Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. : 45C-7-11/2018 ANTARA PENDAKWARAYA
45C-7-11/2018
High Court of Malaysia22 Nov 2019
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“8. Section 114 (g), Evidence Act, 1950 No common intention”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. : 45C-7-11/2018 ANTARA PENDAKWARAYA
3
SIOW KEK KEONG 2 ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN Ketiga-tiga Tertuduh di dalam kes ini didakwa secara bersama melakukan kesalahan di bawah Pertuduhan, iaitu menahan seseorang untuk mendapatkan wang tebusan, suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Culik, 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama. Pertuduhan terhadap kesemua Tertuduh berbunyi seperti berikut : “ Bahawa kamu bersama-sama pada 9 Oktober 2015 jam lebih kurang 9.26 pagi bertempat di tepi Jalan Seroja bersebelahan rumah No. 40, Taman Setia, Sungai Chua, dalam daerah Kajang, dalam negeri Selangor Darul Ehsan, dengan niat bersama telah menahan dan mengurung secara tidak sah seorang kanak-kanak lelaki bernama Lee Zhi Yang ( No. KP : 100816-10-2447) untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.00. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (akta 365) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” 3 Disepanjang perbicaraan kes Pendakwaan, seramai 27 orang saksi telah dikemukakan. Disamping itu, sebanyak 100 jenis ekshibit telah turut dikemukakan. Di akhir kes Pendakwaan pada 23 Ogos, 2019, Mahkamah memutuskan suatu kes yang prima facie terhadap ketiga-tiga Tertuduh telah berjaya dibuktikan. Lantas pembelaan terhadap mereka dipanggil. Di akhir kes Pembelaan, ketiga-tiga Tertuduh, iaitu Tertuduh pertama, Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga disabitkan di atas Pertuduhan. Ketiga-tiga Tertuduh dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup dan dikenakan dua sebatan rotan tiap seorang. Di atas keputusan tersebut, ketiga-tiga Tertuduh telah memfailkan Notis Rayuan. FAKTA KES Melalui keterangan saksi-saksi fakta kes secara ringkasnya dapat dibutirkan seperti berikut : Pada 9.10.2015, jam lebih kurang 9.00 pagi, ibu kepada kanak-kanak bernama Lee Zhi Yang (mangsa) telah membawa mangsa dengan menaiki 4 kereta ke Sekolah Tadika yang terletak di No. 48, Jalan Cempaka, Taman Setia, Sungai Chua, Kajang. Setelah sampai di tepi jalan Sekolah Tadika tersebut, ibu mangsa ( SP23) dan mangsa telah turun dari kereta dan pada masa tersebut telah didatangi oleh seorang lelaki yang menaiki kereta Proton Saga No. Pendaftaran WST 2936. Lelaki tersebut telah bertanyakan kepada ibu mangsa panduan jalan untuk ke pasar. Semasa ibu mangsa sedang memberikan panduan untuk ke Pasar Kajang kepada lelaki tersebut, seorang lagi lelaki dilihat telah turun dari kereta WST 2936 lalu menghampiri ibu mangsa. Tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba, lelaki pertama tadi telah menarik mangsa dan membawa lari mangsa masuk ke dalam kereta Proton Saga tersebut manakala lelaki kedua telah cuba menghalangi ibu mangsa yang cuba untuk mengejar lelaki pertama. Lelaki pertama tadi kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh 1. Manakala lelaki kedua pula dicamkan sebagai Tertuduh 2. Keterangan kemudian menunjukkan bahawa ibu mangsa telah berlari mengejar kereta Proton Saga tersebut bagi cuba menyelamatkan anaknya. Namun kereta Proton Saga tersebut telah memecut laju sehingga menyebabkan ibu mangsa diseret dan jatuh di atas jalan. 5 Keterangan menunjukkan bahawa selepas mangsa dibawa lari oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 2, bapa mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki (yang kemudiannya dikenali sebagai Tertuduh 3), dengan menggunakan nombor telefon 011-26239671 yang menyatakan bahawa mangsa berada dengannya dan lelaki tersebut meminta wang tebusan sebanyak RM300,000.00. Keterangan juga menunjukkan terdapat beberapa perbualan telefon di antara bapa mangsa dan lelaki tersebut ( Tertuduh 3), bagi tujuan penyerahan wang tebusan tersebut. Setelah wang tebusan disediakan oleh keluarga mangsa, bapa mangsa telah diarahkan untuk pergi menuju ke Tol Simpang Balak dan mencampakkan wang tebusan ke jalanraya apabila sampai pada besi dipenghadang jalan yang telah diikat dengan tali merah. Keterangan juga menunjukkan bahawa pada hari yang sama, jam lebih kurang 5.10 petang, Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 telah menahan sebuah teksi dan meminta pemandu teksi tersebut menghantar mangsa pulang ke rumah mangsa. Pemandu teksi tersebut kemudiannya telah menghantar mangsa ke rumahnya di Jalan Cahaya Suria 4, Taman Cahaya Suria Kajang dan mangsa telah diambil oleh ahli keluarganya lalu masuk ke dalam rumah. 6 Keterangan juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga Tertuduh telah berjaya ditangkap oleh pihak polis dan berdasarkan hasil siasatan pihak polis terhadap ketiga-tiga Tertuduh, wang RM291,550.00 yang merupakan sebahagian daripada wang tebusan tersebut telah dijumpai semula. Keterangan juga menunjukkan bahawa kereta Proton Saga yang digunakan oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 untuk menculik mangsa telah dirampas oleh pihak polis. Hasil siasatan menunjukkan bahawa No. pendaftaran WST 2936 yang digunakan semasa menculik mangsa adalah merupakan No. pendaftaran yang palsu. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN DAN ISU Di antara elemen yang perlu dibuktikan terhadap kesemua Tertuduh sepertimana Pertuduhan di bawah Seksyen 3 Akta Culik, 1961 adalah : i) Bahawa Tertuduh-Tertuduh telah menahan mangsa. ii) Bahawa mangsa telah dihalang secara salah dengan niat bagi maksud mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.00. iii) Bahawa Tertuduh-Tertuduh telah meminta wang tebusan. iv) Bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah orang-orang yang telah melakukan perbuatan tersebut di atas secara niat bersama. 7 Terdapat pelbagai isu telah dibangkitkan oleh pihak Pembelaan disepanjang Perbicaraan Kes Pendakwaan adalah :
1
Tertuduh 1
2
No evidence of identification
3
Kawad cam is of no value
4
Identity of car
5
Credibility of taxi driver
6
Identity of ransom money
7
No nexus between 1st accused and the kidnapping
8
Section 114 (g), Evidence Act, 1950 No common intention
1
Tertuduh 2 Leading 2 sets of Evidence a. Ramson money b. Recovery of part of Ramson c. Identification 8 d. CCTV e. Forensic Evidence/DNA f. Failure to call victim g. I.O investigation Tertuduh 3 i) Isu Pertama – Kegagalan pihak Pendakwaan menyiasat Notis Alibi [ID101]. ii) Isu Kedua – Anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terpakai di atas kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil saksi material. iii) Isu Ketiga – Kegagalan SP27 menjalankan siasatan secara lengkap dan menyeluruh. iv) Isu Keempat – Tiada keterangan mengenai Niat bersama Tertuduh 3 dan tiada keterangan yang boleh mengaitkan Tertuduh 3 dengan pertuduhan. v) Isu Kelima – Percanggahan material di atas isu sim kad [P75 (a1)]. 9 vi) Isu Keenam – Keterangan rakaman CCTV tidak dapat diterima masuk sebagai keterangan. vii)Isu Ketujuh – Tanda Tanya mengenai wang yang dijumpai oleh SP15 ASP Nasrol bin Hamzah. viii) Isu Kelapan – ID63 tidak dapat diterima sebagai keterangan. Manakala isu-isu yang telah dibangkitkan disepanjang kes Pembelaan pula adalah : Tertuduh 1 a) The defence of Alibi was not an afterthought or a Bare Denial. b) The Prosecution has failed to rebut and negate the defence advanced by the 1st accused. Tertuduh 2 a) Pembelaan Tertuduh 2 bukan suatu Penafian semata. b) Pembelaan Tertuduh 2 disertai dengan penjelasan yang munasabah. Dikaitkan dengan isu rakaman CCTV yang tidak merakamkan gambarnya, isu DNA mangsa di dalam kereta Proton 10 Saga, keterangan Hanizan, tiada rekod tentang jumlah wang tebusan yang dibayar, tiada rekod bergambar tentang wang yang dijumpai dari Tertuduh 2 itu, sebahagian dari wang tebusan, tentang penjaga stor yang tidak mengira dan menandakan wang yang dijumpai dan tiada no. siri duit direkodkan. Tertuduh 3 a) Kegagalan pihak Pendakwaan menyiasat Notis Alibi ( D101). b) Anggapan di bawah Seksyen 114(g) Aktat Keterangan adalah terpakai di atas kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil saksi material. c) Kegagalan SP27 – Pegawai Penyiasat untuk menjalankan siasatan secara lengkap dan menyeluruh. d) Tiada keterangan mengenai niat bersama Tertuduh 3 dan tiada keterangan yang boleh mengaitkan Tertuduh 3 dengan Pertuduhan. e) Tanda tanya mengenai wang yang dijumpai oleh SP15 – ASP Nasrol Sain bin Hamzah. i. Ia tidak dicamkan ii. Tiada bukti wang itu wang tebusan 11 f) Pembelaan Tertuduh 3 telah dimajukan pada peringkat terawal kes Pendakwaan dan konsisten sepanjang kes Pendakwaan dan Pembelaan. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Beban Pembuktian pihak pendakwaan pada peringkat ini adalah untuk membuktikan satu kes prima facie wujud terhadap kesemua Tertuduh di atas Pertuduhan yang dihadapkan kepada mereka sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Di dalam menentukan samada satu kes prima facie telah dibuktikan, seorang Hakim Bicara perlu meneliti serta menilai semua keterangan saksi-saksi pihak Pendakwaan secara penilaian yang maksima sambil bertanya soalan samada Hakim Bicara itu bersedia untuk mensabitkan seseorang Tertuduh di atas pertuduhan yang dihadapkan jika pembelaan dipanggil dan Tertuduh itu memilih untuk berdiam diri. 12 PEMBUKTIAN ELEMEN PERTUDUHAN Persoalannya kini, samada diperingkat akhir kes Pendakwaan ini, kesemua elemen Pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Meneliti kepada senario kes ini sepenuhnya, elemen terpenting yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah identiti perlaku kesalahan, iaitu Tertuduh-Tertuduh. Adakah dapat dibuktikan yang Tertuduh-Tertuduh di dalam kes ini adalah mereka yang sebenar yang telah melakukan kesalahan sepertimana Pertuduhan. Perkara ini adalah soal asas. Tanpa dibuktikan perlakunya yang sebenar, bagaimana hendak dibuktikan perkara-perkara yang lain. Pembuktian terhadap identiti pelaku adalah sesuatu yang tersangat penting di dalam kes seperti ini. Namun begitu elok diperincikan terlebih dahulu akan keterangan saksi-saksi penting secara keseluruhannya. Melalui keterangan SP23 iaitu ibu mangsa penculikan di dalam kes ini, sesuatu yang nyata adalah mangsa ( Lee Zhi Yang) telah diculik pada 9 Oktober, 2015 jam lebih kurang 9.26 pagi ditepi Jalan Tadika Cekap Bahasa, di Sungai Chua, Kajang. SP23 menyatakan pada 9.10.2015, jam lebih kurang 9.00 pagi, dia telah keluar rumah bersama anak lelakinya Lee Zhi Yang (mangsa) dan 13 juga pembantu rumahnya, perempuan warganegara Indonesia dengan menaiki kereta Toyota Estima berwarna putih untuk menghantar mangsa ke Tadika Cekap Bahasa yang terletak di Jalan Cempaka, Taman Setia, Sungai Chua Kajang. Pada jam lebih kurang 9.05 pagi, SP23 tiba di tepi jalan Tadika Cekap Bahasa dan SP23 bersama mangsa, telah turun dari kereta Toyota Estima di tepi jalan tersebut. Kemudian, telah datang seorang lelaki memakai cermin mata hitam yang menaiki sebuah kereta Proton Saga BLM warna hitam yang diletakkan di hadapan kereta Toyota Estimanya. Lelaki itu bertanya kepada SP23 “ dimanakah pasar kerana ingin membeli lembu dan kambing”. SP23 memberitahu lelaki tersebut “ you pergi Kajang punya pasar”. Lelaki itu meminta ‘direction’ ke pasar Kajang. Tiba-tiba telah keuar seorang lagi lelaki dari kereta Proton Saga tersebut dan lelaki yang bertanyakan jalan tadi terus menarik mangsa dan membawanya masuk ke dalam kereta Proton Saga warna hitam itu. SP23 cuba mengejar lelaki berkenaan sehingga dia diheret dan jatuh di atas bahu jalan. Kedua-dua lelaki itu telah melarikan diri ke arah pasar Sungai Chua. SP23 juga menyatakan dia telah mendapat kecederaan luka dibahagian kaki sebelah kiri. 14 SP23 kemudiannya telah mengecam kedua-dua lelaki itu sebagai Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 di Mahkamah. Keterangan SP23 ini disokong oleh keterangan dari Ho Sie Hoong (SP21), seorang saksi awam yang nampak kejadian culik tersebut. SP21 menyatakan pada 9.10.2015, jam lebih kurang 9.15 pagi, semasa menghantar anak saudaranya ke Tadika Cekap Bahasa, Sungai Chua Kajang, SP21 berhenti dibelakang kereta Toyota Estima putih. SP21 nampak seorang lelaki disyakki berbangsa Melayu berbadan besar rambut pendek, memakai t-shirt berwarna gelap telah menarik seorang budak lelaki Cina masuk ke dalam sebuah kereta warna gelap jenis tidak pasti. SP21 menyatakan dia nampak seorang perempuan Cina (SP23 dicamkan) mengejar kereta tersebut sambil memegang belakang pintu sebelah kiri dan SP23 diheret sejauh 50 meter. SP21 menjerit meminta tolong dan guru besar tadika disitu datang membantu merawat perempuan yang cedera. Perempuan tersebut adalah ibu kepada budak lelaki Cina yang dilarikan. Lee Kim Wen (SP25) yang merupakan bapa mangsa telah menerima berita anaknya diculik ketika dia berada di pejabat pada jam lebih kurang 15
9
9.30 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian menemui isterinya, SP23. SP25 diberitahu nombor kereta Proton Saga itu WST 2936. Begitu juga dengan Lee Kim Hong ( SP14) yang merupakan kakak kepada SP25. Semasa baru tiba di pejabat pada hari kejadian, SP14 dihubungi dan diberitahu bahawa anak lelaki SP25 telah diculik. Dia terus ke tadika berkenaan dan menemui ibu mangsa iaitu SP23. Maklumat berlakunya kejadian penculikan ini telah diterima oleh Sarjan Mat Jedi bin Jaafar ( SP1) melalui hebahan set VHF oleh Koperal Abd. Aziz bin Jaafar ( SP4). Maklumat yang diterima pada 9.10.2015, jam 9.26 pagi mengatakan ada kejadian melarikan kanak-kanak bangsa Cina berumur 8 tahun yang dilakukan oleh 2 lelaki dipercayai bangsa Melayu menaikki motorcar Proton Saga berwarna gelap. SP4 mendapat maklumat itu ketika sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya apabila 2 lelaki Cina datang kepadanya memberitahu 2 lelaki disyakki Melayu telah melarikan budak Cina umur lebih kurang 8 tahun. 16 Permintaan wang tebusan Pada jam lebih kurang 10.50 pagi, bapa mangsa SP25 telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki dengan menggunakan nombor telefon 011-26239671 meminta wang tebusan. Kemudian lelaki tersebut menelefon lagi bertanyakan sama ada wang sudah disediakan. SP25 menjawab sedang mengumpul wang yang diminta. Pada jam 1.00 tengahari, kakak SP25 iaitu SP14 telah menerima panggilan daripada SP23 memberitahu untuk menyediakan wang sebanyak RM300,000.00 dengan segera. SP14 tidak bertanya untuk apa tetapi fikir ia diminta oleh penculik. SP14 telah ke pejabatnya untuk mengambil wang tunai sebanyak RM100,000.00. Wang RM100,000.00 tersebut adalah gabungan daripada duit syarikat sebanyak RM60,000.00, duit simpanan adik SP14 sebanyak RM20,000.00 dan duit simpanan SP14 sendiri sebanyak RM20,000.00. SP14 juga pergi ke Hong Leong Bank Sungai Chua untuk mengeluarkan wang daripada akaun simpanan miliknya sendiri sebanyak RM180,000.00 dengan menggunakan cek. Manakala baki RM20,000.00 adalah duit simpanan ayah SP14. 17 Wang berjumlah RM300,000.00 itu SP14 telah simpan di dalam beg kitar semula AEON Jusco berwarna ungu ( P36) yang dicamkan oleh SP14. SP14 juga mengecam gambar wang P12 ( 1-27) yang tersusun bercampur-campur. SP14 telah menerima panggilan dari SP23 pada jam lebih kurang 2.00 petang dan meminta SP14 untuk menghantar wang tersebut ke Hotel Oriental Crystal Kajang. Setibanya di Hotel Oriental Crystal, SP14 terus menyerahkan wang tersebut kepada SP25 dan terus pulang ke rumah. SP14 menyatakan dia tidak mencatatkan nombor siri wang itu sebab pada masa itu, masa adalah singkat dan tidak terfikir untuk merekodkan nombor siri. Penghantaran Wang Tebusan SP25 kemudiannya menerima panggilan telefon dari nombor 011- 26239671 dari lelaki yang sama bertanya “ wang sudah ada atau belum?” Lelaki itu menghubungi nombor SP25 iaitu 019-3503483. SP25 menjawab masih kurang lagi RM50,000.00 dan lelaki berkenaan bagi masa setengah jam sahaja dan selepas itu lelaki tersebut mematikan telefon. 18 SP25 menerima lagi panggilan telefon dari lelaki yang sama nombor telefon 011-26239671 yang mengarahkan SP25 untuk pergi ke tol Simpang Balak dari arah Sungai Chua, bayar tol RM1 selepas tol jalan depan sehingga nampak persimpangan dan belok ke kanan untuk kea rah Kajang dan lihat sebelah kiri ada tali merah diikat pada besi dipenghadang jalan sebelah kiri dan campakkan beg yang berisi wang. SP25 telah melakukan seperti apa yang diminta. Penemuan Barang Kes daripada Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 Inspektor Thiruchelvan (SP22) merupakan pegawai tangkapan. Beliau menyatakan pada 9.10.2015 jam lebih kurang 10.10 malam, dia telah menahan sebuah kereta Proton Saga BLM nombor pendaftaran WUJ 1485 berwarna biru gelap yang berada di dalam keadaan mencurigakan di tepi Supermarket Speedmart, Jalan 7/1, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Semasa SP22 bersama pasukan serbuan menghampiri kereta tersebut secara tiba-tiba, telah keluar 2 lelaki yang cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan. Butiran pengenalan diri 2 lelaki tersebut dan butiran motorkar adalah seperti berikut : 19
1
Nama : Mohd Saifularmy bin Jarkasi ( Tertuduh 2) KPT : 870116-04-5083 Alamat : No. 68, Jalan 9, Taman Kajang Raya, Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor. Hasil pemeriksaan tubuh badan Tertuduh 2, SP22 telah merampas 1 beg silang berwarna hitam jenama Neve ( P37a) di mana di dalamya mengandungi wang kertas not RM50 sebanyak 200 keping (jumlah RM10,000.00) dan sebuah telefon bimbit jenis Leagoo imei (i) 358902066282273 (ii) 358902066282281 berserta (iii) 1 simkad Tune Talk nombor siri : 6019 98008 50 6292 ( P78A(2) dari poket sebelah kanan Tertuduh 2 ( borang penyerahan kepada SP27 seperti di P91).
2
Nama : Riduansyah Yahya ( Tertuduh 1) Umur : 32 tahun Warganegara : Indonesia Hasil pemeriksaan tubuh badan Tertuduh 1, SP22 telah merampas 2 buah telefon bimbit (i) Samsung i9220 imei 355 2015 4013 2896, 355 2015 4013 2904 berserta simkad Hotlink ( P79A(2) nombor siri : 8960011310 20 144818041 dari poket sebelah kanan seluar Tertuduh 1 dan (ii) Nokia N70- 1 imei 356 294/01933725/1 dari poket sebelah kiri seluar serta satu anak kunci motorkar yang tertera lambang Proton dari genggaman tangan Tertuduh (1). Butiran motorkar yang dirampas dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 adalah jenis Proton Saga BLM warna biru gelap nombor chasis ialah PL1 BT3SnRB195334. SP12, Erawati mengesahkan suaminya Tertuduh 1 pergi kerja dengan menaiki kereta Proton Saga kepunyaan abang SP12 iaitu D.D Hidayat. Kereta itu ( SP12 cam gambar P13) telah ditinggalkan oleh D.D Hidayat 2 tahun yang lalu kerana abangnya itu balik ke Sarawak. SP12 juga membawa geran kereta (P49) untuk dikemukakan di Mahkamah dan nombor pendaftarannya ialah WUJ 1485. Laporan polis telah dibuat oleh SP22 iaitu Kajang 035490/15 ( P81). Pada 10.10.2015, jam 3.06 pagi, SP22 membuat laporan polis “Leading to discovery” di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 di mana SP22 telah menemubual Tertuduh 1 dimana Tertuduh 1 telah memberitahu di dalam Bahasa Melayu kepada SP22 : 21 “ Tuan, saya boleh tunjukkan dimana saya sembunyikan duit yang sama dapat dan nombor plat WST 2936.” Laporan polis berkenaan iaitu Kajang 035492/15 dibuat oleh SP22 ( ID88). Pada 10.10.2015, jam 3.18 pagi, SP22 dan Tertuduh 1 telah pergi ke motorkar nombor pendaftaran WUJ 1485 yang telah dirampas bersabit IPD Kajang. Seterusnya Tertuduh (1) telah menunjukkan kepada SP22, 1 beg plastik warna oren dan hitam yang tertera perkataan Al-Ikhsan ( P37A(5)) dimana di dalamnya mengandungi wang kertas RM50 sebanyak 400 keping (jumlah RM20,000.00) yang disembunyikan di dalam tempat letak tayar ganti motorkar tersebut dan 2 keping nombor pendaftaran WST 2936 di dalam but belakang motorkar tersebut. SP22 telah merampas barang kes dan menyerahkan kepada SP27, Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya (penyerahan barang kes di P90, P91 dan P92). Laporan polis berkenaan iaitu Kajang 035493/15 dibuat oleh SP22 ( P87). Jumlah wang yang dirampas daripada Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 berjumlah RM30,000.00. 22 Penemuan Barang Kes daripada Tertuduh 3 ASP Nasron Sain bin Hamzah (SP15) juga merupakan pegawai tangkapan. Pada 10.10.2015, jam lebih kurang 12.30 tengah malam, SP15 mengetuai sepasukan polis dari D9 IPK Selangor dibantu oleh sepasukan anggota D9 IPD Kajang telah pergi ke rumah No. 21, Lorong Kajang Raya 5, Taman Kajang Raya, Sungai Chua, Kajang. SP15 sampai di alamat tersebut (gambar 1 dan 2 ekshibit P24) bersama pasukan dan telah masuk di kawasan rumah kerana pagar tidak berkunci. Apabila tiba di hadapan pintu rumah, SP15 mengarahkan anggota untuk memotong mangga pintu grill rumah. Semasa ingin memotong mangga tersebut datang 1 lelaki Cina iaitu Tertuduh 3 dari arah dalam rumah. SP15 perkenalkan diri polis dan membenarkan SP15 dan pasukan masuk ke dalam rumah. Hasil pemeriksaan butir diri lelaki tersebut ialah Tertuduh 3. SP15 telah menerangkan tujuan kedatangan pihak polis kepada Tertuduh 3. Pada ketika itu, hasil soal siasat awal mengenai wang tebusan, 1 dompet milik Tertuduh 3 telah ditunjukkan di atas meja di ruang tamu yang mengandungi note RM50 bernilai RM1,050.00. 23 SP15 telah membuat laporan polis mengenainya iaitu Kajang Report 035496/15 ( P54). Dalam P54 juga menyebut SP15 telah menerangkan hak-hak Tertuduh 3. Ekoran dari itu, Tertuduh 3 memberitahu SP15 bahawa dia boleh tunjukkan : i) Wang yang telah diambil dan disimpan dalam kotak di bawah tempat duduk motorsikal jenis Honda Ultimo. ii) Wang yang disimpan di kedai iii) Beg untuk bungkus wang yang telah dibuang SP15 menegaskan dia telah menjalankan soal siasat ke atas Tertuduh 3 tanpa kekerasan dan paksaan. SP15 menyatakan dia telah membacakan amaran dengan bahasa yang mudah dan hasil soal siasat, Tertuduh 3 telah memberi maklumat serta catatan telah dibuat. Tertuduh 3 telah menandatangani catatan itu ( ID63). Catatan itu dibuat pada jam 12.50 tengah malam. Laporan polis Kajang Report 035497/15 ( P59) telah dirujuk oleh SP1. 24 Laporan polis ( P59) dan catatan ( ID63) adalah maklumat ‘ leading to discovery’ di bawah s. 27 Akta Keterangan 1950 di mana SP15 telah menemubual Tertuduh 3 tanpa kekerasan dan paksaan tentang wang tebusan. Tertuduh 3 telah berkata :- “ Saya boleh tunjuk mana wang saya angkat dari itu orang saya ada simpan. Itu wang ada dalam saya punya wallet atas meja. Lagi saya ada simpan itu wang dalam motorsikal bawah seat dengan dalam kotak belakang. Lagi balance itu wang saya ada simpan dekat saya punya kedai dekat Taman Sepakat Indah. Itu beg isi wang,saya buang dalam tong sampah dekat Taman Industri Sg. Chua.” SP15 telah diberikan kunci motorsikal ( P62) oleh Tertuduh 3 dan terus menggunakan kunci itu untuk membuka tempat duduk motorsikal berwarna biru yang terletak di halaman rumah Nombor pendaftaran motorsikal ialah BKX 730. Hasil pandu arah Tertuduh 3 dengan disaksikan oleh Tertuduh 3, SP15 telah menemui sejumlah wang yang berada di bawah tempat duduk motorsikal tersebut. Butiran jumlah wang yang disimpan di bawah tempat duduk adalah berjumlah RM50,000.00 ( note RM50) dan RM10,500.00 di dalam box hitam (juga note RM50) ( Jumlah RM60,500.00). Seterusnya, SP15 telah merampas semua wang tersebut 25 bersama motorsikal nombor pendaftaran BKX 370 jenis Honda Ultimo warna biru. Gambar-gambar motorsikal dan tempat wang dijumpai telah dicamkan ( P25). SP15 juga merujuk laporan polis yang dibuat iaitu Kajang Report 035498/15 ( P55) yang menunjukkan kejadian pandu arah itu pada 10.10.2015 jam lebih kurang 1.10 pagi. Pada 10.10.2015, jam lebih kurang 1.40 pagi, SP15 bersama sepasukan polis dari JSJ D9 IPK Selangor dengan dipandu arah Tertuduh 3 telah pergi ke rumah kedai milik Tertuduh 3 di alamat S-27-1 Plaza Indah, Taman Sepakat Indah, Jalan Wan Siew, Sungai Chua Kajang. Apabila sampai di alamat terebut yang jaraknya 2 km dari rumah Tertuduh 3, SP15 bersama saksi-saksi polis dengan disaksikan oleh Tertuduh 3 telah membuka pintu roller shutter dengan kunci yang diberikan oleh Tertuduh 3. Setelah pintu dibuka, Tertuduh 3 telah membawa SP15 dan pasukan polis ke sebuah bilik mesin printing (perniagaan signboard) dimana 1 bungkusan plastic yang mengandungi sejumlah wang telah disembunyikan di atas lantai. Seterusnya Tertuduh 3 telah membuka bungkusan tersebut dan menunjukkan sejumlah 20 bundle wang note RM100 berjumlah RM200,000.00. Kemudian SP15 telah merampas wang tersebut. 26 Gambar-gambar tempat wang ditemui dicam seperti P26 ( 1-3). SP15 juga merujuk laporan polis yang dibuat iaitu Kajang Report 035502/15 ( P56) yang menunjukkan kejadian pandu arah itu pada 10.10.2015, jam lebih kurang 1.40 pagi. Pada jam 2.15 pagi, SP15 bersama sepasukan polis dengan dipandu arah oleh Tertuduh 3 telah pergi ke sebuah tong sampah di lorong belakang, sebuah rumah kedai di Jalan SC 4, Pusat Perindustrian Sungai Chua, Kajang. Apabila sampai di lokasi tersebut, Tertuduh 3 telah menunjukkan kepada SP15, 1 beg berwarna ungu bertulisan “AEON” di dalam tong sampai tersebut dan SP15 telah merampas beg itu ( P36). SP15 merujuk laporan polis yang dibuat iaitu Kajang Report 035499/15 ( P57) yang menunjukkan kejadian pandu arah itu pada 10.10.2015, jam lebih kurang 2.15 pagi. Barang-barang yang dirampas telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP27) dan borong penyerahan dan penerimaan telah dilaksanakan ( P53). Jumlah wang yang telah dirampas daripada Tertuduh 3 hasil pandu arah tersebut ialah RM261,550.00 ( RM1,050.00 + RM50,000.00 + RM10,500.00 + RM200,000.00). (P53 dirujuk.) 27 Pengecaman – Proses Kawad Cam Di dalam kes-kes penculikan, identiti sebenar penculik amatlah ‘vital’ ditentukan dan isinya hanya dapat ditentukan melalui proses pengecaman sama ada melalui kawad cam ataupun pengecaman secara fizikal atau nyata. Inspektor Muhammad Azizul bin Aziz ( SP9) merupakan pegawai yang menjalankan kawad cam. Sebanyak 4 kawad cam telah dijalankan.
Preamble
Menurut SP9, hasil kawad cam adalah : i) Kawad cam pertama ( P41) – Ibu mangsa (SP23) dan pembantu rumahnya, warganegara Indonesi bernama Yuliana Abuk dapat mengecam Tertuduh 2. ii) Kawad cam kedua ( P42) – SP23 dan Yuliana Abuk dapat mengecam Tertuduh 1. iii) Kawad cam ketiga (P43) – Pemandu teksi, Hanizan ( SP20) dapat mengecam Tertuduh 1. iv) Kawad cam keempat ( P44) – SP20 dapat mengecam Tertuduh 2. 28
Preamble
Mengikut keterangan, Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 ialah lelaki yang melakukan culik ke atas mangsa dan disaksikan oleh SP23 dan Yuliana Abuk. Manakala menurut SP20, Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 adalah lelaki yang meminta SP20 untuk menghantar mangsa ke rumah dan membayar tambang sebanyak RM16.00. Di dalam kes ini, terdapat saksi nyata/mata yang menyaksikan kejadia culik tersebut. SP21 (saksi awam yang berada di tempat kejadian) di dalam keterangannya nampak seorang lelaki disyaki berbangsa Melayu berbadan besar, rambut pendek, memakai t-shirt berwarna gelap telah menarik mangsa masuk ke dalam sebuah kereta. SP21 juga nampak SP23 mengejar kereta tersebut sambil memegang belakang pintu sebelah kiri dan SP23 diheret sejauh 50 meter. Namun SP21 tidak nampak siapakah yang berada di dalam kereta tersebut. Saksi mata lain yang melihat kejadian ialah Yuliana Abuk, pembantu rumah kepada keluarga mangsa yang turut bersama SP23 dan mangsa semasa kejadian. Namun, menurut SP23 semasa memberi keterangan, 29 Yuliana telah kembali ke Indonesia sejak 2017 dan dipercayai tidak dapat dikesan. Keterangan terhadap Tertuduh 3 – Siow Kek Keong Keterangan menunjukkan bahawa selepas mangsa dibawa lari oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 2, bapa mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai Tertuduh 3 dengan menggunakan nombor telefon 011-26239671 yang mengatakan mangsa berada dengannya dan lelaki tersebut meminta wang tebusan sebanyak RM300,000.00. Susulan dari itu, terdapat beberapa perbualan telefon di antara bapa mangsa dan lelaki tersebut ( Tertuduh 3), bagi tujuan penyerahan wang tebusan. T.T Erawati (SP12) adalah isteri kepada Tertuduh 1. SP12 mengesahkan yang Tertuduh 3 adalah majikan kepada suaminya. SP12 telah mengenali Tertuduh 3 selama 10 tahun. ASP Nasrol (SP15), ialah pegawai tangkapan terhadap Tertuduh 3. Ekoran dari tangkapan terhadap Tertuduh 3 wang berjumlah RM50,000.00 30 dijumpai dari bawah tempat duduk motorsikal BKX 730. Juga box hitam dibelakang motorsikal tersebut. Wang dan motorsikal tersebut telah dirampas. Manakala di kedai milik Tertuduh 3, wang tunai berjumlah RM200,000.00 telah dijumpai di dalam bungkusan di atas lantai. Selain itu, Tertuduh 3 juga telah memandu arah pihak polis ke sebuah tong sampah di lorong belakang rumah kedai di Jalan SC4, dimana Tertuduh 3 telah menunjukkan kepada 1 beg warna ungu tulisan AEON ( P36) dari dalam tong sampah. Jumlah keseluruhan wang yang dirampas dari Tertuduh 3 adalah RM261,550.00. Justeru, penglibatan Tertuduh 3 dengan penculikan terhadap mangsa tidak dapat dinafikan. Dia yang memandu arah dan menunjukkan kepada pihak polis sehingga terjumpanya sebahagian dari wang tebusan tersebut. Ketiadaan Keterangan Mangsa Pihak pembelaan telah membangkitkan melalui pemeriksaan balas bahawa mangsa yang berumur 5 tahun ketika kejadian tidak dipanggil 31 memberi keterangan. Ia dikatakan ‘fatal’ di pihak kes Pendakwaan. Namun, keterangan berikut telah ditampilkan. i) SP23 di dalam soal balas peguam Tertuduh 1 menyatakan polis cuba ambil pernyataan daripada anaknya tetapi anaknya tidak akan boleh sampaikan apa yang hendak dia cakap. ii) SP27 semasa disoal balas oleh peguam Tertuduh 3 tidak bersetuju mangsa boleh sahkan identiti penculik kerana pada masa itu mangsa berumur 5 tahun dan dalam keadaan trauma. iii) SP27 semasa pemeriksaan semula menyatakan SP27 telah mengusahakan supaya mangsa dirakam percakapannya melalui C.I.C tetapi keluarga mangsa tidak membawa mangsa untuk dirakam percakapan melalui C.I.C dan juga tidak membawa ke Mahkamah walaupun beberapa kali diminta. Keengganan ibu bapa mangsa membawa mangsa ke Mahkamah dan seterusnya memberi keterangan kerana mereka mendakwa mangsa masih lagi dalam keadaan trauma. Walau apapun, SP23 adalah merupakan saksi yang kredibel. Keterangannya boleh berdiri dengan sendirinya. Pengecamannya melalui kawad cam terhada Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 ( P41 dan P42) wajar diterima. Walaupun diasak dengan soalan pihak pembelaan, SP23 tetap 32 dengan pendirian bahawa dia kenal dengan orang yang menculik anaknya. Apabila ditanya ketika pemeriksaan semula, SP23 menjawab dia masih boleh cam Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 walaupun jika tidak melihat mereka melalui CCTV. Walaupun kejadian itu berlaku dalam masa yang sekejap, SP23 masih boleh cam “ mengikut ingatan saya”. Jadi, walaupun mangsa tidak dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi, keterangan dari SP23 dan beberapa saksi yang lain adalah memadai untuk merungkai segala persoalan. ELEMEN NIAT BERSAMA Kesemua Tertuduh dituduh melakukan kesalahan tersebut dengan niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang intipatinya :- “ Lay down a principle of joint liability in the doing of a criminal act. The essence of that liability is to be found in the existence of common intention animating the accused leading to the doing of a criminal act in furtherance of such intention” … (Dhirajla’ and Ratablal, Law of Crimes 3rd Edition, Chapter II – page 101 … “ Common intention implies action in concert, existence of a prearranged plan which is to be proved either from conduct or from circumstances or from any incriminating facts…” Walaupun 33 diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui kes Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 2 MLJ 336 bahawa keterangan langsung tentang ‘prior plan’ untuk melakukan kesalahan ini keterangan jelas menunjukkan bahawa perancangan serta persiapan untuk melakukan penculikan itu jelas terlihat sepertimana yang dipaparkan melalui keterangan saksi-saksi yang dirungkaikan di atas, iaitu dengan perancangan bermula apabila Tertuduh 1 telah berpura-pura bertanya kepada ibu mangsa panduan jalan ke Pasar Kajang. Ketika penerangan diberi oleh ibu mangsa, tiba-tiba seorang lelaki telah turun dari kereta WST 2936 lalu menghampiri ibu mangsa. Secara tiba-tiba, Tertuduh 1 telah melarikan mangsa masuk ke dalam kereta Proton Saga tersebut dan membawa lari mangsa. Niat bersama bagi Tertuduh-Tertuduh dapat dilihat kemudiannya melalui perancangan mereka, panggilan telefon yang dibuat serta penerimaan wang tebusan. Tertuduh-Tertuduh ini dengan niat bersama terlibat bersama did alam kes penculikan ini untuk mendapatkan wang tebusan. Mengenai Seksyen 34 Kanun Keseksaan ini, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Krishna Rao Gurumurthi v. PP & Anor [2009] 2 CLJ 626 menyatakan : 34 “ [60] It is settled law that s. 34 is a rule of evidence and does not create a substantive offence. Simply put it is a statutory recognition to the common sense principle that if more than two persons intentionally do a thing jointly it is just the same as if each of them had done it individually. It is an embodiment of the concept of joint liability in doing the criminal act based on common intention. Hence, an accused person is made responsible for the ultimate criminal act done by several persons in furtherance of the common intention of all irrespective the role he played in the perpertration of the offence. The section does not envisage the separate act by all the accused persons for becoming responsible for the ultimate criminal act.” Perbuatan niat bersama adalah suatu persoalan fakta berdasarkan kepada kedudukan sesuatu kes itu. Inferen perlu digantungkan kepada tindakan atau perlakuan seorang Tertuduh itu, cara mana perbuatan tersebut dilakukan serta peranan yang dilakukan. Ketiga-tiga Tertuduh telah berjaya ditangkap oleh pihak polis dan hasil siasatan pihak polis. Wang RM261,550.00 yang merupakan sebahagian daripada wang tebusan tersebut telah dijumpai semula. 35 Keterangan-keterangan yang ditampilkan jelas menunjukkan ketiga-tiga Tertuduh 1, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 mempunyai niat bersama untuk menculik mangsa bagi mendapatkan wang tebusan. Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 ditahan bersama pada malam itu berhampiran dengan kedai Speedmart sedang menaiki kereta terbabit dan SP22 telah menemui wang RM30,000.00 dan nombor plat kenderaan palsu yang digunakan ketika menculik mangsa. Penemuan ini adalah hasil dari pandu arah. Tertuduh 3 pula, wang RM261,550.00 telah ditemui hasil pandu arah olehnya. Dalam masa yang singkat, wang itu tentu ada kaitan dengan wang tebusan RM300,000.00 yang diminta bagi melepaskan mangsa. Sebahagian RM30,000.00 lagi ditemukan dari Tertuduh 1 dan Tertuduh 2. Tertuduh 3 adalah majikan Tertuduh 1. Keadaan secara keseluruhan kes mestilah juga diberikan perhatian di dalam menentukan sama ada wujudnya apa yang dikatakan sebagai niat bersama itu. Di dalam kes ini, bukan sahaja keterangan menunjukkan wujud niat bersama, malah terdapat perlakuan serta perbuatan bersama yang telah dilakukan di dalam merealisasikan niat mereka tersebut. 36 Keterangan yang ditampilkan melalui SP23 dan SP25 di atas aspek ini adalah begitu jelas sekali. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Krisha Rao Gurumurthi selanjutnya menyatakan : “ For a charge premised on common intention to succed, it is essential for the Prosecution to establish by evidence, direct or circumstantial, that there was a plan or meeting of mind of all the accused persons to commit the offence for which they are charge with the aid of Section 34 withstanding that it was a pre-arranged or on the spur of the moment provident that it must necessarily be before the commission of the offence.” DAPATAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Setelah meneliti dan menimbangkan akan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan seramai 27 orang kesemuanya disepanjang perbicaraan kes berlangsung, serta menimbangkan kepada penghujahan yang telah disampaikan, meneliti juga kepada keterangan-keterangan dokumentasi yang dibentangkan, meneliti kepada kesemua 100 jenis ekshibit, menilai kepada keseluruhan 37 keterangan saksi-saksi dan menimbangkan kepada setiap penghujahan bertulis yang telah difailkan serta selepas mengaplikasikan prinsip ‘maximum evalution’ terhadap kesemua keterangan yang telah dikemukakan, maka ditahap akhir kes pihak Pendakwaan ini, saya memutuskan seperti berikut : Saya memutuskan bahawa di akhir kes Pendakwaan ini, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan wujudnya suatu kes yang ‘prima facie’ berjaya dibuktikan terhadap kesemua Tertuduh seperti Pertuduhan. Lantas Pembelaan dipanggil terhadap kesemua Tertuduh. ( 3 pilihan diterangkan). KETERANGAN PEMBELAAN Ketiga-tiga Tertuduh memilih untuk memberikan keterangannya secara bersumpah dari kandang saksi. Mereka menyampaikan keterangan mereka melalui penyataan saksi masing-masing yang ditandakan : Tertuduh 1 (D102), Tertuduh 2 ( D104) dan Tertuduh 3 ( D105). Manakala saksi Pembelaan Keempat (SD4) telah memberikan keterangannya secara lisan. 38 Secara ringkasnya, intipati keterangan kesemua Tertuduh dapat diperturunkan seperti berikut : Keterangan Tertuduh 1 (SD1) Tertuduh 1 dilahirkan di Indonesia (seorang warganegara Indonesia) dan telah berkahwin dengan T.T Erawati binti Kahar iaitu SP12 (warganegara Malaysia). Sebelum ditangkap Tertuduh 1 bekerja di kedai papan tanda, Yi Seng Sticker milik Tertuduh 3 sejak 8 tahun sebelum itu. Gajinya RM2,000.00 sebulan dan kerjanya antara lain, memasang papan tanda dan sticker. Selain dia, terdapat seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina iaitu Tan Pol juga bekerja dengannya di kedai itu. Tertuduh 1 menyatakan melalui pernyataan saksi D102, pada tarikh kejadian iaitu 9.10.2015, dia masuk kerja di kedai seperti biasa pada jam lebih kurang 8.30 pagi dengan menaiki kereta Proton Saga berwarna biru gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485. Pada jam 1.00 petang, dia memberitahu dia telah keluar makan tengahari dan kemudiannya menunaikan solat Jumaat sebelum pulang ke kedai pada jam 2.45 petang. Semasa kembali ke kedai, hanya Tan Pol yang kelihatan. Majikannya (Tertuduh 3) dan isterinya tiada disitu. Tan 39 Pol keluar dari kedai tidak lama kemudian. Namun,sebelum keluar, Tan Pol telah bertanya kepadanya tentang penukaran wang USD. Selepas tamat kerja jam 7.00 malam, dia menuju ke rumah Tertuduh 2 untuk mengukur dinding rumah Tertuduh 2 bagi pemasangan kertas dinding (wall paper). Dia telah mengenali Tertuduh 2 selama 1 tahun. Mula berkenalan semasa menonton bola di kedai mamak, (namun tidak rapat sangat, hanya seminggu sekali berjumpa). Tertuduh 1 ada menelefon isterinya, SP12 pada jam 7.30 malam memberitahu dia ada urusan kerja di luar. Selepas mengukur, Tertuduh 1 mengatakan dia dan Tertuduh 2 lepak di kedai mamak di Taman Kajang Raya sehingga jam 10.00 malam. Sebelum menghantar Tertuduh 2 pulang ke rumahnya, mereka telah singgah di kedai Speedmart untuk membeli barang. Pada jam 10.10 malam, selepas masuk ke kereta yang mereka naiki dari Speedmart, 10 lelaki telah mengelilingi keretanya dan kemudian dia telah ditahan dan digari. SP22 telah memperkenalkan diri sebagai polis dan membuat pemeriksaan badan ke atas dirinya. Tiada pemeriksaan lain dilakukan. Dia dan Tertuduh 2 kemudiannya dibawa ke Hotel Oriental Crystal dimana kereta Proton Saganya telah diperiksa disitu. Wang RM20,000.00 dan nombor plate dijumpai oleh pihak polis di dalam but keretanya. 40
Preamble
Menurut Tertuduh 1, wang RM20,00.00 itu adalah kepunyaan Tan Pol yang disembunyikan oleh Tan Pol di dalam but kereta tersebut pada jam 6.00 petang, 9.10.2015. Ini kerana, menurut Tertuduh 1 Tan Pol meminta bantuannya untuk menukar wang tersebut ke matawang USD. Berkenaan nombor plate, Tertuduh 1 tidak perasan langsung. Dia mengatakan dia telah dipukul oleh polis sehingga menyebabkan calar dan lebam di muka dan dahi. Kawad cam telah dibuat bersama peserta yang berlainan umur, tinggi dan rupa serta hanya dia sahaja yang mempunyai kesan cedera. Dia pertama kali berjumpa dengan Hanizan ( SP20) semasa direman di lokap IPD Kajang. Tertuduh 1 menafikan dia mengenali mangsa dan keluarga mangsa serta tidak menghubungi mereka untuk mendapatkan wang tebusan. Pada tarikh kejadian, dia mengatakan dia hanya bekerja seperti biasa. Keterangan Tertuduh 2 Melalui pernyataan saksi D104, Tertuduh 2 menyatakan, dia telah berkahwin, mempunyai 1 anak dan tinggal di Flat City Height. Semasa pemeriksaan balas, Tertuduh 2 mengatakan dia tinggal bersama keluarga disitu yang merupakan rumah sewa. 41 Sebelum ditangkap pada 9.10.2015, dia bekerja sebagai pemandu lori di Ah Meng Transport sehingga akhir bulan September 2015 sebelum diberhentikan kerana syarikat itu telah bankrap. Gaji akhir adalah RM1,800.00 sebulan. Semasa diberhentikan, Tertuduh dibayar sejumlah RM5,700.00 termasuk gaji bulanan, elaun dan angpow sebanyak RM3,000.00. Tertuduh 2, telah mengenali Tertuduh 1 selama 1 tahun. Menurut Tertuduh 2, pada 9.10.2015, jam 7.30 malam, Tertuduh 1 telah datang ke rumahnya untuk mengukur dinding rumah sewanya bagi pemasangan wall paper. Tertuduh 1 datang atas permintaan Tertuduh 2. Selepas itu, Tertuduh 2 keluar menaiki kereta Tertuduh 1 dan mereka telah lepak di kedai mamak. Sebelum Tertuduh 1 menghantarnya pulang pada jam 9.30 malam, mereka singgah di Speedmart kerana Tertuduh 1 ingin membeli barang. Selepas keluar dari Speedmart dan masuk ke dalam kereta, Tertuduh 2 mengatakan mereka telah dikepung oleh 10 orang berpakaian preman dan kemudiannya dia telah digari. Selepas itu barulah polis memperkenalkan diri. Semasa pemeriksaan, menurut Tertuduh 2, polis telah menjumpai wang RM2000.00 dalam beg silangnya. Tertuduh 2 memberitahu itu 42 adalah wang gajinya. Tertuduh 2 menafikan telah membawa wang sebanyak RM10,000.00 yang telah dirampas. Pada masa itu juga, polis dikatakan memberitahunya bahawa mereka berdua terlibat di dalam kes penculikan dan wang itu adalah hasil perbuatannya. Selain itu, Tertuduh 2 mengatakan perkara yang hampir sama seperti apa yang dinyatakan oleh Tertuduh 1, termasuk tentang dibawa ke Hotel Oriental Crystal, kawad cam, berjumpa dengan Hanizan (SP20) di lokap, tidak mengenali mangsa serta menafikan penglibatan di dalam penculikan itu. Namun, Tertuduh 2 tidak menyebut yang dia dipukul oleh polis (seperti didakwa oleh Tertuduh 1) semasa ditangkap di hadapan Speedmart atau di Hotel Oriental Crystal. Keterangan Tertuduh 3 Tertuduh 3 menyatakan yang dia menjalankan perniagaan papan tanda. Dia merupakan majikan Tertuduh 1. Menurut Tertuduh 3 : 43 a) Kunci kedai dipegang masing-masing oleh dia, isterinya dan pekerja bernama Tan Pol. Ia disimpan dirumah, dikedai dan 1 dipegang oleh Tan Pol. b) Sebelum ditangkap, dia tinggal di Lorong Kajang Raya, Sg. Chua, Kajang. c) Memiliki 2 buah kereta dan 1 buah motorsikal nombor pendaftaran BKX 730 (motorsikal tersebut). Motorsikal digunakan oleh dirinya sendiri dan Tan Pol. Kunci motorsikal disimpan dirumah dan dipegang oleh Tan Pol. Pada jam 9.10.2015, Tertuduh 3 mengatakan dia telah sampai di kedai bersama isterinya pada jam 8.00 pagi. Selepas membuka kedai, pada jam 10.30 pagi, dia telah pergi ke klinik di Kajang untuk membuat pemasangan papantanda. Dia balik ke kedai pada jam 11.30 pagi. Pada jam 12.30 tengah hari, dia menjemput anaknya dari sekolah dan balik ke kedai pada jam 1.30 petang. Pada jam lebih kurang 2.00 petang, dia telah menutup kedai. Dia sekeluarga kemudian telah balik ke rumah. Pada hari itu, dia mengatakan terpaksa menutup kedai awal kerana perlu menghadiri upacara sembahyang bagi mendiang bapanya yang diadakan dirumah abangnya, SD4 di Kampung Sungai Chua, Kajang. 44 Dia sekeluarga telah bertolak ke rumah SD4 pada jam 2.30 petang. Apabila bertolak, motorsikal tersebut tiada diluar rumah kerana digunakan sepenuhnya oleh Tan Pol. Dia tiba dirumah SD4 pada jam 2.45 petang. Dia berada disitu sehingga jam 10.30 malam. Dia mengatakan dia dan keluarga telah balik ke rumah jam lebih kurang 11.00 malam. Sewaktu itu motorsikal tersebut masih tidak ada di luar rumah. Pada jam lebih kurang 12.20 malam, 10.10.2015, dia terdengar bunyi kuat dibawah dan dia turun ke bawah. Pasukan polis telah masuk ke dalam rumah dan dia kemudiannya digari. Dia mengatakan dia telah memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak menggunakan motorsikal itu pada 9.10.2015 tetapi Tan Pol yang menggunakannya. Pada jam lebih kurang 1.00 pagi, dia telah dibawa oleh polis ke kedainya dan wang dijumpai di bilik yang menurutnya biasa digunakan oleh Tan Pol. Dia tidak pernah melihat duit itu dan duit itu bukan miliknya. Pada 9.10.2015 jam lebih kurang 1.00 pagi, dia telah dibawa oleh polis ke kedainya dan wang dijumpai di bilik yang menurutnya biasa digunakan oleh Tan Pol. Dia tidak pernah melihat duit itu dan duit itu bukan miliknya. 45 Pada 9.10.2015, dia tidak nampak Tan Pol. Dia juga tidak nampak motorsikal tersebut semasa balik dari rumah SD4 pada jam 11.00 malam. Tan Pol merupakan salah seorang pekerja sambilannya dan dia telah mengenali Tan Pol sejak tahun 2012. Tan Pol diberikan akses kepada kedai dan juga motorsikal. Tan Pol bertanggungjawab untuk membuka dan menutup kedai sekiranya Tertuduh 3 tidak berkelapangan. Keterangan SD4 SD4 adalah abang kepada Tertuduh 3. Keterangan SD4 pada asasnya menyatakan bahawa pada 9.10.2015, Tertuduh 3 berada dirumah SD4 dari jam 2.45 petang hingga 10.30 malam untuk upacara sembahyang bagi mendiang bapa mereka.
Preamble
Menurut SD4 lagi, dia telah pergi ke Melaka untuk mencari Tan Pol di atas permintaan Tertuduh 3 tetapi diberitahu yang Tan Pol telah meninggal dunia pada bulan Jun 2017. Demikian secara ringkasnya intipati keterangan yang telah disampaikan oleh Tertuduh-Tertuduh. 46 Persoalannya, disepanjang kes Pembelaan ini, khususnya melalui keterangan yang dikemukakan oleh para Tertuduh dan saksinya, adakah keraguan munasabah telah berjaya dibangkitkan oleh mereka?. Apabila suatu kes yang prima facie diputuskan, ini bermakna pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen di bawah Pertuduhan. Oleh itu diperingkat Pembelaan, terbebanlah di atas setiap Tertuduh untuk membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. PENILAIAN KES PEMBELAAN Meneliti dan menilai akan keterangan yang telah disampaikan oleh Tertuduh-Tertuduh, Mahkamah memutuskan yang versi kesemua Tertuduh ini melalui keterangan Pembelaan mereka telah gagal untuk menimbulkan suatu keraguan yang munasabah terhadap kes pihak Pendakwaan. Begitu juga dengan keterangan SD4. Keterangan Pembelaan oleh Tertuduh-Tertuduh adalah sesuatu yang sangat lemah dan sukar untuk diterima. Pembelaan Tertuduh-Tertuduh bukan sahaja telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan, malah selepas menilai keterangan mereka secara keseluruhannya, didapati versi 47 Pembelaan oleh para Tertuduh tidak dapat menyanggah keterangan ‘prima facie’ ke atas mereka. Pembelaan yang dikemukakan, lebih merupakan penafian kosong (“bare denial”) dan juga berbentuk “afterthought” semata-mata. Pembelaan mereka juga tidak disokong (uncrorroborated). Pembelaan yang dikemukakan adalah berupa keterangan yang difikirkan semula (afterthought) serta penafian semata yang tidak disertai dengan bukti kukuh. Apabila kes Pembelaan hanya sekadar penafian secara terang-terangan, ia tidak dapat membantu Tertuduh. ( Lihat kes Public Prosecutor v. Ku Lip See [1982] 1 MLJ 194). Ujian bagi menentukan sama ada para Tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ialah keterangan Tertuduh-Tertuduh hendaklah terlebih dahulu boleh dipercayai dan disokong oleh keterangan-keterangan yang lain. Di dalam keterangan pembelaan mereka, Tertuduh-Tertuduh tidak disokong oleh lain-lain saksi kecuali SD4 yang isi keterangannya tidak membantu langsung kes para Tertuduh. ( PP v. Lim Hock Boon [2009] 1 CLJ 440). 48 Keterangan pembelaan mereka telah membangkitkan beberapa persoalan yang jawapannya hanya ada pada para Tertuduh sendiri. Namun, ianya tidak dijelaskan. Segala keterangan yang diberikan oleh para Tertuduh khususnya oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 3 tentang Tan Pol adalah keterangan yang difikirkan semula yang direka-reka oleh mereka. Hakikat Tan Pol telah meninggal dunia tidak dipertikaikan. Ini telah dinyatakan oleh SD4. Namun di dalam keadaan ketiadaan Tan Pol, apa jua ‘blame’ serta apa jua yang hendak dikaitkan dengan Tan Pol mestilah munasabah dan ada mempunyai asasnya. Tertuduh 1 mengatakan bahawa wang RM20,000.00 yang dijumpai oleh pihak polis di dalam kereta Proton Saga nombor pendaftaran WUJ 1485 itu adalah kepunyaan Tan Pol. Ia kononnya disembunyikan oleh Tan Pol di dalam but kereta tersebut pada jam 6.00 petang, 9.10.2015. Menurutnya lagi, Tan Pol meminta bantuannya untuk menukar wang tersebut ke matawang USD. Namun hakikat ini tidak diberitahu oleh Tertuduh 1 mahupun Tertuduh 3 kepada SP15 dan SP22 iaitu Pegawai Tangkapan bahawa wang tersebut milik Tan Pol. Jika mereka berdua jujur dan bersikap benar, mengapakah fakta sepenting itu tidak dimaklumkan 49 kepada Pegawai-Pegawai tersebut. Ini jelas menunjukkan yang perkara tersebut hanyalah rekaan. Begitu juga dengan Tertuduh 2 yang memberitahu wang RM2000.00 (yang mana tiada keterangan mengenainya kecuali RM10,000.00) itu adalah wang gajinya untuk membeli wall paper. Selain pembelaan itu adalah ‘afterthought’ tingkah laku mendiamkan diri (malah menunjukkan wang tersebut di bawah s. 27 Akta Keterangan 1950) bukan terjumlah kepada tingkah laku orang yang tidak bersalah.
Preamble
Menurut Tertuduh 2, selepas ditangkap dan semasa diperiksa, polis telah menjumpai wang RM2,000.00 di dalam beg silangnya. Tertuduh 2 memberitahu itu adalah wang gajinya. Tertuduh 2 telah membawa wang sebanyak RM10,000.00 yang telah dirampas. Tiada pemeriksaan balas kepada SP22 berkenaan wang RM2,000.00 selain dari RM10,000.00 yang telah dirampas. Keterangan SP22 jelas menunjukkan hanya RM10,000.00 sahaja yang telah dirampas daripada Tertuduh 2. RM20,000.00 lagi wang tunai dirampas daripada Tertuduh 1. Memandangkan perkara wang RM2,000.00 yang kononnya kepunyaan Tertuduh 2 telah dirampas oleh SP22 tidak dibangkitkan semasa kes Pendakwaan terutamanya terhadap SP22, maka pembelaan 50 Tertuduh 2 bahawa wang RM2,000.00 adalah kepunyaan untuk tujuannya untuk membeli wallpaper, secara jelas merupakan pembelaan ‘afterthougt’. Pembelaan Tertuduh 2 bahawa pada malam itu dia dan Tertuduh 1 bersama untuk membeli wallpaper juga merupakan pembelaan ‘afterthought’ kerana ia tidak pernah dibangkitkan semasa kes Pendakwaan terutama terhadap SP22. Ia juga terpakai kepada Tertuduh 1 kerana Tertuduh 1 juga tidak pernah membangkitkannya semasa kes Pendakwaan, tujuan keluar bersama Tertuduh 2 pada malam 9.10.2015 adalah untuk membeli wallpaper. Kelakuan serta tingkah laku mereka, jelas memperlihatkan akan kebersalahan mereka. Mengimbau kembali keterangan SP22 iaitu Pegawai yang menangkap Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 pada 9.10.2015 jam 10.10 malam, pemeriksaan tubuh badan Tertuduh 1 telah dibuat dan SP22 telah merampas telefon bimbit, simcard Hotlink serta 1 anak kunci kereta tertera lambang Proton dari genggaman tangan Tertuduh 1. Pada 10.10.2015 jam 3.06 pagi, SP22 telah membuat laporan polis leading to discovery (ID88) di bawah s. 27 Akta Keterangan 1950, dimana SP22 telah menemubual Tertuduh 1 dan Tertuduh 1 telah memberitahu : 51 “ Tuan, saya boleh tunjukkan dimana saya sembunyikan duit yang saya dapat dan nombor plate WST 2936”. Pada jam 3.18 pagi, SP22 dan Tertuduh 1 telah pergi ke kereta tersebut dan Tertuduh 1 telah menunjukkan kepada SP22, 1 beg plastic warna oren dan hitam yang tertera perkataan Al-Ikhsan ( P37 A(5)) dimana di dalamnya mengandungi wang kertas RM50 sebanyak 400 keping ( jumlah RM20,000.00) yang disembunyikan di dalam tempat letak tayar ganti motorkar tersebut dan 2 keping nombor pendaftaran WST 2936 di dalam but belakang motorkar tersebut. Namun, semasa pemeriksaan balas SP22, SP22 tidak pernah ditanya tentang apa yang telah diberitahu oleh Tertuduh 1 ketika itu terutama sama ada wang itu kepunyaan Tan Pol. Tiada mana-mana keterangan berkenaan Tan Pol dibangkitkan terhadap SP22 oleh mana-mana Peguam ketika pemeriksaan balas sedangkan wang RM20,000.00 itu, menurut SP22 telah dijumpai hasil dari maklumat Tertuduh 1. Jika benar wang sebanyak itu adalah milik Tan Pol, sudah pasti Tertuduh 1 akan memberitahu SP22 semasa tangkapan dibuat atau semasa kereta tersebut diperiksa, tetapi ia tidak berlaku. Sebaliknya tingkah laku Tertuduh 1 yang relevan di bawah s. 8 Akta Keterangan 1950 memberitahu 52 SP22 bahawa Tertuduh 1 boleh tunjukkan dimana dia sembunyikan duit yang di dapat dan nombor plate WST 2936. Malah semasa pemeriksaan balas, Tertuduh 1 menyatakan dia tidak memberitahu pihak polis siapakah Tan Pol dan hal ehwal berkaitan dengannya. Peguamnya juga semasa memeriksa balas Tertuduh 2 mencadangkan bahawa Tertuduh 1 tidak pernah memberitahu wang yang dirampas adalah milik Tertuduh 1. Tertuduh 2 bersetuju dengan cadangan itu. Namun, peguambela Tertuduh 1 tidak juga membangkitkan kepada Tertuduh 2 bahawa Tertuduh 1 mengatakan atau pernah memberitahu Tertuduh 2 bahawa itu adalah wang Tan Pol. Justeru, pembelaan Tertuduh 1 bahawa wang RM20,000.00 yang dijumpai di dalam but keretanya adalah kepunyaan Tan Pol, secara jelas merupakan pembelaan ‘afterthought’. Di dalam kes Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ 212. Raja Azlan Shah, HBM (ketika itu) menyatakan : “…there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of a witness’s testimony.” 53 Perkara mengenai kaitan Tan Pol dengan wang RM20,000.00 yang dijumpai di dalam but kereta Proton Saga WUJ 1485 serta permintaan Tan Pol kepadanya untuk menukar ke matawang USD, juga langsung tidak dibangkitkan sewaktu kes Pendakwaan berlangsung. Jelas bahawa kaitan wang RM20,000.00 yang dikatakan sebagai milik Tan Pol adalah suatu pembelaan yang difikirkan semula. Jika dilihat dari perspektif kemunasabahan pula adalah sesuatu yang mustahil bagi Tan Pol untuk mempunyai wang sebanyak itu. Dia kononnya bekerja sambilan dengan Tertuduh 3, menyewa bilik kecil, tiada kenderaan dan setiap hari bekerja pergi ke rumah Tertuduh 3 untuk meminjam motorsikal. Tidak mungkin dia memiliki semua wang tunai yang dirampas termasuk yang dijumpai di kedai dan motorsikal Tertuduh 3. Tertuduh 3 menyatakan bahawa wang yang dijumpai dibilik di dalam kedainya dan dalam motorsikal, bukan miliknya dan dia tidak pernah melihat wang tersebut. Bilik itu dikatakan biasa digunakan oleh Tan Pol. Dia turut mengatakan bahawa dia tidak menggunakan motorsikalnya itu pada hari kejadian, 9.10.2015, tetapi Tan Pol yang menggunakannya. 54 Dalam erti kata yang lain, Tertuduh 3 menyatakan wang yang ditemui oleh pihak polis di dua tempat yang berasingan itu, adalah wang milik Tan Pol dan dia tiada kaitan dengan wang tersebut. Jika diteliti kepada pembelaan yang diutarakan, adalah sesuatu yang mudah untuk mengalihkan sesuatu bebanan itu kepada pihak yang lain. Mentelahan pula di dalam keadaan sebegini bilamana dimaklumkan penama Tan Pol telah meninggal dunia. Namun, jika diteliti secara keseluruhannya, adakah ianya sesuatu yang wajar dan munasabah untuk diterima versi Tertuduh? Dikaji dari segi realiti hidup, mana mungkin Tan Pol mempunyai wang yang sebegitu banyak. Dia hanya pekerja sambilan Tertuduh 3 sahaja. Musykil juga Tan Pol ada meminta bantuan Tertuduh 1 untuk menukar wang sebanyak itu sedangkan Tertuduh 1 warganegara Indonesia. Mengapa Tan Pol tidak melakukannya sendiri. Musykil juga Tan Pol sanggup tinggalkan wang tersebut dimotorsikal, di kedai dan memberi kepada Tertuduh 1 jika benar itu adalah wang miliknya.
Preamble
Menurut Tertuduh 3, tiada kunci lain di kedai tersebut selain kunci di pintu. Mustahil Tan Pol meninggalkan wang di bilik yang selalu digunakannya ( menurut Tertuduh 3) yang mana tiada kunci di bilik 55 tersebut. Kunci kedai sebenarnya hanya Tertuduh 3 yang mempunyai kawalan. Wang itu sebenarnya adalah milik Tertuduh 3. Percanggahan Keterangan Pembelaan Di dalam meneliti keterangan dari Tertuduh-Tertuduh, didapati terdapat beberapa percanggahan yang ketara di dalam versi cerita yang mereka sampaikan. Di dalam aspek yang pertama, Tertuduh 3 mengatakan bahawa jam 2.00 petang hari kejadian, dia telah menutup kedai dan balik ke rumah kerana ingin menghadiri upacara sembahyang. Pekerja-pekerjanya, Tan Pol dan Tertuduh 1 tidak balik dan mereka masih bekerja di kedai. Namun, apabila diperiksa balas tentang apa maksud tutup kedai, Tertuduh 3 sebaliknya mengatakan “ Betul, saya tutup kedai, pekerja saya juga balik rumah”. Malah apabila ditanya tentang Tan Pol, Tertuduh 3 tidak ingat sama ada Tan Pol bekerja pada hari itu. Tertuduh 3 menjawab “ Tak ingat, macam dia tak kerja. Saya ada nampak Riduan, Tan Pol tak perasan”. Dia tidak perasan sama ada Tan Pol bekerja pada 9.10.2015. Di pihak Tertuduh 1 pula, dia menyatakan yang dia bekerja sehingga jam 7.00 malam sebelum dia pergi ke rumah Tertuduh 2. Tan Pol 56 memintanya menukar wang ke matawang USD sebelum dia keluar kedai sejurus selepas jam 2.45 petang. Tiada keterangan Tan Pol balik semula ke kedai. Terdapat percanggahan keterangan antara Tertuduh 1 dan Tertuduh 3 iaitu sama ada kedai dibuka selepas jam 2.00 petang. Tertuduh 3 mengatakan tutup dan dia balik rumah manakala Tertuduh 1 mengatakan dia terus bekerja sehingga jam 7.00 malam. Percanggahan ini amat material memandangkan Tertuduh 1 tidak memiliki kunci kedai. Bagaimanakah Tertuduh 1 boleh terus bekerja jika kedai ditutup atau Tertuduh 3 danTan Pol keluar dari kedai dan tidak pulang semula. Ini kerana Tertuduh 3 tiada kunci kedai. Percanggahan ini jelas menunjukkan pembelaan Tertuduh 1 dan Tertuduh 3 tidak konsisten tentang apa yang berlaku pada hari kejadian terutama selepas mangsa diculik. Hari tersebut dari siang membawa ke malam sepatutnya tidak dilupai oleh mereka kerana hari tersebut juga mereka telah ditangkap. Namun, berlaku percanggahan material disini terutama Tertuduh 3 yang memberikan ingatan selective iaitu mengingati bila motorsikalnya dipinjam tetapi tidak ingat sama ada Tan Pol kerja pada hari tersebut. Walhal, tarikh Tan Pol kerja lebih penting kerana dia dibayar gaji mengikut hari bekerja dan isteri Tertuduh 3 boleh sahkan. Namun 57 isteri Tertuduh 3 tidak memberi keterangan bagi pihak Pembelaan dalam kes ini. Keterangan Tertuduh 2 juga bercanggah apabila dia mengatakan pada jam 7.00 malam hari kejadian, dia telah menelefon Tertuduh 1 untuk datang ke rumahnya. Kemudian Tertuduh 2 mengatakan Tertuduh 1 telah datang untuk mengukur dinding pada jam 7.00 malam sedangkan Tertuduh 1 mengatakan hanya selepas habis kerja pada jam 7.00 malam, Tertuduh 1 pergi ke rumah Tertuduh 2. Percanggahan jelas ketara disini. Keterangan bercanggah bukan sahaja menunjukkan betapa tidak konsisten pembelaan Tertuduh-Tertuduh tetapi memperlihatkan pembohongan tentang fakta tersebut. Berdasarkan percanggahan di atas, Tertuduh-Tertuduh jelas cuba berbohong tentang apa yang berlaku pada hari kejadian. Dalam Syed Ali bin Syed Abdul Hamid v. Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 132, diputuskan, pembohongan yang ketara dan disengajakan ini boleh menjadi keterangan sokongan terhadapnya. Keterangan Pembelaan oleh Tertuduh-Tertuduh ini juga, adalah jelas merupakan penafian belaka. Lantas ia merupakan suatu ‘afterthought’. Pembelaan berbentuk sebegini bukanlah merupakan Pembelaan yang baik dari segi Undang-Undang. ( Lihat kes Mr. Losali v. PP [2011] 4 MLJ 694]. 58 Di dalam kes D.A Duncan v. PP [1980] 1 LNS 12, diputuskan bahawa pembelaan secara penafian semata-mata wajar ditolak. Pembelaan secara penafian tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Prinsip yang sama dinyatakan di dalam kes PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212 yang mana diputuskan, “ A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient.” Pembelaan yang dikemukakan itu adalah sesuatu yang tidak munasabah dan tidak ‘credible’ ( Lihat keputusan PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 1). Pembelaan Tertuduh-Tertuduh adalah jelas menafikan sahaja melakukan kesalahan itu walaupun keterangan sebaliknya telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan yang turut disokong oleh keterangan dokumentar, yang jelas menunjukkan yang mereka bersama-sama bersepakat melakukan penculikan tersebut. Pembelaan yang dibangkitkan adalah merupakan penafian semata-mata serta sesuatu yang ‘inherently improbable”. Keterangan-keterangan berikut amat tidak munasabah untuk diterima, bilamana : 59 a) Tertuduh 2 mahu membeli wallpaper dengan wang RM2000.00 sedangkan dia baru menerima gaji dan bayaran terakhir selepas diberhentikan kerja sebanyak RM5700.00. Wallpape hanya untuk 1 bilik sahaja. Mustahil sanggup menghabiskan wang sebanyak itu untuk wallpaper sedangkan dia juga sedang mencari kerja untuk menanggung anak dan isteri. Wang RM10,000.00 sebenarnya milik Tertuduh 2 yang merupakan upah menculik mangsa yang dibahagikan di antara mereka bertiga. b) Tertuduh 2 keluar bersama Tertuduh 1 untuk membeli wallpaper tetapi sempat lepak sehingga tiada wallpaper yang dibeli. Mereka sebenarnya bertemu kerana sama-sama selesai menculik mangsa dan kemudian menghantar mangsa kepada SP20. c) Tertuduh 1 hanya memaklumkan isterinya, SP12 bahawa dia belum pulang kerana ada kerja luar. Mengapa dia tidak memberitahu isteri yang dia mengukur dinding untuk wallpaper di rumah Tertuduh 2 jika itulah yang dilakukannya. Namun, mereka telah melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan dan sebab itu tidak memberitahu kejadian sebenar. d) Mustahil Tertuduh 1 menyimpan wang RM20,000.00 di dalam keretanya jika benar Tan Pol meminta bantuannya menukar wang 60 tersebut ke matawang USD. Tertuduh 1 sebaliknya sempat ke rumah Tertuduh 2 dan melepak bersama. Mustahil jika wang itu kepunyaan orang lain, Tertuduh 1 berani mendedahkan ia dalam keadaan bahaya. Malah Tertuduh 1 tidak memberitahu Tertuduh 2 mengenainya. ALIBI Di dalam kes ini juga, Tertuduh-Tertuduh telah membangkitkan Pembelaan Alibi bagi menyatakan Tertuduh-Tertuduh pada waktu material tidak berada ditempat kejadian. Selaras dengan peruntukan Seksyen 402A Kanun Prosedur Jenayah, notis Alibi sememangnya boleh dimasukkan pada bila-bila masa, semasa perbicaraan sedang berjalan, namun ianya menunjukkan tahap kredibiliti kes dan saksi pembelaan itu sendiri. Namun begitu, dalihan Alibi ini tidak terpakai bilamana keterangan menunjukkan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 telah dicamkan oleh SP23 dan SP20 sebagai orang yang berada di tempat kejadian dan yang telah melakukan kejadian culik terhadap mangsa. Di dalam kes Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692 dimukasurat 697, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa : 61 “[5] oleh sebab ia adalah dapatan oleh Hakim Bicara, yang mana mahkamah ini bersetuju bahawa perayu-perayu telah dikenalpasti secara positif oleh PW1, pembelaan alibi perayu pertama dan kedua gagal. Dan oleh sebab perayu pada ketika itu tidak bersandarkan pada alibi, pembelaannya yang merupakan penafian semata-mata dalam melakukan kesalahan tersebut juga gagal.” Berdasarkan kes dia atas, adalah sukar untuk Mahkamah mempercayai pembelaan Alibi yang dikemukakan oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 2, setelah mahkamah bersetuju bahawa SP20 dan SP23 telah mengenal pasti Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 secara positif sebagai orang yang telah menculik mangsa diwaktu dan tempat kejadian sepertimana Pertuduhan. Tambahan daripada itu, keterangan yang diberikan oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 di dalam kes ini adalah satu keterangan yang tidak ‘credible’ dan tidak munasabah. Tertuduh 1 mahupun Tertuduh 2 hanya mereka-reka cerita bagi memantapkan pembelaan mereka, dalam masa yang sama menunjukkan kegoyahan pembelaan yang dikemukakan. Tiada saksi bebas 62 dikemukakan oleh mereka untuk membuktikan kebenaran cerita rekaan mereka tersebut. Berkenaan Tertuduh 3, alibinya dikemukan setakat jam 2.45 petang hingga 10.30 malam, 9.10.2015 sahaja. Kononnya dia berada dirumah SD4. Namun, kesalahan ini berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi hari yang sama dan mangsa dilepaskan pada petang itu juga. Lantas Tertuduh 3 tidak semestinya tidak melakukan kesalahan itu pada masa di dalam pertuduhan. Walaupun SP20 dan SP23 mengecam Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 sahaja, terdapat keterangan lain yang mengaitkan Tertuduh 3 dengan kesalahan terutamanya penemuan wang tunai dirumah ( dalam motorsikal) dan di dalam kedainya. Hubungan Tertuduh 1 dengan Tertuduh 2 serta penemuan wang pada Tertuduh 1 juga boleh mengaitkan Tertuduh 3 dengan kesalahan. Dia juga gagal memberikan pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan selain memberi keterangan yang bercanggah dan didapati berbohong tentang fakta material. 63 KESIMPULAN Meneliti serta menimbangkan kes ini secara keseluruhannya, meneliti serta menimbangkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan serta saksi-saksi Pembelan, diputuskan bahawa pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Hakikat ini dicapai berdasarkan penemuan-penemuan berikut : i) SP23 dan pembantu rumahnya, Yuliana Abuk telah mengecam Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 yang melakukan culik ke atas mangsa. Pengecaman Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 dilakukan melalui kawad cam. SP23 telah memberi keterangan di Mahkamah dengan begitu ‘credible’ dan penuh yakin. ii) SP20 telah mengecam Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 di Mahkamah dan di dalam kawad cam yang dijalankan sebagai orang yang berada di dalam kereta Proton Saga BLM yang telah memintanya membawa mangsa ke stesen Petron Sungai Chua. iii) Keterangan CCTV menunjukkan perbuatan menculik yang dilakukan oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 seperti yang dilihat oleh SP23. Keterangan SP19 dan SP24 yang memiliki CCTV dan juru IT yang mengeluarkan data CCTV (SP18) juga dirujuk. 64 iv) Penemuan wang yang berjumlah RM261,550.00 daripada Tertuduh 1, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3, penemuan kereta Proton Saga BLM dan nombor pendaftaran WST 2936 setelah menerima maklumat ‘leading to discovery’. KEPUTUSAN KES Setelah meneliti dan menimbangkan akan keseluruhan keterangan yang dikemukakan melalui 27 orang saksi Pendakwaan serta setelah mendengar keterangan pembelaan, iaitu melalui keterangan ketiga-tiga Tertuduh sendiri serta keterangan dari SD4, mengambilkira akan setiap dari Penghujahan yang telah disampaikan disetiap peringkat, meneliti kepada keterangan-keterangan dokumentasi yang dibentangkan, meneliti kepada kesemua 100 jenis ekshibit yang dikemukakan, maka dengan ini diputuskan, di dalam kes pihak Pembelaan ini, pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak Pendakwaan. Lantas ketiga-tiga Tertuduh disabitkan di atas kesalahan seperti mana Pertuduhan. Mahkamah memutuskan keterangan yang ditampilkan melalui saksi-saksi Pendakwaan adalah begitu ‘over 65 whelming’ bagi menunjukkan peranan yang dimainkan oleh ketiga-tiga Tertuduh di dalam perlakuan jenayah tersebut. Oleh itu, RIDUANSYAH YAHYA, MOHD SAIFULAMRY BIN JAKARSI DAN SIOW KEK KEONG didapati bersalah dan disabitkan di atas kesalahan sepertimana Pertuduhan. Ketiga-tiga Tertuduh adalah disabitkan di atas kesalahan dan dikenakan Hukuman Penjara Seumur Hidup dimulai dari tarikh tangkap serta dikenakan Hukuman Sebat dengan Rotan sebanyak 2 kali sebatan setiap seorang. Barang-barang ekshibit yang berharga dikembalikan kepada Pihak Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya diambil selepas tamat tempoh Rayuan. (YA DATO’ INDERA ABD HALIM BIN AMAN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Bertarikh pada 22 November, 2019
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.