Preamble
Menurut surat penamatan tersebut, perayu akan membayar responden bayaran gaji ganti notis satu bulan. [4] Responden juga dibayar komisyen bagi tempoh November 2022 hingga Ogos 2023. [5] Pada 13 Oktober 2022, responden telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Buruh, Pejabat Tenaga Kerja bangi, Selangor Darul Ehsan di mana responden telah menuntut seperti berikut: i) Baki Gaji Oktober 2022 – 6 hari RM580.64 ii) Gaji Ganti Notis 1 Bulan RM3,000.00 iii) Komisyen – September 2022 RM988.00 iv) Komisyen – Oktober 2022 RM770.88 [6] Dalam tindakan ini perayu telah membuat tuntutan berkenaan isu bayaran terlebih (overpayment) terhadap komisyen yang telah dibayar oleh perayu kepada responden. [7] Pada 19 Januari 2022, Ketua Pengarah Tenaga Kerja Bangi telah memutuskan untuk membenarkan tuntutan responden bagi wang sejumlah RM3,000.00 bagi bayaran gaji ganti notis satu bulan dan RM580.65 bagi baki gaji bulan Oktober dan telah menolak tuntutan perayu terhadap bayaran terlebih (overpayment) komisyen kepada responden. [8] Sumbangan itu, pada 2 Februari 2023, perayu telah memfailkan notis rayuan untuk merayu terhadap sebahagian keputusan yang telah diberikan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Pejabat Tenaga Kerja Bangi, Selangor Darul Ehsan. Analisa [9] Responden bekerja dengan perayu dengan gaji terakhir sebanyak RM3,000.00 sebulan. Gaji responden adalah melebihi RM2,000.00 dan pekerjaan responden tidak melibatkan pekerjaan di bawah item 2, Jadual Pertama, Akta Kerja 1955. Sehubungan itu, mahkamah mendapati responden tidak jatuh di bawah peruntukan Akta Kerja 1955. [10] Mahkamah mendapati Mahkamah Buruh telah mendengar kes ini menurut peruntukan seksyen 69(1)(a) Akta Kerja 1955. [11] Menurut perayu, adanya bayaran lebih (overpayment) komisyen mengikut bulan dan tahun yang telah dibayar kepada responden oleh perayu. Perayu berhujah bahawa bayaran komisyen kepada responden adalah berdasarkan bilangan pekerja yang berjaya diambil (recruited) oleh responden untuk bekerja di kilang perayu. [12] Selanjutnya, perayu menyatakan bahawa komisen pada bulan November 2021, Disember 2021, Januari 2022 dan Februari 2022 adalah berdasarkan jadual ‘Comissin Scheme’. Menurut jadual ini, pengiraan komisyen adalah berdasarkan jumlah kehadiran pekerja didarabkan dengan RM5.00 sehari. RM5.00 merupakan jumlah maksima. [13] Oleh yang demikian, perayu berhujah bahawa berdasarkan kepada rekod kehadiran pekerja bagi bulan November 2021, Disember 2021, Januari 2022 dan Februari 2022 berlaku bayaran terlebih (overpayment) komisyen oleh perayu kepada responden sepertimana berikut: MONTH COMM RELEASED ACTUAL FIGURE EXTRA PAID NOV 2021 RM1,891.00 RM1,496.00 RM395.00 DEC 2021 RM1,404.00 RM1,215.00 RM189.00 JAN 2022 RM1,510.00 RM1,479.45 RM30.85 FEB 2022 RM1,472.00 RM1,300.00 RM172.00 [14] Perayu berhujah bahawa Mahkamah Buruh terkhilaf apabila tidak membenarkan tuntutan komisyen yang terlebih bayar yang telah dibuat oleh perayu kerana tiada terma bertulis. [15] Bagi bulan Mac 2022 dan Julai 2022, perayu telah menukar formula pengiraan komisyen kepada yang berikut: i) kehadiran pekerja kurang daripada 9 orang x RM1.00 (sehari) ii) kehadiran pekerja kurang daripada 19 orang x RM2.00 (sehari) iii) kehadiran pekerja lebih 20 orang x RM3.00 (sehari) iv) komisyen tambahan bagi setiap pekerja yang hadir x RM2.00 (sehari). [16] Perayu berhujah bahawa bayaran terlebih (overpayment) bagi komisy [17] en kepada responden dapat dirumuskan dalam jadual berikut: MONTH COMM RELEASED ACTUAL FIGURE EXTRA PAID NOV 2021 RM1,891.00 RM1,496.00 RM395.00 DEC 2021 RM1,404.00 RM1,215.00 RM189.00 JAN 2022 RM1,510.00 RM1,479.45 RM30.85 FEB 2022 RM1,472.00 RM1,300.00 RM172.00 MAC 2022 RM3,692.00 RM1,676.00 RM2,286.00 JULY 2022 RM1,274.02 RM1,225.00 RM49.02 JUMLAH KESELURUHAN RM3,121.87 [18] Selanjutnya, perayu merujuk kepada kes SMC Kidz@Golf Sdn Bhd v. Yap Siew See [2016] 1 SMC di mana mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “Based on the above cited authority, the court is satisfied, ont the balance of probabilities, that the plaintiff is therefore prima facie entitled to recover the overpayment of RM6,000.00 from the defendant unless the defendant can show to this court that she has valid and lawful reasons as to why the money should not be returned to the plaintiff as enunciated in the case of Barclays Bank Ldt v. WJ Simmsson & Cooke (Southern) Ltd & Anor [1980] 1 QB 677 above.” [Emphasis added] [19] Responden pula berhujah bahawa responden tidak pernah mengakui bahawa terdapat pembayaran berlebihan akibat kesalahan responden. [20] Pihak perayu juga telah mencadangkan kepada responden supaya responden bekerja tambahan selama sebulan untuk memperbetulkan isu ini. Namun demikian, responden telah menolak cadangan tersebut kerana responden berpandangan bahawa responden tidak bersalah dalam keadaan ini dan tiada perjanjian mahupun persetujuan bertulis yang dipersetujui antara pihak responden dan perayu untuk menyokong tindakan ini. [21] Responden menolak cadangan perayu tersebut. Pihak perayu kemudiannya telah memberhentikan responden dengan serta-merta tanpa sebarang notis yang sepatutnya diberikan. Responden menerima kompensasi dalam bentuk gaji beberapa bulan sebagai ganti terhadap notis yang sepatutnya dikeluarkan dan diberikan. [22] Mahkamah ini mendapati perayu telah memotong gaji responden bagi pembayaran balik gaji yang terlebih bayar. Berhubung potongan gaji, mahkamah ini merujuk kepada seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang memperuntukan: “Lawful deductions 24.(1) No deductions shall be made by an employer from the wages of an employee otherwise than in accordance with this Act.