Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. MALAYSIA [KES JENAYAH NO: WA-62PT-360-02/2025] PENDAKWA RAYA V. RIDWAN 9NO. PASSPORT: A6172167) ALASAN PENGHAKIMAN [1] PENGENALAN Rayuan ini telah difailkan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) melalui Notis Rayuan yang bertarikh 3/3/2025 kerana tidak berpuas hati dengan hukuman yang Mahkamah telah jatuhkan terhadap OKT pada 27/2/2025 di bawah seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu penjara 53 bulan dari tarikh tangkap (14/2/2025). Apabila pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu, diterangkan dan difahami oleh OKT, dia telah mengaku salah dan faham sifat dan akibat pengakuannya. OKT telah dituduh seperti yang berikut: Bahawa kamu pada 14.02.2025 jam lebih kurang 0115 HRS bertempat DI BAWAH BLOK 24 FLAT TAMAN BATU PERMAI BATU 5, JALAN IPOH dalam Daerah SENTUL dalam WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR sebagai seorang warganegara INDONESIA. Melalui semakan SISTEM KAWALAN IMIGRESEN bagi pasport INDONESIA milik kamu bernombor A6172167, kamu telah diberikan suatu pas yang sah iaitu PAS LAWATAN SOSIAL (PLS) sebagai PELANCONG yang sah laku sehingga 28.09.2013. Dengan ini kamu tanpa alasan yang munasabah didapati telah tinggal lebih masa selama 11 TAHUN 4 BULAN DAN 18 HARI. Dengan demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (AKTA 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) Akta yang sama. HUKUMAN : Denda tidak kurang RM 10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya [2] FAKTA KES DAN SENARAI EKSHIBIT Pengadu dalam kes ini adalah Timbalan Penolong Pengarah Imigresen JIMWPKL. Pada 14/2/2025, jam lebih kurang 0115 HRS, pengadu bersama sepasukan anggota operasi pelbagai pangkat telah tahan dan tangkap tertuduh bertempat di alamat DI BAWAH BLOK 24 FLAT TAMAN BATU PERMAI BATU 5, JALAN IPOH dalam Daerah SENTUL dalam WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) untuk siasatan lanjut. Hasil daripada siasatan mendapati tertuduh adalah seorang warganegara INDONESIA. Semasa tangkapan, tertuduh mengemukakan passport Indonesia bernombor A6172167 sebagai dokumen pengenalan diri. Hasil semakan ke atas passport di Muka Surat 7 mendapati tertuduh pernah dikeluarkan suatu pas yang sah iaitu Pas Lawatan Sosial (PLS) sebagai PELANCONG yang sah laku sehingga 29/9/2013. Namun, semakan melalui Sistem Kawalan Imigresen mendapati tiada rekod kemasukan tertuduh. Satu surat permohonan pengesahan ketulenan cap keselamatan dengan nombor rujukan IM.101/E-W1/(083)/2025 bertarikh 21/2/2025 telah dihantar kepada Bahagian Keselamatan dan Passport, Putrajaya (No. Cap Keselamatan: TG BELUNGKOR J11/1-55/4) yang bertarikh 30/8/2013. Balasan surat yang diterima daripada Bahagian Keselamatan dan Passport, Putrajaya dengan rujukan IM.101/HQ-H(S)/907/14/1 Jld.19(40)/25 bertarikh 25/2/2025 mendapati cap keselamatan tersebut adalah tulen. Semakan lanjut mendapati tiada sebarang sambungan pas yang dilakukan oleh tertuduh. Oleh yang demikian tertuduh didapati telah tinggal lebih masa tanpa alasan yang munasabah selama 11 Tahun 4 Bulan dan 18 hari. Dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (AKTA 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) Akta yang sama OKT telah mengaku salah ke atas pertuduhan.