Content
DA-21NCvC-10-05/2021 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-21NCvC-10-05/2021 ANTARA ROSDI @ MOHD ROSDI BIN DAUD (NO. K/P: 510105-03-5331) ...PLAINTIF
DA-21NCvC-10-05/2021
High Court of Malaysia12 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ah Daerah Kota Tinggi [2017] MLJU 214 seperti berikut- [11] ... In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (S.101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is twofold; (i) the burden of establishing a case and (ii) the burd”
“nan ditambah] [21] Kedudukan undang-undang berhubung kewujudan amanah konstruktif turut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor v. JW Properties Sdn Bhd [2017] MLJU 1107 yang menyatakan - [58] From decided case authorities it has been established as a principle of law that”
“uld fail if no evidence at all were given on either side." [18] Pemakaian seksyen 101 Akta 56 telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] MLJU 214 seperti berikut- [11] ... In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DA-21NCvC-10-05/2021 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-21NCvC-10-05/2021 ANTARA ROSDI @ MOHD ROSDI BIN DAUD (NO. K/P: 510105-03-5331) ...PLAINTIF
3
ABDULLAH BIN HAJI MAHMOOD @ AB SHATAR BIN HAJI MAHMOOD (NO. K/P: 3751108)
9
PENTADBIR TANAH JAJAHAN KOTA BHARU ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Plaintif di dalam kes ini telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan menuntut terhadap Defendan-Defendan, antara lain: a) Satu pengisytiharan bahawa kesemua bahagian Tanah Hakmilik GM 2276 (dahulunya dikenali sebagai NE 2378), Lot 223, Mukim Pintu Gang, Jajahan Kota Bharu, Kelantan (selepas ini dirujuk sebagai Tanah tersebut) adalah Harta Amanah yang dipegang oleh arwah Haji Mahmood bin Haji Salleh bagi pihak arwah Haji Daud bin Haji Muhammad; b) Satu pengisytiharan bahawa kesemua waris-waris harta pusaka arwah Haji Mahmood bin Haji Salleh, semasa perbicaraan Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993, telah bersetuju supaya Tanah tersebut dipindahmilik kepada Zainab binti Haji Muhammad (No. KP: 3610841) untuk dibuat penyelesaian dengan waris-waris arwah Haji Daud bin Haji Muhammad; c) Satu pengisytiharan bahawa Perintah Pembahagian bagi perbicaraan tuntutan harta pusaka Haji Mahmood bin Haji Salleh [Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993] berkaitan dengan Tanah tersebut adalah khilaf dan tidak selari dengan persetujuan yang dicapai oleh kesemua waris-waris pusaka Haji Mahmood bin Haji Salleh; d) Satu pengisytiharan bahawa pendaftaran pindahmilikpindahmilik bahagian Tanah tersebut (semasa Hakmilikdikenali sebagai NE 2378) kepada ABDULLAH BIN HAJIMAHMOOD @ AB. SHATAR BIN HAJI MAHMOOD (NO. K/P: 3751108) [7/32 bahagian] dan MUKHTAR BIN HAJIMAHMOOD [7/32 bahagian] pada 21/7/1997 melaluiPerserahan No.: 383/97 mengikut Perintah PembahagianPesaka [Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun1993], adalah batal dan tidak sah; e) Satu pengisytiharan bahawa pendaftaran pindahmilikpindahmilik bahagian Tanah tersebut (semasa Hakmilik dikenali sebagai GM 2276) kepada ENCHE ZARINA BINTI MUKHTAR (NO. KP: 710102-03-7696) [77/1024 bahagian], MOHD FARID BIN MUKHTAR (NO. KP: 610101-03-6271) [49/1024 bahagian], RAFIAH BINTI MUKHTAR (NO. KP: 580907-03-5118) [49/1024 bahagian] dan SUKURIAH BINTI MUKHTAR (NO. KP: 620301-03-5280) [49/1024 bahagian] pada 1/4/2018 melalui Perserahan No.: 827/2018 mengikut Perintah Pembahagian Pesaka [Guaman Pembahagian No.: PTTM 349/234/98] adalah batal dan tidak sah; f) Defendan Kelapan hendaklah memperbetulkan Perintah Pembahagian Pusaka Haji Mahmood bin Haji Salleh [Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993] berkaitan dengan Tanah tersebut, dengan menyatakan bahawa kesemua bahagian Tanah tersebut dibahagi kepada Zainab binti Haji Muhammad (No. KP: 3610841) untuk dipegang sebagai amanah bagi pihak atau untuk manfaat waris-waris arwah Haji Daud bin Haji Muhammad (No. KP: 191125-03- 5245); g) Pentadbir Tanah Jajahan Kota Bharu hendaklah membatalkan kesemua pendaftaran pindahmilik bahagian Tanah tersebut kepada ABDULLAH BIN HAJI MAHMOOD @ AB. SHATAR BIN HAJI MAHMOOD (NO. K/P: 3751108) [7/32 bahagian], ENCHE ZARINA BINTI MUKHTAR (NO. KP: 710102-03-7696) [77/1024 bahagian], MOHD FARID BIN MUKHTAR (NO. KP: 610101-03-6271) [49/1024 bahagian], RAFIAH BINTI MUKHTAR (NO. KP: 580907-03-5118) [49/1024 bahagian] dan SUKURIAH BINTI MUKHTAR (NO. KP: 620301-03-5280) [49/1024 bahagian]; h) Pentadbir Tanah Jajahan Kota Bharu hendaklah melaksanakan pendaftaran kesemua bahagian Tanah tersebut di atas nama Zainab binti Haji Muhammad (No. KP: 3610841); dan i) Defendan Pertama dan Defendan Kedua selaku waris-waris harta pusaka Zainab binti Haji Muhammad (No. KP: 3610841) [si Mati] hendaklah, apabila selesai perbicaraan tuntutan harta pusaka arwah Zainab binti Haji Muhammad tersebut, memindahmilik kesemua bahagian Tanah tersebut kepada waris-waris arwah Haji Daud bin Haji Muhammad (No. KP: 191125-03-5245) mengikut pembahagian yang akan ditentukan nanti. [2] Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh telah memfailkan Pembelaan Terpinda untuk menafikan tuntutan Plaintif. Pembelaan Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh diringkaskan seperti berikut: a) Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh merupakan pemilik berdaftar yang sah dan tidak boleh disangkal atas Tanah tersebut yang mana pada mulanya Defendan Ketiga dan Arwah Mukhtar bin Haji Mahmood memperolehi milikan bahagian mereka ke atas Tanah tersebut melalui pembahagian pesaka daripada arwah Hj Mahmood bin Haji Salleh; b) Proses Pembahagian Pusaka Haji Mahmood adalah sah dan betul dan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak pada masa yang berkenaan termasuk Haji Daud sendiri; c) Defendan Keempat hingga Defendan Ketujuh kemudiannya memperolehi Tanah tersebut secara sah melalui tuntutan pusaka arwah Haji Mukhtar bin Haji Mahmood yang mana Plaintif juga tidak pernah membuat apa-apa bantahan dan/atau menjadi pihak pencelah dalam bicara pusaka bagi harta Mukhtar bin Haji Mahmood untuk menuntut Tanah tersebut pada masa yang berkenaan; d) Tidak pernah ada mana-mana pihak membatalkan Perintah Pembahagian Pusaka Guaman Pembahagian No. APKKB 397 Tahun 1993 tersebut pada setiap masa berkenaan; e) Tuntutan Plaintif ini adalah terhalang oleh Akta Had Masa 1953; dan f) Plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan. [3] Plaintif telah memanggil seramai empat (4) orang saksi untuk memberikan keterangan. Manakala, Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh telah memanggil seramai tiga (3) orang saksi. [4] Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, keterangan lisan dan dokumentar serta penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini pada 12.2.2026 telah memutuskan tuntutan Plaintif ditolak dan kos RM8,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh. [5] Terkilan dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 12.3.2026 ke Mahkamah Rayuan. [6] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan dalam Mahkamah ini. Ringkasan Fakta kes [7] Plaintif mendakwa tanah GM 2276 (dahulunya dikenali sebagai NE 2378), Lot 223, Mukim Pintu Gang, Jajahan Kota Bharu, Kelantan ("Tanah tersebut") dipegang amanah oleh Haji Mahmood bin Haji Salleh ("Haji Mahmood") bagi pihak Haji Daud bin Haji Muhammad ("Haji Daud") yang sepatutnya dipindahmilik kepada Zainab binti Haji Muhammad ("Zainab"). [8] Sebelum Tanah tersebut dipindahmilik kepada arwah Haji Mahmood pada tahun 1959, Tanah tersebut pada asalnya adalah kepunyaan arwah Haji Muhammad bin Ahmad ("Haji Muhammad"). [9] Arwah Haji Muhammad adalah bapa kepada arwah Zainab dan arwah Haji Daud, iaitu bapa kepada Plaintif. Manakala arwah Haji Mahmood adalah suami kepada arwah Zainab. Ini bermakna arwah Haji Mahmood adalah ipar kepada arwah Haji Daud. [10] Pada tahun 1959, Haji Daud membeli Tanah tersebut daripada ayahnya, Haji Muhammad tetapi dipindahmilik kepada iparnya, Haji Mahmood kerana Haji Daud sebagai pegawai kerajaan dikatakan tertakluk kepada syarat-syarat ketat memiliki harta sebagai pegawai kerajaan. Dengan erti kata lain, Haji Daud membeli tanah ayahnya tetapi diletak nama iparnya, Haji Mahmood untuk dipegang sebagai amanah bagi pihaknya. [11] Tanah tersebut kekal di atas nama Haji Mahmood sehinggalah Haji Mahmood dan Haji Daud meninggal dunia. Haji Daud meninggal dunia pada 25.11.1993 (ekshibit P8). Haji Mahmood meninggal dunia pada 22.4.1990 (ekshibit P1). [12] Haji Mahmood telah meninggal dunia pada 22.4.1990 dan meninggalkan waris-waris Hajjah Zainab (balu), Khadijah binti Haji Mahmood (anak perempuan), Mukhtar bin Haji Mahmood (anak lelaki) – [bapa kepada Defendan Keempat, Kelima, Keenam dan Ketujuh], Abdullah bin Haji Mahmood @ Abdul Shatar bin Haji Mahmud (anak lelaki) [Defendan Ketiga], Zainuddin bi Haji Mahmood (anak lelaki) [Defendan Pertama] dan Hasmah binti Haji Mahmood (anak perempuan) [Defendan Kedua]. [13] Pada tahun 1993, Zainab sebagai balu dan waris yang sah ke atas harta pusaka arwah Haji Mahmood telah memfailkan satu Tuntutan Pusaka melalui Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993 yang mana salah satu tanah yang terlibat adalah Tanah tersebut. Zainab telah memperoleh perintah pesaka supaya Tanah tersebut dicadangkan penyelesaian atas nama Zainab dan selepas itu Zainab akan buat penyelesaian dengan waris-waris Haji Daud. Ini adalah sebagaimana catatan dalam Nota Prosiding Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993. (ekshibit P2). Namun, dalam Perintah Pesaka Tanah tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu ke atas nama Zainab (9/16 bahagian), Defendan Ketiga (7/32 bahagian) dan Mukhtar bin Haji Mahmood (7/32 bahagian). Mukhtar bin Haji Mahmood adalah arwah bapa Defendan Keempat, Kelima, Keenam dan Ketujuh. [14] Zainab meninggal dunia pada 24.6.2004 (ekshibit P4). Selepas kematian Mukhtar bin Haji Mahmood pada 27.3.1998, melalui Perintah Pembahagian Pesaka bertarikh 8.3.2017 (ekshibit P6), bahagian arwah Mukhtar ke atas Tanah tersebut telah dipindahmilik kepada Defendan Keempat, Kelima, Keenam dan Ketujuh. Ringkasan hujahan Plaintif-Plaintif [15] Plaintif-Plaintif berhujah secara ringkas, antara lain seperti berikut: a) Berdasarkan rekod di dalam Nota Bicara Tuntutan Pusaka (P-2) dan keterangan SP-1 yang menunjukkan tanah tersebut telah diusahakan oleh arwah Haji Daud dan waris-warisnya, Plaintif telah berjaya melepaskan beban pembuktian bahawa tanah tersebut adalah Harta Amanah milik arwah Haji Daud. Beban untuk menyangkal fakta tersebut kini beralih kepada Defendan-defendan untuk menyangkalnya; b) Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh telah gagal sama sekali menyangkal bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah milik arwah Haji Daud sebagaimana yang dibangkitkan oleh Zainab semasa bicara pusaka arwah Haji Mahmood dan rekod juga menunjukkan bahawa pernyataan Zainab tersebut tidak dipertikaikan oleh mana-mana waris yang turut hadir termasuk Defendan Ketiga dan arwah Haji Mukhtar; c) Defendan Ketiga yang merupakan individu yang boleh mengesahkan perkara tersebut langsung tidak hadir untuk memberi keterangan dan Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh hanya bergantung kepada SD-1, SD-2 dan SD-3 yang tidak terlibat semasa bicara tuntutan pusaka arwah Haji Mahmood tersebut. Oleh itu, satu inferens bertentangan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan seharusnya dibangkitkan di atas kegagalan Defendan Ketiga untuk hadir memberi keterangan berkenaan isu tersebut kerana hanya Defendan Ketiga sahaja saksi di pihak Defendan yang boleh memberi keterangan untuk isu tersebut; d) Dihujahkan bahawa persetujuan yang telah dibuat oleh kesemua waris tersebut telah membentuk satu Amanah Konstruktif (Constructive Trust) yang mana Amanah tersebut hanya akan dilepaskan setelah milikan tanah tersebut dikembalikan kepada waris-waris arwah Haji Daud; e) Dihujahkan bahawa penyelesaian/persetujuan yang diberikan oleh kesemua waris untuk menyerahkan kesemua bahagian Tanah tersebut ke atas nama Zainab supaya Zainab membuat penyelesaian dengan ahli waris arwah Haji Daud telah mewujudkan satu Amanah Konstruktif (Constructive Trust) yang mana Amanah tersebut hanya akan dilepaskan selepas kesemua bahagian Tanah tersebut dikembalikan semula kepada waris-waris arwah Haji Daud; f) Perintah yang direkodkan oleh Penolong Pentadbir Tanah pada 17.6.1997 adalah bercanggah dengan persetujuan yang dibuat oleh kesemua waris untuk daftar Tanah tersebut atas nama Zainab untuk buat penyelesaian dengan ahli waris Haji Daud. Oleh yang demikian, apa-apa pindahmilik yang bertentangan dengan persetujuan Amanah tersebut adalah tidak sah dan mesti dibatalkan dan dikembalikan semula kepada waris-waris arwah Haji Daud yang berhak ke atas Tanah tersebut; g) Dihujahkan bahawa peruntukan seksyen 29 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 tidak terpakai ke atas Plaintif. Plaintif tidak pernah dinamakan sebagai salah seorang dari pihak yang menuntut dan tidak pernah sama sekali hadir pada mana-mana tarikh perbicaraan atau tarikh pemberian perintah tersebut. Jadi, bagaimana Plaintif boleh berbuat demikian di dalam keadaan Plaintif tidak mengetahui berkenaan dengan Perintah Pembahagian tersebut sejak dari awal; h) Tuntutan Plaintif ini adalah berkaitan dengan Harta Amanah iaitu bagi menuntut agar Tanah tersebut dikembalikan kepada nama Zainab binti Haji Muhammad yang akan diserahkan selepas itu kepada waris-waris arwah Haji Daud. Dihujahkan bahawa tiada sekatan Had Masa bagi tindakan berkaitan Harta Amanah selaras dengan seksyen 22(1)(b) Akta Had Masa 1953; dan i) Di dalam tindakan ini, Plaintif memohon supaya keseluruhan tanah tersebut didaftarkan hakmilik ke atas nama Zainab supaya dapat dibuat penyelesaian dengan waris-waris arwah Haji Daud sebagaimana yang sepatutnya diperintahkan oleh Defendan Kelapan selaras dengan persetujuan kesemua waris pusaka arwah Haji Mahmood semasa perbicaraan tuntutan Harta Pusaka yang melibatkan tanah tersebut. Plaintif tidak membuat tuntutan supaya tanah tersebut diperintahkan untuk didaftarkan terus kepada Plaintif tetapi hanya memohon supaya tanah tersebut diserahkan sepenuhnya ke atas nama Zainab sebagaimana persetujuan waris-waris. [16] Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh berhujah secara ringkas, antara lain seperti berikut: a) Plaintif terkilan dengan Perintah Pusaka tersebut dan berhasrat mencabar Perintah Pusaka tersebut dengan menyatakan dalam tuntutannya bahawa Perintah Pusaka tersebut yang berkaitan dengan Tanah tersebut adalah khilaf dan tidak selari dengan persetujuan yang dicapai oleh kesemua waris-waris pusaka Haji Mahmood bin Haji Salleh. Namun, Mahkamah ini tidak pernah ditunjukkan dengan Perintah Pusaka tersebut. Kegagalan tersebut adalah suatu yang fatal; b) Di bawah seksyen 13 Akta Pembahagian Pesaka Kecil 1955, Pegawai Pentadbir Pesaka Kecil mempunyai kuasa untuk membuat Perintah pembahagian dan hak serta masa untuk merayu telah dinyatakan di bawah seksyen 30 Akta yang sama. Masa merayu telah dinyatakan di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pembahagian Pesaka Kecil (Pembahagian) 1955 dimana dinyatakan bahawa notis rayuan mestilah difailkan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh perintah Pentadbir tersebut; c) Tidak ada pertikaian bahawa Perintah Pusaka tersebut selesai semenjak tahun 1997 lagi dan sehingga kini tidak ada sebarang rayuan atau permohonan daripada mana-mana pihak bagi Perintah Pusaka tersebut diperbetulkan; d) Tidak ada apa-apa dokumen bertulis yang dipersetujui oleh arwah Haji Mahmood bin Haji Salleh dan Haji Daud bin Haji Muhammad mengatakan dengan jelas bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah; e) Alasan yang dikemukakan oleh Plaintif mengatakan sebagai penjawat awam tidak boleh memiliki tanah yang banyak adalah kenyataan kosong tidak pernah disokong oleh manamana dokumen; f) Dakwaan mengatakan kesemua waris-waris harta pusaka arwah Haji Mahmood bin Haji Salleh, telah bersetuju supaya Tanah tersebut dipindahmilik kepada Zainab binti Haji Muhammad untuk dibuat penyelesaian dengan waris-waris arwah haji Daud bin Haji Muhammad semasa perbicaraan Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993 adalah tidak jelas ditulis; g) Penyataan bertulis "...untuk dibuat penyelesaian dengan waris-waris arwah haji Daud bin Haji Muhammad" adalah suatu yang tidak jelas. Apakah penyelesaian yang dimaksudkan tersebut tidak diperjelaskan dan kenapa pihak Defendan Kelapan tidak secara jelas mencatatkan bahawa Tanah tersebut adalah "Harta Amanah". Penyelesaian dalam konteks pusaka boleh ditaksirkan dengan pelbagai hal dan perkara; h) Pindahmilik berkenaan adalah berdasarkan Perintah Pusaka Mukhtar, bukan melalui pindahmilik borang 14A atau apa-apa perintah selainnya. Perlu jelas bahawa Perintah Pusaka Mukhtar tidak pernah dibatalkan sebelum daripada ini dan juga tidak dimohon dalam Writ Saman ini; i) Tidak pernah ada kenyataan di mana-mana tempat mengatakan bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah. Malahan sehingga di peringkat ini Plaintif masih gagal menyatakan secara jelas bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah. Oleh yang demikian tuntutan Plaintif adalah terhalang dengan had masa di bawah seksyen 6 (1) Akta Had Masa 1953 kerana tidak pernah ada ikatan amanah berkait Tanah tersebut dan tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Plaintif sejak pindahmilik Tanah tersebut kepada Defendan Ketiga dan kepada bapa Defendan Keempat hingga Ketujuh yang berlaku pada tahun 1994. Prinsip undang-undang [17] Seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan beban bukti di atas bahu pihak yang menuntut untuk membuktikan tuntutannya- "101. Burden of proof
1
whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
when a person is bound to prove the existence of any facts, it is said that the burden of proof lies on that person.
102
On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side." [18] Pemakaian seksyen 101 Akta 56 telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] MLJU 214 seperti berikut- [11] ... In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (S.101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is twofold; (i) the burden of establishing a case and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof requires of the claimant is on the balance of probabilities." [19] Oleh itu, Mahkamah ini perlu menganalisa keterangan yang dinyatakan oleh Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentarnya untuk menunjukkan bahawa Plaintif berjaya mencapai tahap pembuktian "on balance of probabilities". [20] Berkait dengan prinsip amanah konstruktif, Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 12 MLJ 67 memutuskan bahawa- [111] It is trite law that the intention to create a trust is applicable in situation of express trust and not in constructive trust. A constructive trust are trusts that may be implied in the absence of any declaration/intention of a trust, where the trustee has induced another to act to their detriment they would acquire a beneficial interest in the land/property. A characteristic feature of this trust does not owe its existence to the parties' intention, but by operation of law." [Penekanan ditambah] [21] Kedudukan undang-undang berhubung kewujudan amanah konstruktif turut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor v. JW Properties Sdn Bhd [2017] MLJU 1107 yang menyatakan - [58] From decided case authorities it has been established as a principle of law that constructive trust arises by operation of law whenever the circumstances are such that it would be unconscionable of the owner of the property (usually but not necessarily the legal owner) to assert his own beneficial interest in the property and deny the beneficial interest of another." [Penekanan ditambah] [22] Berdasarkan kepada prinsip undang-undang di atas, Mahkamah ini perlu memberi pertimbangan terhadap keadaan kes di sini sama ada wujud amanah konstruktif untuk menentukan persoalan yang menjadi isu utama di dalam kes ini. Analisis dan dapatan Mahkamah Isu 1: Sama ada Tanah tersebut dipegang oleh Haji Mahmood sebagai amanah bagi pihak Haji Daud? [23] Plaintif mendakwa bahawa Tanah tersebut dibeli oleh arwah Haji Daud pada tahun 1959 dan didaftarkan atas nama Haji Mahmood sebagai "pinjam nama", namun tiada apa-apa bukti dokumen dikemukakan di Mahkamah ini. Mahkamah ini mendapati bahawa di dalam kes ini tiada sebarang dokumen bertulis yang menunjukkan deklarasi amanah, tiada instrumen amanah didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara dan dakwaan Plaintif pada pandangan Mahkamah ini bergantung sepenuhnya kepada Nota Prosiding Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993. (ekshibit P2). Plaintif juga berhujah bahawa persetujuan wariswaris dalam Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993 mewujudkan constructive trust. Oleh itu, persoalan utama di dalam kes ini adalah sama ada satu amanah konstruktif telah terbentuk. [24] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes JW Properties Sdn Bhd v. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor & Anor [2016] 1 CLJ 13 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa amanah konstruktif akan timbul apabila seseorang memegang harta untuk faedah orang lain di mana tiada perjanjian amanah yang jelas antara mereka seperti berikut - "A constructive trust is a creature of equity. By its very nature, whether or not a constructive trust arises in the absence of the consent of the State of Authority to transfer the land is very much dependent on the facts of the case. A constructive trust arises whenever the circumstances are such that it would be unconscionable for the owner of the property to assert his own beneficial interest in the property and deny the beneficial interest of another. The fact pattern of the present case fell squarely within the parameters of a constructive trust. It was therefore unconscionable for the appellant to assert its own interests over the Api-Api land while denying the rightful interest of the respondent. A constructive trust in favour of the respondent had arisen by operation of the law". [Penekanan ditambah] [25] Berdasarkan otoriti-otoriti yang dinyatakan di atas, amanah konstruktif akan terbentuk melalui keadaan berikut: a) Apabila seseorang itu memegang harta untuk faedah orang lain dalam keadaan tiada perjanjian amanah rasmi di antara mereka; b) Apabila orang yang memegang harta tersebut menegaskan kepentingan benefisialnya sendiri dalam harta tersebut dan menafikan kepentingan benefisial pihak yang lain; c) Terdapatnya unsur pengkayaan yang tidak adil; dan d) Apabila terdapat unsur ketidakjujuran di pihak Defendan. [26] Plaintif telah memfailkan tindakan pada asasnya berdasarkan dakwaan amanah konstruktif yang dipegang oleh Haji Mahmood dan catatan pada ekshibit P2 menunjukkan Tanah tersebut milik Haji Daud yang dipegang amanah oleh Haji Mahmood. Oleh itu, Mahkamah ini perlu menilai sama ada persetujuan waris-waris dalam ekshibit P2 tersebut adakah cukup untuk membentuk constructive trust yang mengikat pihak-pihak terlibat. [27] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh bahawa di dalam kes ini, tidak ada apa-apa dokumen bertulis yang dipersetujui oleh arwah Haji Mahmood dan Haji Daud yang menyatakan dengan jelas bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah. Plaintif di dalam kes ini hanya bersandarkan kepada Nota Prosiding Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993 (ekshibit P2) sahaja bagi menyokong fakta bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah. Namun, Mahkamah ini mendapati bahawa dakwaan Plaintif ini tidak pernah disokong oleh mana-mana dokumen yang menyatakan dengan jelas bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah. [28] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh bahawa Plaintif telah gagal mewujudkan elemen penting dalam penentuan harta amanah sebagaimana di dalam kes yang dirujuk oleh Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh iaitu kes Yeong Ah Chee V. Lee Chong Hai & Anor And Appeals [1994] 3 CLJ 20 yang mana Mahkamah memutuskan bahawa: "The 3 essentials of a valid trust are (a), certainty of words (b), certainty of subject and (c), certainty of object. Looking at the trust deeds except for that in Civil Appeal No 5, there is certainty of words and also there is certainty of object, ie the names of beneficiaries but there is no certainty of subject ie trust property, viz the lands because the beneficial ownership of the lands passed to the purchasers of those subsidiary agreements of sale and purchase in 1969 when the sale of these lands took place, ie before the trust deeds were executed. The Lee brothers named as the trustees of these trust deeds were also the settlors of the trusts created by those trust deeds. It is a rule that a settlor must vest the trust property (subject) in the trustee completely, please see Milory v. Lord [1862]. How could the settlors, (the Lee brothers), vest the lands in themselves as trustees when, at the time of signing the trust deeds, they were not owners of the lands both in law and equity as well? Please see Lysaght." [29] Maka, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal memenuhi kriteria dan/atau elemen di bawah undang-undang untuk mendakwa bahawa Tanah tersebut adalah Harta Amanah. Mahkamah ini juga bersetuju bahawa alasan oleh Plaintif yang menyatakan sebagai penjawat awam tidak boleh memiliki tanah yang banyak adalah kenyataan kosong kerana tidak pernah disokong oleh mana-mana dokumen. Lagipun Plaintif tidak pernah menunjukkan bahawa Haji Daud mempunyai begitu banyak tanah pada masa berkenaan. Dalam setiap keterangan Plaintif (SP1) di Mahkamah juga beliau tidak dapat menunjukkan bahawa Haji Daud mempunyai banyak tanah lain sehinggakan Tanah tersebut tidak boleh dipindahmilik kepadanya. Lagipun Tanah tersebut asalnya adalah tanah bapa kepada Haji Daud dan sepatutnya tidak ada alasan yang munasabah untuk mengatakan Haji Daud tidak boleh terima tanah daripada ayahnya sendiri. [30] Selanjutnya, Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh bahawa dakwaan yang menyatakan bahawa kesemua waris-waris harta pusaka arwah Haji Mahmood telah bersetuju supaya Tanah tersebut dipindahmilik kepada Zainab untuk dibuat penyelesaian dengan waris-waris arwah Haji Daud semasa perbicaraan Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993 adalah tidak jelas ditulis. Mahkamah ini mendapati bahawa tidak pernah ditunjukkan dan ditulis sepanjang prosiding bahawa waris-waris bersetuju Tanah tersebut adalah Harta Amanah yang dipegang oleh arwah Haji Mahmood bagi pihak arwah Haji Daud. Penyataan bertulis "...untuk dibuat penyelesaian dengan waris-waris arwah haji Daud bin Haji Muhammad" adalah suatu yang tidak jelas. Timbul persoalan bahawa apakah penyelesaian yang dimaksudkan tersebut yang jelas tidak diperjelaskan dan kenapa pihak Defendan Kelapan tidak secara jelas mencatatkan bahawa Tanah tersebut adalah "Harta Amanah". Pada pandangan Mahkamah ini juga, penyelesaian dalam konteks pusaka boleh ditafsirkan dengan pelbagai bentuk dan keadaan. SP4 yang dipanggil untuk memberikan keterangan juga gagal mengesahkan secara jelas apa yang pegawai bicara pusaka maksudkan dengan catatan tersebut. [31] Mahkamah ini juga mendapati bahawa ekshibit P2 mencatatkan cadangan penyelesaian, namun Perintah Pembahagian Pesaka yang dikeluarkan tidak selari sepenuhnya dengan cadangan tersebut dan juga tiada tindakan oleh Plaintif diambil selama hampir 24 tahun untuk mencabar Perintah tersebut. Ini juga boleh menimbulkan pelbagai andaian dan pada dapatan Mahkamah ini, andaian oleh Plaintif adalah tidak memadai untuk Mahkamah ini menerima keterangan Plaintif dan saksi-saksi Plaintif. Mahkamah ini berpendapat bahawa kelewatan yang begitu lama serta ketiadaan bantahan terdahulu menunjukkan tiada elemen amanah konstruktif yang mencukupi. [32] Isu sama ada Haji Mahmood memegang Tanah tersebut sebagai amanah bagi pihak Haji Daud adalah merupakan persoalan fakta. Ini hanya boleh ditentukan dengan melihat dan menilai keterangan saksi saksi termasuk kredibiliti mereka dan lain-lain keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan. Setelah mendengar dan memerhatikan sendiri saksi-saksi kedua-dua belah pihak memberi keterangan dan setelah menimbangkan semua keterangan yang dikemukakan dan hujah kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan fakta ini dan andaian adalah jelas tidak memadai. Maka, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen amanah konstruktif tidak dipenuhi oleh Plaintif. Isu 2: Adakah Perintah Pembahagian Pesaka Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993 dan Perintah Pembahagian Pesaka Guaman Pembahagian No.: PTTM 349/234/98 itu boleh dibatalkan? [33] Di dalam kes ini, adalah tidak dipertikaikan bahawa Tanah tersebut dipindahmilik berdasarkan kepada perintah pembahagian pusaka. Bagi pendaftaran pindahmilik bahagian Tanah tersebut (semasa Hakmilik dikenali sebagai NE 2378) kepada Abdullah Bin Haji Mahmood @ Ab. Shatar Bin Haji Mahmood (No. K/P: 3751108) [7/32 Bahagian] Dan Mukhtar Bin Haji Mahmood [7/32 bahagian] pada 21/7/1997 melalui Perserahan No.: 383/97 mengikut Perintah Pembahagian Pesaka Guaman Pembahagian No.: APKKB 395 Tahun 1993. Selanjutnya, bagi pendaftaran pindahmilik bahagian Tanah tersebut (semasa Hakmilik dikenali sebagai GM 2276) kepada Enche Zarina Binti Mukhtar (No. Kp: 710102-03-7696) [77/1024 bahagian], Mohd Farid Bin Mukhtar (No. Kp: 610101-03-6271) [49/1024 bahagian], Rafiah Binti Mukhtar (No. Kp: 580907-03-5118) [49/1024 bahagian] dan Sukuriah Binti Mukhtar (NO. KP: 620301-03-5280) [49/1024 bahagian] pada 1/4/2018 melalui Perserahan No.: 827/2018 mengikut Perintah Pembahagian Pesaka Guaman Pembahagian No.: PTTM 349/234/98. [34] Plaintif di dalam kes ini telah memohon supaya kedua-dua Perintah Pembahagian Pesaka tersebut dibatalkan kerana berlaku kesilapan dan ia tidak sah. Manakala, Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh menghujahkan bahawa kedua-dua Perintah Pembahagian Pesaka tersebut tidak pernah dibatalkan sebelum ini dan tidak ada unsur penipuan atau fraud dalam pindahmilik Tanah tersebut. Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh juga menghujahkan bahawa Plaintif seharusnya mematuhi seksyen 29 Akta Pembahagian Pesaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan kaedah 10(1) Kaedah-Kaedah Pembahagian Pesaka Kecil (Pembahagian) 1955 di mana notis rayuan mestilah difailkan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh perintah pusaka. [35] Mahkamah ini berpandangan bahawa kedua-dua Perintah Pembahagian Pesaka tersebut adalah mengikat pihak-pihak dalam tindakan ini kerana ia adalah perintah sah dan muktamad selagimana ia tidak pernah dibatalkan. [36] Prosedur untuk merayu keputusan atau perintah di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 29 Akta 98 dan Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [L.N. 495/1955]. Plaintif di dalam kes ini gagal mematuhi peruntukan undangundang berkait rayuan kepada Perintah Pembahagian tersebut. [37] Pada dapatan Mahkamah ini, tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kewujudan amanah konstruktif, maka Plaintif terikat dengan prosedur rayuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 98 dan Peraturan-Peraturan L.N. 495/1955. Jelas bahawa Plaintif tidak memfailkan rayuan dalam tempoh ditetapkan dan tiada kuasa diberi kepada Mahkamah ini untuk melanjutkan tempoh tersebut. Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan ini pada hakikatnya merupakan suatu cubaan mencabar Perintah Pusaka di luar tempoh rayuan yang sah. [38] Oleh itu, tindakan Plaintif adalah terhalang oleh had masa. Maka, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah tidak wajar dan di luar bidang kuasa Mahkamah ini untuk membatalkan kedua-dua Perintah Pembahagian Pesaka tersebut. Isu 3: Adakah pendaftaran milikan Tanah tersebut boleh diketepikan/dibatalkan? [39] Berdasarkan rekod ketuanpunyaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pemilikan berdaftar bagi Tanah tersebut adalah Enche Zarina Binti Mukhtar dengan 77/1024 bahagian, Mohd Farid Bin Mukhtar dengan 49/1024 bahagian, Rafiah Binti Mukhtar dengan 49/1024 bahagian dan Sukuriah Binti Mukhtar dengan 49/1024 bahagian sebagaimana Perintah Pembahagian Pesaka [Guaman Pembahagian No.: PTTM 349/234/98. [40] Seksyen 340 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828] memperuntukkan - "Section 340. Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances
1
The title or interest of any person or body for the time being registered as proprietor of any land, or in whose name any lease, charge or easement is for the time being registered, shall, subject to the following provisions of this section, be indefeasible.
2
The title or interest of any such person or body shall not be indefeasible-
a
in any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was a party or privy; or
b
where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument; or
c
where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written law.
3
Where the title or interest of any person or body is defeasible by reason of any of the circumstances specified in subsection (2)-
a
it shall be liable to be set aside in the hands of any person or body to whom it may subsequently be transferred; and
b
any interest subsequently granted thereout shall be liable to be set aside in the hands of any person or body in whom it is for the time being vested: Provided that nothing in this subsection shall affect any title or interest acquired by any purchaser in good faith and for valuable consideration, or by any person or body claiming through or under such a purchaser." [41] Tujuan seksyen 340 Kanun Tanah Negara adalah untuk melindungi pemilik berkepentingan tanah dengan memberikan kepastian kepada mereka. Nas-nas dan otoriti berkaitan seksyen 340(1) Kanun Tanah Negara adalah jelas bahawa apabila telah didaftarkan hartanah itu atas nama seseorang, orang itu akan memperolehi hak yang tidak boleh disangkal selaras dengan seksyen 340(1). Walau bagaimanapun pendaftaran hak milik itu boleh disangkal di bawah seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara sekiranya ianya diperolehi secara penipuan atau salah nyata. [42] Adalah undang-undang yang mantap bahawa, hakmilik seseorang pemilik berdaftar adalah tidak boleh disangkal (indefeasible title) yang hanya tertakluk kepada seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara. Plaintif di dalam kes ini menyatakan bahawa Tanah tersebut didaftarkan kepada Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh melalui Perintah Pembahagian Pesaka yang tidak sah. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua Perintah Pembahagian Pesaka tersebut tidak pernah dibatalkan di mana-mana peringkat dan di mana-mana mahkamah. [43] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh kerana nama mereka telah didaftarkan dengan sah maka beliau adalah pemilik yang sah. Sekiranya tuntutan berkaitan hakmilik tidak disangkal, maka seksyen 340 Kanun Tanah Negara adalah relevan. Plantif ingin menyangkal hakmilik Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh sebagai pemilik berdaftar Tanah tersebut, maka pihak Plaintif semestinya harus bergantung dan membuktikan mana-mana alasan yang diperuntukkan di bawah seksyen 340 Kanun Tanah Negara secara spesifik. [44] Namun, penelitian pada Pernyataan Tuntutan ataupun kertaskertas kausa lain menunjukkan pihak Plaintif telah gagal memperincikan dan membangkitkan secara spesifik mana-mana keadaan yang diperuntukkan dalam seksyen 340 Kanun Tanah Negara. [45] Mahkamah ini melihat kepada keterangan dokumentasi yang ada di hadapan Mahkamah ini iaitu nama di atas geran hakmilik Tanah tersebut atas nama Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh dan tiada apa-apa pembuktian secara dokumen atau keterangan berkenaan kewujudan sesuatu amanah. [46] Oleh yang demikian, hakmilik tidak boleh disangkal yang dinikmati oleh Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh tidak seharusnya digugat hanya berdasarkan dakwaan kabur mengenai kewujudan amanah yang kononnya muncul selepas berpuluh tahun kemudian.
para
[47] Maka berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif gagal membuktikan kesnya di atas tahap imbangan kebarangkalian. Maka, Mahkamah ini memutuskan tuntutan Plaintif ditolak dan kos RM8,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Ketiga hingga Defendan Ketujuh. Bertarikh: 2 Jun 2026 KAUNSEL:Bagi pihak Plaintiff-Mohd Alauddin Mat Nor Tetuan Fariz Halim & CoBagi pihak Defendan 3-7-Siti Nur Zafikah Zulkifli Tetuan Abqary Aziz & CoBagi pihak Defendan 8-Ahmad Armi Najamuddin Azmi Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri KelantanBagi pihak Defendan 9-Adam Mohamed Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.