Schedule
JADUAL 1: SENARAI BLOK/PROJEK NO. TAWARAN : RPSB/KPA/BTS2016/1P30 BlokProjekKaedahPusat BellanAnggaran Hasil Sebulan /MTPerahan Minyak(%)Isi Rong(%)Angkut MSM(RM)Kos Proses(RM)Subsidi Angkut(RM)Caj Angkut(RM)Sekuriti Bellan(RM)KEDAHBALING01PTSCHARLOKLANDAKEXPTSPTSCHARLOKLANDAK1,02219.65%5.09%0.0050.000.000.00817,000JUMLAH1,022JUMLAH817,000JUMLAHKESELURUHAN1,022JUMLAHKESELURUHAN817,000 [59] Jelasnya, daripada Jadual 1 Kontrak Keempat (RPSB/KPA/BTS2016/IP30), Projek di bawah Kontrak Keempat merujuk kepada "PTS Char lok Landak"; Pusat Belian "PTS Char lok Landak" dengan Anggaran Hasil Sebulan M/T "1,022" dan Sekuriti Belian (RM) "817,000.00". [60] Jadual 1 kepada Kontrak Ketiga (RPSB/KPA/BTS2015/ IP004/LGM), menamakan tempat jualan BTS adalah GLMPC. Untuk kemudahan rujukan, kami perturunkan Jadual 1 tersebut seperti berikut (muka surat 143 Ikatan Teras Bersama Perayu): NegeriBlokProjekKaedahPUSAT BELIANANGGARAN HASIL SEBULAN/MTPERAHAN MINYAKISI RONG(%)ANGKUT MSM(RM)KEDAHLADANG LGM BEGIA, SIKLADANG LGM BEGIA, SIKEX LADANGLADANG LGM BEGIA, SIK20019.90%5.25%0.00JUMLAH200 [61] Daripada Jadual 1 Kontrak Ketiga (RPSB/KPA/BTS2015/IP 004/LGMPC), "Blok" merujuk kepada "Ladang LGM Begia, Sik", "Projek" merujuk kepada "Ladang LGM Begia, Sik", "Pusat Belian" ialah "Ladang LGM Begia, Sik" dengan Anggaran Hasil Sebulan M/T "200" dan Sekuriti Belian (RM) "200,000.00". [62] Kami membuat penelitian pula ke atas "Dokumen Tawaran Sebutharga Untuk Tujuan Rundingcara; No. Sebutharga : RH2016/HQ-KPA/K64-01) untuk Kontrak Keempat yang mempunyai tarikh tutup untuk memasuki sebutharga pada "21/10/2015" (muka surat 100-115). Dalam Borang Tawaran yang ditandatangani oleh wakil Plaintif (Setia Kawan Kilang Kelapa Sawit S/B) dan cop syarikat tersebut (muka surat 109), disebutkan pada tajuk besar dalam Borang Tawaran tersebut "BLOK KAWASAN : BALING 01 (PTS CHARUK LANDAK)". Dalam Lampiran A di muka surat 110 terdapat tajuk "Nama Projek : BALING 01 (PTS CHARUK LANDAK) Anggaran Hasil : 1,022 MT/BULAN". Terdapat tandatangan wakil syarikat Plaintif dan cop syarikat Plaintif di muka surat 110 tersebut. Di muka surat 111 "Dokumen Sebutharga" tersebut terdapat Borang Pengesahan Lawatan Ke Ladang/Projek oleh wakil Plaintif bernama "Foo Kok Hou" pada "20/10/15" iaitu sehari sebelum tarikh tutup sebutharga. [63] Foo Kok Hou ialah SP1 dalam alasan penghakiman Hakim bicara yang membuat dapatan berikut (muka surat 36-37 Rekod Rayuan-Jilid 1 Bahagian A): "Saya juga mengambilkira keterangan SP1, En Foo Kok Hou yang mengatakan beliau telah pergi ke ladang LGMPC untuk melihat jenis buah sebelum kontrak keempat itu dimasuki. Saya terima keterangan SP1. Dengan keterangan yang ada di hadapan mahkamah, saya mendapati plaintiff telah membuktikan bahawa untuk kontrak keempat, BTSS yang perlu dibekalkan oleh defendan adalah dari PGMPC." [64] Dengan hormatnya kami dapati dapatan Hakim bicara tersebut adalah bertentangan sama sekali dengan dokumen kontemporari yang terdapat dalam Kontrak Keempat. Dokumen Tawaran Sebutharga Untuk Tujuan Rundingcara yang bertarikh tutup untuk terima sebutharga pada 21/10/2015 dengan jelas mencatitkan Kawasan Projek ialah "PTS Char lok Landak" dan Anggaran Hasil "1,022 metrik ton sebulan". Plaintif memasuki sebutharga tersebut. Untuk tujuan memasuki sebutharga tersebut, pegawai pemasaran Plaintif bernama Foo Kok Hou (SP1) membuat lawatan ke Ladang/Projek pada 20/10/2015 iaitu sehari sebelum tarikh tutup sebutharga. Ladang/Projek yang dilawati oleh Foo Kok Hou adalah PTS Char lok Landak iaitu Kawasan BTS untuk Kontrak Keempat. Oleh itu keterangan SP1 bahawa beliau ada melawat Ladang LGMPC untuk Kontrak Keempat tersebut bertentangan dengan keterangan dokumentari semasa yang terdapat. Jelas SP1 keliru atas kawasan BTS yang dilawatinya iaitu PTS Charlok Landak bukannya ladang LGMPC. Dokumen sebutharga bagi Kontrak Ketiga juga melihatkan SP1 ada membuat lawatan ke ladang LGMPC. Kontrak Ketiga berkuatkuasa untuk tempoh yang sama dengan Kontrak Keempat. Plaintif dan SP1 pada sepenuh masa sedar dan mempunyai pengetahuan bahawa Kontrak Keempat adalah untuk kawasan "PTS Charlok Landak" di Baling 01, Kedah dan bukannya untuk "LGMPC". Jadual 1 kepada Kontrak Keempat yang menyebutkan Projek ialah "PTS Charlok Landak" dan Pusat Belian ialah "PTS Charlok Landak" adalah dokumen kontrak yang mengikat pihak-pihak. Jelasnya, Hakim bicara gagal mengambil kira Jadual 1 Kontrak Keempat dan Dokumen Tawaran Sebutharga Untuk Kontrak Keempat yang jelas secara konsisten mencatitkan bahawa bekalan BTS untuk Kontrak Keempat adalah daripada "PTS Charlok Landak". [65] Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, kami berpendapat Plaintif mempunyai pengetahuan pada setiap masa Kontrak Keempat adalah merujuk kepada BTS daripada kawasan Blok Baling 1, PTS Charlok Landak dan Pusat Belian/Timbangan adalah PTS Charlok Landak. Oleh itu tidak benar untuk Plaintif mengatakan Kontrak Keempat merujuk kepada "LGMPC" atau BTS daripada ladang LGM dan tempat timbangan di PTS Charlok Landak. Dakwaan oleh Plaintif tersebut sangat bertentangan dengan Jadual 1 kepada Kontrak Keempat dan sewajarnya ditolak. Plaintif tidak boleh menambah atau mengubah kandungan kontrak yang telah dipersetujukan terma-termanya oleh pihak-pihak di bawah Kontrak Keempat tersebut melalui keterangan lisan yang bertentangan dengan seksyen 91 dan 92 Akta Keterangan 1950 (Nortel Networks (Asia) Ltd & Ors v Sapura Holdings Sdn Bhd & Ors [2012] 6 MLJ 491 CA; Merchantile Bank of Sydney v Taylor [1891 12 NSW 252). [66] Peguamcara Defendan berhujah bahawa Jaminan Bank bertarikh 15 Disember 2015 dipohon oleh Plaintif dan kandungan Kawasan BTS "LMGPC" dalam Jaminan Bank adalah yang diberitahu oleh Plaintif kepada pihak bank. Kami bersetuju dengan hujahan peguamcara Defendan tersebut. Alasan kami menerima hujahan peguamcara Defendan adalah berasaskan kepada perkara berikut: Pertama, permohonan dan urusan Jaminan Bank dibuat oleh Plaintif sendiri tanpa melibatkan Defendan. Kedua, tajuk pada kedua-dua Jaminan Bank bertarikh 15 Disember 2015 dan 06 Februari 2015 adalah sama pada baris tajuk "Re: Purchase of Fresh Fruits Bunches (FFB)(LMGPC)" yang mana tajuk tersebut adalah menyamai Jaminan Bank bertarikh 06 Februari 2015 yang telah diambil lebih awal oleh Plaintif untuk Kontrak Ketiga BTS Kawasan "LMGPC". Maka itu apa yang berlaku Plaintif melakukan kesilapan apabila memberikan maklumat untuk Jaminan Bank bagi Kontrak Keempat merujuk kepada BTS Kawasan "LMGPC" sedangkan kawasan BTS sebenar ialah "PTS Charlok Landak". Ketiga, Jaminan untuk Kontrak Ketiga ialah untuk tempoh 12/2/2015 hingga 30/6/2017 (LMGPC) dan Jaminan Bank untuk Kontrak Keempat ialah untuk tempoh 01/01/2016 hingga 31/3/2017. Adalah tidak logik untuk dua Jaminan Bank diadakan jika kawasan BTS untuk tempoh tersebut ialah ladang "LMGPC" yang sama untuk bekalan 200 metrik ton sebulan di bawah Kontrak Ketiga dan 1,022 metrik tan sebulan di bawah Kontrak Keempat. Fakta sebenar ialah 200 metrik ton datang daripada kawasan "LMGPC" dan 1,022 metrik ton datang daripada kawasan "PTS Charlok Landak" yang tamat Kontrak Kedua pada 31/12/2015. Kontrak Keempat yang bermula pada 1/1/2016 adalah sambungan kepada Kontrak Kedua yang tamat pada 31/12/2015 untuk BTS daripada kawasan "PTS Char lok Landak". Berasaskan kepada fakta-fakta yang terdapat itu, kami dapati Hakim bicara telah khilaf dalam membuat dapatan bahawa catitan yang terdapat dalam Jaminan Bank bertarikh 15 Disember 2015 adalah keterangan yang ekslusif bahawa Kontrak Keempat adalah untuk kawasan 'LGMPC'. Dapatan oleh Hakim bicara tersebut bertentangan sama sekali dengan kandungan dokumen-dokumen lain yang wujud yang membentuk Kontrak Keempat. [67] Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan diasaskan kepada kemungkiran Kontrak Keempat oleh Defendan kerana gagal membekalkan BTS dari kawasan 'LGMPC'. Kontrak Keempat hakikatnya adalah untuk bekalan BTS daripada kawasan "PTS Charlok Landak". Tiada keterangan bahawa Defendan gagal membekalkan BTS daripada kawasan "PTS Charlok Landak" kepada Plaintif. Asas tindakan Plaintif oleh itu tidak boleh dipertahankan. Tuntutan Plaintif di bawah Guaman Civil No. PA - 22NCVC - 60 - 03/2017 oleh itu sewajarnya ditolak. Kami membenarkan rayuan Defendan di bawah perkara ini. Oleh kerana kami telah membenarkan rayuan Defendan tersebut, maka kami tidak bercadang untuk membincangkan jumlah gantirugi yang dituntut oleh Plaintif yang pada pendapat kami Plaintif tidak berhak terhadapnya. [68] Dalam membuat keputusan membenarkan rayuan Defendan ini, kami sentiasa berpegang kepada prinsip undang-undang mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan akan menahan diri daripada bercampur tangan dan mengubah dapatan Hakim bicara yang mempunyai kelebihan melihat dan mendengar saksi-saksi semasa memberi keterangan kecuali dapat ditunjukkan bahawa dapatan oleh Hakim bicara tersebut sangat bertentangan dengan keterangan yang terdapat yang memerlukan campur tangan di peringkat rayuan (lihat kes Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 FC; Tong Khing Kia & Anor v Yeo Kong Boon [1991] 2 MLJ 101; Tengku Dato' Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd and another appeal [2018] 2 MLJ 177). Rayuan Defendan ini telah melihatkan merit yang kukuh untuk kami bercampur tangan terhadapnya. Guaman No. PB-A52NCC-53-05/2-17 [69] Kami mempertimbangkan pula rayuan Defendan terhadap perintah Hakim bicara yang membenarkan tuntutan Plaintif untuk bayaran sebanyak RM138,092.64 di bawah tindakan ini. Ini adalah isu ketiga rayuan yang dibangkitkan oleh peguamcara bagi pihak Defendan. [70] Plaintif menuntut untuk bayaran sejumlah RM138,469.35 dibayar semula oleh Defendan kepada Plaintif sebagai jumlah bayaran yang telah terlebih dibayar oleh Plaintif kepada Defendan sepanjang tahun 2016, pada perkiraan seperti berikut: a.Lembaga Getah MalaysiaRM63,012.40b.Pusat Pengumpulan Charuk LandakRM69,741.89c.FELCRA Kampung Alor PerunRM2,501.41d.FELCRA Pantai PraiRM1,237.65e.FELCRA Batu LintangRM1,599.20JumlahRM138,092.64 [71] Plaintif mengasaskan tuntutan ini di bawah seksyen 22(1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan syarat No. 6, Peraturan Peraturan Lembaga Sawit Malaysia (Perlesenan) 2015 yang memberi kuasa kepada Plaintif untuk melakukan penggredan buah kelapa sawit yang diterima di kilang Plaintif selaku pemegang lessen Malaysia Palm Oil Board (MPOB). [72] Syarat 6 untuk pemegang lesen MPOB mengatakan: "6. Pemegang Lesen hendaklah melakukan penggredan ke atas buah kelapa sawit yang diterima atau dibeli berdasarkan kepada Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB atau apa-apa dokumen yang ditentukan oleh MPOB atau mana-mana system penggredan yang ditentukan oleh Lembaga." [73] Bab 4.2 dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB memperuntukkan bahawa tandan tidak bermutu boleh dikenakan penalti mengikut jadual penalti berikut: Kategori Tandan Tidak BermutuJadual PenalitiTandan MengkalJadual 3Tandan BusukJadual 4Tandan KosongJadual 5Tandan KotorJadual 6Tandan LamaJadual 7Tandan DuraJadual 8Tandan Tangkal PanjangJadual 9Tandan BasahJadual 10 [74] Poses penggredan kelapa sawit yang dibeli oleh Plaintif dilakukan oleh juru penggredan bertauliah iaitu saksi SP2 (Mohamad Firdaus bin Mohd Nasir), pegawai MPOB yang ditempatkan di kilang Plaintif dengan dibantu oleh SP3 (Mohd Khiruddin bin Dollah) juga pegawai MPOB yang ditauliahkan untuk membuat penggredan. Menurut SP2, proses penggredan dibuat untuk menentukan sama ada tandan kelapa sawit adalah tandan bermutu, tidak bermutu dan juga tandan muda. Sekiranya terdapat tandan tidak bermutu, penalti akan dikenakan terhadap pembekal. Untuk tandan muda, segala urusan jual beli tidak dibenarkan kerana dilarang oleh undang-undang. Oleh itu Plaintif tidak boleh membeli atau menerima buah sawit muda daripada mana-mana pembekal. Menurut SP2, untuk kilang Plaintif, proses penggredan dilakukan oleh SP2 ke atas semua konsainan BTS yang dibekalkan oleh Defendan kepada Plaintif dan telah direkodkan dalam Borang Penggredan (muka surat 57-450 Ikatan C, muka surat 451-700 Ikatan D, muka surat 701-1050 Ikatan E, muka surat 1051-1400 Ikatan F dan muka surat 1401-1733 Ikatan G). Berdasarkan kepada perkiraan penggredan tersebut dan Jadual Penalti, penolakan penalti OER untuk tandan sawit yang tidak bermutu mengikut kawasan ladang bekalan ialah sejumlah RM138,092.64. [75] Peguamcara Defendan berhujah proses penggredan telah dilakukan oleh Defendan sendiri sebelum bekalan BTS dihantar kepada Plaintif. Peguamcara Defendan selanjutnya berhujah, di bawah perjanjian atau Kongtrak Keempat, tanggungjawab penggredan diberikan kepada Defendan seperti yang disebutkan di bawah Klausa 3.1 dan 3.2 Kontrak Keempat. Peguamcara Defendan juga berhujah tindakan Plaintif membuat proses penggredan tidak mengikut peruntukan Kontrak Keempat dan dibuat tanpa pengetahuan atau kehadiran wakil Defendan. [76] Kami meneliti klausa-klausa yang terdapat dalam Kontrak Keempat berkaitan penggeran "Grading & Kualiti Buah Tandan Sawit" yang terdapat di bawah Klausa 3 Kontrak Keempat. Di bawah Klausa 3.3 diperuntukkan penggredan dan prosedur persampelan hendaklah mengikut Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan oleh pihak MPOB dan dipersetujukan oleh kedua pihak. Di bawah Klausa 3.4 diperuntukkan jika BTS yang dibekalkan tidak mengikut kualiti yang ditetapkan oleh piawaian penggredan, maka harga BTS tersebut tertakluk keppada pengurangan OER mengikut kualiti BTS yang diterima. [77] Hakim bicara telah menerima keterangan SP2 sebagai saksi bebas dan berkelakan untuk memberi keterangan berkaitan proses dan dapatan penggredan BTS yang dibekalkan oleh Defandan kepada Paintif dan dapatan proses penggredan tersebut direkodkan oleh SP2 dan dikemukakan di mahkamah untuk menyokong tuntutan bayaran semula Plaintif terhadap Defendan. [78] Kami tidak mendapati Hakim bicara tersalah arah dalam menimbangkan isu penggredan tersebut. Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan Hakim bicara dalam isu ini untuk tuntutan Plaintiff terhadap Defendan membayar semula wang sebanyak RM138,092.64 dibenarkan. [79] Kami dapati rayuan Defendan di bawah isu ini tidak mempunyai merit. Tuntutan Balas Defendan [80] Kami menimbangkan pula isu berkaitan tuntutan balas Defendan iaitu isu rayuan keempat yang dibangkitkan oleh peguamcara Defendan. Hakim bicara telah menolak tuntutan balas Defendan di bawah Guaman PA - 22NCVC - 60 -03/2017 untuk wang sebanyak RM1,068,010.20 yang dikatakan terhutang oleh Plaintif kepada Defendan daripada tahun 2015 hingga 2017 untuk bekalan BTS daripada Ladang Fecra dan Ladang LGM Properties Sdn Bhd. [81] Hakim bicara juga telah menolak tuntutan balas Defendan di bawah Guaman PB - A52NCC - 53 - 05/2017 untuk wang sebanyak RM475,469.35 yang dikatakan sebagai hutang tertunggak oleh Plaintif kepada Defendan untuk baki beza bayaran bekalan BTS sepanjang tahun 2016. [82] Plaintif telah menafikan terhadap kewujudan jumlah tunggakan tersebut dan menghantar surat penjelasan kepada Defendan bahawa jumlah yang dituntut oleh Defendan tersebut tidak bermerit kerana jumlah berat timbag Defendan adalah berat sebelum pengasingan dan penggredan buah kelapa sawit muda dibuat. Sebaliknya Plaintif telah membuktikan terdapat penolakan yang perlu dibuat setelah proses penggredan dilakukan oleh pegawai MPOB sendiri. [83] Hakim bicara telah menerima keterangan saksi SP2 sebagai saksi bebas dan berkelayakan yang telah mengesahkan bahawa beliau telah melakukan penggredan BTS yang dibekalkan oleh Defendan kepada Plaintif menurut Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB (Edisi 2003). SP2 telah memberi keterangan yang panjang lebar tentang kaedah atau tatacara penggredan yang dilakukan oleh beliau, antara lain seperti berikut (muka surat 24-25 Alasan Penghakiman): "Semasa satu lori membawa masuk buah tandan segar sawit ke dalam kilang plaintif, lori tersebut akan menaikkan ke atas timbang di kilang plaintif supaya jumlah berat kasar boleh diketahui. Selepas itu, buah kelapa sawit di atas lori tersebut akan dikeluarkan ke atas platform penerimaan buah kelapa sawit supaya proses penggredan dapat dilaksanakan. Semasa proses penggredan dijalankan, pekerja plaintif yang menjalankan proses tersebut akan mengasing dan mengeluarkan buah tandan muda daripada kelompok buah tandan segar sawit tersebut. Ini adalah kerana kesemua transaksi mengenai buah tandan muda adalah dilarang di bawah undang-undang. Jadi, kesemua buah tandan muda yang dikeluarkan akan dinaikkan semula ke atas lori tersebut supaya buah-buah tersebut dapat dikembalikan kepada defendan. Selepas itu, lori yang mengandungi buah tandan muda tersebut akan menaikkan ke atas timbang plaintif sekali lagi untuk mendapatkan jumlah beratnya. Jumlah berat kasar lori yang didapatkan pada kali pertama akan menolak jumlah berat lori sebelum keluar dari kilang plaintif, maka jumlah berat bersih/sebenar bagi buah tandan segar sawit yang diterima oleh plaintif boleh didapatkan. Oleh yang demikian, saya sesunggunhnya percaya bahawa tuntutan balas defendan tidak boleh dibuat kerana ianya adalah buah tandan muda." [84] Keterangan SP1 juga melihatkan bahawa Defendan melalui surat bertarikh 11.5.2015 telah bersetuju untuk buah tandan muda dikembalikan. Sekurang-kurangnya sebanyak dua kali Defendan menerima kembali pemulangan buah sawit muda sejumlah 21.70 metrik tan dan 15.92 metrik tan daripada Plaintif. [85] Saksi Defendan (SD2) bersetuju bahawa Plaintif berhak untuk mengenakan penalti ke atas Defendan untuk buah atau tandan BTS yang tidak bermutu. [86] Kami tidak mendapati Hakim bicara tersalah arah dalam menerima keterangan SP2 dan SP1 tersebut dan memutuskan menolak tuntutan balas Defendan di bawah Guaman PB - A52NCC - 53 - 05/2017 tersebut. Defendan gagal membuktikan tuntutan balas mereka. Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan oleh Hakim bicara tersebut. [87] Kami dapati rayuan Defendan terhadap penolakan tuntutan balas sejumlah RM475,649.35 tidak mempunyai merit. [88] Untuk tuntutan balas Defendan untuk baki beza bayaran oleh Plaintif dengan jumlah bekalan BTS yang Defendan lakukan daripada tahun 2015 hingga 2017, Hakim bicara memutuskan Defendan gagal membuktikan tuntutan balas tersebut. Kami dapati tidak terdapat sebarang pengaduan oleh Defendan bahawa Plaintif terkurang bayar bagi bekalan BTS untuk tempoh tersebut. Sebaliknya Defendan bersetuju tanpa apa-apa protes atau 'reservation' untuk memasuki Kontrak Kedua, Ketiga dan Keempat dengan Plaintif. Kedaaan ini melihatkan Defendan tidak mempunyai apa-apa masalah dalam memasuki kontrak dengan Plaintif. Tiada apa-apa kemungkiran kontrak telah dilakukan oleh Plaintif untuk membolehkan Jaminan Bank yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan di bawah Kontrak Keempat dicairkan oleh Defendan. [89] Kami dapati Hakim bicara tidak tersalah arah dalam menolak tuntutan balas Defendan tersebut. Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan Hakim bicara dalam menolak tuntutan balas Defendan tersebut. Rayuan Defendan untuk isu ini tidak mempunyai merit dan dengan itu ditolak. Kesimpulan [90] Berdasarkan kepada huraian yang telah kami berikan di atas, rayuan Defendan di bawah Guaman No. PA-22NCVC-60-03/2017 dibenarkan sebahagian, setakat gantirugi sejumlah RM1,047,936.57 yang kami benarkan. Perintah Hakim bicara bertarikh 08/06/2018 di perenggan (iii), (iv) dan (v) berkaitan gantirugi tersebut diketepikan. Tiada kos diperintahkan bagi rayuan ini. [91] Rayuan Defendan terhadap Guaman No. PB-A52NCC-53- 05/2017 ditolak. Perintah Hakim bicara bertarikh 08/06/2018 di perenggan (i) dan (ii) berkaitan bayaran semula wang sejumlah RM138,092.64 dikekalkan. Rayuan Defendan ditolak. [92] Rayuan terhadap penolakan tuntutan balas Defendan oleh Hakim bicara ditolak. Penghakiman Hakim bicara bertarikh 08/06/2018 yang menolak kedua-dua tuntutan balas Defendan dikekalkan. Rayuan Defendan ditolak. [93] Atas persetujuan bersama, pihak-pihak bersetuju kos rayuan ini ditanggung oleh masing-masing pihak. Oleh itu tiada kos diperintahkan. (YAACOB HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Peguamcara bagi pihak Perayu/Defendan: Harjinder Singh Tengku Haris Mohd Amran Nur Fatihah Tetuan Siti & Co Peguambela & Peguamcara 43-2(A), Jalan Metrowangsa Wangsa Metroview Seksyen 2 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Peguamcara bagi pihak Responden/Plaintiff: Dato' Seri Gopal Sri Ram Simon Tan Yasmeen Soh Goh Kar Man Raveena Kaur Tetuan Aswar Simon & Azhar Peguambela & Peguamcara No. 41-5-4, Wisma Prudential Jalan Cantonment 10250, Pulau Pinang