Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: KA-B52NCC-4-05/2023 ANTARA ROHAYA BINTI SAAD (No. K/P: 6410114-02-5592) ...PLAINTIF
KA-B52NCC-4-05/2023
Sessions Court of Malaysia8 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: KA-B52NCC-4-05/2023 ANTARA ROHAYA BINTI SAAD (No. K/P: 6410114-02-5592) ...PLAINTIF
1
AMAR MUSAFIR DEVELOPMENT SDN. BHD. (No. Syarikat: 2018121329 [1283348-H])
2
MUHAMMAD NIZAM BIN ABD MALEK (No. K/P: 870114-02-5783)
3
ABD MALEK BIN ABD RAZAK (No. K/P: 571104-09-5059)
4
AMAR MUSAFIR MART SDN. BHD. (No. Syarikat: 201801021327 [1283346-P])
5
AMAR MUSAFIR HOLDINGS SDN. BHD. (No. Syarikat: 201601014994 (1185925-X])
6
MUHAMMAD NAZMI BIN ABD MALEK (No. K/P: 840912-02-5457) ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah Permohonan Plaintif (Lampiran 81) untuk menghidupkan semula kes yang telah dibatalkan oleh Mahkamah pada 5 Ogos 2025. Pembatalan tersebut dibuat dengan kos sebanyak RM1,000.00 dan dengan kebebasan untuk difailkan semula, berikutan kegagalan Peguam Plaintif hadir ke Mahkamah pada tarikh tersebut pada 5 Ogos 2025. FAKTA KES [2] Lanjutan daripada perkara di atas, pada tarikh Pengurusan Kes
CM
iaitu pada 3 September 2025, sebagaimana direkodkan dalam
Lampiran
Lampiran A yang dilampirkan bersama Alasan Penghakiman ini, Mahkamah dengan jelas telah mengarahkan supaya pihak-pihak untuk hadir di Mahkamah terbuka pada 8 September 2025. Mahkamah juga telah menjelaskan bahawa sekiranya mana-mana pihak gagal hadir, Mahkamah akan meneruskan untuk membuat keputusan tanpa kehadiran pihak tersebut. [3] Pada 8 September 2025, dalam Mahkamah terbuka sebagaimana direkodkan dalam Lampiran B yang dilampirkan bersama Alasan Penghakiman ini, hanya Peguam Plaintif yang hadir. Defendan sendiri hadir, namun Peguam Defendan gagal hadir. Setelah mendengar dan berpuas hati dengan penjelasan Peguam Plaintif, Mahkamah membenarkan Permohonan Plaintif pada Lampiran 81. PENEMUAN DAN ANALISIS MAHKAMAH [4] Walaupun terdapat kerangka perundangan, persoalan utama ialah sama ada fakta dan keadaan dalam Permohonan pada Lampiran 81 ini boleh dipertimbangkan. Setelah mendengar penjelasan yang dikemukakan oleh Peguam Plaintif dan Mahkamah berpuas hati dengan penjelasan tersebut, Mahkamah membenarkan Permohonan Plaintif sebagaimana dinyatakan dalam Lampiran 81. [5] Dalam kes ini, adalah nyata bahawa Peguam Defendan telah gagal mematuhi arahan Mahkamah semasa Pengurusan Kes (CM) pada 3 September 2025, sebagaimana direkodkan dalam Lampiran A. Kegagalan Peguam Defendan untuk mematuhi arahan Mahkamah supaya hadir ke Mahkamah terbuka jelas menunjukkan sikap yang tidak menghormati prosiding Mahkamah. Tindakan sebegini tidak wajar dan tidak seharusnya ditoleransi oleh Mahkamah. [6] Keputusan Mahkamah ini tidak pada bila-bila masa menjejaskan atau mendatangkan prejudis terhadap hak Defendan. Defendan masih mempunyai sepenuh peluang dan ruang untuk membela diri serta mengemukakan hujahan mereka dalam tindakan utama kes ini. Prinsip keadilan asasi (natural justice) juga terpelihara kerana merit kes masih akan ditentukan dalam perbicaraan penuh tindakan utama tersebut kelak. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN [7] Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan Permohonan Plaintif pada Lampiran 81. Bertarikh 28 September 2025 -sgd- (ALLAN SUMAN PILLAI) Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar Kedah Tarikh Keputusan : 8 September 2025 Peguam bagi pihak Plaintif : Muhf Firdaus Peguam bagi pihak Defendan : Tidak Hadir LAMPIRAN A [Arahan Mahkamah kepada Peguam Plaintif dan Defendan dalam Minit CM pada 3.9.2025] LAMPIRAN B [Peguam Defendan Gagal Hadir Pada Tarikh 8.9.2025]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.