Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN 11 SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BA-62K-285-06/2021 BA-62K-286-06/2021 BA-62K-287-06/2021 BA-62K-288-06/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN ROS JULIANA BINTI MOHAMED TAMIN ALASAN PENGHAKIMAN
BA-62K-288-06/2021
Sessions Court of Malaysia24 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN 11 SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BA-62K-285-06/2021 BA-62K-286-06/2021 BA-62K-287-06/2021 BA-62K-288-06/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN ROS JULIANA BINTI MOHAMED TAMIN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan OKT terhadap keputusan mahkamah yang telah dapati OKT bersalah dan disabitkan dengan 10 pertuduhan dibawah s.137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (pengambilan deposit untuk perlaburan tanpa lesen yang sah). Keputusan mahkamah ini adalah berikutan satu perbicaraan penuh.
2
Bagi memudahkan pemahaman kes ini, mahkamah ini mengemukakan semula salah 1 dari 10 pertuduhan terhadap OKT: - Pertuduhan s.137 Akta Perkhidmatan Kewangan kes: BA-62K-285- 06/2021 (pertuduhan pertama) BAHAWA KAMU PADA 23/03/2021 JAM LEBIH KURANG 3:00 PETANG HINGGA 3:02 PETANG BERTEMPAT DI MAYBANK CAWANGAN SG BESAR 45300 SG BESAR DALAM DAERAH SABAK BERNAM, DI DALAM NEGERI SELANGOR KAMU TELAH MENERIMA DEPOSIT DARIPADA SAIFUL BAHRI BIN JURAIMI (NO KP: 790219-10-5683) BERJUMLAH RM 6,000.00 TANPA SUATU LESEN YANG SAH YANG DI BERIKAN DI BAWAH SEKSYEN 10 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013 (AKTA 758) DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 137 (1) AKTA YANG SAMA DAN BOLEH DI HUKUM DI BAWAH SEKSYEN 137 (2)
3
5 lagi pertuduhan untuk kes no. BA-62K-285-06/202, BA-62K-287-06/2021 dan BA-62K-287-06/2021 adalah dibawah seksyen, akta sama, yang mengandungi ayat sama dan melibatkan mangsa sama. Apa yang berbeza adalah tarikh, oleh itu saya berpandangan tiada keperluan untuk mengemukakan semula baki 5 pertuduhan tersebut. Namun demikian tarikh-tarikh kesalahan tersebut dilakukan adalah seperti berikut: Kes: BA-62K-285-06/2021 Pertuduhan kedua - 24.3.2021 (melibatkan deposit sebanyak RM2,500) Pertuduhan ketiga - 27.3.2021 (melibatkan deposit sebanyak RM6,600) Kes: BA-62K-287-06/2021 Pertuduhan pertama - 28.03.2021 (melibatkan deposit sebanyak RM7,200) Pertuduhan kedua – 30.3..2021 (melibatkan deposit sebanyak RM5,000 Pertuduhan ketiga – 2.4.2021 (melibatkan deposit sebanyak RM4,500) Kes: BA-62K-288-06/2021 Pertuduhan - 3.4.2021 (melibatkan deposit sebanyak RM5000)
4
Untuk kes BA-62K-286-06/2021 terdapat 3 pertuduhan dimana pertuduhan pertama adalah seperi berikut: Pertuduhan s.137 Akta Perkhidmatan Kewangan kes: BA-62K-286-06/2021 (pertuduhan pertama) BAHAWA KAMU PADA 26/03/2021 JAM LEBIH KURANG 12:41PETANG BERTEMPAT DI MAYBANK CAWANGAN SG BESAR 45300 SG BESAR DALAM DAERAH SABAK BERNAM, DI DALAM NEGERI SELANGOR KAMU TELAH MENERIMA DEPOSIT DARIPADA SAIFUL BAHRI BIN JURAIMI (NO KP: 790219-10-5683) BERJUMLAH RM 4,800.00 TANPA SUATU LESEN YANG SAH YANG DI BERIKAN DI BAWAH SEKSYEN 10 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013 (AKTA 758) DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 137 (1) AKTA YANG SAMA DAN
5
Untuk baki 2 lagi pertuduhan untuk kes no. BA-62K-286-06/202 ianya dibawah seksyen, akta sama, yang mengandungi ayat sama dan melibatkan mangsa sama. Apa yang berbeza adalah tarikh, oleh itu saya juga berpandangan tiada keperluan untuk mengemukakan semula baki 2 pertuduhan tersebut. Namun demikian tarikh-tarikh kesalahan tersebut dilakukan adalah seperti berikut: Kes: BA-62K-286-06/2021 Pertuduhan kedua - 27.3.2021 (melibatkan deposit sebanyak RM3,500) Pertuduhan ketiga - 27.3.2021 (melibatkan deposit sebanyak
6
Untuk ke-empat no kes ni, pendakwaan memohon agar dibicarakan bersam. OKT telah pohon bicara terhadap kesemua pertuduhan dan perbicaraan penuh dijalankan. Di akhir kes pembelaan, mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT.
7
Mahkamah ini telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap OKT ke atas semua 10 pertuduhan.
8
Pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi bagi membuktikan kesnya. Saksi pendakwaan yang dipanggil adalah: SP1 – Vijayadurai A/L Singgatore (Pengurus di Bank Negara Malaysia); SP2 – Tan Say Leong (Pengurus Maybank, Sabak Bernam); SP3 – Saiful Bahari Bin Juaraimi (Pengadu / Pelabur skim Y&S); SP4 – Samsol Bahrin Bin Bajuri (adik ipar SP3 / pengadu); SP5 – Nuramira Binti Abu Huarairah (Pegawai dari CelcomDigi); SP6 – Nor Safika binti Mohamed Hasdi (isteri SP7); dan SP7 - Mohammad Aidil Irwan bin Rosman (Pelabur dalam skim perlaburan Y&S
9
Berikut adalah alasan terhadap keputusan mahkamah ini. LATARBELAKANG KES (sepertimana dibentangkan pendakwaan)
10
Secara rumusannya fakta kes (melalui keterangan SP3, SP5 dan SP6) adalah seperti berikut: SP3 merupakan pengadu dalam kes ini. Pada 10.3.2021 SP3 berada di Parit 8, Sungai Besar bersama isterinya dan rakan-rakannya (SP7 dan seorang lagi bernama Heryanti) sedang berbincang mengenai satu skim perlaburan. Skim perlaburan tersebut telah diceritakan kepada SP3 oleh Heryanti. Nama skim teresbut adalah perlaburan Y&S. SP3 telah difahamkan bahawa perlaburan adalah dengan pembelian ‘lot’. Y&S tiada had minimun. SP3 menjelaskan bahawa dia telah mendapat maklumat lanjut perlaburan tersebut melalui wassap. SP3 telah dimasukkan ke dalam kumpulan wassap perlaburan Y&S. Maklumat perlaburan tersebut akan disampaikan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 kali dalam 1 hari. SP3 menjelaskan bahawa pendaftaran ke dalam perlaburan tersebut adalah melalui wassap. Selepas mendaftar ahli perlaburan akan mendapat ID dan seterusnya rancangan-rancangan (plans) perlaburan. Transaksi kemasukan deposit oleh SP3 SP3 telah menyertai skim perlaburan Y&S pada 23/3/2021. SP3 telah dimasukkan ke dalam kumpulan wassap Y&S oleh seorang bernama Ros Juliana (OKT). SP3 telah memperolehi nomber telefon OKT dari isterinya. SP3 telah hubungi OKT dan meminta untuk dimasukkan dalam kumpulan wassapp perlaburan Y&S. Menurut kumpulan wassap tersebut mempunyai lebih dari 200 ahli. SP3 telah memakai sebanyak 4 ID didalam kumpulan wassapp group tersebut. SP3 sendiri ada 1 ID tetapi melalui anaknya memakai 2-3 ID. ID yang digunakan oleh SP3 adalah Nanang, Affan dan Badak. SP3 menjelaskan bahawa pada setiap hari dalam setiap kumpulan wassap akan ada tawaran perlaburan yang berbeza i.e. harga melabur berbeza dan pulangan yang berbeza. OKT telah buat bayaran sebanyak 13 kali untuk memasuki skim perlaburan yang telah ditawarkan oleh OKT dalam kumpulan wassapp tersebut. Kesemua tawaran perlaburan telah dipost oleh no telefon 0193005477 yang disahkan milik OKT. Pada 23.3.2021 SP3 telah melabur dalam skim perlaburan Y&S.. Menurut SP3 tawaran skim tersebut adalah bahawa 1 lot bernilai RM500. Pulangan yang dijanjikan adalah RM1250 (termasuk modal). SP3 telah beli 4 lot dengan harga RM2000 dimana pulangan yang dijanjikan adalah RM5000. SP3 juga mengesahkan bahawa modal yang telah dilabur dibenar untuk diambil balik oleh pelabur. Pengambilan semula pelaburan yang dijanjikan adalah adalah sepenuhnya dan pada bila-bila masa. SP3 mengatakan bahawa pulangan yang dijanjikan adalah dalam masa seminggu atau 8 hari. Pulangan atas modal dalam skim tersebut dinamakan sebahagi ‘PO’ i.e. tarikh matang perlaburan. SP3 dengan menggunakan ID ‘Ira’ telah melabur sebanyak RM5000 pada 23.3.2021 dan tarikh pulangan yang dijanjikan adalah pada 29.3.2021. SP3 telah buat pembayaran melalui mesin Cash Money Deposit (CDM) pada 23.1.2021. Pembayaran tersebut telah dibuat di Maybank cawangan Sungai Besar kedalam akaun atas nama OKT. Seterusnya SP3 dengan menggunakan ID ‘Affan’ pada 23.3.2021 telah melabur dalam skim perlaburan dalam kumpulan wassap lain. Menurut SP3 untuk skim perlaburan ini harga lot RM100 utuk 1 lot. Pulangannya adalah RM185 untuk 1 lot. Bermula pada 23 March dimana PO adalah pada 29 March. Dalam masa 6 hari akan dapat pulangan. Untuk ID Affan SP3 telah melabur sebanyak 20 lot. Jumlah yang dibayar oleh SP3 adalah sebanyak RM2000. Pulangan yang dijanjikan adalah sebanyak RM3,700 (termasuk modal). SP3 telah buat pembayaran ke dalam akaun atas nama OKT melalui mesin CDM Maybank cawangan Sungai Besar pada 23.3.2021. Untuk ID ‘Badak’, SP3 memasuki skim perlaburan dimana harga 1 lot adalah RM500. Pulangan untuk satu lot adalah RM1200. SP3 melalui ID Badak telah membeli 4 lot dengan harga RM2000. Pembayaran telah dibuat oleh SP3 ke dalam akaun atas nama OKT pada 23.3.2021 di CDM Maybank cawangan Sungai Besar. Untuk ID ‘Nanang’ SP3 telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan harga 1 lot pada harga RM250 dengan pulangan sebanyak RM550 (termasuk modal). Untuk skim ini SP3 telah membeli 2 lot dengan bayaran sebanyak RM1100. Pada tarikh sama SP3 juga melalui ID Nanang telah melabur dalam skim yang mejual lot pada harga RM2000 dimana pulangan yang dijanjikan adalah sebanyak RM6200 (termasuk modal). Untuk skim ini SP3 telah mebuat bayaran dengan transfer secara online dari syarikat miliknya sendiri (Nanang Maju Resources). SP3 telah membuat online transfer dari akaun AmBank Syarikatnya kepada akaun Maybank atas nama OKT. Pada 25.3.2021 SP3 melalui ID Ira telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot dengan harga RM3000. Pulangan yang dijanjikan oleh skim ini ada sebanyak RM7000. SP3 telah membuat pembayaran secara online dari akaun syarikatnya sebanyak RM3000 kepada akaun Maybank atas nama OKT. Pada 25.3.2021 SP3 melalui ID Nanang SP3 telah memasuki skim yang menawarkan 1 lot pada harga harga RM300. Pulangan yang dijanjikan untuk perlaburan ini adalah RM650 (termasuk modal). SP3 dengan membeli sebanyak 2 lot dengan harga RM600. SP3 telah membuat pembayaran secara online dari akaun syarikatnya kepada akaun Maybank atas nama OKT. Pada 26.3.2021 SP3 dengan menggunakan ID telah memasuki skim perlaburan dimana 1 lot adalah pada harga RM1000. Pulangan yang dijanjikan adalah RM2300 (termasuk modal). SP3 telah membeli sebanyak 4 lot (dengan pembayaran sebanyak RM4000). Pembayaran tersebut telah dibuat melalui mesin CDM Maybank Sungai Besar ke dalam akaun atas nama OKT. Pada 26.3.2021 SP3 terdapat juga skim perlaburan lain dimana harga 1 lot yang ditawarkan adalah RM300. SP3 telah membayar untuk 4 lot (bayar sebanyak RM1200). Bayaran tersebut telah dibuat melalui mesin CDM Maybank Sungai Besar ke dalam akaun atas nama OKT. Pada 27.3.2021 SP3 dengan menggunakan ID Badak telah memsauki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada RM1500. Pulangan yang dijanjikan adalah RM4000 (termasuk modal). Bayaran telah dibuat oleh SP3 melalui akaun AmBank adik iparnya (SP3) ke dalam akaun Maybank atas nama OKT. Pada 27.3.2021 SP3 dengan menggunakan ID Nanang telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada RM150. Pulangan yang dijanjikan adalah RM330 (termasuk modal). SP3 telah membeli sebanyak 20 lot (dengan membayar sebanyak RM3000). Pada 27.3.2021 juga SP3 telah menggunakan ID Nanang untuk memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM1500. Pulangan yang dijanjikan adalah RM4000 (termasuk modal). SP3 telah membeli 3 lot (dengan membayar RM4500). SP3 telah membayar untuk kedua-dua skim ini dengan memasukkan wang kedalam mesin CDM Maybank Sungai Besar dan juga secara online transfer. Kedua-dua bayaran ini adalah kepada akaun Maybank atas nama OKT. Pada 28.3.2021 SP3 dengan mengguakan ID Nanang telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM2400. Pulangan yang dijanjikan adalah RM6000 (termasuk modal). SP3 telah membayar untuk 2 lot. Bayaran telah dibuat melalui mesin CDM Maybank Sungai Besar ke dalam akaun atas nama OKT. Pada 28.3.2021 juga SP3 dengan menggunakan ID Nanang telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM240. Pulangan yang dijanjikan adalah pada RM440 (termasuk modal). Untuk skim ini SP3 telah membayar untuk 10 lot (bayar sebanyak RM2400). Bayaran telah dibuat melalui mesin CDM Maybank Sungai Besar ke dalam akaun atas nama OKT. Pada 30.3.2021 SP3 dengan menggunakan ID Nanang telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM500. Pulangan yang dijnajikan adalah sebanyak RM1500 (termasuk modal). SP3 telah membeli 10 lot (SP3 membayar sebanyak RM5000). Bayaran telah dibuat melalui mesin CDM Maybank Sungai Besar. Pada 2.4.2021 SP3 dengan menggunakan ID Nanang telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM500. Pulangan yang dijnajikan adalah sebanyak RM3000 (termasuk modal). SP3 telah membeli 5 lot (SP3 membayar sebanyak RM2500). Bayaran telah dibuat melalui transfer online dari akaun AmBank Syarikat SP3 kepada akaun Maybank OKT. Pada 2.4.2021 SP3 dengan menggunakan ID Nanang telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM100. Pulangan yang dijnajikan adalah sebanyak RM400 (termasuk modal). SP3 telah membeli 10 (SP3 telah membayar RM1000). Pada 3.4.2021 SP3 dengan menggunakan ID Nanang SP3 telah menyertai skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM100. Pulangan yang dijanjikan adalah sebanyak RM300. SP3 telah membeli 10 lot (SP3 membayar sebanyak RM1000). Untuk pelan perlaburan sama SP3 menggunakan ID Sidang untuk membeli 10 lagi lot (dengan membayar sebanyak RM1000). Pada tarikh sama SP3 dengan menggunakan ID Sidang telah menyertai skim perlaburan yang menawarkan 1 lot pada harga RM1000 dengan pulangan sebanyak RM6000. SP3 telah membeli 1 lot (dengan membayar sebanyak RM1000). SP3 juga telah menggunakan IS Nanang untuk skim perlaburan sama dan telah membeli sebanyak 2 lot (dengan harga RM2000). Untuk skim perlaburan pada 3.4.2021 SP3 telah deposit sebanyak RM5000 ke dalam akaun Maybank OKT. Desposit telah dibbuat melalui mesin CDM Maybank Sungai Besar. Pada 19.4.2021 SP3 dengan menggunakan ID Sidang telah memasuki skim perlaburan yang menawarkan 1 lot dengan harga RM500. Pulangan yang dijanjikan adalah sebanyak RM3000 (termasuk modal). SP3 telah membeli sebanyak 2 lot (SP3 telah membayar sebanyak RM1000). Untuk kedua-dua skim di atas SP3 telah buat bayaran sebanyak RM2000 (RM1000 untuk setiap skim). Bayaran telah dibuat melalui transfer secara online dari akaun Bank Islam SP3 kepada akaun Maybank OKT. Untuk kesemua bayaran yang dibuat SP3 telah menunjukkan kepada mahkamah mesej yang dihantar kepada no telefon OKT dan kemukakan resit-resit bayaran ( eksibit P4 ms 1-48). Apabila SP3 tidak menerima sebarang pulangan dia telah mesej kepada OKT tetapi tidak dibalas. SP3 kemudiannya telah ke rumah OKT pada 6.5.2021 dan apabila sampai ke rumah tersebut dia mendapati bahawa OKT telah diarahkan ke balai polis. Selepas mendapat tahu perkara tersebut SP3 telah sendiri buat laporan terhadap OKT (P5). Pengesahan akaun Maybank 5120996774480 milik OKT Tan Say Leong, Pengurus Maybank, Sabak Bernam (SP2) mengesahkan bahawa akaun Maybank 5120996774480 (yang menerima deposit-desposit dari SP3) adalah atas nama OKT. Akaun ini telah dibuka pada 2.3.2018. SP2 juga mengesahkan penyata bank dari akaun tersebut untuk tarikh 1.1.2021 sehingga 19.4.2021 (eksibit P3B). SP5 Perlesenan sah pengambilan deposit Vijayadurai A/L Singgatore (SP1), seorang Pengurus di Bahagian BNM Link, Jabatan Link BNM mengesahkan bahawa skim Y&S bukan satu skim perlaburan yang berdaftar. SP1 juga mengesahkan bahawa OKT tidak mempunyai sebarang lesen untuk mengambil depost untuk perlaburan.
11
Pendakwaan perlu buktikan satu kes prima facie seperti peruntukkan di bawah seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Prinsip ini dinyatakan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 2 MLJ 65 dan Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85.
12
Mahkamah dalam ini perlu membuat penilaian secara maksima (maximum evaluation) terhadap bukti dan keterangan yang telah dibentangkan semasa perbicaraan.
13
Untuk kesalahan dibawah s.137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) ia diperuntukkan seperti berikut:
1
No person shall accept deposits except under a license granted under section 10 regardless of whether the transaction is described as a loan, an advance, an investment, a savings, a sale or a sale and repurchase or by whatever name called.
2
Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding fifty million ringgit or to both.
14
Seksyen 136 Akta yang sama pula mentafsirkan "deposit" seperti berikut: For the purposes of sections 137 and 138, "deposit" means a sum of money or any precious metal or precious stone, or any article or thing as may be prescribed by the Minister, on the recommendation of the Bank, accepted, paid or delivered on terms under which it will be repaid or returned in full, regardless whether the repayment or return is by way of instalments, with or without interest or any other consideration in money or money's worth, either on demand or at a time or in circumstances agreed by or on behalf of the person making the payment or delivery and the person accepting it, but excludes money paid bona fide:
a
by way of an advance or a part payment under a contract for the sale, hire or other provision of property or services, and is repayable only in the event that the property or services are not in fact sold, hired or otherwise provided;
b
by way of security for the performance of a contract or by way of security in respect of any loss which may result from the non-performance of a contract;
c
without limiting paragraph (b), by way of security for the delivery up or return of any property, whether in a particular state of repair or otherwise; and
d
in such other circumstances, or to or by such other person, as set out in Schedule 2.
15
Secara umunya Intipati pertuduhan yang Mahkamah ini perlu menilai untuk kesalahan dibawah s.137 APK adalah jika: Terdapat tawaran untuk satu perlaburan; Pulangan dijanjikan ke atas perlaburan tersebut; Pengambilan modal semula (samada sebahagian atau kesemuanya); Berlakunya pengambilan deposit untuk perlaburan tersebut; dan Pengambil deposit tidak mempunyai lesen yang sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758). Kesemua faktor ini telah dibincang dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Gemilang Mirza Sdn Bhd & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 214; [2014]
16
Kes Gemilang Mirza seterusnya menetapkan bahawa jika elemen definisi tersebut dibuktikan maka menjadi kewajipan tertuduh untuk membuktikan bahawa dia mempunyai lesen untuk menerima deposit.
17
Semasa di peringkat pendakwaan pembelaan yang dibangkitkan oleh OKT adalah: Tiada deposit dibuat kerana tiada pengemukaan resit dan tiada saksi untuk menunjukkan bahawa OKT menerima deposit tersebut; Bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai password akaun ini boleh mengendalikan operasi akaun ini. Tiada bukti OKT yang datang membuka dan mengendalikan akaun ini. Sesiapa sahaja boleh menggunakan nama OKT dan membuka akaun tersebut. SP3 bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai. ANALISA MAHKAMAH Wujudnya tawaran untuk melabur
18
SP3 memberikan keterangan bahawa dia telah dimasukkan ke dalam kumpulan wassap perlaburan Y&S oleh OKT. Dari situ SP3 dapat melihat tawaran-tawaran perlaburan.
19
Setiap hari di dalam kumpulan wassapp Y&S akan ada tawaran untuk 1 atau 2 skim perlaburan untuk ahli-ahli. Tawaran-tawaran perlaburan akan dipaparkan dalam groupchat Y&S. Tawaran-tawaran tersebut akan datang dari no telefon milik OKT.
20
SP5 iaitu pegawai dari CelcomDigi mengesahkan bahawa no .0193005477 didaftarkan bawah penama Ros Juliana Binti Mohd Tamin (OKT). Nombor ini yang yang akan memaparkan tawaran pelaburan dalam kumpulan whassapp Y&S. Pulangan dijanjikan ke atas perlaburan tersebut
21
SP3 menjelaskan bahawa pada setiap hari akan ada tawaran untuk skim perlaburan yang berbeza. Setiap skim akan menetapkan harga perlaburan berbeza dengan jumlah pulangan yang berbeza.
22
Sebagai contoh SP3 pada 23.3.2021 SP3 telah melabur dalam skim perlaburan Y&S. Menurut SP3 tawaran skim tersebut adalah bahawa 1 lot bernilai RM500. Pulangan yang dijanjikan adalah RM1250 (termasuk modal). SP3 telah beli 4 lot dengan harga RM2000 dimana pulangan yang dijanjikan adalah RM5000.
23
Keterangan SP3 terhadap perkara ini jelas menunjukkan bahawa terdapat janji pulangan ke atas perlaburan yang dibuat. Keterangan SP3 dalam perkara ini jelas dan tidak disangkal oleh pembelaan. Pengambilan semula modal yang dilaburkan (samada sebahagian atau kesemuanya)
24
SP3 telah ditanya oleh TPR semasa pemeriksaan utama jika dia boleh mengambil balik modal yang dilaburkan. SP3 mengesahkan bahawa antara perkara yang dijanjikan kepadanya adalah pengambilan semula modal yang dilaburkan.
25
SP3 telah sahkan bahawa dia dijanjikan bahawa modal yang dilaburkan boleh diambil semula secara keseluruhannya.. SP3 telah melabur modal dalam skim-skim yang berbeza melalui 13 transaksi. Malangnya setiap kali SP3 melabur dia tidak mendapat sebarang pulangan dan juga tidak dapat balik modalnya. Berlakunya pengambilan deposit untuk perlaburan tersebut
26
Pengambilan deposit dalam kes ini berlaku apabila SP3 memasukkan wang ke dalam akaun Maybank OKT bertujuan memasuki skim perlaburan Y&S. SP3 telah memasukkan wang ke dalam akaun OKT melalui 13 transaksi (secara deposit tunai ke dalam mesin CDM dan secara transfer online).
27
13 transaksi kemasukan wang oleh SP3 ke dalam akaun bank OKT hanyalah untuk 1 tujuan, iaitu untuk memasuki skim perlaburan wang ditawarkan dalam kumpulan wassap Y&S. Kemasukan wang ke dalam akaun akaun OKT untuk ‘pembelian lot’ merupakan deposit bertujuan untuk perlaburan. Ini jelas termasuk definisi ‘deposit’ sepertimana takrifan yang termaktub di dalam s.136 APK.: ‘sum of money or any precious metal or precious stone, or any article or thing as may be prescribed by the Minister, on the recommendation of the Bank, accepted, paid or delivered on terms under which it will be repaid or returned in full, regardless whether the repayment or return is by way of instalments, with or without interest or any other consideration in money or money's worth, either on demand or at a time or in circumstances agreed by or on behalf of the person making the payment or delivery and the person accepting it..’
28
SP3 berjumpa dengan OKT secara peribadi hanya sekali sahaja iaitu pada 6.4.2021 sebelum dia buat laporan polis. OKT bukanlah kawan kepada SP3 dan OKT yang memasukkan SP3 ke dalam kumpulan wassap Y&S. SP3 kenal OKT untuk 1 sebab iaitu melabur ke dalam skim perlaburan. Cara untuk SP3 melabur adalah dengan memasukan wang modal ke dalam akaun OKT. Kemasukan wang itu jelasnya merupakan satu ‘deposit’.
29
Akaun maybank nombor 512099674480 adalah atas nama Ros Juliana biinti Mohd Tamin (OKT). Akaun ini dibuka pada 2.3.2018. Akaun semasa ini adalah dibawah nama OKT sahaja dan bukan penama lain.
30
SP2 yang merupakan Pengurus Maybank Cawangan Sungai Besar telah mengesahkan butiran-butiran akaun ini. SP2 mengesahkan bahawa hanya OKT sahaja yang boleh buka akaun ini. Pengambil deposit tidak mempunyai lesen yang sah di bawah Seksyen 10
31
Perlesenan yang sah yang membolehkan seseorang atau sesuatu entiti mengambil deposit untuk perlaburan adalah dar Bank Negara Malaysia (BNM). Sebagai badan berkanun yang memantau pengeluaran lesen tersebut, BNM akan menyimpan satu senarai individu, syarikat atau institusi kewangan yang berlesen. BNM juga badan yang mengawal selia (regulate) skim-skim perlaburan di Malaysia.
32
SP1, seorang Pengurus di Bahagian BNM Link, Jabatan Link BNM, mengesahkan bahawa skim Y&S bukan satu skim perlaburan yang berdaftar. SP1 juga mengesahkan bahawa OKT tidak mempunyai sebarang lesen untuk mengambil depost untuk perlaburan.
33
Berdasarkan pertimbangan diatas Mahkamah ini mendapati bahawa satu kes prima facie mengikut seksyen 173(f) KTJ telah dibuktikan oleh Pendakwaan. OKT setersunya diperintahkan untuk memasuki pembelaannya. Peringkat pembelaan
34
Di peringkat pembelaan, hanya OKT dipanggil sebagai saksi. OKT telah memberi keterangan secara bersumpah. Dalam keterangannya, pembelaan yang dibangkitkan OKT adalah: Akaun maybank OKT dibuka olehnya untuk menjual barang-barang kosmetik. Sewaktu kejadian (dalam masa SP3 melakukan 13 transaksi memasukkan wang ke dalam akaun OKT) dia tinggal bersama 6 orang lain di rumahnya. Kesemua orang yang tinggal bersama OKT tahu nombor telefonnya. Kesemua orang ini akan sentiasa dengan OKT apabila dia menggunakan telefon bimbitnya atau laptopnya dan ekoran ini mereka semua tahu kata laluan (password) telefon dan laptop OKT
35
Semasa peringkat pendakwaan Mahkamah ini telah melakukan satu penilaian secara maksima terhadap kes pendakwaan dan juga pembelaan yang dibangkitkan. Ini adalah selaras dengan kes LOOI KOW CHAI v PUBLIC PROSECUTOR [2003] 2
36
Mahkamah ini mendapati bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT.
37
Di peringkat pembelaan Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dibangkitkan oleh OKT adalah: Pembelaan yang difikirkan kemudian i.e. afterthought; dan Penafian semata-mata i.e. bare denial
38
Pembelaan yang difikirkan kemudian adalah berdasarkan keterangan OKT yang mengatakan bahawa akaun tersebut hanya dibuka untuk menjual barang kosmetik; dan semasa kejadian (dspoit masuk ke dalam akaunnya) terdapat 6 orang yang tinggal bersamanya. Mereka berkemungkinan tahu password telefon, laptop dan akaunnya dan mungkin mereka guna akaun tersebut. Kedua-dua perkara ini hanya dibangkitkan sewaktu peringkat pembelaan. Sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan fakta-fakta tidak dibangkitkan oleh pembelaan.
39
Pembelaan telah mempunyai peluang sepanjang perbicaraan untuk membangkitkan isu orang bernama Ceasar. Sepatutnya pembelaan ini dibangkitkan pada peluang terawal sepertimana yang ditetapkan oleh kes WONG SWEE CHIN V PUBLIC PROSECUTOR [1977] 2 mlj 194.
40
Pembelaan OKT ini jelas merupakan satu afterthought sepertimana dijelaskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan LEONARDO QUITO CRUZ v PP [2013] 2 MLJ
1
1.
41
Pembelaan OKT bahawa dia tidak mengatahui mengenai deposit-deposit dari SP3 merupakan satu penafian semata-mata (bare denial). Pembelaan bare denial bukanlah satu pembelaan yang boleh diterima oleh mahkamah.
42
Mahkamah ini merujuk kepada kes Nanda Kumar A/L Kunyikanan & Anor V PP
2011
MLJU 1566 yang menetapkan “A mere denial is no defence. A mere denial is insufficient to raise a reasonable doubt. A defence of this nature is not a good defence.”
43
Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah seperti mana di dalam kes PP v Saimin & Ors (1971) 2 MLJ yang menetapkan: “a reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to the evidence.”
44
Setelah mengambilkira segala keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu Mahkamah ini mendapati OKT bersalah dan disabitkan dibawah kesemua 9 pertuduhan terhadapnya.
45
Mahkamah bertanggungjawab untuk mengenakan suatu hukuman yang mencerminkan keseriusan suatu kesalahan yang telah dilakukan (PP v Khairudin [1982] 1 MLJ 331).
46
Dalam menjatuhkan suatu hukuman, pertimbangan yang diambilkira ialah kepentingan awam; keadaan suatu kesalahan tersebut; dan latarbelakang pesalah berkenaan Kesemua faktor pertimbangan ini ini adalah berlandaskan kes R v Sargeant (1974) 60 Cr App R 74
47
Di dalam mitigasi terhadap hukuman, pembelaan merayu (secara rumusan) bahawa: OKT berusia 42 tahun. OKT merupakan seorang suri rumah tangga dan peniaga sambilan. OKT mempunyai 4 orang anak. OKT seorang yang berada dalam kategori OKU kerana kurang upaya melihat (Kad OKU dikemukan oleh Peguambela) Ini adalah merupakan kesalahan pertama OKT. Pembelaan pohon satu hukuman ringan
48
Pihak pendakwaan pula menghujahkan (secara rumusan) bahawa: hukuman setimpal sebagai pengajaran; Perbicaraan penuh telah dijalankan; OKT didapati bersalah setelah bicara penuh; Agar faktor mangsa-mangsa yang kerugian banyak setelah masukkan deposit kepada OKT. pohon hukuman berat; Hukuman yang menunjukkan betapa serius kesalahan yang berlaku.
49
Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun untuk setiap pertuduhan dari tarikh jatuh hukuman. Kesemua hukuman penjara hendaklah berjalan dengan serentak.
50
Mahkamah juga menjatuhkan hukuma denda sebanyak RM10,000 untuk setiap pertuduhan (untuk 9 pertuduhan jumlah keseluruhan denda adalah sebanyak RM90,000). Sekiranya OKT gagal bayar denda maka ianya akan digantikan dengan hukuman penjara 3 bulan (dari tarikh tamat hukuman penjara asal).
51
Pembelaan telah memohon penangguhan hukuman sementara menanti rayuan. Mahkamah ini membenarkan permohonan ini dengan menaikkan jamin kepada RM25,000 dengan 2 penjamin dimana OKT perlu lapor diri kepada balai polis berhampiran alamat kediamannya setiap bulan sehingga keputusan rayuan. KESIMPULAN. Setelah mengambilkira prinsip dan kesemua faktor yang perlukan di dalam membuat keputusan sabitan dan menjatuhkan hukuman, mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan yang dikenakan terhadap OKT adalah selamat dan hukuman yang diberikan adalah adil, setimpal, wajar dan mengikut undang-undang. (M. ANAS MAHADZIR) HAKIM MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM 19.08.2025 Pendakwaan: Tn. Saifuddin Rafie (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela: En. S. Muthu (Tetuan S. Muthu & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.