Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : AA-21NCVC-5-03/2018 ANTARA RIZAL BINA ...PLAINTIF (NO. SYARIKAT : 001568353-U)
AA-21NCvC-5-03/2018
High Court of Malaysia14 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ify the originality of this document via eFILING portal 8 (Nota: Untuk Alasan Penghakiman Mahkamah ini selepas perbicaraan penuh, lihat Rizal Bina lwn Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia & yang Lain [2022] CLJU 1342, [2022] 1 LNS 1342). KEPUTUSAN [8] Prinsip yang terpakai dalam membuat penilaian gantirugi adalah seperti”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : AA-21NCVC-5-03/2018 ANTARA RIZAL BINA ...PLAINTIF (NO. SYARIKAT : 001568353-U)
1
1.
2
2.
3
KERAJAAN MALAYSIA ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN RINGKASAN [1] Tuntutan Plaintif adalah bagi Mahkamah ini mengisytiharkan penamatan kontrak melalui suatu Notis Penamatan Kontrak bertarikh 24/7/2015 yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan terhadapnya sebagai tidak sah dan terbatal. Plaintif seterusnya menuntut Gantirugi Khas bagi 29/01/2024 13:23:59 AA-21NCvC-5-03/2018 Kand. 124 penamatan tidak sah tersebut berjumlah RM3,290,419.75, Gantirugi Am, beserta faedah dan kos. [2] Defendan membuat Tuntutan Balas terhadap Plaintif dengan menuntut sejumlah RM779,626.38 sebagai perbelanjaan penyiapan projek menurut Klausa 51(c) beserta faedah, yang diplidkan sebagai terpaksa dibelanjakan oleh Defendan-Defendan disebabkan kegagalan Plaintif menyiapkan kerja-kerja mengikut syarat dan terma kontrak. [3] Setelah perbicaraan dijalankan, Mahkamah ini memutuskan yang berikut:
i
Kegagalan Plaintif dalam memenuhi obligasinya untuk menyiapkan projek seperti yang dinyatakan dalam tuntutan balas Defendan-Defendan bukanlah semata-mata suatu “unsatisfactory performance” tetapi merupakan suatu “fundamental breach”;
II
(ii) Defendan-Defendan telah berjaya membuktikan bahawa Plaintif telah gagal untuk melaksanakan obligasinya “to proceed regularly and diligently with the performance of his obligations under the Contract” yang disebutkan dalam Klausa 3 51.1(a)(iii) Kontrak. Oleh itu, Notis Untuk Tujuan Penamatan Kontrak (“NUTPK”) No. 1 dan 2 yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan menurut Klausa 51.1(a)(iii) Kontrak adalah teratur dan sah dan mematuhi kehendak Kontrak sepenuhnya;
III
(iii) Memandangkan NUTPK No. 2 mematuhi kehendak Kontrak sepenuhnya, dan Plaintif telah gagal mematuhi obligasinya selepas tempoh yang dinyatakan dalam NUTPK No.2 tamat, maka penamatan Kontrak yang dibuat oleh Defendan-Defendan melalui Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bertarikh 24/7/2015 adalah teratur, sah dan berkuat kuasa;
IV
(iv) Tuntutan Plaintif ditolak dengan kos dan Tuntutan Balas Defendan dibenarkan;
v
Walaupun tuntutan substantif Plaintif ditolak, namun ini tidak bermakna Plaintif tidak layak menerima apa-apa bayaran yang sepatutnya dan layak diterima oleh Plaintif sebelum kontrak ditamatkan, seperti termaktub dalam Klausa 51.1(c)(ii)(D) Kontrak;
VI
(vi) Mahkamah seterusnya mengambil maklum mengenai Perakuan Muktamad Penamatan Kontrak bertarikh 20/12/2016 dimana Defendan-Defendan membuat tuntutan berjumlah RM779,626.38 untuk perbelanjaan penyiapan projek menurut Klausa 51(c). Perakuan ini adalah dikeluarkan oleh Defendan-Defendan menurut kehendak Klausa 56 Kontrak;
VII
(vii) Mahkamah ini memutuskan jumlah yang sebenarnya layak diterima oleh Defendan-Defendan hendaklah dikira setelah ditolak dengan jumlah yang layak diterima oleh Plaintif menurut Klausa 51.1(c)(ii)(D) Kontrak. Penentuan muktamad jumlah ini akan diputuskan oleh Mahkamah dalam suatu prosiding taksiran gantirugi yang akan dijalankan secara berasingan. [4] Setelah prosiding taksiran gantirugi dijalankan, Mahkamah memutuskan bahawa Defendan-Defendan membayar kepada Plaintif sejumlah RM270,017.65, mengikut perkiraan yang dibuat oleh Mahkamah setelah mengambil kira segala keterangan semasa prosiding tersebut. [5] Defendan-Defendan sekarang merayu setelah tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini. LATARBELAKANG [6] Latarbelakang ringkas kes ini adalah seperti berikut:
i
Melalui suatu Surat Setuju Terima Tender bertarikh 3/3/2014, Plaintif telah dilantik oleh Defendan-Defendan untuk melaksanakan kerja-kerja yang dikenali sebagai “Cadangan Pembinaan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan” (“Projek JPN”);
II
(ii) Susulan Surat Setuju Terima itu, Plaintif dan Defendan-Defendan telah menandatangani suatu kontrak pada 5/3/2014 bagi pelaksanaan Projek JPN itu, yang dikemukakan di ms 54 - 103 Bundle B (“Kontrak”). Butiran kontrak antara Plaintif dan Defendan-Defendan bagi Projek JPN ini adalah secara ringkasnya seperti berikut:
a
Tarikh Kontrak: 5/3/2014
b
Tarikh Milik Tapak: 27/3/2014
c
Tarikh Siap projek: 23/9/2015
d
Wang Jaminan Pelaksanaan: RM194,012.13
e
Wang Pendahuluan: RM645,060.63
f
Nilai Projek: RM3,880,242.50, dengan pecahan-pecahan harga dan kerja bagi projek seperti berikut:
a
(A) Kerja Awalan (Preliminaries) RM173,097.90
b
(B) Kerja Bangunan (Building Works): B1 – Pejabat Pentadbiran RM1,131,284.10 B2 – Pencawang Elektrik RM190,143.60 B3 – Pondok Pengawal RM29,092.10 B4 – Rumah Sampah RM30,926.40 B5 – Internal Cold Water & Sanitary Plumbing Services RM114,642.50
c
(C) Kerja Luaran (External Works (All Provisional)) RM885,005.90
d
(D) “Prime Cost” dan Jumlah Sementara (Provisional Sums) RM1,326,000.00
g
Daripada pecahan harga kontrak tersebut, pecahan bagi Perkara (A) dan (B) dengan jumlah nilai RM1,669,186.60 merupakan kerja Plaintif selaku kontraktor utama, manakala kerja-kerja di Perkara (C) dan (D) bernilai RM2,211,055.90 adalah kerja yang Plaintif perlu lakukan melalui nominated subcontractor (NSC).
h
Walaupun terdapat bahagian-bahagian kerja dalam Projek JPN itu yang ditentukan sebagai kerja yang boleh dilaksanakan oleh NSC, namun Klausa 10 dan Klausa 47 Kontrak dengan jelas menyebut bahawa tanggungjawab untuk keseluruhan Projek JPN hendaklah merupakan tanggungjawab Plaintif sepenuhnya. Klausa 47 Kontrak juga memperuntukkan sebelum mana-mana NSC dilantik, kelulusan dan persetujuan SO hendaklah diperoleh terlebih dahulu. Peruntukan itu selanjutnya menyatakan walaupun persetujuan SO diberikan untuk mana-mana bahagian kerja dijalankan oleh NSC, ia tidak menyingkirkan tanggungjawab dan liabiliti Plaintif di bawah Kontrak itu dan adalah menjadi tanggungjawab Plaintif sepenuhnya untuk memastikan NSC itu mematuhi segala terma dan syarat Kontrak. [7] Dalam konteks tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan, dan juga tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif, isu mengenai NSC tidak berbangkit. (Nota: Untuk Alasan Penghakiman Mahkamah ini selepas perbicaraan penuh, lihat Rizal Bina lwn Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia & yang Lain [2022] CLJU 1342, [2022] 1 LNS 1342).
para
[8] Prinsip yang terpakai dalam membuat penilaian gantirugi adalah seperti diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Eikobina (M) Sdn Bhd v. Mensa Mercantile (Far East) Pte Ltd [1994] 2 CLJ 6; [1994] 1 MLJ 553, [1994] 2 CLJ 6: “After liability on a contract is established and when it comes to assessment of damages, two questions are always involved. The first is that no compensation can be awarded for damage that is too remote and the second is that in assessing damage that is not too remote, the correct measure of damages must be adopted, ie, the correct and usual principles of quantifying the monetary compensation must be employed.” [9] Dalam kes ini, Mahkamah ini memutuskan setelah meneliti segala keterangan di hadapan Mahkamah sewaktu prosiding penilaian gantirugi bahawa gantirugi yang dituntut oleh Defendan-Defendan adalah “not too remote”. Oleh itu Mahkamah meneruskan dengan membuat perkiraan untuk mengawad gantirugi kewangan yang sewajarnya kepada Defendan-Defendan. [10] Mahkamah ini pada masa sama mengambil kira bahawa Mahkamah Agung dalam kes Eikobina itu telah seterusnya menyatakan: “The courts have long recognised that a contract breaker could not be liable for all consequences which flow naturally from a breach of contract and that they must draw a line somewhere, otherwise the consequences would be, inter alia, ruinous to the contract breaker. Thus, certain of such ensuing consequences would be regarded as too remote to be claimable, 'not perhaps on ground of pure logic but simply for practical reasons', to quote a dictum of Lord Wright in Liesbosch Dredger v. Edison SS 1 made in a similar vein. The meaning of remoteness of damage was finally settled in the landmark case of Hadley v. Baxendale 2 as follows: When two parties have made a contract which one to them has broken, the damages which the other party ought to receive in respect of such breach of contract should be such as may be fairly and reasonably considered either arising naturally, i.e. according to the usual course of things from such breach of contract itself or such as may reasonably be supposed to have been in the contemplation of both parties, at the time they made the contract, as the probable result of the breach of it...” [11] Peraturan mengenai “remoteness of damage” yang disebut dalam Hadley v. Baxendale sejajar dengan s. 74 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukan: “74. Compensation for loss or damage caused by breach of contract
1
When a contract has been broken, the party who suffers by the breach is entitled to receive, from the party who has broken the contract, compensation for any loss or damage caused to him thereby, which naturally arose in the usual course of things from the breach, or which the parties knew, when they made the contract, to be likely to result from the breach of it.
2
such compensation is not to be given for any remote and indirect loss or damage sustained by reason of the breach.” [12] Mahkamah ini juga menggunapakai prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Bank Pertanian Malaysia Bhd v. Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor [2015] 9 CLJ 1; [2015] 6 MLJ 149 bahawa setelah isu liabiliti diputuskan sebagai berpihak kepada Defendan-Defendan, maka gantirugi yang layak dikurniakan oleh Mahkamah kepada Defendan-Defendan adalah melalui suatu proses taksiran yang akan memutuskan pertamanya bahawa kerugian telah dialami oleh Defendan-Defendan. Setelah kerugian dibuktikan oleh Defendan-Defendan, Mahkamah akan mengawadkan mereka dengan gantirugi yang meletakkan mereka pada tahap seolah-olah pelanggaran kontrak tidak berlaku. Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “[100] In the circumstances of the case, all that the Koperasi is entitled to is to be put in a position as if the breach had not occurred. If the breach had in any way resulted loss to the Koperasi, damages would have to be assessed, so far as money could do so, to compensate the Koperasi by placing it in the same position as if the breach had not occurred.” [13] Selanjutnya, Defendan-Defendan hendaklah membuktikan bahawa mereka berhak dibayar gantirugi sebagaimana dituntut dan membuktikan setiap butiran dan kepala tuntutan. Prinsip ini diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor v. Selangor Country Club Sdn Bhd [2016] 8 CLJ 211; [2017] 2 MLJ 819: “[51] As to damages, it is settled law that in order for SCCSB to succeed in its claim SCCSB must show that the loss and damages is due to the breach of contract by PKNS. Once that is established, SCCSB has the additional burden of proving the damages. The law on the recovery of damages has been succinctly enunciated by Ramly Ali J (now FCJ) in PB Malaysia Sdn Bhd v. Samudra (M) Sdn Bhd [2008] 1 LNS 679; [2009] 7 MLJ 681 at p 697. It may be summarised into two main principles:
a
the burden of proof is on the party seeking the claim to prove the facts and the amount of damages (Hock Huat Iron Foundry (suing as a firm) v. Naga Tembaga Sdn Bhd [1999] 1 CLJ 89; [1999] 1 MLJ 65 (CA); Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel Ltd [1948] 64 TLR 177; Popular Industries Limited v. Eastern Garment Manufacturing Sdn Bhd [1990] 2 CLJ Rep 635; [1989] 3 MLJ 360 and Sony Electronics (M) Sdn Bhd v. Direct Interest Sdn Bhd [2007] 1 CLJ 611; [2007] 2 MLJ 229 (CA)); and
b
the damages must be proved with real or factual evidence. Mere particulars, summaries, estimations or general conclusions will not suffice (Lee Sau Kong v. Leow Cheng Chiang [1960] 1 LNS 56; [1961] 1 MLJ 17 (CA)).” [14] Berpaksikan prinsip-prinsip yang dinyatakan, semasa memutuskan isu kuantum yang layak diterima oleh Defendan-Defendan, selain keterangan di hadapan Mahkamah ini semasa prosiding gantirugi, Mahkamah ini telah ambilkira pelbagai faktor. Faktor pertama yang diambil kira oleh Mahkamah ialah perihal nilai kontrak semasa ditawarkan kepada Plaintiff ialah RM3,880,242.50 dan menurut Plaintif, setelah pelarasan dibuat, harga kontrak akhir ialah RM3,558,444.30 (“Harga Kontrak”). Perlu diingat semasa kontrak projek ini ditandatangani antara Kerajaan dengan Plaintif pada Mac 2014, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (“GST”) belum lagi diperkenalkan. Ini bermakna Harga Kontrak itu adalah tanpa unsur GST. [15] Tatkala membuat keputusan mengenai isu liabiliti, walaupun Defendan-Defendan menyatakan tahap penyiapan projek oleh Plaintif semasa tarikh penamatan kontrak ialah 47% sahaja berbanding tahap yang sepatutnya iaitu 90%, Mahkamah ini memutuskan bahawa dengan memberi faedah keraguan kepada Plaintif, tahap penyiapan projek semasa tarikh penamatan kontrak ialah 70% berbanding tahap yang sepatutnya iaitu 90%. [16] Mahkamah ini turut mengambil kira faktor bahawa walaupun kontrak telah ditamatkan oleh Defendan-Defendan pada 24/7/2015, tawaran kepada Pihak Ketiga untuk meneruskan pembinaan dan menyiapkan kerja-kerja terbengkalai hanya dikeluarkan oleh Defendan-Defendan melalui surat bertarikh 13/1/2016 – hampir 6 bulan kemudian. [17] Dalam tempoh 6 bulan tersebut harga kontrak baharu meningkat kepada RM3,003,259.10, ini adalah merangkumi harga tender RM2,833,263.30 + bayaran GST berjumlah RM169,995.80. Mahkamah ini mengambil kira bahawa walaupun baki projek untuk disiapkan hanyalah 30% sahaja, Defendan-Defendan telah bersetuju untuk membelanjakan sejumlah RM3,003,259.10, berbanding keseluruhan Harga Kontrak berjumlah RM3,558,444.30 semasa kontrak ditandatangani pada tahun 2014. [18] Setelah mengambilkira segala faktor yang dinyatakan di atas, serta segala keterangan di hadapan Mahkamah ini, dan dengan menggunapakai prinsip undang-undang berkaitan penentuan gantirugi yang telah dinyatakan dalam perenggan sebelum ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa tuntutan Defendan yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah mengikut tuntutan yang dibuat oleh pihak Defendan iaitu sejumlah RM779,626.38, tertakluk kepada:
i
pelarasan semula oleh Mahkamah bagi butiran-butiran yg dituntut oleh Defendan; dan
II
(ii) tuntutan kerja-kerja yg telah dibuat oleh Plantif sehingga tarikh kontrak antara Kerajaan dengan Plaintif ditamatkan. [19] Berdasarkan segala perkara tersebut, Mahkamah ini memutuskan perkiraan bagi maksud penentuan gantirugi yang berhak dibayar kepada Defendan-Defendan adalah seperti berikut: A. Kos Penyiapan Projek Perenggan Butiran Jumlah dituntut Defendan Pelarasan oleh Mahkamah
a
Wang Pendahuluan RM645,060.63 RM645,060.63 (tiada pelarasan)
b
Bayaran Interim RM870,606.00 RM870,606.00 (tiada pelarasan)
c
Baki Nilai Wang Jaminan Pelaksanaan RM97,278.13 RM97,278.13 (tiada pelarasan) Perenggan Butiran Jumlah dituntut Defendan Pelarasan oleh Mahkamah yang belum ditahan
d
Bayaran kepada Pembekal - -
e
Jumlah Harga Kontrak Baharu RM3,003,250.10 RM1,501,629.55 RM3,003,259.10 – RM169,995.80 = RM2,833,263.30 (RM169,995.80 ialah jumlah GST yg ditolak oleh Mahkamah kerana GST bukan untuk ditanggung oleh Plaintif. Dari jumlah RM2,833,263.30 itu, Mahkamah membuat Perenggan Butiran Jumlah dituntut Defendan Pelarasan oleh Mahkamah pelarasan sebanyak 53%, iaitu jumlah peratusan yang perlu disiapkan oleh kontraktor baharu yang dilantik oleh Kerajaan berdasarkan Notis Penamatan Kontrak bahawa peratusan siap projek semasa kontrak ditamatkan ialah 47%. Jumlah yang diputuskan oleh Mahkamah bagi kepala ini yang sepatutnya ditanggung oleh Plaintif ialah Perenggan Butiran Jumlah dituntut Defendan Pelarasan oleh Mahkamah RM2,833,263.30x53% = RM1,501,629.55
f
Kos mempelawa semula tender dan pengawasan RM34,597.21 RM 0 (Memandangkan ini adalah kontrak Kerajaan mengapa wujud kos penyediaan dokumen (RM609.68) dan kos pengawasan (RM1,423.30). Jika ada, ini hendaklah ditanggung oleh Kerajaan. Kos kawalan keselamatan (RM32,564.23) hendaklah ditanggung oleh kontraktor baharu) Perenggan Butiran Jumlah dituntut Defendan Pelarasan oleh Mahkamah
g
10% Caj bagi kos (f) RM3,459.72 RM0 – memandangkan Mahkamah tidak membenarkan item
f
(f), maka item ini tidak dibenarkan JUMLAH A RM3,114,574.31 B. JUMLAH HARGA KONTRAK AKHIR (JUMLAH B) = RM3,558.444.30 C. PERBEZAAN ANTARA JUMLAH A DAN JUMLAH B RM 3,114,574.31 - RM 3,558,444.30 RM - 443,869.99 Yakni, Plaintiff berhak untuk dibayar sejumlah RM443,869.99. D. TOLAK Rampasan Jaminan Bank RM316,190.11 Maka jumlah bayaran yg perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintiff (C – D) = RM443,869.99 - RM316,190.11 RM127,679.88 [20] Mahkamah ini telah memutuskan dengan jelas bahawa tuntutan Defendan-Defendan ini adalah tertakluk kepada apa-apa baki yang perlu dibayar kepada Plaintif sebelum kontrak ditamatkan. [21] Dalam membuat pengiraan bagi perkara ini, saya memutuskan bahawa setelah meneliti keterangan saksi-saksi semasa prosiding taksiran gantirugi, keterangan dokumentar serta hujahan peguam kedua-dua pihak, Mahkamah ini memutuskan untuk bersetuju dengan Peguam Plaintitf bahawa Sijil Perakuan No. 13 walaupun bertarikh 1/7/2015 namun butiran yang ada dalam Sijil tersebut hanya menyatakan tarikh-tarikh nilaian adalah setakat 24/4/2015. Isu ini diterangkan oleh saksi Defendan-Defendan sebagai suatu kesilapan menaip. Tanpa menunjukkan sebarang bukti lain yang menyokong bahawa nilaian dibuat sehingga 26/6/2015 seperti didakwa oleh saksi Defendan-Defendan, maka Mahkamah memutuskan untuk menolak dakwaan kesilapan taip dan memutuskan bahawa peratusan siap kerja 47% yang dinyatakan dalam Notis Penamatan adalah setakat 24/4/2015. Mahkamah ini seterusnya menerima hujahan Peguam Plaintif bahawa setakat tarikh notis penamatan kontrak, Plaintif sebenarnya telah menyiapkan 51% kerja dan Plaintif adalah layak untuk dibayar bagi baki 4% kerja yang disiapkan. [22] Berdasarkan dapatan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa jumlah yang layak diterima oleh Plaintif bagi baki 4% kerja yang disiapkan oleh Plaintif hendaklah dibuat kiraan berdasarkan harga kontrak akhir iaitu RM3,558,444.30 x 4% = RM142,337.77. [23] Setelah mengambil kira jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan berjumlah RM127,679.88 menurut kiraan yang dinyatakan dalam perenggan terdahulu, dan dicampur dengan jumlah baki yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif bagi baki 4% kerja yang disiapkan oleh Plaintif berjumlah RM142,337.77, maka jumlah muktamad yang diputuskan oleh Mahkamah melalui prosiding taksiran gantirugi ini ialah Defendan-Defendan perlu membayar kepada Plaintif sejumlah RM127,679.88 + RM142,337.77 = RM 270,017.65. [24] Jumlah ini tertakluk kepada kos yang telah dibenarkan oleh Mahkamah kepada pihak Defendan-Defendan kerana menolak tuntutan Plaintif dan membenarkan tuntutan balas Defendan, dan juga faedah. Setelah mendengar hujahan kedua-dua peguam Plaintif dan Defendan- Defendan mengenai kos dan faedah, Mahkamah memutuskan kos bagi prosiding kes ini secara keseluruhannya ialah sebanyak RM80,000.00 dan faedah adalah 5% dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran penuh. Bertarikh pada : 10 Januari 2024 -signed- (MOHD RADZI BIN HARUN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya PIHAK-PIHAK: Peguam Plaintif : Encik Zainal Abidin bin Mustafa, Tetuan Zainal & Mariani, Lot 356 & 357, Tingkat 1, Wisma Zainal & Mariani, Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Ruj. : ZM-L/2643/2017 Email : zainal_7171@yahoo.com.my Peguam Defendan-Defendan : Puan Nurul Farhana binti Khalid bersama Puan Noridayu binti Md Kassim, Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara, No. 45 Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya Ruj. : RUJ.PN/PK/HQ/26/11/2018 Email : shamsul.b@agc.gov.my
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.