Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU MALAYSIA GUAMAN NO: TA-B52-09-09/2017 ANTARA RHB Bank Berhad ...PLAINTIF
TA-B52-09-09/2017
Sessions Court of Malaysia13 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ourt to provide an exhaustive list of what is considered to be sufficient reason. In the instant case, the fact that the application was made within the 12-year period as prescribed by s. 6(3) of the Limitation Act 1953 was not a sufficient ground for the granting of leave as the right to sue on a judgment is distinct”
“ellant could offer valid and sufficient reason(s) for the delay. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 In Ratnam v. Cumarasamy & Anor [1964] CLJU 237; [1964] 1 LNS 237; [1965] 31 MLJ 228 Lord Guest delivering the judgment of the Judicial Committee of the Pr”
“dapat dijual. Selain itu, surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia hanya boleh muncul secara tiba-tiba pada 6.2.2022 tersebut. [41] Dalam kes CIMB Bank Berhad V. Teratai Sanjung (M) Sdn Bhd & Anor [2019] CLJU 132, Mahkamah Rayuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “[11] By the terms of Order 46 rule 2(1)(a), delay”
“efuse relief to an indolent litigant.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 [43] Dalam kes Moez Ali bin Akbarally v. Public Bank Bhd [2021] MLJU 1028 Mahkamah Rayuan telah menyatakan sebagaimana berikut: [31] We found merit in the respondent’s submission t”
“to verify the originality of this document via eFILING portal 11 High Court that the appellant had failed to furnish sufficient reason." [26] Dalam kes Lim Kian Liong V. Bank Islam Malaysia Berhad [2023] CLJU 2013 Hakim Mohd Radzi Harun telah menyatakan sebagaimana berikut: “[12] The authorities had established that th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU MALAYSIA GUAMAN NO: TA-B52-09-09/2017 ANTARA RHB Bank Berhad ...PLAINTIF
1
MOHD RADZMAN BIN ILYAS [NO KAD PENGENALAN: 751119-03-5399]
2
ROSLAINI BINTI ABDUL RAHMAN @ HUSNI [NO KAD PENGENALAN: 800902-11-5006] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Pihak Plaintif telah memfailkan notis permohonan [Lampiran 8] secara ex-parte untuk meminta kebenaran Mahkamah untuk mengeluarkan writ pelaksanaan di bawah Aturan 46 Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ini untuk perintah yang berikut: a) Kebenaran diberi kepada Plaintif oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan terhadap Defendan Pertama dan Kedua atas penghakiman bertarikh 19.10.2017 (walaupun 6 tahun telah luput sejak penghakiman itu); b) kos permohonan ini adalah kos dalam kausa; c) Lain-lain perintah atau relief yang Mahkamah ini fikirkan suaimanfaat. [2] Bagi permohonan ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ dan Penyata Tuntutan bertarikh 18.9.2017 (Lampiran 1 dan Lampiran 2); b) Penghakiman JID bertarikh 19.10.2017 (Lampiran 5) c) Notis Permohonan Plaintif yang bertarikh 25.2.2025 (Lampiran 8); d) Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan oleh Ng Mang Yi pada 20.2.2025 (Lampiran 9); e) Afidavit Tambahan Plaintif yang diikrarkan oleh Ng Mang Yi Pada 14.4.2025 (Lampiran 10); [3] Mahkamah pada 13.5.2025 telah menolak permohonan Plaintif di Lampiran 8 ini tanpa kos. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ini, Plaintif telah memfailkan notis rayuan bertarikh 18.5.2025 yang merayu terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi. B. LATAR BELAKANG [4] Atas permohonan / permintaan Defendan Pertama dan Kedua dan atas balasan, di antaranya Facilities Agreement yang bertarikh 21.6.2009 dan gadaian ke atas tanah Defendan Pertama dan Kedua yang diketahui sebagai GM 4240 Lot 7074 Mukim Bukit Besar, Kuala Terengganu, Plaintif telah memberikan kemudahan pinjaman perumahan berjumlah RM274,900.00 kepada Defendan Pertama dan Kedua dengan faedah pada kadar 1.80% setahun ke bawah Kadar Pinjaman Asas Plaintif (kadar semasa itu 5.95% setahun) iaitu 4.15 % setahun mulai tiga (3) bulan dari tarikh Surat Tawaran bertarikh 16.2.2009 atau dari tarikh pengeluaran kemudahan pertama, yang mana terawal dikenakan dengan kiraan harian (daily rest) (atau pada kadar faedah lain yang boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Plaintif). [5] Pihak Plaintif telah mendapatkan penghakiman ingkar kehadiran Defendan Pertama dan Defendan Kedua pada 19.10.2017 untuk jumlah wang sejumlah RM359,011.94 setakat 12.6.2017 bersama dengan faedah pada kadar 3.50% setahun keatas Kadar Pinjaman Asas Plaintif (Kadar semasa itu 6.60% setahun), iaitu 10.10% setahun dengan kiraan harian (daily rest) (atau pada kadar faedah lain yang bo/eh berubah dari semasa kesemasa mengikut budi bicara mutlak Plaintif) dari 13.6.2017 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos tindakan sejumlah RM 1208.40. [6] Plaintif telah melalui Peguamcaranya, Tetuan Teo, Lim & Comi, telah menghantarkan sesalinan Penghakiman tersebut beserta Surat lringan bertarikh 30.10.2017. [7] Plaintif sekarang ini memohon diberikan kebenaran untuk melaksanakan penghakiman yang telah diperolehi bagi menuntut jumlah sebanyak RM318,178.72 setakat 10.1.2025. Alasan Permohonan [8] Defendan Pertama dan Kedua merupakan peminjam bersama. Pelaksanaan terhadap Defendan Pertama dan Kedua telah tidak diteruskan kerana Plaintif telah meneruskan dengan tindakan tebus lelong hartanah gadaian milik Defendan Pertama dan Kedua terlebih dahulu. Urusan hasil lelongan hartanah gadaian tersebut hanya selesai sepenuhnya pada tahun 2022. [9]
Preamble
Menurut Plaintif, tindakan pelaksanaan ke atas Defendan Pertama telah tidak dapat dilaksanakan oleh Plaintif daripada tarikh Penghakiman kerana Defendan Pertama telah diisytiharkan Bankrap oleh pihak ketiga pada 20.9.2017. [10] Jabatan Insolvensi Malaysia melalui surat bertarikh 6.2.2022 telah menuntut Plaintif untuk menyatakan jumlah keberhutangan Defendan Pertama setakat 20.9.2017 (tarikh kebankrapan) setelah lelongan berjaya. Menurut Plaintif, makluman mengenai Defendan Pertama telah bankrap hanya diketahui apabila dimaklumkan oleh pihak insolvensi setelah lelongan berjaya. [11] Carian Kebankrapan terkini bagi Defendan Pertama dan Kedua menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah dilepaskan daripada kebankrapan dan kini tidak lagi bankrap. Susulan daripada perubahan status kebankrapan Defendan Pertama tersebut, Plaintif kini berhasrat untuk melaksanakan Penghakiman terhadap Defendan Pertama. [12] Pihak Plaintif telah mengambil masa untuk mengemaskini Akaun Defendan Pertama dan Kedua setelah menerima bayaran penuh lelongan pada 14.3.2022 memandangkan tindakan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua ini telah berlarutan bermula dari tahun 2016 lagi berdasarkan kepada Perintah Jualan yang diperolehi pada 21.11.2016. [13] Plaintif telah dengan niat suci murni berusaha untuk memberikan peluang kepada Defendan Pertama dan Kedua dalam memastikan komunikasi secara terus dengan mereka di mana Plaintif telah berulangkali cuba untuk menghubungi Defendan Pertama dan Kedua melalui nombor telefon yang ada dalam rekod Plaintif, tetapi gagal untuk dihubungi dimana rekod terakhir panggilan adalah pada 26.9.2023. [14] Defendan Pertama dan Kedua selaku peminjam bersama ada hadir ke pejabat Plaintif untuk mengetahui baki hutang yang masih tertunggak dan menyatakan hasrat untuk membuat penyelesaian dengan Plaintif. [15] Namun, penyelesaian di antara Defendan Pertama dan Kedua dengan Plaintif tidak pernah tercapai yang menyebabkan pelaksanaan Penghakiman ditangguhkan untuk memberi ruang kepada Defendan Pertama dan Kedua untuk menyelesaikan baki yang masih terhutang/tertunggak. [16] Plaintif juga dalam usahanya untuk mencari dan mengesan Defendan Kedua ada mengeluarkan satu surat bertarikh 3.10.2024 bagi memberikan peluang kepada Defendan Kedua untuk merumuskan bantuan penyelesaian dan Plaintif juga ada mencadangkan agar Defendan Kedua mendapatkan bantuan penyelesaian dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). [17] Plaintif pada 24.11.2024 telah membuat satu carian alamat terkini Defendan Kedua dengan Jabatan Pendaftaran Negara telah dibuat pada 24.11.2024 dan alamat terkini Defendan Kedua telah diperolehi pada 28.11.2024. [18] Plaintif telah mengambil kira hasil jualan lelongan hartanah Defendan Pertama dan Kedua, tetapi masih terdapat kekurangan (shortfall) hutang yang perlu dijelaskan. Pihak Plaintif, melalui Peguam caranya, Tetuan Teo, Lim & Comi, telah menghantar satu Notis Tuntutan kepada Defendan Pertama dan Kedua masing-masing bertarikh 9.2.2025 dan 21.1.2025 untuk menuntut kekurangan (shortfall)/hutang setakat 10.1.2025 di dalam jumlah RM318,178.72. [19] Plaintif telah mengambil pelbagai langkah yang proaktif dan tindakan yang wajar serta munasabah dalam usaha untuk mengesan dan menghubungi Defendan Pertama dan Kedua namun masih tidak berjaya walaupun pelbagai usaha telah dibuat. [20] Plaintif hanya menuntut baki terhutang beserta faedah setakat tempoh 6 tahun dari tarikh Penghakiman yang dibenarkan undang-undang yakni setakat pada 18.10.2023. Plaintif akan diprejudiskan kerana tidak mempunyai alternatif lain dalam menuntut baki terhutang daripada Defendan Pertama dan Kedua. C. DAPATAN MAHKAMAH [21] Aturan 46 Kaedah 1(1)(a) menyatakan bahawa penghakiman yang diperolehi selepas 6 tahun tidak boleh dilaksanakan tanpa kebenaran Mahkamah. When leave to issue any writ of execution is necessary (O. 46, r. 2)
2
(1) A writ of execution to enforce a judgment or order may not be issued without the leave of the Court in the following cases:
a
where six years or more have lapsed since the date of the judgment or order; [22] Tatacara untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi mengeluarkan writ pelaksanaan boleh didapati dalam Aturan 46 Kaedah 3 sebagaimana berikut:
3
Application for leave to issue writ (O. 46, r. 3)
1
An application for leave to issue a writ of execution may be made ex parte by a notice of application in Form 88.
2
Such an application shall be supported by an affidavit—
a
identifying the judgment or order to which the application relates and, if the judgment or order is for the payment of money, stating the amount originally due thereunder and the amount due thereunder at the date of the application;
b
stating, where the case falls within rule 2(1)(a), the reasons for the delay in enforcing the judgment or order;
c
stating, where the case falls within rule 2(1)(b), the change which has taken place in the parties entitled or liable to execution since the date of the judgment or order;
d
stating, where the case falls within rule 2(1)(c) or
d
(d), that a demand to satisfy the judgment or order was made on the person liable to satisfy it and that he has refused or failed to do so; and
e
giving such other information as is necessary to satisfy the Court that the applicant is entitled to proceed to execution on the judgment or order in question and that the person against whom it is sought to issue execution is liable to execution on it. [23] Plaintif telah membuat permohonan ini secara ex-parte. Oleh sebab itu, Plaintif mempunyai beban untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa apa yang digariskan oleh Aturan 46 Kaedah 3 ini dipatuhi. [24] Pihak Plaintif dalam afidavit sokongan perlu menjelaskan jumlah asal yang terhutang serta jumlah terkini hutang semasa permohonan ini dibuat. Pada masa yang sama, Plaintif perlu menjelaskan kelewatan pihak Plaintif untuk melaksanakan penghakiman yang diperolehi dalam tempoh yang ditetapkan. [25] Dalam kes Affin Bank Bhd v. Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrahim [2003] 1 CLJ 826, Arifin Zakaria HMR (pada masa tersebut) telah menyatakan sebagaimana berikut: "It is trite that the grant of leave under O. 46 r. (2) is in the court's discretion. Order 46 r. 3 states that an application under O. 46 r. 2(1) must be supported by an affidavit stating, when the case falls within r. 2(1)(a), the reasons for the delay in enforcing the judgment or order. Therefore, it is incumbent upon the applicant to furnish the court with sufficient reason in support of such an application. What is sufficient reason? This naturally will vary from case to case. It is not possible for this court to provide an exhaustive list of what is considered to be sufficient reason. In the instant case, the fact that the application was made within the 12-year period as prescribed by s. 6(3) of the Limitation Act 1953 was not a sufficient ground for the granting of leave as the right to sue on a judgment is distinct from the right to issue execution (see p 512B-E). Although the only reason advanced by the appellant in support of its application was the neglect of its former solicitors, the appellant was not free from blame, having taken more than two years to appoint new solicitors after failing to hear from its former solicitors. The Court of Appeal would agree with the High Court that the appellant had failed to furnish sufficient reason." [26] Dalam kes Lim Kian Liong V. Bank Islam Malaysia Berhad [2023] CLJU 2013 Hakim Mohd Radzi Harun telah menyatakan sebagaimana berikut: “[12] The authorities had established that the affidavit supporting an application for leave under O. 46 r. 2(2), (3) and O. 46 r. 3 must state:
i
the date of judgment;
II
(ii) the amount of the original debt;
III
(iii) the amount remaining due; and
IV
(iv) the causes of delay. [13] Apart from the above, the Respondent must show to the satisfaction of the Court that it is entitled to execution ie, no change of parties or devolution of interest and that the application must be filed within a reasonable time. [14] Having perused the evidence as shown in the Record of Appeal, I am satisfied that the Respondent's affidavit supporting its application for leave at the Court below had shown that it is entitled to the execution in that there was no change of parties or devolution of interest occurred vis-a-vis the JID Order. The Respondent's affidavit also had clearly stated the date of judgment, the amount of the Appellant's original debt and the amount remaining due against the Appellant. [15] But did the Respondent sufficiently explained its 10-month delay in filing the leave application? At the outset, this Court disagrees with the Appellant's calculation of the 10-month delay (calculated between the last date the Appellant made payment (09.04.2021) to the date of filing of leave application at the Sessions Court (28.02.2022). The 6-year period lapsed on 15.12.2021. As such the last date of payment on 09.04.2021 was well within the 6-year and cannot be taken into the calculation. [16] This Court agrees with the Appellant that the n Respondent has the obligation to explain the causes of delay, which comprises the following 2 tiers: i. 1st tier is the Respondent shall explain the causes of delay in executing the judgment within the 6-year period; and; ii. 2nd tier is the Respondent shall explain the causes of delay if an application for leave is not filed within a reasonable time after that 6 years lapsed. ... [26] However, the Respondent had failed to explain what happened between August 2021-December 2021 (5 months) that resulted in it not proceeding with the execution of the Judgment against the Appellant, a mandatory requirement under O. 46 r. 3(2)(b)” [27] Dalam kes ini, Defendan Pertama dan Defendan Kedua merupakan peminjam bersama untuk membiayai pinjaman perumahan berjumlah RM274,900.00 dengan terma-terma yang telah dinyatakan di para [4] di atas. Tanah milik Defendan Pertama dan Defendan Kedua di alamat GM 4240 Lot 7074 Mukim Bukit Besar, Kuala Terengganu telah dicagarkan bagi menjamin pinjaman perumahan tersebut. [28] Pihak Plaintif telah memulakan tindakan halang tebus dan telah mendapat perintah jualan pada 21.11.2016 bagi menyelesaikan jumlah hutang kepada Plaintif setakat 21.11.2016 sebanyak RM321,826.10 dengan faedah pada kadar 3.50% setahun ke atas Kadar Pinjaman Asas Plaintif (semasa ini 6.60% setahun) faitu 10.10% setahun dengan kiraan hadan (daily rest) atau pada kadar faedah lain yang boleh berubah daripada semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Plaintif sehingga tarikh penyelesaian. [29] Setelah mendapatkan perintah jualan tersebut, Plaintif turut memfailkan tuntutan sivil dengan memfailkan writ dan penyata tuntutan pada 18.9.2017 bagi menuntut jumlah terhutang dan telah memperoleh penghakiman ingkar kehadiran pada 19.10.2017 untuk jumlah wang sejumlah RM359,011.94 setakat 12.6.2017. [30] Tempoh 6 tahun untuk melaksanakan penghakiman 2017 ini tamat pada 18.10.2023 dan pihak Plantif telah memfailkan permohonan di Lampiran 8 ini pada 25.2.2025 iaitu kelewatan hampir setahun empat bulan setelah tempoh 6 tahun tamat. [31] Mahkamah sebelum ini telah mengarahkan pihak Plaintif untuk memberi penjelasan lanjut mengenai tindakan yang telah dibuat dalam tempoh masa daripada tarikh lelongan berjaya sehingga tarikh permohonan ini. Oleh sebab itu, pihak Plaintif telah memfailkan afidavit tambahan untuk menjelaskan tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Plaintif. [32] Alasan utama pihak Plaintif untuk tidak melaksanakan penghakiman ini adalah kerana pihak Plaintif telah mengambil tindakan untuk halang tebus. Tanah milik Defendan Pertama dan Kedua tidak mendapat sambutan bidaan dan hanya berjaya dilelong setelah enam kali lelongan dibuat. [33] Tanah tersebut hanya berjaya dijual pada 8.12.2021 dengan harga rezab sebanyak RM324,000.00. Pihak Plaintif hanya menerima bayaran penuh harga lelongan tersebut pada 14.3.2022 iaitu dalam masa seratus dua puluh (120) hari daripada tarikh lelongan. [34] Tindakan pelaksanaan juga tidak diambil memandangkan Defendan Pertama telah bankrap pada 20.9.2017. Menurut pihak Plaintif, maklumat kebankrapan Defendan Pertama hanya diketahui melalui surat dari Jabatan Insolvensi Malaysia melalui surat bertarikh 6.2.2022. [35] Mahkamah telah merujuk kepada ekshibit RHB-9 afidavit tambahan iaitu rekod tindakan Plaintif dan mendapati maklumat mengenai kebankrapan Defendan Pertama telah diperolehi seawal 4.10.2017 iaitu sebelum penghakiman diperolehi lagi. Kakitangan Plaintif yang terlibat mengenai maklumat tersebut ialah Rosmaaini binti Mohamed Raslan. [36] Sebab tentang mengapa maklumat tersebut tidak diberikan kepada pihak peguam cara Plaintif tidak dapat dipastikan kerana pihak peguam Plaintif telah memfailkan perakuan ketidakhadiran dan telah memperoleh penghakiman ingkar pada 19.10.2017. [37] Ekshibit RHB-9 ini menyatakan nama pelanggan ialah Mohd Radzman Bin Ilyas iaitu Defendan Pertama sahaja. Mahkamah tidak dapat memastikan sama ada ekshibit RHB- 9 ini turut terpakai kepada Defendan Kedua iaitu Roslaini Binti Abdul Rahman @ Husni juga. Nama Defendan Kedua hanya muncul pada 3.10.2024 apabila surat dikeluarkan kepada Defendan Kedua sahaja pada tarikh 3.10.2024 tersebut. [38] Pada 1.3.2021, berdasarkan ekhibit RHB-9 juga, didapati peminjam ada hadir di cawangan Kuala Terengganu dan bertanyakan baki pinjaman terhutang dan peminjam juga bercadang untuk menjual harta yang ada. Maklum balas daripada pihak Plaintif ialah Plaintif tidak boleh menerima sebarang bayaran daripada peminjam memandangkan akaun peminjam berada di dalam BK (Mahkamah berpendapat adalah BK bermaksud kebankrapan) dan peminjam perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menjual harta miliknya. [39] Oleh yang demikian, bagaimana pihak Plaintif boleh menyatakan bahawa maklumat mengenai kebankrapan Defendan Pertama hanya diketahui berdasarkan makluman pihak Jabatan Insolvensi Malaysia melalui surat bertarikh 6.2.2022 sedangkan ekhibit RHB-9 menunjukkan sebaliknya. [40] Tambahan pula, sebagai amalan biasa, apabila perintah jualan diperolehi dan tindakan pelaksanaan untuk mendapatkan tarikh lelongan awam serta harga rizab hendak dimulakan, carian kebankrapan akan dibuat terlebih dahulu. Adalah menjadi suatu kejanggalan apabila lelongan dibuat berkali-kali tetapi carian kebankrapan tidak dibuat dan tanah milik Defendan Pertama dan Kedua dapat dijual. Selain itu, surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia hanya boleh muncul secara tiba-tiba pada 6.2.2022 tersebut. [41] Dalam kes CIMB Bank Berhad V. Teratai Sanjung (M) Sdn Bhd & Anor [2019] CLJU 132, Mahkamah Rayuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “[11] By the terms of Order 46 rule 2(1)(a), delay can be countenanced by the court provided the appellant could offer valid and sufficient reason(s) for the delay. In Ratnam v. Cumarasamy & Anor [1964] CLJU 237; [1964] 1 LNS 237; [1965] 31 MLJ 228 Lord Guest delivering the judgment of the Judicial Committee of the Privy Council made the following observations: "The Rules of Court must prima facie be obeyed, and in order to justify a court in extending the time during which some step in procedure requires to be taken there must be some material upon which the court can exercise its discretion. If the law were otherwise, a party in breach would have an unqualified right to an extension of time which would defeat the purpose of the rules which is to provide a time table for the conduct of litigation." [42] Dalam kes Khor Cheng Wah v. Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1997] 1 CLJ 396 Gopal Sri Ram HMR (pada masa tersebut) telah menyatakan di muka surat 229: "It is a cardinal principle of law, that when a litigant seeks the intervention of the court in a matter that affects his rights, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subveniunt, though having its origins in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debito justitiae, a court may refuse relief to an indolent litigant.” [43] Dalam kes Moez Ali bin Akbarally v. Public Bank Bhd [2021] MLJU 1028 Mahkamah Rayuan telah menyatakan sebagaimana berikut: [31] We found merit in the respondent’s submission that the respondent only need to show the court sufficient reasons in support of the application to explain the delay in proceedings with the execution and/or bankruptcy proceedings against the appellants. Here we must emphasise that so long as the applicant for leave provide some plausible reasons in support for leave to execute after a lapse of six years then leave ought to be given, after all a judgment could not be defeated unless it is time barred. We must also state that laches must not apply in the process of execution of a judgment. What we have stated here is plain from a reading of O 46 r 2(3) of the ROC 2012 which provides that the court has the power to give fresh leave if no execution is taken after a lapse of a year after the leave is given. Here we can see that the court’s task is to ensure that there must be some reason for the delay.” [44] Berdasarkan ekhibit RHB-9, Mahkamah mendapati satu-satunya tindakan yang dibuat oleh pihak Plaintif selepas mendapat bayaran hasil lelongan tanah Defendan Pertama dan Kedua pada 14.3.2022 adalah menghubungi nombor telefon yang ada dalam rekod pihak Plaintif iaitu pada 26.9.2023 tetapi tiada nada dail. [45] Tindakan terhadap Defendan Kedua pula yang jelas didapati pada ekhibit RHB-9 (memandangkan nama pelanggan hanyalah Defendan Pertama sahaja) ini adalah menghantar surat pada 3.10.2024 iaitu setelah tempoh 6 tahun berakhir. [46] Surat bertarikh 3.10.2024 sebagaimana ekshibit RHB-10 menunjukkan pihak Plaintif cuba menghubungi pihak Defendan Kedua bagi menyelesaikan jumlah tertunggak dan cuba mendapatkan bantuan pihak AKPK bagi menyelesaikan hutang. [47] Pada pendapat Mahkamah, surat ini merupakan satu tindakan yang mengelirukan orang awam untuk menjelaskan hutang tertunggak sedangkan menurut undang-undang pihak Plaintif tidak lagi berhak untuk menuntut bayaran terhutang memandangkan penghakiman telah telah melebihi 6 tahun. [48] Pihak Plaintif semasa surat ini dikeluarkan tidak mempunyai sebarang kebenaran daripada pihak Mahkamah untuk menuntut hutang yang tertunggak selepas 6 tahun penghakiman bahkan tidak pernah memfailkan sebarang permohonan untuk meminta kebenaran Mahkamah bagi melaksanaan sebarang penghakiman selepas enam tahun. [49] Menurut pihak Plaintif, ia telah mengambil masa untuk mengemaskini akaun Defendan Pertama dan Kedua setelah menerima bayaran penuh lelongan pada 14.3.2022 memandangkan tindakan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua ini telah berlarutan bermula dari tahun 2016. [50] Mahkamah berpendapat Plaintif telah mengambil masa yang terlalu lama iaitu daripada 14.3.2022 sehingga 18.10.2023 untuk mengemaskini akaun. Kemudian, tindakan yang telah dibuat hanyalah dengan menghubungi nombor telefon yang ada dalam rekod pihak Plaintif sebanyak sekali sahaja iaitu pada 26.9.2023. [51] Dalam kes Tio Chee Hing v. Chung Khiaw Bank [1981] 1 MLJ 227, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa penjelasan pihak Responden (pemiutang penghakiman) mengenai kelewatan untuk melaksanakan penghakiman adalah diterima pakai. Mahkamah Persekutuan menyatakan sebagaimana berikut: “The reasons for the delay were given by one Mr. Wong Theen Foot, the manager of the respondent Bank's Brandi at Sandakan, in the affidavit in support of the application for leave. It was explained that after judgment had been entered, there were negotiations for settlement by arrangement. At that time, the appellant was making substantial payment by instalments towards another judgment sum in Civil Suit No. 250 of 1968 and clearly any further pressure on him would jeopardise the settlement of this debt without producing any favourable result in the satisfaction of the new claims. The Bank, perhaps not unreasonably, had hoped that so long as the appellant would be making his monthly or periodical payments, it might be in its own interests to give him time to pay off his debts to the Bank. Insofar as the land charged to the Bank was concerned, it was thought that sale by private treaty would fetch a higher sum, especially as the land was without potential for development. But as events showed, other creditors bad also obtained various judgments against the appellant and had taken execution proceedings. It was time for the Bank to act in respect of these two judgment sums which had been entirely unsatisfied.” [52] Dalam kes ini, tiada pembayaran dibuat oleh pihak Defendan-defendan. Bagaimana pihak Defendan-defendan hendak melakukan pembayaran sedangkan pihak Plaintif sendiri tidak pasti berapakah jumlah yang perlu dibayar dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan mengemaskini akaun Defendan-defendan. [53] Pihak Plaintif telah membuat carian kebankrapan terhadap Defendan Kedua pada 17.11.2024 dan carian kebankrapan terhadap Defendan Pertama hanya dibuat pada 9.2.2025. Carian JPN terhadap Defendan Kedua pula dibuat pada
24
24.11.2024. Kesemua tindakan Plantif ini adalah selepas tempoh 6 tahun berakhir. [54] Pinjaman ini merupakan pinjaman bersama. Defendan Pertama telah bankrap pada 20.9.2017. Oleh sebab itu kadar faedah yang dikenakan adalah terhenti buat Defendan Pertama. Ini bersesuaian dengan surat yang bertarikh 6.2.2022 daripada Jabatan Insolvensi Malaysia yang meminta pihak Plaintif untuk mengemukakan tuntutan terhadap Defendan Pertama setakat tarikh Defendan dibankrapkan. [55] Kadar faedah terhadap Defendan Kedua masih berjalan seperti biasa setakat tempoh 6 tahun berakhir. Namun begitu, penyata akaun di ekshibit RHB-7 menunjukkan kadar faedah adalah berterusan sejak penghakiman diperolehi sehinggalah Oktober 2023 di mana tempoh 6 tahun penghakiman berakhir. [56] Penyata akaun ekshibit RHB-7 adalah penyata akaun untuk Defendan Kedua memandangkan kadar faedah masih berterusan terhadap Defendan Kedua. Satu penyata akaun berasingan sepatutnya dibuat untuk Defendan Pertama. Adalah tidak adil pihak Plaintif menuntut bagi jumlah yang sama untuk Defendan Pertama dan Kedua sedangkan Defendan Pertama telah bankrap sejak 20.9.2017. [57] Plaintif setelah membuat carian kebankrapan terhadap Defendan Pertama pada 9.2.2025 mendapati bahawa Defendan Pertama telah dilepaskan daripada kebankrapan memutuskan menuntut kembali jumlah terhutang daripada Defendan Pertama bagi jumlah yang sama seperti Defendan Kedua. [58] Mahkamah tidak dibekalkan dengan tarikh yang sebenarnya Defendan Pertama telah dilepaskan daripada kebankrapan. Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif sepatutnya telah memfailkan bukti terhutang dalam tempoh kebankrapan Defendan Pertama dan bukannya bertindak untuk menuntut kembali selepas Defendan Pertama dilepaskan daripada kebankrapan. [59] Jelasnya, Plaintif telah gagal memberikan penyata akaun yang tepat dalam menyokong permohonan ini. Walaupun ini merupakan pinjaman bersama, tetapi fakta bahawa Defendan telah bankrap menyebabkan tuntutan terhadap Defendan Pertama dan Kedua sepatutnya bagi jumlah yang berlainan. [60] Jumlah asal pinjaman adalah sejumlah RM RM274,900.00. Plaintif memperoleh penghakiman untuk sejumlah RM 359,011.94 setakat 12.6.2017. Plaintif telah memperoleh perintah jualan bagi tanah yang dicagarkan bagi jumlah RM 321,826.10 setakat 21.11.2016. Tanah tersebut telah dijual dengan harga RM324,000.00. [61] Berdasarkan exhibit RHB-7, jumlah faedah yang dikenakan adalah berjumlah RM 250,830.35 yang menjadikan keseluruhan hutang bertunggak adalah sebanyak RM 609,842.29. Plaintif menerima bayaran sebanyak RM 291,871.97 bagi untuk lelongan hartanah Defendan-defendan. Walaupun harga jualan adalah RM324,000.00, sejumlah RM 32,128.03 telah ditolak sebagai kos lelongan. Baki bagi jumlah terhutang setelah ditambah dengan kos bagi penghakiman bertarikh 19.10.2017 yang berjumlah RM 1208 serta selepas ditolak bayaran yang diterima daripada hasil lelongan adalah berjumlah RM 318,178.72. [62] Dalam kes ini, jumlah pinjaman asal adalah kurang daripada jumlah yang dituntut sekarang. Defendan-defendan telah pun kehilangan tanah mereka. Defendan Pertama telah pun bankrap. Plaintif bertindak untuk menunggu hartanah tersebut dilelong sebelum memulakan tindakan terhadap Defendan Kedua. Walaupun hartanah tersebut telah berjaya dilelong dan Plaintif telah menerima jumlah yang sepatutnya diterima daripada lelongan tersebut, Plaintif tidak terus memulakan tindakan terhadap Defendan Kedua dan ini menyebabkan kadar faedah bagi Defendan Kedua terus meningkat sehinggalah tempoh 6 tahun tamat. [63] Mahkamah berpendapat bahawa penyata akaun yang dieksibitkan tidak mencerminkan jumlah yang tepat terutamanya kepada Defendan Pertama memandangkan Defendan Pertama merupakan seorang yang pernah bankrap sebelum ini. [64] Pihak Plaintif juga telah gagal memberikan penjelasan yang sewajarnya tentang mengapa terdapat kelewatan untuk memulakan pelaksanaan terhadap Defendan-defendan terutamanya Defendan Kedua setelah pihak Plaintif menerima hasil jualan lelong sedangkan pada masa tersebut tempoh 6 tahun masih belum berakhir. [65] Tindakan Plaintif dalam kes ini sebenarnya banyak dibuat selepas tempoh 6 tahun berakhir. Plaintif telah memfailkan permohonan di Lampiran 8 ini pada 25.2.2025. Plaintif juga telah gagal memberi penjelasan mengenai kelewatan memfailkan permohonan ini. Tempoh 6 tahun tamat pada 18.10.2023 dan Plaintif menunggu sehingga tahun 2025 untuk memfailkan permohonan ini yang sepatutnya telah dibuat lebih awal. [66] Pihak Plaintif telah membuat carian JPN terhadap Defendan Kedua sahaja dan bukannya Defendan Pertama. Ini bererti keberadaan Defendan Pertama adalah dalam pengetahuan pihak Plaintif. Walaupun Plaintif telah memperoleh alamat terkini Defendan Kedua pada 28.11.2024, surat tuntutan hanya dikeluarkan oleh pihak Plaintif pada 21.1.2025 kepada Defendan Kedua. [67] Mahkamah berpendapat bahawa tindakan Plaintif ini sebenarnya telah memberikan prejudis yang lebih besar kepada pihak Defendan-defendan. Defendan Pertama telah pun dilepaskan daripada kebankrapan. Adalah sangat tidak adil untuk pihak Defendan Pertama berterusan untuk menanggung hutang lama yang masih tinggi walaupun selepas dilepaskan daripada kebankrapan. [68] Pihak Plaintif juga menunggu untuk mengambil tindakan terhadap Defendan Kedua sehingga menyebabkan kadar faedah yang boleh dikenakan terhadap Defendan Kedua masih lagi berjalan sehinggalah tempoh 6 tahun tamat. D. KESIMPULAN [69] Secara keseluruhannya, Mahkamah berpendapat bahawa permohonan Plaintif ini bukanlah satu tindakan yang bona fide dan merupakan satu pemikiran terkemudian (aftertought). Pihak Plaintif telah gagal menjelaskan sebab-sebab yang munasabah terhadap tindakan pelaksanaan yang gagal dibuat dalam tempoh 6 tahun yang ada terutamanya selepas tanah Defendan-defendan telah berjaya dijual dan harga jualan telah pun diterima oleh pihak Plaintif. [70] Plaintif menunggu dan mengambil masa terlalu lama untuk mengemaskini penyata akaun Defendan-defendan dan telah memberikan jumlah tuntutan yang tidak tepat kepada Defendan Pertama. Plaintif juga telah gagal menjelaskan kelewatan hampir 16 bulan untuk memfailkan permohonan ini setelah tempoh 6 tahun berakhir. [71] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas, setelah Mahkamah menimbang dan mengambil kira kesemua kertas kausa berkaitan, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian menolak Notis Permohonan Plaintif [Lampiran 8] tanpa kos memandangkan Lampiran 8 ini merupakan permohonan ex-parte. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH, Hakim, Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu. Bertarikh: 29.6.2025 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif: Cik Nur Mawaddah binti Rashid [Tetuan Teo, Lim & Comi]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.