Kemudahan BG berjumlah RM250,000.00. [13] Bagaimanapun Defendan Pertama bersetuju bahawa terma dan syarat dalam surat tawaran bertarikh 10.4.2004 masih terikat. Sebagai jaminan, Defendan Kedua dan Ketiga bersetuju menandatangani surat bertarikh 22.9.2010 sebagai penjamin kepada kemudahan pinjaman berkenaan. Pada masa tersebut juga, Pinjaman Terma telah selesai dibayar balik oleh Defendan Pertama. [14] Seterusnya lagi, atas permintaan Defendan Pertama, melalui surat tawaran bertarikh 18.7.214, Plaintif telah menawarkan kepada Defendan Pertama dan Defendan Pertama telah menerima tambahan had sebanyak RM1.444 juta (“Tambahan BA2”). Bagaimanapun, Pinjaman OD berjumlah RM350,000.00 dan Kemudahan BG berjumlah RM270,000.00 masih dikekalkan. [15] Sebagai balasan Plaintif memberikan Tambahan BA2 kepada Defendan Pertama, maka Defendan Kedua dan Ketiga telah menandatangani suatu jaminan peribadi bertarikh 16.8.2014 bagi menjamin secara bersesama dan berasingan pembayaran balik kepada Plaintif kesemua wang dan faedah serta apa-apa caj dan perbelanjaan lain oleh Plaintif untuk mengutip kembali kesemua wang yang dihutangi oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di bawah Tambahan BA2. [16] Seterusnya lagi, atas permintaan Defendan Pertama, melalui surat tawaran bertarikh 15.7.2015, Plaintif telah menawarkan kepada Defendan Pertama dan Defendan Pertama telah menerima tambahan had sebanyak RM1.5 juta kepada Kemudahan BA yang menjadikan had barunya kepada RM3.5 juta (“Tambahan BA3”). Bagaimanapun, Pinjaman OD berjumlah RM350,000.00 dan Kemudahan BG berjumlah RM270,000.00 masih dikekalkan. [17] Sebagai balasan Plaintif memberikan Tambahan BA3 kepada Defendan Pertama, maka Defendan Kedua dan Ketiga telah menandatangani suatu jaminan peribadi bertarikh 15.7.2015 bagi menjamin secara bersesama dan berasingan pembayaran balik kepada Plaintif kesemua wang dan faedah serta apa-apa caj dan perbelanjaan lain oleh Plaintif untuk mengutip kembali kesemua wang yang dihutangi oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di bawah Tambahan BA3. Bagaimanapun, Pinjaman OD berjumlah RM350,000.00, Kemudahan BA berjumlah RM3.478 juta (yang telah dikurangkan hadnya dari RM3.5 juta) dan Kemudahan BG berjumlah RM250,000.00 masih dikekalkan. [18] Sebagai balasan Plaintif memberikan Tambahan BA3 kepada Defendan Pertama, maka Defendan Keempat pula telah menandatangani suatu jaminan peribadi bertarikh 1.10.2019 bagi menjamin secara bersesama dan berasingan pembayaran balik kepada Plaintif kesemua wang dan faedah serta apa-apa caj dan perbelanjaan lain oleh Plaintif untuk mengutip kembali kesemua wang yang dihutangi oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di bawah Tambahan BA3. [19] Kemudian, atas permintaan Defendan Pertama, melalui surat tawaran bertarikh 9.8.2019, Plaintif telah menawarkan kepada Defendan Pertama dan Defendan Pertama telah menerima Bankers Acceptance WCG5 berjumlah RM2 juta. [20] Sebagai balasan Plaintif memberikan kemudahan Bankers Acceptance WCG5 kepada Defendan Pertama, maka Defendan Kedua dan Ketiga telah menandatangani suatu jaminan peribadi bertarikh 18.10.2019 bagi menjamin secara bersesama dan berasingan pembayaran balik kepada Plaintif kesemua wang dan faedah serta apa-apa caj dan perbelanjaan lain oleh Plaintif untuk mengutip kembali kesemua wang yang dihutangi oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di bawah kemudahan Bankers Acceptance WCG5. [21] Selain itu, sebagai balasan Plaintif memberikan kemudahan Bankers Acceptance WCG5 kepada Defendan Pertama juga, 3 deposit tetap atas nama Defendan Kedua dan/ Keempat yang dicagar kepada Plaintif sebagai sekuriti akan dicairkan apabila matang jika Defendan Pertama tidak dapat membayar hutang di bawah Kemudahan BA. Jumlah yang dicairkan itu akan digunakan untuk menyelesaikan jumah hutang di bawah Kemudahan BA dan jumlah prinsipal Kemudahan BA yang dijelaskan yang berikutan itu akan dibatalkan serentak dan tidak akan digunakan. Kesemua Bankers Acceptance Bills yang dikeluarkan apabila matang hendaklah dibayar balik 90% daripada jumlah penggunaannya sehingga had keseluruhan Kemudahan BA berjumlah RM3.478 juta dikurangkan kepada RM500,000.00. [22] Had Kemudahan Bankers Acceptance WCG5 akan dikurangkan sebanyak RM150,000.00 setiap setengah tahun sehingga had keseluruhan dikurangkan daripada RM2 juta kepada RM500,000.00. [23] Seterusnya lagi, atas permintaan Defendan Pertama, melalui surat tawaran bertarikh 8.12.2022, Plaintif telah menawarkan kepada Defendan Pertama dan Defendan Pertama telah menerima –