1 telefon bimbit jenis IPhone 6 yang merupakan harta dalam kawalan penama yang bernilai lebih kurang RM3000.00 dan semasa melakukan rompakan itu kamu telah menggunakan sebilah pisau sebagai senjata. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 397 Kanun Keseksaan.” [ 2 ] Di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang bijaksana telah melepas dan membebaskan Tertuduh 2 dan memanggil Perayu membela diri. Di akhir kes pembelaan, Perayu telah disabitkan dengan pertuduhan terhadapnya dan dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun dari tarikh penghakiman dan lima kali sebatan rotan. Perayu dan Pendakwa Raya (“Responden”) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan HMS yang bijaksana. S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 4 [ 3 ] Mahkamah ini yang mendengar rayuan tersebut telah menolak rayuan Responden dan Perayu dengan mengekalkan keputusan HMS yang bijaksana. Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan memfailkan rayuan ini. FAKTA KES [ 4 ] Mangsa dalam kes ini adalah sepasang suami isteri tinggal di alamat seperti pertuduhan memberi keterangan sebagai SP1 dan SP2. Pada 6/10/2019 jam lebih kurang 5 pagi semasa sedang tidur, SP1 telah dikejutkan oleh isterinya SP2 yang mendengar bunyi seolah pintu rumahnya sedang diumpil. Apabila SP1 menyelak langsir tingkap, dia mendengar suara lelaki memberi salam dan mengatakan mahu memeriksa rumahnya. Oleh kerana lelaki itu memakai vest dan cap, SP1 membuka pintu. Lelaki itu terus mengacukan pisau ke arah SP1, masuk ke dalam rumah dan berkata “abang releks sahaja” sebanyak dua kali. [ 5 ] Keadaan pada masa itu tidak gelap kerana ada lampu di laluan bilik dan SP1 mengatakan cam wajah lelaki ini. Tetapi SP1 gagal membuat pengecaman di dalam mahkamah. Terdapat seorang lagi lelaki suspek kedua turut masuk ke dalam rumah iaitu lelaki yang memakai mask separuh muka. SP1 telah berjaya camkan lelaki kedua tersebut sebagai Perayu di mahkamah iaitu bernama Roezril. [ 6 ] Perayu dan suspek kedua telah menolak SP1 dan SP2 ke dalam bilik dan mengarahkan mereka duduk di tepi katil dengan dikawal oleh suspek kedua. Sementara itu, Perayu dikatakan telah menyelongkar rumah S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 5 tersebut. Menurut SP1 suspek kedua mengatakan mendapat maklumat terdapat warga Indonesia di rumah tersebut yang dinafikan oleh SP1. Perayu dilihat menyelongkar almari dan menjumpai telefon bimbit jenis IPhone lalu bertanya pekerjaan SP1 kerana nampak mewah dan ada koleksi topi keledar. Perayu tidak mempercayai SP1 yang memberitahu dia bekerja di kedai makan kerana koleksi topi keledarnya menunjukkan dia berduit. [ 7 ] SP1 meminta Perayu tidak ambil helmetnya kerana lama menyimpan duit untuk mendapatkan koleksi itu. Perayu mengatakan hanya akan ambil barang yang dikehendakinya sahaja. Setelah Perayu selesai mengambil barang-barang yang dikehendaki Perayu dan suspek kedua telah keluar dan melarikan diri dengan Perayu membuka pintu pagar, menghidupkan enjin kereta manakala suspek kedua pula menutup pintu dan lari masuk ke dalam kereta. SP1 telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis – Seri Kembangan 011862/19 (P1). [ 8 ] SP1 dan SP2 telah dipanggil untuk proses kawad cam di balai polis. Dalam kawad cam tersebut, SP1 hanya dapat camkan Perayu sahaja yang juga telah dicamkan di mahkamah. Pengecaman oleh SP1 dibuat berdasarkan ciri-ciri dari segi gaya kepala, wajah, bentuk badan dan ketinggian Perayu. SP2 pula mengatakan dia berjaya camkan dua orang sewaktu kawad cam. Namun yang hadir di mahkamah cuma Perayu sahaja dapat dicamkan. [ 9 ] Di akhir kes pendakwaan, HMS yang bijaksana telah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie ke atas Perayu sahaja berdasarkan pengecaman ke atas Perayu di mahkamah oleh SP1 S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 6 dan SP2. Tertuduh 2 tidak dapat dicam oleh kedua-dua saksi di mahkamah, lalu telah dilepas dan dibebaskan. [ 10 ] Dalam kes pembelaan Perayu telah memberi keterangan secara bersumpah (SD1) dan memanggil Tertuduh 2 yang telah dilepaskan sebagai saksi (“SD2”). Perayu menayatakan pada masa seperti dalam pertuduhan, Perayu tidak berada di tempat kejadian dan berada di rumah abang angkatnya iaitu SD2. Secara ringkasnya pembelaan Perayu adalah suatu pembelaan alibi. [ 11 ] Di akhir kes pembelaan, HMS yang bijaksana telah memutuskan bahawa Perayu telah gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Perayu tanpa keraguan munasabah dan disabitkan atas pertuduhan tersebut. Perayu telah dihukum penjara lapan tahun dari tarikh hukuman dan 5 sebatan rotan. ISU YANG BERBANGKIT DALAM RAYUAN PERAYU BERKAITAN KES PENDAKWAAN [ 12 ] Peguam Perayu yang bijaksana telah mempersoal keputusan HMS yang bijaksana berkaitan pembuktian kes prima facie atas dakwaan beberapa kelemahan seperti berikut – S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 7 Pengecaman identiti Perayu oleh SP1 dan SP2 [ 13 ] Peguam yang bijaksana mempersoal penerimaan oleh HMS yang bijaksana akan pengecaman identiti Perayu oleh SP1 dan SP2 sedangkan dihujahkan terdapat banyak kelemahan dalam pengecaman mereka yang tidak mencukupi dan terdapat percanggahan material dalam keterangan saksi pendakwaan berkaitan prosedur kawad cam yang dijalankan seperti pelaku semasa kejadian memakai topeng (half mask), faktor pencahayaan dan ciri-ciri asas pengecaman tidak dipenuhi. HMS yang bijaksana hanya bergantung kepada pengecaman SP1 dan SP2 terhadap Perayu di dalam kandang Tertuduh (dock identification). Justeru dihujahkan HMS yang bijaksana telah khilaf dalam penerimaan pengecaman ke atas Perayu oleh SP1 dan SP2. [ 14 ] Sama ada pengecaman oleh mangsa terhadap pelaku jenayah boleh diterima atau tidak bergantung kepada keadaan dan fakta sesuatu kes. Dalam kes ini mahkamah mendapati fakta menunjukkan kejadian berlaku dalam tempoh yang tidak singkat (5 – 10 minit), jarak fizikal yang dekat antara mangsa dengan pelaku, komunikasi antara mangsa dan pelaku serta waktu malam yang telah lanjut akan menyebabkan penglihatan mangsa telah disesuaikan (adapted) kepada pencahayaan tempat kejadian lalu membolehkan SP1 dan SP2 mengingati ciri-ciri Perayu yang terpahat dalam minda mereka. Apalagi kejadian seperti ini bukanlah suatu yang lazim berlaku kepada mangsa. Seterusnya peluang untuk mengecam pelaku S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 8 jenayah di balai polis berlaku dalam tempoh yang secara relatifnya tidak lama dengan kejadian (lebih kurang satu bulan). [ 15 ] Keterangan SP1 yang relevan berkaitan pengecaman OKT 1 adalah seperti berikut – Ms. 87, RR Jilid 2 “..Masa tu keadaan tidak gelap sangat. Ada lampu di laluan bilik. Dia pakai cap saja.” (suspek kedua) “Lepas tu seorang lagi masuk. Dia pakai separuh mask. Dari mata dia, telinga capang, nampak gaya macam botak.” (OKT 1 = Perayu) Ms. 88, RR Jilid 2 “Q: Bagi lelaki kedua, dia pakai half mask, telinga capang. Ada dia di sini? Ada. Dia dalam kandang OKT pakai baju hijau kotak-kotak. Nama Roezril Ramdan (OKT 1). Mahkamah: OKT 1 dicamkan”. (penekanan ditambah) [ 16 ] SP1 juga menjelaskan Perayu telah bertindak selongkar bilik, merompak rantai leher dan cincin isterinya SP2. Cincin tersebut dicamkan kerana SP1 yang membelinya. SP1 pada muka surat (88 dan 89) menjelaskan ada perbualan antaranya dengan Perayu tentang pekerjaan SP1, permintaan SP1 agar koleksi helmetnya tidak diambil dan sebagainya. [ 17 ] Di muka surat 90, SP1 menjelaskan keadaan cahaya sederhana terang dan kejadian antara SP1 dan perompak antara 5 – 10 minit. Jarak antara SP1 dengan Perayu lebih kurang 7 kaki (ms. 97, RR Jilid 2). SP1 S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 9 sahkan Perayu juga membawa pisau pemotong daging. SP1 camkan Perayu dalam 2 sesi kawad cam lebih kurang sebulan selepas kejadian. SP1 cam Perayu melalui ketinggian, gaya rambut macam botak, hidung dan telinga capang Perayu serta jarak SP1 yang dekat dengan Perayu (ms. 106, RR Jilid 2). [ 18 ] Sementara itu SP2 mengasaskan pengecamannnya ke atas Perayu seperti berikut – Ms. 107, RR Jilid 2 “Q: Apa ciri2 orang yang suruh kamu buka rantai dan cincin?” Sedikit rendah, badan kecil, mata tak terlalu besar. Dia pakai separuh topeng dari hidung ke dagu tetapi tak ada banyak rambut. Q: Apa jarak kamu dengan dia? Amat dekat. Dia acu pisau jika saya tak buka rantai. Jarak antara 1 – 2 kaki.” [ 19 ] Pencahayaan semasa kejadian samar-samar (tak gelap tak terang) kerana ada cahaya dari luar bilik, tetapi SP2 masih boleh cam. SP2 camkan Perayu sebagai orang yang merompak rantai dan cincinnya di dalam kandang tertuduh. SP2 tidak dapat camkan Tertuduh 2 di mahkamah. [ 20 ] Prinsip undang-undang yang terpakai berkaitan isu pengecaman telah dinyatakan dalam kes-kes yang dirujuk oleh HMS yang bijaksana di ms. 60, RR Jilid I iaitu Dorai Pandian A/L Munian v PP [2009] 4 MLJ 71 di mana dinyatakan bahawa keterangan pengecaman yang substantif adalah pengecaman di mahkamah. Dalam kes ini HMS yang bijaksana telah S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 10 menolak pengecaman dalam kawad cam tetapi menerima pengecaman SP1 dan SP2 ke atas Perayu dalam mahkamah. [ 21 ] HMS yang bijaksana juga secara tepat merujuk kepada kes Duis Akim & anor. v PP [2014] 1 MLJ 49 berkaitan kepuasan hati hakim bicara yang menimbangkan keadaan yang membantu pengecaman oleh saksi kepada pelaku seperti tempoh masa kejadian, pencahayaan dan fakta perbuatan pelaku semasa kejadian. HMS yang bijaksana seterusnya menyatakan keadaan yang sama terpakai dalam kes ini – “Dalam kes di hadapan saya, kesemua saksi memberitahu mahkamah mereka melihat wajah OKT1 dan laki-laki kedua dengan jelas dalam masa 5 – 15 minit secara bersama-sama.” [ 22 ] Analisa HMS yang bijaksana berkaitan isu pengecaman juga didapati adalah jelas dan tepat seperti diperincikan dalam perenggan 20 hingga 35 Alasan Penghakimannya di RR, Jilid 1. HMS yang bijaksana dalam analisanya di para 37 hingga 40, telah menolak pengecaman melalui kawad cam (P10 dan P11). [ 23 ] HMS yang bijaksana memutuskan bahawa walaupun pengecaman melalui kawad cam polis ditolak, pengecaman Perayu oleh SP1 dan SP2 di mahkamah adalah mencukupi untuk diterima. HMS yang bijaksana menerima keyakinan dan ketegasan SP1 dan SP2 dalam mengecam Perayu di mahkamah. Di para 44 dan 45 Alasan Penghakimannya, HMS meneliti dan menganalisa isu tempoh masa kejadian dan peluang SP1 dan SP2 bersama dan melihat Perayu dan perbuatan Perayu dalam bilik yang sama. S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 11 [ 24 ] Berkaitan isu sedikit perbezaan keterangan SP1 dan SP2 tentang kedudukan kain atau key yang menutup hidung ke bawah muka atau mulut ke bawah muka, mahkamah ini bersetuju dengan analisa dan penelitian HMS yang bijaksana di para 47 hingga 49 khususnya dapatan bahawa kemungkinan kedudukan key tersebut sedikit berubah apabila SP1 melihat Perayu dan ketika SP2 melihat Perayu. HMS yang bijaksana telah membuat dapatan di para 28 Alasan Penghakiman bahawa tempoh kejadian adalah lebih kurang 5 – 15 minit, Perayu dan suspek kedua tidak statik, bergerak menyelongkar bilik dan merampas barang serta bercakap dengan mangsa ketika kejadian. Jadi perbezaan tentang kedudukan key tersebut bukanlah material kepada isu pengecaman kedua-dua saksi ini. [ 25 ] Semua faktor penting yang menyokong pengecaman juga telah diambil kira oleh HMS yang bijaksana seperti pencahayaan bilik, peranan pelaku jenayah, komunikasi antara mangsa dan pelaku dan jarak fizikal mereka. HMS yang bijaksana juga mendapati SP1 dan SP2 adalah saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Sebagai hakim yang mengendalikan perbicaraan dan melihat sendiri sikap (demeanour) saksi-saksi semasa memberi keterangan, penelitian dan penerimaan HMS yang bijaksana dalam isu ini tidak wajar dipertikaikan oleh mahkamah rayuan. [ 26 ] Berkaitan isu SP2 telah melihat rakaman cctv dua lelaki yang disyaki Perayu dan suspek kedua, HMS yang bijaksana telah mendapati itu bukanlah suatu pengecaman yang sempurna kerana rakaman cctv tersebut menunjukkan baju yang dipakai oleh suspek yang dicamkan oleh SP2 dan bukan wajah mereka (ms. 110, RR Jilid 2). Sementara mahkamah juga tidak mengambil kira tindakan SP2 memantau facebook Perayu setelah melihat S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 12 nama Perayu di sapina kerana ini berlaku setelah pengecaman dalam kawad cam dibuat. Walau apapun keadaan pengecaman oleh SP2, pengecaman oleh SP1 juga jelas dan meyakinkan. [ 27 ] Kesimpulannya, mahkamah mendapati secara keseluruhan analisa HMS yang bijaksana berkaitan isu pengecaman Perayu oleh SP1 dan SP2 tidak perlu diganggu atas dasar HMS yang bijaksana telah meneliti dan mendengar sendiri keterangan dua saksi ini dan diyakinkan dengan pengecaman dan kredibiliti mereka. Mahkamah juga bersetuju elemen-elemen lain pertuduhan telah dibuktikan secara prima facie dan Perayu wajar dipanggil membela diri. Seksyen 114(g) - penama Aida Adnan yang menjual rantai dan cincin SP2 tidak dipanggil [ 28 ] Rantai (P4) dan cincin (P5) milik SP2 yang dirompak pada hari kejadian dikesan telah dijual kepada kedai pajak gadai Delta, mengikut keterangan SP3. Barang kemas ini digadai oleh penama Aida Adnan mengikut catatan pada surat pajak gadai P6. Penama ini tidak dipanggil memberi keterangan dan SP7 telah berusaha mengesan melalui alamat kad pengenalan penama ini dan alamat adik penama tetapi tidak berjaya. [ 29 ] SP8 menyatakan ada tangkapan satu perempuan bernama Aida, tetapi tiada kawad cam dibuat ke atasnya kerana hanya dua lelaki terlibat dalam rompakan tersebut (ms. 182, RR Jilid 2). Cubaan SP8 untuk mengesan penama ini juga tidak berjaya. S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 13 [ 30 ] Penama Aida Adnan tidak terlibat dalam kejadian rompak terhadap SP1 dan SP2. Peranannya hanya membantu Perayu mengemukakan rantai dan cincin kepada pajak gadai. Cara pelupusan harta yang dirompak bukanlah elemen kepada pertuduhan yang dikenakan terhadap Perayu dan Tertuduh 2. Jika harta yang dirompak tidak dikesan semula juga bukanlah fatal kepada pembuktian kesalahan terhadap Perayu dan Tertuduh 2. [ 31 ] Dalam kes ini apa yang material ialah harta yang dirompak P4 dan P5 telah dikesan dan dicamkan oleh SP1 dan SP2. Mahkamah dapati bukanlah suatu yang fatal ketiadaan keterangan dari penama Aida kerana disahkan hanya dua lelaki terlibat semasa kejadian. Justeru, anggapan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai dengan ketiadaan keterangan penama Aida tersebut. ISU YANG BERBANGKIT DALAM RAYUAN PERAYU BERKAITAN KES PEMBELAAN [ 32 ] Perayu memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Ringkasnya Perayu menyatakan pada masa material dalam pertuduhan, dia berada di tempat lain iaitu di rumah abang angkatnya SD2. Walau bagaimanapun, dari jam 9.00 malam 5.10.2019 hingga 1.00 – 2.00 tengahari 6.10.2019 Perayu berseorangan di rumah tersebut (ms. 200 dan 201, RR Jilid 2). Perayu memanggil SD2 iaitu Tertuduh 2 yang dituduh bersamanya untuk menyokong pembelaan Perayu. S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 14 [ 33 ] Isu yang dibangkitkan oleh peguam yang bijaksana berkaitan kes pembelaan ialah dapatan HMS yang bijaksana antaranya berkaitan isu alibi, pembelaan yang dikatakan penafian semata-mata dan berbentuk pemikiran semula (afterthought). Peguam yang bijaksana berhujah bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila membuat dapatan bahawa – a. Perayu telah gagal dalam pembelaan alibi; b. Pembelaan Perayu merupakan penafian semata-mata dan pembelaan Perayu merupakan pemikiran semula (afterthought); c. Perayu dan SD2 tidak kredibel. ANALISA DAN DAPATAN a. Pembelaan Alibi Perayu [ 34 ] Dalam pembelaan bersumpahnya, Tertuduh mendakwa tidak berada di tempat kejadian pada masa material dan berada di rumah abang angkatnya SD2. SD2 adalah Tertuduh 2 yang telah dituduh bersama dengan Perayu yang telah dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Mahkamah mendapati HMS yang bijaksana membuat dapatan yang tepat apabila merujuk kepada pembelaan Perayu sebagai pembelaan “Alibi”. [ 35 ] Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa pembelaan alibi Perayu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah seksyen 402A Kanun Prosedur Jenayah iaitu tiada notis alibi dikemukakan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan untuk S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 15 disiasat. Selain itu, cadangan pembelaan alibi ini juga tidak dibangkitkan kepada saksi-saksi semasa kes pendakwaan khususnya pegawai penyiasat ganti dan asal (SP7 dan SP8). [ 36 ] Alasan yang dikemukakan oleh Perayu bagi kegagalan ini ialah mendakwa dia telah dipukul di tangan dan kaki dan mata ditutup oleh polis selepas ditangkap. Alasan ini mahkamah dapati tidak munasabah kerana setelah dituduh dan semasa perbicaraan Perayu tidak lagi di bawah kawalan pihak polis dan bebas untuk membangkitkan isu ini sebagai sebahagian naratif pembelaan, apalagi Perayu juga diwakili peguambela. Tiada juga apa-apa laporan polis dibuat tentang dakwaan dipukul tersebut sedangkan tiada had masa untuk membataskan Perayu membuat laporan polis tersebut. [ 37 ] Sehubungan itu, mahkamah mendapati HMS yang bijaksana membuat dapatan yang tepat apabila menolak pembelaan alibi Perayu. Bukan sahaja kerana penyerahan notis alibi tidak dibuat, tetapi pembelaan ini tidak disokong oleh keterangan SD2 yang mengesahkan pada masa material SD2 sendiri tidak berada di rumahnya dan tidak melihat sendiri Perayu berada di rumah itu. Mahkamah dapati analisa HMS yang bijaksana seperti di perenggan 73 hingga 76 Alasan Penghakimannya adalah jelas dan tepat. S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 16 b. Pembelaan Perayu merupakan penafian semata-mata dan pemikiran semula (afterthought) [ 38 ] Hakikat Perayu tidak membangkitkan naratif pembelaannya semasa kes pendakwaan dilihat bersama ketiadaan notis alibi oleh Perayu menyebabkan pembelaannya suatu penafian semata-mata dan berbentuk pemikiran semula. Sepanjang keterangan pegawai penyiasat asal SP8 dan pegawai penyiasat ganti (SP7), pembelaan alibi Perayu tidak pernah dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan ini. Keberadaan Perayu yang didakwa di rumah SD2 semasa kejadian hanya berbangkit dalam kes pembelaan. [ 39 ] Apabila pembelaan Perayu yang tidak dicadangkan lebih awal dan tidak disokong dengan notis alibi dibandingkan dengan keterangan pengecaman ke atasnya oleh SP1 dan SP2 di mahkamah yang jelas dan tegas, mahkamah bersetuju dengan analisa HMS yang bijaksana yang mendapati naratif pembelaan Perayu merupakan penafian semata-mata dan pemikiran semula. Lihat PP v Lin Lian Chen [1992] 2 MLJ 561. c. Perayu dan SD2 tidak kredibel [ 40 ] SD1 dan SD2 memberi keterangan bersumpah. Walau bagaimanapun, keterangan mereka telah diteliti oleh HMS yang bijaksana untuk melihat sama ada ia munasabah, boleh diterima dan kredibel. S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A Penghakiman Page 17 DAPATAN [ 41 ] Mahkamah mendapati analisa HMS yang bijaksana berkaitan kebenaran keterangan yang dikemukakan Perayu dan SD2 dan kredibiliti mereka boleh diterima dan munasabah seperti diperincikan dalam perenggan 82 hingga 85 dan rujukan kepada kes PP v Foong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97 dan Balasingam v PP [1959] MLJ 193. [ 42 ] Keterangan pembelaan tidak berjaya menggugat kredibiliti dan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Pembelaan Perayu tidak dapat disokong oleh SD2 berkaitan keberadaan Perayu pada masa-masa material, keterangan lisan Perayu pula dikemukakan tanpa notis alibi dan tanpa dicadangkan semasa kes pendakwaan adalah pemikiran semula. Perayu sendiri mengesahkan tiada sebab untuk SP1 dan SP2 hendak menganiaya Perayu. SD2 mengesahkan mahu membantu menyelamatkan Perayu walaupun mengesahkan tidak melihat sendiri keberadaan Perayu yang didakwa berada di rumahnya. [ 43 ] Malah terdapat percanggahan keterangan Perayu dan SD2 tentang masa SD2 balik ke rumahnya pada 6.10.2019 yang meragukan. SD2 mengatakan dia balik ke rumahnya pada lebih kurang jam 10.00 pagi (ms. 221, RR, Jilid 2), sedangkan Perayu mengatakan SD2 balik ke rumahnya jam 1 – 2 tengahari (ms. 201, RR, Jilid 2). Hakikat perbezaan masa yang besar dan tidak dijelaskan ini menunjukkan naratif pembelaan tentang keberadaan Perayu adalah suatu rekaan dan tidak boleh dipercayai. S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A S/N A8gpTxhXhkyXjMf4HaNk4A