menunjukkan terdapat banyak peralatan dan bahan-bahan kimia di dalam kilang tersebut di mana, disitulah kesemua mereka ditangkap, mustahil yang mereka tidak tahu pr”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
RAYUAN JENAYAH NO: B - 05(M) - 85 - 02/2018 SARGUNAN A/L ARUMUGAM [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-59-06/2014 dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, dalam Negeri Selangor Antara Pendakwa Raya Dan
1
Sargunan a/l Arumugam
2
Sumesh Sudhakaran
3
Alex Aby Jacob Alexander
4
Renjith Raveendran
5
Sajith Sadanandan
6
Nagarajan a/l Ramasamy
7
Shajahan Thasthagir] RAYUAN JENAYAH NO: B - 05(M) - 88 - 02/2018 SUMESH SUDHAKARAN ... RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-59-06/2014 dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, dalam Negeri Selangor Antara Pendakwa Raya Dan
1
Sargunan a/l Arumugam
2
Sumesh Sudhakaran
3
Alex Aby Jacob Alexander
4
Renjith Raveendran
5
Sajith Sadanandan
6
Nagarajan a/l Ramasamy
7
Shajahan Thasthagir] RAYUAN JENAYAH NO: B - 05(M) - 87 - 02/2018 ALEX ABY JACOB ALEXANDER ... PERAYU ... RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-59-06/2014 dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, dalam Negeri Selangor Antara Pendakwa Raya Dan
1
Sargunan a/l Arumugam
2
Sumesh Sudhakaran
3
Alex Aby Jacob Alexander
4
Renjith Raveendran
5
Sajith Sadanandan
6
Nagarajan a/l Ramasamy
7
Shajahan Thasthagir] RAYUAN JENAYAH NO: B - 05(M) - 86 - 02/2018 RENJITH RAVEENDRAN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-59-06/2014 dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, dalam Negeri Selangor Antara Pendakwa Raya Dan
1
Sargunan a/l Arumugam
2
Sumesh Sudhakaran
3
Alex Aby Jacob Alexander
4
Renjith Raveendran
5
Sajith Sadanandan
6
Nagarajan a/l Ramasamy
7
Shajahan Thasthagir] DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B - 05(M) - 84 - 02/2018 SAJITH SADANANDAN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-59-06/2014 dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, dalam Negeri Selangor Antara Pendakwa Raya Dan
1
Sargunan a/l Arumugam
2
Sumesh Sudhakaran
3
Alex Aby Jacob Alexander
4
Renjith Raveendran
5
Sajith Sadanandan
6
Nagarajan a/l Ramasamy
7
Shajahan Thasthagir] YAACOB BIN HAJI MD SAM, HMR ZABARIAH BINTI MOHD YUSOF, HMR RAVINTHRAN PARAMAGURU, HMR ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Terdapat lima (5) rayuan di hadapan kami yang didengar secara bersama. Setiap perayu diwakili oleh peguamcara yang berbeza. Untuk memudahkan rujukan, Sargunan a/I Arumugam dirujuk sebagai Perayu Pertama, Sumesh Sudhakaran Perayu Kedua, Alex Aby Jacob Alexander Perayu Ketiga, Renjith Raveendran Perayu Keempat dan Sajith Sadanandan Perayu Kelima (Perayu-perayu). Susunan nama Perayuperayu tersebut dibuat berdasarkan kepada rujukan nombor pendaftaran rayuan oleh Mahkamah Rayuan yang memberikan rujukan rayuan ini sebagai Rayuan Jenayah No: B - 05(M) - (84 - 88) - 02/2018. Perayu pertama ialah warga Malaysia. Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima ialah warga negara India. [2] Perayu-perayu telah dituduh secara bersama atas dua pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (ADB 1952) dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Butiran penuh dua pertuduhan tersebut ialah seperti berikut: Pertuduhan Pertama (P2) Bahawa kamu bersama-sama, pada 26 Julai 2013, jam lebih kurang 9.00 pagi, di rumah No. 161, Jalan Villaraya 1/6, Industrial Park 1, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, di dalam Daedah Kajang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 4252.7 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua (P3) Bahawa kamu bersama-sama, pada 26 Julai 2013, jam lebih kurang 9.00 pagi, di rumah No. 161, Jalan Villaraya 1/6, Industrial Park 1, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, di dalam Daedah Kajang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu Ketamine seberat 1506.9 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [3] Setelah perbicaraan penuh dijalankan, Yang Arif Hakim bicara (Hakim bicara) telah mendapati Perayu-perayu bersalah, mensabitkan Perayu-perayu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap Perayu-perayu. [4] Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu-perayu telah merayu kepada mahkamah ini. Kami telah mendengar rayuan Perayu-perayu dan memutuskan menolak rayuan Perayu-perayu. Sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kami kini memberikan alasan keputusan tersebut. [5] Wajar juga kami menyebutkan pada peringkat ini, Perayu-perayu pada awalnya dituduh bersama dua lagi penama yang lain, iaitu Nagarajan a/l Ramasamy (OKT 6) dan Shajahan Thasthagir (OKT 7). Bagaimanapun, pada akhir kes pendakwaan, Hakim bicara telah membebaskan OKT 6 dan OKT 7 tanpa pembelaan diri dipanggil. Pihak pendakwaan tidak membuat rayuan terhadap perintah pembebasan tersebut. Kes Pendakwaan [6] Daripada keterangan yang telah dikemukakan, intipati kes pendakwaan adalah seperti berikut. [7] Pada 26.7.2013, lebih kurang jam 6.00 pagi, ASP Mohd Azizuddin bin Ibrahim (SP11) bersama 15 anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kajang telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di alamat No. 46, Jalan Kesuma 7/2, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dan menangkap empat orang penama berikut: (i) Shajahan Thasthagir (OKT 7), (ii) Rateesh Rajan, (iii) Kabeer Muhammad Safi, dan (iv) Bijo Thomas a/l N.S. Thomas. Hasil soal siasat yang dilakukan oleh SP11 terhadap OKT 7 di rumah tersebut, SP11 telah dibawa oleh OKT 7 ke sebuah premis kilang di alamat No. 161, Jalan Villaraya 1/6, Industrial Park 1, Sungai Lalang, Semenyih (premis tersebut). SP11 telah membuat laporan polis berkaitan tangkapan empat penama di atas tersebut melalui Beranang Rpt/001301/13 [(P199)(muka surat 356-359 Rekod Rayuan Jilid 3(4)]. [8] Pada jam lebih kurang 8.40 pagi, SP10 bersama pasukannya dan OKT 7 tiba di kawasan premis tempat kejadian. SP11 dan pasukannya membuat pemantauan selama lebih kurang 20 minit untuk memerhatikan sebarang pergerakan masuk atau keluar orang di premis tersebut tetapi tiada sesiapa dilihat masuk atau keluar. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi, SP11 dan pasukannya menghampiri pintu premis tersebut. SP11 dapati pintu grill premis di bahagian bawah berkunci. SP11 mengarahkan anggotanya memotong kunci grill dan seterusnya menaiki tangga premis dan menyerbu masuk ke dalam premis setelah dapat mengumpil buka dua lagi pintu ditangga premis tingkat atas, iaitu shutter dan pintu papan. Di dalam premis tersebut SP11 telah menangkap lima orang lelaki iaitu Perayu-perayu. Ketika itu semua Perayu-perayu sedang duduk di atas lantai tingkat satu premis. [9] SP11 seterusnya membuat pemeriksaan premis tersebut. SP11 menjumpai sejumlah dadah berbahaya serta pelbagai peralatan, perkakasan dan bahan-bahan yang dipercayai digunakan untuk memproses atau membuat dadah. SP11 telah memanggil pasukan forensik polis untuk datang ke premis tersebut. Pada lebih kurang jam 9.45 pagi, ASP Mohd Aizam bin Mohammad Razif (SP5) pegawai forensik daripada Unit Forensik PDRM tiba di premis tersebut bersama pasukannya dan juru photo. SP11 memberi taklimat ringkas kepada SP5 berkaitan serbuan dan jumpaan dadah serta peralatan berkaitan dadah. SP5 telah mengarahkan juru photo RF/144245 Kpl. Mohd Syaiful Lizan bin Anis (SP2) untuk mengambil 77 keping gambar premis, dadah, peralatan, perkakasan dan bahan-bahan yang disyaki berkaitan dengannya [eksibit P7: gambar 1-77, muka surat 47 - 89 Rekod Rayuan Jilid 3(1)]. [10] Dalam pemeriksaan di tingkat satu premis tersebut, SP11 telah menjumpai:
i
(i) Bahan kristal disyaki syabu ditabur atas sehelai kain putih di atas meja berhampiran dengan tingkap bersama 22 perkakasan untuk membuat dadah (berat anggaran bahan kristal 1220 gram);
Subparagraph
(ii) Satu (1) paket plastik lutsinar berisi bahan kristal kebiruan disyaki syabu di atas meja bahagian tengah tingkat atas bersama 17 perkakasan untuk membuat dadah (berat anggaran bahan kristal 626 gram);
Subparagraph
(iii) Di atas meja yang sama di bahagian tengah tingkat atas, dijumpai dua (2) plastik lutsinar berisi bahan disyaki mengandungi dadah (berat anggaran 691 gram);
Subparagraph
(iv) Satu kotak polistrin berwarna putih mengandungi sepuluh (10) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah terletak antara anak tangga pertama dan kedua (anggaran berat kasar 2276 gram). [11] SP11 telah membuat laporan polis terhadap tangkapan Perayuperayu dan membuat senarai rampasan dadah, peralatan dan perkakasan dan bahan-bahan seperti cecair asid yang disyaki ada kaitan dengan dadah yang dirampas, melalui Semenyih Rpt/004161/13 (eksibit P196 muka surat 342-345 Rekod Rayuan Jilid 3(4)]. Di premis tersebut SP11 juga menerima serahan daripada SP5 sejumlah 38 item yang dikutip dan siap dibungkus oleh SP5 untuk tujuan analisis Jabatan Kimia Malaysia [eksibit 197 dan muka surat 175-177 Rekod Rayuan Jilid 3(2)]. [12] ASP Mohd Aizam bin Mohammad Razif (SP5) pegawai forensik daripada Unit Forensik PDRM mengatakan bahawa beliau tiba di premis tersebut bersama pasukannya dan juru photo (SP2) pada jam lebih kurang 9.45 pagi setelah beliau menerima panggilan telefon daripada SP11 yang meminta pegawai forensik datang ke alamat tempat kejadian. Sebaik memasuki premis tersebut, SP5 dapat mengidubau masam acid yang sangat kuat daripada bahagian bawah premis yang terdapat banyak perkakasan dan botol-botol berisi cecair. SP5 telah mengarahkan juru photo (SP2) untuk mengambil 77 keping gambar kedudukan barang kes dadah dan perkakasan termasuk pakaian, sarung tangan serta peralatan lain yang disyaki ada kaitan dengan dadah [eksibit P7: gambar 1-77, muka surat 47-89 Rekod Rayuan Jilid 3(1)]. SP5 juga mengutip beberapa barangan untuk dilakukan analisis DNA (eksibit D197) dan menyerahkan kepada SP11. SP5 juga menyediakan laporan pemeriksaan forensik [(eksibit P164 muka surat 179-184 Rekod Rayuan Jilid 3(2)]. [13] Dr. Yuvanewaran a/p Chandramoulee Swaran (SP3) Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia mengatakan bahawa beliau telah melakukan ujian profil Deoxyribonucleic acid (DNA) terhadap barangan eksibit yang dibuat serahan kepada beliau oleh pegawai penyiasat kes ASP V. Sagaran (SP13) (eksibit P9-Pol 31 & P10-Resit Akuan Terima). Barang-barang kes tersebut adalah eksibit-eksibit yang dijumpai oleh SP5 di premis tempat kejadian yang diserahkan kepada SP11. SP11 kemudiannya menyerahkan barang kes tersebut kepada SP13 iaitu pegawai penyiasat kes. Setelah melakukan analisis DNA, SP3 dapati pada tuala berlabel "14" dan t-shirt berlabel "13" terdapat DNA milik Sargunan a/l Arumugam (Perayu Pertama). Pada tuala berlebel "19", topeng gas berlabel "8", seluar jean berlabel "16" terdapat DNA milik Sumesh a/l Sudhakaran (Perayu Kedua). Analisis DNA juga mendapati DNA milik Sumesh Sudhakaran (Perayu Kedua) dan DNA milik Renjith a/l Raveendran (Perayu Keempat) secara bersama terdapat pada satu sarung tangan berlabel "11". Pada t-shirt berlabel "17", baju berlabel "18", dan tuala berlabel "20" terdapat DNA milik Alex Aby Jacob Alexander (Perayu Ketiga). Pada sarung tangan berlabel "3(1)" dikesan DNA milik Renjith a/l Raveendran (Perayu Keempat). SP3 mengemukakan laporan analisis DNA [(P11 muka surat 112-133 Rekod Rayuan Jilid 3(2)]. SP3 juga mengecamkan semua eksibit yang dibuat analisis DNA oleh beliau, iaitu P24, P32A, P37A, P35A, P38A, P18A, P33A, P29A, P31A, P20A, P34A, P17A, P19A dan P15A. [14] Dr. Vanitha a/p Kunalan (SP4) Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia telah berkhidmat selama 14 tahun sebagai ahli kimia, mengatakan pada 29.7.2013, jam 12.00 tengah hari, beliau telah dibawa oleh Pegawai Penyiasat (SP13) untuk memeriksa premis tempat kejadian. Di premis tersebut SP4 telah melakukan ujian awal untuk pengesanan dadah di tingkat atas dan bawah premis dengan menggunakan peralatan mobile FTIR dan FITRAMAN. Hasil ujian mendapati wujud kesan-kesan serbuk disyaki dadah terhadap 35 jenis perkakasan seperti balang kaca, mangkuk dan lain-lain. SP4 telah menasihatkan SP13 untuk menyerahkan 35 perkakasan tersebut beserta beberapa lagi barang kes kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. SP4 telah menyediakan laporan pemeriksaan awal di tempat kejadian [(P50 muka surat 137-143 Rekod Rayuan Jilid 3(2)]. [15] SP4 mengatakan berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini yang pernah melawat dan memeriksa makmal haram membuat dadah, melalui pemeriksaan yang beliau jalankan di tempat kejadian serta keputusan analisis beliau atas sampel-sampel yang dijumpai di premis tersebut di tingkat atas dan bawah "saya mendapati premis ini telah digunakan untuk menghasilkan dan proses dadah-dadah berbahaya iaitu methamphetamine. Kesimpulan ini adalah berdasarkan kepada peralatan bahan kimia serta hasil dadah yang dihasilkan di tempat kejadian tersebut." [(muka surat 53 baris 5 - 10 Rekod Rayuan Jilid 2(1)] [16] SP4 mengesahkan beliau telah melakukan analisis terhadap barang kes dadah yang diserahkan kepada beliau oleh SP13. Hasil analisis mendapati dadah tersebut ialah Methamphetamine seberat 4252.7 gram dan Ketamine seberat 1506.9 gram. SP4 mengemukakan laporan analisis beliau [(P162 muka surat 159 -166 Rekod Rayuan Jilid 3(2)]. SP4 juga mengecamkan semua barang kes yang telah dibuat analisis oleh beliau yang beliau membuat tandaan-tandaan (eksibit P52 hingga eksibit P139). SP4 mengesahkan Methamphetamine dan Ketamin ialah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, ADB 1952. Dapatan Hakim Bicara Diakhir Kes Pendakwaan [17] Pada akhir kes pendakwaan, Hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu-perayu atas kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan Perayuperayu membela diri. [18] Bagaimanapun, Hakim bicara memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Nagarajan a/I Ramasamy (OKT 6) dan Shajahan Thasthagir (OKT 7) dan membebaskan kedua-dua penama tersebut tanpa pembelaan diri dipanggil. [19] Dalam keputusan untuk memanggil pembelaan diri Perayu-perayu, Hakim bicara mengatakan bahawa beliau berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen pertuduhan terhadap Perayu-Perayu:
a
(a) Bahawa dadah-dadah yang dirampas di premis tersebut adalah merupakan dadah berbahaya sepertimana yang tersenarai di dalam Jadual Pertama ADB 1952 dengan berat bersih yang disebutkan di dalam pertuduhan;
b
(b) Dadah tersebut telah berada di bawah jagaan dan kawalan Perayu-perayu (OKT);
c
(c) Perayu-perayu telah mengedar dadah tersebut. [20] Pada perenggan 34A alasan penghakiman beliau, Hakim bicara membuat dapatan berikut: "34A. Berdasarkan kepada fakta-fakta kes ini, jelas menunjukkan yang OKT 1 - OKT 5 telah menjalankan aktiviti memproses dadah di premis tersebut di dalam pertuduhan di bawah seksyen 2 ADB, 1952." [21] Dalam isu niat bersama Perayu-perayu, Hakim bicara memutuskan seperti berikut (perenggan 41 dan 42, muka surat 48 Rekod Rayuan Jilid 1): "41. Sama ada OKT 1 - OKT 5 mempunyai niat bersama di bawah section 34 Penal Code. Saya berpendapat selepas meneliti dan menilai fakta-fakta kes dengan maksima, satu kesimpulan dapat diambil bahawa kelima-lima OKT ini berada di premis tersebut bukan secara tidak sengaja (coincidence), akan tetapi mereka adalah participants di dalam aktiviti memproses dadah-dadah tersebut.
42
Fakta yang mengatakan dadah dijumpai di atas kain putih yang berada di atas meja di tingkat atas menunjukkan proses pengeringan dadah tersebut sedang dijalankan oleh mereka. Ini secara "circumstantial evidence" adalah menunjukkan niat bersama mereka, selain daripada berada dalam premis tersebut dengan satu tujuan iaitu untuk memproses dadah." Pembelaan Perayu-perayu [22] Perayu-perayu memilih memberi keterangan pembelaan diri secara bersumpah. Perayu-perayu juga memanggil 4 saksi lain, iaitu Peter Chin Chee Kee (SD2), Kabeer Muhammad Safi (SD5), Rateesh Rajan (SD6) dan Bijo Thomas (SD7). [23] Untuk memahami pembelaan diri oleh Perayu-perayu, kami berpendapat adalah berfaedah kami menurunkan semula ringkasan pembelaan diri Perayu-perayu seperti yang dicatatkan oleh Hakim bicara (muka surat 55-59 Rekod Rayuan Jilid 1): "66. Pembelaan OKT1, Sargunan a/I Arumugam adalah seperti berikut:
a
(a) OKT berumur 41 tahun, dan bekerja sebagai Pemandu Teksi, selain itu beliau bekerja sambilan sebagai pemandu bagi pembersih-pembersih kilang. Untuk kerja sambilan ini beliau diupah oleh seorang bernama Sarawanan a/l Soverian, iaitu pakcik kepada Shanmuganathan. Menurut OKT1, dia tidak pernah berjumpa dengan Sarawanan, beliau hanya berjumpa dengan Shanmuganathan kerana selalu membawanya ke lapangan terbang dengan teksinya, Shanmuganathan telah menawarkan pekerjaan sambilan dengan pakciknya itu untuk membawa pekerja-pekerja membersih kilang bagi 2 kilang di Semenyih.
b
(b) Menurut OKT1 lagi, Sarawanan memiliki 2 buah kilang memproses bahan kimia dan bedak kulit. OKT1 mula bekerja pada Mei 2013 dengan pendapatan RM3,500 sebulan yang dibayar setiap hujung bulan.
c
(c) Menurut OKT1, Sarawanan mempunyai 2 pasukan pembersih kilang, setiap satu terdiri daripada 4 orang yang bekerja secara syif untuk membersih kilang. OKT akan membawa mereka yang terdiri daripada warganegara India daripada rumah mereka di Bandar Tasik Kesuma ke kilang dan sebaliknya, selepas selesai bekerja untuk membawa pekerja-pekerja pulang, OKT1 menggunakan kereta Nissan Sentra, bukan teksinya.
d
(d) Waktu berkerja pasukan pertama ialah 2.00 pagi sampai 5.00 pagi, pasukan kedua pula 6.00 pagi sampai 9.00 pagi setiap Isnin hingga Sabtu. Ini kerana waktu operasi kilang adalah 12.00 tengahari hingga 10.00 malam.
e
(e) Pada 26 Julai 2013, jam 1.30 pagi, OKT telah mengambil Shahjahan (SD7), Ratheesh, Kabeer dan Bijo Thomas dari rumah mereka dan menghantar mereka ke kilang di alamat No. 161. Selepas itu beliau parkir keretanya dan tidur dalam kereta. Jam 5.00 pagi OKT1 mengambil OKT 7, Ratheesh Rajan, Kabeer Muhamad Safi dan Bijo Thomas, dari kilang dan menghantar mereka balik.
f
(f) Kemudian OKT1 mengambil pula Sumesh (OKT 2), Alex Aby (OKT 3), Renjith (OKT 4) dan Sajith (OKT 5) menghantar mereka ke kilang yang sama. Selepas itu dia tidur di dalam kereta. Jam 8.30 pagi, beliau pergi semula ke kilang itu. Apabila mendapati mereka belum selesai dan keluar daripada kilang, OKT1 telah pergi ke kilang untuk melihat mereka, mereka meminta masa 15-20 minit untuk siap, mereka semua duduk di atas lantai apabila OKT1 masuk ke dalam kilang. Pintu dibuka oleh OKT 5. OKT1 kemudian duduk bersama-sama mereka berbual-bual. Tiba-tiba banyak polis masuk ke dalam kilang itu dan menangkap mereka.
g
(g) Menurut OKT1, beliau telah memberikan kerjasama kepada polis semasa tangkapan, OKT1 berkata dia tidak tahu kenapa kilang itu diserbu oleh polis.
h
(h) Mengenai DNA profil beliau yang terdapat pada baju hitam (P31(a)) dan tuala berwarna hijau (P32(a)), OKT berkata sebelum ditangkap dia ada pergi ke tandas untuk mencuci mukanya, dia telah menggunakan tuala, yang dijumpai tergantung pada railing tangga itu, untuk mengelap muka dan tangannya. Manakala baju itu pula beliau gantung setelah menukar baju lain yang dia bawa ini kerana baju itu telah dipakai olehnya sepanjang malam itu.
i
(i) Menurut OKT1, beliau tidak pernah lihat mana-mana pembersih kilang itu menggunakan peralatan-peralatan di dalam kilang itu, dia hanya melihat mereka bekerja untuk membersihkan kilang dan peralatan di situ. OKT1 juga berkata dia tidak tahu kilang itu adalah kilang memproses dadah.
67
Pembelaan OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 adalah hampir sama iaitu seperti berikut:
a
(a) Mereka semua datang daripada Kerala, India, datang ke Malaysia untuk bekerja di sini sebagai "Cleaner", mereka bekerja di kilang untuk membersih bahan kimia dan peralatan-peralatan di kilang-kilang. Iaitu kilang-kilang memproses bahan kimia dan bedak kulit. Boss mereka adalah Sarawanan a/l Soverian Innam dan Abu Bakar. Kilang Sarawanan adalah kilang memproses bahan kimia dan bedak kulit, 2 kilang Abu Bakar ialah kilang plastik di Semenyih dan Kajang. Rumah mereka di Beranang, Selangor.
b
(b) Mereke mempunyai 2 pasukan seperti keterangan oleh OKT1 di atas. Waktu bekerja mereka 2.00 pagi hingga 5.00 pagi dan syif kedua 6.00 pagi hingga 9.00 pagi setiap Isnin hingga Sabtu.
c
(c) Mereka pergi bekerja di kilang Sarawanan menaiki kereta yang dipandu oleh OKT1 jenis Nissan, warna putih. Mereka dibayar gaji 20,000 Rupee.
d
(d) Pada 26 Julai 2013, mereka menajki kereta OKT1 untuk ke kilang di No. 161, Jalan Villaraya 1/6, Industrial Park 7. Di kilang itu mereka bekerja di tingkat atas kerana pasukan pertama telah membersihkan tingkat bawah.
e
(e) Mereka berhenti bekerja jam 8.30 pagi, kemudian mereka berehat. OKT1 kemudian telah sampai dan mengetuk pintu depan, OKT 5 (Sajith) telah membuka pintu. OKT1 telah masuk ke dalam kilang sebab mereka tidak keluar daripada kilang, mereka memberitahu OKT1 yang mereka memerlukan 15-20 minit untuk selesai bekerja, sambil menunggu mereka berbual-bual dengan OKT1. Tiba-tiba sekumpulan polis menyerbu ke dalam kilang dan menangkap mereka semua.
f
(f) Menurut OKT-OKT mereka berasa terkejut dan keliru, kerana mereka tidak tahu kenapakah serbuan itu dibuat ke atas kilang itu. Menurut mereka kilang itu hanya mempunyai 1 set kunci.
g
(g) Mengenai DNA profil mereka yang terdapat pada baju, tuala, sarung tangan dan berus gigi juga gas mask yang dijumpai di kilang itu kerana mereka ada menggunakan barang-barang itu semasa bekerja dan sarung tangan untuk mengelak mereka daripada terkena bahan-bahan kimia di kilang itu.
h
(h) Selain itu terdapat pula "gas mask", ia digunakan oleh mereka daripada terhidu gas toksid daripada bahan kimia di situ.
i
(i) Menurut mereka Sargunan (OKT1) tidak berkerja di kilang itu, dia hanyalah pemandu mereka sahaja. OKT1 hanya masuk ke kilang untuk pergi ke tandas atau masuk untuk melihat mereka jika terlewat.
j
(j) Mereka tidak pernah menggunakan peralatan-peralatan di kilang itu kerana peranan mereka hanya sebagai pembersih sahaja, mereka juga tidak tahu kilang itu ada memproses dadah." [24] Keterangan saksi-saksi pembelaan SD2, SD5, SD6 dan SD7 mengatakan bahawa Perayu Pertama (OKT1) hanya seorang pemandu teksi dan tidak bekerja di premis tempat kejadian. SD5, SD6 dan SD7 selanjutnya mengatakan dalam hal Perayu Kedua (OKT 2), Ketiga (OKT 3) , Keempat (OKT 4) dan Kelima (OKT 5) mereka hanya hadir di kilang tersebut sebagai pembersih (cleaners). Dapatan Hakim Bicara Diakhir Kes Pembelaan [25] Diakhir kes pembelaan, setelah menimbangkan keterangan pembelaan Perayu-perayu, hujahan peguamcara-peguamcara dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Hakim bicara membuat dapatan bahawa pembelaan Perayu-perayu hanya merupakan rekaan sematamata dan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Perayu-perayu didapati bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman mati. [26] Secara spesifik, dapatan Hakim bicara terhadap pembelaan Perayu-perayu adalah seperti berikut (perenggan 94-97 muka surat 72 -73 Rekod Rayuan Jilid 1): "94. Di dalam kes ini pembelaan OKT 1 bahawa beliau hanyalah seorang pemandu yang bekerja untuk mengangkut OKT 2 - OKT 5 pada pandangan Mahkamah ini semata-mata rekaan beliau sahaja. Saya bersetuju dengan hujah TPR yang mengatakan jika benar beliau bekerja sebagai pemandu, tidak mungkin beliau berada di dalam kilang itu bersama-sama dengan OKT-OKT lain. Seterusnya turut juga terdapat DNA beliau pada tuala dan baju OKT1. Walaupun OKT1 ada menjelaskan mengenai perkara-perkara ini, saya berpendapat ini hanyalah rekaan beliau semata-mata dan tidak boleh dipercayai. Oleh yang demikian saya menolak pembelaan OKT1 tersebut.
95
Mengenai pembelaan OKT 2- OKT 5 pula, saya juga berpuas hati bahawa pembelaan mereka itu juga semata-mata rekaan sahaja, apatah lagi pembelaan mereka di Mahkamah ini amat bertentangan dengan "caution statement" mereka yang diberikan kepada SP13. Isu bahasa yang ditimbulkan oleh keempat-empat OKT juga hanyalah helah untuk mengelirukan Mahkamah, saya berpuas hati dengan keterangan rebuttal diberikan oleh SP13 mengenai isu ini.
96
Seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Dwi Supriyatno Meo v Public Prosecutor and other appeals di atas ([2016] MLJU 1657), fakta-fakta menunjukkan terdapat banyak peralatan dan bahan-bahan kimia di dalam kilang tersebut di mana, disitulah kesemua mereka ditangkap, mustahil yang mereka tidak tahu premis itu digunakan untuk memproses dadah. Adalah juga tidak benar untuk OKT1 dan lain-lain OKT untuk mengatakan yang mereka berada di sana "by accident". Sebaliknya semua OKT adalah mempunyai "nexus" dengan barang-barang yang berada di dalam premis tersebut termasuklah dadah yang dijumpai di sana.
97
Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, saya berpuas hati bahawa pembelaan semua OKT telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Sebaliknya pihak pendakwaan pula telah berjaya membuktikan kes terhadap kesemua OKT melampaui keraguan yang munasabah terhadap kedua-dua pertuduhan." Rayuan Perayu-perayu [27] Perayu Pertama dalam Petisyen Rayuan bertarikh 1.4.2019 memberikan 9 alasan rayuan (Kandungan 10). Perayu Kedua memberikan 3 alasan rayuan, di mana untuk alasan pertama dibahagikan kepada 13 item dan untuk alasan kedua dibahagikan kepada 8 item (Kandungan 10), Perayu Ketiga memberikan 15 alasan rayuan (Kandungan 10), Perayu Keempat memberikan 13 alasan rayuan (Kandungan 9), dan Perayu Kelima memberikan 23 alasan rayuan (Kandungan 8). Bagaimana pun kebanyakan alasan rayuan tersebut melibatkan isu yang bertindih atau berkait rapat yang boleh dirangkumkan kepada empat alasan rayuan sahaja. [28] Perkara yang menjadi alasan utama rayuan Perayu-perayu ialah terhadap dua (2) isu berikut yang secara prinsipal dihujahkan oleh peguamcara terpelajar untuk Perayu Pertama, Tuan Haji Hisham Teh Poh Teik dan diterima pakai oleh semua peguamcara Perayu-perayu yang lain, iaitu:
a
(a) Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa semua Perayu-perayu telah menjalankan aktiviti memproses dadah di premis tersebut di bawah seksyen 2 ADB 1952.
b
(b) Hakim bicara gagal menghargai dengan secukupnya pembelaan Perayu-perayu masing-masingnya, dan gagal untuk mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pembelaan SD5, SD6 dan SD7 yang menyokong keterangan pembelaan diri Perayu-perayu. [29] Dua lagi alasan rayuan Perayu-perayu boleh dirangkumkan seperti berikut:
c
(c) Hakim bicara gagal mengguna pakai seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan apabila gagal memanggil Sarawanan dan Shanmuganathan sebagai saksi pendakwaan atau ditawarkan kepada pihak pembelaan.
d
(d) Dadah yang merupakan perkara dalam kedua-dua pertuduhan gagal dikemukakan dan ditandakan secara teratur untuk menjadi eksibit di hadapan Hakim bicara dan dengan itu terdapat keraguan tentang identiti eksibit dadah. Keputusan Mahkamah ini atas isu-isu yang dibangkitkan Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa semua Perayu-perayu "telah menjalankan aktiviti memproses dadah di premis tersebut di bawah seksyen 2 ADB 1952". [30] Untuk isu pertama, peguamcara terpelajar bagi Perayu Pertama merujuk kepada alasan penghakiman Hakim bicara di perenggan 34A (muka surat 45 Rekod rayuan Jilid 1) yang memutuskan seperti berikut: "34A. Berdasarkan kepada fakta-fakta kes ini, jelas menunjukkan yang OKT1 - OKT5 telah menjalankan aktiviti memproses dadah di premis tersebut di dalam pertuduhan di bawah seksyen 2 ADB, 1952." [31] Peguamcara merujuk kepada takrifan maksud perkataan "manufacture" yang diperuntukkan di bawah seksyen 2 ADB 1952 seperti berikut: "manufacture", in relation to a dangerous drug, includes-
a
(a) the making, producing, compounding and assembling of the drugs;
b
(b) the making, producing, compounding and assembling a preparation of the drug;
c
(c) the refining or transformation of the drug into another dangerous drug; and
d
(d) any process done in the course of the foregoing activities." [32] Peguamcara Perayu Pertama menghujahkan, dua keterangan yang mengaitkan Perayu Pertama dengan dadah dalam pertuduhan pertuduhan, hanya berdasarkan faktor: (i) kedekatan (proximity) Perayu Pertama dengan dadah, dan (ii) dapatan DNA milik Perayu pertama pada satu t-shirt dan satu tuala. [33] Peguamcara selanjutnya menghujahkan, kedua-dua faktor tersebut tidak mencukupi untuk mengatakan Perayu Pertama dan Perayu-perayu yang lain terlibat dalam "aktiviti memproses dadah". Tidak terdapat keterangan yang melihatkan Perayu Pertama dan Perayu-perayu yang lain sedang melakukan apa-apa perlakuan "manufacture" berkaitan dadah berbahaya tersebut. Tiada apa-apa dadah dikesan daripada pakaian yang dipakai oleh Perayu Pertama atau anggota badan Perayu Pertama dan Perayu-perayu yang lain. [34] Peguamcara menegaskan perkataan "memproses' yang digunakan oleh Hakim bicara dalam dapatan terhadap Perayu-perayu tidak terdapat di bawah mana-mana peruntukan ADB 1952. Ini kerana ADB 1952 hanya memperuntukkan maksud perkataan "manufacture". Oleh yang demikian dihujahkan bahawa Hakim bicara telah melakukan kesilapan yang fatal dalam memutuskan Perayu-perayu "menjalankan aktiviti memproses dadah". [35] Peguamcara juga menghujahkan Hakim bicara melakukan kesilapan apabila membuat dua dapatan yang berbeza dalam sabitan terhadap Perayu-perayu. Dapatan pertama ialah Perayu-perayu mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan terhadap dadah dalam dua pertuduhan tersebut. Dapatan kedua pula ialah Perayu-perayu terlibat menjalankan aktiviti memproses dadah iaitu dadah dalam dua pertuduhan tersebut. Peguamcara menghujahkan Hakim bicara tidak boleh mengguna pakai dua dapatan yang berbeza dalam mensabitkan Perayu-perayu. Peguamcara menghujahkan bahawa Hakim bicara khilaf dalam membuat rujukan dan bergantung kepada kes Lee Boon Siah & Ors v Public Prosecutor [2014] 3 CLJ 584 dalam sabitan terhadap Perayu-perayu. [36] Pada perenggan 33 dan 34 alasan penghakiman, Hakim bicara mengatakan seperti berikut (muka surat 44-45 Rekod Rayuan Jilid 1): "33. Sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Lee Boon Siah & Ors, dalam kes yang melibatkan 'manufacture' di bawah seksyen 2 menurut Mahkamah Rayuan, "The term 'manufacture' under section 2 included numerous and diverse processes or procedures, namely making, producing, compounding, assembling, refining or transformation of the drugs.
34
Seterusnya Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: For the proper determination of this issue, it must be borne in mind that, as stated in s.2 of the DDA, the term 'manufacture' includes numerous and diverse processes or procedures namely making, producing, compounding, assembling, refining or transformation of the drugs. For that reason, in our judgment, unlike for example the act of keeping, concealing, storing, transporting and carrying dangerous drugs which constitute 'trafficking' ad defined in a.2 of the DDA that involves the requirement of possession, the manufacturing of dangerous drugs as in the present case does not involve possession (see: PP v Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649; [2000] 6 MLJ 705 and Public Prosecutor v Mansur Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233; [1996] 3 MLJ 560). In other words, possession of the impugned drugs need not be proven in case involving 'manufacturing' before the trafficking in s.2 of the DDA can be invoked." [37] Berdasarkan kepada alasan penghakiman Hakim bicara yang dirujuk tersebut, peguamcara menghujahkan bahawa Hakim bicara khilaf kerana tidak membezakan sabitan di bawah elemen milikan (possession) terhadap dadah terlibat dan sabitan 'memproses' dadah tersebut yang tidak memerlukan elemen milikan dibuktikan di bawah maksud pengedaran (trafficking) seksyen 2 ADB 1952. Kesilapan sedemikian adalah 'fatal' dan sabitan terhadap Perayu-perayu wajar diketepikan oleh mahkamah ini. [38] Peguamcara juga juga menghujahkan bahawa dapatan Hakim bicara berpandukan kepada prinsip dalam kes Lee Boon Siah & Ors (supra) dibuat oleh Hakim bicara tanpa penilaian yang teliti jika fakta kes tersebut dibandingkan dengan fakta kes Perayu-perayu. Dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tertuduh-tertuduh untuk kesalahan pengedaran (trafficking) dadah berdasarkan kepada keterangan tertuduh-tertuduh dalam keadaan 'manufacturing' dadah terlibat. Mahkamah Rayuan pada perenggan [9] menyatakan seperti berikut: [9] In the said factory, PW5 conducted a search at the lower floor of the said factory and found a brown metallic coloured Honda Odyssey car registration plate no. SDL 5443L. Next, PW5 and his team proceeded to the back door of the factory. When the back door was opened, PW5 found all the five accused persons. They were in a state of fright and their clothings were in disarray as if they had just completed carrying out some works. All the five were accused persons were then handcuffed. After that, they were taken to the front area of the factory." [39] Seterusnya di perenggan [30] Mahkamah Rayuan mengatakan: [30] Even more to the point, as correctly found by the learned trial judge, there was a nexus between the five accused persons and the dangerous drugs exhibits seized. The five accused were arrested in the factory premise. The five accused persons were actually arrested in the premise of the factory because there was a wall encircling the perimeter of the said factory. Tellingly, the clothes of the accused also had methamphetamine stains: t-shirt of the $ 1^{\mathrm{st}} $ accused; blue jeans brand name "Exhaust" of the $ 2^{\mathrm{nd}} $ accused; and shirt brand "Camel" of the $ 3^{\mathrm{rd}} $ accused. PW4 also confirmed that, apart from the $ 2^{\mathrm{nd}} $ and $ 4^{\mathrm{th}} $ accused, "hand swab" of the right and left hand collected by PW9 from all the five accused persons at the factory contained methamphetamine. PW12 confirmed that the DNA profile of all the accused persons were found on the following items: underwear and tooth brush ( $ 1^{\mathrm{st}} $ accused); underwear $ (2^{\mathrm{nd}} $ accused); glove $ (3^{\mathrm{rd}} $ accused); cotton swipe $ (4^{\mathrm{th}} $ accused); and Glove $ (3^{\mathrm{rd}}, 4^{\mathrm{th}}, $ and $ 5^{\mathrm{th}} $ accused persons)." [40] Peguamcara terpelajar menghujahkan, tidak seperti fakta yang terdapat dalam kes Lee Boon Siah & Ors (supra), berbanding dengan kes di hadapan kami, semua Perayu-perayu sedang duduk di atas lantai tingkat satu premis semasa SP11 dan pasukannya menyerbu premis tersebut, Perayu-perayu tidak cuba melarikan diri ketika serbuan, tiada kesan dadah ditemui daripada pakaian yang dipakai oleh Perayu-perayu dan profile DNA Perayu-perayu melalui swap yang diambil tidak ada kesan dadah pada anggota badan Perayu-perayu. Peguamcara oleh itu menegaskan bahawa Hakim bicara gagal mengarahkan mindanya atas fakta-fakta tersebut yang memihak Perayu-perayu. [41] Peguamcara juga merujuk kepada kes Ong Hooi Beng & Ors v Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 812 untuk menyokong hujahan beliau tentang perlunya keterangan langsung jika tertuduh hendak dikaitkan dengan 'manufacture' dadah berbahaya. Dalam kes tersebut ketiga-tiga perayu (yang masing-masingnya merupakan bapa, anak lelaki dan anak perempuan) telah dituduh kerana kesalahan melakukan perbuatan bagi penyediaan untuk mengedar dadah berbahaya, satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(c) ADB 1952. ASP Howe Sye Eng (SP7) telah mengetuai pasukan polis untuk menyerbu sebuah kilang di bawah nama Zmas Synergy Sdn Bhd yang disyaki telah digunakan sebagai makmal rahsia memproses dadah. SP7 dan pasukannya telah memasuki kilang itu dan menemui tertuduh di situ. Reaktor dalam kilang itu beroperasi. Pihak polis merampas sejumlah 368,126.2 gram dadah methamphetamine dalam kilang tersebut. Ahli kimia (SP6) telah dipanggil oleh pihak polis untuk melawat dan memeriksa kilang tersebut. Ahli kimia memberi keterangan bahawa kilang tersebut telah digunakan sebagai makmal haram untuk menghasilkan methamphetamine. Perayu-perayu dalam pembelaan mereka mengatakan tidak mengetahui yang mereka sedang memproses dadah. Mereka fikir mereka membuat minyak wangi, produk kosmetik dan minyak gaharu. Pembelaan mereka ditolak oleh Hakim bicara. Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan Hakim bicara, mengekalkan sabitan perayu-perayu, antara lain mengatakan seperti berikut: [52] As it was, the learned trial judge found it to be improbable that the three appellants did not know that they were producing methamphetamine. He had given his reasons for arriving at such finding, among them the fact that the first appellant was a director of the company while the second and third appellant were shareholders cum workers in the factory. This is over and on top of the fact that traces of methamphetamine were found on their fingernails, hair and clothing. The presence of this drug on their persons cannot be a mere coincidence having regard to the totality of the evidence and the probabilities of the case. This evidence provides the nexus between the appellants and the preparatory act of processing methamphetamine in the factory." [42] Berdasarkan kepada kes Ong Hooi Beng & Ors v PP (supra), peguamcara menghujahkan kaitan atau nexus Perayu-perayu dalam kes di hadapan kami ini dengan dadah terlibat adalah sangat lemah dan tidak boleh dijadikan asas oleh Hakim bicara untuk mengatakan mereka terlibat dalam aktiviti memproses dadah. Tiada kesan dadah ditemui daripada tubuh badan mereka dan mereka juga bukan pekerja di situ tetapi hanya datang ke situ untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Tidak terdapat apa-apa 'over act' seperti percubaan melarikan diri atau tingkah laku ketakutan oleh Perayu-perayu ketika serbuan yang kesemua mereka ketika itu sedang duduk di atas lantai. Peguamcara selanjutnya menghujahkan, melalui keterangan pegawai penyiasat (SP13) pihak polis telah dapat menimbulkan lima kesan cap jari daripada perkakasan kaca yang dirampas tetapi lima kesan cap jari tersebut disahkan bukan dimiliki oleh mana-mana perayu. [43] Peguamcara juga menghujahkan bahawa Hakim bicara khilaf dalam menerima pakai prinsip kes Chan Pean Leon v Pubic Prosecutor [1955] MLJ 237, pada perenggan (24) alasan penghakiman beliau apabila memutuskan kedekatan (proximity) Perayu-perayu dengan dadah tersebut membuatkan mereka mempunyai pengetahuan terhadap dadah sedangkan tiada keterangan yang menunjukkan apa-apa perlakuan 'overt act Perayu-perayu yang dapat dikaitkan dengan dadah tersebut. Peguamcara juga merujuk kepada kes Wong Nyet Wah v Public Prosecutor [1962] 28 MLJ 312 untuk menyokong hujahan beliau bahawa "...the mere presence of the appellant on the scene is not ipso facto conclusive proof of his participation in the offence." (lihat Wong Hong v Pendakwa Raya [2013] 1 LNS 489). [44] Peguamcara selanjutnya menghujahkan, berdasarkan kepada alasan penghakiman Hakim bicara, tidak terdapat apa-apa dapatan khusus dibuat oleh Hakim bicara sama ada elemen milikan dan pengetahuan Perayu-perayu terhadap dadah tersebut disandarkan kepada pemakaian peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 atau secara milikan sebenar (affirmative) atas dadah tersebut. Kegagalan Hakim bicara membuat dapatan khusus tersebut adalah satu salaharahan yang mewajarkan sabitan perayu diketepikan (Seyedalireza Seyedhedayatollah Etheshamiardestani v PP [2014] 4 CLJ 406). Peguamcara juga merujuk kepada kes Thitapha Charoenchuea Iwn PP [2017] 1 CLJ 1. Mahkamah Persekutuan dalam kes ini telah membenarkan rayuan perayu terhadap sabitan di bawah seksyen 39B(1) ADB, tetapi menggantikan sabitan perayu untuk kesalahan memiliki dadah cannabis seberat 1838.4 gram di bawah seksyen 6 ABD. Mahkamah Persekutuan pada perenggan (48) memutuskan seperti berikut: [48] Berdasarkan kepada penghakiman bertarikh 22 Oktober 2013 dan 25 November 2013, kami bersetuju dengan peguam OKT bahawa hakim bicara tidak menyatakan sama ada OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah di dalam milikannya. Dalam penghakiman tersebut hakim bicara hanya mendapati OKT mempunyai milikan fizikal terhadap dadah tersebut. Dapatan berhubung dengan pengetahuan OKT tentang kewujudan dadah dalam milikannya merupakan salah satu elemen utama yang perlu diputuskan bagi membolehkan sandaran terhadap andaian pengedaran dadah di bawah s. 37(da) ADB dibuat. Tanpa dapatan sedemikian oleh hakim bicara kami memutuskan bahawa andaian statutori di bawah s. 37(da) ADB yang dipakai oleh hakim bicara terhadap OKT adalah cacat. Kesannya, pihak pendakwa gagal membuktikan kes 'prima facie' bagi kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) ADB." [45] Kami meneliti alasan penghakiman Hakim bicara dalam isu yang dibangkitkan oleh Perayu-perayu ini. Sebahagian daripada dapatan penting Hakim bicara telah kami perturunkan di perenggan [20], [21] dan [26] penghakiman kami ini. [46] Keterangan SP4 bahawa premis tersebut telah digunakan untuk menghasilkan dan memproses dadah berbahaya iaitu methamphetamine berdasarkan kepada peralatan bahan kimia serta hasil dadah yang dihasilkan di tempat kejadian tidak dicabar. Keterangan dan laporan P50 yang disediakan oleh SP4 hasil ujian awal dalam lawatan ke tempat kejadian mendapati wujud kesan-kesan serbuk disyaki dadah terhadap 28 jenis perkakasan balang kaca dan mangkuk juga tidak dicabar. Hakim bicara menerima keterangan SP4 sebagai seorang saksi pakar yang kredible (perenggan 9 alasan penghakiman). [47] Fakta-fakta berikut dizahirkan oleh hakim bicara dalam memutuskan Perayu-perayu mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut:
a
(a) SP11 dan pasukannya membuat pemantauan selama 20 minit terhadap premis tempat kejadian;
b
(b) Selama tempoh 20 minit tersebut tiada sesiapa dilihat masuk atau keluar premis;
c
(c) Ketika serbuan grill pintu bawah dikunci dan P11 terpaksa memotong besi cangkuk di grill tersebut;
d
(d) Shutter dan pintu papan kedua yang terdapat ditangga naik selepas pintu grill juga berkunci, dan SP11 terpaksa mengumpil shutter dan pintu papan tersebut;
e
(e) Anak kunci pintu masuk ke permis ditemui ooleh SP11 di atas meja tingkat pertama;
f
(f) Perayu-perayu didapati sedang duduk di lantai tingkat atas ketika SP11 dan pasukannya membuat serbuan dalam premis;
g
(g) Di atas sebuah meja di tingkat satu berhampiran tingkap, SP11 menjumpai bahan kristal disyaki dadah syabu yang ditabur di atas kain putih berserta perkakasan balang-balang kaca [lihat gambar No. 29 dan 30; eksibit P7 muka surat 65 Rekod Rayuan Jilid 3(1); eksibit P196 muka surat 343 rekod Rayuan Jilid 3(4) dan eksibit P6 gambar No. G3 dan G4 muka surat 19 Rekod Rayuan Jilid 3(1)];
h
(h) Di atas sebuah lagi meja di bahagian tengah tingkat atas, SP11 menjumpai 1 paket plastik berisi bahan kristal kebiruan berserta sebahagian lagi perkakasan balang kaca [lihat muka gambar No. 27 dan 28 Rekod Rayuan Jilid 3(1); eksibit P7 muka surat 64; eksibit P196 muka surat 343 Rekod Rayuan Jilid 3(4) dan eksibit P6 gambar No. G5 muka surat 20 Rekod Rayuan Jilid 3(1)];
i
(i) Di bahagian antara tangga pertama dan kedua, SP11 menjumpai 1 kotak polisterin mengandungi 10 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah [lihat eksibit P6: gambar G10 - G20 muka surat 22-27 Rekod Rayuan Jilid 3(1)];
j
(j) Peralatan dan perkakasan serta bahan-bahan cecair kimia untuk menghasilkan dadah berbahaya berselerak di atas lantai tingkat atas, di tangga naik dan di tingkat bawah;
k
(k) Dadah di atas dua meja di tingkat atas dalam keadaan terdedah dan mudah dilihat;
i
(I) T-shirt, tuala, topeng muka dan sarung tangan (P15, P17A, P18A, P19A, P20A, P24, P29A, P31A, P32A, P33A, P34A, P35A, P37A dan P38A) yang masing-masingnya terdapat DNA Perayu-perayu dirampas oleh SP5 daripada beberapa bahagian di tingkat atas tersebut [lihat eksibit P164 muka surat 181-182 Rekod Rayuan Jilid 3(2), eksibit P163 muka surat 175-177 Rekod Rayuan Jilid 3(2) dan eksibit P164 muka surat 184 Rekod Rayuan Jilid 3(2)];
m
(m) Kedekatan jarak Perayu-perayu dan tempat dadah dan perkakasan dijumpai di tingkat atas sangat berhampiran [lihat gambar rajah eksibit P164 muka surat 184 Rekod Rayuan Jilid 3(2) dan eksibit P7 gambar No.25, 26, 27, 28, 29 dan 30 muka surat 63-65 Rekod Rayuan Jilid 3(1)];
n
(n) Perayu-perayu dikelilingi oleh dadah, bahan untuk membuat dadah dan pelbagai perkakasan serta peralatan yang terdapat di tingkat atas tersebut;
o
(o) SP13 mendapati tiada apa-apa peralatan untuk mencuci premis ditemui daripada Perayu-perayu atau berada berhampiran Perayu-perayu di premis tersebut.
p
(p) SP4 mendapati 28 perkakasan kaca balang dan mangkuk yang terdapat dalam premis tersebut mempunyai kesan-kesan serbuk dadah dan pelbagai bahan kimia yang boleh menghasilkan dadah berbahaya dijumpai berselerak di tingkat atas dan bawah premis tersebut [lihat eksibit P50 muka surat 137-143 Rekod Rayuan Jilid 3(2)].
q
(q) Keterangan SP4 yang tidak dicabar bahawa premis tersebut telah digunakan sebagai makmal haram untuk memproses dadah berbahaya Methamphetamine berdasarkan kepada peralatan dan bahan-bahan kimia yang ditemui. [48] Berdasarkan kepada fakta-fakta yang disebutkan, Hakim bicara pada perenggan 29 alasan penghakiman beliau membuat dapatan berikut dan memanggil Perayu-perayu membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan: "29. Di dalam keadaan fakta yang terlalu melimpah ruah (overwhelming) adalah sukar untuk mengatakan yang OKT1 - OKT5 tiada pengetahuan mengenai dadah tersebut. Fakta-fakta bahawa mereka berada di dalam sebuah premis yang berkunci, dipenuhi dengan peralatan-peralatan untuk memproses dadah selain DNA profil mereka turut dikesan melalui barang-barang kes P15, P17A, P18A, P19A, P20A, P24, P29A, P31A, P32A, P33A, P34A, P35A, P37A dan P38A. Jelas menunjukkan yang mereka bukanlah 'stranger' kepada premis tersebut atau pun secara kebetulan berada di situ." [49] Penelitian kami ke atas alasan penghakiman Hakim bicara, kami dapati Hakim bicara memanggil Perayu-perayu membela diri adalah berdasarkan kepada keterangan bahawa Perayu-perayu memproses dadah berbahaya di premis tersebut dan perlakuan tersebut tergolong di bawah maksud pengedaran (trafficking) seksyen 2 ADB 1952. Pada perenggan 34A alasan penghakiman, Hakim bicara membuat dapatan berikut: "34A. Berdasarkan kepada fakta-fakta kes ini, jelas menunjukkan yang OKT1 - OKT5 telah menjalankan aktiviti memproses dadah di premis tersebut di dalam pertuduhan di bawah seksyen 2 ADB, 1952." [50] Seksyen 2 ADB 1952 memberi takrifan pengedaran (trafficking) seperti berikut: "trafficking" includes the doing of any act of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing buying, selling, giving, receiving, storing, administering transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing and dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulation made under the Act." [51] Kami berpendapat melalui perkataan "includes" yang terdapat dalam seksyen 2 tersebut, telah tidak menjadikan maksud "trafficking" tersebut hanya terpakai atau terhad kepada perkara-perkara yang disebutkan itu. Dengan kata lain senarai tersebut tidak "exhaustive". Saksi pakar SP4 sendiri menyebutkan perkataan "memproses dadah berbahaya". Hakim bicara menggunakan perkataan "memproses dadah berbahaya". TPR dan hujahan peguamcara-peguamcara di hadapan Hakim bicara juga menggunakan perkataan 'memproses". Peguamcara terpelajar menghujahkan perkataan "memproses" tidak terdapat di bawah seksyen 2 ADB dan yang demikian sabitan terhadap Perayu-perayu tidak diasaskan kepada undang-undang dan 'fatal'. Dengan hormatnya kami tidak dapat menerima hujahan tersebut. Setiap kes perlu dilihat dan dinilai terhadap faktanya sendiri. Dalam kes di hadapan kami ini fakta kes jika dilihat dan dinilai secara keseluruhan atau 'in totality' memperlihatkan bahawa premis tersebut dijadikan sebagai tempat untuk menghasilkan dadah berbahaya dan dadah telah pun dihasilkan seperti mana dalam pertuduhan. Berasaskan kepada keterangan yang terdapat, kami berpendapat penggunaan perkataan "memproses" oleh SP4 dan Hakim bicara tidak lari atau berlainan daripada apa yang hendak dicapai oleh seksyen 2 ADB. Hatta, undang-undang juga membenarkan kombinasi mana-mana elemen di bawah seksyen 2 tersebut. Oleh itu kami berpendapat hujahan peguamcara tidak mempunyai merit. [52] Mahkamah Rayuan dalam kes Lee Boon Siah & Ors v PP (supra) mengatakan seperti berikut (perenggan 31): [31] It is true, as argued by learned counsel for all the accused persons, that there was no eye witness who saw any of the accused persons in the act of making, producing, compounding, assembling or refining the impugned drugs. Still in our judgment, even without the evidence, there were a number of pieces of evidence as we have enumerated above that incriminated all the five accused persons in the commission of the offence. All of which leads us to conclude that all the five accused had knowledge and were involved in the manufacturing of methamphetamine because they were in a drug manufacturing setting in the factory premise. The clothes of all the accused persons, tootbrush as well as canned food and instant noodles were found in the middle room at the lower floor. A total of eight mattreses and pillows were also found. These show that they were in the said factory during the day and night. According to PW5, all the accused persons were in a state of fright and their clothing were in disarray, as if they were had just completed carrying out some work. All the five accused persons were working in the said factory premise and that they were not there by accident. They were participants in the making and producing methamphetamine in the said factory. All this admissible circumstantial evidence when taken together, irresistibly and unmistakenly lead to the conclusion that the five accused persons were actively involved in the manufacturing of methamphetamine in the said factory. As in the Court of Appeal said in Idris v Public Prosecutor [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 296, circumstantial evidence should be such that when you look at all the surrounding circumstances, you find such a series of undersigned, unexpected coincidence that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion." [53] Mahkamah Persekutuan dalam kes Keong Gim Chye dan Ng Chun Haw v PP [No. Kes : 05(M)-65-03/2018 (P) & 05(M)-66-03/2018(P)] telah mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan (Keong Gim Chye v Public Prosecutor [2018] 1 LNS 592), bahawa dalam kes yang melibatkan pengedaran dadah melalui cara 'manufacturing', pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan elemen pemilikan dan berlakunya 'ongoing act of manufacturing'. Pada perenggan (26) Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: [26] We disagree with the learned counsel submission that there must be evidence of ongoing act of manufacturing by the appellants before a case of manufacturing can be established against the appellants. What SP2 said was that he is not sure whether there was manufacturing process done on the specific date of 12.5.2011, the date when the said house was raided by the police team. We have examined the appeal records especially the evidence given by SP2, we are of the considered view that there were irrefragable evidence that the said house had been used to manufacture drugs as evinced by the presence of the huge numbers of paraphernalia, drugs precusors, apparatus, laboratory items and drugs found in the said house." (penegasan oleh kami). [54] Dalam isu niat bersama Perayu-perayu terhadap penghasilan dadah tersebut, Hakim bicara membuat dapatan bahawa terdapat bukti yang mencukupi bahawa Perayu-perayu mempunyai niat bersama seperti mana yang diperlukan oleh seksyen 34 Kanun Kesekssan. [55] Pada perenggan (41) dan (42) alasan penghakiman, Hakim bicara membuat dapatan berikut: "41. Sama ada OKT1 - OKT5 mempunyai niat bersama di bawah section 34 Penal Code. Saya berpendapat selepas meneliti dan menilai fakta-fakta kes dengan maksima, satu kesimpulan dapat diambil bahawa kelima OKT ini berada di premis tersebut bukan secara tidak sengaja (coincidence), akan tetapi mereka adalah participants di dalam activiti memproses dadah-dadah tersebut.
42
Fakta yang mengatakan dadah dijumpai di atas kain putih yang berada di atas meja di tingkat atas menunjukkan proses pengeringan dadah tersebut sedang dijalankan oleh mereka. Ini secara "circumstantial evidence" adalah menunjukkan niat bersama mereka, selain daripada berada dalam premis tersebut dengan satu tujuan iaitu untuk memproses dadah." [56] Peguamcara Perayu Pertama merujuk kepada kes Soorya Kumar Narayanan v PP [2009] 6 CLJ 257 dalam isu kegagalan hakim bicara membuat dapatan 'affirmative' atas elemen milikan. Peguamcara menghujahkan kegagalan membuat 'affirmative finding' membentuk satu salaharahan yang serius. Penelitian kami terhadap alasan penghakiman Hakim bicara, pada perenggan (32) dibaca bersama perenggan (8), Hakim bicara berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan elemen kedua iaitu dadah tersebut berada di bawah jagaan dan kawalan Perayu-perayu. Hakim bicara tidak menggunapakai peruntukan anggapan seksyen 37(d) ADB kerana pihak pendakwaan tidak bergantung kepada peruntukan anggapan dalam membuktikan kes pendakwaan. Maka itu keputusan Hakim bicara pada perenggan (97) penghakiman beliau adalah konsisten dengan dapatan yang dibuat pada peringkat kes pendakwaan bahawa beban pembelaan hanya setakat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [57] Kami tidak mendapati Hakim bicara melakukan kekhilafan dalam dapatan tersebut berdasarkan keterangan yang telah kami huraikan di atas. Mahkamah di peringkat rayuan perlu menahan diri daripada mencampuri dapatan fakta oleh Hakim bicara yang mempunyai faedah audio-visual secara langsung mendengar dan melihat tingkah laku saksi-saksi dan eksibit-eksibit yang terdapat di hadapannya kecuali dapat ditunjukkan dapatan tersebut ternyata sangat bercanggah dengan keterangan yang ada. Kami bersetuju dengan Hakim bicara bahawa keterangan terhadap Perayu-perayu adalah 'overwhelming'. Jika pun berlaku kecacatan Hakim bicara menggunakan perkataan 'memproses' yang sepatutnya lebih tepat untuk perkataan 'manufacturing' digunakan, kecacatan tersebut tidak menyebabkan berlakunya satu ketidakadilan terhadap Perayu-perayu dan sewajarnya boleh dipulihkan oleh Mahkamah Rayuan di bawah kuasa yang diberi kepada kami oleh seksyen 60 Akta Mahkamah Keadilan 1964. Di atas alasan-alasan yang telah kami berikan, hujahan peguamcara Perayu-perayu atas isu ini tidak mempunyai merit. Hakim bicara gagal menghargai dengan secukupnya pembelaan Perayu-perayu masing-masingnya, dan gagal untuk mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pembelaan SD5, SD6 dan SD7 yang menyokong keterangan pembelaan diri Perayu-perayu. [58] Kami menimbangkan pula isu kedua yang dibangkitkan oleh Perayu-perayu bahawa Hakim bicara gagal menghargai dengan secukupnya pembelaan Perayu-Perayu dan keterangan saksi-saksi pembelaan SD5, SD6 dan SD7. [59] Peguamcara Perayu-perayu menghujahkan bahawa jalur pembelaan Perayu-perayu telah diketengahkan oleh pihak pembelaan melalui saksi-saksi pendakwaan khususnya SP13 bahawa kehadiran Perayu-perayu di premis tersebut adalah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan premis dan tidak terlibat dengan dadah yang dijumpai di premis tersebut. [60] Pembelaan Perayu Pertama ialah sebagai pemandu teksi yang menghantar Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima ke premis tersebut, kehadirannya dalam premis tersebut hanya untuk melihat mengapa Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima lewat keluar daripada premis tersebut pada pagi hari kejadian kerana kebiasaannya mereka habis kerja jam 8.30 pagi. Perayu pertama mengatakan dia hanya memasuki premis tersebut pada jam 8.30 pagi setelah menunggu lama dalam kereta. Kunci pintu grill dibuka oleh Perayu Kelima. Perayu Pertama mengatakan setelah memasuki premis tersebut, dia diberitahu mereka memerlukan lebih kurang 20 minit lagi untuk menyelesaikan kerja pembersihan. Untuk menjelaskan mengapa DNA Perayu Pertama terdapat pada tuala berwarna hijau (eksibit P195 gambar No. 154), Perayu Pertama mengatakan dia telah pergi ke tandas untuk mencuci muka dan telah menggunakan tuala tersebut untuk mengelap mukanya. Selepas keluar dari tandas, dia duduk atas lantai di mana Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima sedang duduk. Seketika kemudian, polis telah menyerbu tempat tersebut. Perayu Pertama memanggil pemilik teksi yang disewanya Peter Chin Chee Kee (SD2) untuk menyokong keterangan bahawa dia adalah seorang pemandu teksi. [61] Pembelaan Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima juga serupa antara mereka bahawa mereka hadir di premis tersebut untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sebagai pekerja pembersihan untuk premis tersebut dari jam 5.00 pagi hingga jam 8.00 pagi, iaitu untuk tempoh 3 jam bekerja bagi pasukan mereka. Mereka datang ke premis tersebut pada setiap hari bekerja menaiki kereta Perayu Pertama yang bekerja sebagai pemandu teksi. Pihak pembelaan memanggil SD5, SD6 dan SD7 yang masing-masingnya mengatakan Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima adalah pekerja pembersihan dan Perayu Pertama hanya berperanan sebagai pemandu teksi yang menghantar mereka ke premis tersebut. [62] Berdasarkan keterangan pembelaan tersebut, peguamcara Perayu-perayu menghujahkan keterangan pembelaan diri Perayu-perayu adalah konsisten semasa kes pendakwaan, juga semasa membela diri dan keterangan Perayu-perayu disokong oleh saksi-saksi pembelaan Kabeer Muhammad Safi (SD5), Rateesh Rajan (SD6) dan Bijo Thomas (SD7) yang masing-masing mereka mengatakan bahawa Perayu Pertama hanya berperanan sebagai pemandu teksi menghantar Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima ke premis tersebut. SD5, SD6 dan SD7 juga mengatakan Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima adalah pekerja-pekerja pembersihan yang bertugas untuk membersihkan kilang memproses bahan kimia dan bedak muka dan tidak mempunyai pengetahuan bahawa premis tersebut membuat dadah. Dihujahkan juga keterangan Peter Chin Chee Kee (SD2) menyokong keterangan Perayu Pertama dalam hal pekerjaannya sebagai pemandu teksi. Bagaimana pun, mengikut SD2 sejak Perayu Pertama diberi sewa permit dan teksi pada bulan Oktober 2011, Perayu Pertama tidak pernah membayar sewaan bulanan untuk permit dan teksi dan SD2 juga tidak tahu jika Perayu Pertama membawa penumpang atau tidak [(lihat muka surat 526 – 528 Rekod Rayuan Jilid 2(6)]. [63] Berdasarkan kepada keterangan pembelaan tersebut, peguamcara Perayu Pertama menghujahkan Hakim bicara khilaf apabila memutuskan pembelaan Perayu Pertama hanya rekaan semata-semata dan tidak boleh dipercayai dan dengan itu menolak pembelaan Perayu Pertama. [64] Peguamcara-peguamcara Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima, masing-masingnya menghujahkan Hakim bicara khilaf apabila memutuskan pembelaan Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima juga hanya rekaan sahaja. Peguamcara Perayu-perayu seterusnya menghujahkan Hakim bicara khilaf apabila membenarkan percakapan beramaran SD5, SD6 dan SD7 dijadikan eksibit pendakwaan P235 (Kabeer Mohammad Safi), P237 (Rateesh Rajan) dan P239 (Bijo Thomas) masing-masingnya, semasa kes di peringkat pembelaan diri Perayu-perayu sedangkan SD5, SD6 dan SD7 mempertikaikan kandungan percakapan beramaran mereka bahawa mereka tidak memahami kandungannya. Peguamcara menghujahkan Hakim bicara sewajarnya mengadakan bicara dalam bicara untuk menentukan percakapan beramaran SD5, SD6 dan SD7 tersebut telah diberikan secara yang sempurna di bawah undang-undang, lebih-lebih lagi bahasa Tamil yang digunakan ketika merakam percakapan beramaran tersebut bukan bahasa ibunda SD5, SD6 dan SD7 iaitu Malayalam. Peguamcara Perayu-perayu selanjutnya menghujahkan bahawa keterangan 'rebuttal' yang diberikan oleh SP13 setelah SD5, SD6 dan S7 selesai memberi keterangan tidak wajar dibenarkan oleh Hakim bicara disebabkan terdapat isu kebolehterimaan (admissibility) percakapan beramaran SD5, SD6 dan SD7 yang masih perlu diputuskan oleh Hakim bicara terlebih dahulu sebelum P235, P237 dan P239 tersebut boleh dijadikan eksibit pendakwaan. [65] Kami meneliti alasan penghakiman Hakim bicara dalam isu ini. Pada perenggan (66) alasan penghakiman beliau, Hakim bicara telah membutirkan keterangan pembelaan diri Perayu Pertama (OKT1). Pada perenggan (67) alasan penghakiman beliau, Hakim bicara telah membutirkan keterangan pembelaan diri Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima (OKT2 - OKT5). Perenggan (87) hingga (97) alasan penghakiman, Hakim bicara membuat penilaian terhadap pembelaan Perayu-Perayu dan saksi-saksi pembelaan dan dapatan terhadapnya. Dapatan Hakim bicara tersebut telah kami petik sepenuhnya di perenggan [26] penghakiman kami ini. Kami juga telah memetik sepenuhnya kandungan pembelaan diri Perayu-perayu seperti yang dapat dilihat di perenggan [23] penghakiman kami. [66] Kami dapati Hakim bicara telah menimbangkan penghujahan peguamcara yang mewakili setiap tertuduh (Perayu-perayu) terhadap pembelaan diri Perayu-perayu dan saksi-saksi pembelaan yang dipanggil oleh Perayu-perayu. Pertimbangan tersebut dapat dilihat pada perenggan 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75, 87, 88, 89, 90, 91, 94, 95, 96 dan 97. Hakim bicara membuat dapatan pembelaan diri Perayu-perayu hanya merupakan rekaan semata-mata dan tidak boleh dipercayai dan menolaknya. Antara alasan yang diberikan oleh Hakim bicara ialah Perayu-perayu dikelilingi oleh perkakasan untuk membuat dadah. Dadah yang telah siap dalam keadaan terdedah dan berada berdekatan mereka, terdapat barangan yang dijumpai dalam premis tersebut mempunyai DNA Perayu-perayu masing-masingnya, premis dalam keadaan berkunci ketika serbuan. Keterangan juga tidak melihatkan sebarang hasil bedak muka dijumpai dalam premis tersebut walau pun Perayu-perayu mengatakan mereka hanya tahu premis tersebut ialah kilang bahan kimia dan bedak muka. Bagaimanapun, Perayu Kedua sendiri akui semasa pemeriksaan balas oleh TPR bahawa 'powder' yang dilihatnya dalam premis tersebut tidak sama rupa dengan serbuk bedak yang biasa [(baris pertama muka surat 552 Rekod Rayuan Jilid 2(7)]. Keterangan juga tidak melihatkan sebarang bahan 'chemical cleaning' dijumpai dalam premis tersebut untuk menyokong pembelaan Perayu-perayu bahawa mereka hanya merupakan pekerja 'industrial cleaners' (muka surat 557 baris 15 Jilid 2(7)]. Perayu-perayu sendiri tidak dapat menunjukkan walau satu bahan daripada eksibit atau gambar tempat kejadian yang boleh dikatakan sebagai 'chemical cleaning' semasa memberi keterangan pembelaan diri. Perayu-perayu juga tidak dapat memberikan keterangan apakah kerja pembersihan yang telah mereka selesaikan dan perkakasan yang telah mereka bersihkan di tingkat atas premis tersebut sejak jam 5.30 pagi tersebut apabila mereka mengatakan memerlukan 20 minit lagi untuk selesaikan kerja pembersihan. Malahan keterangan SD5, SD6 dan SD7 juga tidak menunjukkan atau mengenalpasti sebarang bahan 'chemical cleaning' daripada ratusan eksibit dan gambar-gambar tempat kejadian. Keterangan SP13 mengesahkan tidak terdapat apa-apa peralatan pembersihan dan bahan kimia pembersih ditemui dalam premis tersebut. Berdasarkan fakta-fakta yang ada, kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa Perayu-perayu tidak berada di premis tersebut secara 'accidental' atau sebagai pekerja pembersihan dan menolak pembelaan mereka. Mereka mempunyai milikan dan pengetahuan atas dadah tersebut. Keterangan mengikut keadaan yang boleh dibuat kesimpulan ialah mereka tahu dan terlibat dalam pembuatan dadah yang menjadi perkara dalam pertuduhan. [67] Adalah undang-undang mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan sangat perlahan dan tidak boleh sewenangnya mencampuri dan mengubah dapatan fakta oleh Hakim bicara yang mempunyai faedah audio-visual ke atas saksi-saksi yang memberi keterangan di hadapannya. Dalam kes Md Zainudin Raujan v PP [2013] 4 CLJ 21 Mahkamah Persekutuan memutuskan: [38] Assessing credibility is difficult and is best left to the trial judge who has the audio-visual advantage of a witness in action. In this case, the learned trial judge, in our view, had correctly evaluated PW5's evidence and found him to be a credible witness. The Court of Appeal had further assessed the learned trial judge's evaluation of that evidence and agreed with the learned judge's conclusion. [39] We have gone through the evidence thoroughly ourselves and have come to the same conclusion that PW5 is a credible witness. Having said that we found no compelling reasons which require our appellate interference." [68] Kami dapati tidak terdapat salah arahan oleh Hakim bicara dalam menolak pembelaan Perayu-perayu tersebut yang telah dibuat penilaian secara keseluruhan oleh Hakim bicara seperti yang diperlukan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. Hakim bicara telah mengarahkan mindanya dengan betul dalam perkara ini (perenggan 83 alasan penghakiman). [69] Kami beralih kepada penandaan eksibit P235, P237 dan P239 oleh Hakim bicara. Berdasarkan kepada catatan dalam Rekod Rayuan, percakapan beramaran SD5, SD6 dan SD7 masing-masingnya dikemukakan oleh TPR semasa pemeriksaan balas terhadap mereka. Semasa SD5, SD6 dan SD7 memberi keterangan dalam pemeriksaan balas, terdapat beberapa jawapan oleh mereka yang dikatakan sebagai bercanggah secara material oleh TPR dengan percakapan beramaran mereka. Di atas percangggahan tersebut, TPR telah membuat permohonan kepada Hakim bicara untuk mencabar kebolehpercayaan (to impeach) saksi-saksi SD5, SD6 dan SD7. Bagaimana pun, Hakim bicara mengarahkan TPR hanya mengemukakan percakapan beramaran tersebut dan SD5, SD6 dan SD7 ditanya sama ada mereka ada menandatangni percakapan beramaran masing-masing itu. SD5, SD6 dan SD7 mengakui mereka ada menandatangani percakapan beramaran masing-masing tetapi mengatakan pengataan-pengataan atau kandungan dalam percakapan tersebut tidak dibuat oleh mereka dan mereka tidak faham bahasa Tamil yang digunakan semasa percakapan mereka dirakamkan kerana bahasa ibunda mereka ialah bahasa Malayalam. P235, P237 dan P239 telah ditandakan sebagai eksibit oleh Hakim bicara setelah pihak peguamcara tertuduh-tertuduh (Perayuperayu) tiada bantahan terhadap penandaan percakapan beramaran SD5, SD6 dan SD7 tersebut, masing-masingnya kecuali terhadap kebenaran kandungannya akan dihujahkan (muka surat 569, 583 dan 597 Rekod Rayuan Jilid 2(7)]. Bertolak daripada penandaan P235, P237 dan P239 sebagai eksibit, TPR telah membuat pemeriksaan balas terhadap SD5, SD6 dan SD7 atas kandungan percakapan beramaran mereka tetapi SD5, SD6 dan SD7 menafikan membuat pernyataan sedemikian dan tidak faham terhadapnya. Setelah selesai SD5, SD6 dan SD7 memberi keterangan, Hakim bicara telah membenarkan permohonan TPR untuk memanggil semula SP13 bertujuan membuat pengecaman terhadap eksibit P235, P237 dan P239 dan membawa keterangan 'rebuttal' (muka surat 637 Rekod Rayuan Jiid 2(8)] bahawa SD5, SD6 dan SD7 memahami dan boleh bertutur bahasa Tamil. [70] Berdasarkan kepada latar belakang bagaimana P235, P237 dan P239 ditandakan sebagai eksibit, kami dapati Hakim bicara tidak khilaf dalam membenarkan eksibit tersebut diterima masuk. SD5, SD6 dan SD7 telah mengesahkan tandatangan masing-masing. SP13 juga telah mengecamkan P235, P237 dan P239 tersebut diberikan oleh SD5, SD6 dan SD7. Dalam hal yang demikian, kami berpendapat tiada keperluan untuk bicara dalam bicara (trial-within-trial) dilakukan oleh Hakim bicara sebelum P235, P237 dan P239 ditandakan sebagai dokumen eksibit pendakwaan. SD5, SD6 dan SD7 mengesahkan telah menandatangani P235, P237 dan P239 dan mengecamkan tandatangan masing-masing. Isu yang perlu diputuskan oleh Hakim bicara ialah apakah tujuan TPR mengemukakan P235, P237 dan P239 tersebut, sama ada untuk tujuan 'impeachment' di bawah seksyen 155(c) Akta Keterangan 1950 atau untuk memeriksa balas atas saksi 'hostile' di bawah seksyen 145 Akta Keterangan. Sekiranya TPR hendak melihatkan kepada mahkamah bahawa keterangan saksi-saksi tersebut bercanggah secara material dengan percakapan dalam siasatan yang pernah diberikannya, maka perkara tersebut perlu diselesaikan secara nyata di mana saksi-saksi wajar dirujukkan, dengan kebenaran mahkamah terlebih dahulu, kepada bahagian percanggahan yang dikatakan berlaku itu untuk saksi diberikan peluang memberikan penjelasan terhadapnya. Bagaimana pun tiada prosiding lanjut atas P235, P237 dan P239 untuk saksi memberikan penjelasan terhadap percanggahan keterangan mereka. Pihak TPR dan peguamcara juga tidak berhujah atas perkara tersebut di hadapan Hakim bicara. Atas latar belakang tersebut, tiada terdapat apa-apa isu yang 'pending' yang memerlukan 'ruling' oleh Hakim bicara atas 'admissibility' P235. P237 dan P239. Penelitian kami ke atas alasan penghakiman, kecuali pada perenggan (95), kami dapati Hakim bicara tidak meletakkan pergantungan kepada P235, P237 dan P239 dalam mensabitkan Perayu-perayu. Hakim bicara telah menimbangkan keterangan Perayu-perayu. Hakim bicara juga telah menimbangkan keterangan SD5, SD6 dan SD7 dan memutuskan menolak keterangan mereka berdasarkan kepada keterangan 'rebuttal' SP13. Dapatan fakta oleh Hakim bicara dalam perkara ini melibatkan penilaian atas kredibiliti saksi-saksi dan dapatan sedemikian menjadi hak untuk Hakim bicara membuatnya dan mahkamah di peringkat rayuan tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah dapatan tersebut. Atas alasan yang kami berikan di atas, kami dapati hujahan peguamcara Perayu-perayu terhadap isu ini tidak mempunyai merit. Dadah yang merupakan perkara dalam kedua-dua pertuduhan gagal dikemukakan dan ditandakan secara teratur untuk menjadi eksibit di hadapan Hakim bicara dan dengan itu terdapat keraguan tentang identiti eksibit dadah. [71] Kami menimbangkan dahulu isu keempat yang dibangkitkan oleh peguamcara Perayu-perayu. Encik Affuddin peguamcara Perayu Kelima telah menghujahkan isu ini dan diterima pakai oleh peguamcara Perayu-perayu yang lain. Kami juga telah mengarahkan peguamcara dan TPR mengemukakan hujahan tambahan berkaitan isu ini dan hujahan tambahan tersebut telah dikemukakan. Kami juga telah mendapatkan rakaman CRT prosiding di Mahkamah Tinggi bertarikh 27.3.2017 untuk melihat sendiri bagaimana eksibit-eksibit dibuat penandaaan oleh Hakim bicara pada tarikh prosiding tersebut. Kami melihat isu ini penting diputuskan kerana dadah yang menjadi perkara pertuduhan dicabar sebagai tidak teratur dikemukakan dan dikatakan bahawa tiada eksibit dadah sebenar di hadapan mahkamah untuk sabitan kesalahan dibuat terhadap Perayu-perayu. Peguamcara merujuk kepada kes Formi Afta Ahmad & Anor v PP [2013] 9 CLJ 183 dalam menyokong hujahan beliau mengenai kesan 'improper admission of evidence' yang dihujahkan sebagai tidak boleh dipulihkan oleh mahkamah di peringkat rayuan. [72] Kami meneliti catatan nota keterangan yang terdapat dalam rekod rayuan. Pada 27.3.2017, SP13 (pegawai penyiasat kes) dipanggil oleh TPR untuk memberi keterangan sebagai saksi terakhir pihak pendakwaan. Setelah SP13 mengemukakan pernyataan saksi bertulis beliau dan ditandakan oleh Hakim bicara sebagai P221, SP13 telah diminta oleh TPR membuat pengecaman terhadap barang-barang kes. Pada peringkat ini peguamcara OKT1 (Perayu Pertama) telah bangun dan mengatakan kepada Hakim bicara seperti berikut [(muka surat 385 Rekod Rayuan Jilid 2(5)] : "NS : I think we can do it amongst ourselves YA. The identification of all the things and then we just have to record before YA. So we will do the barang kes dengan gambar dan dokumen also, YA, then we will inform YA, once we have completed the process. Mah: Stand down untuk pengecaman barang kes. T.t. (Hakim bicara)". [73] Selepas catatan tersebut, pada muka surat 385 yang sama mencatatkan senarai nombor ratusan eksibit-eksibit yang "Dicamkan" dan puluhan eksibit yang "Ditukarkan" kepada eksibit "P". Bagaimana pun tidak terdapat tandangan Hakim bicara terhadap cacatan tersebut dan tidak terdapat apa-apa catatan bahawa Mahkamah bersidang semula untuk merekodkan pengecaman barang-barang kes tersebut di hadapan Hakim bicara. Cuma pada jam 4.00 petang terdapat catatan "4.00 pm. Mahkamah Bersidang semula" dan diikuti dengan catatan berikut (muka surat 386): "Pihak-pihak seperti tadi. SP13: G/13084 V. Sagaran a/l Verapatran Masih dalam sumpah. DPP : Dengan izin YA, pihak-pihak yang sama seperti sebentar tadi YA. YA. Kesemua dokumen telah dicamkan oleh saksi ini Y.A. Adakah saya perlu baca setiap satu nombor eksibit? YA: Ada list? NS: Tadi rekod, telah direkodkan." [74] Isu yang dibangkitkan oleh peguamcara Perayu Kelima ialah bagaimana terdapat catatan eksibit-eksibit yang disenaraikan dicamkan dan dijadikan eksibit sedangkan pada masa tersebut mahkamah tidak bersidang dan hanya bersidang semula pada jam 4.00 petang. Peguamcara terpelajar menghujahkan tidak terdapat pengecaman eksibit dadah di hadapan Hakim bicara dan pengecaman oleh saksi SP13 dibuat di luar daripada persidangan mahkamah dan dengan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan. Kami berusaha mendapatkan gambaran bagaimana eksibit-eksibit tersebut dicamkan oleh SP13 tetapi proses pengecaman tersebut tidak ada dalam fokus camera CCTV/CRT. Maka yang demikian rakaman CCTV/CRT tidak dapat membantu kami melihat prosiding sebenar pengecaman barang kes pada tarikh 27.3.2017 tersebut. Bagaimanapun, catatan yang terdapat melihatkan pihak-pihak iaitu TPR, peguamcara-peguamcara tertuduh-tertuduh, jurubahasa mahkamah dan pegawai mahkamah bersetuju membuat pengecaman terhadap barang-barang kes dan menyediakan rekod senarai. Bagaimana pun kami tidak menemui senarai rekod yang dimaksudkan dalam rekod rayuan. Tiada catatan oleh Hakim bicara untuk menunjukkan dokumen senarai rekod tersebut dijadikan eksibit. Bagaimana pun, pada perenggan (36) alasan penghakiman, Hakim bicara telah memutuskan bahawa beliau tidak ada keraguan berkenaan dengan identiti barang-barang kes yang dikemukakan di mahkamah, khususnya dadah dan keterangan SP4 juga relevan mengenai isu tersebut. [75] Kami selanjutnya membuat semakan terhadap hujahan pihak-pihak di hadapan Hakim bicara berkaitan isu barang kes. Kami dapati pihak pembelaan tidak ada membangkitkan apa-apa hujahan berkaitan identiti barang kes atau apa-apa keraguan berkaitan barang kes yang dikemukakan di hadapan Hakim bicara. [76] Melalui keterangan SP4 kami dapati kesemua barang kes berkaitan dadah dalam pertuduhan telah dikemukakan dan dicamkan melalui SP4 dan ditandakan sebagai eksibit pendakwaan oleh Hakim bicara [(muka surat 43-58 Rekod Rayuan Jikid 2(1)] Sebahagian lagi eksibit telah dicamkan dan ditandakan sebagai eksibit pendakwaan oleh Hakim bicara semasa SP3 memberi keterangan (muka surat 26-33 Rekod Rayuan Jilid 2(1]). Pihak-pihak juga tidak mempertikaikan di hadapan Hakim bicara terhadap identiti barang kes bukan dadah yang dicamkan di setor simpanan eksibit polis yang dihadiri sesi pengecamannya oleh peguamcara, TPR dan pegawai mahkamah serta SP13. [77] Berdasarkan kepada huraian yang kami nyatakan, setelah menimbangkan semua rantaian keterangan yang terdapat, kami dapati barang kes dadah yang menjadi perkara pertuduhan dan barang kes yang berkaitan dengannya telah dikemukakan dan dicamkan oleh saksi-saksi. Hakim bicara telah berpuas hati terhadapnya dan terdapat rekod berkaitan penandaan barang kes sebagai eksibit dalam nota prosiding. Keadaan kecacatan dalam kes Formi Afta Ahmad & Anor v PP (supra) di mana hakim bicara tidak merekodkan kelayakan akademik dan kelayakan profesional ahli kimia SP3 sebelum menerima keterangan SP3, tidak berlaku dalam kes rayuan di hadapan kami dan boleh dibezakan. Peruntukan seksyen 272 dan 272A Kanun Tatacara Jenayah telah dipatuhi oleh Hakim bicara. Hanya kerana nota keterangan tidak mempunyai tandatangan Hakim bicara tidak boleh menjadikan rekod tersebut sebagai cacat. Oleh itu hujahan peguamcara Perayu-perayu terhadap isu ini tidak mempunyai merit. Hakim bicara gagal mengguna pakai seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan apabila gagal memanggil Sarawanan dan Shanmuganathan sebagai saksi pendakwaan. [78] Kami menimbangkan pula alasan rayuan Perayu-perayu yang mengatakan Hakim bicara wajar mengguna pakai seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes pendakwaan atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil Sarawanan dan Shanmuganathan sebagai saksi atau menawarkan mereka kepada pihak pembelaan. Alasan ini timbul daripada keterangan pembelaan Perayu-perayu bahawa mereka diambil bekerja oleh Shanmuganathan dan premis kilang tempat mereka bekerja sebagai pekerja pembersihan dimiliki oleh Sarawanan. Peguamcara Perayu-perayu menghujahkan Sarawanan adalah watak yang wujud atau 'real' dan diakui oleh SP13 bahawa Sarawanan ada dikenakan perintah tahanan pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [(eksibit D213 9 muka surat 399 Rekod Rayuan Jilid 3(5)]. Peguamcara juga menghujahkan penama Shanmuganathan wujud dan ada ditangkap oleh pihak polis dan diakui oleh SP13. [79] Keterangan oleh SP13 mengatakan usaha untuk mengesan Shanmugantahan telah dijalankan melalui pertanyaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (P216, P217), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (P219) dan usaha mengesannya di beberapa alamat tempat tinggal (P220) tetapi gagal dikesan. TPR telah membuat permohonan kepada Hakim bicara di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 untuk mengemukakan percakapan seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang diberikan oleh Shanmuganathan. Bagaimanapun, permohonan TPR tersebut telah dibantah oleh peguamcara tertuduh (Perayu-perayu). Salinan percakapan siasatan Shanmuganathan telah dibekalkan kepada peguamcara tertuduh oleh TPR semasa prosiding tersebut. Dalam perkara Sarawanan pula, SP13 mengatakan nama Sarawanan tidak ada disebutkan dalam percakapan beramaran Perayu Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima atau mengaitkan Sarawanan dengan premis tersebut. [80] Kami meneliti alasan penghakiman Hakim bicara dalam isu ini. Kami mendapati pada perenggan (44), (46), (47), (48), (66), (67) dan (71), Hakim bicara ada membuat rujukan kepada penama Sarawanan dan Shanmuganathan kecuali tiada terdapat apa-apa dapatan dibuat oleh Hakim bicara terhadap watak-watak tersebut. Pun begitu, Hakim bicara telah membuat dapatan bahawa Perayu-perayu terlibat dalam aktiviti memproses dadah secara langsung, maka itu tidak terdapat sebarang 'gap' kes pendakwaan terhadap Perayu-perayu. Usaha telah dibuat untuk mengesan Shanmugantahan tetapi tidak berjaya. TPR memohon mengemukakan percakapan Shanmuganathan tetapi dibantah oleh peguamcara. Salinan percakapan Shamugantahan telah dibekalkan oleh TPR kepada peguamcara. Oleh itu kami berpendapat tiada berlaku ketidakadilan kerana percakapan Shanmuganathan telah dibekalkan kepada pihak pembelaan dan mereka ada peluang untuk meneliti sendiri percakapan Shanmuganthan jika mempunyai apa-apa merit untuk menyokong pembelaan Perayu-perayu. Peguamcara tertuduh-tertuduh memilih untuk tidak mengemukakan percakapan Shanmugantahan tersebut sebagai eksibit pembelaan sama ada ketika kes pendakwaan mahu pun semasa SP13 dipanggil semula oleh TPR untuk keterangan 'rebuttal'. Dalam hal Sarawanan pula, menurut SP13; percakapan beramaran Perayu-perayu tidak ada menyebut atau mengaitkan Sarawanan dengan premis tersebut. Pihak pembelaan tidak ada mengemukakan percakapan beramaran mana-mana Perayu untuk menyanggah keterangan SP13 tersebut atau menjadi sokongan kepada keterangan pembelaan diri Perayu-perayu. Hakim bicara tidak membuat sebarang dapatan yang 'adverse' terhadap Perayu-perayu dalam perkara ini. Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, kami dapati tiada terdapat 'witholding or suppression of evidence' oleh pihak pendakwaan kerana tidak memanggil Shanmuganathan dan Sarawanan (Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492, Aszahaddi Abu Hassan v PP [2011] 6 CLJ 155, Mohd Shamsir Md Rashid v PP [2008] 5 AMR 29). Atas latar belakang tersebut juga, adalah tidak menghairankan mengapa pihak pembelaan tidak menghujahkan pemakaian seksyen 114(g) terhadap kes pendakwaan kerana tidak memanggil Sarawanan dan Shanmuganathan di hadapan Hakim bicara. Oleh itu, kami berpendapat hujahan peguamcara Perayu-perayu atas isu ini tidak mempunyai merit. Kesimpulan [81] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami huraikan, kami mendapati Hakim bicara telah mengarahkan dirinya dengan betul terhadap undang-undang yang terpakai dan telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini dalam membuat dapatan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang alasan atau merit untuk kami mengganggui keputusan Hakim bicara tersebut. Sabitan terhadap Perayu-perayu adalah selamat. [82] Justeru itu, rayuan Perayu-perayu ditolak dan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan. (YAACOB BIN HAJI MD. SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 07 Disember 2020 Peguamcara bagi pihak Perayu Pertama: Hisham Teh Poh Teik Messrs Teh Poh Teik & Company Peguambela & Peguamcara Suite 11.08, 11 th Floor Menara TJB No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru Peguamcara bagi pihak Perayu Kedua: Dato' Vignesh Tetuan Vignesh Kumar & Associates Peguambela & Peguamcara No. 29-3A, Oval Damansara No. 685 Jalan Damansara Off Lebuhraya Sprint 60000 Kuala Lumpur Peguamcara bagi pihak Perayu Ketiga: James George Chelliah Messrs James George & Co. Peguambela & Peguamcara A-5-10 Empire Tower Jalan SS 16/1 47500 Subang Jaya Selangor Peguamcara bagi pihak Perayu Keempat: Gurbachan Singh Tetuan Nashir, Johal & Co. Peguambela & Peguamcara A-901-3, Level 9, Wisma AmFirst Tower 1 Jalan SS 7/15 [Jalan Stadium] 47301 Kelana Jaya Selangor Peguamcara bagi pihak Perayu Kelima; Afifuddin Ahmad Hafifi Tetuan Salehuddin Saidin & Associates Peguambela & Peguamcara Wisma Salehuddin No.14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam Selangor Peguamcara bagi pihak Responden: Wong Poi Yoke Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perbicaraan & Rayuan Jabatan Peguam Negara Aras 5 No.45 Lot 4 G7 Presint 4 Persiaran Perdana 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.