Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET MELAKA DI DALAM NEGERI MELAKA [GUAMAN SIVIL NO: 71NCvC-16-11/2023] ANTARA ROSHWINI ENFYS MUTHIAH [ Identity Card No.: 910525-87-5006] ... PLAINTIF
MA-A71NCvC-16-11/2023
Magistrates Court of Malaysia10 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lam lingkungan RM 1200 hingga RM2500.00. - Mahkamah perbicaraan ini juga merujuk kes yang di kemukakan oleh pihak Defendan-defendan iaitu kes LETCHUMANANTHEVAR MUNIANDY V THENAGARAN RAMAN & SATU LAGI [2010] SMCU 9 yang membenarkan award gantirugi sebanyak RM2000.00 bagi kecederaa periorbital haematoma. - Bagi kes ini M”
“**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 - KES: WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA MAHADI ALI, SI MATI ROSLINA HARON v. ROOBAN SANKAR & ORS [2024] CLJU 1504 MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU, YA SHAMSUL BAHRI HAJI IBRAHIM Mahkamah ini merujuk kes Wakil Diri Kepa”
“(iii) Sepertimana dalam kes SITI ARBAIYAH UMAR v UKM KESIHATAN SDN BHD &DR AHMAD ZAILANI HATTA MOHD DALI [2025] CLJU 2063 yang turut menjadikan kes Zulhasnimar (supra) and Rogers v. Whitaker (supra) sebagai panduan berkenaan isu ini dimana Mahkamah dalam kes ini telah memutuskan bahawa adalah jelas bahawa elemen keseda”
“5000.00 - Mahkamah ini merujuk kes MOHAMED AWANG v. MOHAMAD ASYRAF SALHADI & OTHER MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KOTA BHARU, YA SHAMSUL BAHRIN ABDUL MANAF JC [2025] CLJU 2230 - Begitu juga bagi tuntutan kesakitan dan kesengsaraan (“pain and suffering”) Mahkamah ini memutuskan tuntuan ini wajar dibenarkan kerana akibat daripa”
“2. Dalam kes KRISHNASAMY JAYARAMAN & ANOR v. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA & ORS [2025] CLJU 2933 Mahkamah Tinggi, KUALA LUMPUR Hakim Yang Arif SU TIANG JOO telah memutuskan seperti yang berikut: - “[2] Liability for this action was conceded on 22 July 2024 (Encl. 261), with judgment entered agai”
“y the plaintiff. Therefore, there is no reason to disturb the findings of the trial judge on this.” - Selanjutnya merujuk kes KUNG SIEW PENG v. ESWARAN SIVAGURU & ANOR MAHKAMAH TINGGI , JOHOR BAHRU [2025] CLJU 899 “Awards for physiotherapy and future surgery contended by the Defendant ought not to have been given, rely”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET MELAKA DI DALAM NEGERI MELAKA [GUAMAN SIVIL NO: 71NCvC-16-11/2023] ANTARA ROSHWINI ENFYS MUTHIAH [ Identity Card No.: 910525-87-5006] ... PLAINTIF
5
MELAKA
6
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KERAJAAN MALAYSIA ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN Melalui Writ Saman bertarikh 2.11.2023 (Lampiran1) dan Pernyataan Tuntutan bertarikh2.11.2023 (Lampiran 2), Plaintif telah menuntut kepada Defendan-Defendan gantirugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos akibat kecederaan yang ditanggung oleh Plaintif yang dikatakan berpunca dari kecuaian perubatan yang diilakukakan oleh Defendan-defendan
1
FAKTA KES Pada 18.3.2021 Plaintif (P) telah hadir ke Klinik Pergigian Ayer Keroh bagi menjalani satu prosedur rawatan kanal akar gigi yang di sebut sebagai “Root Canal Treament” (RCT) bagi gigi 14 Plaintif melalui satu temujanji yang telah ditetapkan 06/02/2026 15:11:13 MA-A71NCvC-16-11/2023 Kand. 64 pada tarikh tersebut.
2
Defendan Pertama (D1) telah adalah seorang doktor pergigian yang sedang bertugas di Klinik Pergigian Ayer Keroh pada ketika itu yang menjalankan prosedur rawatan kanal akar (selepas ini di sebut sebagai RCT)
3
Semasa menjalankan rawatan tersebut, Plaintif telah membuat aduan kesakitan kepada Defendan Pertama(D1) yang sedang menjalankan rawatan tersebut, D1 pada ketika itu menukar larutan dan meneruskan rawatan tersebut sehingga rawatan tersebut selesai pada jam 4.45 petang.
4
Kemudian setelah dua hingga tiga jam selepas prosedur, Plaintif mengalami kesakitan di sebelah pipi kanannya dan mula merasa pipinya bengkak namun bagi meredakan kesakitan itu, Plaintif telah mengambil ubat yang di kenali sebagai Prednisolome 10mg bagi mengurangkan rasa sakit bengkak tersebut di sebelah pipi kanannya kerana Plaintif perlu bekerja pada keesokkan harinya. Plaintif adalah seorang ahli farmasi yang bertugas di Hospital Melaka pada ketika itu.
5
Pada keesokkan harinya 19.3.2026, pipi kanan Plaintif semakin membengkak dan Plaintif telah dinasihatkan oleh pihak atasannya untuk segera mendapatkan rawatan rujukan semula di Klinik Pergigian Ayer Keroh. Kemudian Plainitf telah pergi ke Klinik Pergigian Ayer Keroh pada tarikh yang sama.
6
Plaintif telah mendapatkan rawatan dengan Defendan Kedua (D2) dan D2 telah mendiagnose bahawa pipi kanan Plaintif membengkak adalah akibat daripada extrusi larutan Sodium hypochloriter yang melepasi apex akar gigi 14 akibat daripada rawatan RCT yang dilaksanakan oleh Defendan Pertama ( D1)
7
Justeru itu, D2 telah memberikan preskripsi ubat ibuprofen kepada Plaintif bagi mengelakkan D2 menunggu lebih lama di Klinik tersebut sementara D2 mendapatkan konsultasi daripada Bahagian Pakar di Hospital Melaka. Setelah lebih kurang satu atau dua jam Defendan Kedua telah menelefon Plaintif untuk hadir semula ke Klinik Pergigian Ayer Keroh yang mana D2 telah membuat tambahan preskripsi ubat antibiotic Amoxicillin.
8
Walaubagaimanapun, Plaintif memaklumkan beliau tidak boleh hadir kerana beliau dalam keadaan kesakitan pada ketika itu dan memaklumkan kepada Defendan Kedua bahawa beliau mempunyai ubat antibiotic Augmentin unutk diambil dan Defendan Kedua membenarkan pengambilan tersebut yang mana tiada bantahan daripada pihak D2 pada ketika itu.
9
Selanjutnya Plaintif berasa semakin teruk dan pipi sebelah kanannya semakin bengkak sehingga ke bahagian mata kanan dan ibu Plaintif dengan segera membawa Plaintif ke bahagian kecemasan di Hospital Pantai di Ayer Keroh yang mana pada ketika itu adalah pada waktu penularan virus Covid-19 dan Plaintif pada ketika itu telah dimasukkan ke dalam wad dengan serta-merta dan mendapatkan rawatan selama tempoh 4 hari.
10
Justeru itu Plaintif telah membuat aduan terhadap Defendan Pertama kepada Malaysian Dental Council pada 28.3.2021 dan satu siasatan dalaman rasmi juga telah dilaksanakan oleh Malaysian Dental Board berkenaan pengendalian procedur RCT yang dijalankan oleh Defendan Pertama terhadap Plaintif.
11
Selanjutnya susulan daripada itu, Plaintif juga telah memfailkan tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas dan lain-lain kos atas terhadap Defendan-defendan sepertimana dalam writ saman yang difailkan. TUNTUTAN PLAINTIF Plaintif telah membuat tuntutan ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan lain-lain kos terhadap Defendan-defendan berkenaan kecuaian perubatan yang dilakukakan oleh Defendan-defendan sehingga mengakibatkan kecederaan muka bengkak di sebelah pipi kanan sehingga ke bahagian bawah mata Plaintif sepertimana dalam penyataan tuntutan yang difailkan oleh Plaintif pada 2.11.2023 TUNTUTAN DEFENDAN Berdasarkan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh Defendan-defendan pada 11.1.2024 secara jelas telah menafikan tuntutan Plaintif tersebut dan telah secara jelas menyatakan bahawa Defendan-defendan telah melaksanakan tugas dengan memenuhi tahap penjagaan maksima sebagai seorang doktor pergigian semasa menjalankan rawatan RCT tersebut dan tiada kecuaian yang berlaku yang diakibatkan oleh Defendan Pertama. ISU-ISU YANG DI BICARAKAN Berdasarkan pemfailan isu-isu yang di bicarakan, Mahkamah ini telah merumuskan dan mendapati terdapat tiga isu utama yang harus menjadi persoalan bagi tuntutan saman Plaintif terhadap Defendan-defendan. Antara isu-isu yang dibicarakan ialah:-
i
Sama ada Mahkamah ini menggunapakai ujian Bolam Test dengan kualifikasi Bolitho atau ujian yang digariskan dalam kes FOO FIO NA v DR SOO FOOK MUN & ANOR [2007] 1 CLJ 229
II
(ii) Sama ada Defendan-Defendan melanggar tahap penjagaan (“standard duty of care “) semasa melaksanakan tugas sebagai seorang doktor
III
(iii) Sama ada Defendan Keenam adalah bertanggungan terhadap vikarius liabiliti bagi tuntuan saman ini
IV
(iv) Sama ada Plaintif berhak mendapatkan ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan lain-lain kos yang dipohon. DAPATAN MAHKAMAH LIABILITI Setelah Mahkamah ini meneliti hujahan pihak Plaintif dan hujahan pihak Defendan-defendan serta nas undang-undang yang telah dikemukakan, Mahkamah ini mendapati Defendan Pertama (D1), dan Defendan Keenam (D6) sahaja yang bertangungan liabiliti terhadap tuntuan saman Plaintif manakala Defendan Kedua (D2), Defendan Ketiga (D3), Defendan Keempat (D4) dan Defendan Kelima (D5) tiada tangungan terhadap liabiliti. Defendan Keempat (D4) merupakan satu entiti yang tidak wujud dalam organisasi defendan-defendan sepertimana dalam hujahan defendan-defendan. Oleh itu Defendan Keempat tidak tertanggung terhadap apa-apa liabiliti. Ini adalah alasan Mahkamah perbicaraan ini. Isu – isu yang dibicarakan (i), (ii) & (iii)
i
Sama ada Mahkamah ini menggunapakai ujian Bolam Test dengan Kualifikasi Bolitho atau ujian yang digariskan dalam kes Foo Fio Na
II
(ii) Sama ada Defendan-Defendan melanggar tahap penjagaan (“standard duty of care “) semasa melaksanakan tugas
III
(iii) Sama ada Defendan Keeman adalah bertanggungan terhadap vikarius liabiliti bagi tuntuan saman ini A. Tahap penjagaan (standard of care) dalam kecuaian perubatan dari aspek diagnosis, rawatan dan nasihat berkenaan risiko yang perlu ditanggung oleh pesakit yang menerima rawatan.
1
Dalam hemat Mahkamah ini, adalah menjadi suatu prinsip asas untuk Mahkamah ini menyatakan undang-undang kecuaian perubatan bagi tahap penjagaan (standard of care) dari segi diagnosis, rawatan dan nasihat berkenaan risiko yang ada. Tahap penjagaan bagi kes kecuaian perubatan ini telah diputuskan dalam kes terkini di Mahkamah Persekutuan iaitu Zulhasnimar Hasan Basri & Anor v. Dr Kuppu Velumani P & Ors [2017] 8 CLJ 605; [2017] 5 MLJ 438 yang telah diputuskan prinsip kecuaian perubatan seperti dalam petikan yang berikut:- [94] Thus, it is our judgment that in respect of the standard of care in medical negligence cases, a distinction must be made between diagnosis and treatment on the one hand and the duty to advise of risks on the other. This is because diagnosis and treatment are purely in the realm of medicine and that in the field of medicine, there are genuine differences of professional opinion in respect of diagnosis and treatment. Although as a discipline, medicine involves specific knowledge, its practice, however, often does not admit to scientific precision. It is not always the case that there is a definite answer one way or the other. In fact, medical experts do genuinely and frequently differ in opinion on diagnosis and treatment. [95] Given the fact that there are genuine differences in opinion in diagnosis and treatment, it is therefore not a matter that the court can, or is, equipped to resolve. It is in this context that the Bolam test makes good sense. It requires the court to accept, not just the views of medical experts simpliciter, but the views of a responsible body of men skilled in that particular discipline. It removes from the courts the responsibility of resolving a dispute that is not equipped to resolve. [96] On the other hand, different consideration ought to apply to the duty to advise of risks as opposed to diagnosis and treatment. That duty is said to be noted in the right of self-determination. As decided by the Australian High Court in Rogers v. Whitaker and followed by this court in Foo Fio Na, it is now the courts’ (rather than a body of respected medical practitioners) which will decide whether a patient has been properly advised of the risks associated with a proposed treatment. The courts would no longer look to what a body of respectable members of the medical profession would do as the yardstick to govern the standard of care expected in respect of the duty to advise. [97] Based on the foregoing, we will answer question 1 in the following manner. The test propounded by the Australian case in Rogers v. Whitaker and followed by this court in Foo Fio Na in regard to standard of care in medical negligence is restricted only to the duty to advise of risks associated with any proposed treatment and does not extend to diagnosis or treatment. With regard to the standard of care for diagnosis or treatment, the Bolam test still applies, subject to qualifications as decided by the House of Lords in Bolitho. [44] In Bolitho, the qualification to Bolam test was that, if the body of medical opinion does not withstand logical analysis, the court may hold that it is not reasonable or responsible and may then depart from it. In effect, Bolitho retained the Bolam test for all purposes in respect of medical negligence, but made it subject to the condition that for the expert opinion to be acceptable to the courts, it must be capable of withstanding logical analysis.
2
Berdasarkan kes di atas, secara ringkasnya, terdapat dua ujian berbeza yang harus diberikan penilaian bagi setiap kes yang melibatkan kecuaian perubatan. Bagi kes yang melibatkan kecuaian perubatan dari aspek diagnosis dan rawatan Mahkamah ini boleh bergantung kepada Ujian BOLAM iaitu bergantung kepada pendapat pakar perubatan dalam menentukan sama ada tahap penjagaan dalam kes kecuaian perubatan dilanggar atau tidak. Walaubagaimanapun, ujian Bolam ini hendaklah tertakluk kepada kualifikasi ujian BOLAM yang mana dalam Bolitho (administratrix of the estate of Bolitho (alm) v. City and Hackney Health Authority [1997] 4 All ER 771 ia telah diputuskan bahawa pendapat perubatan tersebut haruslah mampu berdiri seiring dengan logik analisis dan apabila ia tidak seiring dengan logic analisis Mahkamah boleh memutuskan untuk tidak menerima pendapat tersebut.
3
Manakala apabila kecuaian perubatan itu melibatkan nasihat berkenaan risiko yang mungkin perlu ditanggung oleh pesakit yang memerlukan rawatan perubatan, Mahkamah perlu menggunapakai ujian yang telah digariskan dalam satu kes di Australia iaitu Rogers V Whitaker yang turut menjadi panduan dalam kes FOO FIO NA v DR SOO FOOK MOON & ANOR MAHKAMAH PERSEKUTUAN [2007] 1CLJ 229 yang mana Mahkamah boleh memutuskan sama ada nasihat terhadap risiko rawatan perubatan yang mungkin perlu ditnaggung oeh seseorang pesakit itu telah dimaklumkan atau tidak dan Mahkamah tidak pelru melihat kepada pakar perubatan apakah tahap penjagaan dalam memberi nasihat berkenaan risiko yang mungkin ditanggung terhadap rawatan yang akan diberikan.
4
Ujian tersebut dijelaskan dalam kes Roger lwn Whitaker (supra) adalah seperti yang berikut: " [50] The law should recognize that a doctor has a duty to warn a patient of material risk inherent in the proposed treatment; a risk is material if, in the circumstances of the particular case, a reasonable person in the patient's position, if warned of the risk, would be likely to attach significance to it or if the medical practitioner is or should reasonably be aware that the patient, if warned of the risk, would likely attach significance to it. This duty is subject to the therapeutic privilege.".
5
Oleh itu setiap doktor yang menjalankan rawatan bertanggungjawab untuk mengambil penjagaan yang munasabah untuk memastikan bahawa pesakit sedar tentang sebarang risiko material yang terlibat dalam sebarang rawatan yang disyorkan, dan sebarang rawatan alternatif atau varian yang munasabah 6. Dengan penjelasan berkenaan tahap penjagaan di atas, Mahkamah ini seterusnya menilai hujahan-hujahan pihak-pihak, keterangan serta nas undang-undang yang telah dikemukakan oleh pihak Plaintif dan Defendan-defendan semasa di peringkat perbicaraan. B. Diagnosis Dan Rawatan
i
Berdasarkan keterangan saksi Plainitf dan Defendan-defendan yang dikemukakan, D1 telah cuai dalam menjalankan rawatan akar terhadap Plaintif: - - Apabila D1 tidak melaksanakan pemeriksaan radiografi (Xray) terhadap gigi 14 Plaintif sebelum rawatan kanal akar gigi 14 dijalankan, - Apabila D1 gagal dan tidak melaksanakan pemeriksaan rawatan atau tidak melakukan dignose yang lebih teliti dan lanjut terhadap aduan kesakitan Plaintif semasa proses rawatan kanal akar gigi 14 sedang diberikan serta - Apabila D1 gagal atau tidak mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan aduan kesakitan Plainitf semasa proses rawatan akar gigi 14 yang diberikan.
II
(ii) Mahkamah ini menyatakan kecuaian-kecuaian di atas adalah berdasarkan kepada penilaian setiap keterangan saksi Plaintif dan Defendan-defendan. Berpandukan keterangan D1 jelas menyatakan bahawa D1 sendiri menyatakan bahawa D1 tidak mengambil sebarang radiografi (X-ray) terhadap gigi 14 kerana pemeriksaan fizikal dari mata kasarnya tiada perubahan klinikal terhadap gigi 14 tersebut.
III
(iii) Dalam hal ini Mahkamah juga menilai keterangan SD 1 yang merupakan seorang pakar pergigian turut menyatakan bahawa dengan mengambil Xray gigi 14 tersebut sebelum memulakan RCT ia akan membantu D1 untuk mengetahui kewujudan sebarang lateral kanal pada gigi tersebut. Malah SD1 turut menyatakan sekiranya D1 melihat Xray gigi 14, D1 pasti akan mengetahui bahawa gigi 14 mempunyai risiko yang tinggi. Mahkamah ini turut menilai keterangan saksi pakar plainitf, SP2 yang menyatakan sebelum memulakan prosedur rawatan akar D1 seharusnya memeriksa X-ray bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang risiko mengenai gigi tersebut.
IV
(iv) Justeru itu Mahkamah ini berpangangan apabila D1 sendiri menyataan beliau tidak melaksanakan Xray pada gigi 14 sebelum rawatan dan telah melihat xray pada 5.3.2022 namun tiada mana-mana dalam nota klinikal D1 yang menyatakan D1 telah memeriksa Xray tersebut pada 18.3.2022 sebelum melaksanakan prosedur rawatan akar. Malahan keterangan D1 sendiri menyatakan D1 melihat gigi 14 melalui pemeriksaan intra oral dan bukanlah dari Xray yang telah dibuat pada 5.3.2022.
v
Malah, adalah amat janggal apabila D1 menyatakan bahawa D1 mendapati tiada perubahan pada gigi 14 semasa membuat pemeriksaan intra oral sebelum memulakan prosedur rawatan akar tersebut. Di sini Mahkamah mendapati bahawa kecuaian yang berlaku di pihak D1 adalah amat jelas apabila timbul persoalan bagaiamana D1 boleh memastikan tiada perubahan yang berlaku terhadap gigi 14 apabila D1 sendiri tidak melaksanakan radiografi Xray gigi 14 tersebut. Bagaimanakah D1 boleh mengesahkan bahawa tiada perubahan terhadap gigi 14 apabila D1 sendiri menyatakan D1 tidak melaksanakan radiografi Xray gigi 14 sebelum prosedur rawatan akar tersebut. Adakah dengan mata kasar sahaja D1 boleh melihat keadaan akar pada gigi 14 tersebut. Dalam hal ini Mahkamah sangat yakin secara logic akalnya keadaan akar gigi 14 hanya boleh dilihat melalui Xray gigi 14 dan bukanlah mata kasar.
XX
(xx) Selanjutnya semasa D1 menjalankan rawatan akar gigi 14 Plainitf, Plainitf telah memberi inidkasi bahawa Plainitf berasa dalam keadaan kesakitan semasa prosedur rawatan akar sedang dilakukan. Walaubagaimanapun, berdasarkan keterangan SD1 menyatakan telah berlaku “error of judgment” di pihak D1 apabila D1 menganggap aduan kesakitan itu berlaku akibat daripada larutan sodium hypoclorite terkena pada tisu hidup ( vital pulp).
VI
(vi) Oleh itu D1 telah cuai sebelum melaksanakan prosedur rawatan akar terhadap gigi 14 Plaintif. Berdasarkan keterangan SD 1 sebagai pakar telah memberi pendapat berkenaan bagaimana kecederaan ini berlaku adalah amat jelas bahawa kecuaian telah dibuat oleh D1 terhadap P. KETERANGAN SD 1 APABILA DITANYA OLEH MAHKAMAH
3
PERBUATAN UNTUK MINIMIZE SODIUM HYPOCLORITE TIDAK DI BUAT ATAS SEBAB JUDGMENT KESAKITAN ITU ADALAH CONTACT KEPADA HYPOCLORITE. APA-APA YANG DIBUAT TIDAK AKAN MEMBERIKAN KESAN SIGNIFICANT ATAU LESSEN
4
KITA TREAT SEBAGAI APA YANG D2 LAKSANAKAN. APA YANG D2 BUAT SAYA
5
COLD COMPRESSION IS SOME SORT OF PHYSICAL TREALMENT BUT U STILL
VIII
(viii) Oleh yang demikian kecuaian D1 adalah apabila telah berlaku salah diagnose di pihak D1 apabila terdqapat aduan berkenaan kesakitan daripada P. D1 tidak menjalankan pemeriksaan lanjut berkenaan aduan kesakitan yang berlaku kepada P dengan teliti dan sebaiknya semasa menjalankan rawatan tersebut sebaliknya berhenti seketika lalu meneruskan semula rawatan kanal akar tersebut dengan menukar larutan yang lain. Dalam keaadaan ini Mahkamah berpandagan keterangan SD1 adalah amat jitu bahawa terdapat "error of judgement "berkenaan aduan kesakitan itu semasa rawatan dijalankan terhadap P. Ini adalah kecuaian yang dilakukan oleh D1.
XI
(xi) Tugas seorang doktor tidak boleh dan tidak seharusnya menjurus kepada “error of judgment” memandangkan tahap penjagaan yang harus diberi perhatian adalah amat tinggi. Maka dalam keadaan ini apabila telah berlaku salah diagnose di pihak D1 semasa menjalankan rawtan kanal akar terhadap P ia adalah satu kecuaian di pihak D1 yang mana ia memberi kesan muka bengkak yang teruk kepada P akibat daripada kecuaian tersebut. C.Nasihat berkenaan risiko yang perlu ditanggung UJIAN ROGERS V WHITAKER YANG MENJADI PANDUAN DALAM KES FOO FIO NA v DR SOO FOOK MOON & ANOR MAHKAMAH PERSEKUTUAN [2007] 1CLJ 229
i
Mahkamah ini telah menjelaskan dengan terperinci berkenaan tahap penjagaan berkenaa tugas seorang doktor dari dalam memberi nasihat bagi risiko yang akan ditanggung apabila memberikan sesuatu rawatan kepada pesakit. Ujian seperti yang dijelaskan dalam kes Roger lwn Whitaker (supra) adalah seperti berikut: " [50] The law should recognize that a doctor has a duty to warn a patient of material risk inherent in the proposed treatment; a risk is material if, in the circumstances of the particular case, a reasonable person in the patient's position, if warned of the risk, would be likely to attach significance to it or if the medical practitioner is or should reasonably be aware that the patient, if warned of the risk, would likely attach significance to it. This duty is subject to the therapeutic privilege.”
II
(ii) Oleh itu setiap doktor yang menjalankan rawatan bertanggungjawab untuk mengambil penjagaan yang munasabah untuk memastikan bahawa pesakit sedar tentang sebarang risiko material yang terlibat dalam sebarang rawatan yang disyorkan, dan sebarang rawatan alternatif atau varian yang munasabah
III
(iii) Sepertimana dalam kes SITI ARBAIYAH UMAR v UKM KESIHATAN SDN BHD &DR AHMAD ZAILANI HATTA MOHD DALI [2025] CLJU 2063 yang turut menjadikan kes Zulhasnimar (supra) and Rogers v. Whitaker (supra) sebagai panduan berkenaan isu ini dimana Mahkamah dalam kes ini telah memutuskan bahawa adalah jelas bahawa elemen kesedaran adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila mahkamah perlu menilai sama ada pesakit itu dinasihatkan secara munasabah.
IV
(iv) Di dalam kes perbicaraan ini, D1 telah gagal membuktikan bahawa D1 telah menyatakan sebarang risiko boleh atau mungkin berlaku dalam melaksanakan rawatan akar gigi 14 terhadap P. Apa yang di lihat oleh Mahkamah ini hanyalah suatu kebenaran penerangan berkenaan rawatan gigi 14 yang telah di perolehi oleh D1 sebelum menjalankan rawatan akar gigi 14 P tersebut. Namun begitu tiada mana-mana dalam catatan nota klinikal D1 yang menjelaskan bahawa D1 telah memberikan nasihat berkenaan risiko yang bakal atau mungkin boleh berlaku yang perlu ditanggung oleh P dalam menjalankan rawatah akar tersebut.
v
Apa yang di kemukakan adalah di mukasurat 7 Ikatan C keterangan berkenaan kebenaran menjalankan rawatan yang diambil pada 5.3.2022 dan bukanlah sebarang nasihat berkenaan risiko yang perlu ditanggung oleh P, sedangkan rawatan akar tersebut diberikan pada 18.3.2022 dan tiada dalam mana-mana nota klinikal D1 yang menyatakan D1 telah menjelaskan dan memberi nasihat berkenaan risiko yang boleh atau mungkin berlaku daripada rawatan akar tersebut.
VI
(vi) JIka dibandingkan dengan D2, D2 telah secara terang menyatakan dalam nota klinikalnya telah dinyatakan bahawa D2 telah menerangkan risiko berkenaan rawatan yang diberikan semasa D2 memberi rawatan pada keesokkannya apabila P dalam mendapatkan rawatan daripada D2. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat tiada kecuaian berlaku di pihak D2 semasa memberikan rawatan kepada D2. D2 telah melaksanakan segala kemungkinan yang boleh mengurangkan kesakitan P pada ketika itu.
VII
(vii) Sebagai perbandingan dengan kes SITI ARBAIYAH UMAR v UKM KESIHATAN SDN BHD &DR AHMAD ZAILANI HATTA MOHD DALI [2025] CLJU 2063 yang mana dalam kes ini juga tiada nota klinikal yang dinyatakan oleh Defendan Kedua bahawa Defendan Kedua telah memberikan nasihat berkenaan risiko yang boleh di tanggung namun terdapat keterangan lain yang telah dikemukakan oleh saksi defendan kedua. ‘It is my finding that the explanation for the absence of the Second Defendant’s advice on the posterior approach in his treatment notes is not only wholly plausible but also reasonable. This is in the face of corroboration and admission by Dr. Ismail that he had seen the Plaintiff and advised her on the posterior approach.”
VIII
(viii) Walaubagaimanapun dalam kes perbicaraan di Mahkamah ini tiada sebarang keterangn yang boleh menyokong berkenaan keterangan D1 bahawa ada memberikan nasihat berkenaan risiko berkenaan rawatan akar yang akan diberikan oleh D1 kepada P pada 18.3.2022. Tiada sebarang nota klinikal mahupun keterangan sokongan secara oral yang lain.
IX
(ix) Mahkamah perbicaraan ini berpandangan tiada mana-mana keterangan defendan yang boleh meyakinkan Mahkamah ini bahawa satu nasihat berkenaan risiko rawatan RCT ini telah diberikan kepada P. Bagaimana Defendan Pertama boleh menyatakan bahawa Defendan Pertama telah memberikan nasihat berkenaan risiko RCT sedangkan Defendan Pertama sendiri telah melakukakan kesilapan dalam mendiagnose semasa Plaintif mengadu sakit semasa rawatan kanal akar (RCT) sedang berjalan sepertimana keterangan SD1.
x
Ini adalah amat pelik dan dangkal apabila risiko berkenaan rawatan kanal akar (RCT) iaitu salah satunya ialah extrusi larutan sodium hypoclorite (NaOCL) yang mungkin berlaku terhadap mana-mana pesakit ini tidak langsung di diagnose oleh Defendan Pertama semasa aduan kesakitan oleh Plaintif sebaliknya Defendan Pertama menjangkakan aduan kesakitan itu adalah disebabkan oleh larutan sodium hypoclorite itu terkena pada tisu hidup (vital pupl) lalu menukar kepada larutan normal. Oleh itu bagaimana sesuatu perkara yang tidak langsung dijangka oleh Defendan Pertama tetapi Defendan Pertama menyatakan bahawa Defendan Pertama telah menerangkan risiko keadaan ini boleh berlaku apabila rawatan kanal akarv (RCT) tersebut dilaksanakan
XI
(xi) Malah adalah amat mustahil risiko tersebut telah diterangkan sedangkan tiada apa-apa yang dicatat dalam nota klinikal Defenddan Pertama berbanding dengan nota klinikal Defendan Kedua.
XII
(xii) Justeru itu, Mahkamah ini dalam membuat keputusan secara imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati tiada bukti yang cukup yang boleh membuktikan bahawa D1 ada memberikan nasihat berkenaan risiko yang boleh atau mungkin berlaku kepada Plainitif sebelum menjalankan rawatan kanal akar kepada Plaintif.
XIII
(xiii) Selanjutnya, terdapat juga siasatan dalaman rasmi sebagaimana P13 (A-C) yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Siasatan hasil aduan Plainitf terhadap Malaysian Dental Board yang mana berdasarkan surat rasmi tersebut adalah jelas bahawa Defendan Pertama telah cuai dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai perubatan yang mana hasil siasatan tersebut juga D1 telah gagal memberikan penerangan dan risiko yang mungkin terjadi sepanjang rawatan kanal akar tersebut (RCT).
XIV
(xiv) Oleh yang demikian, berdasarkan ujian Bolum kualifikasi Bolitho dan ujian dalam kes Rogers v Whitaker sepertimana yang diputuskan dalam kes Zulhasnimar Hasan Basri & Anor v. Dr Kuppu Velumani P & Ors ( SUPRA) Mahkamah ini memutuskan secara imbangan kebarangkalian Defendan Pertama bertanggungan terhadap liabiliti 100% dan Defendan Keenam adalah bertangunggan liabiliti secara vikarius
1
DEFENDAN KEENAM BERTANGGUNGAN SECARA VIKARIUS LIABILITI Kerajaan Malaysia adalah Defendan Keenan yang mana terikat dibawah prinsip vikarius liability. Berdasarkan Akta Prosiding Kerajaan jelas memperuntukan seperti yang berikut: - S.5 Liability of the Government in tort Subject to this Act, the Government shall be liable for any wrongful act done or any neglect or default committed by any public officer in the same manner and to the same extent as that in which a principal, being a private person, is liable for any wrongful act done, or any neglect or default committed by his agent, and for the purposes of this section and without prejudice to the generality thereof, any public officer acting or purporting in good faith to be acting in pursuance of a duty imposed by law shall be deemed to be the agent of and to be acting under the instructions of the Government.
2
Dalam kes KRISHNASAMY JAYARAMAN & ANOR v. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA & ORS [2025] CLJU 2933 Mahkamah Tinggi, KUALA LUMPUR Hakim Yang Arif SU TIANG JOO telah memutuskan seperti yang berikut: - “[2] Liability for this action was conceded on 22 July 2024 (Encl. 261), with judgment entered against the Government of Malaysia, the 6th Defendant ("D6") grounded on vicarious liability with the claims against all the other defendants struck out.” KUANTUM Sekali lagi, adalah menjadi beban tugas Plaintif untuk membuktikan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Ini sebagaimana diputuskan di dalam kes Tan Geok Khoon & Gerald Francis Robless lwn Paya Terubong Estate Sdn Bhd (1988) 2 MLJ 672, Edgar Joseph Jr H berkata di ms 680: - ‘This brings to my mind the famous words of Lord Goddard in Bonham-Carter v Hyde Park Hotel (1948) 64 TLR 177: 'Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: This is what I have lost, I ask you to give me these damages'. They have to prove it.' Kuantum atas dasar 100% liabiliti adalah seperti yang berikut:
1
BENGKAK DI BAHAGIAN KANAN MUKA DAN KEMEREHAAN DI PIPI KANAN, HEMATOMA DARI EKSTRUSI SODIUM HYPOCLORITE, SELULITIS MUKA KANAN DAN ULCER ULUT BERDEKATAN GIGI 14- RM 5000.00 (RUJUK IKATAN DOKUMEN TAMBAHAN PLAINTIF) - Merujuk kepada Revised Conpendium Personal Injury Awards 2018, award kecederaan bagi hematoma ada didalam lingkungan RM 1200 hingga RM2500.00. - Mahkamah perbicaraan ini juga merujuk kes yang di kemukakan oleh pihak Defendan-defendan iaitu kes LETCHUMANANTHEVAR MUNIANDY V THENAGARAN RAMAN & SATU LAGI [2010] SMCU 9 yang membenarkan award gantirugi sebanyak RM2000.00 bagi kecederaa periorbital haematoma. - Bagi kes ini Mahkamah ini berpendapat award bagi kecederaan bengkak di bahagian kanan muka dan kemerehaan di pipi kanan, hematoma dari ekstrusi sodium hypoclorite, selulitis muka kanan dan ulcer ulut berdekatan gigi 14 adalah kecederaan di bahagian yang sama, yang mana Mahkamah ini membenarkan pampasan bagi kecederaan ini sekaligus sebanyak RM5000.00. - KES: WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA MAHADI ALI, SI MATI ROSLINA HARON v. ROOBAN SANKAR & ORS [2024] CLJU 1504 MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU, YA SHAMSUL BAHRI HAJI IBRAHIM Mahkamah ini merujuk kes Wakil Diri Kepada Harta Pusaka Mahadi Ali, Si Mati Roslina Haron V. Rooban Sankar & Ors [2024] CLJU 1504 yang memutuskan kecederaan bagi “erhythema” telah di awardkan dengan jumlah RM5000.00. - Oleh itu Mahkamah ini berpandangan adalah wajar bagi kecederaan yang di alami Plaintif wajar diawardkan sebanyak RM5000.00 mengambil kira faktor ekonomi yang semakin meningkat.
2
2.
5000
5000.00 - Mahkamah ini merujuk kes MOHAMED AWANG v. MOHAMAD ASYRAF SALHADI & OTHER MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KOTA BHARU, YA SHAMSUL BAHRIN ABDUL MANAF JC [2025] CLJU 2230 - Begitu juga bagi tuntutan kesakitan dan kesengsaraan (“pain and suffering”) Mahkamah ini memutuskan tuntuan ini wajar dibenarkan kerana akibat daripada kecuaian D1 tersebut, Plaintif terpaksa menanggung kesakitan muka benkak sehingga menyebabkan padangan Plaintif pada masa tersebut menjadi sukar. Ini telah dibuktikan melalui keterangan Plaintif serta ekshibit yang gambar muka Plaintif yang sedang menanggung kesakitan sepertimana dalam Ikatan Dokumen yang tidak dipersetujui yang telah di failkan oleh pihak Plaintif. - Dalam hal ini Mahkamah ini berpendapat adalah sewajarnya tuntutan ini diberikan kepada Plaintif dan Mahkamah ini merujuk kes Mohamed Awang V. Mohamad Asyraf Salhadi & Other Cases [2025] CLJU 2230 yang mana award bagi pain and suffering telah diawardkan sebanyak RM10,000.00 “Kesakitan dan kesengsaraan akibat pembedahan yang ditanggung oleh plaintif (exploratory laparotomy)
34
The trial judge awarded the sum of RM10,000.00 for this. Plaintiff submits that the trial judge failed to consider other surgeries in awarding the damages.
35
The trial judge correctly awarded the damages in accordance with the scale provided in the compendium. As can be seen from the head of claim, the plaintiff's claim is for exploratory laparotomy. It would be wrong for the trial judge to consider other surgeries as suggested by the plaintiff. Therefore, there is no reason to disturb the findings of the trial judge on this.” - Selanjutnya merujuk kes KUNG SIEW PENG v. ESWARAN SIVAGURU & ANOR MAHKAMAH TINGGI , JOHOR BAHRU [2025] CLJU 899 “Awards for physiotherapy and future surgery contended by the Defendant ought not to have been given, relying on the expert Doctor Yeoh who said the 1st Respondent did not need them. Arising from this error, 'pain and suffering' was awarded for future surgery. This Court had perused the expert report of Dr. Yeoh and found as follows: a) Plaintiff had poor muscle tone in the lower limb; b) Does not require multiple weekly sessions of intensive physiotherapy for multiple months for stiffness or weakness of the joints of the lower limbs c) He does not require intensive physiotherapy in the toes of his feet; [19] With the conclusion by Dr. Yeoh that "he (Plaintiff) will not have any permanent physical disabilities and will be able to go back to all physical activities". The question this Court observes is 'when' this future event or happening will take place. As far as this Court's deduction from the above findings, Dr. Yeoh having admitted some disability of poor muscle tone in the lower limb, did not deny that the Plaintiff was still in need of some form of physiotherapy. It must be remembered, Dr. Yeoh did not testify. [20] The learned trial Judge would have been made aware of this fact and moved him to award a minimal sum of RM800.00. This is a reasonable sum to cover the necessary physiotherapy. As to the pain and suffering arising from future surgery to remove the implant, which a sum of RM5,000.00 awarded, there are two different views. Dr. Jeya said it is required whilst Dr. Yeoh disagreed stating it to be unethical to offer removal of implants as it involves risk. The article referred to by Dr. Yeoh however, did not discount an option for surgery as per Dr. Jeya's advice. [21] The trial Judge accepted the view by Dr. Jeya as it was an advice presented by Dr. Jeya as an option offered to the Plaintiff with reasons for his advice, substantiated in the report. It is up to the Plaintiff if he would want to act on the said advice. As it appears, the Plaintiff sought for this claim in his suit, hence the trial Judge had acted with the view that the Plaintiff would seek for this surgery in future. Thus, he must claim for that award now and not make the claim later, when action have been closed and decided. [22] For all these reasons, the appeal by the appellant is dismissed. The order of the learned trial Judge is maintained” Berdasarkan kes di atas, Mahakamah ini berpendapatan kesengsaraan dan kesakitan yang dialami oleh Plaintif akibat daripada kecuaian Defendan Pertama adalah dibawah skala yang lebih rendah berbanding kecederaan dalam kes yang dirujuk MOHAMED AWANG v. MOHAMAD ASYRAF SALHADI & OTHER MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KOTA BHARU, YA SHAMSUL BAHRIN ABDUL MANAF JC [2025] CLJU 2230. Maka Mahkamah ini berpendapat tuntuan bagi kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh Plaintif wajar dibenarkan dengan jumlah RM 5000.00.
1
KOS HOSPITAL DAN RAWATAN PERUBATAN-RM 6566.55 Mahkamah ini mendapati tuntutan ini wajar dibenarkan kerana Plaintif pada ketika itu dalam kesakitan dan pada ketika itu adalah tempoh penularan virus covid yang mana Hospital Kerajaan adalah sesak dan sangat padat dengan pesakit covid. Maka adalah wajar Plaintif mendapatkan rawatan yang lanjut di Hospital Pantai pada ketika itu yang mana Hospital yang paling hampir dengan tempat tinggal pihak Plaintif bagi mengelakkan sebarang kelewatan unutk mendapatkan rawatan kerana pada ketika itu Plaintif dalam keadaan kesakitan. Selanjutnya, Plaintif juga telah mengemukakan resit rawatan semasa perbicaraan kes ini sepertimana dalam Ikatan B mukasurat 157 dan 158. Oleh itu adalah wajar tuntutan ini dibenarkan 2. Sementara itu, Mahakmah ini berpandangan kos-kos lain yang di tuntut adalah tidak di awardkan kerana tidak dibuktikan secara kukuh dengan pengemukaan ekshibit KESIMPULAN Mahkamah membenarkan tuntutan-tuntutan berikut: a) Di atas imbangan kebarangkalian, mahkamah memutuskan bahawa b) Atas dasar 100% liabiliti, Defendan Pertama bertanggungan terhadap liability dan Defendan Keenam secara vikarius adalah bertanggungan terhadap liabiliti manakalah Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dam Kelima adalah tidak bertanggungan terhadap apa-apa liabiliti c) Kuantum Gantirugi am yang dibenarkan ialah RM10,000.00 dan Gantirugi khas ialah RM6566.55 d) Faedah sebanyak 2.5% setahun untuk gantirugi am dari tarikh penyampaian writ saman sehingga ke tarikh penghakiman. e) Faedah sebanyak 2.5% setahun untuk gantirugi khas dari tarikh penyampaian saman sehingga ke tarikh penghakiman. f) Faedah sebanyak 5% setahun untuk kesemua jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. g) Kos mengikut skala h) Gantirugi aggravated tidak diawardkan memandangkan pihak Plaintif telah menarik balik tuntuan gantirugi tersebut darpada hujahan pihak Plaintif memandangkan pihak Plaintif tidak pernah plid dalam mana-mana pernyataan tuntutan pihak Plaintif. Peguam Plaintif: T/n Muralli B/Pillai & Associates. Peguam Defendan: Pn. Izzatul Nawarah (Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka. Bertarikh pada 5.2.2026 ……………. t.t. …………….
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.